Anda di halaman 1dari 28

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2013

HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NAMA
AWANGKU SYAHRUDIN B AWANG DZULKARNAIN
NO. MATRIKULASI

80010513522301

NO. KAD PENGNEALAN

800105135223

NO. TELEFON

01115258006

E-MEL

syahrudin80@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SARAWAK LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

JEREBU DI MALAYSIA

3.0

INDEKS PENCEMARAN UDARA

4.0

PUNCA PUNCA JEREBU

5.0

KESAN KESAN JEREBU

15

6.0

LANGKAH DAN CADANGAN


MENGATASI JEREBU

7.0
8.0

PENUTUP/KESIMPULAN
RUJUKAN

16
17
18

Pengenalan
Jerebu menjadi isu berulang yang hangat diperkatakan di Malaysia khususnya. Boleh
katakan, jerebu berpunca daripada beberapa sebab yang jika berterusan, ia memberi kesan
yang sangat buruk terhadap masyarakat. Situasi ini turut mengganggu aktiviti kita di luar
rumah masayarakat Malaysia. Majoriti turut mengambil langkah untuk banyak
menghabiskan masa di dalam rumah daripada terdedah dengan keadaan di luar.
Maklumat yang banyak dan berguna mengenai isu jerebu ini di media massa, terutama
media cetak membantu sedikit sebanyak pengetahuan orang ramai mengenai masalah
yang akibat dari masalah jerebu. Antara sebab utama berlakunya jerebu ialah perbuatan
manusia yang tidak bertanggungjawab. Sikap manusia yang mengambil langkah sambil
lewa terhadap alam sekitar dan perbuatan tidak bertanggungjawab ini menimbulkan
beberapa kesan yang sangat tidak sihat.
Data dibawah menunjukkan data petunjuk terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan
Meteorplogi Kerajaan Malaysia baru baru ini.

Petunjuk
API
0-50
51-100
101-200
201-300
>301

Status
Baik / Good
Sederhana / Moderate
Tidak Sihat / Unhealthy
Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy
Berbahaya / Hazardous

Terjadinya
Jerebu Di
Malaysia.
Jerebu

sering

berlaku apabila debu


dan

asap

zarah

berkumpul di udara
yang agak kering.
Apabila
cuaca

keadaan
menghalang

penyebaran asap dan


bahan cemar lain, ia
memekat

dan

membentuk

tabir

rendah

yang

biasanya tergantung
rendah

yang

menjejaskan
penglihatan
mungkin

dan
menjadi

ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu


tebal, yang dikenali sebagai asbut.Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang
meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi
membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia
Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau
(1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani
Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan
masalah pada hari ini.

Pengudaraan tidak sihat sebenarnya memberi impak negatif terhadap kita, terutama
kanak-kanak dan ibu mengandung. Pelbagai penyakit dan simptom kurang sihat mudah
menyerang orang ramai, terutama kanak-kanak. Dalam mengatasi masalah ini, beberapa
langkah perlu diambil bagi mengelak kejadian lebih teruk berlaku. Antaranya, memakai
topeng di kawasan terdedah dan minum air masak sebanyak mungkin. Kita juga perlu
mengurangkan penggunaan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti menyembur
dan mengecat. Penggunaan kenderaan bermotor juga sedikit sebanyak menyumbang
kepada pencemaran udara yang semakin kritikal. Paling utama, jangan melakukan aktiviti
pembakaran terbuka di luar kawasan rumah. Ini penyebab utama jerebu yang berlaku di
Malaysia kini.

Pelaporan Indeks Terkini Pencemaran Udara (IPU) 2013.


Data terkini yang telah dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia mendapati
berulangnya kes kadar indeks pencemaran tidak sihat berlaku di beberapa buah negeri

kerana kejadian bawaan jerebu kerana pembakaran hutan di Indonesia yang tidak
terkawal. Tiupan angin monsun ke Malaysia dan Singapura menyebabkan berlakunya
masalah jererebu di negara ini. Negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mengalami
purata indek pencemaran yang begitu tinggi kerana berhampiran dengan negara jiran
Indonesia.
Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan berbahaya masih dipengaruhi
pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya yang
sedang dialami negara masa kini dan dijangka berterusan sehingga bulan September
2013. Menurut sumber data Jabatan Meteorologi Malaysia,berikut adalah skala data yang
telah dipantau mengikut lokasi stesen. Sebanyak 17 stesen berada pada tahap tidak sihat
iaitu di Pelabuhan Klang, Selangor (IPU 192), Petaling Jaya, Selangor (IPU 125) ,
Banting, Selangor (IPU 115), Shah Alam, Selangor (IPU 112), Kuala Selangor, Selangor
(IPU 104), Cheras, Kuala Lumpur (IPU 111), Batu Muda, Kuala Lumpur (IPU 108),
Nilai, Negeri Sembilan (IPU 106), Seremban, Negeri Sembilan (IPU 104), Port Dickson,
Negeri Sembilan (IPU 184), Pasir Gudang, Johor (IPU 110), Larkin, Johor (IPU 117),
Kota Tinggi, Johor (IPU
124), Indera Mahkota, Pahang (IPU 107), Balok Baru, Kuantan,Pahang (IPU 149) ,
Paka, Terengganu (IPU 105) dan Kemaman,Terengganu (IPU 153) dan 3 stesen berada
pada tahap berbahaya iaitu Bukit Rambai, Melaka (IPU 428), Bandaraya Melaka (IPU
415) dan Muar,Johor (IPU 690).

2.0 PUNCA-PUNCA JEREBU /PENCEMARAN UDARA


2.1 Pembakaran
kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun 1997 adalah
disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri Sabah telah
terjejas teruk akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan

nyata telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian
besar kawasan hutan. Oleh kerana Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah
maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga telah dilakukan. Asap
akibat daripada pembakaran tersebut telah meliputi negeri Sabah dan
menyebabkan keadaan semakin teruk. Negeri tersebut terpaksa menghantar
bantuan kepada Kalimantan dan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan
Bomba dan Penyelamat Negeri telah menghantar 80 orang anggotanya untuk
tujuan tersebut. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada
negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand,
Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk. Hasil pembakaran ini
telah menghasilkan gas Karbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan
boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangka masa yang panjang.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Darul Ridzuan


2.2 Pembakaran Bahan Api
Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama
pencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon.
Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang
adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu
dengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan:

S + 2O2-----------SO4
Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan
membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen
dan membentuk asid karbonat.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan


2.3 Proses Perbandaran

Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi
yang telah menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi
perindustrian yang menyediakan peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada
proses pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau migrasi. Jadi pertambahan
bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar akan menghasilkan impak positif
dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini ( Tuan Pah Rokiah Syed Husin,
2003: 102).

Sumber: Jabatan Alam Sekitar Malaysia

Selain itu, pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar


yang akan dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api. Sekiranya
bahan pencemar ini tidak dikawal, kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia
berada di sekeliling kehidupan alam sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap

dari kilang, gas beracun, asap, debu dan sebagainya. Oleh yang demikian, hasil daripada
keadaan ini akan membahayakan kesihatan manusia kerana bahan pencemar tersebut
boleh menyebabkan sesak nafas di kalangan penyakit asma, gatal hidung, pedih mata dan
sebagainnya (Mohmadisa Hasyim dan Mohamad Suhaily Che Ngah, 1997: 147-148).

3.0 KESAN-KESAN JEREBU


3.1 Kesihatan
Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur
dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk
pada kesihatan manusia terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga
kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan,
pneumonia dan penyakit paru-paru. Perokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga
mempunyai risiko yang tinggi dalam kesihatan mereka. Jadual 1 di sebelah menunjukkan
kesan jerebu kepada kesihatan manusia.
Jadual 1: Kesan pencemaran udara/jerebu terhadap kesihatan manusia.
Bahan

Punca

Pencemar
a)Asap

- Pembakaran bahan
api
-Pembakaran sampah
sarap
-Cerobong asap kilang

Kesan
-Menggangu pernafasan

normal

- Pembentukkan asbut yang mengganggu


penglihatan

-Ekzos kenderaan
bermotor
-Kilang
b) Debu

papan,

kuari,

simen,asbestos,batu
kapur

-Batuk-batuk
- Sesak nafas

-Petrol berplumbum
c) Plumbum

-Serangan lelah pada pesakit asma

-Pembakaran bahan
bercat

- Menggangu keupayaan badan membina


Sel darah baru
- Kerencatan dan kecacatan otak pada kanakkanak
-Menghalang pembentukan oksihemoglobin
Berpadu

d)Karbon
monoksida

dengan

hemoglobin

untuk

-Pembakaran bahan api membentuk karboksihemoglobin yang akan


yang tidak lengkap

menggantikan oksigen dalam darah

- Ekzos kenderaan

-Melembabkan otak
-Boleh membawa maut sekiranya diambil
dalam jumlah yang banyak
-Menurunkan rintangan badan kanak-kanak

-Pembakaran bahan api terhadap selsema


pada suhu tinggi dalam -Mengganggu tisu peparu dan menyebabkan
e) Oksida
nitrogen

kenderaan

berat

kilang
-

Tindakan

dalam tanah

atau bronkitis serta kanser


-Bertindak balas dengan hidrokarbon untuk

bakteria membentuk

pengoksida

fotokimia

yang

memedihkan mata dan merosakkan tisu


peparu

3.2 Sektor Ekonomi


Apabila masalah jerebu ini semakin meruncing, ia mula memberi kesan yang
lebih besar pula. Ia boleh mangacam pendapatan negeri apabila mula menjejaskan sektor
ekonomi negeri Sabah. Industri pelancongan misalnya adalah punca pendapatan yang
paling berpotensi di Sabah, industri ini teruk terjejas kerana para pelancong bimbang
dengan keselamatan mereka.

Sumber : New Straits Times, 25/9/1997, 4/8/1997 & 2/9/1997


4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
4.1 Melalui Pendidikan

Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam
sekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh
dijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan
kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak
sekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam
sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap
penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar
(Department of Invironment, 1989).
Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran
orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam
sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan
mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat
di negara lebih maju. Bahagian Alam Sekitar memainkan peranannya sebagai kuasa
perimbangan, antaranya ialah dengan berusaha memberi pendidikan yang mana boleh
dilakukan melalui sebaran am seperti surat khabar, penerbitan Bahagian Alam Sekitar,
Sekitar dan penubuhan Unit Maklumat dan Pendidikan Bahagian Alam Sekitar, sebaran
radio, televisyen, kursus dan seminar (Sham Sani, Abdul Samad Hadi, 1990: 402).
4.2 Larangan Pembakaran Terbuka
Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula,
kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang
harus diikuti kepada semua warganegara Malaysia. Kerajaan telah melarang pembakaran
terbuka kerana asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu
pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal
contohnya seperti yang berlaku di hutan Indonesia yang berpunca daripada aktiviti
pembakaran hutan oleh golongan petani sara diri da ia telah merebak ke Malaysia dibawa
oleh angin lazimnya monson barat daya (Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2003: 120).
Sikap golongan yang dinyatakan di atas ini telah mewujudkan masalah kepada alam
persekitaran sehinggakan Malaysia terpaksa mengisytiharkan darurat jerebu pada 23-24
September 1997.

4.3 Pembenihan Awan


Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda
negara. Keadaan ini telah memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja
pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering,
suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak
dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering
akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan
semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi
titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu
keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi.
4.4 Kempen Hijau
Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakkan penanaman pokok di
rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membeli-belah. Pokok-pokok hijau
mambantu menyerap karbon dioksida di udara. Hutan mempunyai nilai yang amat besar
kepada alam sekitar kita kerana ia mempunyai fungsi-fungsi yang amat penting seperti
dapat mengukuhkan tanah, membenarkan peredaran air, berfungsi mengawal komposisi
atmosfera, menghadkan perubahan iklim serta melindungi flora dan fauna. Namun kerana
proses urbanisasi yang

tidak terkawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam

sekitar yang serius pada masa kini. Justeru itu pihak kerajaan sepatutnya mengambil
inisiatif dengan melakukan penggezetan hutan yang sedia ada (Sham Sani, Abdul Samad
Hadi, 1990: 442).
Contoh hutan simpan yang telah di gezetkan ialah Taman Negara, Hutan Belum,
Taman Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron Higlands mestilah di luaskan dan
digezetkan untuk memelihara dan mengekalkannya. Contohnya seperti yang dilakukan
oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menggezetkan hutan simpan Pantai Aceh
sebagai Taman Negara untuk tujuan menebat banjir (Chan dan Wan Ruslan, 2000).

4.5 Penggunaan CFC

Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am
Freon dan pemusnahan lapisan ozon ini adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahanbahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi.
Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC
digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan
rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan
lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu
memusnahkan 1000 molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk
menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) (Abdul
Latif Ibrahim, 1992: 57) .

4.6 Perundangan Dan Dasar Kerajaan


Semua agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, pihak swasta dan sebagainya
boleh memainkan peranan yang berkesan dalam menangani masalah jerebu. Jabatan
Alam Sekitar ( JAS) telah menjalankan program pengawasan kualiti udara di seluruh
Negara. Parameter yang diawasi termasuklah Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida,
Nitrogen Dioksida, ozon dan habuk terampai (PM10). Selain itu, pelbagai undang undang
digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar.
Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan
Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan
perlepasan asap,1977)
Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
Seterusnya, Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978) Di bawah
peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter
(Chan Ngai Weng, 2002: 43). Jabatan Alam Sekitar juga telah merancang satu Indeks
Pencemar Udara yang juga dekenali sebagai (IPU). IPU adalah satu sistem yang
dibangunkan bagi memaklumkan kepada orang awam tentang tahap kualiti udara dan
impaknya terhadap kesihatan mereka dengan cara yang termudah. lanya juga suatu sistem
kepekatan pencemar yang diukur pada skala antara 0-500.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan


Selain itu, menurut bab X1 dalam Rancangan Malaysia Ketiga berdasarkan satu
kenyataan yang telah di buat secara ringkas oleh kerajaan, satu dasar kerajaan Malaysia
berkaitan pembangunan dan alam sekitar telah ditetapkan. Kualiti hidup rakyat dapat di
tingkatkan dengan adanya pembangunan yang pesat dalam sektor perindustrian dan
pertanian, malah secara tidak langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan

sosial. Walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti ini sebenarnya boleh menyebabkan


kemerosotan kualiti alam sekitar. Oleh itu yang paling penting sekali dalam dasar ini
ialah keseimbangan dalam kedua-dua proses tersebut iaitu wujudkan Pembangunan
Tanpa Kemusnahan. Untuk mencapai matlamat ini kerajaan Malaysia telah menetapkan
bahawa Dasar Alam Sekitar Malaysia yang bersifat pragmatik dan bertujuan untuk
mengurangkan kesan-kesan buruk alam sekitar dan memelihara berbagai-bagai ekologi 1
(Sham Sani, Abdul Samad Hadi, 1990: 398).
4.7 Tanggungjawab Orang Ramai
Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang
awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara
tindakan yang boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya
gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik
kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap
hitam dengan mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel
untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak
supaya berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis
DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang
terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS
mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladangladang.

Adalah amat penting bagi pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar diimbangkan supaya faedahfaedah yang didapati dari pembangunan tidak disia-siakan oleh kos-kos bagi mengatasi pencemaran alam
sekitar.

Cadangan Untuk Mengatasi Masalah Jerebu.


Tindakan diperingkat Tempatan telah dibuat semenjak 20 Jun 2013, Majlis
Keselamatan Negara telah mengaktifkan Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan Jerebu
mengikut tahap amaran (on alert) dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang
melibatkan peranan pelbagai agensi seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sains Teknologi dan
Inovasi dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Jabatan Perkhidmatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Perintah Larangan Pembakaran Terbuka di bawah Seksyen 29AA(2)Akta Kualiti
Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar
pada 19 Jun 2013 ke atas aktiviti pembakaran terbuka di negeri Selangor, Melaka dan
Johor masih berkuatkuasa; KECUALI bagi beberapa aktiviti iaitu pembakaran mayat,
pembakaran bagi tujuan keagamaan dan gril/barbeku yang tidak dilakukan di kawasan
tanah gambut.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengawasi dengan rapi status kualiti udara di seluruh
negara dan telahpun menggerakkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan
mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri. Selain
daripada itu Jabatan Alam Sekitar juga telah mempertingkatkan pelaksanaan Prosedur
Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah
Terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh
4 menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara. JAS juga mempertingkatkan
penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan pelepasan dari
industri.
Tindakan Peringkat dua hala (Bilateral) Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar telah membuat perbincangan dengan rakan sejawatannya di Jakarta, Indonesia
pada 26 Jun 2013 (Rabu) bagi membincangkan bentuk kerjasama dalam usaha menangani
masalah jerebu merentasi sempadan. Malaysia juga akan terus menggesa Indonesia untuk

meratifikasi Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan yang


telah diwujudkan semenjak tahun 2002 serta mempertingkatkan keberkesanan tindakan di
peringkat tempatannya melalui Pelan Tindakan Indonesia Dalam Menangani Pencemaran
Jerebu Merentasi Sempadan.

5.0 CARA MENCEGAH PENYAKIT AKIBATJEREBU


Perkara utama yang harus diambil berat ialah dengan menjaga system pernafsan
iaitu penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang
motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk
dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi. Bagi prerokok ynag mempunyai
anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, jangan merokok di dalam
rumah kerana orang yang menghidu akan menghadapi kesan yang lebih buruk berbanding
dengan perokok tersebut. Selain itu, aktiviti sukan di luar rumah haruslah dikurangkan
dan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang
terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Bagi mereka yang mengalami penyakitpenyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru
yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah
buruk. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang
berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

6.0 PENUTUP

Secara amnya masalah alam sekitar dan khususnya jerebu ini bukan lagi menjadi
isu di peringkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu di peringkat global. Masalah
alam sekitar yang terbit daripada proses urbanisasi perlu di pandang serius oleh pihakpihak tertentu dalam cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang
dilakukan tidak merosakkan alam sekitar. Dalam mengejar arus pembangunan manusia
tidak searusnya mengorbankan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.
Tanpa mereka sedar di sebalik arus pembangunan tersebut tersirat kesan yang amat
menakutkan iaitu impak negatif terhadap kualiti hidup mereka berdasarkan pencemaranpencemaran dan bencana yang telah di nyatakan. Manusia perlu sedar ada cara yang lebih
baik untuk berinteraksi dengan alam sekitar dalam membentuk satu ikatan yang harmoni
di antara manusia dan alam sekitar. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan
yang telah dilakukan oleh mereka sendiri. Hal ini disebabkan tidak akan wujud lagi satu
alam sekitar fizikal yang baru sekiranya alam sekitar yang ada terus di musnahkan. Setiap
kata-kata Mahatma Gandhi haruslah dihayati dengan seadanya iaitu kita bukan mewarisi
alam ini daripada datuk nenek kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita.

LAMPIRAN 1

Gambarajah 1: Seluruh kawasan dilanda jerebu

Gambarajah 2: Jerebu di Kuala Lumpur pada 2006


Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu

LAMPIRAN 2

Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan

LAMPIRAN 3
Ga
mbaraj
ah 3 :

Manusia seharusnya menghargai anugerah alam

BIBLIOGRAFI
1.

Ab. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar di
Malaysia: Satu Pendekatan Geografi, Bahagian Geografi Pusat Pengajian
Ilmu
Kemanusiaan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

2.

Chan Ngai Weng (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan


Bahaya dan Bencana di Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.

3.

Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Che Ngah (2005). Pembangunan


dan Alam Sekitar Di Malaysia, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

4.

Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam Sekitar di
Malaysia Isu dan Pengurusannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

5.

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2003), Masalah Pembangunan Industri di


Malaysia, Selangor: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

6.

Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia
abatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan

7.

http://members.tripod.com/lttan/

8. http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu

Anda mungkin juga menyukai