Anda di halaman 1dari 34

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTANAH BAHIYAH

LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH,


05350 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.

TUGASAN MASA CUTI PENGAWAS


PUSAT SUMBER SEKOLAH

JEREBU
DISAHKAN OLEH:
NAMA:AZY ADINNA BINTI AFENDI
KELAS 2015:1 HASANAH(A2)
KAD PENGENALAN:020711100648
PENGESAHAN WARIS

BIL

PERKARA

M/S

APA ITU JEREBU?

PENGENALAN:JEREBU

2-3

PUNCA JEREBU

4-8

MASALAH KESIHATAN TERHADAP JEREBU

KESAN JEREBU DAN TINDAKAN SEMASA JEREBU

10-18

KRONOLOGI JEREBU DI ASIA TENGGARA

19

CONTOH KAWASAN YANG DILANDA JEREBU

20-22

JEREBU CABUL HAK ASASI KITA

23-30

KESIMPULAN

31

ISI KANDUNGAN

APA ITU JEREBU?

Jerebu ialah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan
lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. [1] Kod panduan Organisasi
Meteorologi Dunia (World Meteorological Organization) termasuk
pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais,
kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji.
[2] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah habuk, debu dan asap
berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras
rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin
menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering),
lalu lintas, Fulfuric dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran
terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan


bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari,
jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus
cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai
satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena
udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai
Fulfuri pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk
jerebu seperti itu dikenali sebagai jerebu basah.

Di Amerika Syarikat dan di tempat lain, istilah jerebu dalam kesusasteraan


FulfuricFgy umumnya digunakan untuk mewakili aerosol jenis basah yang
mengurangkan-penglihatan. Aerosol seperti itu biasanya timbul hasil
daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur
dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan
seni asid Fulfuric. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya
matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara. Satu komponen halus
aerosol jerebu basah kelihatannya datangnya dari bahan yang dikeluarkan
oleh pokok, seperti terpenes . Bagi kesemua sebab-sebab ini, jerebu basah
cenderung untuk wujud kebanyakannya sebagai fenomena musim panas
lembab. Kawasan luas yang diselitupi jerebu yang meliputi beribu-ribu
kilometer mampu terhasil dalam keadaan yang sesuai pada setiap musim
panas.

BAGAIMANA JEREBU BERLAKU

Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang
kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi
pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal
juga dikenali sebagai asbut (sejenis pencemaran udara berat).
Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti
gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan
seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari,
kelembapan tinggi, dan keheningan udara.

SUMBER-SUMBER JEREBU

Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas,
industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap
perindustrian dan kenderaan.

BENTUK JEREBU
Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan
bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari,
jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus
cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai
satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena
udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai
nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk
jerebu seperti itu dikenali sebagai "jerebu basah."

INDEKS PENCEMARAN UDARA


IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah)
dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon
monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan
sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan
kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :Status
Nilai IPU
0 - 50

Baik

51 - 100

Sederhana

101 - 200

Tidak Sihat

201 - 300

Sangat Tidak Sihat

301 - 500

Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar,


televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda
supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan

PUNCA JEREBU

ANTARA PUNCA-PUNCA JEREBU:

AKTIVITI PEMBANGUNAN DAN PERINDUSTRIAN


KENDERAAN BERMOTOR
PEMBAKARAN TERBUKA
AKTIVITI HARIAN MANUSIA

Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang
agak kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan
bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya
tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi
ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh
menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut.
Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia
Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan
tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia
Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu
Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia
menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi
pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian
itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan.

Aktiviti pembangunan dan perindustrian


Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang menghasilkan
barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik.

Namun, ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia.


Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa
kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar.

Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habukhabuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.

Kenderaan motor

Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia.


Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti
kereta, motor, lori, kapal terbang dan sebagainya.
Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini
perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya.
Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk.
Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka

ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan
kenderaan di jalan raya dijangka akan meningkat kepada 1 bilion pada tahun
2020, namum dijangka juga akan mencapai angka itu lebih awal.

Pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal
di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta
pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke
jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling
tempat.

Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut
menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam dan
mengurangkan jarak penglihatan.
Contohnya, masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan
hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi 'asap'.

Aktiviti harian manusia

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk
mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara.

Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke


udara dan ia mampu menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah
seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran
udara.

MASALAH KESIHATAN AKIBAT JEREBU

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:


Kanak-kanak
Orang tua
Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:


Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
Iritasi di mata serta mata yang merah
Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah
akibat jerebu ialah:

Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap


Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
Selalu minum air
Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik.

KESAN JEREBU

Jerebu menimbulkan isu dalam penggambaran bumi ("terrestrial photography"), di


mana penembusan sejumlah besar atmosfera tebal mungkin perlu bagi mengambil
gambar subjek jarak jauh. Ini menghasilkan kesan pandangan seperti kehilangan
perbandingan ("kontras") pada subjek, akibat dari kesan penyelerakan cahaya melalui
partikal jerebu. Disebabkan ini, warna matahari terbit dan terbenam kelihatan kelam
pada hari berjerubu, dan bintang mungkin kabur pada waktu malam. Dalam
sesetengah kes, kemerosotan akibat jerebu amat teruk sehinggakan pada
waktu matahari terbenam, matahari hilang sama sekali sebelum mencecah
ufuk.

ANTARA KESANNYA:
JARAK PENGLIHATAN MENJADI SEMAKIN TERHAD
SESAK NAFAS
HIDUNG BERAIR DAN BERSIN

1.Jarak Penglihatan Menjadi Semakin Terhad


Jarak penglihatan anda menjadi semakin terhad. Ini kerana jerebu telah menghalang
pancaran matahari untuk terus memancarkan cahaya terus ke bumi. Ia sekaligus
menghadkan penglihatan kita yang berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya
kemalangan.Bahkan ia turut membuatkan mata terasa pedih dan berair kerana di sekeliling
anda dipenuhi dengan gas beracun dan berbahaya untuk kesihatan.

2. Sesak Nafas
Molekul-molekul yang terdapat pada udara mempunyai gas-gas beracun yang tidak elok
untuk disedut oleh manusia. Keadaan ini memberikan kesan yang lebih teruk kepada
sesiapa yang mengalami masalah asma. Mereka mungkin akan mengalami masalah sesak
nafas.

3. Hidung Berair Dan Bersin


Hidung kita adalah saluran utama saluran pernafasan pada manusia. Namun jika terlalu
banyak udara berbahaya di sekeliling kita ketika jerebu, dikhuatiri ia akan mengakibatkan
hidung tidak mampu menapis udara-udara beracun, seterusnya menyebabkan hidung
berair sehingga mendatangkan selesema dan juga bersiN

Terdapat pelbagai lagi jenis penyakit yang mungkin akan terkena kepada sesiapa
yang terdedah kepada jerebu iaitu:

Terasa gatal-gatal di bahagIan kerongkong dan batuk-batuk.


Kulit badan terasa gatal-gatal.
Gatal mata.
Terasa sakit dada.

TINDAKAN SEMASA JEREBU

KURANGKAN AKTIVITI FIZIKAL DI LUAR RUMAH


BANYAKKAN MINUM AIR MASAK (SEKURANG KURANGNNYA 8 GELAS
SEHARI)
BASUH TANGAN DAN MUKA DENGAN SABUN DAN ARI BERSIH SELEPAS
MELAKUKAN/MENGHADIRI AKTIVITI LUAR
PASTIKAN UDARA DI DALAM RUMAH SENTIASA BERSIH.
KURANGKAN SUMBER PENCEMARAN SEPERTI MEROKOK.
APABILA MEMANDU GUNAKAN PENGHAWA DINGIN.PILIH OPERASI
(MODE)KITARAN UDARA DALAMAN.

Langkah yang Perlu Diambil Untuk Mengelakkan Kesan Jerebu Di Malaysia


adalah:
Jerebu jelas memberi kesan negatif kepada kesihatan kita. Kita perlu mengambil
langkah berjaga-jaga supaya dapat mengelak daripada terkena penyakit yang
disebabkan oleh jerebu. Pelbagai langkah yang perlu diambil ketika dilanda jerebu
untuk memastikan kesihatan kekal terjamin.

Antaranya langkah yang boleh diambil ialah:


1. Sentiasa memakai topeng keselamatan, terutama yang menaiki motosikal kerana
terdedah dengan udara kotor dan juga berbahaya. Sekurang-kurangnya ia dapat
mengurangkan kita menyedut udara yang tidak sihat.

2. Pada sesiapa yang menghidapi penyakit batuk dan selesema, batuk, asma, sakit
mata, kesesakan nafas, sakit paru-paru atau sakit jantung yang kronik, dinasihati
supaya anda segera pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau langkah
pencegahan kerana anda mudah terdedah kepada simptom jerebu.

3. Kurangkan melakukan aktiviti luaran. Risiko kesihatan anda terjejas adalah tinggi dan
anda disarankan menghabiskan masa duduk di rumah atau pejabat sahaja.

4. Amalkan meminum air putih dengan kuantiti yang banyak, iaitu sebanyak 8 gelas air
mineral sehari. Ia bagi memastikan air terus membekalkan oksigen di dalam badan dan
mengekalkan badan dalam keadaan hidrasi.

5. Apabila melakukan aktiviti luar, pastikan anda kerap membersihkan wajah dan kulit anda
agar dapat mengelakkan daripada terkena masalah kulit akibat jerebu.

6. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok di luar rumah kerana dengan bahana anda
menghisap rokok, dicampurkan lagi dengan udara tidak sihat pada jerebu ia akan
mengakibatkan kesihatan anda akan merosot dengan mendadak.

#Dilarang juga menghisap rokok berhampiran dengan isteri dan juga anak-anak anda
kerana ia membuatkan mereka lebih mudah terdedah kepada masalah kesihatan.

7. Jika kenderaan anda mempunyai penghawa dingin, pasangkan hawa dingin tersebut
bagi memastikan suhu badan dalam keadaan normal.

8. Sentiasa menyusukan bayi kerana dipercayai susu dapat membekalkan antibodi pada
bayi sekaligus dapat membina kekuatan imuniti pada bayi itu dan sukar untuk bayi tersebut
terkena penyakit.
9. Batalkan segala percutian anda. Tujuan anda untuk bercuti adalah untuk melapangkan
fikiran dan menghilangkan segala stress ketika bercuti, bukan untuk menempah sakit.

Pastikan anda sentiasa menjaga kesihatan anda ketika jerebu. Kesihatan anda lebih
penting dan mahal dari segalanya, termasuk wang ringgit. Pastikan orang tersayang dan
terdekat dengan anda juga patuh dan mengamalkan gaya hidup yang betul ketika jerebu.
Bataskan pergerakan di luar. Semoga masalah jerebu dan kemarau ini tidak akan
berterusan dalam tempoh masa yang panjang.

SELAIN ITU,TERDAPAT JUGA CARA CARA UNTUK MENCEGAH JEREBU.

1. GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua
orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita
mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada
habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat
atau rumah

2. NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT


JEREBU
i. Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam
bangunan.
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagianbahagian yang terdedah kepada jerebu.
iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah
menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua
tingkap.
vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang
melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma,
sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan
seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan
mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

3. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN YANG PERLU


DIPATUHI SEMASA JEREBU

Bacaan Indeks
Pencemaran
Status
Udara (IPU)
0-50

Baik

Tahap
Pencemaran
Tahap
pencemaran
rendah dan tidak
membahayakan
kesihatan umum

Langkah-langkah pencegahan
dan kawalan Kesihatan

Tiada sekatan aktiviti


untuk semua golongan.

Orang ramai
dinasihatkan supaya

Bacaan Indeks
Pencemaran
Status
Udara (IPU)

Tahap
Pencemaran

Langkah-langkah pencegahan
dan kawalan Kesihatan
mengamalkan cara hidup
sihat.

51-100

101-200

201-300

Sederhana

Tidak sihat

Sangat tidak
menyihatkan

Tahap
pencemaran
sederhana dan
lazimnya tidak
membahayakan
kesihatan umum

Tiada sekatan aktiviti


untuk semua golongan

Orang ramai
dinasihatkan supaya
mengamalkan cara hidup
sihat

Tahap
pencemaran
boleh
menjejaskan
kesihatan
golongan berisiko
tinggi.

Golongan berisiko tinggi


dinasihatkan supaya
menghadkan aktiviti di
luar rumah.

Golongan berisiko tinggi


dinasihatkan memakai
alat pelindung
pernafasan (mask) ketika
berada di luar rumah

Orang ramai
dinasihatkan
mengurangkan aktivitiaktiviti yang LASAK di
luar rumah.

Orang ramai
dinasihatkan untuk
mengelak daripada
melakukan aktiviti Lasak
di luar rumah.

Orang ramai

Tahap
pencemaran
tinggi yang
menjejaskan
kesihatan orang
ramai dan boleh
memburukkan

Bacaan Indeks
Pencemaran
Status
Udara (IPU)

Tahap
Pencemaran

Langkah-langkah pencegahan
dan kawalan Kesihatan

gejala yang
dialami oleh
mereka yang
berisiko tinggi

dinasihatkan memakai
alat pelindung
pernafasan (mask) ketika
berada di luar rumah.

Golongan berisiko tinggi


digesa supaya berada di
dalam rumah atau
bangunan dan
mengurangkan aktiviti
fizikal.

Golongan berisiko tinggi


dinasihatkan memakai
alat pelindung
pernafasan (mask) ketika
berada di luar rumah

Mereka yang mengalami


masalah kesihatan
dinasihatkan untuk
berjumpa doktor.

Bilik Gerakan Peringkat


Kebangsaan dibuka pada
waktu pejabat atau atas
arahan Jawatankuasa
Pemandu (Kesihatan).

Orang ramai
dinasihatkan supaya
sentiasa minum banyak
air.

Orang ramai
dinasihatkan supaya
kerap membasuh muka
dan bahagian-bahagian
yang terdedah kepada

Bacaan Indeks
Pencemaran
Status
Udara (IPU)

Tahap
Pencemaran

Langkah-langkah pencegahan
dan kawalan Kesihatan
jerebu.

301-400

Berbahaya

Pencemaran yang
sangat tinggi dan
membahayakan
kesihatan.

Golongan berisiko tinggi


digesa berada di dalam
rumah.

Seboleh-bolehnya, orang
ramai dinasihatkan
supaya tinggal di dalam
bangunan atau rumah.

Orang ramai
dinasihatkan supaya
sentiasa membasuh
muka dan bahagian kulit
yang terdedah kepada
jerebu dengan air bersih.

Orang ramai
dinasihatkan memakai
alat pelindung
pernafasan (mask) ketika
berada di luar rumah.

401-500

Berbahaya

Pencemaran yang
sangat tinggi dan
membahayakan
kesihatan.

Tindakan seperti aras


IPU 301 400

500 ke atas

Darurat

Pencemaran yang
terlalu tinggi dan
sangat
membahayakan
kesihatan.

Tindakan seperti aras


IPU 301 400

Orang ramai diminta


untuk mengikut arahan
Majlis Keselamatan
Negara dan sentiasa
mengikuti perkembangan

Bacaan Indeks
Pencemaran
Status
Udara (IPU)

Tahap
Pencemaran

Langkah-langkah pencegahan
dan kawalan Kesihatan
melalui media massa

KRONOLOGI JEREBU DI ASIA TENGGARA

Jerebu merupakan satu masalah BESAR di Asia Tenggara akibat pembakaran


hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7
anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu
Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution)
pada 2002.

Ramai yang menuding jari menyalahkan sana dan sini bila berlaku jerebu
teruk sehingga menjejaskan kehidupan. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu
berikan peringatan kepada kita selaku hambanya. Memanglah dari sudut
saintifik seperti yang dijelaskan di atas, ia berpunca dari pembakaran terbuka
dan sebagainya namun itu adalah kuasa Allah. Banyak hikmah atau kebaikan
tersembunyi disebalik berlakunya bencana jerebu ini.

ANTARA KEBAIKANNYA:

1. Guru yang belajar setiap weekend, sudah pasti dapat menyiapkan


Ringkasan Pengajaran Harian (RPH) di rumah pada hari cuti seperti hari ini
atau menanda Kad Kemajuan murid.
2. Dapat berehat sebentar dari suasana terkejar-kejar untuk punch card setiap
hari.
3.

Ibu

bapa

yang

bercuti

dapat

memperuntukkan masa

yang

berkualiti dengan anak-anak.


4. Bagi blogger, boleh fikirkan cara untuk update blog dan buat banyakbanyak entri auto publish.
CONTOH KAWASAN YANG DILANDA JEREBU

KUALA LUMPUR - Jumlah kawasan di seluruh negara yang merekodkan bacaan


Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada 33 kawasan pada 7
malam ini, berbanding 31 kawasan setakat 2 petang tadi.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua kawasan baharu yang mencatat IPU
tidak sihat ialah Sibu (106) dan Pasir Gudang (103) manakala Banting mencatat
bacaan IPU tidak sihat paling tinggi iaitu 188 setakat ini.
Kawasan lain di Selangor yang terjejas teruk dilanda jerebu dengan bacaan IPU tidak
sihat ialah Pelabuhan Klang (181), Petaling Jaya (168), Shah Alam (167) dan Kuala
Selangor (137).
Di Sarawak, tiga kawasan mencatat IPU tidak sihat iaitu Samarahan (104), Sarikei
(126) dan Sri Aman (136).
Kualiti udara tidak sihat turut menyelubungi ibu negara, direkodkan di Batu Muda
(183), Putrajaya (164) dan Cheras (161).
Bagi Terengganu, Kemaman merekodkan bacaan 134 dan Paka 112, manakala di
Johor iaitu Larkin Lama (105) dan Muar (140), juga mencatat IPU tidak sihat.

Di Pulau Pinang, tiga kawasan terjejas teruk iaitu Seberang Perai 2 (150), USM (145)
dan Perai (124).
Kawasan lain ialah Bandaraya Melaka (161), Bukit Rambai (182), Nilai (187), Port
Dickson (183), Seremban (175), Balok Baru di Kuantan (135), Indera Mahkota (118),
Jerantut (125), Jalan Tasek (153), Kampung Air Putih, Taiping (141), Sekolah
Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (167) dan Seri Manjung (173) serta Bakar Arang,
Sungai Petani (127).
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak
sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

BERIKUT MERUPAKAN CONTOH KAWASAN YANG DILANDA JEREBU


DI KUALA LUMPUR

JEREBU CABUL HAK ASASI KITA


Menurut generasi ketiga hak asasi manusia, pencemaran alam sekitar adalah salah
satu dari pencabulan hak asasi manusia yang perlu ditangani segera.

Jerebu ini melitupi ruang angkasa Indonesia, Malaysia dan Singapura. Ia menunjukkan
bagaimana sekelompok manusia liar yang tidak menggunakan akal menodai hak asasi
manusia, yakni hak kita, untuk menghirup dan menggunakan udara bersih.

Bencana jerebu di sebahagian Asia Tenggara ini turut menjejaskan aktiviti perkapalan di
Selat Melaka dan membahayakan lalu-lintas di ruang udara yang cukup sibuk.

Ketika bencana itu melanda pada tahun 2013, menteri alam sekitar Indonesia pada
waktu itu, Balthasar Kambuaya mengenal pasti dan menamakan lapan syarikat yang
bertanggungjawab membakar hutan dan kawasan pertanian di Riau dan Jambi.

Lapan syarikat tersebut dimiliki oleh pelabur dari Malaysia menerusi subsidiari
Indonesia. Tiga firma yang berkait Malaysia itu kemudian disiasat. Salah satunya
bagaimanapun dengan menggunakan gambar bukti satelit dari NASA mendakwa
pembakaran kawasan pertanian itu tidak dilakukan mereka, sebaliknya oleh pekebun
kecil.

Seramai 14 orang ditahan pada tahun 2013. Di bawah undang-undang 23 Perlindungan


dan Pentadbiran Persekitaran tahun 2009, seseorang atau mana-mana syarikat yang
didapati bersalah memulakan kebakaran akan berdepan dengan 10 tahun penjara, dan
denda 10 bilion rupiah. Syarikat tersebut boleh dirampas dan diarah tutup selain
disaman kerana mengakibatkan kerosakan.

Satu kajian yang terbit pada Ogos tahun 2015 mengesahkan bahawa syarikat besar
mungkin tidak bertanggungjawab menyumbang kepada pencemaran udara.

Kajian oleh Miriam E Marlier dan rakan-rakannya bertajuk Fire emissions and regional
air quality impacts from fires in oil palm, timber, and logging concessions in Indonesia
itu mendapati 59 peratus dari kebakaran di Sumatera berpunca dari luar industri
pembalakan dan kelapa sawit.

Di Kalimantan, 73 peratus daripada pembakaran itu didapati berlaku di luar industri


tersebut. Hanya Riau menyumbang 52 peratus pembakaran dari dalam industri tetapi
60 peratus dari angka itu dilakukan oleh pemilik atau pekebun kecil.

Benar, masalah jerebu yang dideritai oleh jutaan rakyat Indonesia, Malaysia dan
Singapura datangnya dari pekebun kecil. Mereka sudah terbiasa dengan kaedah
tebang dan bakar setiap kali musim pertanian yang baru tiba.

Greenpeace Indonesia sendiri berasa mustahil untuk memberi kefahaman kepada


petani kecil mengenai kerosakan dan risiko yang muncul dari pembakaran hutan ini.

Hal ini kerana tebang dan bakar merupakan cara paling segera, dan murah untuk
penanaman, berbanding pengaut mekanikal dan jentera berat seperti jentolak.

Hasil bakar itu boleh dijadikan baja untuk penanaman. Namun kaedah ini memberi
kesan buruk apabila berlaku fenomena kemarau kontang seperti El Nino.

Pada tahun 2001, saintis alam sekitar Jerman Hans Dieter V Boehm, dan F Siegert
menyalahkan projek Lahan Sejuta Hektar di Indonesia sebagai punca pencemaran
udara di sebelah sini rantau Asia Tenggara.

Dalam projek besar ini, kerajaan Indonesia menggalakkan pembangunan sejuta hektar
tanahterbiar termasuk tanah gambut dan berpaya untuk dimajukan dan ditanam padi
untuk menyelesaikan masalah bekalan makanan di Republik itu.

Seorang pakar habitat dan alam sekitar Malaysia dan Indonesia, Allahyarham Profesor
Datuk Jamaluddin Md Jahi turut menyalahkan golongan pekebun kecil yang
mengamalkan kaedah tebang dan bakar.

Amalan tersebut semakin berleluasa disebabkan kesukaran


pelaksanaan undang-undang akibat amalan korupsi, kata profesor di Institut Alam dan
Tamadun Melayu UKM itu kepadaku sebelum ini.

Dalam erti kata lain, pihak berkuasa memejam mata sebarang salah laku oleh petani
kerana pertama kasihan, dan kedua, pihak berkuasa telah pun disuap
Jerebu adalah satu pencabulan hak asasi manusia. Pembakaran hutan di Indonesia
dan Brazil merangkumi dua pertiga daripada keseluruhan pelepasan asap dari
penggunaan tanah. Dua lagi negara yang turut terlibat adalah China dan Amerika
Syarikat.

Indonesia hanya menandatangani perjanjian ASEAN Transboundary Haze Pollution


pada 16 September 2014 dan merupakan negara terakhir melakukannya. Setahun
kemudian, pada hari ini, 16 September 2015 masalah yang sama tetap berulang.

Perjanjian jerebu ini mulai dilaksanakan pada Jun 2002, dan masih masalah yang sama
berterusan. Ia menuntut supaya pihak yang terlibat segera mengekang dan mengawal
aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran jerebu melampaui negara, di mana
kempen dan pendidikan mengenai undang-undang alam sekitar dan hak asasi manusia
digiatkan.

Perjanjian juga menuntut supaya wujudnya pasukan khas memantau keadaan


pembakaran hutan selain berkongsi kemahiran saintifik dan teknikal untuk
menyelesaikan masalah ini.

Namun demikian perjanjian ini masih tidak berjaya memadamkan kebakaran hutan
gambut oleh pekebun kecil dan masih mengakibatkan kita sesak nafas dan kelelahan.

Salahkan ASEAN, ini kerana selama ini ASEAN mengamalkan polisi "pendekatan
berbincang" yang lembut dan tidak tegas apabila berurusan sesama sendiri dengan
kekhuatiran menyinggung perasaan dan pengekalan diplomasi baik masih menjadi
keutamaan.

ASEAN Human Rights Declaration 2012 memperuntukkan hak untuk kesihatan, hidup
yang selamat, bersih dan pembangunan persekitaran yang baik seperti terjelma pada
Artikel 28.

Akan tetapi seperti yang diketahui deklarasi ini merupakan ikatan yang rapuh dan
ASEAN saling berhati-hati untuk mengkritik atau mengambil tindakan terhadap negara
anggota. Lihat sahaja masalah pelarian Rohingya yang sama sekali tidak ditangani
dengan baik.

Minggu ini diumumkan Malaysia akan meminta Indonesia menandatangani satu


memorandum persefahaman secara bersama. Isi kandungan MOU yang bakal
ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Malaysia mengenai jerebu ini berhak
diketahui oleh kita dan mesti diuar-uarkan kepada umum.

Pembangunan pendidikan hak asasi manusia mesti dikemukakan secara menyeluruh.


Hak asasi manusia dalam bentuk kolektif tidak akan berjaya jika pihak berkuasa enggan
atau liat menghormati hak asasi manusia secara individu khusus yang berkait dengan
hak asasi manusia generasi pertama dan kedua.

Ini bermaksud, tanpa komitmen menyeluruh pemerintah Malaysia dan Indonesia


terhadap hak asasi manusia, masalah ini tidak akan selesai.

Pengamal hak asasi manusia berkali-kali menegaskan hak asasi manusia kolektif
(dalam konteks ini pembasmian jerebu) mesti disertakan dengan hak-hak yang lebih
asas seperti hak untuk setara, bebas, dan dihormati.

Keduanya, siapakah pula yang akan turun padang menjelaskan risiko kesihatan dan
pencabulan hak asasi manusia yang besar-besaran ekoran jerebu ini kepada para
petani dan pekebun kecil?

Apa juga kempen, MOU dan perjanjian tidak akan berkesan jika tiada kesedaran datang
daripada nurani dan lahir dari diri setiap kita, manusia yang mendiami bumi ini secara
bersama.

Petani dan pekebun kecil di Riau, Kalimantan dan Sumatra mesti diyakinkan dan
difahamkan yang kanak-kanak kecil di Malaysia dan Singapura mempunyai hak setara,
merdeka dan bermaruah untuk menghirup udara yang bersih dan bebas.

Mereka, para petani dan pekebun kecil itu tidak akan yakin dan faham jika korupsi
masih berleluasa dalam kalangan pihak berkuasa. Ini kerana hak untuk bebas dari
rasuah dan korupsi juga satu hak asasi manusia.

Mereka juga tidak akan yakin dan tidak akan faham jika melihat rejim dan pemimpin
yang berada di atas tidak cakap serupa bikin.

Jika pemerintah Malaysia dan Indonesia telus dan tulus untuk menamatkan jerebu demi
kemaslahatan generasi mendatang, pembangunan hak asasi manusia secara besar
dan penuh harus direalisasikan.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang
buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses semulajadi
tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding jerebu yang disebabkan oleh
aktiviti manusia. Aktiviti manusia seperti pembakaran manusia, pelepasan asap dari
kenderaan dan pelepasan asap dari kilang-kilang perindustrian menyebabkan
fenomena jerebu ini bertambah buruk. Ini telah memberi kesan bukan sahaja
kepadamanusia malah semua hidupan yang berada di muka bumi ini.Oleh itu, aktiviti
haruslah dikurangkan demi mengurangkan masalah jerebu. Sebagai manusia kita
seharusnya bijak menGuruskan alam sekitar dengan bijak demi manfaat semua
hidupan di muka bumi ini.

Anda mungkin juga menyukai