Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JOHOR BAHRU
WAJ 3114
BINA INSAN GURU ( BIG )
KERTAS KERJA:
SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA
PENSYARAH:
ENCIK SANIF BIN SAPAAT
Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Temenggong Ibrahim,
Johor Bahru, Johor
DISEDIAKAN OLEH:
SHAMSUL ANUAR BIN MUHMMAD
( 810509015745)
2012121360300
Program Pensiswazahan Guru ( PPG )
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian


BIODATA DIRI






NAMA : SHAMSUL ANUAR BIN MUHMMAD
NO K/ P : 810509015745
NO TELEFON :0197069466
NAMA SEKOLAH :SK DATUK ISMAIL SAADON
81920 KOTRA TINGGI, JOHOR.
OPSYEN :PPG AMBILAN FEBRUARI 2012
SEMESTER 5 / 2014
UNIT :SAINS (2)
E- MAIL : sham9581@live.com













KERTAS CADANGAN
PROGRAM GOTONG ROYONG
SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA
1.0 PENDAHULUAN
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam
memenuhi matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang
berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran
dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi
perlaksanaan matlamat tersebut.
Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab
yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran
Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui
pertandingan 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan
efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K
(Keselamatan, kesihatan dan kebersihan ) telah merancang untuk menganjurkan
satu aktiviti gotong-royong bersama pelajar bagi memenuhi matlamat yang telah
diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat
memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya
menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.
Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-
nilai murni dalam diri mereka. Adalah menjadi harapan agar seluruh warga SK Teluk
Sengat akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi
serta mencapai matlamatnya. Sekolah-sekolah lebih ceria dan ia selaras dengan
tema Sayangi Kawasan Sekolah Anda. Program ini diharap dapat mengubah
budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepada budaya yang lebih baik.
Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan kerjasama yang
diberikan oleh warga SK Teluk Sengat serta kepimpinan Guru Besar akan
membuahkan hasil yang diharapkan.

2.0Tujuan
Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan
persekitaran sekolah dan seterusnya menanamkan sikap menyayangi kawasan
sekolah terhadap semua warga sekolah. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk
keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar
dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat
menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.
Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat
untuk memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa
lebih selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh
pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa. Mereka juga berasa bangga dan yakin
untuk menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti
dalam suasana yang selamat dan ceria.

3.0 Nama Program
KECERIAAN SEKOLAH

4.0 Tema Program
SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA

5.0 Matlamat
Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar
kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan
kebersihan dan keceriaan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat
pendedahan yang sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan
mengabaikan keceriaan di persekitaran sekolah berbanding di rumah .
Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh ,meningkatkan
rasa tanggungjawab terhadap keceriaan di mana mereka melibatkan diri dengan
aktiviti menceriakan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat penting program ini
adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap keceriaan serta
melahirkan warga sekolah yang peka terhadap persekitaran yang ceria ke arah
pencapaian wawasan negara.

6. 0 Objektif
Objektif program ini adalah:
i. Mewujudkan kawasan ta[ak perhimpunan sekolah yang lebih ceria dan
harmonis. Keceriaan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan
mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah yang ceria, tenang dan
selesa penting untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
ii. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi
yang bersih, indah, selamat dan ceria.
iii. Memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di kalangan murid dalam
melaksanakan sesuatu tugas.


7.0 Format Pelaksanaan
Manual Pelaksanaan Program
BIL PELAKSANAAN TUGAS TINDAKAN

1 Penyediaan kertas kerja program :

Setiausaha Program


- Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan
persetujuan dari pihak-pihak penganjur dan pelaksanaan
program melalui mesyuarat dan bersemuka.

- Mesyuarat kali pertama.




2 Pelantikan AJK Program secara rasmi.

Setiausaha


Program
3
Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan kerja-
kerja asas program :

Setiausaha




Program
Cadangan : bilik mesyuarat sekolah.

4 Mesyuarat AJK Program kali pertama.

Setiausaha


Program


5


Menjalankan kerja-kerja penyediaan , percetakan dan
mengirim surat menyurat.

Setiausaha




Program


6

Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat
pos laju , e-mel, mesin faksimili atau pertemuan peribadi

Setiausaha
(kepada agensi-agensi dan individu yang terlibat )

Program


7

Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-
peralatan yang perlu digunakan untuk gotong royong

AJK Peralatan
8 Tempahan makanan untuk jamuan. AJK Jamuan

9 Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong royong. Semua AJK dan
peserta.


8.0 PENGANJUR
Program ini dianjurkan oleh unit 3K dengan kerjasama Unit Hal-Ehwal Murid

9.0 CADANGAN TARIKH
10 Mei 2014 ( Sabtu )

10.0TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor

11.0 FOKUS KAWASAN
Kawasan yang menjadi fokus program gotong royong ini adalah tapak perhimpunan
rasmi sekolah.
Mengecat semula binaan tempat berucap.

12.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN:
Guru-guru serta pelajar Tahun 5 SK Teluk Sengat.


13.0 Carta Organisasi
Organisasi pelaksanaan program

JAWATANKUASA INDUK
Penasihat
Puan Khadijah binti Atan (Guru Besar)
Pengerusi
Encim M. Azmi bin Daud (Guru Penolong Kanan Kurikulum)
Naib Pengerusi I
Encik M. Fadzilah bin Buang (Guru Penolong Kanan KoKurikulum)
Setiausaha
Encik Shamsul Anuar bin Muhmmad
Bendahari
Encik Sufian bin Kamal


AJK PELAKSANA
PROGRAM MENCERIAKAN TAPAK PERHIMPUNAN
Persiapan Tempat : En. Mohd Khairul B. Awaluddin

Siaraya : En. Izam B. Samsudin

Pengacara Majlis : Pn. Indah Hawani Bt.Baharin

Bacaan Doa : En. Zamani bin Alias

Jurugambar : En. Muhamad B. Smail
Pn. Noneh bt. Wasimin


Jamuan : Pn. Siti Meriam Bt. Ahmad
Pihak Kantin SKTS

Hadiah & Cenderamata : Pn. Suhailah Bt. Salip

Buku Program : Pn. Kamaliah Bt. Mohamad

Jemputan : Pn Halida Bt Bakri

Backdrop & Kain Rentang : Pn Halida Bt. Bakri

Pendaftaran : Pn. Kamaliah Bt. Mohamad
Pn. Suhailah Bt. Salip
Pn. Siti Meriam bt. Ahmad

13.0 Tentatif Program
1. Semua guru, murid dan pekerja berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.
2. Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Teluk Sengat.
3. Semua yang hadir dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut tempat-
tempat yang telah ditetapkan
4. Aktiviti- aktiviti :
o Mengecat binaan tempat berucap.
o Mengecat tempat pelajar beratur semasa perhimpunan rasmi.
o
14.0 Anggaran perbelanjaan
Cadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang
dengan baik agar program ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar.
Kebanyakkan sumber yang digunakan untuk menjayakan aktiviti ini disumbangkan
oleh pihak kantin, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.. Berikut disenaraikan
anggaran perbelanjaan untuk aktiviti ini :




Anggaran Pendapatan Pelajar PPG

BIL PERKARA JUMLAH(RM)
1.


2.

3.
SUMBANGAN GURU PPG
RM20 X 17 ORANG

SUMBANGAN PIBG SK TELUK SENGAT

KANTIN SEKOLAH

JUMLAH:

340

100

50

490



Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA JUMLAH(RM)
1. CAT DAN BERUS 150 (CAT)
55 (BERUS CAT)
2. JAMUAN 100
3. KAIN RENTANG(TEMPAHAN) 100
4. CENDERAHATI SEKOLAH 50
5. BROSUR 35

JUMLAH:

490






15.0 Penutup
Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Menceriakan Tapak Perhimpunan
ini akan dapat menghasilkan kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih,
selamat serta dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah.
Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta
semua pihak yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-
murid dalam menghadapi kehidupan harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan
dan jasa baik semua pihak yang sama menjayakan program ini diberkati dan
dirahmati.
Disediakan oleh:
.
( SHAMSUL ANUAR BIN MUHMMAD)
Setiausaha Program,
SK Teluk Sengat,
Kota Tinggi, Johor.



Setelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
di atas sebab-sebab berikut:

................................................................................
..................................................................................................................................

Anda mungkin juga menyukai