Anda di halaman 1dari 20

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)

Bil.
1.

Topik

Muka Surat

A. Pemerolehan ilmu
Tugasan 1
i.
ii.
iii.
iv.

Hukum Pertama Termodinamik


Kalorimetri
Hukum Hess
Tindak balas redoks untuk menghasilkan

elektrik dalam sel volta


Penggunaan secara

v.
vi.

Elektrolisis
Pereputan bahan radioaktif

komersial

3
4

proses
6
7

2.

D. Esei berasaskan HOTS


Tugasan 4
1.0

Pendahuluan

1.1

Kelebihan dan kekurangan tenaga nuklear

sebagai sumber tenaga alternatif


2.0

Pada pendapat anda wajarkah negara kita


membina loji nuklear untuk menghasilkan
tenaga nuklear?
- Kesimpulan
- Lampiran

13

15

3.

Refleksi

17
18

4.

Rujukan

19

TUGASAN 1
1

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)

i)

Hukum Pertama Termodinamik

Merujuk kepada proses di mana haba dan kerja boleh dibezakan dan diukur.
Ia seing digambarkan melalui kenyataan bahawa dalam proses termodinamik
peningkatan dalam tenaga dalaman sesuatu sistem menyamai dengan peningkatan
haba yang dibekalkan kepada sistem, tolak peningkatan kerja yang dilakukan oleh
sistem pada persekitarannya.
Hukum termodinamik pertama mematuhi prinsip keabadian tenaga. Tenaga boleh
berubah, contoh- bertukar dari satu bentuk kepada bentuk yang lain, tetapi tidak boleh
dicipta atau dimusnahkan.
Hukum ini juga menerangkan hubungan antara
haba, Q dan kerja, W

Q=W

Hukum Pertama Termodinamik merujuk kepada proses kitaran termodinamik. Ia


dibuat oleh Rudolf Clausius pada tahun in 1850:
"Dalam kesemua kes apabila kerja dihasilkan dengan penggunaan tenaga, jumlah
tenaga yang digunakan adalah berkadar dengan kerja yang dilakukan; dan sama juga,
perlaksanaan kuantiti kerja yang sama menghasilkan kuantiti haba yang sama
dihasilkan.
Clausius turut menyatakan hukum ini dalam bentuk lain, kali ini merujuk kepada
kewujudan

fungsi

keadaan

sistem

yang

digelar

tenaga

dalaman,

dan

menggambarkannya dalam bentuk differential equation bagi peningkatan proses


thermodinamik. Persamaan ini boleh diterjemahkan dalam perkataan seperti berikut:
In a thermodynamic process, the increment in the internal energy of a system is
equal to the difference between the increment of heat accumulated by the system and
the increment of work done by it.
http://eigenzone.blogspot.com/2011/04/teknologi-dan-termodinamik.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_termodinamik_pertama
2

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)


http://www.slideshare.net/royzamy/termodinamik
ii)

Kalorimetri
Kalorimeter adalah alat yang digunakan untuk mengukur jumlah kalori yang terlibat
dalam suatu perubahan atau reaksi kimia.
Kalorimeter bom adalah alat yang digunakan untuk mengukur jumlah kalor (nilai
kalori) yang dibebaskan pada pembakaran sempurna (dalam O 2 berlebih) suatu
senyawa, bahan makanan, bahan bakar. Sejumlah sampel ditempatkan pada tabung
beroksigen yang dicelup dalam medium penyerap kalor (kalorimeter), dan sampel
akan terbakar oleh api elektrik daripada logam

Kalorimeter makanan.
Kalorimetri boleh dibahagikan kepada 2 bentuk iaitu:
3.0 Kalorimeter makanan adalah alat untuk menentukan nilai kalor zat makanan
karbohidrat, protein, atau lemak.
4.0 Kalorimeter larutan adalah alat yang digunakan untuk mengukur jumlah kalor yang
terlibat pada reaksi kimia dalam sistem larutan. Pada dasarnya, kalor yang
dibebaskan/diserap menyebabkan perubahan suhu pada kalorimete

http://id.wikipedia.org/wiki/Kalorimeter
iii)

Hukum HESS
3

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)


Hukum Hess menyatakan bahawa dalam satu tindak balas kimia, perubahan haba, (H)
yang berlaku adalah malar, sama ada tindak balas itu berlaku satu langkah atau melalui
beberapa langkah tindak balas. Dalam kata lain, cuma keadaan awal dan keadaan akhir
yang penting.
Hukum HESS diperkenalkan oleh Germain Hess yang menyatakan bahawa sebarang
perubahan haba bergantung kepada perubahan awal

dan hasilnya tidak bergantung

kepada bagaimana proses itu berlaku.

http://sungedaun.blogspot.com/2013/03/hukum-hess.html

iv)

Tindakbalas redoks untuk menghasilkan elektrik dalam sel volta.


4

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)

Istilah redoks (redox) berasal daripada dua konsep iaitu daripada Bahasa Inggerisnya
reduction dan pengoksidaan

(oxidation). Ia boleh diterangkan menggunakan

penjelasan mudah:

Pengoksidaan menerangkan tentang


kehilangan elektron oleh suatu molekul, atom atau ion
Penurunan menerangkan tentang
-penerimaan elektron oleh suatu molekul, atom atau ion
Tindak balas redoks merangkumi kesemua proses kimia yang melibatkan perubahan
nombor pengoksidaan (keadaan pengoksidaan) pada atom-atomnya.
Ini

termasuklah

proses

redoks

ringkas

seperti

pengoksidaan

karbon

untuk

menghasilkan karbon dioksida, penurunan karbon oleh hidrogen untuk memberikan


metana, atau pengoksidaan gula dalam badan manusia, menerusi satu siri proses
pemindahan elektron yang sangat rumit.
Bahan yang mampu mengoksida bahan-bahan lain dinamakan oksidatif atau
oksidaan dan dikenali sebagai agen pengoksidaan, atau bahan pengoksida. Dilihat
dari sudut berbeza, bahan pengoksida mengeluarkan elektron daripada bahan-bahan
lain, lalu menurunkan diri sendiri. Bahan pengoksida biasanya merupakan bahan kimia
daripada unsur dengan nombor pengoksidaan yang tinggi (contohnya, H2O2, MnO4-,
CrO3, Cr2O72-, OsO4) atau bahan dengan keelektronegatifan tinggi yang boleh
menerima satu atau dua elektron lebihan dengan mengoksidakan sesuatu bahan (O,
F, Cl, Br).
Bahan yang mampu menurunkan bahan-bahan lain dinamakan reduktif dan dikenali
sebagai agen penurunan, atau bahan penurun. Dilihat dari segi berlainan, bahan
penurun memindahkan elektronnya pada bahan lain. Bahan penurun, dalam bidang
kimia adalah sangat pelbagai. Penurun logam - logam keunsuran elektropositif boleh
digunakan (Li, Na, Mg, Fe, Zn, Al) sebagai agen penurunan. Logam-logam ini dengan
sedianya menderma atau membuang elektron. Jenis bahan penurun lain termasuklah
reagen pemindah hidrida (NaBH4, LiAlH4), reagen-reagen ini digunakan dengan
meluasnya dalam kimia organik, terutamanya dalam penurunan sebatian karbonil
kepada alkohol. Kaedah berguna yang lain ialah penurunan yang melibatkan gas
hidrogen (H2) dengan mangkin palladium, platinum, atau nikel. Penurunan-penurunan

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)


bermangkin ini digunakan terutamanya dalam penurunan ikatan karbon-karbon ganda
dua atau ganda tiga.
Cara melihat proses redoks dari segi kimia ialah bahan penurun memindahkan
elektron kepada bahan pengoksida. Oleh itu, dalam tindak balas ini, bahan penurun
atau agen penurunan kehilangan elektron dan adalah teroksida, manakala bahan
pengoksida atau agen pengoksidaan menerima elektron dan diturunkan.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tindak_balas_redoks
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=KIM&b=MAC&m=1&t=&rm

v)

Penggunaan secara komersial proses Elektrolisis

Proses elektrolisis adalah merupakan suatu penguraian larutan elektrolit yang


mengandungi sel-sel eletrolisis. Sel-sel positif dan negative yang dapat mengalirkan
elektrik disebut sebagai eletrolit. Dengan Elektrolit Larutan Larutan elektrolit diperoleh
dengan cara melarutkan padatan elektrolit di dalam air. Zat yang dapat mengalami
reaksi redoks bukan hanya kation dan anionnya, tetapi juga pelarutnya (H2O)
Proses eletrolisis digunakan secara komersial antaranya untuk mendapatkan unsurunsur logam, gas hidrogen, halogen dan gas oksigen. Di dalam bidang perindustrian,
proses elektrolisis digunakan di dalam proses pemurnian sesuatu logam dan untuk
membuat lapisan antaran suatu logam dengan logam yang lain. Gas hidrogen
digunakan sebagai bahan bakar di dalam industri kimia dan juga sebagai transportasi
dan fuel cell.

vi)

Pereputan Bahan Radioaktif

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)


Bahan radioaktif ialah unsur yang :a. nukleusnya tidak stabil
b. nukleusnya mereput secara spontan
c. memancarkan sinaran radioaktif (alfa, beta dan gamma)
Alat yang boleh mengesan sinaran radioaktif ialah Tiub Geiger-Muller, Elektroskop
daun emas dan Kebuk awan.
Bahan radioaktif yang kebanyakannya logam adalah senang mereput(decay). Apabila
mereput ia boleh menghasilkan sinaran radioaktif yang merbahaya kepada kehidupan.
Terdapat 3 jenis sianaran radioaktif yang berbeza.
Jadual berikut menunjukkan perbezaan sinaran radioaktif.
Penghasilan tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor nuklear.
Bahan radioaktif dibedil(tembak) dengan menggunakan alat khas yang mengeluarkan
neutron. Neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan nukleusnya untuk
menghasilkan bahan radioaktif yang baru.
Dalam proses ini tenaga yang sangat kuat terhasil. Tenaga ini dinamakan sebagai
TENAGA NUKLEAR. Proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang terkawal
supaya tidak ada letupan berlaku.Proses ini ialah "Tindakbalas Berantai".Tenaga
nuklear yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan air. Stim yang terhasil
digunakan untuk menggerakkan turbin penjana elektrik.
Kegunan lain bahan radioaktif adalah

BIDANG

KEGUNAAN

Perindustria
n
Pertanian

Mengesan kebocoran paip


bawah tanah
Mengkaji kesan resapan
nutrien oleh tumbuhan
Membunuh sel barah
Menentukan umur bahan
purba (teknik ini dinamakan
"Pentarikhan Karbon")

Perubatan
Arkeologi

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pereputan_alfa
7

CONTOH
BAHAN
radioisotop
iodin
fosforus-32
kobalt-60
karbon-14

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)


TUGASAN 4
1.0

Pendahuluan
Samada

kita

sedar

atau

tidak

sekarang

isu

global

yang

sering

diperbincangkan di pihak meja bulat PBB ialah senjata nuklear. Telah digembargemburkan oleh Amerika dan sekutunya bahawa Tehran ingin memiliki salah satu
teknologi tercanggih dunia iaitu senjata nuklear. Pernahkah anda mendengar bom
nuklear? Bom nuklear adalah sejenis bom yang menghasilkan tenaga yang sangat
tinggi dan memusnahkan. Tenaga kuat ini dihasilkan oleh bahan radioaktif.
Penghasilan tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor
nuklear. Bahan radioaktif dibedil (tembak) dengan menggunakan alat khas yang
mengeluarkan neutron. Neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan
nukleusnya untuk menghasilkan bahan radioaktif yang baru.
Dalam proses ini tenaga yang sangat kuat terhasil. Tenaga ini dinamakan
sebagai TENAGA NUKLEAR. Proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang
terkawal

supaya tidak ada letupan berlaku. Proses ini ialah "Tindakbalas

Berantai". Tenaga nuklear yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan air.
Stim yang terhasil digunakan untuk menggerakkan turbin penjana elektrik.

1.1 Kelebihan dan kekurangan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif
Pada masa kini, banyak negara telah menggunakan kuasa nuklear sebagai
alternatif lain untuk menjana tenaga elektrik bagi menggantikan penggunaan arang batu.
Antara negara-negara yang mempunyai reaktor nuklear adalah Amerika Syarikat,
Jepun, Iran, Perancis dan lain-lain. Orang ramai cenderung untuk mengaitkan tenaga
nuklear dengan peperangan. Namun, tenaga nuklear sebenarnya mampu menjana
tenaga elektrik lebih daripada penjanaan daripada pembakaran arang batu.
Dari segi kebaikan, terdapat beberapa kelebihan penggunaan tenaga nuklear
untuk menghasilkan elektrik. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapat menjana
tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang
berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum
dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahan utama logi tenaga
nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangka sama yang panjang.
8

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)


Dikatakan, satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding
penggunaan beberapa million tan arang batu atau beberapa million barrel minyak.
Keadaan ini pastinya merupakan satu berita baik kerana bahan api fosil semakin
berkurangan.
Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik
dengan menggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana logi
tenaga nuklear tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon,
methane, ozon dan CFC semasa beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara.
Dalam hal ini, ia akan membantu mengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu,
pembinaan logi nuclear juga tidak memerlukan kawasan yang besar dan dalam jangka
masa panjang, tenaga nuklear akan menghasilkan tenaga elektrik yang lebih murah
kerana kos operasinya yang rendah. Ini pastinya satu berita baik kepada pengguna.
Berkaitan dengan alternatif, sememangnya terdapat alternatif atau pilihan lain
dalam menghasilkan tenaga elektrik. Sebagai contoh, tenaga yang dinamakan sebagai
tenaga gantian. Amnya, tenaga gantian ini membawa maksud sumber tenaga yang tidak
berasaskan pembakaran bahan fosil atau pemecahan atom. Sekurang-kurangnya
terdapat lima bentuk tenaga gantian dalam dunia. Tenaga tersebut adalah tenaga suria,
angin, geotermal, ombak dan hidroelektrik. Tenaga gantian ini juga dikenali sebagai
tenaga hijau iaitu melibatkan manipulasi alam untuk menjana tenaga elektrik.
Selain menghasilkan tenaga elektrik, bahan radioaktif juga mempunyai kegunaan
(kebaikan) lain seperti yang ditunjukkan jadual berikut.

BIDANG
Perindustria
n
Pertanian
Perubatan
Arkeologi

KEGUNAAN
Mengesan kebocoran paip bawah tanah
Mengkaji kesan resapan nutrien oleh
tumbuhan
Membunuh sel barah
Menentukan umur bahan purba (teknik ini
dinamakan "Pentarikhan Karbon")

CONTOH
BAHAN
radioisotop
iodin
fosforus-32
kobalt-60
karbon-14

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)


Negara Malaysia yang sedang pesat membangun, dengan penambahan guna
tenaga terhadap punca bahan api, telah Projek Lynas dengan kelulusan oleh Jabatan
Alam Sekitar Pahang. JAS menerima PEIA pada 21 Januari 2008 dan diberi kelulusan
awal Februari 2008 juga. Walaupun mendapat bantahan daripada penduduk setempat,
kerajaan telah pada Mei 2011, sembilan pakar dari Agensi Tenaga Nuklear
Antarabangsa (IAEA) memberi jaminan keselamatan loji nadir bumi ini. Standard
kawalan serupa dengan pencemaran radioaktif di seluruh dunia termasuk di China.
Di sebalik kelebihan tenaga nuklear ini, terdapat juga beberapa keburukan
penggunaan tenaga nuklear. Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh
memberi kesan tidak baik kepada kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear
menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia
kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan radioaktif yang terhasil
daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat
berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi. Bahan radioaktif ini, jika
dilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum
ia mencecah tahap selamat kepada manusia.
Tenaga nuklear bergantung kepada bahan uranium. Uranium dikategorikan
sebagai bahan api tidak boleh diganti (non renewable energy) sama seperti petroleum
dan arang batu. Walaupun buat masa ini, sumber uranium masih banyak tetapi ia juga
akan berkurangan jika terus digunakan. Oleh itu, ia juga akan habis pada satu masa
nanti.
Kekurangan lain yang juga sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear
ialah risiko kemalangan di loji tenaga nuklear. Jika kemalangan ini berlaku, masalahnya
sangat besar dan kesannya akan mengambil masa yang panjang untuk hilang. Sebagai
contoh, kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl pada April 1986. Dikatakan bahawa,
tragedi letupan reaktor nuklear ini merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia.
Letupan ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding peristiwa
pengeboman Bandar Hiroshima.
Sememangnya kos pembangunan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik
sangat tinggi. Namun, ia merupakan salah satu alternatif yang terbaik dalam
menggantikan arang batu. Tenaga nuklear sering dilabel sebagai senjata pemusnah.

10

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)


Peristiwa
menyebabkan

pengeboman

bom

atom

di

Hiroshima

dan

Nagasaki

telah

kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar, harta benda dan manusia
Manakala daripada segi isu keselamatan pula, logi nuklear berpotensi untuk

disalahgunakan bagi tujuan keganasan. Sama ada keganasan berbentuk manipulasi


bahan itu untuk tujuan tidak baik ataupun kemungkinan logi diserang atau diambil alih
oleh pengganas. Dalam keadaan ini, kawalan keselamatan yang sangat ketat amat
diperlukan.
Berkaitan dengan alternatif, sememangnya terdapat alternatif atau pilihan lain
dalam menghasilkan tenaga elektrik. Sebagai contoh, tenaga yang dinamakan sebagai
tenaga gantian. Amnya, tenaga gantian ini membawa maksud sumber tenaga yang tidak
berasaskan pembakaran bahan fosil atau pemecahan atom. Sekurang-kurangnya
terdapat lima bentuk tenaga gantian dalam dunia. Tenaga tersebut adalah tenaga suria,
angin, geotermal, ombak dan hidroelektrik. Tenaga gantian ini juga dikenali sebagai
tenaga hijau iaitu melibatkan manipulasi alam untuk menjana tenaga elektrik.
Jika tidak dikawal, penggunaan bahan radioaktif senang membawa kemudaratan
kepada kehidupan. Jadual berikut menerangkan beberapa kesan negatif penggunaan
bahan radioaktif.
KESAN AKIBAT
KEMALANGAN

KESAN
alam sekitar

CARA MENGATASI
Penggunaan reaktor nuklear

tercemar,

hendaklah dihadkan

maut,kanser,
PENCEMARAN

kemandulan
alam sekitar

Pembuangan sisa r/aktif

SISA

tercemar, kanser,

hendaklah dilaksanakan

RADIOAKTIF

kehidupan akuatik

dengan baik seperti tempat

terjejas

pelupusan dasar laut atau

Pembinaan senjata

gurun.
Menghadkan penggunaan

pemusnah yang

bahan radioaktif dalam

besar

pembinaan senjata

PEPERANGAN

11

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)


Biarpun secanggih mana pun sesuatu teknologi itu, sedikit kesilapan boleh
menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.

Kemusnahan harta benda dan nyawa tidak dapat dibendung lagi akibat daripada
tragedi letupan reaktor nuklear di Chernobyl pada 1980dan merupakan yang terburuk
dalam sejarah dunia. Malah letupan ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan
radioaktif berbanding peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.

12

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)


2.0 Pada pendapat anda wajarkah negara kita membina loji nuklear untuk
menghasilkan tenaga nuklear?
Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia
akan menggunakan tenaga nuklear sebagai penjana tenaga elektrik negara. Dengan itu,
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah diminta mengenal pasti lokasi
pembinaan loji nuklear negara pertama. Loji ini dijangka mula beroperasi pada tahun
2021. Tenaga nuklear dipilih kerana ia dianggap "efisien dan efektif" apatah lagi dalam
keadaan dunia masa kini yang menunjukkan bahawa penggunaan petroleum dan arang
batu untuk menjana elektrik negara sebagai tidak lagi sesuai kerana kenaikan harga
kedua-dua sumber tersebut dan juga tekanan terhadap alam sekitar akibat penggunaan
bahan api fosil tersebut.
Persoalannya adakah wajar bagi negara ini membina loji nuklear untuk
menghasilkan tenaga nuklear? Kebimbangan penduduk setempat malah rakyat seluruh
negara dengan Projek Lynas yang dimiliki oleh Lynas Corporation Ltd merupakan
sebuah syarikat Australia yang diberikan kelulusan pada Januari 2008 untuk mendirikan
sebuah kilang di Pahang , melabur RM700. Untuk menjawab persoalan dan
kebimbangan banyak pihak, kerajaan telah melantik Pada Mei 2011, sembilan pakar
dari Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa (IAEA) memberi jaminan keselamatan loji
nadir bumi ini. Standard kawalan serupa dengan pencemaran radioaktif di seluruh dunia
termasuk di China.

Pada 4 Mei 2011, Agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


iaitu Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna setuju membentuk panel 5
atau 7 pakar untuk mengkaji tahap kesihatan dan keselamatan sekiranya projek itu
diteruskan. Sembilan pakar IAEA menyiasat pelbagai pihak selama dua hari .

Namun, tenaga nuklear sebenarnya mampu menjana tenaga elektrik lebih


daripada penjanaan daripada pembakaran arang batu. Kelebihan inilah yang
menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk membangunkan tenaga nuklear bagi

13

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)


kegunaan domestik di negara masing-masing. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam
melakukan kajian untuk pembangunan ini.
Dalam konteks alam sekitar, tenaga nuklear dapat mengurangkan pencemaran
gas karbon dioksida yang dilepaskan semasa pembakaran arang batu. Secara teorinya,
satu gram atom Uranium (U-235) dapat menghasilkan tenaga sehingga 1 MW. Jika
arang batu digunakan, kita memerlukan 2500 tan metrik arang batu sehari bagi
menghasilkan tenaga sebanyak 1MW.
Apabila memperkatakan tentang tenaga nuklear kebanyakan masyarakat pasti
akan mengaitkannya sebagai ancaman keselamatan dan kemusnahan kepada negara.
Pengumuman Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui pada
4 Mei 2010 bahawa kementeriannya telah diberi kebenaran oleh Majlis Perundingan
Ekonomi (MPEN) untuk mengenalpasti tapak bersesuian bagi pembinaan loji nuklear
yang pertama di negara ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada kalangan
anggota masyarakat.
Persepsi negatif masyarakat seringkali dibayangi tragedi pengguguran bom
nuklear Little Boy" pada 6 Ogos di bandar raya Hiroshima dan Fatman" di Nagasaki
pada 9 Ogos 1945 ketika Perang Dunia Kedua yang telah mengorbankan lebih 200,000
nyawa. Begitu juga dengan bencana kebocoran nuklear Chernobly, Ukraine pada 26
April 1986, lebih 300,000 orang telah dipindahkan akibat daripada kesan radioaktifnya.
Sememangnya, kos pembangunan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik
sangat tinggi. Namun, ia merupakan salah satu alternatif yang terbaik dalam
menggantikan arang batu. Tenaga nuklear sering dilabel sebagai senjata pemusnah.
Peristiwa pengeboman bom atom diHiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan
kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar, harta benda dan manusia
Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan Soviet, Timur
dan Barat Eropah, daerah-daerah Scandinavia, British Isles dan Timur Amerika Utara.
Di samping itu, kontaminasi teruk berlaku di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan
Rusia hingga memaksa lebih daripada 336,000 orang penduduk dipindahkan dari
rumah-rumah mereka. Satu laporan yang disediakan oleh International Atomic Energy
Agency (IAEA) dan World Health Organization (WHO), menunjukkan bahawa berlaku
56 kematian serta-merta. Manakala, dianggarkan dalam 6.6 juta orang yang telah
14

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)


terdedah kepada radiasi letupan itu, 9000 daripadanya dijangkakan akan mati akibat
pelbagai jenis penyakit kanser.
Berdasarkan fakta-fakata yang dikemukakan, pada pendapat saya, Negara
Malaysia belum lagi perlu untuk membina loji nuklear untuk menghasilkan tenaga
nuklear kerana masih banyak lagi sumber-sumber alternatif lain yang boleh
digunakan untuk menghasilkan tenaga. Masa depan rakyat dan negara tidak perlu
perjudikan semata-mata untuk mengejar kemajuan seperti negara lain.
Pengurusan sisa radioaktif yang tidak cekap akan menyebabkan manusia
terdedah kepada sinaran radioaktif dan pencemaran alam yang teruk. Selain itu, punca
dan sumber air bawah tanah akan dicemari dengan sisa pereputan radioaktif yang boleh
menyebabkan penyakit berbahaya dan barah serta kecacatan pada bayi di dalam
kandungan.
Contohnya satu laporan yang disediakan oleh International Atomic Energy
Agency (IAEA) dan World Health Organization (WHO), menunjukkan bahawa berlaku
56 kematian serta-merta. Manakala, dianggarkan dalam 6.6 juta orang yang telah
terdedah kepada radiasi letupan itu, 9000 daripadanya dijangkakan akan mati akibat
pelbagai jenis penyakit kanser.

Kesimpulan
Krisis tenaga yang akan dihadapi oleh dunia tidak lama lagi akibat kehabisan fuel
fosil menyebabkan para saintis dan bijak pandai mencadangkan penggunaan tenaga
nuklear sebagai tenaga alternatif. Loji nuklear yang akan didirikan diharapkan akan
membekalkan tenaga nuklear untuk kegunaan semua.
Namun begitu, negara ini masih mempunyai sumber alam semula jadi yang
dapat menyumbangkan tenaga untuk kegunaan semua pihak. Satu usaha yang
dijalankan oleh Green Regalia Sdn Bhd (GRSB), sebuah syarikat tempatan dengan
kerjasama Agensi Nuklear Malaysia telah melakukan Demonstrasi Inovasi Teknologi
Penukaran Sisa Plastik Kepada Minyak Mentah yang berasaskan Teknologi Lapisan
Pemangkin Aktif Sistem SJIpada 27 Julai 2013 bersamaan Hari Sabtu bertempat di
Bangunan K - ekonomi, MITC Melaka. Program ini telah disaksikan oleh YB Dato Dr.
15

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)


Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi (MOSTI).

Berasaskan kepakaran di dalam penghasilan teknologi penukaran sisa kepada


tenaga berdasarkan teknologi Penukaran Sisa Pyrolisis - Sistem SJI, Green Regalia Sdn
Bhd telah menunjukkan demonstrasi teknologi SJI ini secara keseluruhan bagi setiap
proses penghasilan minyak mentah daripada sisa plastik dan juga keberkesanan produk
yang dihasilkan.
Kesimpulannya dapat dikatakan bahawa, sumber alam semulajadi perlu
diperlihara kerana akan mendatangkan banyak kebaikan kepaa manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan. Pembinaan loji nuklear untuk memghasilkan tenaga nuklear
bukanlah pilihan terakhir untuk mengatasi krisis tenaga. Tindakan bijak yang memberi
manfaat kepada semua pihak perlu difikirkan supaya hasil khazanah warisan nenek
moyang dapat dikekalkan.

16

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)

Lampiran

17

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)

Refleksi

Pada Semester ini, saya telah mempelajari SCE 3109 iaitu tenaga dalam kimia.
Bersama pensyarah yang berpengalaman iaitu Encik Thangavelo Marimuthu sudah 2 semester,
banyak yang saya pelajari pada semester 2 dan semester ini berkaitan dengan kimia. Bagi
memenuhi keperluan subjek ini, saya telah mengharungi beberapa eksperimen yang berkaitan
dengan subjek kimia khususnya.
Saya telah bertungkus-lumus dalam mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan
tugasan ini dengan bersungguh-sungguh agar dapat menghasilkan suatu tugasan yang
berkualiti. Walaupun pada mulanya saya tidak berapa memahami subjek kimia ini, namun
setelah mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing yang berpengalaman selama 2
semester, sedikit sebanyak membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam subjek
ini. Penerangan konsep dan formula kimia oleh pensyarah yang sangat jelas membuka minda
saya. Selain itu, maklumat-maklumat ini amat berguna kepada saya sebagai seorang guru
Sains kerana ianya merupakan sesuatu yang bermanfaat kepada para pelajar dan mengetahui
pendekatan yang sesuai untuk mengajar murid-murid.
Aktiviti-aktiviti di dalam makmal memerlukan saya bekerja dalam kumpulan kecil untuk
mengumpul data dengan membuat pengukuran, menganalisis data, membuat ramalan dan
keputusan, dan membuat perbincangan tentang konsep-konsep asas yang terlibat dalam
aktiviti tersebut. Sikap toleransi dan bekerjasasama pensyarah dan semua rakan-rakan juga
dapat dipertingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula
lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini
sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi
bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya
memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi.
Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek SCE3109 ini telah memberikan
banyak faedah kepada saya serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang
guru yang berkualiti di sekolah.

18

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)


RUJUKAN

http://www.arkib.gov.my/perkembangan-tenaga-nuklear-malaysia1
http://eigenzone.blogspot.com/2011/04/teknologi-dan-termodinamik.html
http://id.wikipedia.org/wiki/Kalorimeter
http://rafizlan.blogspot.com/2010/06/faedah-dan-kehebatan-tenaganuklear.html
http://sungedaun.blogspot.com/2013/03/hukum-hess.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tindak_balas_redoks
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_termodinamik_pertama

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pereputan_alfa
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lynas
http://www.slideshare.net/royzamy/termodinamik
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=KIM&b=MAC&m=1&t=&rm
http://www.majalahsains.com/2012/03/tenaga-nuklear-sebagai-penjanatenaga-elektrik
Sumber : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Dewan Siswa,( Mac 2011).Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka


www.slideshare.net/ZulaikhaKadir/tenaga-nuklear
http://www.nuclearmalaysia.gov.my/

19

PPG- SEMESTER 5- TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)

20

Anda mungkin juga menyukai