Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI KENDIRI

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan
tugasan kerja kursus PJM 3103 Kurikulum & Pedagogi Pendidikan Jasmani dengan jayanya
tanpa mengalami sebarang kesulitan yang dapat menggugat semangat dan usaha saya.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang terlibat secara langsung
mahupun secara tidak langsung sepanjang saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya perolehi hasil daripada kerja
kursus ini. Pengetahuan ini sangat bermakna dan penting untuk kegunaan saya pada masa
hadapan. Dengan pelaksanaan kerja kursus projek ini saya dapat mengenali dan memahami
dengan lebih jelas tentang cara yang untuk menulis format rancangan pengajaran harian
saya yang sebelum ini saya rasa masih dalam kesamaran ini. Sebagai ahli sukan, kesihatan
amat penting pada saya. Selain itu juga, saya perlu menunjukkan teknik-teknik yang betul
kepada pelajar saya semasa menjalankan pengajaran disekolah. Saya tidak mahu kesilapan
saya dalam sesi pengajaran akan membahayakan diri murid-murid saya kelak. Hal ini juga
sedikit sebanyak telah mengajar saya untuk lebih mengambil berat perihal penjagaan
kesihatan dan tubuh badan saya.
Selain itu, saya juga secara tidak langsung dapat membezakan antara teknik
penulisan rancangan pengajaran di antara format penulisan PJ KSSR dan RPH PJ KBSR.
Banyak juga ilmu baru yang sebelum ini saya tidak ketahui dan tidak sedar tetapi semasa
saya membuat tugasan ini sedikit sebanyak saya telah dapat mempelajari sesuatu yang
baru. Alhamdulillah.
Akhir kata, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang
banyak menolong saya terutamanya Pensyarah PJM3130 kelas saya iaitu Pn. Azizah Bt.
Mohamad & Encik Rosli B. Hamid yang membimbing saya menyiapkan tugasan ini. Banyak
pengalaman dan input input yang berguna telah saya perolehi semasa proses
pembelajaran saya . Saya berharap ilmu dan input ini dapat saya praktikan pada masa
hadapan.


Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai