Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KERJA KURSUS Bersyukur kehadrat ilahi kerana saya telah selesai menyiapkan satu tugasan di bawah subjek

Teori Pembelajaran, Sumber dan Penilaian dalam PSK yang mana perlu menghuraikan pelbagai teori pembelajaran dalam PSK, mengenal pelbagai jenis sumber, menerangkan konsep asas penilaian dan menghuraikan jenis-jenis penilaian yang sesuai dalam PSK. PSK adalah satu matapelajaran yang merupakan sebahagian daripada kehidupan dan pengalaman seharian kita.. Berdasarkan kepada tugasan ini, banyak perkara dan ilmu telah dapat saya pelajari terutamanya mengenai jenis sumber, kaedah menghasilkannya serta melaksanakan penilaian PSK. Seterusnya saya dapat mempelajari secara lebih lanjut mengenai tugasan yang telah saya laksanakan ini. Keseluruhannya, tugasan ini dapat menambah ilmu pengetahuan saya selain pembentukan sahsiah diri dengan nilai-nilai murni yang dapat diperhatikan dan disemai dalam jiwa setiap individu guru pelatih itu dan sekaligus dapat memantapkan lagi seseorang individu tersebut dari semua aspek sejajar dengan hasrat kerajaan yang inginkan pembentukan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua aspek. Secara amnya, saya berharap tugasan-tugasan seperti ini dapat diteruskan lagi untuk guru-guru pelatih pada masa akan datang kerana melalui tugasan seperti ini banyak input-input ataupun maklumat yang tidak dapat dihuraikan secara terperinci ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat. Selain itu, melalui pelaksanaan tugasan ini juga si at-si at positi dalam diri juga dapat dipupuk selain cuba untuk berinteraksi dan berkolaborasi dengan pihak luar dari semasa ke semasa.

Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan apa yang telah saya lakukan. !ata-rata di kalangan guru pelatih juga sentiasa memberi kerjasama dan peka terhadap arahan yang telah diberikan. "khir sekali melalui tugas-tugas yang telah diamanahkan ini, nilai-nilai kesepaduan dan kerjasama dapat dipupuk dikalangan guru-guru pelatih. Semoga apa yang saya dan rakan-rakan guru pelatih lakukan ini menjadi satu pengalaman yang berharga dan dapat saya praktikkan sama ada ketika berada di institusi atau setelah kami ditugaskan di sekolah nanti. Sesungguhnya tidak ada sesiapa yang boleh mena ikan kebaikankebaikan yang diperolehi oleh guru-guru pelatih dalam melaksanakan tugasan seumpama ini. Sesungguhnya tugasan sebegini merupakan satu tugasan yang seronok dan berjaya diikuti oleh setiap guru pelatih kerana dari sini kita dapat mempelajari pelbagai perkara disamping dapat menerapkan nilai-nilai yang murni dalam diri setiap individu mahupun diri saya sendiri.

Hasil tugasan oleh: Muhammad Hafiz Bin Mohamad Ashhar !" #$%&'%$'"$ (ISM( (J SEMES)ER ' AMBILA* JA*UARI #""!

Anda mungkin juga menyukai