Anda di halaman 1dari 28

3.

0 Petikan Artikel Nur, sudikah Nur menjadi isteri saya sedangkan kasih sayang dan cinta saya bukan untuk Nur lagi?, Soalan itu ditanya lagi ketika Fahrin bertandang ke rumah untuk mengambil dia ke butik pengantin. Apakah perlunya Fahrin bertanya soalan yang melukakan hatinya lagi? Dia memang sudi menjadi isteri Fahrin sejak dilamar oleh keluarga Fahrin lagi. Kesudiannya itulah yang meneguhkan tekadnya sehingga kini untuk meneruskan majlis pernikahan itu. Nur sentiasa sahaja sudi. Tetapi Nur rasa selayaknya soalan itu ditujukan untuk Fahrin. Sudikah Fahrin menjadi suami Nur?. Yang akan mengetuai hati ini melayari hidup. Sedangkan kasih dan cinta Fahrin tiada setitis pun untuk Nur. Fahrin terkulat-kulat dan terdiam apabila dia membalas kata-kata Fahrin. Wajahnya berkerut menahan malu. Mungkin Fahrin tidak menyangka dalam diam dia mampu menyusun kata yang begitu indah. Waktu itu, Aisya pula muncul dengan senyum manis mematikan persoalan Fahrin. Bukan main suka Aisya apabila diminta turut serta. Semasa di dalam kereta, mulut Aisya sahaja yang sibuk berceloteh dan Fahrin dengan senang hati melayan Aisya. Dia pula sekadar membuang pandangan di luar kereta. Semasa mereka di butik, dia memandang baju lace ungu muda itu dengan pandangan yang sayu. Baju yang khas ditempah untuk upacara membatalkan air sembahyang itu mengundang rawan sahaja. Sewaktu Fahrin membayar harga baju pengantin yang mahal itu, Nur dapat mencuri pandang sesuatu. Dan sesuatu itu yang telah mencacarmarbakan hatinya. Menambahkan racun di dalam kolam hatinya yang setiap hari bertambah kuat gelombang dan geloranya. Lalu hatinya yang dahulu tekad mulai kendur. Dia tidak setekad itu untuk menghancurlumatkan mana-mana hati demi kebahagian sendiri. Umi, Nur mahu batalkan pernikahan ini. Akhirnya ayat itu terluah juga kepada Umi selepas dia sampai di rumah. Ayat yang tidak ternilai harganya. Mata Umi terbelalak besar. Nur demamkah?. Agaknya takut nak bernikah dengan Fahrin ya. Biasalah tu. Tidak umi.. Nur memotong kata umi dan saat itu air matanya mengucur turun. Mutiara jernih itu mengiringi ceritanya. Cerita duka hatinya.

3.1 Bentuk Kata (Analisis) Bentuk kata boleh terdiri daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem. Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk-bentuk seperti berikut: 1. Bentuk kata tunggal. 2. Bentuk kata terbitan. 3. Bentuk kata majmuk. 4. Bentuk kata ganda. 3.1.1 Bentuk Kata Tunggal Kata tunggal, jika dilihat dari segi persukuan kata, boleh mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku kata pula boleh dibentuk oleh satu vokal (V) atau beberapa konsonan. Konsonan demikian hadir sama ada di hadapan vokal atau di belakangnya atau di hadapan vokal dan dibelakangnya secara serentak. Contok kata tunggal dengan suku kata yang mempunyai berbagai-bagai bentuk susunan K dan V dalam petikan. (Bahasa Melayu) 1) b utik bu KV tik KVK

2) sudi

su KV

di KV

3) majlis

maj KVK

lis KVK

4) khas

khas KKVK

5) pandang

pan KVK

dang KVKK

Contoh perkataan dengan tiga suku kata: 1) pengantin 2) gelombang 3) dahulu 4) cerita 5) sembahyang pe ge da ce sem ngan lom hu ri bah tin bang lu ta yang

Contoh perkataan dengan empat suku kata: 1) pernikahan 2) upacara per u ni pa ka ca han ra

3.1.2 Bentuk Kata Terbitan Kata terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses yang menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar yang kemudiannya melahirkan kata terbitan. Kebanyakan kata dasar yang menerima imbuhan ialah morfem bebas sementara imbuhan merupakan morfem terikat. Contoh kata terbitan yang mempunyai kata dasar daripada jenis morfem bebas adalah seperti yang berikut: ber- + tandang dan soal + -an.

Ada beberapa bentuk kata seperti: men- + jadi, dan soal- + an yang terdiri daripada satu akar kata dan satu imbuhan. Perkataan-perkataan demikian telah sebati sehingga dianggap sebagai satu perkataan tersendiri. Proses pengimbuhan boleh juga berlaku pada kata dasar dariapda jenis kata terbitan, dan juga kata majmuk. Contoh perkataan yang mengandungi kata dasar daripada jenis kata terbitan dan kata majmuk ialah: a) Imbuhan dengan kata dasar terbitan: meNmeNmeNmeN+ + + + ambil susun pandang undang mengambil menyusun memandang mengundang

b) Imbuhan dengan kata dasar majmuk: meNmeN+ + cacarmarba hancur lumat + + -kan -kan mencacarmarbakan menghancurlumatkan

3.1.3 Bentuk Kata Majmuk Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Dalam bahasa Melayu kata majmuk dieja terpisah, tetapi terdapat beberapa kekecualian oleh sebab kelaziman penggunaan. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk yang lazim dan yang terkecuali:

Bentuk lazim Kasih sayang Butik pengantin Senyum manis Air sembahyang

Bentuk kecualian Cacarmarba Hancurlumat

3.1.4 Bentuk Kata Ganda Kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar. Proses pengulangan ini sama ada melibatkan sekuruh kata dasar yang disebut penggandaaan penuh, atau melibatkan sebahagian kata dasar sahaja yang disebut penggandaan separa. Contoh penggandaan penuh di dalam petikan adalah seperti berikut: Bentuk Kata Ganda Penuh kata-kata mana-mana

Bagaimanapun, contoh untuk kata ganda separa tidak terdapat dalam petikan ini.

3.2 Golongan Kata 3.2.1 Pendahuluan Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataan sebagao satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa, dan ayat. Binaan sintaksis bermaksud konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Dengan hal yang demikian, perkataan dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstriuksi sintaksis, iaitu ayat, klausa, dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa predikat pula dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Frasa-frasa ini disebut frasa utama. Frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif ialah frasa endosentrik; tiap-tiap frasa ini boleh mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi frasanya. Frasa nama, misalnya, mempunyau kata nama sebagai unsur intinya. Frasa sendi nama, sebaliknya, bukan frasa endosentrik tetapi frasa eksosentrik kerana tidak terdapat satu unsur inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya; malah frasa sendi nama mengandungi dua unsur wajib, iaitu kata sendi nama dan frasa nama. Perkataan yang menjadi unsur inti bagi frasa kerja pula ialah kata kerja (KK), dan perkataan yang menjadi unsur inti bagi frasa adjektif (KA). Ini dapat dilambangkan melalui rajah-rajah berikut:

a)

FN

KN

kedai

b)

FK

KK

berjalan

c)

FA

KA

awal

Selain unsur-unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif, terdapat juga insur pilihan, iaitu unsur-unsur bukan inti yang mendahului ataupun mengikuti unsur-unsur inti itu. Contohnya seperti sebuah dan runcit dalam rajah 1), sedang dan cepat, dalam rajah 2), dan masih dan sangat dalam rajah 3) berikut: 1) FN

KN

sebuah

kedai

runcit

2)

FK

KK

sedang

berjalan

cepat

3)

FA

KA

masih

awal

sangat

Kata nama, kata kerja, dan kata adjektif bolehlah disebut golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Selain tiga golongan kata utama ini, todak terdapt lagi perkataan-perkataan yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa utama. Bahkan perkataan-perkataan yang lain masuk ke dalam binaan frasa, klausa, dan ayat melalui perhubungannya dengan perkataan-perkataan dalam tiga golongan ini, ataupun berhubung dengan binaan frasa dan klausa secara langsung. Oleh itu, perkataan-perkataan, selain tiga golongan kata nama itu, boleh dikelompokkan ke dalam satu golongan kata kolektif, disebut kata tugas, yang bersifat heterogen. Kesimpulannya, golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu: i. ii. iii. iv. Kata nama. Kata kerja. Kata adjektif. Kata tugas.

3.2.2 Golongan Kata Nama Golongan kata nama, seperti yang telah diterangkan, merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaanfrasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep. Golongan kata nama pula dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya, iaitu seperti yang berikut:

kata nama am kata nama khas kata ganti nama

kata nama

Maksu ciri-ciri semantik kata nama ialah makna yang didukung oleh setiap perkataan yang tergolong dalam kata nama. Dengan berdasarkan makna demikian seluruh kata nama dapat dipecahkan kepada tiga subgolongan, iaitu kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama. 3.2.2.1 Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kaya nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Pembahagian kata nama khas boleh dijelaskan melalui rajah yang berikut:

manusia kata nama khas

hidup tak hidup

bukan manusia

Contoh di dalam petikan: 1) Kata nama khas hidup a) Manusia a. Nur b. Fahrin c. Aisyah d. Umi b) Bukan manusia a. (tidak ada) 2) Kata nama khas tak hidup a. (tidak ada) 3.2.2.2 Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak, seperti rajah berikut:

Kata nama am

konkrit abstrak

Contoh di dalam petikan: i) Kata nam am konkrit Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan. Contohnya: isteri rumah majlis suami ii) Kata nama am abstrak Kata nama am abstrak ialah jenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau bukan kebendaan. Contohnya: cinta hati indah harga 3.2.2.3 Kata Ganti Nama Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama umum dan kata ganti nama tunjuk tempat. Kata ganti nama diri pula boleh dipecahkan lagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama orang terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua , dan kata ganti nama orang ketiga. Penggolongan kecil kata ganti nama diperincikan seperti yang berikut: soalan kasih rawan kereta baju butik

kata ganti nama tunjuk kata ganti nama kata ganti nama diri kata ganti nama diri tanya kata ganti nama diri orang pertama

kedua

ketiga

(i) Kata ganti nama tunjuk Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi mengarah kepada sesuatu perkara, benda atau tempat. Kata ganti nama yang menunjuk kepada perkara atau benda disebut kata ganti nama tunjuk umum, manakala yang menunuk pada tempat disebut kata ganti nama tunjuk tempat. Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum, iaitu ini ( menunjuk pada yang dekat ) dan itu ( menunjuk pada yang jauh). Kata ganti nama tunjuk tempat pula terdiri daripada sini ( menunjuk pada arah dekat), situ ( arah agak jauh ) dan sana ( arah jauh ). (ii) Kata ganti nama diri Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara, atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu: a) Kata ganti nama diri tanya. b) Kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda dan orang.

Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk manusia dan terdiri daripada tiga kategori, iaitu orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga. Contoh di dalam petikan adalah seperti berikut: Kata ganti nama diri orang pertama Kata ganti nama diri orang kedua Kata ganti nama diri orang ketiga : saya : tiada dalam petikan : dia, -nya

3.2.3 Golongan Kata Kerja Golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapt menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapt dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja transitif pula dapat dibahagikan kepada kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif dan kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif. Penggolongan ini dapat digambarkan melalui rajah berikut:

kata kerja tak transitif kata kerja

tak berpelengkap berpelengkap

aktif kata kerja transitif pasif

3.2.3.1 Kata Kerja Tak Transitif Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh itu, kata kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap. Contoh kata kerja tak transitif dalam petikan: i) kata kerja tak transitif tak berpelengkap bertanya melayari berceloteh mengetuai menyusun memandang

ii) kata kerja tak transitif berpelengkap bertanya (soalan) mengetuai (hati) melayari (hidup) membuang (pandangan) memandang (baju) 3.2.3.2 Kata Kerja Transitif Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja dalam ayat aktif dan kata kerja dalam ayat pasif. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran kan atau i. Kata kerja transitif yang wujud

dalam ayat pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contoh ayat aktif yang mengandungi kata kerja transitif: Apakah perlunya Fahrin bertanya soalan yang melukakan hatinya lagi? Contoh ayat pasif yang mengandungi kata kerja transitif Baju yang khas ditempah untuk upacara membatalkan air sembahyang itu mengundang rawan sahaja. 3.2.4 Golongan Kata Adjektif Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dala binaan frasa adjektif. Golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara. Namun kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan

berdasarkan makna perkataan-perkataanya, iaitu: Kata adjektif sifatan Kata adjektif warna Kata adjektif ukuran Kata adjektif bentuk Kata adjektif pancaindera o Rasa o Pandang o Dengar o Bau o Sentuh Kata adjektif waktu Kata adjektif cara Kata adjektif perasaan Kata adjektif jarak .............................................................................................................................................

3.2.5 Golongan Kata Tugas Golongan kata tugas ialah golongan kata yang bersidat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu yang terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik, iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Perkataan-perkataan dalam golongan kata tugas ini masuk ke dalam binaan ayat sama ada melalui perhubungan dengan perkataan daripada golongan kata kerja, kata nama dan kata adjektif, ataupun melalui perhubungan secara langsung dengan binaan frasa atau klausa tertentu Kata-kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, iaitu sama ada sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atupun tugastugas yang lain lagi. Berdasarkan tugas-tugas yang demikian, maka kata tugas boleh dikenal pasti sebagai yang berikut: (contoh di dalam petikan) a) kata hubung b) kata seru c) kata tanya d) kata perintah : dan : (tiada) : apakah, sudikah : mahu

e) kata pangkal ayat: (tiada) f) kata bantu g) kata penguat h) kata penegas i) kata nafi : (tiada) : (tiada) : juga : tidak, bukan

j) kata pemeri

: (tiada)

k) kata sendi nama : di, ke, dengan l) kata pembenar m) kata bilangan n) kata arah o) kata adverba : (tiada) : mana-mana : dalam : (tiada)

p) kata pembenda : -nya q) kata penekan :-nya

4.0 Lima ayat yang dipilih bagi tujuan analisa frasa, bentuk dan rajah pohon struktur ayat tersebut:

Sudikah Fahrin menjadi suami Nur?

Dia memang sudi menjadi isteri Fahrin sejak dilamar oleh keluarga Fahrin lagi.

Fahrin terkulat-kulat dan terdiam apabila dia membalas katakata Fahrin.

Waktu itu, Aisya pula muncul dengan senyum manis mematikan persoalan Fahrin.

Umi, Nur mahu batalkan pernikahan ini.

4.1 Analisa aspek frasa dan bentuk kata > Sudikah Fahrin menjadi suami Nur? Subjek Frasa Nama, FN Predikat Frasa Kerja

Kata tanya Sudikah

(Kata nama) Fahrin

Kata kerja menjadi

Frasa Nama suami Nur

> Dia memang sudi menjadi isteri Fahrin sejak dilamar oleh keluarga Fahrin lagi. Subjek Penerang Predikat Penerang

Kata ganti nama Dia memang sudi

Kata kerja

Frasa nama

menjadi

isteri Fahrin

sejak dilamar oleh keluarga Fahrin lagi

> Subjek Frasa Nama FN (Kata nama)

Fahrin terkulat-kulat dan terdiam apabila dia membalas kata-kata Fahrin. Predikat Frasa kerja FK Kata kerja Kata hubung
Kata kerja

Penerang

Fahrin

terkulat-kulat

dan

terdiam

apabila dia membalas katakata Fahrin

> Waktu itu, Aisya pula muncul dengan senyum manis mematikan persoalan Fahrin. Subjek Frasa nama FN Kata Keterangan waktu Waktu itu, Aisya
pula Kata penegas

Predikat Frasa kerja FK Kata kerja Kata sendi nama muncul dengan senyum manis Kata nama

Penyambut

nama

mematikan persoalan Fahrin.

> Umi, Nur mahu batalkan pernikahan ini. Subjek Frasa nama FN Kata nama Umi, Nur Kata kerja mahu batalkan Predikat Frasa kerja FK Kata nama pernikahan ini.

4.2 Rajah Pohon 1.> Sudikah Fahrin menjadi suami Nur?

Ayat Sudikah Fahrin menjadi suami Nur?

Subjek,FN Sudikah Fahrin

Predikat, FK menjadi suami Nur?

Kata Tanya Sudikah

Kata Nama Fahrin

Kata Kerja menjadi

Kata Nama suami Nur?

Kata Nama Am Suami

Kata Nama Khas Nur

2.> Dia memang sudi menjadi isteri Fahrin sejak dilamar oleh keluarga Fahrin lagi.

Ayat Dia memang sudi menjadi isteri Fahrin sejak dilamar oleh keluarga Fahrin lagi.

Subjek, FN Dia memang sudi

Predikat, FK menjadi isteri Fahrin

Penerang sejak dilamar oleh keluarga Fahrin lagi

Kata Ganti Nama Penerang Dia memang sudi

Kata Kerja menjadi

Kata Nama isteri Fahrin

Kata Penegas memang

Kata Perintah sudi

Kata Nama Am isteri

Kata Nama Khas Fahrin

3.> Fahrin terkulat-kulat dan terdiam apabila dia membalas kata-kata Fahrin. Ayat Fahrin terkulat-kulat dan terdiam apabila dia membalas kata-kata Fahrin

Subjek,FN Fahrin

Predikat, FK terkulat-kulat dan terdiam

Penerang apabila dia membalas kata-kata Fahrin

Kata Adverba terkulat-kulat

Kata hubung dan

Kata Kerja terdiam

Kata Hubung apabila

Kata Ganti Nama dia

Kata Kerja membalas

Kata Ganda Kata Nama Khas kata-kata Fahrin

4.> Waktu itu, Aisya pula muncul dengan senyum manis mematikan persoalan Fahrin.

Ayat Waktu itu, Aisya pula muncul dengan senyum manis mematikan persoalan Fahrin.

Subjek, FN Waktu itu, Aisya

Predikat, FK pula muncul dengan senyum manis

Penyambut mematikan persoalan Fahrin

Keterangan Waktu Waktu itu,

Kata Nama Khas Aisya

Kata Penegas pula

Kata Kerja muncul

Kata Sendi Nama dengan

Kata Kerja senyum

Kata Adjektif manis

Kata Kerja mematikan

Kata Nama Am persoalan

Kata Nama Khas Fahrin

5.> Umi, Nur mahu batalkan pernikahan ini.

Ayat Umi, Nur mahu batalkan pernikahan ini.

Kata Nama Khas Umi

Subjek, FN Nur

Predikat, FK mahu batalkan pernikahan ini

Kata Bantu Ragam mahu

Kata Kerja batalkan

Kata Nama Am pernikahan

Kata Penegas ini

Refleksi Nama No. K/P : Ayisy Hariz bin Sukiman. : 921027-01-6069

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya, dapatlah saya dan rakan sekumpulan saya, Tan Guo Liang menyiapkan satu tugasan di bawah subjek Bahasa Melayu 1 yang diberi tajuk mengenai morfologi, sintaksis, dan analisis bentuk dan golongan kata pada satu petikan. Dalam tugasan ini, saya dan rakan seperjuangan saya perlu menghasilkan dan mengumpul maklumat yang berkaitan definisi morfologi dan sintaksis, jenis-jenis frasa dan klausa serta menganalisis bentuk kata serta golongan kata yang terdapat pada satu petikan yang dipilih. Dalam usaha untuk mendapatkan maklumat yang terbaik daripada yang baik untuk digunapakai dalam tugasan ini, saya telah menghadapi berbagai-bagai masalah yang sedikit sebanyak mengganggu gugat kelancaran penghasilan tugasan ini. Pada hari pertama dimana saya dan rakan saya menerima tugasan ini, saya telah pun menerima cubaan yang pertama kerana saya menghadapai kesukaran untuk memahami kehendak soalan yang ditujukan meskipun telah diberi penerangan yang insentif oleh pensyarah pembimbing, Encik Aminuddin bin Mamat. Namun demikian, setelah dikaji dengan lebih mendalam dan mendapatkan keterangan lanjut daripada pensyarah pembimbing serta berdiskusi dengan rakan-rakan sekelas, saya mula memahami apa yang dikehendaki oleh soalan tersebut dan mula membuat senarai semak kerja berjadual bagi memudahkan pengurusan masa saya untuk mencari bahan bagi menyiapkan tugasan ini. Saban hari saya pergi ke Jabatan Bahasa Melayu dan bertanyakan pensyarah-pensyarah untuk mendapatkan bimbingan daripada mereka. Alhamdulillah, mereka tidak banyak soal dan lokek ilmu untuk dikongsi serta memberikan maklumat-maklumat yang berharga buat saya. Masalah kedua yang terpaksa ditempuhi adalah tempoh masa yang terlalu singkat turut menjadi igauan. Walaupun tempoh yang diberikan adalah selama satu bulan, namun terdapat banyak lagi tugasan lain yang datangnya daripada pensyarahpensayarah pelbagai jabatan, yang mana tugasan-tugasan tersebut turut perlu

disiapkan dalam tempoh ataupun masa yang hampir sama dengan tugasan Bahasa Melayu 1 ini. Namun demikian, dengan adanya jadual kerja yang tersusun, masalah kekurangan masa ini dapat saya atasi dengan sebaik mungkin. Antara buku yang menjadi rujukan utama saya ialah buku Dewan Tatabahasa edisi baharu keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah dikarang oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Prof. Dr. Farid M. Onn, Prof. Hasyim Haji Musa dan Prof. Abdul Hamid Mahmood. Buku ini saya rujuk di perpustakaan Institut Perguruan Kampus Kota Bharu disamping meminjamnya dari seorang pelajar senior institut ini. Buku ini merupaka sumber utama rujukan kepada sesiapa yag ingin mendalami bahasa Melayu di Malaysia mahupun seantero dunia. Selain itu, terdapat juga buku rujukan lain yang saya gunakan dalam menghasilkan kerja kursus ini. Antara buku-buku tersebut ialah buku Bahasa Melayu 1 yang dikarang oleh Dr. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. Buku ini menjadi pilihan saya kerana sukatan yang ada didalamnya mengikut bab-bab yang saya pelajari semasa mengikuti kursus program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Bahagian Pendidkan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tambahan pula saya turut mengambil sumber maklumat dari internet menerusi laman-laman web berkaitan bahasa Melayu seperti laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Golongan_kata_(bahasa_Melayu). Dalam penyedian maklumat pula, saya tidak banyak banyak menghadapi masalah yang ketara kerana proses pencarian bahan rujukan dilakukan bersama-sama dengan rakan sekumpulan seperti maklumat bertulis. Cuma yang menjadi permasalahan adalah ketika menganalisis dan mengkaji petikan serta bentuk-bentuk dan golongan-golongan kata yang terdapat di dalam petikan yang dipilih. Akhirnya saya mendapatkan maklumat daripada pensyarah pembimbing saya untuk mendalami dan mentafsir perkara-perkara berikut. Tidak lupa juga saya mendapatkan sumbang saran daripada pelajar-pelajar senior. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada mereka. Secara jujurnya, saya mendapat banyak ilmu dan input berkaitan bentuk kata dan golongan kata dan analisis terhadap petikan yang dipilih. Ilmu-ilmu ini sangat

bernilai dan sayang sekiranya tidak dimanfaatkan pada masa yang akan datang. Oleh yang demikian, saya berharap dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari sepanjang proses menghasilkan tugasan ini dalam kehidupan sehari-hari saya di masa hadapan. Saya juga berharap alangkah indahnya sekiranya ilmu yang diperolehi ini dapat dikongsi bersama-sama dengan anak-anak murid saya ketika bergelar seorang guru suatu hari nanti disamping berkongsi dengan masyarakat. Tugasan ini saya dapat siapkan adalah hasil dorongan daripada dorongan ibu bapa, para pensyarah serta bantuan daripada rakan-rakan seperjuangan. Saya amat berharap agar apa yang saya dan rakan sekumpulan saya hasilkan ini dapat menjawab dan menepati kehendak soalan dan dapat menghasilkan skrip amali berdasarkan kertas kerja dengan jayanya. Di akhir coretan refleksi ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap saya, kekurangan dan sebarang kelemahan dalam tugasan ini. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak ketika proses menghasilkan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai