Anda di halaman 1dari 2

Refleksi SCE3110

Salam sejahtera & salam satu Malaysia.


Pertama dan selamanya, saya memanjatkan jutaan terima kasih ke hadrat Ilahi untuk
segala-galanya. Pada semester kali ini, SCE 3110 bumi dan Angkasa telah menjadi salah satu
subjek major. Subjek ini adalah salah satu subjek sains berkatan kajian bentuk muka bumi dan
angkasa. Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran subjek ini, kami dikehendaki untuk
menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan bertarikh 13 january 2011. Tiga topik utama
telah menjadi pilihan bagi menyiapkan tugasan tersebut iaitu, Mengenal batuan, Awan dan
Pergerakan Bintang-bintang.

Setelah membaca soalan dan menghadiri taklimat kerja kursus, saya dapat fahami
bahawa tiga peringkat pembelajaran ditekankan dalam tugasan ini. Peringkat pertama iaitu A,
peringkat pemerolehan ilmu. Dalam tugasan ini, kami telah diminta untuk mengumpul
maklumat dari pelbagai sumber iaitu buku, internet, jurnal dan sebangainya mengenai topic
yang telah diberi. Disini, pemerolehan ilmu dipastikan dengan setiap individu dikehendaki
untuk menyiapkan peta minda dari maklumat yang telah dikumpul.

Dari itu, tugasan yang diberikan telah member cabaran pertama kepada saya dimana
saya harus berfikir secara analitik dan saintifik bagi memilih isi-isi penting yang terdapat
dalam maklumat-maklumat tersebut. Peta konsep dan peta minda yang dibina hendaklah
berdasarkan pemahaman kita sendiri dan diterjemahkan dalam bentuk nota ringkas. Disini,
saya telah mengenal pasti kelemahan awal saya dimana saya memerlukan masa yang lama
untuk berfikir, dan memulakan tugasan. Saya kekurangan keyakinan diri untuk memulakan
tugasan. Saya sepatutnya lebih banyak bertanya kepada penyarah pembimbing agar
permulaan saya lebih teratur.

Bagi memenuhi kriteria tugasan, kami menguasai peringkat pembelajaran B iaitu
penguasaan ilmu. Untuk tugasan ini, kami dikehendaki menjalani tiga amali penting berkaitan
dengan topik seperti yang telah dijelaskan. Saya telah menjalani ketiga-tiga eksperimen
tersebut walaupun menghadapi beberapa masalah teknikal seperti cuaca yang tidak menentu
ketika membuat eksperimen awan. Penguasaan ilmu dipastikan dengan menyiapkan laporan
bertulis bagi setiap eksperimen yang telah dijalankan. Hal ini dapat melatih kemahiran. saya
dalam menjalani ekperimen dan membentuk sifat dan peribadi bercirikan pelajar sains.
Penguasaan ilmu secara practikal sudah tentu terjadi. Aktiviti Hands on memang
baik untuk pelajar. Dengan aktiviti sebegini, segala teori dapat dijelaskan dan tanpa disedari
saya dapat memahami tajuk yang telah dipelajari dengan lebih mendalam. Dari data yang
diperolehi, ianya dianalisa dan ditafsirkan dalam bebrapa bentuk tertentu bagi memenuhi
kehendak eksperimen dan mudah difahami. Walaupun samua eksperimen tersebut boleh
dikatakan Berjaya, namun ia berjalan dengan kurang lancar. Pengajaran yang saya dapat
ambil dari kejadian ini ialah, bersiap sedia lebih awal sebelum menjalani eksperimen seperti
membaca dan mengulangkaji.

Bagi peringkat pembelajaran pemindahan ilmu (C), kami secara berkumpulan telah
menjalani satu akitiviti untuk memantapkan lagi ilmu pedagogi bagi mengaklami tahap dan
perassan murid terhadap pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan ialah membina satu model
gunung berapi. Dengan gabungan beberapa bahan cecair seperti cuka, sabun pencuci dan juga
bahan kimia, usaha kami membuahkan hasil apabila letusan dapat. Aktiviti yang menarik ini
patut diteruskan di mana kami sendiri menjalini aktiviti murid. Ianyan dapat member idea
kepada guru-guru pelatih bagi menyediakan aktiviti kepada murid mereka. Aktiviti hands-on
ini dapat menarik minat pelajar terhadap kandungan pelajaran dan pembelajaran berkesan
dapat berlaku.

Walaupun banyak masalah yang dihadapi, saya telah berusaha untuk menyiapkan kerja
kursus ini dengan upaya yang ada. Masalah demi masalah dihadapi dengan cara tertentu.
Banyak pengajaran yang diperolehi dari tugasan ini, antaranya, setiap masalah boleh
diselesaikan dan kepentingan masa itu sendiri. Saya cukup berharap agar tugasan ini dapt
diterima seadanya. Disini saya mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Penyarah saya iaitu Dr. Chua atas dorongan beliau dan semua yang terlibat. Terima
kasih.


Disediakan oleh :
NOORASYIIKIN ISHAK
(801201-07-5456 )
PPG AMBILAN KHAS / SAINS 5F / 2014

Anda mungkin juga menyukai