Anda di halaman 1dari 2

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-6 (2018)

INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIK GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,


BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN

PERATURAN AM ACARA TARIK TALI

a) Setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksimum sepuluh (10) orang peserta


namun hanya lapan (8) orang peserta akan dibenarkan untuk mengambil bahagian
dan dua (2) orang peserta akan menjadi simpanan.
b) Permainan akan dimulakan dengan menentukan tempat melalui undian toss-coin
oleh pengadil perlawanan.
c) Tiap-tiap pasukan dibenarkan melantik SEORANG KONDUKTOR SAHAJA.
d) Penggantian dibenarkan selepas satu kali tarik (pusingan). Peserta yang diganti
dibenarkan masuk semula ke dalam pusingan yang berikutnya.
e) Hujungan tali atau orang di hujung boleh menyepit tali itu melalui bawah ketiak dan
meletakkan hujung tali di atas sebelah bahu iaitu bersilang di badan.
f) HANYA satu amaran sahaja akan diberi sebelum pasukan tersebut dibatalkan.
g) Jika kedua-dua pasukan melepaskan tali sebelum pengadil meniup wisel, pusingan
tersebut dikira batal dan tarikan semula akan dilakukan.
h) Pertandingan akan bermula dengan arahan Hakim/Pengadil seperti berikut :
 Angkat tali
 Tegangkan tali
 Tiupan wisel (menandakan pertandingan bermula)
 Tiupan wisel (menandakan tarikan selesai)
 Tiupan wisel dua kali (menandakan tarikan batal)

i) Sekiranya kedua-dua pasukan seri selepas 2 tarikan, 5 minit masa rehat diberikan
dan tarikan ke-3 dimulakan selepas Hakim menentukan tempat melalui undian toss-
coin.
j) Peserta yang jatuh hendaklah bangun serta-merta. (Masa yang diberikan adalah 10
saat).
k) Semasa tarikan, perserta tidak dibenarkan mengubahsuai struktur tanah seperti
membuat lubang. Peserta tidak dibenarkan berdiri dengan mana-mana bahagian
badan mereka kecuali kaki sahaja.
l) Kelewatan
Hanya 15 minit SAHAJA akan diberikan kepada pasukan yang lewat. Sekiranya
tidak hadir mengikut masa yang diberikan, pihak lawan akan diberikan kemenangan
secara percuma.
m) Hadiah disediakan mengikut jumlah peserta yang mendaftar.
n) Pertandingan dijalankan secara kalah mati berpasukan.
o) Bagi pemenang untuk perlawanan ini, rumah sukan yang menjadi juara akan
mendapat mata sebanyak 9 mata, naib juara 7 mata, tempat ketiga dan keempat 5
mata.

SEPARUH
AKHIR
AKHIR

p) Peserta yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit jantung DILARANG


sama sekali menyertai pertandingan tarik tali ini.
q) Hanya kasut sukan biasa sahaja dibenarkan untuk diguna oleh peserta tarik tali.
Kasut yang mempunyai stuck/spike tidak dibenarkan.
r) Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan mestilah dalam bentuk
bertulis dan disertakan dengan bayaran sebanyak RM 50.00. Sekiranya keputusan
pengadil adalah sama, bayaran yang dibuat tidak akan dikembalikan semula.

Anda mungkin juga menyukai