Anda di halaman 1dari 6

KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI MALAYSIA

Responden 1

Umur : 48 tahun

Jantina : Perempuan

Pekerjaan : Pensyarah

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam UKM


Sarjana Muda Pendidikan Islam UKM

Bangsa : Melayu

Bahasa Pertuturan : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab

Soalan :

1) Apakah kelainan yang terdapat pada budaya anda berbanding budaya lain?
Dari aspek makanan, budaya Melayu mempunyai makanan yang berkuah dan halal.
Namun, bagi orang Cina, kebanyakan makanan mereka adalah tidak halal. Namun,
disebabkan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia, setiap makanan masyarakat
Cina telah di ubah suai dengan menggunakan bahan yang halal namun cara masakan
tetap seperti masyarakat Cina. Ini membolehkan, masyarakat Malaysia dapat
mengenali makanan-makanan masyarakat lain.

2) Adakah anda mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan masyarakat


berbangsa lain?
Tidak. Perhubungan antara kaum masyarakat dulu tidak goyah seperti masyarakat
sekarang. Malah, faktor berlatar belakangkan keluarga tentera yang sering berpindah
randah turut menjadikan penyebab utama tiada kekangan komunikasi berlaku.
Kehidupan seharian dikelilingi oleh masyarakat yang berbilang kaum.

3) Adakah anda datang daripada keluarga yang mengamalkan perkahwinan


campur? Jika ada, bolehkah anda berkongsi serba sedikit mengenainya.
Tidak. Namun, keluarga saya telah mengambil seorang anak angkat berbangsa Cina.
Budaya yang diamalkan adalah budaya orang Melayu.
4) Pada pendapat anda, adakah percampuran melalui kepelbagaian budaya
mendatangkan faedah?
Ya. Kita boleh melihat pelbagai kekuatan budaya lain. Sebagai contoh di IPG sendiri,
pelajar Cina lebih kuat berusaha berbanding pelajar berbangsa Melayu. Manakala,
bangsa India mempunyai kelebihan dari kekuatan yang menyebabkan mereka
mempunyai tenaga yang aktif. Hal ini, perlu dijadikan sebagai panduan dan
diaplikasikan dalam kehidupan supaya dapat meningkatkan taraf hidup masing-
masing.

5) Pada pendapat anda, apakah manfaat perpaduan terhadap negara?


Dapat membangunkan negara kerana setiap bangsa mempunyai kekuatan masing-
masing. Negara Malaysia tidak akan maju dan berjaya sekiranya pemikiran
mengagungkan satu bangsa tidak diubah. Setiap kelebihan yang ada pada setiap
bangsa dapat memajukan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Responden 2

Umur : 21 tahun

Jantina : Perempuan

Pendidikan : IPG Kampus Pendidikan Teknik

Pekerjaan : Pelajar

Bangsa : Iban

Bahasa Pertuturan : Bahasa Iban, Bahasa Bidayuh, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Soalan :

1) Apakah kelainan yang terdapat pada budaya anda berbanding budaya lain?
Perbezaannya banyak. Tapi salah satunya adalah dari segi bahasa. Walaupun saya
berbangsa Iban, tetapi dialek Bahasa Iban tersebut berbeza-beza mengikut tempat.
Sebagai contoh, daerah Semarahan dan Kapit menggunakan dialek yang berbeza
walaupun masing-masing berbangsa Iban. Namun bagi memudahkan komunikasi di
sekolah, kami menggunakan Bahasa Iban yang standard di sekolah memandang
Bahasa Iban merupakan salah satu subjek peperiksaan.

2) Adakah anda mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan masyarakat


berbangsa lain?
Tidak sama sekali. Hal ini kerana saya merupakan anak kepada tentera. Cara hidup
tentera yang berpindah-randah telah menyebabkan saya mudah untuk bergaul
dengan orang sekeliling. Bahkan di sekolah kami menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa komunikasi yang memudahkan saya untuk berinteraksi dengan rakan
berbangsa lain.

3) Adakah anda datang daripada keluarga yang mengamalkan perkahwinan


campur? Jika ada, bolehkah anda berkongsi serba sedikit mengenainya.
Ya. Ibu saya merupakan kaum Bidayuh manakala bapa saya pula kaum Iban. Kedua-
dua kaum ini mempunyai perbezaan yang ketara terutamanya dari segi bahasa. Kami
menggunakan bahasa Melayu di rumah sebagai bahasa komunikasi. Tapi saya
mampu untuk berkomunikasi dalam kedua-dua bahasa ibunda mereka.
4) Pada pendapat anda, adakah percampuran melalui kepelbagaian budaya
mendatangkan faedah?
Ya. Percampuran ini merupakan satu platform untuk kita memahami kaum lain di
samping menghormati mereka. Malah kita juga mampu peroleh pengalaman untuk
merasa makanan, cara hidup dan meraikan perayaan kaum-kaum lain.

5) Pada pendapat anda, apakah manfaat perpaduan terhadap negara?


Pada pendapat saya, pertama sekali dari konteks negara, ia mampu menjamin
keharmonian sesebuah negara. Malah perpaduan mampu menghalang pergelutan
antara kaum-kaum di Malaysia. Di samping itu, misi dan visi negara juga mampu
dicapai dengan adanya perpaduan kaum. Malah saya juga yang merupakan kaum
Iban dan menganut agama lain juga menghormati Perdana Menteri Malaysia yang
beragama Islam kerana bagi saya kita sebagai warga Malaysia sewajarnya
menghormati pemimpin sebagai tanda kita bersatu padu.
Responden 3

Umur : 19 tahun

Jantina : Lelaki

Pekerjaan : Pelajar

Pendidikan : IPG Kampus Pendidikan Teknik

Bangsa : Cina

Bahasa Pertuturan : Bahasa Cina, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Soalan :

1) Apakah kelainan yang terdapat pada budaya anda berbanding budaya lain?
Sebagai seorang yang berbangsa Cina, terdapat beberapa budaya yang berlainan
terutamanya seperti budaya makanan.

2) Adakah anda mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan masyarakat


berbangsa lain?
Tidak. Ini adalah kerana perbezaaan budaya tidak akan menghalang saya untuk
berkomunikasi atau berkawan. Saya akan menghormati budaya mereka dan akan
mengelakkan perkara-perkara yang sensitif tentang kebudayaan.

3) Adakah anda datang daripada keluarga yang mengamalkan perkahwinan


campur? Jika ada, bolehkah anda berkongsi serba sedikit mengenainya.
Tidak. (Apa pandangan anda tentang keluarga yang mengamalkan perkahwinan
campur)

4) Pada pendapat anda, adakah percampuran melalui kepelbagaian budaya


mendatangkan faedah?
Ya. Kita dapat memahami pelbagai budaya dengan lebih mendalam dan kita akan
mengelakkan berlakunya perselisihan faham. Dengan ini, kita dapat hidup dengan
lebih perpaduan dan harmoni. Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan kita perlu
bersosial atau berkomunikasi dengan pelbagai kaum untuk memupuk perpaduan dan
mengeratkan hubungan silaturahim supaya isu-isu yang sensitif di negara kita dapat
dikurangkan. Contohnya, kita akan sentiasa bertoleransi dan rasional semasa
berkomunikasi dengan kaum lain untuk mewujudkan hubungan yang baik antara satu
sama lain. Kita akan menghormati setiap kaum untuk membentuk suasana yang aman
dan harmoni.

5) Pada pendapat anda, apakah manfaat perpaduan terhadap negara?


Pada pendapat saya, perpaduan adalah penting kerana ini dapat mengukuhkan
ekonomi negara kita. Ini adalah kerana jika setiap rakyat bersatu padu dan ini dapat
menstabilkan politik negara kita. Selain itu, keamanan negara juga dapat dijamin
kerana rakyat yang bersatu padu tidak akan membentuk segala konflik yang akan
mengancam keamanan negara. Sebaliknya, kita akan mempertahankan keamanan
negara supaya kita dapat hidup dengan harmoni.

Anda mungkin juga menyukai