Anda di halaman 1dari 18

UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA SEPAK

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17

-Padang permainan
-Bola
-Bilangan pemain
-Alatan pemain
-Pengadil
-Penolong pengadil
-Jangkamasa permainan
-Permulaan dan memulakan semula permainan
-Bola di Dalam dan di Luar Permainan
-Cara menentukan jaringan
-Ofsaid
-Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bersopan
-Sepakan percuma
-Sepakan penalti
-Lontaran ke dalam
-Sepakan gol
-Sepakan penjuru

UNDANG-UNDANG 1 PADANG PERMAINAN


Permukaan Padang
Perlawanan boleh dimainkan di atas permukaan semulajadi atau artifisal mengikut
peraturan pertandingan. Warna permukaan artifisal mesti berwarna hijau.
Tanda-tanda Padang
Padang permainan mestilah berbentuk segi empat tepat dan ditanda dengan
garisan. Garisan-garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya
sebagai sempadan. Dua garisan sempadan yang panjang adalah garisan tepi. Dua
garisan yang pendek adalah garisan gol. Padang permainan dibahagikan kepada
dua bahagian oleh garisan tengah yang bersambung di pertengahan antara dua
garisan tepi. Pusat padang hendaklah ditanda di pertengahan garisan tengah. Satu
bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) ditanda mengelilinginya. Semua garisan tidak
melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya.
Ukuran
Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol. Panjang (garisan tepi):
minimum 90m (100 ela)
maksimum 120m (130 ela) Lebar (garisan gol): minimum 45m (50 ela) maksimum
90m (100 ela) Semua garisan mestilah sama lebarnya dan tidak melebihi 12
sentimeter (5 inci) lebarnya.
Perlawanan Antarabangsa
Panjang: minimum 100m (110 ela)
maksimum 110m (120 ela)
Lebar: minimum 64m (70 ela)
maksimum 75m (80 ela)

Kawasan Gol
Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 5.5 meter (6 ela) dari
bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini dipanjangkan ke dalam padang
permainan sejauh 5.5 meter (6 ela) dan disambung dengan satu garisan selari
dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan garisan
gol ialah kawasan gol.
Kawasan Penalti
Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 16.5 meter (18 ela) dari
bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisangarisan ini hendaklah dipanjangkan ke
dalam padang permainan sejauh 16.5 meter (18 ela) dan disambungkan dengan
satu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisangarisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti. Di dalam setiap kawasan penalti
satu tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela) dari pertengahan garisan gol di antara
tiang-tiang gol dan sama jarak darinya. Suatu lengkok berjejari 9.15 meter (10 ela)
dibuat dari setiap pusat tanda penalti di luar kawasan penalti.
Tiang Bendera
Tiang bendera tingginya tidak kurang dari 1.5 meter (5 kaki) dengan bahagian
atasnya tidak tajam dan berbendera ditempatkan pada setiap penjuru. Tiang
bendera boleh juga ditempatkan di setiap penghujung garisan tengah, tidak kurang
1 meter (1 ela) di luar garisan tepi.
Lengkok Penjuru
Suatu suku bulatan berjejari 1 meter (1 ela) dari setiap tiang bendera penjuru
ditandakan di dalam padang permainan.
Tiang dan Palang Gol
Tiang-tiang gol hendaklah diletakkan di pertengahan setiap garisan gol. Ianya
mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang bendera penjuru dan
dicantum di bahagian atasnya dengan palang melintang. Jarak di antara tiang-tiang
itu ialah 7.32 meter (8 ela) dan jarak dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah
2.44 meter (8 kaki). Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal
yang sama iaitu tidak melebihi 12 cm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya
dengan tiang dan palang gol. Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian tanah
di belakang gol dengan syarat ia disokong dengan sempurna dan tidak
mengganggu penjaga gol. Tiang dan palang gol mesti berwarna putih.
Keselamatan
Gol-gol mesti dipacak dengan kukuh ke tanah. Gol-gol jenis boleh ubah dibenar
digunakan jika ia memenuhi kehendak ini.

UNDANG-UNDANG 2 BOLA
Kualiti dan Ukuran Bola
berbentuk sfera
diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan lain yang sesuai
lilitannya tidak lebih dari 70 cm (28 inci) dan tidak kurang dari 68 cm (27 inci)
beratnya tidak lebih dari 450 g (16 auns) dan tidak kurang dari 410 g (14 auns)
pada permulaan permainan.
tekanan udara bersamaan dengan 0.6 1.1 atmosfera (600 1100 gram/sm2)
pada paras laut (8.5paun/in2 15.6 paun/in2).
UNDANG-UNDANG 3 BILANGAN PEMAIN
Pemain-pemain
Suatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan mengandungi tidak
lebih sebelas pemain dan salah seorang menjadi penjaga gol. Suatu perlawanan
tidak boleh dimulakan jika salah satu dari pasukan itu mempunyai kurang dari tujuh
pemain.
Perlawanan-perlawanan Rasmi
Sehingga maksimum tiga pengganti boleh digunakan di dalam mana-mana
perlawanan rasmi yang dianjurkan di bawah naungan FIFA, konfederasi atau
persatuan kebangsaan.
Semua Perlawanan
Untuk semua perlawanan nama pemain pengganti mestilah diserahkan kepada
Pengadil sebelum permulaan perlawanan. Pengganti yang tidak dinamakan tidak
boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan tersebut.
Prosedur Penggantian
Untuk mengganti seseorang pemain oleh pengganti, syaratsyarat berikut mestilah
dipatuhi:
pengadil diberitahu sebelum sebarang cadangan penggantian dibuat.
pengganti hanya masuk setelah pemain yang digantinya itu telah keluar dan
setelah menerima isyarat dari Pengadil.
pengganti hanya masuk ke padang di garisan pertengahan padang dan semasa
pemberhentian permainan.
penggantian adalah sempurna apabila pengganti masuk ke
dalam padang permainan.
dari masa itu, pengganti menjadi pemain dan pemain yang digantikan itu tamat
menjadi pemain.
seorang pemain yang telah digantikan tidak boleh mengambil bahagian di dalam
perlawanan itu seterusnya.
semua pengganti adalah tertakluk kepada kuasa budi bicara Pengadil, sama ada
dipanggil untuk bermain atau tidak.
Pertukaran Penjaga Gol

Mana-mana pemain boleh bertukar tempat dengan penjaga gol, dengan syarat:
pengadil diberitahu sebelum pertukaran dibuat.
pertukaran dibuat semasa bola di luar permainan.
Pemain dan Pengganti Diperintah Keluar
Seorang pemain yang diperintah keluar sebelum permulaan permainan hanya boleh
digantikan dengan salah seorang dari pengganti-pengganti yang dinamakan.
Pengganti yang dinamakan jika diperintahkan keluar sama ada sebelum permainan
dimulakan atau selepas permulaan permainan, tidak boleh digantikan.
UNDANG-UNDANG 4 ALATAN PEMAIN
Keselamatan
Seseorang pemain tidak dibenar menggunakan atau memakai sebarang peralatan
yang berbahaya kepada diri sendiri atau pemain-pemain lain (termasuk apa jua
barang kemas).
Peralatan Asas
Peralatan asas yang diwajibkan untuk seseorang pemain ialah:
jersi atau baju berlengan Jika pakaian dalaman digunakan, warna lengannya
hendaklah sama warna
dengan warna utama lengan jersi atau baju.
seluar pendek jika seluar pendek thermal digunakan, warnanya hendaklah
sama dengan warna
utama seluar pendeknya.
stokin
shinguard
alas kaki
UNDANG-UNDANG 5 PENGADIL
Kuasa Pengadil
Setiap perlawanan dikawal oleh seorang Pengadil yang berkuasa penuh untuk
menguatkuasa Undang-undang Permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia
ditugaskan.
Kuasa dan Tugas
Pengadil:
menguatkuasakan Undang-undang Permainan
mengawal perlawanan dengan kerjasama Penolongpenolong Pengadil dan di
mana berkaitan dengan Pegawai Keempat.
memastikan mana-mana bola yang digunakan memenuhi syarat-syarat Undangundang 2.
memastikan peralatan pemain memenuhi syarat-syarat Undang-undang 4.
bertindak sebagai penjaga masa dan membuat catatan perlawanan.
mempunyai budi bicara untuk memberhenti, menangguh atau menamatkan
perlawanan untuk sebarang pelanggaran Undang-undang.

memberhenti, menangguh atau menamatkan perlawanan kerana sebarang


bentuk gangguan luar.
berhentikan perlawanan jika pada pendapatnya, seseorang pemain cedera parah
dan pastikan ianya dikeluarkan dari padang permainan.
meneruskan permainan sehingga bola di luar permainan, jika pada pendapatnya
seorang pemain itu hanya cedera ringan.
memastikan pemain yang luka berdarah dikeluarkan dari padang permainan.
Pemain tersebut hanya boleh kembali, setelah menerima isyarat dari Pengadil
yang mesti berpuas hati bahawa pendarahan itu telah berhenti.
meneruskan permainan apabila pasukan yang mana kesalahan dilakukan ke
atasnya akan memperolehi advantej dari situasi itu dan hukumkan kesalahan yang
asal jika advantej yang dijangkakan tidak diperolehi pada masa itu.
menghukum kesalahan yang lebih berat apabila pemain melakukan lebih dari satu
kesalahan pada masa yang sama.
mengambil tindakan disiplin ke atas pemain kerana kesalahan beramaran dan
perintah keluar. Dia tidak perlu mengambil tindakan ini serta merta tetapi mesti
berbuat demikian sebaik saja bola di luar permainan.
mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai pasukan yang berkelakuan tidak
bertanggungjawab dan mengikut budi bicaranya, menyingkirkan mereka dari
padang permainan dan kawasan sekitarnya.
bertindak atas nasihat Penolong-penolong Pengadil
terhadap insiden yang tidak dilihatnya.
jangan membenarkan orang yang tidak berkenaan masuk
ke padang permainan.
mulakan semula permainan setelah ianya diberhentikan.
mengemukakan kepada pihak berkuasa yang berkenaan laporan perlawanan yang
mengandungi maklumat tentang tindakan disiplin diambil ke atas pemain,
dan/atau pegawai pasukan dan insiden lain yang berlaku sebelum, semasa atau
selepas perlawanan.
Keputusan Pengadil
Keputusan-keputusan yang dibuat oleh Pengadil tentang fakta yang berkaitan
dengan permainan adalah muktamad. Pengadil hanya boleh menukar sesuatu
keputusan apabila menyedari kesilapannya atau, mengikut budi bicaranya, di atas
nasihat Penolong-penolong Pengadil dengan syarat permainan belum dimulakan
semula atau menamatkan perlawanan itu.
UNDANG-UNDANG 6 PENOLONG PENGADIL
Tugas-tugas
Dua Penolong Pengadil dilantik di mana tugas mereka tertakluk kepada keputusan
Pengadil, ialah untuk memberi isyarat:
Apabila keseluruhan bola telah keluar dari padang permainan.
Pasukan mana yang berhak untuk sepakan penjuru, sepakan gol atau lontaran ke
dalam.
Apabila seorang pemain boleh dihukum kerana berada di kedudukan ofsaid.
Apabila ada permintaan untuk penggantian.
Apabila ada salahlaku atau insiden lain di luar penglihatan Pengadil.
Apabila kesalahan dilakukan di mana Penolong Pengadil lebih hampir dengan
insiden dari Pengadil (ini termasuk, dalam keadaan-keadaan tertentu, kesalahankesalahan yang berlaku di dalam kawasan penalti).

Semasa sepakan penalti, sama ada, penjaga gol telah bergerak ke hadapan
sebelum bola disepak dan jika bola telah melintasi garisan itu.
Bantuan
Penolong-penolong Pengadil juga membantu Pengadil mengawal perlawanan
mengikut Undang-undang Permainan. Terutama sekali mereka boleh masuk ke
padang permainan untuk menolong mengawal jarak 9.15 meter. Jika berlaku
gangguan yang tidak wajar atau kelakuan tidak sepatutnya Pengadil boleh
melucutkan Penolong Pengadil itu dari tugasnya dan membuat laporan kepada
pihak yang berkenaan.

UNDANG-UNDANG 7 JANGKAMASA PERMAINAN


Tempoh Permainan
Perlawanan hendaklah mengandungi dua bahagian tempoh masa yang sama iaitu
45 minit, kecuali jika ada persetujuan bersama di antara Pengadil dan kedua-dua
pasukan yang mengambil bahagian. Sebarang persetujuan untuk mengubah
tempoh masa permainan (contohnya untuk mengurangkan
setiap bahagian kepada 40 minit kerana kekurangan cahaya) mestilah dibuat
sebelum permulaan permainan dan mestilah mematuhi Peraturan Pertandingan.
Rehat Separuh Masa
Pemain berhak untuk masa rehat pada separuh masa. Masa rehat separuh masa
mesti tidak melebihi 15 minit. Peraturan Pertandingan mestilah menyatakan
jangkamasa rehat separuh masa. Tempoh masa rehat boleh diubah hanya dengan
persetujuan Pengadil.
Peruntukan Masa Terbuang
Peruntukan hendaklah dibuat pada setiap separuh masa untuk jumlah masa yang
terbuang melalui:
penggantian
menilai kecederaan pemain
mengeluarkan pemain cedera dari padang permainan untuk rawatan
membuang masa
sebab-sebab lain Peruntukan masa terbuang adalah di bawah budi bicara
Pengadil.
Sepakan Penalti
Jika sesuatu sepakan penalti perlu dibuat atau dibuat semula, jangkamasa
permainan bagi tiap-tiap separuh bahagian adalah dilanjutkan sehingga sepakan
penalti itu disempurnakan.
Pembatalan Perlawanan
Perlawanan yang dibatalkan akan dimainkan semula kecuali Peraturan Pertandingan
menyatakan sebaliknya.
UNDANG-UNDANG 8 PERMULAAN DAN MEMULAKAN SEMULA PERMAINAN
Pra Perlawanan

Lentingan syiling dilakukan dan pasukan yang menang lentingan itu memilih
bahagian gol yang akan diserang pada separuh masa pertama. Pasukan lawannya
akan membuat sepak mula untuk permulaan
perlawanan. Pasukan yang menang lentingan syiling akan membuat sepak mula
bagi permulaan bahagian kedua perlawanan. Pada separuh masa kedua
perlawanan, pasukan-pasukan akan bertukar tempat untuk menyerang gol yang
bertentangan.

Sepak Mula
Sepak mula ialah suatu cara untuk permulaan atau memulakan semula permainan.

pada permulaan perlawanan


selepas gol dijaringkan
pada permulaan separuh masa kedua
pada permulaan setiap separuh masa dalam masa tambahan (jika berkaitan)

Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula.


Jatuhan Bola
Jatuhan bola adalah cara untuk memulakan semula permainan selepas
pemberhentian sementara diperlukan, semasa bola di dalam permainan, untuk apa
jua sebab yang tidak disebut di mana-mana bahagian Undang-undang Permainan.
UNDANG-UNDANG 9 BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN
Bola di luar permainan
Bola berada di luar permainan apabila:
keseluruhannya telah melintasi garisan gol atau garisan tepi sama ada di tanah
atau di udara.
permainan telah diberhentikan oleh Pengadil. Bola di dalam permainan
Bola sentiasa berada di dalam permainan, termasuk apabila:
ia melantun dari tiang gol, palang gol atau tiang bendera penjuru dan berada di
dalam padang permainan.
ia melantun dari pengadil atau penolong pengadil ketika mereka berada di dalam
padang permainan.
UNDANG-UNDANG 10 CARA MENENTUKAN JARINGAN
Jaringan Gol
Gol dijaringkan apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol, di antara tiang-tiang
gol dan di bawah palang gol, dengan syarat tiada pelanggaran Undang-undang
Permainan dilakukan sebelum itu oleh pasukan yang menjaringkan gol.

Pasukan Menang
Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang lebih semasa perlawanan dikira
pemenang. Jika kedua-dua pasukan menjaringkan bilangan gol yang sama, atau jika
tiada gol dijaringkan, perlawanan dikira seri.
Peraturan-peraturan Pertandingan
Apabila peraturan-peraturan pertandingan berkehendakkan sesuatu pasukan itu
sebagai pemenang setelah perlawanan berkeputusan seri, hanya prosedur berikut,
yang telah diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa, dibenarkan
Jaringan gol di tempat lawan
Masa tambahan;
Sepakan dari tanda penalti.

UNDANG-UNDANG 11 OFSAID
Kedudukan Ofsaid
Adalah tidak menjadi kesalahan semata-mata kerana berada di kedudukan ofsaid.
Seorang pemain berada di kedudukan ofsaid jika:
dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain
lawan yang kedua terakhir.
Seorang pemain tidak berkedudukan ofsaid jika:
dia berada di kawasan padang permainannya sendiri atau
dia berada separas dengan pemain lawan yang kedua terakhir atau
dia berada separas dengan dua pemain lawan terakhir
Kesalahan
Pemain yang berkedudukan ofsaid hanya dihukum jika pada ketika bola disentuh
atau dimainkan oleh pemain pasukannya pada pendapat Pengadil, dia terlibat aktif
dalam permainan dengan:
mengganggu permainan atau
mengganggu pemain pihak lawan atau
memperoleh keuntungan dengan berada di kedudukan itu
Tiada Kesalahan
Ofsaid tidak dikira jika pemain menerima bola terus dari:
sepakan gol
lontaran ke dalam
sepakan penjuru
Pelanggaran dan Hukuman

Untuk kesalahan ofsaid, pengadil akan memberi sepakan percuma tidak terus
kepada pasukan lawan yang dibuat di tempat mana kesalahan berlaku. (rujuk
Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma)

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK


BERSOPAN
Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bersopan adalah dihukum seperti
berikut:
Sepakan Percuma Terus
Sepakan percuma terus diberi kepada pasukan pihak lawan jika seorang pemain
melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut dengan cara yang dianggap oleh
Pengadil sebagai cuai, gegabah atau melibatkan daya yang berlebihan:

menendang atau cuba menendang pemain lawan


membentes atau cuba membentes pemain lawan
menerjah ke pemain lawan
merempuh pemain lawan
memukul atau cuba memukul pemain lawan
menolak pemain lawan
menakel pemain lawan

Sepakan percuma terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang pemain
melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut:
memegang pemain lawan
meludah pemain lawan
memegang bola dengan sengaja (kecuali penjaga gol yang berada di dalam
kawasan penaltinya)
Sepakan percuma terus dibuat di mana kesalahan berlaku. (rujuk Undang-undang
13 Kedudukan Sepakan Percuma)
Sepakan Penalti
Sepakan penalti diberi jika salah satu dari sepuluh kesalahan di atas dilakukan oleh
seorang pemain di dalam kawasan penaltinya, tanpa mengira kedudukan bola,
dengan syarat bola itu berada di dalam permainan.
Sepakan Percuma Tidak Terus

Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol, di
dalam kawasan penaltinya, melakukan salah satu dari empat kesalahan berikut:
mengambil lebih dari enam saat semasa mengawal bola dengan tangannya
sebelum melepaskan dari kawalannya.
memegang bola semula dengan tangan setelah bola dilepaskan dari kawalannya
dan belum disentuh oleh pemain lain.
menyentuh bola dengan tangan setelah ia dengan sengaja disepak oleh rakan
kepadanya.
memegang bola dengan tangan setelah menerimanya terus dari lontaran ke
dalam oleh rakannya.
Sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang
pemain, pada pendapat Pengadil:

bermain dengan cara yang berbahaya


menyekat pergerakan pemain lawan
menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya
melakukan kesalahan lain yang tidak disebut dalam Undang-undang 12, yang
mana permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau perintah keluar
pemain. Sepakan percuma tidak terus adalah dibuat dari tempat di mana
kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma)

Tindakan Disiplin
Kad kuning ditunjukkan kepada pemain atau pemain pengganti atau pemain yang
telah digantikan telah diberi amaran Kad merah ditunjukkan kepada pemain atau
pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diperintah keluar. Hanya
pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah
digantikan saja boleh ditunjukkan kad merah dan ditunjukkan kad kuning. Pengadil
berkuasa untuk mengambil tindakan disiplin, dari ketika ia masuk ke padang
permainan hingga ia meninggalkan padang permainan selepas tiupan wisel
penamat
Pemain yang melakukan kesalahan beramaran atau perintah keluar, di dalam di
dalam atau di luar padang permainan sama ada terhadap pemain lawan, rakannya,
Pengadil, Penolong Pengadil atau orang lain, dikenakan tindakan disiplin mengikut
jenis kesalahan yang dilakukan.
Kesalahan-kesalahan Beramaran (KAD KUNING)
Pemain diberi amaran dan ditunjuk kad kuning jika dia melakukan salah satu dari
tujuh kesalahan berikut:
. bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan
membantah dengan perkataan atau perbuatan
sentiasa melanggar Undang-undang Permainan
melambat-lambat memulakan semula permainan
gagal beredar ke jarak yang dikehendaki apabila permainan dimulakan semula
dari sepakan penjuru atau sepakan percuma atau lontaran ke dalam
masuk atau masuk semula padang permainan tanpa kebenaran Pengadil
dengan sengaja meninggalkan padang permainan tanpa kebenaran Pengadil

Pengganti atau pemain yang telah digantikan diberi amaran dan ditunjukkan kad
kuning jika melakukan
salah satu dari tiga kesalahan berikut:
bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan
membantah dengan perkataan atau perbuatan
melambat-lambat memulakan semula permainan

Kesalahan-kesalahan Perintah Keluar (KAD MERAH)


Pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan diperintah keluar dan
ditunjukkan kad merah jika dia melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut:

bersalah kerana bermain dengan amat kasar


bersalah kerana berkelakuan ganas
meludah pemain lawan atau orang lain
menggagalkan jaringan gol pasukan lawan atau peluang jelas untuk menjaringkan
gol dengan sengaja memegang bola (ini tidak terpakai kepada penjaga gol yang
berada di dalam kawasan penalti sendiri)
menggagalkan peluang jelas untuk menjaringkan gol oleh pemain lawan yang
menuju ke arah gol lawannya, dengan melakukan kesalahan yang boleh dihukum
dengan sepakan percuma atau sepakan penalti
menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau kata-kata
kesat dan/atau geraklaku.
. menerima amaran kedua di dalam perlawanan yang sama. Pemain, pengganti
atau pemain yang telah digantikan yang diperintah keluar mestilah meninggalkan
persekitaran padang permainan dan kawasan teknikal.
UNDANG-UNDANG 13 SEPAKAN PERCUMA
Jenis-jenis Sepakan Percuma
Sepakan percuma adalah sama ada terus atau tidak terus.
Sepakan Percuma Terus
Bola Masuk ke Gol
jika dari sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol lawan, gol dikira.
jika dari sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol sendiri, sepakan
penjuru diberi kepada pasukan lawan.
Sepakan Percuma Tidak Terus
Isyarat
Pengadil mengisyarat sepakan percuma tidak terus dengan mengangkat sebelah
tangannya lurus ke atas. Dia mengekalkan kedudukan tangannya sedemikian
sehingga sepakan dibuat dan bola disentuh oleh pemain lain ataupun keluar dari
permainan.
Bola Masuk ke Gol
Jaringan gol dikira hanya jika bola disentuh oleh pemain lain sebelum masuk ke
dalam gol.
jika dari sepakan percuma tidak terus bola disepak terus ke dalam gol pasukan
lawan, sepakan gol diberi
jika dari sepakan percuma tidak terus bola disepak terus ke dalam gol sendiri,
sepakan penjuru diberi kepada pasukan lawan.
Prosedur

Untuk kedua-dua sepakan, terus dan tidak terus, bola mestilah statik apabila dibuat
dan penyepak tidak boleh menyentuh bola untuk kali kedua sehingga ia telah
disentuh oleh pemain lain.
UNDANG-UNDANG 14 SEPAKAN PENALTI
Sepakan penalti dikenakan ke atas pasukan yang melakukan salah satu daripada
sepuluh kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma terus di dalam kawasan
penaltinya semasa bola di dalam permainan.
Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penalti. Tambahan masa adalah dibenar
untuk sepakan penalti yang akan dibuat pada akhir setiap bahagian masa atau
pada akhir tempoh masa tambahan.
Posisi Bola dan Pemain-pemain
Bola:
mesti diletakkan di tanda penalti
Pemain yang membuat sepakan penalti:
mesti dikenal pasti
Penjaga gol bertahan:
mesti berada di atas garisan gol, menghadap penyepak, di antara tiang-tiang gol
sehingga bola disepak
Kedudukan pemain-pemain selain daripada penyepak:

di dalam padang permainan


di luar kawasan penalti
di belakang tanda penalti
sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari tanda penalti

Prosedur
Setelah semua pemain berada di tempat menurut Undang-undang, pengadil
memberi isyarat untuk sepakan penalti dibuat
Pemain yang membuat sepakan penalti mesti menyepak bola ke hadapan
Dia mesti tidak memainkan bola kali kedua sehingga bola disentuh oleh pemain
lain
Bola dikira di dalam permainan apabila disepak dan bergerak ke hadapan
Apabila sepakan penalti dibuat pada masa permainan biasa, atau masa yang
dilanjutkan pada separuh masa atau masa penuh untuk membolehkan sepakan
penalti dibuat atau dibuat semula, jaringan gol adalah diberi jika, sebelum melintasi
di antara tiang-tiang gol dan di bawah palang gol:
bola menyentuh satu atau kedua-dua tiang gol dan/atau palang gol dan/atau
penjaga gol
Pengadil memutuskan bila sepakan penalti itu telah disempurnakan

UNDANG-UNDANG 15 LONTARAN KE DALAM


Lontaran ke dalam adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan.
Lontaran ke dalam adalah diberi kepada pasukan lawan pemain yang akhir sekali
menyentuh bola apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah
atau di udara.
Gol tidak boleh dijaringkan terus dari lontaran ke dalam.
Prosedur
Semasa melontar bola ke dalam, pelontar:

menghadap ke padang permainan


sebahagian dari kakinya berada di atas garisan tepi atau di luar garisan tepi
menggunakan kedua-dua tangannya
melontar bola dari belakang dan melalui atas kepalanya
melontar dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi itu

Semua pemain lawan mesti berada tidak kurang 2 m (2 ela) dari tempat di mana
lontaran ke dalam itu
dibuat. Bola dikira di dalam permainan sebaik saja ia masuk ke dalam padang
permainan.
Setelah melontar, pelontar tidak boleh menyentuh bola sekali lagi sehingga ianya
telah disentuh oleh pemain lain.
UNDANG-UNDANG 16 SEPAKAN GOL
Sepakan gol adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan. Sepakan gol
adalah diberi apabila keseluruhan bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain
pasukan menyerang, melintasi garisan gol, sama ada di tanah atau di udara dan gol
yang tidak dijaringkan mengikut Undang-undang 10.
Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan gol tetapi hanya
terhadap gol pasukan lawan.
Prosedur
Bola disepak dari mana-mana tempat di dalam kawasan gol oleh pemain pasukan
bertahan
Semua pemain lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola berada di
dalam permainan
Penyepak tidak memainkan bola kali kedua sehingga ianya disentuh oleh pemain
lain
Bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak terus melepasi kawasan
penalti
UNDANG-UNDANG 17 SEPAKAN PENJURU
Sepakan penjuru adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan.

Sepakan penjuru diberi apabila keseluruhan bola, yang akhir sekali disentuh oleh
pemain bertahan, melintasi garisan gol, sama ada di tanah atau di udara dan gol
yang tidak dijaringkan mengikut Undang-undang 10.
Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya
terhadap gol pasukan lawan.
Prosedur
Bola mesti diletakkan di dalam lengkuk penjuru pada tiang bendera penjuru
terdekat
Bendera penjuru mesti tidak boleh dialihkan
Semua pemain lawan mesti berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola
sehingga bola berada
di dalam permainan
Bola mesti disepak oleh pemain pasukan menyerang
Bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak dan bergerak
Penyepak mesti tidak memainkan bola kali kedua sehingga ianya telah disentuh
oleh pemain lain

PROSEDUR UNTUK MENENTUKAN PEMENANG SESUATU PERLAWANAN


Jaringan gol di tempat lawan, masa tambahan dan membuat sepakan dari tanda
penalti adalah cara-cara untuk menentukan pasukan pemenang di mana peraturan
pertandingan berkehendakkan sesuatu pasukan itu sebagai pemenang setelah
perlawanan berakhir dengan seri.
Jaringan Gol Di Tempat Lawan
Peraturan pertandingan boleh membuat peruntukan di mana pasukan-pasukan
bermain sesama sendiri di tempat sendiri dan di tempat lawan, dan jika jaringan gol
adalah sama selepas perlawanan kedua, maka gol yang dijaringkan di padang
pasukan lawan akan dikira berganda.
Masa Tambahan
Peraturan pertandingan boleh menentukan lanjutan dua bahagian tempoh masa
yang sama, tiap-tiap sebahagian tidak melebihi 15 minit untuk dimainkan. Syaratsyarat Undangundang 8 hendaklah dipatuhi.
Sepakan Dari Tanda Penalti

Prosedur
Pengadil memilih gol untuk sepakan dibuat.
Pengadil membuat lentingan syiling dan pasukan yang Ketua Pasukannya menang
lentingan akan menentukan sama ada untuk membuat sepakan pertama atau
sepakan kedua.
Pengadil membuat catatan berkaitan sepakan-sepakan yang dibuat.
Tertakluk kepada keadaan-keadaan yang diterangkan di bawah, kedua-dua
pasukan akan membuat lima sepakan.
Sepakan dibuat berselang-ganti oleh pasukan-pasukan itu.
Jika, sebelum kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, satu pasukan telah
memperolehi lebih jaringan daripada pasukan lawannya walaupun jika keduaduanya menyempurnakan bilangan lima sepakan itu, maka sepakan dari tanda
penalti itu tidak perlu diteruskan.
Jika, setelah kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, jaringan oleh kedua-dua
pasukan itu adalah sama atau belum membuat jaringan, sepakan adalah
diteruskan mengikut urutan yang sama sehingga salah satu pasukan memperolehi
lebih jaringan daripada pasukan lawan setelah jumlah sepakan yang sama dibuat.
Penjaga gol yang cedera semasa sepakan dari tanda penalti dibuat dan tidak
berupaya untuk meneruskan tugasnya sebagai penjaga gol boleh digantikan oleh
pengganti yang dinamakan dengan syarat pasukannya belum membuat bilangan
maksimum penggantian yang dibenarkan mengikut peraturan pertandingan.
Kecuali apa yang dinyatakan di atas, hanya pemain yang berada di dalam padang
permainan pada tamat perlawanan, termasuk masa tambahan jika ada,
dibenarkan membuat sepakan dari tanda penalti itu.
Tiap-tiap sepakan adalah dibuat oleh pemain berlainan dan semua pemain yang
layak mestilah membuat sepakan sebelum mana-mana pemain dibenarkan
membuat sepakan kedua.
Mana-mana pemain yang layak boleh bertukar tempat dengan penjaga gol pada
bila-bila masa semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.
Hanya pemain-pemain yang layak dan pegawai-pegawai perlawanan dibenarkan
berada di atas padang permainan semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.
Semua pemain mestilah berada di dalam bulatan tengah padang kecuali, pemain
yang sedang membuat sepakan dan kedua-dua penjaga gol.
Penjaga gol yang sepasukan dengan penyepak mesti berada di dalam padang
permainan, di luar kawasan penalti di mana sepakan dibuat, atas garisan gol yang
bertemu dengan garisan sempadan kawasan penalti.
Kecuali dinyatakan sebaliknya, Undang-undang Permainan yang berkenaan dan
keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa adalah dikuatkuasakan semasa
sepakan dari tanda penalti dibuat.
Apabila suatu pasukan menamatkan perlawanan dengan bilangan pemain yang
lebih dari pasukan lawannya, mereka mestiah mengurangkan bilangan pemainnya
untuk menyamai pasukan lawan dan ketua pasukan mestilah memberitahu
Pengadil nama dan nombor pemain yang dikeluarkan. Manamana pemain yang
dikecualikan itu tidak boleh terlibat dalam sepakan dari tanda penalti itu.
Sebelum sepakan dari tanda penalti dibuat Pengadil hendaklah memastikan
kedua-dua pasukan mempunyai bilangan pemain yang sama berada di dalam
kawasan bulatan tengah dan mereka sajalah yang dikehendaki membuat sepakan.
KAWASAN TEKNIKAL
Kawasan teknikal boleh berbeza di antara satu stadium dengan yang lain, seperti
saiz dan lokasinya, dan nota-nota berikut dikeluarkan untuk panduan am.

Kawasan teknikal menganjur keluar 1 meter (1 ela) dari tiap-tiap sisi tempat
duduk khas dan menganjur ke hadapan sehingga 1 meter (1 ela) dari garisan
tepi.
Adalah digalakkan tanda-tanda dibuat bagi menentukan kawasan ini.
Bilangan orang yang dibenarkan berada di dalam kawasan teknikal dinyatakan di
dalam peraturan pertandingan.
Mereka yang berada di dalam kawasan teknikal ini dikenal pasti sebelum
permulaan perlawanan selaras dengan peraturan pertandingan.
Hanya seorang saja pada satu-satu masa dibenar menyampaikan arahan taktikal.
Jurulatih dan pegawai-pegawai lain mestilah berada di dalam sempadan kawasan
teknikal kecuali dalam keadaan tertentu seperti fisioterapi atau doktor memasuki
padang permainan dengan kebenaran pengadil untuk menilai kecederaan pemain.
Jurulatih dan mereka yang berada di dalam kawasan teknikal mestilah
berkelakuan penuh tanggungjawab.
PEGAWAI KEEMPAT DAN PENOLONG PENGADIL SIMPANAN
Pegawai Keempat boleh dilantik di bawah peraturan pertandingan dan
menjalankan tugas jika salah
seorang daripada tiga pegawai perlawanan tidak dapat meneruskan tugasnya,
kecuali seorang
penolong pengadil simpanan dilantik. Dia akan membantu Pengadil pada setiap
masa.
Sebelum pertandingan dimulakan, pengelola akan menyatakan dengan jelasnya,
jika Pengadil tidak dapat meneruskan tugasnya, sama ada Pegawai Keempat
mengambil alih tugas sebagai Pengadil perlawanan atau sama ada Penolong
Pengadil Kanan mengambil alih sebagai Pengadil dengan Pegawai Keempat
menjadi Penolong Pengadil.
Pegawai Keempat membantu tugas-tugas pentadbiran sebelum, semasa dan
selepas perlawanan seperti yang dikehendaki oleh Pengadil.
Dia bertanggungjawab menolong melaksanakan prosedur penggantian semasa
perlawanan.
Dia mempunyai kuasa untuk memeriksa peralatan pemain gantian sebelum
mereka masuk ke dalam padang permainan. Jika peralatan mereka tidak
mematuhi kehendak Undang-undang Permainan, dia akan memberitahu Pengadil.
Dia menyelia pertukaran bola apabila perlu. Jika bola perlawanan perlu ditukarkan
semasa perlawanan, dia menyediakan bola lain atas arahan Pengadil, dengan itu
mengurangkan kelewatan dengan kadar minimum.
Dia mesti memberi petunjuk kepada Pengadil jika ada pemain yang tersalah diberi
amaran kerana tersilap indentiti, atau apabila pemain tidak diperintah keluar
setelah kelihatan diberi kad kuning kedua, atau apabila kelakuan ganas berlaku di
luar penglihatan Pengadil dan Penolong Pengadil. Walau bagaimanapun Pengadil
masih berkuasa untuk membuat keputusan di atas semua maklumat yang
berkaitan dengan permainan.
Selepas perlawanan, Pegawai Keempat mesti mengemukakan laporan kepada
pihak berkuasa yang
berkenaan tentang sebarang salahlaku atau insiden lain yang Pengadil dan
Penolong Pengadil tidak melihatnya. Pegawai Keempat mestilah menasihat
Pengadil dan Penolong-penolongnya tentang sebarang laporan yang dibuat.
Dia mempunyai kuasa untuk memberitahu Pengadil sebarang kelakuan tidak
bertanggungjawab oleh manamana penghuni kawasan teknikal.

Seorang penolong pengadil simpanan boleh juga dilantik di bawah peraturan


pertandingan. Tugasnya hanya untuk mengambil alih tugas penolong pengadil
yang tidak dapat meneruskan tugasnya atau untuk mengganti pegawai keempat,
seperti diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai