Anda di halaman 1dari 3

Peraturan Permainan Tuju Selipar (15 minit untuk 1 perlawanan) CARA BERMAIN: Bilangan kumpulan adalah bilangan minimum

ahli yang ada pada kedua-dua kumpulan. Permainan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan menyerang (A) dan 1 kumpulan bertahan (B). Berikut adalah cara untuk bermain:
1. 3 selipar hendaklah disusun dengan keadaan berdiri. 2. Kumpulan A perlu menjatuhkan susunan selipar itu dengan melontar selipar yang dipegang

ke susunan selipar itu.


3. Jika orang pertama gagal untuk menjatuhkan susunan selipar itu, orang kedua hingga

orang terakhir dalam kumpulan A boleh cuba untuk menjatuhkan selipar itu.
4. Seorang pembaling hanya diberi peluang untuk membuat 3 balingan saja. Jika tidak berjaya

menjatuhkan selipar dalam 3 balingan tersebut, maka orang itu akan dikira mati.
5. Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, kumpulan B dikehendaki membuat balingan ke

anggota badan kumpulan A dengan menggunakan selipar yang disediakan.


6. Misi kumpulan A adalah untuk menyusun semula susunan selipar tersebut untuk

berkedudukan berdiri semula.


7. Kumpulan B perlu mengawal dan menghalang kumpulan A dari menyusun selipar itu. 8. Ahli kumpulan B yang memegang selipar untuk dibaling kepada kumpulan A

tidak dibenarkan bergerak dan perlu membalingnya terlebih dahulu sebelum bergerak.
9. Jika kesemua ahli kumpulan A telah dimatikan sebelum selipar disusun, giliran kumpulan B

untuk menyerang. Tiada mata akan diberikan kepada mana-mana pasukan dalam keadaan ini.
10. Mata akan diberikan jika kumpulan A berjaya menyusun selipar sebelum kesemua ahli

kumpulan A dimatikan.

11. Permainan akan diteruskan semula oleh kumpulan A sehinggalah kesemua ahli dimatikan

sebelum selipar disusun.


12. Jika kumpulan B berjaya mematikan semua ahli kumpulan A, mereka pula akan

membaling sususan selipar tadi. PENENTUAN MARKAH DAN PEMENANG: 1. Susunan selipar perlu dibina untuk mendapatkan 1 mata.
2. Pemenang dipilih berdasarkan mata yang banyak dikumpul.

3. Keputusan pengadil adalah muktamad. PERATURAN KESELAMATAN:


1. Had anggota badan yang boleh dibaling dengan selipar adalah dibawah paras

kepala. Jika dengan sengaja membuat balingan kearah kepala, pengadil berhak mendenda pihak yang membaling dari segi mata perlawanan.
2. Sebarang cara bermain yang mendatangkan kecederaan seperti Body contact

atau lawan badan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

*Setiap kumpulan permainan tuju selipar dikehendaki menyediakan sepasang selipar pada hari Sukan Rakyat.

CARTA PERLAWANAN:

*Perlawanan Adalah Perlawanan Kalah Mati