Anda di halaman 1dari 3

Permainan Tradisional (Fatin & Nadiah)

1. Nama permainan : Baling selipar


2. Kawasan : Satu gelanggang bola tampar (18mx9m)
3. Bilangan pemain : 10 - 12 pemain
4. Alatan : 2 pasang selipar

5. Prosedur permainan :
1) Giliran memulakan permainan ditentukan dengan lambungan duit syiling/ ‘o som’.
2) Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan iaitu 5-7.
3) Selipar haruslah dibentuk tegak menjadi tiga segi dan satu selipar lagi digunakan
untuk membuat balingan.
4) Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara
membaling selipar kearah selipar yang telah disusun. Setiap pemain boleh membuat
lontaran sebanyak tiga kali untuk menjatuh selipar yang telah disusun.
5) Jika lontaran yang dilakukan tidak terkena pada sasaran,giliran pihak lawan pula
mengambil alih untuk melakukan lontaran seterusnya.
6) Jika selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan utama berusaha mematikan
lawannya dengan membuat balingan selipar dan disasarkan pada pihak lawan.
7) Penjaga tidak dibenarkan mengejar pihak pembaling sambil membawa selipar dan
hanya boleh membaling selipar dari paras pinggang ke bawah dan selebihnya tidak
dikira.
8) Penjaga juga tidak boleh merosakkan kembali selipar yang telah disusun oleh
pembaling.
9) Kemenangan dikira berdasarkan jika pihak yang dapat menyusun semula selipar-
selipar tersebut menjadi tiga segi dan melangkah susunan tersebut.
Lakaran Permainan

x x x x x

x x x x x

petunjuk

X- murid

- selipar

Anda mungkin juga menyukai