Anda di halaman 1dari 4

PROSUDER PERMAINAN

1. Nama permainan : Bola tampar duduk


2. Kategori : Jaringan
3. Kawasan : Satu gelanggang badminton (13 x 6m)
4. Alatan : i) Bola tampar/ bola pantai

ii) Jaring badminton

5. Prosedur permainan :

i) Dimainkan oleh dua kumpulan (1 kumpulan 5-6 pemain).


ii) Giliran memulakan permainan ditentukan dengan lambungan duit syiling/ ‘o
som’.
iii) Pemain perlu duduk semasa bermain.
iv) Bergerak dengan menggunakan dua lutut dan hujung kaki sahaja.
v) Pemain perlu bergilir untuk membuat hantaran bola pertama (servis).
vi) Servis dibuat di atas garisan belakang.
vii) Kedudukan untuk membuat hantaran bola pertama ialah di garisan belakang
gelanggang.
viii) Bola dihantar ke kawasan lawan dengan menggunakan tangan sahaja.
ix) Bola hanya boleh melantun ke lantai sekali sahaja, setiap pasukan
dibenarkan melakukan 3 kali pukulan dan setiap pemain tidak boleh memukul
bola 2 kali berturut-turut.
x) Jika bola tersebut tidak berjaya dikembalikan ke kawasan lawan, lantun lebih
daripada sekali atau terkeluar dari gelanggang, maka pihak lawan akan
memperoleh satu mata.
xi) Pasukan yang berjaya mendapat 11 mata dahulu dikira pemenang.
xii) Pemenang akan memulakan pusingan seterusnya.
6. Lakaran gambar rajah kawasan dan kedudukan / pergerakan permainan :

6m

Pemain

Bola

Jaring badminton
13m
Pemain
PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya, saya


dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Asas Olahraga dan Permainan II (PJM1054)
ini dengan jayanya. Segala urusan saya dalam menyiapkan tugasan ini
dipermudahkan oleh Nya.
Beribu penghargaan juga kepada pensyarah pembimbing saya Encik Yakcob
bin Mamat atas segala tunjuk ajar dalam kursus PJM1054 ini dan memberi tempoh
yang cukup untuk saya menyiapkan tugasan ini. Banyak pengalaman yang saya
peroleh daripada beliau. Beliau jualah panduan utama saya dalam memastikan
tugasan ini dapat diselesaikan. Selain itu, beliau juga tidak putus-putus memberi
sokongan yang jitu kepada saya semasa menuntut ilmu.
Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih
yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang jauh dimata kerana sentiasa
memberi sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang pengajian saya di institut
pendidikan guru ini. Ibu bapa saya merupakan inspirasi yang membakar semangat
saya dan membentuk saya menjadi seorang yang bakal mendidik dan memimpin anak
bangsa pada masa hadapan. Mereka tidak pernah berputus asa untuk memberi
semangat dan sokongan kepada saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan sekelas saya yang mahu membantu
saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Seterusnya terima kasih kepada insan-
insan lain yang telah membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya amat
menghargai pertolongan mereka. Dengan adanya bantuan-bantuan mereka dari segi
ilmu pengetahuan, tenaga kerja dan sokongan moral, saya berjaya melaksanakan
tugasan ini.
Akhir sekali, sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya memperoleh pelbagai
pengetahuan dan kemahiran. Pengetahuan dan kemahiran ini akan saya aplikasikan
dalam kehidupan seharian demi mendidik diri menjadi seorang insan cemerlang yang
dapat berbakti kepada keluarga, guru-guru, bangsa, agama dan Negara.
Sekian, terima kasih.
HALAMAN JUDUL

ASAS OLAHRAGA DAN PERMAINAN II (PJM1054)

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI


UNIT PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN MIZAN

Anda mungkin juga menyukai