Anda di halaman 1dari 3

AV 1

Bagi pendapat saya, model guli telah membantu bagi perkembangan otak saya supaya lebih
memahami. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling mudah bagi menerangkan sesuatu.
AV 2
Model tersebut membantu saya menyelesaikan soalan dengan mudah. Model itu membuatkan saya
lebih memahami akan sesuatu atom itu kerana saya boleh melihat dengan lebih jelas. Pengalaman
membina atau membuat model guli ini sangat menarik dan mampu diingati. Oleh itu, senang untuk
saya ingat dan mudah untuk saya menjawab soalan.
AV 3
This program was so interesting. Now, i know the way to solve the calculating problem. Full of
knowledge and humour that avoid the students from being bored. I give 4 star out of 4. Hope you
will come at other future time and teach me more bout chemistry. I just start to love chemistry now.
AV 4
Assalamualaikum.
Terima kasih sebab sudi datang ke SMK Bukit Saujana. Terima kasih juga kerana member tunjuk ajar.
Model guli, okay. Menarik. Best. Lain dari yang lain. Dan itu yang membuatkan pembelajaran itu
lebih menarik. Komen untuk abang dan kakak ialah tolong peka bila saya panggil. Untuk cikgu pula,
best. Thanks. Harap cikgu akan datang lagi pada masa akan datang. Doakan kejayaan kami di sini.

AV 5
Pada pendapat saya, penggunaan model guli boleh menerangkan dengan lebih jelas tentang
masalah Avogadro. Ia juga sangat menarik da tidak membosankan. Selain itu, cara
pembentangannya bagus dan mudah difahami. Saya beri 4 bintang daripada 5 bintang.

AV 6
Membantu saya menjadi kreatif dan inovatif. Dengan membuat dan membentuk guli-guli ini, kami
dapat lebih memahami konsep. Harap maaf, sejujurnya aktiviti ini menceriakan kami dengan hadiah-
hadiah yang menjolok mata tetapi kami tidak diterangkan cara menjawab soalan secara terperinci.
Saya suka puan gelak dan pembantu dan anak puan yang membantu kami dengan ikhlas, tetapi kami
tidak dapat hadiah, tidak adil. Anak puan dikacau oleh salah seorang kawan saya punya pakwe dan
telah mengeratkan hubungan mereka sekaligus.
Puan, jujur kami enjoy.
AV 7
Bagaimana penggunaan model guli membantu anda menyelesaikan masalah Avogadro?
-nampak lebih real daripada imaginasi
-struktur atom lebih jelas
-pengiraan lebih mudah dengan adanya model

AV 8
Penggunaan model guli dapat membantu dari segi menyelesaikan masalah Avogadro dengan lebih
efektif. Walaupun tajuk Avogadro ini tidak memerlukan kaedah amali, tetapi dengan menggunakan
penggunaan guli se[ert amali dapat diingati.

AV 9
Assalamualaikum, kami 5 orang iaitu Alia, Umairah, Adawiah, Syazuwani, Syahiza menerima
seadanyacikgu. Alhamdulliah, kami memahaminya tetapi kami tidak dapat menangkap cara untuk
membuat pengiraan. Tetapi kami ingin mengaku juga yang kami amat susah juga untuk
memahaminya. Sekian, terima kasih daun keladi kerana mengajar kami dan menahan karenah kami
hari ini.

AV 10
Saya dapat memahami tentang Avogadro dengan lebih mendalam dan dapat melakukan pengiraan
dengan lebih tepat. Penggunaan model guli amat berkesan. Terima kasih.

AV 11
Terima kasih di atas segala pengajaran. Sila datang lagi. Semua pelajaran yang diberikan
memuaskan. Cara masalah Avogadro menggunakan guli juga membantu. Ia merupakan kaedah yang
berkesan. Terima kasih.

AV 12
Penggunaan model guli membantu saya mengingati jumlah molekul, ions dan atom-atom yang
didapati. Dengan ini, saya dapat membuat pengiraan dengan baik.

AV 13
Komen saya :
- Aktiviti yang menyeronokkan
- Dapat memahami tajuk yang diajar
- Dapat hadiah

AV 14
Dapat memhamai tajuk Avogadro Constant dengan lebih efisien. Terima kasih.

AV 15
Komen saya :
- Aktiviti yang menyeronokkan
- Dapat pelbagai pengetahuan
- Sempurnaa
- Dapat menambahkan lagi pengetahuan
- Dapat hadiah




AV 16
Saya dapat pengalaman yang menyeronokkan. Tenaga pengajar juga sangat hebat dan berkaliber.
Pengalaman yang membuat aktiviti molekul dengan menggunakan guli juga member saya sesuatu
pembelajaran yang menyeronokkan.

AV 17
Sangat menarik dengan pelbagai aktiviti. Saya semakin faham tentang bab ini. Terima kasih.

AV 18
Komen saya :
- Aktiviti yang menyeronokkan
- Isi kandungan yang terperinci
- Para peolong yang tolong mengajar saya
- Dapat hadiah yang menarik
Kalau boleh datang lagi, ajar kami mengenai tajuk yang kami tak kuasi.

AV 19
- Aktiviti yang dijalankan sangat menarik
- Isi kandungan penceramah yang padat
Kalau boleh datang lagi, dan adakan aktiviti yang menarik dan terangkan lagi bab-bab yang lain.
Cikgu the best.!!

AV 20
Pada p-endapat saya, penggunaan model guli ini kurang membantu saya menyelesaikan masalah
Avogadro. Bagi saya cara menerangkan akan lebih membantu jika boleh kurang masa bermain
dengan model ataupun sambil bermain dengan model guli. Berikan penerangan dan formula untuk
mencari isipadu dan jisim. Tetapi tidak boleh dinafikan bahawa model guli ini menarik dan tidak
membosankan.

AV 21
Dapat mencari bilangan mol, bilangan partikel dan lain-lain dengan mudah. Serta menyelesaikan
masalah pengiraan dengan cepat. Saya juga dapat memahami dengan mudah. Dan dapat melihat
molekul yang dibina melalui plastisin.

AV 22
Ianya dapat membantu saya untuk lebih memahami dan lebih faham. Hal ini kerana, saya dapat
membina sendiri bagaimana struktur atom dengan melekatkannya denga tanah liat. Saya juga dapat
menyenaraikan tentang berapa nombor atom, nombor mol serta isipadu sesebuah molekul serta
jisimnya.
Saya juga lebih memahaminya kerana dapat dibayangkan serta lebih menyeronokkan serta dapat
membina sendiri.

Anda mungkin juga menyukai