Anda di halaman 1dari 1

Artikel-artikel

Buangkan Iklan

Buangkan Iklan

ἒ Artikel-artikel …
Pembelajaran bagaimana bermain catur akan benar-benar mudah dengan panduan langkah demi
langkah kami. Untuk Pemula
Strategi
Bagaimana Bermain Catur - Taktik-Taktik
Peraturan + 7 Langkah Pertama Akademik
Teori Pembukaan
CHESScom
Pertengahan Permainan
Dikemas kini: 6 Mac 2019, 4:13 PG | c 333 | M
Bahasa
<
Untuk Pemula Melayu Pengakhiran permainan
Permainan-Permainan Yang
Ἵ Ia sentiasa tidak terlambat untuk belajar bagaimana bermain catur -
Mengagumkan

– Pemain-Pemain Catur
permainan yang paling popular di dunia! Belajar undang-undang catur adalah
Keseronokan & Lain-Lain
( mudah: Lain-lain
Bantuan Chess.com
Bagaimana untuk Menyediakan Papan Catur
Bagaimana Kepingan Catur Bergerak
Penulis-Penulis
Temuilah Peraturan-peraturan Istimewa Catur
Ketahui Siapakah yang Melakukan Pergerakan Pertama dalam Catur
Semak Semula Peraturan-peraturan Bagaimana Memenangi satu Cari –
Permainan Catur
Belajar Strategi-strategi Catur yang Asas
Berlatih dengan Bermain Banyak Permainan

Langkah 1. Bagaimana untuk Menyediakan Papan Catur

Pada permulaan permainan, papan catur dibentangkan supaya setiap pemain


mempunyai petak putih (atau warna muda) di sebelah kanan bawah pemain
tersebut.

Kepingan-kepingan catur kemudiannya disusun dengan cara yang sama pada


setiap kali. Barisan kedua (atau deretan) papan diisi dengan bidak-bidak.
Rook diletakkan di sudut, dengan kuda di sebelahnya, dan diikuti dengan
biskop, dan akhir sekali ratu diletakkan di petak yang sama warna dengan
warna ratu tersebut (ratu putih di petak putih, ratu hitam di petak hitam), dan
raja diletakkan di petak terakhir.

Penyediaan kepingan-kepingan pada permulaan permainan akan benar-benar


mudah.

Alat yang Disyorkan -> Latihkan penglihatan papan anda

Langkah 2. Bagaimana Kepingan Catur Bergerak

Setiap daripada 6 kepingan catur memiliki pergerakan yang berbeza.


Kepingan tidak boleh bergerak menembusi kepingan lain (akan tetapi kuda
boleh melompat di atas kepingan lain), dan tidak boleh bergerak ke petak
yang diduduki oleh kepingan sendiri. Walau bagaimanapun, kepingan boleh
digerakkan untuk mengambil alih petak yang diduduki kepingan pihak lawan,
dan seterusnya menangkap kepingan tersebut. Kepingan secara amnya
digerakkan ke posisi di mana ia boleh menangkap kepingan lawan (dengan
mengambil alih petak dan menggantikan kepingan tersebut),
mempertahankan kepingan sendiri jika ia boleh ditangkap, atau untuk
mengawal petak-petak penting permainan.

Bagaimana Menggerakkan Raja dalam Catur

Raja merupakan kepingan yang terpenting, tetapi di antara yang paling lemah.
Raja hanya boleh bergerak satu petak dalam apa jua arah - ke atas, ke bawah,
ke tepi, dan secara pepenjuru. Raja tidak boleh bergerak dirinya ke dalam
check (di mana dia boleh ditangkap). Apabila raja diserang oleh kepingan
yang lain, ini dipanggil "check".

Bagaimana Menggerakkan Ratu dalam Catur

Ratu ialah kepingan yang paling kuat. Dia dapat bergerak dalam setiap arah
lurus - ke depan, ke belakang, ke tepi, atau secara pepenjuru - sejauh mana
yang boleh selagi dia tidak bergerak menerusi mana-mana kepingannya. Dan,
macam semua kepingan, jika ratu menangkap suatu kepingan lawannya maka
pergerakannya berakhir. Perhatikan bagaimana ratu putih menangkap ratu
hitam dan kemudiannya raja hitam dipaksa untuk bergerak.

Bagaimana Menggerakkan Rook dalam Catur

Rook boleh bergerak sejauh mana ia mahu, tetapi hanya ke depan, ke


belakang, dan ke tepi. Rook-rook adalah kepingan yang kuat apabila mereka
melindungi dan berkerjasama sesama sendiri!

Bagaimana Menggerakkan Biskop dalam Catur

Biskop boleh bergerak sejauh mana yang ia mahu, tetapi hanya secara
pepenjuru. Setiap biskop bermula pada satu warna (cerah atau gelap) dan
mesti kekal pada warna itu. Biskop-biskop bekerjasama dengan baik sesama
sendiri kerana mereka menutup kelemahan antara satu sama lain.

Bagaimana Menggerakkan Kuda dalam Catur

Kuda bergerak dengan cara yang sangat berlainan berbanding dengan buah
yang lain - bergerak dua petak dalam satu arah, dan kemudiannya satu
pergerakan lagi dengan sudut 90 darjah, sama seperti bentuk huruf "L". Kuda
juga adalah satu-satunya buah yang boleh bergerak melepasi buah yang lain.

Bagaimana Menggerakkan Bidak dalam Catur

Bidak adalah luar biasa kerana mereka bergerak dan menangkap dengan cara
yang berbeza: mereka bergerak ke hadapan, tetapi menangkap dengan
menyerong. Bidak hanya boleh bergerak ke hadapan dengan satu petak
setiap masa, kecuali pada langkah pertama mereka di mana mereka boleh
melangkah dua petak ke depan. Bidak boleh menangkap dengan menyerong
satu petak di hadapannya. Mereka tidak boleh bergerak atau menangkap ke
belakang. Jika ada buah lain yang berada betul-betul di hadapan bidak, ia
tidak boleh bergerak melangkah atau menangkap buah tersebut.

Alat yang Disyorkan -> Catur Solitaire (tangkap semua kepingan anda)

Langkah 3. Temuilah Peraturan-peraturan Istimewa Catur

Terdapat beberapa peraturan istimewa dalam catur yang seakan-akan tidak


logik pada mulanya. Mereka telah diwujudkan untuk menjadikan permainan ini
lebih seronok dan menarik.

Bagaimana Menaikkan/Promosi Bidak dalam Catur

Bidak mempunyai satu lagi kebolehan khas iaitu jika bidak sampai ke hujung
papan bertentangan, ia boleh bertukar menjadi buah yang lain (dipanggil
promosi).

Bidak boleh dinaikkan pangkat menjadi apa jua buah. Ramai yang salah
tanggapan bahawa bidak hanya boleh ditukarkan dengan buah yang telah
ditangkap. Ia TIDAK benar. Bidak kebiasaannya dinaikkan pangkat menjadi
ratu. Hanya bidak sahaja yang boleh dinaikkan pangkat.

Bagaimana untuk melakukan "en passant" dalam Catur

Peraturan terakhir untuk bidak dipanggil "en passant", iaitu perkataan


Peranchis yang bermaksud "in passing" atau "berlalu secara kebetulan". Jika
suatu bidak bergerak dua petak ke depan untuk pergerakan pertamanya, dan
secara demikian berhenti di sebelah bidak lawan (iaitu melompat dan
melewati keupayaan bidak lawan untuk menangkapnya), bidak lawan itu
mempunyai pilihan untuk menangkap bidak pertama yang sedang bergerak
melepasinya.

Langkah istimewa ini mestilah dilakukan sebaik selepas pergerakan bidak


pertama berlalu melepasinya, jika tidak, pilihan untuk menangkapnya akan
tiada lagi. Klik melalui contoh di bawah untuk lebih memahami peraturan ini
yang ganjil tetapi penting.

Bagaimana untuk Castle di dalam Catur

Salah satu peraturan khas catur dipanggil sebagai castling. Pergerakan ini
membolehkan anda melakukan dua tindakan dalam satu pergerakan:
menggerakkan raja anda ke tempat yang selamat (mudah-mudahan), dan
memindahkan rook anda dari penjuru papan ke dalam permainan. Pada giliran
seseorang pemain, dia boleh menggerakkan rajanya sejauh dua petak dalam
satu arah dan kemudiannya menggerakkan rook dari penjuru berkenaan ke
petak bersebelahan raja di arah bertentangan. (Sila lihat contoh di bawah.)
Tetapi, untuk melakukan castling, syarat-syarat berikut hendaklah dipenuhi:

ia mesti menjadi langkah pertama raja itu


ia mesti menjadi langkah pertama rook itu
tidak boleh ada sebarang kepingan di antara raja dan rook untuk bergerak
raja tidak boleh berada dalam check atau melalui check

Perhatikan apabila anda melakukan castling ke satu arah, raja berada lebih
dekat dengan tepi papan. Ia dipanggil castling "sebelah raja". Tetapi castling
ke arah yang lain, melalui kedudukan ratu, dipanggil castling "sebelah ratu".
Tidak kisah di arah mana, raja sentiasa bergerak hanya dua petak apabila
castling dilakukan.

Langkah 4. Ketahui Siapakah yang Melakukan Pergerakan


Pertama dalam Catur

Pemain dengan kepingan putih selalunya bergerak terlebih dahulu. Oleh yang
demikian, pemain-pemain biasanya membuat keputusan siapakah mendapat
putih dengan kebarangkalian atau nasib seperti membalikkan duit syiling atau
mengerahkan seseorang pemain meneka warna sebiji bidak yang
disembunyikan dalam tangan pemain yang lain. Seterusnya putih akan
melakukan pergerakan, diikuti hitam, kemudian putih lagi, kemudian hitam
dan seterusnya sehingga tamat permainan. Kebolehan bergerak terlebih
dahulu adalah kelebihan kecil yang memberikan pemain putih peluang untuk
menyerang dengan segera.

Langkah 5. Semak Semula Peraturan-peraturan Bagaimana


Memenangi satu Permainan Catur

Terdapat beberapa cara untuk menamatkan suatu permainan catur: menerusi


checkmate, melalui seri, dengan menyerah kalah, dengan kekalahan akibat
masa...

Bagaimana untuk Checkmate di dalam Catur

Tujuan permainan ialah untuk checkmate raja pihak lawan. Ini berlaku apabila
raja diletak dalam check dan tidak mampu keluar daripada check. Terdapat
hanya tiga cara suatu raja dapat keluarkan diri daripada check:

bergerak keluar daripada check (walaupun dia tidak dapat castle!),


menghalang check dengan kepingan lain
atau tangkap kepingan yang sedang mengancam raja.

Jika raja tidak dapat melarikan diri daripada checkmate maka permainan
tersebut berakhir. Biasanya raja tidak ditangkap atau dikeluarkan daripada
papan, hanya permainan itu diisytiharkan tamat.

Contoh "Fool's Mate".

Bagaimana untuk Seri di Permainan Catur

Kadangkala, permainan catur tidak berakhir dengan seorang pemenang,


tetapi dengan seri. Terdapat 5 sebab kenapa sesuatu permainan catur boleh
berakhir dengan keputusan seri:

Posisi ini mencapai stalemate di mana ianya giliran salah seorang pemain
untuk bergerak, namun rajanya TIDAK dalam check tetapi dia masih tidak
mempunyai pergerakan lagi yang sah.

Dengan pergerakan Qc7, hitam tidak diancam dan tidak mampu bergerak.
Permainan ini diisytiharkan sebagai seri melalui stalemate.

Pemain-pemain mungkin boleh sahaja bersetuju untuk seri dan berhenti


bermain
Tiada cukup kepingan di atas papan untuk memaksa checkmate
(contohnya: satu raja dan satu biskop lwn. satu raja)
Seorang pemain mengisytiharkan seri jika posisi yang betul-betul sama
diulang sebanyak tiga kali (walaupun tidak semestinya tiga kali secara
berturut-turut)
Lima puluh pergerakan berturut-turut telah dimainkan di mana kedua-dua
pemain tidak menggerakkan bidak atau menangkap buah

Langkah 6. Belajar Strategi-strategi Catur yang Asas

Terdapat empat perkara mudah yang setiap pemain catur perlu tahu:

Lindungi Raja anda

Letakkan raja anda di penjuru papan di mana ia biasanya selamat. Jangan


lengahkan castling. Anda seharusnya melakukan castling seawal yang
mungkin. Ingat, tidak kira betapa dekatnya anda untuk checkmate pihak
lawan jika raja anda mengalami checkmate terlebih dahulu!

Jangan Memberi Buah Catur Begitu Sahaja

Jangan kehilangan buah anda dengan cuai! Setiap buah adalah bernilai dan
anda tidak akan menang jika tiada buah untuk melakukan checkmate.
Terdapat sistem mudah yang digunakan oleh kebanyakan pemain untuk
menjejak nilai perbandingan bagi setiap buah catur. Berapakah nilai buah-
buah catur?

Satu bidak bernilai 1


Kuda adalah bernilai 3
Biskop adalah bernilai 3
Satu rook adalah bernilai 5
Ratu adalah bernilai 9
Raja adalah tak terhingga nilainya

Pada akhir permainan, kiraan mata ini tidak membawa sebarang makna –
ianya hanyalah satu sistem di mana anda boleh menggunakannya untuk
membuat keputusan ketika bermain, yakni membantu anda dalam
menentukan bila anda patut menangkap, menukar buah, ataupun membuat
pergerakan lain.

Kawal Petak-Petak Tengah Papan Catur

Anda perlu cuba untuk mengawal pertengahan papan dengan buah dan bidak
anda. Jika anda mengawal pusat, anda akan ada lebih banyak ruang untuk
menggerakkan kepingan-kepingan anda dan akan menjadikannya lebih susah
untuk lawan anda mencari petak-petak yang baik untuk kepingannya. Dalam
contoh di atas putih membuat pergerakan-pergerakan yang baik untuk
mengawal pusat papan sementara hitam bermain pergerakan-pergerakan
yang buruk.

Gunakan Semua Kepingan Catur anda

Berdasarkan contoh di atas, putih mengerahkan semua buahnya ke dalam


serangan! Buah-buah anda tidak berfungsi apabila mereka berada di barisan
pertama. Cuba membangunkan semua buah anda supaya anda boleh
memanfaatkan lebih banyak kuasa apabila menyerang raja. Menggunakan
satu atau dua buah untuk menyerang tidak akan berhasil jika menentang
pemain bertahap baik.

Langkah 7. Berlatih dengan Bermain Banyak Permainan

Perkara terpenting yang anda boleh lakukan untuk menjadi lebih baik dalam
catur ialah untuk bermain catur dengan banyak! Ia tidak penting jika anda
bermain di rumah dengan kawan-kawan atau ahli keluarga, ataupun bermain
online, anda perlu bermain permainan ini dengan banyak untuk bertambah
baik. Hari ini ia adalah mudah untuk memperoleh suatu permainan catur
online!

Chess.com: Play, Learn, And Share


Watch later Share

Watch on

Bagaimana Bermain Varian-varian Catur

Walaupun kebanyakan orang bermain mengikut peraturan-peraturan piawai


catur, ada sesetengah orang yang suka bermain catur dengan
pengubahsuaian terhadap peraturan-peraturan tersebut. Ini dipanggil "varian
catur". Setiap varian mempunyai peraturan-peraturannya sendiri.

Catur960: Dalam Catur960 (Fischer Random), posisi awal kepingan-


kepingan ditetapkan secara rawak. Bidak mengekalkan posisi awal
mereka tetapi kepingan-kepingan yang selebihnya disusun secara rawak.
King Of The Hill: Dalam format ini, matlamatnya adalah untuk
memindahkan raja anda ke pertengahan papan atau "top of the hill."
Bughouse: Format ini dimainkan secara berpasangan. Apabila seseorang
pemain menangkap suatu kepingan daripada pihak lawan, kepingan ini
akan menjadi tersedia bagi kegunaan rakan sepasukan permain tersebut.
Sebagai contoh: Jika saya bermain sebagai Putih dan rakan pasukan saya
yang bermain Hitam, menangkap sebiji kuda daripada lawannya, saya
akan memperoleh kuda yang bolehlah saya letakkan pada mana-mana
petak kosong di papan semasa giliran saya. Saya boleh berbuat demikian
dalam mana-mana giliran saya di masa hadapan.
Crazyhouse: Ini adalah format yang sangat menarik, kerana ia
membolehkan anda menggunakan kepingan-kepingan yang anda
mengambil daripada pihak lawan anda. Maksudnya, jika saya bermain
sebagai Putih dan saya mengambil sebiji bidak hitam daripada pihak
lawan saya, bidak tersebut akan bertukar menjadi bidak putih yang boleh
Sedia sayaBermain Catur?
letakkan pada papan sebagai sebahagian daripada angkatan tentera B
saya. Saya boleh berbuat demikian dalam mana-mana giliran saya di
G Main Dalam G lwn Komputer
masaTalian
hadapan. Main Sekarang
G Main dengan G Kejohanan-
3-Check: Dalam format ini, pemain pertama yang check raja lawan
Rakan Kejohanan
sebanyak tiga kali, akan menang.

Anda mungkin juga menyukai