Anda di halaman 1dari 8

HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI: SOSIAL

1.0 PENGENALAN

Pendedahan kepada pelbagai tamadun penting untuk mewujudkan dan


memperkukuhkan interaksi antara masyarakat yang berlatarbelakangkan pelbagai tamadun.
Pada abad ke-21, wujud dominasi pelbagai bidang oleh peneraju utama iaitu negara-negara
maju khususnya Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah untuk memanipulasi dunia
dengan menyebarkan agenda-agenda mereka yang tersendiri. Fenomena yang sedang
berlaku disebut sebagai hegemoni Barat dan globalisasi. Kuasa terbesar daripada negara-
negara maju ini telah menguasai lima aspek utama iaitu media, ekonomi, politik, sosial dan
hak asasi manusia.

Menurut Ahmad Zaki, Azam dan Azhar (2009), hegemoni membawa maksud
penguasaan sesebuah negara ke atas negara lain. Hegemoni juga boleh dikatakan sebagai
dominasi sesuatu kelompok terhadap kelompok yang lain dengan atau tanpa ancaman
kekerasan sehingga idea-idea yang dikemukakan oleh kelompok dominan diterima oleh
kelompok didominan sebagai sesuatu yang wajar. Hegemoni Barat amat berkait rapat
dengan globalisasi yang merupakan alat kuasa Barat untuk menguasai sesuatu bidang
tanpa disedari oleh pihak lain. Globalisasi merupakan suatu himpunan proses global
berbagai-bagai jenis objek melibatkan bidang aktiviti manusia (Ros Aiza, Abd Hakim, Dg
Hafizah dan Siti Halimah, 2011). Hakikatnya, globalisasi ialah penularan meluas dan tanpa
sekatan pengaruh serta penguasaan Barat ke serata pelosok dunia (Ahmad Zaki etl, 2009).

Berdasarkan soalan, saya menfokuskan kepada hegemoni Barat dan globalisasi


terhadap aspek sosial. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), sosial ialah segala
yang berkaitan dengan masyarakat atau perihal masyarakat. Manusia perlu bersosial untuk
berinteraksi dengan alam sekeliling. Kesan daripada aspek sosial mampu dilihat
berdasarkan perlakuan manusia itu sendiri sama ada sosial mendatangkan kebaikan atau
keburukan.

2.0 PRO DAN KONTRA SOSIAL

Aspek sosial yang wujud dalam sesebuah budaya dan negara boleh mendatangkan
kebaikan yang menjadi manfaat kepada diri serta masyarakat. Sosial yang bermanfaat ini
menjurus kepada interaksi positif yang menyokong aspek-aspek perkembangan individu dan
masyarakat lain seperti sahsiah dan pencapaian diri. Perkembangan budaya Barat yang
pesat pada masa kini di seluruh dunia telah menyebabkan impak yang besar terhadap
sesebuah negara dan Malaysia merupakan salah satu negara yang turut terpengaruh

1
dengan budaya ini. Pengaruh Barat membawa pelbagai kebaikan dan keburukan yang jelas
dapat dilihat dalam kalangan masyarakat.

Pengeksportan budaya yang berlaku menjadikan masyarakat kini terutamanya


remaja mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan arus globalisasi tanpa batasan telah
membantu penyebaran budaya tersebut dengan lebih pantas. Dengan pemikiran yang
terbuka, masyarakat lebih mementingkan kejelasan dan ketepatan sesuatu maklumat yang
diperoleh. Segala maklumat yang disampaikan akan diteliti dan dipertimbangkan semula
kesahihannya sehingga mereka berpuas hati. Individu yang mempunyai fikiran terbuka juga
akan menganalisis hujah-hujah yang diterima dengan menggunakan fakta-fakta yang sahih
untuk membetulkan pernyataan yang keluar misalnya daripada akhbar tanpa terus
menolaknya sebelum berfikir terlebih dahulu. Hal ini menunjukkan kematangan pemikiran
seseorang individu itu dan sekali gus menjadikan mereka seorang individu yang berfikiran
kreatif, kritis dan inovatif.

Jika aspek sosial ini dikuasai, ia mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang
individu. Hal ini dibuktikan dalam suatu artikel yang menyatakan bahawa kemahiran
bersosial perlu dikuasai kerana ia mampu menghasilkan perhubungan yang harmonis dan
positif untuk mengekalkan perhubungan sesama manusia (Khairul Azhar, 2015). Dengan
wujudnya perhubungan yang sedemikian maka ia akan meningkatkan keupayaan seseorang
untuk menempuhi kehidupan bersosial dalam masyarakat. Keyakinan terhadap diri yang
tinggi menjadikan seseorang lebih berani untuk menyatakan pendapat, menerima pendapat
individu, menghormati pandangan orang lain, mengiktiraf kelebihan dan menerima
kelemahan orang lain. Perkara ini akan membina interaksi antara individu dengan lebih
berkesan seperti hubungan yang wujud dalam kalangan pelbagai kaum Malaysia.

Namun, di sebalik kebaikan dan manfaat yang wujud dalam pengaruh Barat terhadap
aspek sosial, wujud juga impak yang negatif terhadap masyarakat dan penghasilan modal
insan negara. Masalah ini timbul akibat arus globalisasi yang begitu cepat meresap masuk
dalam diri masyarakat. Pengaruh ini amat jelas dilihat dalam diri anak muda sehingga
keperibadian mereka hilang sebagai bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Apa yang lebih
parah adalah apabila golongan ini menjadikan budaya Barat sebagai gaya hidup mereka
yang terlalu taksub mengejar kesenangan dunia dan membelakangkan agama dalam segala
tindakan. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini
secara umumnya sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya
hidup Barat.

Oleh sebab Barat sentiasa dianggap mempunyai nilai-nilai sosial yang tinggi, iaitu
dianggap moden dan maju maka budaya Barat yang diterima dalam kalangan masyarakat

2
yang meliputi lima aspek budaya iaitu budaya hiburan dan muzik, budaya makan, budaya
fesyen dan budaya hidup. Berdasarkan kajian daripada Zainudin Sharif dan Norazmah
Mohamad Roslan (2011), remaja mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencuba sesuatu
yang baru yang tidak pernah mereka lakukan. Mereka juga sentiasa menginginkan
kebebasan dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Tambahan pula, budaya daripada
Barat amat mementingkan kebebasan setiap individu.

Dari aspek hiburan, golongan muda lebih tertumpu kepada keseronokan dan kepuasan
individu semata-mata. Mereka terdedah dengan pelbagai hiburan dan budaya muzik yang
tidak selari dengan nilai-nilai dalam Islam. Contohnya, pusat hiburan yang terkenal seperti
pub dan disco serta muzik-muzik yang melalaikan seperti jazz dan rock. Ada yang
menjadikan pemain muzik, penyanyi atau pelakon sebagai idola mereka hingga meniru
fesyen rambut dan gaya berpakaian yang menjolok mata malah mereka terlalu menyanjungi
mereka lebih daripada Pencipta mereka sendiri (Aminuddin Mansor, 2008). Perkara ini
mampu menggoyahkan pegangan agama mereka dan mampu menjejaskan akidah mereka.

Budaya makan masyarakat sekarang juga telah berbeza yang mana mereka lebih
gemar makan makanan yang dimakan oleh orang Barat seperti spagetti, pasta dan minuman
bergas misalnya Coca-cola dan Pepsi yang bukan sahaja terdapat di negara-negara barat
namun di seluruh negara. Makanan Barat menyebabkan masyarakat kini mudah terdedah
dengan pelbagai jenis penyakit kerana makanan tersebut tidak mengandungi nutrien yang
diperlukan oleh badan. Ada juga sesetengah masyarakat Malaysia yang cuba mengamalkan
diet dari Barat untuk mengurangkan berat badan. Menurut Joy Kalonos (2010) diet dari Barat
mendatangkan penyeksaan dan kurang bersesuaian dengan budaya kita. Kajian daripada
Joy Kolonos (2010) membuktikan lagi bahawa corak pemakanan di negara Asia dengan
negara barat adalah berbeza, di Asia sumber makanan utama kita ialah karborhidrat
manakala di Barat makanan utama mereka adalah berasaskan sumber protein seperti ayam,
daging, dan makanan-makanan laut. Namun begitu, orang Barat sendiri sebenarnya kagum
dengan diet orang Asia, terutamanya Asia Timur yang terbukti berkhasiat dan menyihatkan.

Remaja turut terpengaruh dengan budaya fesyen Barat yang melanda dunia kini.
Sesuatu fesyen pakaian dikatakan berperanan mencipta imej dan identiti diri seseorang,
maka pakaian yang diperagakan oleh seseorang remaja boleh melambangkan identiti
mereka yang tertentu sama ada dalam masyarakat umum ataupun di kalangan rakan sebaya
yang tertentu (Rokiah Ismail, 2003). Berdasarkan laman web rasmi Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), bilangan remaja yang berani berpakaian menjolok mata hingga
mendedahkan aurat semakin meningkat (Aminuddin Mansor, 2008). Kewujudan pusat
membeli-belah dan gedung-gedung pakaian yang menawarkan pelbagai jenis pakaian juga

3
telah mendorong remaja untuk mengubahsuai penampilan diri mereka dari semasa ke
semasa selari dengan perkembangan fesyen (Rokiah Ismail, 2003). Kajian daripada Rokiah
Ismail (2003) juga menyatakan bahawa kewujudan media massa seperti majalah-majalah
hiburan Lime, Smash Hits, Remaja, Max dan Eh!, dari televisyen dan internet
menyumbangkan kepada cara remaja berpakaian.

Cedokan budaya daripada Barat turut menyebabkan budaya hidup masyarakat


setempat telah berubah. Majlis-majlis sosial yang dijalankan telah diterapkan dengan acara-
acara Barat serta dunia lakonan dan pembikinan filem cara Barat. Jika dilihat kepada industri
hiburan Malaysia yang menganjurkan pelbagai majlis anugerah seperti Anugerah Skrin dan
Anugerah Berita Harian untuk menghargai artis-artis tanah air berlaku terlalu banyak
kepincangan. Cara artis-artis berfesyen untuk ke majlis tersebut tidak bersesuaian dengan
syariat Islam dan tidak sesuai untuk tontonan umum dan batas-batas antara bukan mahram
tidak dijaga mengundang impak yang negatif kepada masyarakat. Selain itu, majlis
perkahwinan juga mengandungi unsur-unsur Barat. Sebagai contoh, terdapat majlis resepsi
yang jelas-jelas diambil daripada budaya Barat, upacara memotong kek, membaling bunga
serta pemakaian tuksedo dan gaun bagi pengantin. Sekiranya dibiarkan adat resam Melayu
akan lenyap.

Akhir sekali, pengaruh daripada Barat menyebabkan masyarakat terdedah kepada


dosa dan maksiat. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menjadi punca sebenar
kepada kemusnahan dan keruntuhan nilai akhlak remaja yang akan melemahkan lagi setiap
sendi sesebuah negara. Statistik pergaulan bebas dalam kalangan remaja boleh dibuktikan
dengan statistik kelahiran bayi luar nikah. Bilangan anak luar nikah atau anak tidak sah taraf
bagi tahun 2008 sehingga 2010 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
ialah seramai 152,182 orang.(Utusan Online, 2011). Daripada Abdullah bin Abbas ra, Nabi
SAW pernah bersabda “Sesungguhya Allah telah menetapkan zina yang tidak mustahil
dialami oleh manusia. Zina mata adalah melihat, zina lisan adalah berbicara, zina hati
adalah berangan-angan dan berkeinginanan, kemudian kemaluan yang akan
membenarkannya atau menolaknya” (Hadis riwayat Al-Bukhari ra). Berdasarkan hadis ini
dapat disimpulkan bahawa, penjagaan hati, pandangan dan kata-kata yang amat penting
untuk menggelak daripada terjerumus ke lembah zina. Jika ketiga-tiga aspek ini dijaga, maka
masalah pergaulan bebas tidak akan berlaku.

3.0 CABARAN SOSIAL TERHADAP MASA DEPAN MASYARAKAT DAN NEGARA


MALAYSIA

Hegemoni Barat dan globalisasi dalam aspek sosial sememangnya memberikan


cabaran yang amat besar terhadap masa depan masyarakat dan negara Malaysia yang
4
sedang membangun. Pengaruh-pengaruh Barat ini bukan sahaja memberikan cabaran
kepada masyarakat dan negara tetapi juga kepada Tamadun Islam kini meskipun Barat telah
lama meninggalkan negara-negara Islam dan Asia. Namun begitu, Barat mempunyai
matlamat untuk terus menjajah dan menguasai pemikiran dan diri manusia bukan Barat tidak
pernah pudar (Ros Aiza, Abd Hakim, Dg Hafizah dan Siti Halimah, 2011). Sehingga kini kita
masih mampu melihat dengan jelas pengeksportan pelbagai budaya dari Barat yang banyak
memberi kesan kepada golongan remaja terutamanya.

Hegemoni Barat memberikan cabaran kepada Malaysia apabila mempunyai modal


insan yang mempunyai pemikiran yang terlalu terbuka. Hal ini kerana golongan belia
merupakan sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh Barat untuk menyebarkan
fahaman mereka. Apabila golongan muda mempunyai pemikiran yang sedemikian, tompok
kepimpinan negara akan hancur kerana terlalu mencedok idea-idea daripada Barat untuk
ditiru. Hal ini dapat dilihat daripada cara-cara golongan remaja mempertikaikan sesuatu
kenyataan yang dikeluarkan oleh media massa tanpa usul periksa dan menyalahkan pihak
yang tidak bersalah demi menegakkan pendapat mereka yang tidak berasas. Mereka turut
menerima semua maklumat, idea, fahaman, pemikiran, budaya tanpa memikirkan kesan
buruknya. Jika remaja berterusan mencedok idea-idea daripada luar, maka pelapis untuk
menjadi pemimpin akan berkurang kerana khuatir kepimpinan mereka dibayangi pengaruh-
pengaruh daripada Barat yang akan merosakkan identiti negara kelak.

Seterusnya, budaya dan adat resam Malaysia akan tenggelam. Malaysia kaya dengan
pelbagai adat daripada setiap negeri dan keunikannya yang tersendiri yang perlu
dipertahankan. Namun dengan kewujudan pelbagai pengaruh, adat resam dan budaya di
Malaysia akan terjejas. Hal ini berlaku kerana remaja masa kini terlalu menyanjung budaya
budaya Barat sehingga menjejaskan personaliti diri dan budaya ketimuran dalam personaliti
mereka. Budaya-budaya Barat disanjung bagai langit dan adat resam serta budaya sendiri
dipijak-pijak bagai tiada nilainya. Adat resam Melayu mampu dilihat dari sudut kesenian,
kemahiran seni halus seperti kraf tangan, seni busana dan pakaian seperti baju kurung dan
baju melayu, kemahiran seni lakon tradisional seperti Main Puteri dan Menora, permainan
tradisional seperti congkak dan galah panjang serta seni suara seperti marhaban dan
qasidah (A. Aziz Deraman, 2000).

“Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan, kebenaran,
keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup positif yang turut
diamalkan juga adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai yang
diamalkan ini merupakan panduan pembentukan imej masyarakat.”

(A. Aziz Deraman, 2000)

5
Berdasarkan pendapat A. Aziz Deraman (2000), jelaslah bahawa budaya dan adat
resam di negara kita amat bertetapan dengan syariat-syariat Islam yang harus diamalkan
dalam sesebuah masyarakat maka tiada sebab untuk kita mengagungkan budaya Barat
yang boleh merosakkan golongan belia.

Selain itu, media juga menjadi penyumbang yang besar kepada masalah sosial
golongan remaja. Hal ini memberikan cabaran kepada masa depan masyarakat dan juga
negara. Tambahan pula, sikap mereka yang mudah terpengaruh menjadikan cabaran ini
semakin sukar untuk ditangani. Mereka lebih terdedah dengan pelbagai anasir yang tidak
baik daripada media sosial seperti internet dan aplikasi-aplikasi telefon pintar seperti
Instagram, Whatsapp dan WeChat. Menurut Samsudin A Rahim (1997) dalam kajian beliau,
waktu lapang remaja lebih tertumpu kepada media. Apabila mereka bersendirian di rumah,
mereka akan menggunakan telefon pintar untuk melayari internet atau menonton televisyen.
Perkara ini telah mendedahkan remaja terutamanya kepada dunia tanpa sempadan.
Tambahan pula industri video kini telah berkembang dengan pesat dan industri ini
mendedahkan masyarakat Malaysia kepada program yang mungkin mengandungi unsur
ganas, tahyol dan seks tanpa penapisan yang akan mendorong kepada perbuatan maksiat.

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat serta negara amat sukar untuk
dibendung. Namun begitu, cabaran ini menjadikan kita semakin kuat untuk menghadapi
segala ancaman daripada luar dan menunjukkan semangat patriotisme yang kuat terhadap
negara dengan mempertahankan segala budaya dan adat resam yang dimiliki oleh negara
Malaysia.

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, hegemoni Barat dan globalisasi memberikan impak yang sangat besar
terhadap aspek sosial masyarakat dan negara Malaysia. Negara kita bukan dijajah dengan
secara fizikal tetapi secara mental yang menyebabkan pemikiran masyarakat berpaksikan
kepada negara Barat. Jika hal ini berterusan berlaku, identiti negara akan hilang dan
semakin terhakis. Walaupun pengaruh Barat juga memberikan kesan yang positif namun
kesan negatif lebih jelas kelihatan. Cabaran-cabaran yang wujud harus diitempis dengan
melakukan sesuatu agar tidak terus dipengaruhi oleh pemikiran barat yang saban hari
mengancam negara kita. Oleh itu, rakyat Malaysia seharusnya memperkasakan jati diri
dengan mengembangkan ilmu pengetahuan dan penguasaan dalam teknologi terkini serta
tercanggih untuk menggelakkan negara daripada ditindas tanpa kita sedar.

6
5.0 RUJUKAN

A. Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi Baharu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ahmad Zaki Abd Latiff, Azam Hamzah & Azhar Mad Ros. (2009). Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS). Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Aminuddin Mansor. (2008). Remaja Terikut Trend Barat. Dicapai pada 6 Februari 2016
daripada http://www.islam.gov.my/remaja-terikut-trend-barat-oleh-aminuddin-mansor-
majalah-cahaya-mac-april-2007

Joy Kalonas. (2010). Diet dari Barat bukan untuk Orang Malaysia. Dicapai pada 7 Februari
2016 daripada http://sususejat.com/diet-dari-barat-bukan-untuk-orang-malaysia/

Khairul Azhar Idris. (2015). Kemahiran Sosial Mampu Tingkat Keyakinan Diri. Dicapai pada 5
Februari 2016 daripada http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian

Noresah Baharom et al. (Ed.). (2007). Kamus Dewan. (edisi ke-4). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Rokiah Ismail. (2003). Fesyen Pakaian Remaja: Mengapa perlu "Ranggi"?. Pusat Pengajian
Sosial, Persekitaran & Pembangunan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (UKM). 3.

Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Dg Hafizah Ag Basir & Siti Halimah Putung.
(2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor Darul Ehsan: Penerbitan
Mutlimedia Sdn. Bhd.

Samsudin A. Rahim. (1997). Ketembusan Media Di Kalangan Remaja. Kajian Kes di Lembah
Kelang. International Center for Media.

Utusan Onlline. (2011). 152,182 Orang Anak Luar Nikah 2008-2010. Dicapai pada 11
Februari 2016 daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1116
&pub=utusan_malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_03.htm&arc=hive.

Zainudin Sharif & 2 Norazmah Mohamad Roslan. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka.
Universiti Teknologi Malaysia. 128.

7
8

Anda mungkin juga menyukai