Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan LINUS

LINUS NKRA ???


Apa itu Program LINUS?
LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy
and Numeracy Screening)
LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk
memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan
numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah
LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M
iaitu Membaca, Menulis dan Mengira

Objektif sub-NKRA Literasi dan Numerasi


NKRA Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan .
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan
numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada
akhir tahun 2012

*Kanak-kanak berkeperluan khas didefinisikan sebagai murid


bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah
pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai
pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum
khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak
berkeperluan khas

Siapakah Murid Linus?


Kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas/kurikulum/di
sekolah biasa, tidak dapat mencapai sesuatu objektif pengajaran yang mudah/
objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya pengamatan yang lemah atau
rendah.
Ciri-ciri murid Linus

pencapaian pelajaran/akademik berbeza

pendiam

tidak aktif

banyak cakap

sukar menerima arahan

tidak dapat berkomunikasi seperti murid biasa

menyebut huruf yang tidak tepat/bertukartukar

meninggalkan huruf/suku kata/perkataan semasa

membaca/menulis

tulisan terlalu buruk

kekerapan kesalahan dalam ejaan/tanda bacaan

huruf terbalik

Kajian menunjukkan murid pintar:

Kurang tidur semasa kecil

Lebih cepat bercakap

Pergerakan yang lebih cepat

Menangis dengan kuat semasa lahir

Mempunyai kepekaan yang luar biasa semasa bayi

Deria yang peka semasa kecil

PROGRAM LINUS

PENGENALAN Program LINUS ini adalah singkatan dari Literacy &


Numeracy Screening. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk
menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.
Definisi Literasi: Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami
perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam
pembelajaran dan komunikasi harian.
Kemahiran Asas Literasi: TAHUN 1 Boleh membaca, menulis dan
memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah. TAHUN 2
Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan
ayat mudah menggunakan kata sendi. TAHUN 3 Boleh membaca,
menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah
dengan kata sendi dalam satu perenggan.
12 Konstruk Yang Diukur Dalam Saringan Literasi: Konstruk 1 :
Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan. Konstruk 2 :
Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. Konstruk 3 :
Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka. Konstruk
4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup. Konstruk 5 :
Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
mengandungi suku kata tertutup ng. Konstruk 7 : Keupayaan membaca
dan menulis perkataan yang mengandungi diftong Konstruk 8 : Keupayaan
membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan
konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
berimbuhan awalan dan akhiran. Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan

menulis ayat mudah. Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan


menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
Definisi Numerasi: Keupayaan untuk melakukan operasi asas
matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan
harian.
Kemahiran Asas Numerasi:TAHUN 1 -Kemahiran membaca, menulis
dan mengira mengikut urutan nombor hingga 50. - Operasi asas : Faham
fakta asas tambah dan tolak - Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10,
memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2 - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan
nombor hingga 100 - Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak,
darab dan bahagi -Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami
waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek.
TAHUN 3 - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut
turutan nombor hingga 1000. - Operasi asas : Faham fakta asas tambah,
tolak, darab dan bahagi - Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100,
memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit
piawai.
12 Konstruk Yang Diukur Dalam Saringan Numerasi: Konstruk 1 :
Keupayaan pra nombor dan mengenal angka Konstruk 2 : Keupayaan
membilang Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor Konstruk 4 :
Keupayaan membuat seriasi Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata
wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu Konstruk 7 : Keupayaan
mengendalikan operasi asas Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan
operasi asas melibatkan mata wang Malaysia Konstruk 9 : Keupayaan
mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat
matematik dan sebaliknya Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada
nombor bulat Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan
ukuran panjang.
Rasional program LINUS ini adalah: Program pemulihan untuk murid
Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah

masing-masing. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis


dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.

Pendekatan bersepadu ini perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah


literasi dan numerasi seawal Tahun 1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang
serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan
kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan
pelajaran dan kerjaya.
Matlamat Program LINUS ini adalah untuk memastikan semua murid
Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan
numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas.

Linus Presentation Transcript


LINUS MUHAMAD SYAFUDDIN BIN ALIMUHAMAD FARIS EDHWAN BIN
ZAKARIA SITI NAZIRAH BT MUSTAPAR KAMAL MUTIARA A/P MEGAT
STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS PEMANTAUAN DAN
KUMPULAN SASARAN PENYELIAAN OBJEKTIF KANDUNGAN PROGRAM
MATLAMAT L BAHAN DAN INSTRUMEN LITERASI DAN NUMERASI
DEFINISI LINUS RASIONAL I PELAPORAN PERJAWATANLATAR
BELAKANG N PENUTUP U S
LATAR BELAKANG Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin
bin Mohd. Yassin telah membentangkan Bidang Keberhasilan Utama
*National Key Result Areas (NKRAs)+ Kementerian Pelajaran Malaysia pada
bulan Ogos 2009. Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diamanahkan untuk mengawas,
melaksana dan menyelaras Ministry Key Performance Indicator(NKPI) 3.2
KPM iaitu semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti
pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula dipertanggungjawabkan
untuk menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM.
Sehubungan dengan itu, satu program alternatif telah dirangka untuk murid
Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi
dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan Numerasi (LINUS)
yang merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal
Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan
mulai tahun 2006. Murid berkeperluan khas yang meliputi murid bermasalah
pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah
penglihatan, masalah kepelbagaian deria, masalah fizikal, dan terencat akal,

kurikulum yang khusus telah dibina.


RASIONAL Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang
diperlukan bagi membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam
kehidupan seharian serta untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran
ke tahap yang lebih tinggi. Data KIA2M pada tahun 2008 menunjukkan
sebanyak 54,000 murid Tahun 1 belum menguasai kemahiran asas membaca
dan menulis (literasi). Data PROTIM tahun 2008 pula menunjukkan sebanyak
48,233 murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas membaca dan
menulis (literasi) sementara sebanyak 117,000 murid Tahun 4 belum
menguasai kemahiran asas mengira (numerasi).
Data Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM
menunjukkan kadar keciciran murid sekolah rendah dan sekolah menengah
di Malaysia pada tahun 2008 adalah sebanyak 31,939. KPM berpendapat
satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan untuk mengatasi
masalah literasi dan numerasi seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi
perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira merupakan kumpulan yang berisiko
keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan
melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
DEFINISI LINUS Definisi LINUS: LINUS ialah akronim bagi Literacy and
Numeracy Screening. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka
untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) dan
asas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid
yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
Definisi Literasi: Definisi literasi adalah keupayaan untuk membaca, menulis
dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk (dengan
menggunakan kata hubung), mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam
pembelajaran serta komunikasi harian.
MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua
murid Tahap I sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi
dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.
OBJEKTIF Objektif Program Literasi Pada akhir Program Literasi murid
berupaya: i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup; ii.
membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup;
dan iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat
majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan.
Objektif Program Numerasi: Pada akhir Program Numerasi murid
berupaya: i. Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga
1000; ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam

lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor; iii. menyatakan fakta


asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan; iv. mengaplikasikan pengetahuan
operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu, ukuran dan sukatan.
KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran ialah murid Tahap 1 yang
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid
berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan
(Program Pendidikan Khas Integrasi; Masalah Pembelajaran, Masalah
Pendengaran dan Masalah Penglihatan) dan Sekolah Rendah Pendidikan
Khas (Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran), Sekolah Jenis
Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS Makmal NKRA bagi
program LINUS telah mengemukakan enam strategi utama LINUS iaitu: i.
melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2 dan 3; ii.
melaksanakan fokus intervensi bagi menyediakan program pemulihan dan
komprehensif; iii. meningkatkan kemahiran pedagogi guru; iv. melaksanakan
program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira
dalam kalangan warga sekolah dan komuniti;
v. menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian; dan vi.
mewujudkan jawatan fasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah untuk
membantu guru memastikan murid berupaya membaca, menulis dan
mengira. Murid yang telah dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran
asas literasi dan numerasi akan diajar secara intensif oleh guru LINUS dan
guru pemulihan khas LINUS. Murid yang mengikuti program ini akan
menduduki Saringan 2 pada bulan Jun dan Saringan 3 pada bulan
September (jika perlu).
Pemilihan Guru LINUS Guru yang menjalankan program ini terdiri
daripada guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap I dan dibantu oleh
Guru Pemulihan Khas. Guru pemulihan khas ditempatkan di sekolah
mengikut nisbah murid LINUS tegar. Nisbah guru-murid bagi program ini
adalah 1:15 supaya tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada murid
berkenaan. Dicadangkan satu jam setiap hari guru pemulihan memberi
tumpuan kepada 4 atau 5 orang murid sahaja untuk literasi dan satu jam lagi
untuk numerasi. Guru sedia ada (guru Bahasa Malaysia dan guru
Matematik) yang melaksanakan program ini perlu diberi latihan khusus dalam
teknik pemulihan dan bimbingan untuk menangani murid yang mempunyai
masalah literasi dan numerasi.
Jadual Waktu Program LINUS dilaksanakan dalam waktu Bahasa
Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia ada.
Sebanyak 360 minit seminggu diperuntukan bagi Bahasa Malaysia di Sekolah
Kebangsaan dan 270 minit seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan,

manakala 210 minit seminggu bagi Matematik. Pihak sekolah boleh


menggunakan budi bicara untuk menjalankan program ini mengikut
kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah. Namun, pihak sekolah hendaklah
memastikan perlaksanaan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya.
Kemudahan ICT Kemudahan ICT yang terdiri daripada komputer dan
LCD yang sedia ada di sekolah perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN Pemantauan dan penyeliaan
dilaksanakan di sekolah terpilih iaitu 8 peratus daripada jumlah keseluruhan
sekolah rendah. Pegawai yang terlibat terdiri daripada pegawai Bahagian
KPM, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pegawai Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD). Pemantauan ini akan diterajui oleh Jemaah Nazir
dan Jaminan Kualiti (JNJK). Guru Besar dan Guru Penolong Kanan
Akademik di setiap sekolah perlu menyelia Program LINUS dari semasa ke
semasa.
Satu mekanisme sistem pelaporan untuk memantau kemajuan murid
LINUS diadakan. Status penguasaan murid perlu dilaporkan menggunakan
sistem yang dibangunkan oleh KPM setiap kali saringan dilaksanakan.
KANDUNGAN PROGRAM Program LINUS menggunakan kurikulum
KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan pengajaran dan
pembelajaran. Kandungan skop kurikulum literasi bermula dengan
pengenalan abjad, suku kata, perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk
mudah. Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor
bermula dari sifar hingga angka 1000, yang melibatkan operasi asas tambah,
tolak, darab dan bahagi, di samping mengaplikasikannya dalam pengiraan
dan pengukuran.
BAHAN DAN INSTRUMEN LITERASI DAN NUMERASI Murid yang
mengikuti Program LINUS menggunakan modul pengajaran dan
pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap
keupayaan murid bagi memastikan kejayaan program ini. Guru digalakkan
menyedia dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut
kesesuaian murid dan kreativiti. Instrumen saringan dibina dan diguna pakai
untuk menentukan sama ada murid telah menguasai asas literasi dan
numerasi. Pembinaaan instrumen saringan disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan (LP).
PELAPORAN Pengumpulan data saringan dan analisis data dikendalikan
oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) sementara laporan
pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

PERJAWATAN Jawatan fasiLINUS diwujudkan di PPD untuk membantu


guru dalam pengajaran dan pembelajaran Program LINUS di sekolah.
Jawatan Guru Pemulihan Khas akan ditambah di sekolah bagi melaksanakan
Program LINUS.
PENUTUP Program ini menegaskan usaha Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan
murid yang berkeupayaan kecuali murid berkeperluan khas pada peringkat
awal persekolahan. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk
memastikan program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA.

Anda mungkin juga menyukai