Anda di halaman 1dari 4

Banding beza LINUS dan KIA2M KIA2M Definisi KIA2M: Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis

(KIA2M) merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi memastikan murid yang megikuti kelas KIA2M dapat mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebut setiap perkataan dan ayat tunggal dengan sebutan yang tepat dan memahami perkara yang dibaca Objektif KIA2M i. Memastikan 100% murid tahun 1 menguasai 2M ii.Membantu murid tahun 1 menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu iii.Memberi peluang kepada murid mengikuti proses P&P selaras dengan tahap dan kebolehan masingmasing.

ASPEK PERBEZAAN
DEFINISI KONSEP

LINUS Definisi LINUS: LINUS ialah akronim bagi Literacy And Numeracy Screening. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) danasas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). memastikan semua murid Tahap I sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.

MATLAMAT

OBJEKTIF

Objektif Program Literasi Pada akhir Program Literasi murid berupaya: i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup; ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan. .O Objektif Program Numerasi: Pada akhir Program Numerasi murid berupaya: i. Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000; ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor; iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan; iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu, ukuran dan sukatan Murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi.

Program yang dirancang khusus untuk membanu murid tahun 1 menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Mereka terdiri daripada murid yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka bukan hanya

KUMPULAN SASARAN

Banding beza LINUS dan KIA2M terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. 1.Pencalonan Murid akan ditapis terlebih dahulu sebelum memasuki program ini. Pengelasan murid: 0-9 : dirujuk pengamal perubatan 10-44 : menjalani program KIA2M 45-60 : P&P kelas biasa. 2.Perancangan Guru merancang proses P&P yang sesuai dengan merujuk kepada modul P&P yang telah dibekalkan. Mereka juga diberi kebebasan untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti dan latihan dalam modul tersebut supaya relevan dan selaras dengan kemampuan murid berkenaan. 3. Pengajaran Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan P&P yang telah dipilih bagi mencapai sesuatu objektif. Penggunaan pelbagai teknik dalam P&P seperti bercerita, main peranan, menyanyi dan kuiz.

STRATEGI PELAKSANAAN

Enam strategi utama LINUS iaitu: i. melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2 dan 3; ii. melaksanakan fokus intervensi bagi menyediakan program pemulihan dan komprehensif; iii. meningkatkan kemahiran pedagogi guru; iv. melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti; v. menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian; dan vi. mewujudkan jawatan fasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru memastikan murid berupaya membaca, menulis dan mengira. o

o o

4. Bahasa Melayu merentas kurikulum Konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan

Murid yang telah dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi akan diajar secara intensif oleh guru LINUS dan guru pemulihan khas LINUS. Murid yang mengikuti program ini akan menduduki Saringan 2 pada bulan Jun dan Saringan 3 pada bulanSeptember (jika perlu). Pemilihan Guru LINUS: Guru yang menjalankan program ini terdiri daripada guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap I dan dibantu oleh Guru Pemulihan Khas. Guru pemulihan khas ditempatkan di sekolah mengikut nisbah murid LINUS tegar. Nisbah guru-murid bagi program ini adalah 1:15 supaya tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada murid berkenaan. Dicadangkan satu jam setiap hari guru pemulihan memberi tumpuan kepada 4 atau 5 orang murid sahaja untuk literasi dan satu jam lagi untuk numerasi. Guru sedia ada (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik) yang melaksanakan program ini perlu diberi latihan khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk menangani murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi.

Banding beza LINUS dan KIA2M menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjeksubjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu. o Jadual Waktu: Program LINUS dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia ada. Sebanyak 360 minit seminggu diperuntukan bagi Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan dan 270 minit seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan, manakala 210 minit seminggu bagi Matematik. Pihak sekolah boleh menggunakan budi bicara untuk menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah.Namun, pihak sekolah hendaklah memastikan perlaksanaan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya. Kemudahan ICT: Kemudahan ICT yang terdiri daripada komputer dan LCD yang sedia ada di sekolah perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pegajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek seperti Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan denga kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.

KANDUNGAN PROGRAM

Program LINUS menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalammenentukan skop kandungan pengajaran dan pembelajaran Kandungan skop kurikulum literasi bermula dengan pengenalan abjad, suku kata, perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah seperti dalam Lampiran 1. Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor bermula dari sifar hingga angka 1000, yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi, di samping mengaplikasikannya dalam pengiraan pengukuran Murid yang mengikuti Program LINUS menggunakan modulpengajaran dan pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap keupayaan murid bagi memastikan kejayaan program ini. Guru digalakkan menyedia dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian murid dan kreativiti. Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama ada murid telah menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaaan instrumen saringan disediakan oleh

1.Guru yang telah dikenalpasti untuk mengendalikan program tersebut dikehendaki supaya merancang proses P&P yang sesuai dengan merujuk kepada modul pengajaran yang telah dibekalkan. 2.Mereka juga diberi kebebasan untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti dan latihan dalam modul tersebut supaya relevan dan selaras dengan kemampuan murid berkenaan.

BAHAN DAN INSTRUMEN

Banding beza LINUS dan KIA2M 3. Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama ada murid telah menguasai asas 2M dalam bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini. 4. Murid-murid KIA2M dibenarkan mengikuti kelas biasa setelah mereka lulus dakammenjalani Ujian Pelepasan 1 dan Ujian Pelepasan 2. Pencerapan dan pemantauan akan dilakukan oleh beberapa pihak termasuk: Pusat Perkembangan Kurikulum dan bahagianbahagian lain dalam Kementerian Pelajaran Malaysia. Jemaah Nazir Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Pejabat Pelajaran Daerah Guru Besar Lembaga Peperiksaan (LP).

PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN

Pegawai yang terlibat terdiri daripada pegawai Bahagian KPM, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Pemantauan ini akan diterajui oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik di setiap sekolah perlu menyelia Program LINUS dari semasa ke semasa. Satu mekanisme sistem pelaporan untuk memantau kemajuan murid LINUS diadakan.

Anda mungkin juga menyukai