Anda di halaman 1dari 2

Apabila murid menjejeakkan kaki ke tahun satu, guru hendaklah mengenal pasti kebolehan

dan keupayaan murid dalam kemahiran membaca. Guru harus menyedari bahawa murid yang
memeasuki tahun 1 terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga dan sosio ekonomi yang
berbeza. Oleh itu satu penilaian yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah ialah saringan Linus.

LINUS ialah akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Saringan). Secara
keseluruhannya bermaksud Program Saringan Literasi dan Numerasi. Program ini dirancang dan
dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1
menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3.

National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak
mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga
tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun
2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah
dipertanggunajawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan nemerasi di kalangan
murid sekolah rendah.

Program LINUS –

Numerasi: operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid
dalam menguasai kemahiran asa mengira serta memahami idea matimatik yang mudah dan
mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.Kandungan
program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid
untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka
mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.

RASIONAL PROGRAM LINUS

Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai
kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah
melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:

1. Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.

2. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di
sekolah masing-masing.

3. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid
Tahap 2.
4. PROTIM selepas UPSR.

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan
numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius
kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko
keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan
kerjaya.

STRATEGI PELAKSANAAN LINUS DI SEKOLAH

Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat
saringan bagi setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun), Saringan 3 (September). Semua
murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran
asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Program ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan
Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.

Anda mungkin juga menyukai