Anda di halaman 1dari 11

LATAR BELAKANG LINUS

National Key Result Area (NKRA) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memperluaskan kemampuan mendapatkan pendidikan berkualiti dan termampu. NKRS pendidikan terbahagi kepada empat sub-NKRA iaiti Pra-Sekolah, Program Literasi dan Numerasi, Tawaran Baru dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Bagi sub-NKRA yang kedua iaitu Program Literasi dan Numerasi (LINUS), ia mensasarkan semua murid yang tidak berkepeluan khas boleh menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mendapat pendidikan rendah sebelum berakhir tahun 2013. Bagi murid berkepeluan khas yang meliputi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran, masalah pertuturan, maslah penglihatan, terencat akal, massalah kepelbagaian deria dan masalah fizikal, kurikulum yang khusus telah dibina bagi murid-murid berkeperluan khas ini. Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan, antaranya ialah:-

Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006 Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II PROTIM selepas UPSR

Program- program yang dilaksanakan ini tidak gagal tetapi tidak memenuhi kehendak NKRA. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. perkara ini perlu diberi perhatian kerana murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M ini berpotensi menjadi kumpulan yang tercicir dalam pelajaran. Justeru, program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 supaya dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Literasi dan Numerasi (LINUS).

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI

Pelaksanaan

Program

LINUS

NKRA

diurusetiakan

oleh

Bahagian

Pembangunan Kurikulum (BPK) dan penglibatan bahagian bahagian lain di KPM berdasarkan ketetapan enam strategi iaitu:-

1. Pembinaan instrument saringan (Lembaga Peperiksaan) 2. Pembinaan bahan dan modul pengajaran dan pembelajaran (Bahagian Pembangunan Kurikulum) 3. Peningkatan latihan dan kemahiran guru (Bahagian Pendidikan Guru) 4. Program kesedaran komuniti dan menganalisis data serta tindakan susulan (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) 5. Pemantauan, penyeliaan dan penilaian (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti) 6. Mewujudkan Pegawai FasiLINUS (BPSH,BPG,PPD)

Berdasarkan ketetapan yang telah diputuskan oleh makmal NKRA dan juga jawatankuasa kerja peringkat KPM, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) telah diberi beberapa tanggungjawab untuk sama-sama memastikan pelaksanaan LINUS NKRA ini berjalan dengan lancar antaranya ialah:-

a. Menyelaraskan jerayawara, penyebaran maklumat serta kesedaran komuniti bagi program LINUS kepada semua peringkat bermula dari peringkat KPM, JPN, PPD, Sekolah, Guru dan Masyarakat. b. Menyelaras pelaporan dan tindakan susulan bagi setiap saringan yang telah ditetapkan bagi peringkat JPN atau PPD bagi memastikan pengoperasian di peringkat sekolah dapat berjalan dengan lancar. c. Memantau pelaksanaan dan pentadbiran semua saringan program LINUS bersama AJK LINUS yang lain.

d. Menyelaras semua program intervensi seperti Kem LINUS yang melibatkan kesedaran ibu bapa dan masyarakat dalam menghayati kepentingan program LINUS dengan pengedaran risalah, iklan dan publisiti di semua peringkat. e. Menyelaras dan memantau pengoperasian program LINUS dengan

memastikan semua pegawai di peringkat JPN, PPD dan juga Pegawai FasiLINUS beregerak selari dengan kehendak dan matlamat asal NKRA.

Secara umumnya, peranan dan tanggungjawab yang diberikan kepada BPSH terbahagi kepada dua iaitu penyebaran maklumat, jerayawara dan juga pelaporan serta analisis data setiap saringan di peringkat JPN, PPD dan Sekolah seluruh negara.

DEFINISI LITERASI DAN NUMERASI

Literasi di bawah Program LINUS boleh didefinisikan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (menggunakan kata hubung) dalam Bahasa Malaysia dan mengaplikasi pengetahuan dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Kemahiran-kemahiran asas ini boleh diperjelaskan melalui jadual dibawah ini:-

KEMAHIRAN Berupaya membaca, menulis memahami dan

TAHUN 1 Minima 500 perkataan umum yang mudah Ayat tunggal

TAHUN 2 Minima 800 perkataan umum yang mudah Ayat mudah dan majmuk dengan kata hubung

TAHUN 3 Minima 1000 perkataan umum yang mudah Ayat mudah dan majmuk dengan kata hubung dalam perenggan pendek

Numerasi pula boleh didefinisikan sebagai keupayaan menyelesai operasi asas matematik yang mudah dan berupaya mengaplikasi pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian. Kemahiran-kemahiran tersebut boleh dirumuskan dalam jadual dibawah:-

KEMAHIRA N Membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor bulat. Operasi asas

TAHUN 1

TAHUN 2

TAHUN 3

Nombor sehingga 50

Nombor sehingga 100

Nombor sehingga 1000

Fakta

asas

Fakta untuk

asas

Fakta

asas

untuk tambah dan tolak

untuk tambah dan darab (3,4,6,7,8 & 9) dan bahagi tolak,

tamabah, tolak dan darab (2,5 & 10) dan

bahagi (2,5 & 10) Aplikasi Mengira sehingga RM10 Menyatakan waktu sehari Mengukur panjang sesuatu objek dalam duit Mengira sehingga RM50 Menyatakan waktu jam analog Mengukur panjang dalam secara duit

(3,4,6,7,8 & 9) Mengira wang sehingga RM100 Menentukan masa sejam dalam pada

jam analog Mengukur panjang objek

dalam unit-unit relative

sesuatu objek dalam yang betul unit

dalam yang (dalam sahaja)

unit betul cm

PROGRAM LINUS DI SK SERI SENTOSA

PENCAPAIAN UJIAN SARINGAN LINUS 1 DAN 2

1. Ujian Saringan Linus 1

Berdasarkan data LINUS yang telah dikumpul (rujuk lampiran), saya dapat menghuraikan bahawa pihak sekolah telah mengadakan saringan kepada murid sebanyak 2 kali. Ujian saringan ini dibuat secara serentak melibatkan ujian literasi dan numerasi. Semua murid tahun 1,2 dan 3 telah melibatkan diri secara langsung untuk menduduki ujian saringan yang telah diadakan ini. Seramai 59 orang murid tahun 1 telah menduduki ujian saringan literasi Bahasa Malaysia dan keputusan keseluruhan ujian saringan 1 menunjukkan bahawa sebanyak 42 orang murid telah menguasai ujian yang telah ditetapkan manakala 17 orang lagi masih belum menguasai dengan baik. Manakala dalam ujian saringan numerasi pula seramai 54 orang telah menguasai kemahiran dalam matematik dan 5 orang tidak menunjukkan penguasaan yang baik. Bagi pencapaian ujuan saringan untuk tahun 2 pula, seramai 62 orang calon telah menduduki ujian saringan untuk literasi Bahasa Malaysia dan juga numerasi. Keputusan menunjukkan bahawa seramai 58 orang murid telah Berjaya menguasai literasi Bahasa Malaysia, manakala untuk ujian numerasi seramai 60 orang murid berjaya melepasi ujian saringan yang telah dijalankan. Disamping itu, seramai 76 orang murid tahun 3 telah menduduki ujian saringan LINUS yang telah diadakan dan 74 daripada mereka telah berjaya menguasai dengan baik manakala seorang murid masih tidak dapat melepasi ujian yang telah dijalankan. Untuk ujian numerasi pula, analisis data menunjukkan keputusan yang sama dengan keputusan ujian saringan 1 literasi Bahasa Malaysia.

2. Ujian Saringan Linus 2

Berdasarkan keputusan ujian saringan 2, seramai 60 orang murid tahun 1, 62 orang murid tahun 2 dan 76 orang murid tahun 3 telah menduduki ujian saringan LINUS untuk kali kedua. Data yang dikumpul menunjukkan bahawa masih terdapat 4 orang murid tahun 1 yang tidak menguasi literasi Bahasa Malaysia manakala 55 yang lain telah melepasi ujian tersebut dengan baik. Ujian saringan numerasi pula menunjukkan hanya seorang murid yang tidak menguasai literasi Bahasa Malaysia manakala 55 orang murid lagi berjaya menguasai ujian numerasi tersebut. Terdapat seorang murid tahun 1 yang telah disenaraikan sebagai murid berkeperluan khas dan ini menyebabkan jumlah murid yang menduduki ujian saringan ini hanya tinggal 59 orang. Untuk pencapaian murid tahun 2 pula, seramai 59 orang murid telah melepasi ujian saringan literasi Bahasa Malaysia, hanya seorang murid yang tidak melepasi ujian yang telah diadakan ini. Ujian saringan numerasi pula menunjukkan 60 orang murid telah menguasai kemahiran dalam numerasi dan hanya tinggal seorang murid lagi yang belum dapat menguasai kemahiran dalam ujian tersebut. Seorang murid yang tidak dapat menguasai ini merupaan murid yang tidak hadir ke sekolah sewaktu ujian saringan ini di lakukan. Seorang murid lagi telah disenaraikan sebagai murid berkeperluan khas menjadikan calon yang menduduki ujian saringan ini sebanyak 61 orang sahaja. Pencapaian murid tahun 3 menunjukkan pencapaian yang amat

membanggakan kerana mencatat peratusan seratus peratus dalam ujian saringan LINUS yang kedua ini. Keseluruhan 76 orang murid telah berjaya menguasai setiap

kemahiran dalam literasi Bahasa Malaysia dan juga numerasi menjadikan keputusan keseluruhan saringan dua ini mencatat keputusan seratus peratus.

KEPUTUSAN PENCAPAIAN LINUS KESELURUHAN

Peratus LINUS NKRA untuk tahun 1 telah menetapkan bahawa 75% daripada jumlah keseluruhan murid perlu melepasi ujian saringan 1 yang diadakan manakala untuk ujian saringan 2, jumlah keseluruhan perlu mencatatkan jumlah sebanyak 90% supaya tahap pencapaian LINUS NKRA tercapai. Keputusan keseluruhan LINUS menunjukkan bahawa ujian saringan 1 tidak mencapai peratus NKRA yang ditetapkan iaitu sebanyak 71.19%, dan untuk ujian saringan numerasi pula, keputusan menunjukkan bahawa peratus yang ditetapka oleh NKRA telah tercapai dengan cemerlang iaitu sebanyak 91.53%. Sementara itu pula, ujian saringan 2 menunjukkan bahawa ujian saringan literasi yang kedua telah berjaya mencapai peratus NKRA yang ditetapkan iaitu 90%, dan pencapaian sekolah telah mencapai 91.67 bagi Literasi dan 96.67 bagi Numerasi. Pencapaian keseluruhan LINUS bagi tahun 2 pula menunjukkan bahawa ujian saringan yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah telah berjaya mencapai peratus NKRA bagi ujian saringan 1 dan 2 yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 93% untuk ujian saringan 1 dan 95% untuk ujian saringan 2. Jumlah murid yang dicalonkan untuk menduduki ujian saringan LINUS adalah sebanyak 62 orang, tetapi seorang murid tidak hadir ke sekolah dan seorang lagi telah disenaraikan sebagai murid berkeperluan khas menjadikan jumlah murid yang mengambil ujian saringan hanya tinggal 60 orang. Sementara itu, data keseluruhan LINUS bagi tahun 3 menunjukkan bahawa ujian saringan LINUS yang diadakan telah mencapai peratus yang telah ditetapkan oleh NKRA. 100% julah keseluruhan murid telah berjaya menguasai ujian saringan

Literasi dan Numerasi. Seramai 76 orang murid menjadi calon untuk menduduki ujian saringan LINUS tetapi hanya 75 orang yang menduduki ujian tersebut kerana seorang murid lagi tidak hadirke sekolah semasa ujian saringan dijalankan. Pencapaian ujian saringan 1 untuk Literasi dan Numerasi telah menunjukkan pencapaian sebanyak 97.37%, manakala untuk ujian saringan yang kedua peratus pencapaian telah meningkat kepada seratus peratus. Dengan pencapaian ini, peratus yang telah ditetapkan dalam NKRA telah dikuasai dan dicapai dengan cemerlang. PERBEZAAN PENCAPAIAN LITERASI DAN NUMERASI

Anda mungkin juga menyukai