Anda di halaman 1dari 7

SULIT 011

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK BAHANG


11050 PULAU PINANG

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016


TAHUN 4 (1 JAM)

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011


NAMA
CALON :

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Kod Pemeriksa :
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
Bahagian No. Soalan Markah
SEHINGGA DIBERITAHU
A 1-20
21
1.Tulis nama kamu pada petak yang disediakan.
22 (a)
2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang (b)
jawapan yang disediakan dalam kertas soalan (c)
ini.
23 (a)
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama (b)
borang jawapan objektif kepada pengawas
(c)
peperiksaan pada akhir peperiksaan.
24 (a)
(b)
(c)
(d)
25 (a)
(b)
(c)
(d)

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak. JUMLAH


30

1
SULIT 011

BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.

meluaskan membacakan mengisikan membelikan

menimba membaca mengisi membeli

Pada waktu rehat, kantin sekolah menjadi tempat tumpuan murid untuk__________

makanan. Namun begitu, ada juga murid yang ____________ masa rehat tersebut

dengan mengunjungi perpustakaan sekolah.

Mereka membaca buku-buku cerita dan surat khabar yang disediakan di situ.

Selain itu, mereka membuat ulang kaji pelajaran dan perbincangan berkumpulan.

Pengisian masa dengan aktiviti yang berfaedah ini membantu murid __________ ilmu

dan ________________ pengetahuan.

[ 4 markah]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya: _________________________________________________________

__________________________________________________________

Jawapan : Saya akan melancong ke Pulau Langkawi bersama dengan keluarga saya
pada cuti persekolahan ini.

[ 2 markah]

2
SULIT 011

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di atas.

[ 2markah]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

[ 2markah]

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

3
SULIT 011

Saban tahun, Malaysia sering menjadi pilihan pelancong asing untuk bercuti.
Mereka gemar berkunjung ke Malaysia kerana tertarik dengan keindahan dan
kedamaian Malaysia. Situasi ini amat menguntungkan negara kita.

Pelbagai cara perlu dilakukan untuk menggalakkan lebih ramai pelancong


datang ke Malaysia. Antaranya termasuklah melakukan promosi pelancongan
Malaysia di luar negara. Pendedahan terhadap keunikan makanan tempatan, pakaian
tradisional, dan lokasi pelancongan yang menarik dapat menambat hati pelancong
asing untuk mengunjungi Malaysia.

Selain itu, khidmat pemandu pelancong yang terlatih mestilah ditambah baik.
Mereka mestilah mengikuti kursus komunikasi dan kursus pelbagai bahasa. Hal ini
dapat memudahkan mereka berinteraksi dengan pelancong asing. Malahan, mereka
dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan berkesan.

Seterusnya, kemudahan pengangkutan awam seperti bas, LRT, monorel, dan


teksi perlulah dinaik taraf. Pihak bertanggungjawab harus memastikan perkhidmatan
pengangkutan awam ini lebih selesa, efisien, dan menepati masa. Dengan demikian,
para pelancong asing akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

a. Pelancong asing gemar mengunjungi Malaysia kerana _______________________

__________________________________________________________________.
[1 markah]

b. Mengapakah khidmat pemandu pelancong perlu ditambah baik?

[ 2markah]

c. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan.

Promosi pelancongan di luar negara perlu bagi


menarik pelancong datang ke Malaysia.

Pelancong asing yang bercuti di Malaysia akan Betul


merugikan negara.
Salah
Perkhidmatan pengangkutan awam harus lebih
selesa, efisien, dan menepati masa.

Keunikan makanan tempatan, pakaian [2markah]


Soalan 24 dan lokasi akan menarik pelancong.
tradisional,
Baca petikan ceramah di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

4
SULIT 011

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar SK Telok Bahang,
guru-guru, dan murid-murid sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Terima kasih
kerana mengundang saya untuk menyampaikan ceramah pada pagi ini. Ceramah yang
akan saya sampaikan pada hari ini adalah tentang senaman.
Hadirin sekalian,
Aktiviti senaman perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Banyak kebaikan yang dapat diperoleh dengan bersenam. Misalnya, badan kita akan
menjadi cergas dan minda kita juga lebih cerdas.
Selain itu, kita dapat mengekalkan berat badan yang unggul. Hal ini kerana
senaman dapat membakar kalori atau lemak dalam badan. Sekiranya kita melakukan
aktiviti senaman secara konsisten, kita dapat mengelakkan terjadinya masalah berat
badan berlebihan. Kita juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah
disamping mencegah kita daripada membuang masa begitu sahaja.
Sebelum saya mengakhiri ceramah ini, saya menyeru hadirin sekalian agar
meluangkan masa untuk melakukan senaman setiap minggu. Ingatlah bahawa tubuh
yang sihat dapat menceriakan kehidupan kita.
Sekian, terima kasih.

a. Kita perlu bersenam sekurang-kurangnya _________________________________.


[1 markah]
b. Bagaimanakah aktiviti senaman membantu kita mengekalkan berat badan unggul?

[2markah]

c. Mengapakah kita perlu melakukan aktiviti senaman secara konsisten?

[ 2 markah]

d. Adakah kamu melakukan aktiviti senaman setiap minggu? Mengapa?

[ 3markah]
Soalan 25

Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

5
SULIT 011

Sungguh cantik kain pelikat,

Tenunannya halus hati tertawan,


Sama sahabat harus sepakat,
Semoga hidup sentiasa aman.

Sorong papan tarik papan,


Buah keranji atas perahu,
Sesama kawan harus bersopan,
Hati gembira bahagia selalu.

Berjalan-jalan di Batu Kawan,


Mengail ikan di tepi kali,
Kawan susah hulurkan bantuan,
Jangan lari tidak peduli.

Di puncak gunung berkibar panji,


Tanda gunung sudah ditawan,
Hormat-menghormati sikap terpuji,
Jadikan amalan apabila berkawan.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

[2 markah]

b. Apakah yang perlu dilakukan jika kawan dalam kesusahan?

6
SULIT 011

[1 markah]

c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Kita perlulah melupakan kawan ketika kawan sakit.

Kita hendaklah bersikap sopan santun dengan kawan.

[1 markah]

Hormat-menghormati sikap terpuji,


Jadikan amalan apabila berkawan.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas ?

[3markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

........................... ................................... ............................


Saiidi Bin Ismail Siti Fatimah Binti Zain Zairi Bin Yusoh
Guru BM Tahun 6 Ketua Panitia BM GPK Pentadbiran
SK Telok Bahang. SK Telok Bahang. SK Telok Bahang.

Anda mungkin juga menyukai