Anda di halaman 1dari 19

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?

) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep Pendahuluan Era Kepimpinan Transformasional dan Transaksional

Sejak tahun 1987, konsep Kepimpinan Transformasional1 telah mula diperkenalkan sebagai salah satu konsep kepimpinan yang baru yang menggantikan konsep-konsep kepimpinan yang lain seperti kepimpinan transaksional2, autokratik, dan lain-lain lagi. Bermula dengan kajian oleh Burns terhadap para pemimpin politik, konsep yang awal Kepimpinan kemudiannya

Transformasional

telahpun

diperkenalkan

mana

dikembang serta dioperasikan oleh Bass3. Daripada konsep tersebut, telah disenaraikan beberapa ciri-ciri umum kepimpinan ini seperti :

i.

membantu para pengikutnya melihat permasalahan yang lama dalam perspektif baru; dan

ii.

menggalakkan para pengikutnya untuk berfikir dan berusaha lebih daripada apa yang mereka sasarkan dan fokus kepada

Kepimpinan transformasional merupakan proses yang mana pemimpin dan para pengikutnya saling bantu membantu dalam meningkatkan tahap moral dan motivasi ke peringkat tertinggi (Jandaghi, Matin dan Farjami, 2009).
2 3

Kepimpinan transaksional adalah berasaskan kecenderungan untuk dan melibatkan orientasi-keuntungan

Bass memperkembangkan konsep Kepimpinan Transformasional dengan melabelkan ia sebagai kepimpinan dan pencapaian melebihi yang diharapkan (Gill, Flaschner dan Bhutani, 2010).

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep semangat berkumpulan, halatuju objektif organisasi, negara dan global.

Kepimpinan transformasi ini adalah berasaskan empat (4) faktor iaitu; karismatik (pengaruh keunggulan), motivasi melalui inspirasi,

stimulasi intelek dan sifat mempertimbangkan individu lain (Bass, 1990; Bass dan Avolio, 1993; Epitropaki, pandangan 2001). jauh Pemimpin kreatif,

transformasional

mengintegrasikan

yang

kesungguhan dan semangat juang yang tinggi, gerak hati yang tepat dan sensitif terhadap keperluan para pengikutnya bagi membentuk satu budaya baru yang strategik bagi organisasi. Berbeza dengan corak kepimpinan transaksional, di mana para pemimpin ini memiliki ciri-ciri mempertaruhkan ganjaran dan perjanjian yang menggariskan insentif atau hukuman yang bakal diterima oleh para pengikutnya sekiranya mereka berjaya atau gagal merealisasikan sasaran tugas yang

dipertanggungjawabkan. Para pengikut pemimpin ini bekerja dalam budaya sedia ada dan menuruti keputusan dan tindakan berdasarkan norma operasi dan prosedur organisasi yang ditetapkan selama ini.

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep Bass (1990) yang mendasari integrasi teori-teori kepimpinan dan meletakkan kepimpinan transformasi sebagai pencapaian tertinggi dalam tahap kepimpinan, secara langsung telah menyatakan bahawa terdapat pelbagai gaya kepimpinan dalam kepimpinan transformasi. Beliau turut mendapati bahawa para pemimpin transformasional berbeza dari segi gaya personaliti mereka yang tersendiri. Bass (1990) memberi contoh Roger Smith, Ketua Pengarah Eksekutif General Motors Corporation, yang mencabar dan telah mengubah budaya kerja di syarikat berkenaan. Di samping ciri kepimpinan transformasional yang dimilikinya, beliau

dikatakan turut cenderung menggunakan kaedah autokratik dalam pembentukan budaya baru bagi organisasi tersebut.

Melalui kajian oleh Jandaghi, Matin dan Farjami (2009) ke atas syarikat-syarikat yang dikategorikan sebagai berjaya dan tidak berjaya, didapati bahawa bagi sebuah organisasi yang berjaya, min tertinggi dalam faktor kepimpinan transformasional ialah motivasi melalui inspirasi dan min terendah ialah sifat mempertimbangkan individu lain. Manakala bagi organisasi yang dilabelkan sebagai kurang berjaya, min tertinggi adalah sama dengan min tertinggi bagi organisasi yang berjaya dan min terendah ialah karismatik (pengaruh keunggulan). Kajian ini menunjukkan bahawa

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep organisasi-organisasi yang dikategorikan sebagai berjaya, telah

memanfaatkan lebih warisan (trait) kepimpinan transformasi. Manakala bagi organisasi-organisasi yang dikategorikan sebagai yang tidak berjaya di anggap memiliki trait kepimpinan teransformasional sebaliknya.

Senario ini telah diperkukuhkan oleh Kuhnert dan Lewis (2003) melalui kajian mereka yang berdasarkan Teori Membina (Konstruktif) Personaliti yang menyatakan bahawa manusia berbeza dalam pelbagai cara di mana mereka membina dan menyusun semula pengalamanpengalaman interpersonal. mengenai dirinya mereka, persekitaran sosial dan

Kuhnert dan Lewis (2003) juga mempamerkan kajian oleh Kegan (1982) yang menunjukkan bahawa dalam perkembangan seseorang dewasa yang menjurus kepada kepimpinan, terdapat enam (6) peringkat perkembangan di mana tiga (3) peringkat yang awal merupakan tahap kefahaman interpersonal kebanyakan orang dewasa (pemimpin). Lebih membuka kepada suatu perspektif yang berbeza, pada tahap ke-34, pemimpin transaksional mempamerkan sifat tranformasional di mana
4

Tahap ke-3 merupakan tahap interpersonal (jujukan tertinggi bagi kepimpinan transaksional) di mana perhubungan interpersonal dan persetujuan bersama digunakan dalam proses pentadbiran serta sasaran peribadi dan agenda organisasi berdasarkan pengalaman yang dimiliki.

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep mereka menggunakan perhubungan yang rapat untuk memotivasikan para pengikutnya dengan menyakinkan mereka bahawa tugas yang dijalankan adalah lebih penting daripada pencapaian sesetengah tugas yang diamanahkan (walaupun disediakan dengan insentif tertentu).

Hasil kajian yang substantif dengan bersandarkan kepada Teori Konstruktif telah membuka mata para penyelidik daripada melihat kepimpinan transformasional mahupun transaksional daripada hanya satu perspektif yang statik. Dalam kajian ini, Kuhnert dan Lewis (2003) mengambil pandangan Kegan dan Lahey (1984) yang merasakan bahawa pembangunan ciri kepimpinan terbentuk di sepanjang kehidupan

seseorang itu dan pada tahap perkembangan kepemimpinan tertentu, seseorang pemimpin itu menggunapakai sistem pembangunan organisasi yang berbeza dalam menangani isu dan masalah kepimpinan.

Definisi Hibrid dan Konsep Kepimpinan Hibrid Definisi Hibrid

Secara umumnya, perkataan hibrid (hybrid) berasal daripada istilah biologi. Dari segi definisi biologi oleh Farlex dan Wikipedia, hibrid

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep bermaksud haiwan atau tumbuhan yang terhasil daripada gabungan secara genetik individu-individu yang tidak sama. Hibrid yang terhasil daripada spesies yang berbeza adalah mandul.

Gambarajah 1

Manakala, berdasarkan definisi pengurusan, hibrid bermaksud apa jua yang terhasil daripada cantuman ibu bapa atau keturunan.

Daripada kedua-dua definisi tersebut, boleh ditakrifkan bahawa hibrid merupakan organisma (individu, haiwan atau tumbuhan) yang membentuk (elemen : sifat, ciri, fizikal atau pemikiran) hasil daripada cantuman elemenelemen organisma-organisma induk.

Konsep Kepimpinan Hibrid

Merujuk kepada pemerhatian dan kajian oleh Bass (1990), Kuhnert dan Lewis (2003) dan Jandaghi, Matin dan Farjami (2009), didapati bahawa ciri dan gaya kepimpinan transformasional sebenarnya tiada

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep ketegaran yang spesifik dan tidak statik penggunaannya dalam semua keadaan menangani masalah para pengikut dan budaya organisasi.

Cooke (2011) pula menegaskan bahawa gaya kepimpinan dominan yang dibawa oleh seseorang pemimpin itu tidak semestinya merupakan gaya kepimpinan yang terbaik bagi menangani cabaran kepimpinan secara signifikan. Beliau berpandangan bahawa prospek seseorang itu terhadap gaya kepimpinan ini akan lebih baik sekiranya seseorang itu meningkatkan kesedarannya dan menggunakan gaya kepimpinan yang pelbagai5. Dalam kajian tersebut, beliau mempertaruhkan perspektif Kepimpinan Situasi (Situational Leadership6) yang merangkumi ciri pemimpin sumber manusia, politik, simbolik dan efektif yang didapati lebih berkesan menangani peluang dan cabaran dalam aspek kepimpinan yang lebih diversiti dan kompleks. Cooke (2011) turut mempamerkan bukti bahawa para pemimpin teragung seperti Dr. Martin Luther King Jr., Dwight D.

5 Cooke (2011) telah memberi contoh penggunaan penukul dan paku bagi menggantungkan sesuatu di dinding. Walaupun penggunaan penukul memberikan impak yang cepat dan kurang kos namun kesan daripada hentakan penukul tersebut boleh merosakkan dinding. Berbanding penggunaan pemutar skru dan skru yang lebih memberikan kesan yang selamat, berjangkamasa lama dan tiada kerosakan. Persoalannya, apabila seseorang itu mencadang dan menasihatkan kita akan penggunaan pemutar skru dan skru, adakah kita yang telah biasa dengan penggunaan penukul dan paku akan menuruti nasihat tersebut? 6 Kepimpinan Situasi merupakan gaya kepimpinan di mana seseorang pemimpin itu mampu untuk menukarkan gaya kepimpinannya berdasarkan keperluan tenaga kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan pada ketika itu bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan menepati tahap yang disasarkan, keselamatan persekitaran dan motivasi para pekerja (Morgan,2011).

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep Eisenhower dan ramai lagi, telah memiliki kuasa kepimpinan melalui penggunaan gaya dan kemahiran kepimpinan yang pelbagai. Pandangan Cooke (2011) turut disokong oleh Morgan (2011) yang menyatakan bahawa apabila teknologi kebanyakan industri mula

berkembang, ianya seolah-olah mencabar keupayaan seseorang pemimpin itu untuk mengarah dan mengawal bukan sahaja sesebuah organisasi tetapi keseluruhan sistem dan kemahiran teknologi masakini. Metodologi kepimpinan yang digunapakai sejak berabad lalu didapati tidak lagi berkesan untuk memotivasikan tenaga kerja berkemahiran dalam bidang teknologi tinggi untuk kekal dalam sesebuah organisasi. Morgan (2011) turut menegaskan bahawa corak kepimpinan dalam abad ini seharusnya wujud dalam bentuk kombinasi kemahiran pemimpin mengekal atau meningkatkan hubungan profesional dengan para pekerja dan dalam masa yang sama, melonjakkan pencapaian yang bermakna bagi organisasi. Sepertimana yang dinyatakan oleh Cooke (2011) sebelum ini, Morgan (2011) juga menyatakan bahawa para pemimpin yang hebat telahpun mengadaptasikan kaedah memimpin yang mengasimilasi dan menggunapakai pelbagai gaya kepimpinan. Keseimbangan gaya

kepimpinan yang digunakan untuk menghasilkan budaya kerja yang positif,

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep membina peluang-peluang yang menguntungkan di mana kemahiran kerja berpasukan dipamerkan secara dalaman dan luaran, mengekalkan komunikasi yang konsisten di antara ahli kumpulan dan bahagian-bahagian lain (dalam organisasi), mengekalkan sasaran berdasarkan arahtuju (misi dan visi) organisasi dan mengiktiraf pencapaian setiap individu dalam kumpulan. Oleh kerana sistem dalam sesebuah organisasi itu berkembang disebabkan oleh perubahan semasa secara berterusan, perubahan terhadap corak kepimpinan juga harus diintegrasikan bagi mencapai satu perspektif yang positif ke arah keuntungan syarikat (atau organisasi) dari segi ekonomi dan keyakinan masyarakat (atau pelanggan) terhadap corak kepimpinan yang ditunjukkan. Meneliti kepada pendapat para penyelidik berdasarkan integrasi corak kepimpinan, definisi hibrid secara umum dan perkaitan dengan konsep kepimpinan hibrid yang cuba diutarakan dalam kajian ini, boleh dinyatakan bahawa :

i.

Kewujudan berunsurkan semasa

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep konsep kepimpinan yang transformasional, lain diwujudkan transaksional berdasarkan dan gaya

10

kepimpinan

keperluan

memotivasikan para pekerja (atau para pengikut) di dalam sebuah organisasi atau disebabkan oleh tercetusnya situasi yang spesifik seperti daya saing yang tinggi antara organisasi penjana ekonomi, masalah kegawatan ekonomi yang mendorong kepada pelbagai masalah pengekalan tenaga mahir dan komitmen tenaga kerja serta reorganisasi atau penggabungan organisasi-organisasi bertahap multinasional. Seperti contohnya, ciri-ciri kepimpinan

transformasional seperti yang digariskan (melalui empat faktor tersebut) merupakan ciri-ciri yang diperlukan pada era masakini dan amat ketara digunapakai di dalam organisasi-organisasi yang telah mencapai tahap kecemerlangan tertentu dalam pencapaian

sasarannya (dari segi peningkatan keuntungan secara berganda yang konsisten, pengekalan dan pembentukan tenaga kerja

berkemahiran tinggi dan menanda aras imej sistem penyampaian perkhidmatan). Ciri-ciri itu juga merupakan ciri-ciri yang terunggul dan diyakini oleh pemimpin organisasi mampu untuk mencetuskan satu kuantum lonjakan ke arah kejayaan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Berikutan daripada empat (4) faktor

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep bombastik yang membentuk ciri kepimpinan tersebut, terma dan teori kepimpinan transformasional diterimabaik dan diterimapakai oleh penyelidik dalam bidang sumber manusia dan pengamal konsep kepimpinan. ii. Konsep kepimpinan spesifik yang longgar

11

berdasarkan kajian-kajian dan pandangan oleh Bass (1990), Bass dan Avolio (1993), Kuhnert dan Lewis (2003), Jandaghi, Matin dan Farjami (2009), Bourgeois (2010), Cooke (2011) dan Morgan (2011), jelas menunjukkan bahawa konsep kepimpinan yang spesifik seperti transformasional, transaksional, karismatik dan lain-lain hanya sesuai diaplikasi di dalam agenda kepemimpinan tertentu. Ciri-ciri terbaik yang ada dalam sebuah kepimpinan transformasional sememangnya diperlukan pada diri seseorang pemimpin itu namun ciri-ciri yang ideal itu amat jarang dimiliki oleh seseorang pemimpin. Seolaholah mengambilkira dua (2) atau paling tinggi (3) faktor

transformasional pada diri seseorang pemimpin itu, telah cukup melabelkan seseorang pemimpin tersebut sebagai pemimpin

transformasional. Melalui kajian oleh Jandaghi, Matin dan Farjami (2009), jelas menunjukkan bahawa daya kepimpinan

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep transformasional lebih menyerlah di organisasi yang dikategorikan sebagai berjaya dan sebaliknya di organisasi yang dikategorikan sebagai kurang berjaya. Fenomena ini bukan sahaja termaktub kepada kajian oleh Jandaghi et al. (2009) tersebut malah dipamerkan berulangkali melalui kajian-kajian oleh Doyle dan Smith (2001). Doyle dan Smith (2001) telah mengkaji mengenai kepimpinan klasik yang berevolusi selama 80 tahun menerusi empat (4) generasi teori iaitu Teori Warisan (Traits), Teori Tingkahlaku (Behavioural), Teori Kontigensi (Contigency) dan Teori Transformasional

12

(Transformational). Melalui keempat-empat teori berkenaan, Doyle dan Smith (2001) masih mempersoalkan kewujudan secara tersendiri (discreet) gaya sesebuah kepimpinan tanpa sebarang gabungan sifat atau terma kepimpinan yang lain (autoriti, karisma, mengarah, kerjasama dan lain-lain). Justeru itu, Doyle dan Smith (2001) telah menganalisa pendekatan, praktis dan teori Kepemimpinan Yang Dikongsikan (Shared Leadership) dan Kepimpinan Demokratik. Analisa ini cenderung untuk mengatakan bahawa elemen

transformasi yang didukung oleh seseorang pemimpin itu hanya dapat direalisasikan pada satu persekitaran yang memungkinkan organisasi yang diterajuinya mencapai tahap tertentu yang boleh

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep diiktiraf sebagai berjaya atau cemerlang (atau ke tahap gemilang dan terbilang). Justeru itu, boleh dikatakan bahawa konsep kepimpinan transformasional ini agak longgar sekiranya cuba digunapakai secara langsung terhadap semua jenis organisasi di semua keadaan atau permasalahan (atau isu yang dihadapi oleh organisasi berkenaan).

13

iii.

Kepimpinan hibrid

Schweitzer (2010) telah mengupas persoalan mengenai kepimpinan hibrid melalui temuramah khas bersama Bourgeois yang mengulas aspirasi dan kajian beliau berasaskan kemahiran beliau dalam bidang kepimpinan dan isu tenaga kerja. Bourgeois telah menyatakan dalam buku beliau `The Hybrid Leaders bahawa kepimpinan hibrid adalah melibatkan gaya kepimpinan yang menggabungkan kekuatan

daripada gaya kepimpinan wanita7 dan kepimpinan lelaki8. Ia merupakan gaya kepimpinan terkini yang lebih mencabar dan inovatif bagi menangani tenaga kerja abad ke-21 ini. Bagi memastikan
Eagly dan Schmidt (2001) mengatakan bahawa kepimpinan wanita lebih bercorak orientasi interpersonal, demokratik dan transformasional.Kaedah yang digunapakai lebih bersifat demokratik dan penglibatan bersama (participative).
8 Eagly dan Schmidt (2001) mengatakan bahawa kepimpinan lelaki lebih berorientasikan tugasan dan autokratik. Kaedah yang digunapakai lebih bersifat mengarah. 7

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep perubahan yang dijanakan oleh pemimpin-pemimpin organisasi itu berkesan dan positif, para pemimpin itu sendiri perlu dilihat sebagai individu-individu yang mampu memberikan nilai tambah yang signifikan. Oleh kerana itu, pencapaian setiap pemimpin dalam pentadbiran organisasi haruslah melebihi ekspektasi stakeholders dan masyarakat. Ini adalah kerana, apabila seseorang pemimpin itu dilantik, pemimpin itu wajar mempunyai nilai-nilai tertinggi yang mampu mencabar tahap nilai sedia ada bagi seseorang pengurus dalam organisasi tersebut. Manakala bagi memastikan perubahan yang bakal dibawa memberikan impak kepada organisasi dan masyarakat umum, para pemimpin harus memiliki kemahiran mempengaruh pembentukan dan satu mengarah perhubungan para yang pengikutnya autentik. melalui

14

Kebanyakan

perubahan dalam organisasi bermula daripada peringkat atasan atau bermula daripada sekumpulan pegawai yang mampu menghasilkan momentum berterusan dan menjanakan usaha yang bersungguhsungguh daripada pihak bawahan. Sikap yakin pada diri sendiri dan komited untuk menghasilkan perubahan perlu selaras dengan perubahan ekonomi dan pengurusan global yang dinamik. Para pemimpin masa hadapan ini bakal berhadapan dengan cara baru

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep bekerja. Ini adalah kerana, penganalisa sumber tenaga manusia menjangkakan bahawa dalam sepuluh (10) tahun akan datang, 50 peratus (50%) para pekerja akan bekerja daripada rumah. Oleh kerana itu, mereka perlu selesa mengadaptasi diri dan menerima hakikat bahawa mereka memerlukan kemahiran menguruskan masa bekerja yang fleksibel dan kumpulan kerja secara maya. Satu keadaan yang tidak berubah ialah para pemimpin tetap memainkan peranan utama dalam sesebuah organisasi dengan keupayaan luarbiasa untuk menerokai dan memberi peluang kepada setiap pekerjanya melahirkan potensi diri masing-masing.

15

Mengaplikasikan konsep kepimpinan hibrid sebenar dalam konteks kepimpinan di Malaysia, negara ini kini diterajui oleh seorang pemimpin (Y.A.B. Dato Sri Najib bin Razak), yang secara biologikalnya, merupakan hibrid (anak) kepada Y.A.B. Tun Abdul Razak bin Haji Dato Hussein dan Tun Hajjah Rahah bt. Tan Sri Hj. Mohd. Noah. Secara kesinambungan dalam era kepemimpinan hibrid ini, secara jelas dipamerkan bahawa Y.A.B Perdana Menteri Malaysia ke-6 merupakan hibrid daripada Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia ke-2. Daripada Bapa Pembangunan (1970 - 1976) kepada

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep Bapa Transformasi (bermula 2009), acuan kepemimpinan bercorak pembangunan kolaborasi) yang memiliki faktor diri kawalan (konsultasi dan dan

16

dan

penglibatan

(pemantauan

menaruh

kepercayaan) (McIntyre, 2000) kepada transformasi (empat faktor utama) pelbagai gabungan gaya kepimpinan diwarisi daripada seorang bapa (lelaki) iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia dan ibu (wanita) yang merupakan mantan Canselor Universiti Tun Abdul Razak (kombinasi kepimpinan lelaki dan wanita seperti yang dinyatakan oleh Bourgeois).

Menggunapakai konsep hibrid ini, Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia ini merupakan bukti individu telah berjaya memiliki kombinasi sifat dan gaya kepimpinan yang diversiti, disaring dan dibuktikan melalui transformasi negara ini ke arah mercu kejayaan dan kegemilangannya yang tersendiri. Walaupun beliau digelar sebagai Bapa Transformasi Negara namun ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki menepati konsep kepimpinan hibrid tersebut. Dengan hanya empat faktor kepimpinan transformasi yang disenaraikan, tidak akan mampu untuk menangkis pelbagai cabaran dalam menangani perubahan negara dan globalisasi untuk melonjakkan teknologi dan

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep ekonomi negara serta keamanan negara ke tahap transformasi pasaran antarabangsa, imej negara membangun yang disegani dan kepimpinan unggul di peringkat Asia Tenggara dan ASEAN serta kini meniti kejayaan yang sama di peringkat antarabangsa.

17

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kajian terhadap konsep kepimpinan hibrid ini tidak bertujuan untuk mencabar teori dan praktikal kepimpinan

transformasional yang telahpun diterimabaik dan digunapakai dalam agenda kepimpinan global. Secara umumnya, ianya juga bukanlah satu konsep yang baru yang cuba diperkenalkan di akhir kajian ini. Walau bagaimanapun, kewujudan konsep ini haruslah dirasai oleh para pemimpin dan tidak terlalu taksub kepada salah satu gaya atau warisan (trait) kepimpinan untuk digunapakai di organisasi masing-masing.

Secara teori, kepimpinan transformasi merangkumi ciri kepimpinan yang ideal dan dinilai sebagai terkini serta terbaik oleh para pemimpin organisasi. Namun dari segi praktis kepimpinan dan perubahan-perubahan semasa yang melanda sesebuah organisasi, hampir tiada aplikasi hanya

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep satu gaya kepimpinan untuk berhadapan dengan jayanya cabaran-cabaran dalam perubahan dan berupaya menyelesaikan segala permasalahan. Diversiti gaya kepimpinan atau juga disebut sebagai kepimpinan hibrid merupakan pilihan yang tepat untuk menangani kepelbagaian cabaran dan isu di era abad ke-21 ini.

18

Rujukan

Bass, B.M. (1990). From transactional to transformational leadership : learning to share the vision. Organizational dynamics. New York, USA. Bass, B.M. and Avolio, B.J. (1993). Transformational leadership and organizational culture. Public administration quarterly spring 1993. Southern public administration education foundation. USA Cooke, B. (2011). Lesson Four : Situational Leadership. BA 2155 Leadership for quality. Iris learning. Doyle, M.E. and Smith,M.K. (2001). Shared leadership. http://www.infed.org/leadership/shared_leadership.htm Infed.

KEPIMPINAN HIBRID vs KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL (?) : SATU KONSEP Ringkasan Kertas Kajian Konsep Doyle, M.E. and Smith,M.K. (2001). Classical leadership. Infed. http://www.infed.org/leadership/traditional_leadership.htm#_Transfor mations Eagly, A.H. and Schmidt, M.C.J. (2001). The leadership styles of women and men. Journal of social issues. Department of psychology, northwestern university. USA. Epitropaki, O. (2001). Transformational leadership. Institute of work psychology. University of Sheffield. England. Jandaghi, G., Matin, H.Z. and Farjami, A. (2009). Comparing transformational leadership in successful and unsuccessful companies. The journal of international social research. Vol. 2/6 winter 2009. University of Tehran, Iran. Kuhnert, K.W. and Lewis, P. (2003). Transactional and transformational leadership : a constructive / developmental analysis. University of Georgia and auburn university. USA. McIntyre, M.G. (2000). Developmental leadership : learning to shift your style. http://www.yourofficecoach.com/Topics/developmental_leadership.ht m Morgan, B. (2011). Balancing your leadership style. http://www.articlesbase.com/self-improvement-articles/balancingyour-leadership-style-4718984.html Schweitzer, K. (2010). Interview with trudy bourgeois : author of the hybrid leader. http://businessmajors.about.com/od/bookreviews/a/TrudyInterview.ht m

19

Anda mungkin juga menyukai