Anda di halaman 1dari 178

ADSF3103

PENGENALAN
QAWA’ID FIQHIYYAH
Noor Syahida Abdul Rahman

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Dr Rozeman Abu Hassan
Open University Malaysia

Penulis Modul: Noor Syahida Abdul Rahman


Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Penyederhana: Muhammad Subari Ramli


Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Dicetak oleh: Meteor Doc. Sdn. Bhd.


Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9,
Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Edisi Pertama, Disember 2013


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2013, ADSF3103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ix-xv

Topik 1 Pengenalan QawaÊid Fiqhiyyah 1


1.1 Pengertian QawaÊid Fiqhiyyah 2
1.2 Perbezaan antara Al-QawaÊid Al-Fiqhiyyah dengan
Al-QawaÊid Al-Usuliyyah 4
1.3 Faktor Terbentuknya QawaÊid Fiqhiyyah 6
1.4 Faedah Mempelajari Ilmu QawaÊid Fiqhiyyah 8
1.5 Sumber Pengambilan Ilmu QawaÊid Al-Fiqh 9
1.6 Sejarah Perkembangan Ilmu QawaÊid Al-Fiqh 9
1.6.1 Peringkat Pertama: Peringkat Pertumbuhan dan
Pembentukan (‫واﻟﺘّﻜـﻮﻳﻦ‬ ‫)ﻃﻮر اﻟﻨّﺸـﻮء‬ 10
1.6.2 Peringkat Kedua: Peringkat Perkembangan dan
Pembukuan (‫واﻟﺘّـﺪوﻳﻦ‬ ‫)ﻃﻮر اﻟﻨّﻤﻮ‬ 11
1.6.3 Peringkat Ketiga: Peringkat Kemantapan dan
Penyempurnaan (‫واﻟﺘّﻨﺴﻴﻖ‬ ‫اﻟﺮﺳـﻮخ‬
ّ ‫)ﻃﻮر‬ 13
Rumusan 14
Kata Kunci 15
Rujukan 15

Topik 2 Kitab dan Tokoh Ilmu QawaÊid Fiqhiyyah 16


2.1 Kepentingan QawaÊid Fiqhiyyah dalam Perundangan Islam 17
2.2 Tokoh Ulama dalam Ilmu Kaedah Fiqh 18
2.2.1 Imam al-Suyuti 18
2.2.2 Imam ÂIzzuddin bin ÂAbd al-salam 20
2.2.3 Al-ZarqaÊ Ahmad Ibn Muhammad 22
2.3 Kitab Rujukan untuk Ilmu Kaedah Fiqh 23
2.4 Kitab dan Tokoh Ilmu QawaÊid Fiqhiyyah
Mengikut Mazhab 26
Rumusan 28
Kata Kunci 29
Rujukan 29

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 3 Kaedah Asas 1: Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat


(َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫ﺑِﻤ َﻘ‬
َ ‫)اَْﻷ ُُﻣ ْﻮُر‬ 31
3.1 Pengertian dan Huraian Kaedah Asas 1 33
3.2 Contoh Aplikasi Kaedah Asas 1 33
3.3 Sumber Asal atau Dalil Kaedah Asas 1 35
3.4 Cabang atau Pecahan Kaedah Asas 1 38
3.4.1 Lafaz Berdasarkan Niat Orang yang
Melafazkannya (Maqasid al-Lafz Âala Niyyat
ِ ‫)اﻟﻼﻓِ ِـﻆ ﻧـِﻴﱠﺔ ﻋـﻠَﻰ اﻟـﻠﱠـﻔـ ِﻆ ﻣـ َﻘ‬
‫ـﺎﺻ ُـﺪ‬ ‫ﱠ‬
al-Lafizi atau َ ْ َ 38
3.4.2 Niat dalam Sumpah Dapat Mengkhususkan Lafaz
Umum tetapi Tidak Mengumumkan Lafaz Khusus
(Al-Niyyah Fi al-Yamin Tukhasis al-Lafz al-ÂAm
Wa La TuÊammim al-Khas atau
ِ ‫ﻆ اﻟْـﻌـَ ِﺎم َوﻻَ ﺗـَُﻌ ﱢﻤ ُـﻢ اﻟـْ َﺨ‬
‫ـﺎص‬ ُ ‫ﺼـﺺ اﻟـﱠﻠـ ْﻔـ‬ ِ ْ ‫)اَﻟﻨﱢﻴـﱠﺔُ ﻓـِﻲ اﻟـْﻴَ ِﻤ‬
‫ـﲔ ﺗـُ َﺨـ ﱢ‬ 39
3.4.3 Amalan Fardu Tidak Terlaksana dengan Niat Sunat
(Al-Fard La Ya taÊada Bi Niyyat al-Nafl atau
‫ض ﻻَ ﻳَـﺘَﺄَ ﱠدى ﺑِﻨِﻴﱠ ِﺔ اﻟﻨﱠـ ْﻔﻞ‬
ُ ‫)اَﻟْ َﻔ ْﺮ‬ 39
3.5 Konsep Niat Menurut Perspektif Islam 40
3.5.1 Pengertian Niat 40
3.5.2 Hukum Niat dalam Ibadah 41
3.5.3 Tempat Niat 41
3.5.4 Status Niat 42
3.5.5 Faktor atau Fungsi Pensyariatan Niat 42
3.6 Pandangan Ulama Berkaitan Kaedah Asas 1 44
Rumusan 45
Kata Kunci 46
Rujukan 47

Topik 4 Kaedah Asas 2: Keyakinan Tidak Hilang dengan Keraguan


‫ﺸ ﱢ‬
(‫ـﻚ‬ ُ ‫)اَﻟْﻴَ ِﻘ ْـﻴ ُﻦ َﻻ ﻳُ َـﺰ‬
‫ال ﺑِﺎﻟ ﱠ‬ 48
4.1 Pengertian dan Huraian Kaedah Asas 2 49
4.2 Contoh Aplikasi Kaedah Asas 2 50
4.3 Pengecualian Kaedah Asas 2 51
4.4 Perbezaan antara Yakin, Ghalabah al-Zan, Zan,
Syak dan Wahm 52
4.5 Sumber Asal atau Dalil Kaedah Asas 2 54
4.6 Pecahan atau Cabang Kaedah Asas 2 55
4.7 Peranan Kaedah Fiqh dalam Memutuskan Sesuatu Kes
di Mahkamah Syariah 62
4.7.1 Kaedah Fiqh sebagai Sumber Hukum 63

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

4.7.2 Kaedah Fiqh sebagai Hujah Sokongan 63


4.8 Implikasi Penggunaan Kaedah Fiqh 64
4.9 Pandangan Ulama Berkaitan Kaedah Asas 2 65
Rumusan 66
Kata Kunci 68
Rujukan 68

Topik 5 Kaedah Asas 3: Kesukaran Membawa Kemudahan


ِ ‫اﻟﺘـﱠﻴ‬ ِ
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَ ْﺠﻠ‬
‫ﺐ‬ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬ 70
5.1 Pengertian dan Huraian Kaedah Asas 3 71
5.2 Contoh Aplikasi Kaedah Asas 3 72
5.3 Sumber Asal atau Dalil Kaedah Asas 3 73
5.4 Kategori Masyaqqah (Kesukaran) Mengikut
Perspektif Syarak 74
5.4.1 Kesukaran yang Sangat Berat
(Al-Masyaqqah Al-ÂAzimah) 75
5.4.2 Kesukaran Tahap Pertengahan
(Al-Masyaqqah Al-Mutawassitah) 75
5.4.3 Kesukaran Tahap Ringan (Al-Masyaqqah
Al-Khafifah) atau Kesukaran Tahap Biasa
(Al-Masyaqqah Al-ÂAdiyah) 76
5.5 Kriteria Masyaqqah yang Membawa Kemudahan 76
5.6 Faktor Keringanan Syarak 77
5.7 Rukhsah Syarak dari Sudut Amalan Ibadah 78
5.8 Rukhsah Syarak dari Sudut Status Hukum 80
5.9 Cabang atau Pecahan Kaedah Asas 3 80
5.10 Peranan Kaedah Asas 3 dalam Memutuskan Sesuatu Hukum
dan Fatwa di Malaysia 82
5.10.1 Kaedah Fiqh sebagai Sumber Hukum 83
5.10.2 Kaedah Fiqh sebagai Hujah Sokongan 83
5.10.3 Implikasi Pemakaian Kaedah Fiqh 86
Rumusan 87
Kata Kunci 89
Rujukan 89

Topik 6 Kaedah Asas 4: Kemudaratan Mesti Dihilangkan atau


Dihapuskan (‫ال‬
ُ ‫ﻳُـ َﺰ‬ ‫)اَﻟﻀ َﱠﺮُر‬ 91
6.1 Pengertian dan Huraian Kaedah Asas 4 92
6.2 Contoh Aplikasi Kaedah Asas 4 92
6.3 Pengertian Istilah Penting yang Terdapat
dalam Kaedah Asas 4 94
6.4 Kategori Maqasid Syariah 95

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

6.5 Sumber Asal atau Dalil Kaedah Asas 4 96


6.6 Cabang atau Pecahan Kaedah Asas 4 97
6.6.1 Kaedah Pecahan 1: Keadaan Darurat Mengharuskan
Perkara yang Dilarang (Al-Darurah Tubih
al-Mahzurat) 98
6.6.2 Kaedah Pecahan 2: Apa yang Diharuskan dalam
Keadaan Darurat Dikira Mengikut Kadar
Keperluannya Sahaja (Ma Ubih li al-Darurah
Yuqaddar Bi Qadariha) 98
6.6.3 Kaedah Pecahan 3: Kemudaratan Tidak Boleh
Dihilangkan dengan Mendatangkan Kemudaratan
yang Lain (Al-Darar La Yuzal Bi Al-Darar) 99
6.6.4 Kaedah Pecahan 4: Apabila Bertentangan antara Dua
Kemudaratan, Hendaklah Dihindarkan yang Lebih
Berat dan Dilaksanakan yang Lebih Ringan
(Iza TaÊarad Mufsidatani RuÊiya AÊzamuhuma
Dararan Birtikabi Akhaffihima) 100
6.6.5 Kaedah Pecahan 5: Menolak Kerosakan Itu
Diutamakan atau Didahulukan daripada Mengambil
Manfaat atau Kemaslahatan (DarÊu Al-Mafasid
Muqaddam ÂAla Jalb Al-Masalih) 101
6.6.6 Kaedah Pecahan 6: Keperluan atau Hajat Menempati
Kedudukan Darurat Sama Ada yang Bersifat Umum
atau Khusus (Al-Hajah Tanzilu Manzilat
Al-Darurah ÂAmmah Kanat Aw Khassah) 102
6.7 Isu Fiqh Perubatan Semasa: Kaitannya dengan
Kaedah Asas 4 104
6.7.1 Pemisahan Rawatan Pesakit Mati Otak
(Brain Death) 104
6.7.2 Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela) 104
6.7.3 Hukum Eutanasia (Mercy Killing) 105
Rumusan 107
Kata Kunci 108
Rujukan 109

Topik 7 Kaedah Asas 5: Adat sebagai Sumber Rujukan Hukum


(ٌ‫ـﺎدةُ ُﻣ َﺤ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟ َْﻌ‬ 110
7.1 Pengertian dan Huraian Kaedah Asas 5 111
7.2 Contoh Aplikasi Kaedah 112
7.3 Pengertian Adat dan Uruf Menurut Ulama 113
7.4 Sumber Asal atau Dalil Kaedah Asas 5 114
7.5 Kategori Adat atau Uruf dalam Syariat Islam 115

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

7.6 Kehujahan Adat Menurut Pandangan Ulama 116


7.7 Syarat Keharusan Beramal dengan Adat dan Uruf 118
7.8 Cabang atau Pecahan Kaedah Asas 5 118
7.8.1 Kaedah Pecahan 1: Tidak Dinafikan Berlakunya
Perubahan Hukum Disebabkan Perubahan Zaman
(La Yunkaru Taghayyur al-Ahkam Bi Taghayyur
al-Azman) 119
7.8.2 Kaedah Pecahan 2: Sesuatu yang Biasa Diamalkan
oleh Orang Ramai, Merupakan Hujah yang Wajib
Beramal dengannya (IstiÊmal al-Nas Hujjah Yajib
al-ÂAmal Biha) 121
7.8.3 Kaedah Pecahan 3: Ketentuan Berdasarkan Uruf
seperti Ketentuan Berdasarkan Nas (Al-TaÊyin Bi
al-ÂUrf Ka al-TaÊyin Bin Nas) 122
7.9 Muamalat yang Berasaskan Budaya Masyarakat
di Malaysia dan Kaitannya dengan Kaedah Asas 5 123
Rumusan 124
Kata Kunci 126
Rujukan 126

Topik 8 Kaedah Umum 1: Ijtihad Tidak Boleh Dibatalkan dengan Ijtihad


(‫ﺎد ﻻَ ﻳُـ ْﻨـ َﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬﺎد‬
ُ ‫)اَ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬ‬ 128
8.1 Pengertian dan Huraian Kaedah Umum 1 129
8.2 Sumber Asal atau Dalil Kaedah Umum 1 132
8.3 Contoh Aplikasi Kaedah Umum 1 133
Rumusan 134
Kata Kunci 135
Rujukan 135

Topik 9 Kaedah Umum 2: Jika Bercampur antara Halal dengan Haram,


ِ
Dikira sebagai Haram (‫ْﺤ َﺮام‬
َ ‫اﻟ‬ َ ‫ْﺤ َﺮ ُام ﻏُﻠﱢ‬
‫ﺐ‬ َ ‫)إِ َذا ا ْﺟﺘَ َﻤ َﻊ اﻟ‬
َ ‫ْﺤﻼَ ُل َواﻟ‬ 137
9.1 Pengertian dan Huraian Kaedah Umum 2 138
9.2 Contoh Aplikasi Kaedah Umum 2 140
9.3 Contoh Pengecualian daripada Kaedah Umum 2 140
9.4 Sumber Asal atau Dalil Kaedah Umum 2 141
9.5 Aplikasi Semasa Kaedah Umum 2 142
Rumusan 144
Kata Kunci 145
Rujukan 145

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

Topik 10 Kaedah Umum 3: Urusan Pemerintah Berkenaan Rakyat


Hendaklah Berlandaskan Maslahah
ٌ ‫ف ا ِﻹ َﻣ ِﺎم َﻋﻠَﻰ اﻟ ﱠﺮ ِﻋﻴﱠ ِﺔ َﻣﻨُـ ْﻮ‬
ْ ‫ط ﺑِﺎﻟ َْﻤ‬
(‫ﺼﻠَ َﺤﺔ‬ ُ ‫ﺼ ﱡﺮ‬
َ َ‫)ﺗ‬ 147
10.1 Pengertian dan Huraian Kaedah Umum 3 148
10.2 Contoh Aplikasi Kaedah Umum 3 150
10.3 Sumber Asal atau Dalil Kaedah Umum 3 152
Rumusan 153
Kata Kunci 154
Rujukan 154

Topik 11 Kaedah Umum 4: Mengambil Kira Sesuatu Pernyataan adalah


Lebih Baik daripada Mengabaikannya
(‫)إِ ْﻋ َﻤﺎْ ُل اﻟْ َﻜﻼَِم أ َْوﻟَﻰ ِﻣ ْﻦ إِ ْﻫ َﻤﺎﻟِ ِﻪ‬ 156
11.1 Pengertian dan Huraian Kaedah Umum 4 157
11.2 Contoh Aplikasi Kaedah Umum 4 158
Rumusan 159
Kata Kunci 160
Rujukan 160

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal hingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran panting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
ADSF3103 Pengenalan QawaÊid Fiqhiyyah ialah kursus Open University
Malaysia (OUM) yang diuruskan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan. Kursus ini
bernilai 3 jam kredit yang akan diliputi selama 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Diploma
Pendidikan Islam. Sebelum mengikuti kursus ini, anda perlu memahami
kandungan kursus dan bagaimana kursus ini dijalankan serta keperluan-
keperluannya. Untuk itu, anda perlu membaca panduan ini dengan teliti dari
mula hingga akhir.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran
kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pengajaran-pembelajaran serta
persekitaran yang ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda
maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut
dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang
bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam 3
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan tentang penggunaan kaedah fiqh;
2. Menguasai qawa'id fiqhiyyah dengan baik;
3. Menggunakan segala kaedah mengikut prinsipnya yang sebenar; dan
4. Mengeluarkan hukum berdasarkan qawa'id fiqhiyyah dengan tepat
disamping melaksanakan istinbat hukum dengan lebih berkesan.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 11 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang dirumuskan berikut:

Topik 1 membincangkan mengenai pengenalan kepada qawaÊid fiqhiyyah


dengan memulakan pengertian qawaÊid al-fiqh, perbezaan antara qawaÊid
fiqhiyyah dengan qawaÊid usuliyyah, faktor terbentuknya qawaÊid fiqhiyyah,
faedah mempelajari ilmu qawaÊid al-fiqh, sumber pengambilan ilmu qawaÊid al-
fiqh dan sejarah perkembangan ilmu qawaÊid al-fiqh.

Topik 2 membincangkan kepentingan qawaid fiqhiyyah dalam perundangan


Islam di samping memperkenalkan kitab dan tokoh ilmu qawaÊid al-fiqh
mengikut susunan mazhab.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

Topik 3 memperkenalkan Kaedah Asas 1: Setiap perkara dinilai berdasarkan niat


(al-umuru bi maqasidiha) kepada anda. Dalam topik ini, anda akan mempelajari
pengertian dan huraian kaedah berserta contohnya, sumber atau dalil kaedah
dan pecahan daripada kaedah ini. Akhir sekali, konsep niat dan pandangan
ulama berkaitan kaedah ini akan turut diperbincangkan.

Topik 4 membincangkan Kaedah Asas 2: Keyakinan tidak hilang dengan


keraguan (al-yaqin la yuzal bi al-syak). Anda akan diperkenalkan dengan
maksud kaedah ini berserta contohnya, keadaan yang dikecualikan daripada
kaedah ini dan lima istilah yang berkaitan dengan kaedah ini. Kemudian, anda
akan mempelajari sumber asal atau dalil kaedah, pecahan daripada kaedah ini,
peranan dan implikasi kaedah di samping melihat pandangan para ulama
terhadap kaedah ini.

Topik 5 merupakan lanjutan kaedah asas di mana dalam topik ini, anda akan
mempelajari Kaedah Asas 3: Kesukaran membawa kemudahan (al-masyaqqah
tajlib al-taysir). Pertama sekali, anda akan mempelajari maksud, contoh dan
sumber asal bagi kaedah ini. Kemudian, anda akan mempelajari pula bagaimana
kemudahan diberikan mengikut perspektif syarak. Akhir sekali, perbincangan
tentang pecahan kaedah, peranan dan implikasi kaedah ini akan turut diberikan.

Topik 6 membincangkan kaedah asas keempat iaitu kemudaratan mesti


dihilangkan atau dihapuskan (al-darar yuzal). Seperti biasa, topik ini akan
dimulakan dengan maksud dan contoh bagi kaedah keempat ini. Ini diikuti
dengan perbincangan mengenai istilah dan sumber asal bagi kaedah. Akhir
sekali, topik ini akan menjelaskan kepada anda pecahan kaedah dan bagaimana
kaedah ini digunakan dalam isu perubatan semasa.

Topik 7 menghuraikan kaedah asas terakhir iaitu Kaedah Asas 5: Adat sebagai
sumber rujukan hukum (al-Âdah muhakkamah). Pertama sekali, anda akan
diperkenalkan dengan maksud dan contoh bagi kaedah ini. Kemudian,
perbincangan tentang maksud uruf dan adat dari pandangan ulama akan turut
dipersembahkan. Seterusnya, anda akan mempelajari tentang dalil atau sumber
kaedah, kategori adat dan uruf serta lima syarat untuk membolehkan adat dan
uruf diamalkan mengikut perspektif Islam. Akhir sekali, kita akan melihat
bagaimana kaedah ini dipraktikkan dalam sistem muamalat di Malaysia.

Topik 8 membincangkan pula tentang kaedah umum. Dalam topik ini, kaedah
umum pertama iaitu ijtihad tidak boleh dibatalkan dengan ijtihad (al-ijtihad la
yunqad bi al-ijtihad) akan diperkenalkan. Anda akan mempelajari maksud,
sumber dan bagaimana kaedah ini diaplikasikan dalam topik ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Topik 9 meneruskan perbincangan tentang kaedah umum kedua iaitu jika


bercampur antara halal dengan haram, dikira sebagai haram (iza ijtamaÊa al-halal
wa al-haram ghulliba al-haram). Seperti biasa, maksud, sumber dan bagaimana
kaedah ini dipraktikkan akan dihuraikan kepada anda. Tidak ketinggalan, anda
juga akan mempelajari keadaan yang dikecualikan daripada kaedah ini.

Topik 10 membincangkan kaedah umum ketiga iaitu urusan pemerintah


berkenaan rakyat hendaklah berdasarkan maslahah (tasarruf al-imam Âala al-
raÊiyyah manut bi al-maslahah). Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan
dengan maksud, contoh dan sumber dalil bagi kaedah ini.

Topik 11 merupakan topik terakhir di mana ia akan membincangkan tentang


kaedah umum keempat. Topik ini akan menjelaskan maksud kaedah mengambil
kira sesuatu pernyataan adalah lebih baik daripada mengabaikannya (ÂiÊmal al-
kalam awla min ihmalihi) berserta contoh dan bagaimana untuk
mempraktikkannya.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencanakan pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik,
anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselit pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik atau tidak dan seterusnya menyediakan
anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada
soalan-soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiiviti juga diselit pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas kembali
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukaan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myVLE.

RUJUKAN
Abdul Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Al-Nadawi Ali Ibn Ahmad. (1994). Al-qawaid al-fiqhiyyah. Damsyik: Dar al-
Qalam.
Al-Suyuti Jalal al-Din Abd Rahman. (1959). Al-ashbah wa al-nazaÊir. Kaherah:
Matbaah Mustafa al-Babi al-Halabi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Al-ZarqaÊ Ahmad Ibn Muhammad. (1996). Syarah al-qawaid al-fiqhiyyah.


Damsyik: Dar al-Qalam.
Hassan Ahmad, & Salleh Ahmad. (2002). Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala
Lumpur: Pustaka Abdul Majid.
Ibn Nujaym Zayn al-Abidin Ibn Ibrahim. (1968). Al-ashbah wa al-nazaÊir ala
madhhab abi hanifah al-nuÊman. Kaherah: MuaÊssasah al-Halabi.
Izz al-Din Ibn Abd al-Salam. (1968). Qawaid al-ahkam fi masalih al-anam (Jil. 1-
2). Mesir: Maktabah Islamiyyah.
Mahmassani. (1987). Falsafah al-tashriÊ fi al-Islam: The philosophy of Islamic
jurisprudence in Islam. Kuala Lumpur: Hizbi.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR


ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh
dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
1 QawaÊid
Fiqhiyyah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan qawaÊid fiqhiyyah;
2. Mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara qawaÊid fiqhiyyah
dengan qawaÊid usuliyyah;
3. Menyatakan beberapa faktor yang membentuk qawaÊid fiqhiyyah
dan faedah mempelajarinya;
4. Mengenal pasti empat sumber rujukan utama qawaÊid fiqhiyyah;
dan
5. Merumuskan perkembangan ilmu qawaÊid fiqhiyyah.

 PENGENALAN
Topik pertama ini akan membincangkan pengertian qawaÊid fiqhiyyah dan
perbezaan antara qawaÊid fiqhiyyah dengan qawaÊid usuliyyah yang
dikemukakan oleh para ulama. Pembelajaran anda akan diteruskan dengan
perbahasan mengenai faktor kemunculan qawaÊid fiqhiyyah dan faedah
mempelajarinya, sumber rujukan utama qawaÊid fiqhiyyah dan
perkembangannya menurut catatan sejarah.

Tahukah anda setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., tidak terdapat lagi


pembatalan hukum kerana penurunan wahyu telah berakhir? Namun, ruang
ijtihad masih terbuka luas untuk diperbincangkan dan diperbahaskan atas dasar
prinsip fiqh Islam yang fleksibel. Ini adalah kerana Islam merupakan din al-
rahmah wa al-samhah di mana Islam mempunyai kelebihan dan kemampuan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
2  TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH

untuk menganugerahkan jalan penyelesaian bagi kemudahan umatnya. Ini


adalah secara khusus ketika menghadapi masalah hukum berdasarkan ijtihad
yang berkaitan dengan adat atau Âuruf kebiasaan manusia di mana ia sentiasa
berubah disebabkan oleh perubahan masa, zaman dan tempat. Ittifaq ulama
turut mengakui bahawa hukum tidak dapat dinafikan mengalami perubahan
mengikut rentetan perubahan zaman.

Sedarkah anda bahawa ilmu qawaÊid fiqhiyyah merupakan salah satu disiplin
ilmu baru? Ia membantu memudahkan pengajian dan proses istinbat (analisis)
hukum fiqh. Ilmu ini terbentuk disebabkan oleh kematangan perbahasan dan
pengalaman fiqh dalam kalangan para fuqaha. Ilmu ini penting untuk dipelajari
oleh setiap mukallaf, walaupun hanya secara umum dan asas. Asas ilmu ini
adalah penting (berserta dengan beberapa kaedah utama daripada kaedah
fiqh) kerana dengannya, seseorang itu berupaya mengkategori atau
mengklasifikasikan permasalahan fiqh mengikut kesesuaian kaedah fiqh. Oleh
itu, ketetapan hukum dapat dihasilkan, namun perlu berdasarkan kepada
sumber asal atau dalil kaedah yang qatÊi dan relevan.

Untuk makluman anda, kaedah fiqh mempunyai kedudukan dan peranan yang
amat penting dalam sistem perundangan Islam. Menurut ulama, tanpa kaedah
fiqh, akan timbul perselisihan antara hukum fiqh di mana akhirnya ia akan
menyebabkan tiada penyelesaian yang baik dapat diambil. Oleh itu, penguasaan
ilmu kaedah fiqh dalam kalangan hakim, mufti, penyelidik dan pelajar adalah
perlu kerana ia dapat membantu kita menyelesaikan masalah yang timbul
(terutamanya bagi masalah yang tiada sebarang nas daripada al-Quran dan
Sunnah mengenainya) selain berupaya mengaplikasikannya terhadap isu fiqh
kontemporari yang berlaku pada hari ini.

1.1 PENGERTIAN QAWA’ID FIQHIYYAH


Pertama sekali, mari kita pelajari apakah yang dimaksudkan dengan qawaid
fiqhiyyah. Tahukah anda terdapat dua perspektif untuk mentakrifkan qawaid
fiqhiyyah? Dua perspektif tersebut adalah seperti yang dinyatakan dalam
Jadual 1.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH  3

Jadual 1.1: Pengertian QawaÊid Fiqhiyyah

Perspektif Etimologi Prespektif Terminologi Fuqaha


 QawaÊid fiqhiyyah berasal dari  Hasil daripada gabungan qawaÊid dengan
dua perkataan Arab iaitu al- fiqhiyyah, maka terbentuklah satu istilah yang
qawaÊid dan fiqhiyyah. tersendiri iaitu qawaÊid fiqhiyyah. Ilmu qawaÊid
Qawa'id merupakan kata fiqhiyyah membawa maksud ilmu tentang
jamak kepada perkataan prinsip fiqh yang bersifat universal (kulliyyah)
"qaÊidah‰ yang membawa dalam bentuk teks yang ringkas, namun padat.
maksud asas atau prinsip. Ia sekali gus dapat disesuaikan pada
Manakala perkataan keseluruhan topik perbahasan dalam hukum
„fiqhiyyah‰ membawa fiqh Islam yang relevan dengannya.
maksud al-fahmu iaitu  Menurut Mustafa al-ZarqaÊ, beliau mentakrifkan
kefahaman. qawaÊid fiqhiyyah sebagai asas atau prinsip fiqh
yang bersifat menyeluruh dalam bentuk teks
perundangan yang ringkas. Ia merangkumi
hukum yang disyariatkan secara umum pada
perkara yang termasuk di bawah tajuk
perbahasannya.
 Muhammad al-Ruki pula mentakrifkan qawaÊid
fiqhiyyah sebagai kaedah hukum yang bersifat
umum dan diambil daripada dalil al-Quran dan
Sunnah. Ia ditulis dalam bentuk yang ringkas
tetapi menyeluruh dan padat; sekali gus dapat
disesuaikan kepada keseluruhan juzÊiyyah atau
cabang perbahasan dalam ilmu fiqh.
 Menurut Abu Hasan al-Nadwi pula, beliau
mendefinisikan qawaÊid fiqhiyyah sebagai teks
atau prinsip perundangan yang universal,
merentasi pelbagai bidang dan isu fiqh yang
berkaitan dengannya.

Sebagai kesimpulan, qawaÊid fiqhiyyah  ialah kaedah dalam undang-undang


Islam yang disusun dan didokumentasikan oleh para ulama untuk menjadi
antara asas rujukan bagi memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang
kaedah hukum.

QawaÊid fiqhiyyah mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Antara


keistimewaannya ialah teksnya yang dibentuk dalam beberapa kalimah yang
ringkas dan padat serta dalam bentuk lafaz yang umum. Walau bagaimanapun,
maknanya adalah luas dan mencakupi cabang masalah yang terperinci.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH

Namun, anda perlu tahu bahawa qawaÊid fiqhiyyah  tidak dapat merangkumi
semua permasalah fiqh; dalam situasi tertentu, qawaÊid fiqhiyyah ini tidak sesuai
diguna pakai atau diaplikasikan. Justeru itu, ulama mengatakan qawaÊid
fiqhiyyah ini sebagai kaedah yang bersifat majoriti atau aghlabiyyah
(‫)أﻛﺜﺮ ﻗﻮاﻋﺪ اﻟﻔﻘﻪ أﻏﻠﺒﻴﺔ‬. Atas asas itulah, para fuqaha tidak mengharuskan para
hakim ketika membuat penghakiman bergantung atau berpegang sepenuhnya
kepada kaedah yang dinyatakan tanpa merujuk kepada nas yang lain.

Walau bagaimanapun, qawaÊid fiqhiyyah sememangnya mempunyai nilai yang


tinggi dan amat penting dalam perlaksanaan hukum, sekalipun ia mempunyai
beberapa pengecualian terhadap beberapa masalah tertentu yang dianggap
sebagai ‫دﺳﺎﺗﲑ ﻟﻠﺘﱠﻔﻘﻴﻪ‬ (beberapa peraturan dan cara bagi menajamkan kefahaman
fiqh) dan bukannya sebagai nas kepada penghakiman.

Dengan kata lain, menurut Mustafa al-ZarqaÊ (ketika membahas tentang hukum
kaedah fiqh), beliau menyebut bahawa meskipun kaedah fiqh adalah prinsip
umum tetapi kaedah ini telah berjaya menyelesaikan sebahagian besar hukum
fiqh (ahkam) yang mana tidak ada sumber hukum yang jelas dalam al-Quran
dan Sunnah.

1.2 PERBEZAAN ANTARA AL-QAWA’ID AL-


FIQHIYYAH DENGAN AL-QAWA’ID AL-
USULIYYAH
Tahukah anda dalam kajian para fuqaha, qawaÊid fiqhiyyah  merupakan disiplin
ilmu tersendiri? Ini adalah sama seperti usul fiqh yang merupakan disiplin ilmu
tersendiri. Kedua-dua disiplin ilmu ini masing-masing mempunyai kaedah,
perbezaan dan persamaan yang tersendiri.

Menurut Ali al-Nadawi, Imam Syihab al-Din al-Qarafi merupakan ulama


pertama yang membezakan antara qawaÊid usuliyyah dengan qawaÊid fiqhiyyah.
Al-Qarafi menegaskan bahawa syariah ilahiyyah merupakan syariah yang
terunggul. Ia diberikan oleh Allah kemuliaan dan ketinggian melalui usul dan
furuÊnya.

Secara umumnya, qawaÊid usuliyyah adalah kaedah dari tatabahasa dan


perbendaharaan Arab yang digunakan untuk memahami teks dalil. Manakala,
qawaÊid fiqhiyyah pula adalah kaedah hasil daripada kesimpulan terhadap
pelbagai isu fiqh yang mempunyai elemen dan hukum yang sama. Dengan kata
lain, ia digunakan untuk memahami maksud hukum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH  5

Menurut Ibn Taimiyyah pula, terdapat perbezaan dasar antara qawaÊid


usuliyyah dengan qawaÊid fiqhiyyah. Qawaid usuliyyah membahaskan tentang
dalil umum, manakala qawaÊid fiqhiyyah merupakan kaedah yang
membahaskan tentang hukum yang bersifat umum. Jadi, qawaÊid usuliyyah
membicarakan tentang dalil yang bersifat umum, sedangkan qawaid fiqhiyyah
membicarakan tentang hukum yang bersifat umum.

Perbincangan lanjut tentang perbezaan yang signifikan antara qawaÊid fiqhiyyah


dengan qawaÊid usuliyyah adalah seperti dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2: Perbezaan antara QawaÊid Fiqhiyyah dengan QawaÊid Usuliyyah

QawaÊid Fiqhiyyah QawaÊid Usuliyyah


 QawaÊid fiqhiyyah muncul  QawaÊid usuliyyah adalah perintis
terkemudian dalam membincangkan terdahulu dalam membicarakan tentang
berkaitan hukum fiqh Islam. hukum fiqh Islam.
 Skop perbahasan qawaÊid fiqhiyyah  Skop perbahasannya adalah berkaitan
adalah berkaitan tindakan mukallaf dalil dan nas serta hukum hakam dalam
sama ada dari sudut perbuatan atau fiqh Islam.
perkataan.  QawaÊid usuliyyah berfungsi sebagai
 QawaÊid fiqhiyyah berfungsi istinbat ahkam (analisis hukum)
mengumpulkan hukum yang serupa daripada dalil al-Quran dan hadis. Ia
kepada satu hukum yang sama. Ia juga menjadi wasilah atau alat kepada
berperanan mengadakan dan pengambilan dan kesimpulan sesuatu
menetapkan hukum syarak (bagi hukum syarÊie.
situasi ketiadaan nas, ada nas namun  QawaÊid usuliyyah dari sudut
terdapat kepelbagaian tafsiran, ada nas autoritinya mampu berdiri dengan
namun terdapat perselisihan fuqaha). sendirinya. Oleh itu, ia mampu
 QawaÊid fiqhiyyah dari sudut membuatkan kita berpegang kepadanya
autoritinya mampu menyokong kerana ia adalah bersandarkan kepada
sesuatu dalil tetapi tidak boleh menjadi dalil tafsili (terperinci).
dalil. Ia tidak mampu berdiri dengan  QawaÊid usuliyyah adalah lebih umum
sendirinya, melainkan disokong oleh dan menyeluruh. Ia meliputi seluruh
dalil syarÊie. furuÊ (cabang) dan tidak banyak
 QawaÊid fiqhiyyah bersifat pengecualian.
aghlabiyyah (umum dan menyeluruh)  Antara contoh qawaÊid usuliyyah adalah
serta mempunyai banyak istisnaÊat „al-aslu fi al-amri li al-wujub‰. Dalam
(pengecualian). kaedah ini, ia tidak mengandungi
 Antara contoh qawaÊid fiqhiyyah hukum syarak, namun kaedah ini
adalah „al-darar yuzal‰. Dalam kaedah membolehkan kita mengambil hukum
ini, ia mengandungi hukum syarak bahawa setiap dalil (sama ada daripada
bahawa sebarang kemudaratan wajib al-Quran dan hadis yang bermakna
dihilangkan. perintah) menunjukkan bahawa ianya
wajib.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH

Bagaimana pula dengan persamaan? Dari satu sudut, qawaÊid fiqhiyyah


memiliki persamaan dengan qawaÊid usuliyyah. Kedua-duanya sama
membahaskan kaedah dan memiliki bahagian yang menyentuh perkara dan
masalah yang berbentuk juzÊi dan terperinci.

Sebagai rumusan, biarpun terdapat perbezaan antara qawaÊid fiqhiyyah dengan


qawaÊid usuliyyah, namun terdapat juga persamaan antara keduanya. Justeru,
antara kedua-dua ilmu tersebut, mereka saling melengkapi dan mempunyai
ikatan yang rapat. Perbezaan yang terbentuk hanyalah dari sudut ibarat sahaja,
khasnya dalam konteks penyempurnaan skop dan bidang perbahasan yang
berkaitan dengannya.

AKTIVITI 1.1

1. Huraikan dengan jelas pengertian qawaÊid fiqhiyyah dari sudut


etimologi dan terminologi fuqaha.

2. Bincangkan bersama rakan anda berkaitan perbezaan dan


persamaan antara qawaÊid fiqhiyyah dengan qawaÊid usuliyyah.

3. Kemukakan pandangan Ibn Taymiyyah dan al-Qarafi berkaitan


perbezaan dan persamaan qawaÊid fiqhiyyah dengan qawaÊid
usuliyyah.

1.3 FAKTOR TERBENTUKNYA QAWA’ID


FIQHIYYAH
Menurut al-Suyuti dalam kitabnya al-Asybah wa al-NazaÊir, beliau menyebut
bahawa surat khalifah Umar al-Khattab r.a. kepada Abu Musa al-AsyÊari ada
menyatakan antaranya ialah:

ِ ِ‫ أَ ْﻋ ِﺮف ْاﻷ َْﻣﺜَﺎ َل َواْﻷَ ْﺷﺒَ َﺎﻩ ﰒُﱠ ﻗ‬,‫ﺎب َواﻟ ﱡﺴـﻨﱠ ِﺔ‬
ِ َ‫ﻚ ِﰲ اﻟْ ِﻜﺘ‬ ِ ِ ِ
‫ﺲ‬ َ ‫ ﳑﱠﺎ َﱂْ ﻳَـْﺒـﻠُ ْﻐ‬,‫ﺻ ْﺪ ِرَك‬
َ ‫"أﻟْ َﻔ ْﻬ ُﻢ ﻓْﻴ َﻤﺎ َﳜْﺘَﻠ ُﺞ ِ ْﰲ‬
"‫ﺎﳊَ ﱢﻖ ﻓِْﻴ َﻤﺎ ﺗَـَﺮى‬ ِ ‫ﺎﻋ ِﻤ ْﺪ إِﱃ أَﺣﺒﱢـﻬﺎ إِﱃ‬
ْ ِ‫اﷲ َوأَ ْﺷﺒَ ِﻬ َﻬﺎ ﺑ‬ َ ََ َ ْ َ‫ ﻓ‬,‫ْاﻷُُﻣ ْﻮَر ِﻋْﻨ َﺪ َك‬
Maksudnya: "Fahamilah benar-benar masalah yang engkau hadapi yang mana
hukum-hukumnya engkau tidak temui dalam al-Quran dan Sunnah. Ketahuilah
persamaan dan keserupaannya. Setelah itu, kiaskan hukum tersebut ke arah
yang lebih disukai oleh Allah s.w.t. dan yang lebih hampir kepada yang benar."

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH  7

Berdasarkan huraian tadi, kita dapati bahawa antara faktor yang membawa
kepada terbentuknya qawaÊid fiqhiyyah ini ialah peranan yang dimainkan oleh
ulama dan mujtahid. Mereka dengan penuh komited menggunakan pemikiran
mereka mengembangkan ilmu ini berdasarkan ilmu pengetahuan dan kepakaran
mereka selaras dengan konsep syariat yang sesuai dilaksanakan tanpa mengira
masa, zaman dan tempat. Justeru, para ulama dengan gigihnya berusaha sedaya
mungkin bergiat dalam proses pengumpulan, penyaringan dan penyimpulan isu
fiqh yang timbul.

Dalam konteks lain, ulama dan mujtahid juga mengkaji, mendalami dan
menganalisis semua ruang serta sumber perundangan Islam yang luas dan
berijtihad dengan ilmu yang dimiliki untuk mengkaji prinsip syariat yang
relevan dengan keadaan semasa dan tempat. Justeru, mereka mempraktikkan
kaedah yang berbentuk umum terhadap masalah furuÊ yang baru dan yang telah
wujud dalam masyarakat.

Selain itu, antara faktor atau elemen lain yang membawa kepada terbentuknya
qawaÊid fiqhiyyah (sebagaimana yang diterangkan oleh para ulama dan
berdasarkan fakta sejarah) ialah kewujudan nas yang dapat ditafsirkan dengan
berbagai tafsiran. Ini adalah kerana terdapat nas yang berbentuk umum dan
merangkumi pelbagai masalah dan juga nas yang mutlak di mana ia melahirkan
pendapat untuk mengikatnya atau untuk memuqayyadkannya.

Selain itu, qawaÊid fiqhiyyah ini juga muncul akibat kewujudan kaedah umum
yang berasaskan adat atau Âuruf kebiasaan yang muncul dalam perkembangan
hidup manusia dari satu generasi ke satu generasi yang lain dan dari satu zaman
ke satu zaman yang lain. Oleh itu, terdapat banyak perubahan yang berlaku
selaras dengan perubahan zaman dan generasi. Ini secara tidak langsung
menimbulkan pelbagai isu fiqhiyyah yang memerlukan kepada status hukum
yang jelas. Maka, kaedah yang sesuai perlu diaplikasikan untuk menyelesaikan
masalah hukum furuÊ tersebut.

Oleh itu, qawaÊid fiqhiyyah memerlukan sumber logikal dan amalan yang
berterusan (sebagai adat atau Âuruf) untuk mengeluarkan hukum yang fleksibel
di samping untuk menangani persoalan fiqh semasa yang sentiasa wujud dan
berterusan.

Sebagai rumusan, penetapan prinsip atau kaedah tertentu adalah amat penting
untuk memudahkan dan menyelesaikan masalah fiqhiyyah yang lahir
disebabkan oleh masalah fiqh dan furuÊ yang terlalu banyak dan luas. Justeru,
para ulama telah mengembalikan semua masalah furuÊ tersebut kepada lima
kaedah asas yang utama iaitu al-qawaÊid al-khams al-kubra. Ekoran daripada itu
juga, terbentuklah pelbagai kaedah kulliyyah dan juzÊiyyah yang banyak di

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH

mana masing-masing berperanan untuk menyelesaikan pelbagai masalah atau


isu fiqh semasa dan kontemporari.

1.4 FAEDAH MEMPELAJARI ILMU QAWA’ID


FIQHIYYAH
Apakah faedah mempelajari ilmu qawaÊid fiqhiyyah? Antara faedah mempelajari
ilmu qawaÊid fiqhiyyah adalah seperti berikut:
(a) Membantu mujtahid, hakim dan mufti dalam berijtihad, mengeluarkan
fatwa dan memutuskan sesuatu kes dengan merujuk kepada kaedah
fiqhiyyah;
(b) Membantu ulama untuk mengetahui secara terperinci berkaitan prinsip
syariah dan fiqh;
(c) Memahami hakikat fiqh, sumber pengambilan dan hikmah di sebalik
kemunculan kaedah fiqhiyyah;
(d) Mengetahui hukum daripada masalah fiqh yang timbul sepanjang zaman
dan tidak mempunyai nas dari al-Quran dan Sunnah;
(e) Melalui ilmu qawaÊid fiqhiyyah, seseorang itu tidak perlu menghafal
masalah juzÊiyyat yang terlalu banyak jumlahnya. Ini adalah kerana
masalah juzÊiyyat tersebut sudah termasuk dalam kaedah kulliyah; dan
(f) Pecahan dan cabang masalah fiqh dapat dikuasai dan diketahui melalui
kaedah fiqhiyyah.

AKTIVITI 1.2

1. Nyatakan faktor yang membentuk qawaÊid fiqhiyyah.

2. Terangkan faedah mempelajari qawaÊid fiqhiyyah.

3. Bincangkan bersama rakan anda kepentingan qawaÊid fiqhiyyah


dalam perundangan Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH  9

1.5 SUMBER PENGAMBILAN ILMU QAWA’ID


AL-FIQH
Menurut kajian ulama, sumber utama pengambilan ilmu qawaÊid fiqhiyyah
adalah empat. Mari kita lihat Rajah 1.1 berikut untuk mengetahui sumber
tersebut dengan lebih terperinci.

Rajah 1.1: Sumber pengambilan ilmu qawaÊid fiqhiyyah

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Kemukakan empat sumber pengambilan utama ilmu qawaÊid


fiqhiyyah.

2. Bincangkan bersama rakan anda maksud istilah al-ijtihad, al-athar,


al-istinbat dan al-istiqraÊ.

1.6 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU


QAWA’ID AL-FIQH
Menurut catatan sejarah, perkembangan qawaid fiqhiyyah dapat diklasifikasikan
kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama (pertumbuhan dan
pembentukan), peringkat kedua (perkembangan dan pembukuan) dan peringkat
ketiga (kemantapan dan penyempurnaan). Ketiga-tiga peringkat ini diterangkan
dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH

1.6.1 Peringkat Pertama: Peringkat Pertumbuhan dan


Pembentukan (‫)ﻃﻮر اﻟﻨّﺸـﻮء واﻟﺘّﻜـﻮﻳﻦ‬

Tahukah anda bahawa ilmu qawaÊid fiqhiyyah telah bermula sejak tiga kurun
pertama awal Hijrah? Ini merujuk kepada zaman Rasulullah s.a.w., para sahabat,
tabiÊin dan tabiÊal-tabiÊin di mana ia merupakan zaman permulaan terbentuknya
kaedah fiqh.

Tahukah anda bahawa Rasulullah s.a.w. dianugerahkan oleh Allah kelebihan


dan keistimewaan „jawamiÊ al-kalam"? Keistimewaan ini membolehkan Baginda
menuturkan kata yang ringkas dan padat, namun memberi makna yang luas.
Terdapat banyak sabda Baginda yang dijadikan kaedah umum, contohnya
seperti berikut:

ِ ‫ﺎل ﺑِﺎﻟﻨﱢـﻴﱠ‬
".... ‫ﺎت‬ ْ ‫"إِﱠﳕَﺎ اﻷ‬
ُ ‫َﻋ َﻤ‬
Maksudnya: "Setiap amalan itu bergantung kepada niatnya."

Begitu juga terdapat beberapa ayat al-Quran yang secara jelas telah
menunjukan kepentingan qawaid fiqhiyyah. Antaranya adalah yang terdapat
dalam surah al-Baqarah, ayat 228. Firman Allah s.w.t.:

∩⊄⊄∇∪ 4 Å∃ρá÷èpRùQ$$Î/ £⎯Íκön=tã “Ï%©!$# ã≅÷WÏΒ £⎯çλm;uρ

Maksudnya: "...dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan


kewajipannya menurut cara yang makruf⁄."

Berdasarkan ayat tersebut, ia menunjukkan bahawa lahirnya kaedah dengan


membenarkan adat kebiasaan sebagai penentu atau rujukan hukum. Terdapat
juga athar sahabat yang pendek dan padat yang dapat dijadikan sebagai sumber
pengambilan dalam ketentuan hukum. Antaranya ialah athar Ali bin Abi Talib
r.a. yang diriwayatkan oleh Abd al- Razaq:

"‫"ﻣﻦ ﻗﺎﺳﻢ اﻟﺮﺑﺢ ﻓﻼ ﺿﻤﺎن ﻋﻠﻴﻪ‬


Maksudnya: "Orang yang membahagikan keuntungan tidak harus menanggung
kerugian."

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH  11

Timbul juga kaedah dalam kalangan para TabiÊin dan antaranya adalah
pernyataan Imam al-Syafie yang berikut:

"‫"اﻷﻋﻈﻢ إذا ﺳﻘﻂ ﻋﻦ اﻟﻨﺎس ﺳﻘﻂ ﻣﺎ ﻫﻮ أﺻﻐﺮ ﻣﻨﻪ‬


Maksudnya: "Apabila yang besar gugur, maka yang kecil pun gugur."

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan huraian tadi? Berdasarkan


huraian, kita dapat menyimpulkan bahawa:
(a) QawaÊid fiqhiyyah telah lahir semenjak kurun pertama, ke-2 dan ke-3
Hijrah. Ketika itu, ia belum dikenali sebagai kaedah fiqh dan belum
menjadi satu disiplin ilmu tersendiri;
(b) Perkembangan qawaÊid fiqhiyyah dapat dilihat kepada pernyataan ulama
yang telah dibincangkan tadi kerana mereka adalah antara rujukan
terpenting ilmu kaedah fiqh;
(c) Beberapa kaedah fiqh yang dibentuk ulama mutaqaddimin, sepertimana
yang dikemukakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Imam al-SyafiÊi dan
juga beberapa kaedah fiqh yang terbentuk hasil daripada ulama
mutaÊakhirin; dan
(d) Athar dan pernyataan ulama mutaqaddimin menjadi rujukan ulama
mutaÊakhirin dalam membentuk, mengumpul dan mengkodifikasikan
qawaÊid fiqhiyyah.

1.6.2 Peringkat Kedua: Peringkat Perkembangan dan


Pembukuan (‫)ﻃﻮر اﻟﻨّﻤﻮ واﻟﺘّـﺪوﻳﻦ‬

Pada peringkat ini, ilmu kaedah fiqh dan disiplinnya semakin mendapat tempat,
berkembang secara tersendiri dan mencapai kedudukan yang istimewa. Zaman
ini merupakan zaman perkembangan dan pembukuan di mana ia bermula pada
kurun ke-4 Hijrah.

Ulama pertama yang melakukan pembukuan ilmu kaedah fiqh adalah ulama
dari mazhab Hanafi iaitu Abu Hasan al-Karkhi (wafat pada 340H). Dalam
risalahnya Usul Al- Karkhi, Abu Hasan al-Karkhi mengembangkan 17 kaedah
dari Imam Abu Tahir al-Dabbas sehinggalah menjadi 39 kaedah. Setelah al-
Karkhi, ulama mazhab Hanafi lain yang mengembangkan ilmu kaedah fiqh
adalah Abu Zaid Ubaidullah al-Dabbusi (wafat pada 430H) dalam kitabnya
TaÊsis al- Nazar. Seterusnya, ilmu qawaÊid fiqhiyyah semakin berkembang dari
semasa ke semasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH

Pada kurun ke-7 Hijrah, qawaÊid fiqhiyyah mengalami perkembangan yang


sangat signifikan. Antara ulama yang menulis kitab qawaÊid pada abad ini ialah
al-ÂAllamah Muhammad bin Ibrahim al-Jurjani (wafat pada 613H) yang menulis
kitab al-QawaÊid fi FuruÊ al-SyafiÊiyyah, kemudian diikuti oleh al-Imam ÂIzzudin
ÂAbd al-Salam (wafat pada 660H) yang menulis kitab QawaÊid al-Ahkam fi
Masalih al-Anam (merupakan antara kitab terkenal).

Dari kalangan mazhab Maliki adalah Muhammad bin Abdullah bin Rasyid al-
bakri (wafat pada 685H) yang menulis kitab al-Muzhab fi Dabt QawaÊid al-
Mazhab dan terdapat banyak lagi kitab yang lain. Karya ini menunjukkan
bahawa qawaÊid fiqhiyyah mengalami perkembangan yang hebat dan meluas
pada abad ke-7 Hijrah.

Pada kurun ke-8 Hijrah, ilmu qawaÊid fiqhiyyah mengalami zaman keemasan
dengan munculnya banyak pembukuan kitab qawaÊid fiqhiyyah. Antaranya
ialah ulama SyafiÊiyyah yang tergolong dalam golongan yang paling aktif dan
kreatif. Antara karya besar yang muncul dalam abad ini ialah al-Asyabah wa al-
NazaÊir karya Ibn al-Wakil al-SyafiÊi (wafat pada 716H), kitab al-QawaÊid karya
al-Maqqari al-Maliki (wafat pada 758H), al-MajmuÊ al-Muzhab fi Dhabt al-
Mazhab karya al-ÂAllai al-SyafiÊi (wafat pada 761H) dan lain-lain.

Karya besar yang mengkaji qawaÊid fiqhiyyah dan disusun pada kurun ke-9
Hijrah banyak mengikuti metode karya abad sebelumnya. Antara karya tersebut
ialah kitab al-QawaÊid karya Ibnu al-Mulaqqin (wafat pada 804H), Asnal
Maqasid fi Tahrir al-QawaÊid karya Muhammad bin Muhammad al-Zubayri
(wafat pada 808H) dan kitab al-QawaÊid karya Taqiyuddin al-Hisni (wafat pada
829H). Dengan demikian, ilmu qawaÊid fiqhiyyah semakin berkembang secara
beransur-ansur.

Pada kurun ke-10 Hijrah, pengkodifikasian qawaÊid fiqhiyyah semakin


berkembang. Imam al-Suyuti (wafat pada 911H) adalah antara ulama yang telah
berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam mengumpulkan qawaÊid
fiqhiyyah dari rujukan karya al-ÂAllaÊi, al-Subki dan al-Zarkasyi. Beliau
mengumpulkan qawaÊid fiqhiyyah tersebut dalam kitabnya al-Asybah wa al-
NazaÊir. Kitab karya ketiga-tiga tokoh ulama tersebut masih mencakupi qawaÊid
usuliyah dan fiqhiyyah, kecuali kitab karya al-Zarkasyi.

Perkembangan dan pembukuan qawaÊid fiqhiyyah terus berkembang sehingga


ke kurun seterusnya. Perkembangan ini membuatkan ulama di zaman ini hampir
dapat menyempurnakan ilmu qawaÊid fiqhiyyah dengan sebaiknya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH  13

1.6.3 Peringkat Ketiga: Peringkat Kemantapan dan


Penyempurnaan (‫اﻟﺮﺳـﻮخ واﻟﺘّﻨﺴﻴﻖ‬
ّ ‫)ﻃﻮر‬
Zaman ini merupakan zaman pengkhususan dan zaman mengkanunkan fiqh.
Zaman tersebut secara khususnya bermula pada kurun ke-13 Hijrah.
Berdasarkan catatan sejarah, pengkodifikasian ilmu qawaid fiqhiyyah mencapai
kemuncaknya pada zaman Sultan al-Ghaziy Abdul Aziz dari dinasti
Uthmaniyyah. Hasil sepakat dan usaha gigih ulama fiqh yang muncul pada
zaman ini telah berjaya mengasaskan Majallah al-Ahkam al-ÂAdliyyah. Selepas
itu, muncul ulama fiqh yang membuat ulasan serta huraian terhadap Majallah al-
Ahkam al-ÂAdliyyah tersebut, khususnya pada zaman akhir kerajaan
Uthmaniyyah.

Antara kitab qawaÊid fiqhiyyah yang tersohor pada zaman mutakhir ini ialah
Majallah al-Ahkam al-ÂAdliyyah al-ÂUthmaniyyah yang mana ia mula
dikanunkan pada 26 SyaÊban 1292H bersamaan 1876H. Kebanyakan kanun dan
perbahasan fiqh serta kaedahnya dalam majalah tersebut berdasarkan mazhab
Hanafi. Seterusnya, ia berjaya dikanunkan dalam kerajaan Uthmaniyyah secara
meluas serta dilaksanakan di Wilayah Syam yang berpusat di Turki untuk
tempoh masa lebih kurang 50 tahun.

Sebagai rumusan, Turki telah mengambil tindakan dan beralih kepada


pelaksanaan perundangan wadÊi (semasa). Dalam Majallah al-Ahkam al-
ÂAdliyyah tersebut, terdapat 99 fasa atau maddah yang mana setiap satunya
menyebut tentang kaedah fiqh.

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Senaraikan tiga fasa perkembangan ilmu qawaÊid fiqhiyyah.

2. Berikan tiga tokoh ilmu qawaÊid fiqhiyyah serta karya mereka.

3. Bincangkan secara ilmiah sejarah pembentukan, pembukuan dan


kemantapan ilmu qawaÊid fiqhiyyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH

Ć QawaÊid fiqhiyyah mempunyai pelbagai takrifan yang diutarakan oleh para


ulama sama ada ulama klasik dan kontemporari.

Ć Dari sudut bahasa, qawaÊid fiqhiyyah berasal dari dua perkataan bahasa
Arab iaitu qawaÊid dan fiqhiyyah. Qawa'id merupakan kata jamak kepada
perkataan „qaÊidah‰ yang membawa maksud asas atau prinsip. Manakala
perkataan fiqhiyyah membawa maksud „al-fahmu‰ iaitu kefahaman.

Ć Secara umumnya, qawaÊid fiqhiyyah membawa maksud ilmu tentang prinsip


fiqh yang bersifat universal (kulliyyah) dalam bentuk teks yang ringkas
tetapi padat; ia dapat disesuaikan pada keseluruhan topik perbahasan dalam
hukum fiqh Islam yang berkaitan dengannya.

Ć Terdapat perbezaan dan persamaan antara qawaÊid fiqhiyyah dengan


qawaÊid usuliyyah. Perbezaan umum antara keduanya ialah qawaÊid
usuliyyah membicarakan tentang dalil yang bersifat umum, manakala
qawaÊid fiqhiyyah membicarakan tentang hukum yang bersifat umum.
Persamaan antara keduanya ialah sama-sama membahaskan kaedah dan
memiliki bahagian yang berkaitan dengan perkara dan masalah yang
berbentuk juzÊi dan terperinci.

Ć Terdapat beberapa faktor yang membentuk qawaÊid fiqhiyyah. Antaranya


ialah peranan yang dimainkan oleh ulama dan mujtahid, kewujudan nas
yang dapat ditafsirkan dengan berbagai tafsiran dan kewujudan kaedah
umum yang berasaskan adat atau Âuruf kebiasaan.

Ć Terdapat beberapa faedah mempelajari ilmu kaedah fiqh. Antaranya adalah:


‒ Membantu ulama untuk mengetahui secara terperinci berkaitan prinsip
syariah dan fiqh;
‒ Membantu mujtahid, hakim dan mufti dalam berijtihad, mengeluarkan
fatwa dan memutuskan sesuatu kes dengan merujuk kepada kaedah
fiqhiyyah; dan
‒ Memahami hakikat fiqh, sumber pengambilan dan hikmah di sebalik
kemunculan kaedah fiqhiyyah.

Ć QawaÊid fiqhiyyah dalam perundangan Islam mempunyai empat sumber


utama iaitu al-Quran, Sunnah, al-athar dan al-ijtihad.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH  15

Ć Mengikut catatan sejarah, perkembangan ilmu kaedah fiqh mempunyai tiga


fasa iaitu fasa pertumbuhan dan pembentukan, fasa perkembangan dan
pembukuan serta fasa kemantapan dan penyempurnaan.

Aglabiyyah JuzÊiyyah
Al-athar Kulliyyah
Al-ijtihad MutaÊakkhirin
Al-istinbat Mutaqaddimin
Al-istiqraÊ QawaÊid usuliyyah
Amaliyyah Qawaid fiqhiyyah
FuruÊ

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Al-Nadwiyy ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik: Dar al-
Qalam.
Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid
wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-ZarqaÊ Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik: Dar
al-Qalam.
Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kitab dan
2 Tokoh Ilmu
QawaÊid
Fiqhiyyah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan kepentingan ilmu kaedah fiqh dalam perundangan
Islam;
2. Mengenal pasti tokoh ilmu kaedah fiqh;
3. Mengenal pasti kitab rujukan ilmu kaedah fiqh; dan
4. Mengelaskan kitab dan tokoh ilmu qawaid fiqhiyyah mengikut
mazhab.

 PENGENALAN
Topik kedua ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan
kepentingan ilmu kaedah fiqh dalam perundangan Islam. Anda akan
diperkenalkan secara umum kepada tokoh besar dalam ilmu ini serta karya
mereka yang masyhur. Selain itu, topik ini juga akan menyenaraikan kitab
terkenal dalam ilmu kaedah fiqh mengikut al-mazahib al-ÂarbaÊah dan
menerangkan kepada anda secara ringkas isi kandungannya. Mari kita mulakan!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH  17

2.1 KEPENTINGAN QAWA’ID FIQHIYYAH


DALAM PERUNDANGAN ISLAM
Subtopik pertama ini akan membincangkan tentang kepentingan qawaÊid
fiqhiyyah. Sedarkah anda bahawa qawaÊid fiqhiyyah merupakan antara ilmu
terpenting dalam perundangan Islam? Berikut adalah pandangan ulama yang
menyokong kepentingan ilmu ini.

Menurut al-Qarafi, qawaÊid fiqhiyyah memberi manfaat yang amat besar


terhadap fiqh. Sementara itu, ÂIzzuddin bin ÂAbd al-Salam pula menyatakan
bahawa qawaÊid fiqhiyyah merupakan salah satu kaedah untuk memperoleh
maslahah dan menolak mafsadah. Pernyataan ini ditegaskan oleh ÂIzzuddin
dalam kitabnya QawaÊid al-Ahkam fi Masalih al-Anam. Pernyataan ini hampir
sama dengan penegasan oleh Imam al-Suyuti dalam kitabnya al-Asybah wa al-
NazaÊir. Beliau menegaskan bahawa ilmu kaedah fiqh merupakan ilmu yang
agung di mana melaluinya manusia dapat mengetahui hakikat fiqh, tempat
perolehannya, tempat pengambilan dan rahsianya. Dengan ilmu ini, seseorang
akan lebih menonjol dalam pemahaman dan penghayatannya terhadap fiqh dan
mampu untuk menghubung, mengeluarkan hukum dan mengetahui hukum
masalah yang tidak tertulis, hukum peristiwa, kejadian dan isu yang sentiasa
berlaku sepanjang masa.

Hasbi al-Siddieqy mengemukakan dalam bukunya Pengantar Hukum Islam


bahawa seseorang yang hendak mengeluarkan ijtihad memerlukan kaedah kulli
(bersifat umum) atau qawaÊid fiqhiyyah yang menjadi panduan dalam
penetapan hukum Islam.

Selain itu, al-ZarqaÊ turut mengakui kepentingan dan kemanfaatan qawaÊid


fiqhiyyah terhadap fiqh. Dengan mengetahui dan menguasai qawaÊid fiqhiyyah,
kemampuan dan keupayaan ahli fiqh untuk memperjelaskan kaedah
penghasilan fatwa akan semakin bertambah. Ini adalah kerana bagi orang yang
berpegang kepada furuÊ fiqh tanpa merujuk kepada qawaÊid fiqhiyyah, dia
hanya akan menemui banyak pertentangan atau perselisihan dalam masalah
furuÊ fiqh dan bukannya kaedah untuk mengatasinya.

Berdasarkan huraian tadi, kita boleh simpulkan bahawa qawaÊid fiqhiyyah


mempunyai peranan yang signifikan dalam perundangan Islam. Oleh itu, ulama
dari semua mazhab fiqh sejak dahulu telah memberikan tumpuan dan perhatian
besar dalam merangka, merumuskan dan menyusun kaedah fiqh sehingga
tersusunnya kitab khusus yang membahaskan kaedah fiqh tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH

AKTIVITI 2.1

1. Bincangkan bersama rakan anda sejauh manakah kepentingan


qawaÊid fiqhiyyah dalam perundangan Islam.

2. Kemukakan pandangan ulama berkaitan kepentingan qawaÊid


fiqhiyyah dalam perundangan Islam.

3. Kemukakan pandangan anda tentang sejauh manakah


kepentingan qawaÊid fiqhiyyah dalam menangani isu fiqh semasa.
Sertakan dua contoh yang relevan.

2.2 TOKOH ULAMA DALAM ILMU KAEDAH


FIQH
Subtopik kedua ini akan membincangkan tokoh ulama dalam ilmu kaedah fiqh.
Secara umumnya, terdapat ramai tokoh ulama dalam bidang ini. Walau
bagaimanapun, topik ini hanya akan membincangkan tiga daripadanya iaitu
Imam al-Suyuti, Imam 'Izzudin dan Syeikh al-Zarqa'.

2.2.1 Imam al-Suyuti


Tahukah anda bahawa Imam al-Suyuti adalah antara penulis yang tersohor,
dikenali dan paling produktif? Nama lengkapnya ialah al-Hafiz ÂAbd al-Rahman
Ibn al-Kamal Abi Bakr bin Muhammad bin Sabiq al-Din Ibn al-Fakhr Uthman bin
Nazhir al-Din al-Hamam al-Khudairi al-Suyuti. Kemunculannya ialah pada akhir
abad pertengahan.

Beliau dilahirkan pada 849H (1445M) di Asyut, satu wilayah di Mesir. Ulama
Murabbi ini kematian ayahnya ketika berusia enam tahun. Takdir yang
memilukan itu tidak menjadi alasan atau halangan bagi beliau untuk membina
kejayaan. Perjalanan hidupnya tetap diteruskan dengan semangat cintakan ilmu
yang berputik semenjak kanak-kanak lagi. Cinta dan minat yang luar biasa
terhadap ilmu pengetahuan telah mencetuskan usaha dan kesungguhan beliau
untuk mendapatkannya. Selain itu, beliau juga memiliki ketajaman minda dan
daya ingatan yang kuat. Oleh itu, usaha menuntut ilmu adalah tidak terlalu
sukar baginya. Malah semasa berusia lapan tahun, beliau sudah pun menghafaz
al-Quran dengan hafazan yang baik dan sempurna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH  19

Imam al-Suyuti juga dapat menghafaz beberapa kitab yang popular pada masa
itu. Antaranya ialah al-Umdah, Minhaj Fiqh, al-Usul dan al-Fiyah(Alfiyah) oleh
Ibn Malik. Beliau juga turut mempelajari pelbagai bidang ilmu lain dalam
kesempatan masa yang ada. Oleh itu, dalam usia belasan tahun, al-Suyuti sudah
menguasai ilmu fiqh, nahu, faraÊid, tafsir, usul, ilmu bahasa dan maÊani.

Bermula dari situ, sedikit demi sedikit terbitlah bakat terpendam Imam al-Suyuti
dalam menyusun buku ringkas tentang pelbagai ilmu di samping terus
meluaskan lagi pengetahuannya dalam cabang ilmu Hadis. Seperti imam besar
yang lain, Imam al-Suyuti tidak berasa puas menuntut ilmu di satu tempat
sahaja, meskipun daripada ramai tuan guru. Tradisi ahli ilmu yang suka
merantau dari satu tempat ke tempat lain juga turut diamalkan oleh Imam al-
Sayuti, malah perantauan ilmunya turut membawanya hingga jauh ke India dan
Maghribi.

Imam al-Sayuti juga pernah berguru dengan Imam Ibn Hajar, mengkaji kitab
Sahih Muslim. Beliau mengakui bahawa jumlah keseluruhan gurunya adalah
sekitar 150 orang di mana mereka ini mengajarnya pelbagai jurusan ilmu
pengetahuan. Walaupun begitu, ulama besar ini tetap mengatakan bahawa
ilmunya masih cetek dan tidak banyak.

Beliau kemudiannya mula mengajar; jumlah murid yang datang menuntut ilmu
dengannya terus bertambah. Namun, pada usia hampir 40 tahun, Imam al-Sayuti
mula gemar bersendiri. Minat dan kecenderungannya lebih tertumpu kepada
kerja penulisan. Baginya, bakat semasa remaja dahulu perlu dimanfaatkan
sepenuhnya pada usia begini.

Oleh itu, Imam al-Suyuti pun bersungguh-sungguh memfokuskan dirinya dalam


bidang penulisan. Hasilnya, beliau telah berjaya menghasilkan sekitar 300 kitab
(ada pendapat mengatakan 600) serta risalah kecil yang dikarangnya selama
tempoh 22 tahun. Ini membuktikan bahawa ketekunan dan kesungguhan luar
biasa ulama ulung ini. Dalam tempoh tersebut juga, Imam al-Sayuti terus aktif
menulis sehinggalah ke hujung hayatnya.

Imam al-Suyuti banyak bersendirian dalam bilik khas di rumahnya yang


dijadikan sebagai tempat untuk beliau menulis. Bilik khas tersebut diberi nama
„rawdah al-miqyas‰. Di sinilah juga tempat dia menghabiskan sisa
kehidupannya.

Antara kitab karangan Imam al-Suyuti yang masyhur adalah Zhar al-Rabbiy ÂAla
Mutaba Li al-NasaÊi, al-Hawalik Âala MuwathtaÊ Malik, al-JamiÊ al-Shaghir wa
Dzailuh, Marqat al-ShuÊud Syarh Sunan Abi Dawud, Tadrib al-Rawi bi Syarh,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH

Tawqib al-Nawawi dan termasuklah kitab Al-Asybah Wa al-NazaÊir fi QawaÊid


Wa FuruÊ Fiqh al-SyafiÊiyyah.

Allah s.w.t. menjemput insan mulia ini pulang mengadap-Nya dalam usia 60
tahun; Imam al-Suyuti menghembuskan nafas terakhir kerana lumpuh dan sakit
pada tangan kirinya yang berlanjutan selama seminggu.

2.2.2 Imam ‘Izzuddin bin ‘Abd al-salam


Menurut catatan sejarah Islam, nama lengkapnya ialah ÂAbd al-ÂAziz bin ÂAbd al-
salam bin Abi Al-Qasim bin Hasan bin Muhammad bin Muhadzdzab. Beliau
dilahirkan di Damsyik pada tahun 577H dan wafat pada tahun 660H di Kaherah.
Beliau digelar ÂIzzuddin dan juga Sultan al-Ulama (raja para ulama) oleh
muridnya, Ibn Daqiq al-ÂId. Ini adalah sebagai penghargaan terhadap kerja keras
beliau menjaga reputasi ulama pada ketika itu. Usaha itu adalah berdasarkan
sikapnya yang tegas melawan tirani dan kediktatoran.

Imam 'Izzudin pernah memegang jawatan kadi di kota Damsyik selama


beberapa tahun. Namun, kerana tidak sehaluan dengan pemerintah pada ketika
itu, beliau pun berhijrah ke Mesir. Najmuddin Ayyub, pemerintah Mesir pada
ketika itu telah menyambut kedatangannya dengan baik lalu melantik beliau
sebagai khatib masjid JamiÊ Amr bin Al-Ash dan kadi di Kaherah.

Menurut Taj al-Din al-Subki, Imam ÂIzzuddin merupakan Syaikhul Islam wal
Muslimin di mana beliau merupakan salah seorang imam yang terkemuka,
sultanul ulama, penyeru kepada yang makruf dan pencegah kemungkaran dan
orang yang memahami hakikat, rahsia dan maqasid (tujuan) syariat.

Ibn Kathir dalam bukunya Al-Bidayah wa An-Nihayah menyebut bahawa


ÂIzzuddin memiliki karya yang terkenal, menguasai mazhab, menghimpun
banyak ilmu, memberi sumbangan yang bererti bagi murid-muridnya dan aktif
mengajar di madrasah-madrasah. Selain itu, beliau juga aktif memberi fatwa di
kebanyakan daerah. Perwatakan beliau disifatkan sebagai seorang yang lemah
lembut, rupawan serta banyak menghimpunkan syair.

Salah seorang muridnya, Syeikh Syihabuddin Abu Syamah mengatakan bahawa


beliau adalah orang yang lebih layak menyampaikan khutbah dan memimpin
solat. Selain itu, beliau juga berupaya menghilangkan bidaah yang dilakukan
oleh khatib.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH  21

Imam ÂIzzuddin merupakan ulama yang tegas dalam beramar makruf dan nahi
mungkar. Setiap kali melihat perbuatan makruf ditinggalkan, ia menyeru umat
untuk mengerjakannya. Sebaliknya, bila perbuatan mungkar bermaharajalela,
beliau tidak segan silu untuk mencegahnya. Rasulullah s.a.w. pernah
menyatakan bahawa sebaik-baik jihad adalah mengatakan yang hak di depan
penguasa yang zalim. Bagi ÂIzzuddin, hadis tersebut sebagai perangsang
semangatnya, sehinggakan beliau sering kali mendatangi pemerintah untuk
menyampaikan nasihat dan kritikan secara langsung.

Pernah suatu ketika Imam 'Izzuddin menemui Sultan Najamudin Ayyub yang
sedang duduk dalam istananya yang tersergam indah. Imam ÂIzzuuddin berkata,
„Hai Ayyub, apa hujahmu di depan Allah bila Dia bertanya padamu, bukankah
Aku telah memberikanmu kekuasaan di Mesir, lalu kenapa kamu menjual
khamar?" Sultan menjawab, "Apakah itu benar berlaku?" Lalu beliau pun
menjawab, "Benar, seorang wanita menjual khamar di kedainya sedang engkau
asyik duduk di istanamu!" Jawab sultan, "Tuanku, itu adalah perbuatan sultan
sebelumnya iaitu ayahku." Jawapan tersebut bersifat membela diri. Maka, Imam
'Izzuddin pun menjawab semula, "Bererti engkau termasuk antara mereka yang
mengatakan Âinna wajadna abaÊana ala ummahÊ (sesungguhnya, kami mendapati
bapa kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami orang yang
mendapat petunjuk mereka).‰ Beliau lalu meminta sultan menutup kedai
tersebut. Imam ÂIzzuddin pernah ditanya kenapa beliau tidak takut mengkritik
sultan. Beliau menjawab, ‰Anakku, aku menghadirkan ketakutan kepada Allah.
Lalu serta-merta sultan bagaikan kucing di hadapanku.‰ Sultan akhirnya
menutup kedai tersebut dan sejak itu, beliau komited tidak akan membiarkan
kemungkaran berlaku.

Imam ÂIzzuddin pernah berguru dengan Syeikh Fakhruddin bin ÂAsakir,


mempelajari usul daripada Syeikh Saifuddin Al-Amidi dan mempelajari hadis
daripada Al-Hafiz Abu Muhammad al-Qasim dan al-Hafiz al-Kabir Abu al-
Qasim bin ÂAsakir. Beliau juga menimba ilmu daripada Barakat bin Ibrahim al-
KasyuÊi, al-Qadi ÂAbd al-Samad bin Muhammad al-Harastani dan lain-lain. Ini
adalah berdasarkan penjelasan Imam al-Subki dalam Tabaqat al-SyafiÊiyah.
Imam al-Subki juga turut menyebut nama sebahagian daripada murid Imam
ÂIzzuddin. Antaranya ialah Ibn Daqiq Al-Id, Imam ÂAlau al-Din Abu Muhammad
al-Dimyathi dan Al-Hafiz Abu Bakar Muhammad bin Yusuf bin Masdi.

Menurut ÂIzzuddin Al-Husaini, Imam ÂIzzuddin merupakan tokoh ilmuan pada


zamannya yang menguasai pelbagai disiplin keilmuan. Menurut ulama lain,
Imam ÂIzzuddin adalah sultanul ulama dan syaikhul ulama di mana ilmunya
dianggap bagaikan lautan. Ada juga orang menyebut ilmunya adalah lebih
banyak daripada karyanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH

Antara karya beliau ialah al-QawaÊid al-Kubra, al-QawaÊid al-Sugra, QawaÊid al-
Ahkam fi Masalih al-Anam, al-Imamah fi Adillat al-Ahkam, al-Fatawa al-
Misriyyah, al-Fatawa al-Mawsuliyah, Majaz al-QurÊan, Syarah al-MaÊarif, al-
Tafsir, al-Ghayah fi Ikhtisar al-Nihayah, Mukhtasar Sahih Muslim dan QawaÊid
al-Ahkam Fi Masalih al-Anam.

2.2.3 Al-Zarqa’ Ahmad Ibn Muhammad


Tokoh terakhir yang akan anda pelajari ialah al-Zarqa' Ahmad. Nama penuh
beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Uthman bin Muhammad bin Abdul
Qadir al-ZarqaÊ. Beliau dilahirkan pada tahun 1868M di Halab, Syria dan
meninggal pada tahun 1938M. Beliau merupakan ulama terulung dalam mazhab
Hanbali dan merupakan guru di Sekolah Khusrawiyyah dan aktif mengajar fiqh
dan hadis di beberapa masjid di Halab, antaranya ialah masjid al-Umawi. Anak
beliau, Mustafa al-ZarqaÊ pula sering kali mengiringi dan mendampingi beliau
sepanjang beliau berkhidmat kepada umat Islam.

Bapa al-Zarqa' Ahmad ialah Syeikh Muhammad bin Uthman bin Muhammad
bin Abdul Qadir al-ZarqaÊ. Bapanya juga merupakan ulama yang masyhur dan
disegani di Halab, malah di Syria. Bapa beliau dilahirkan pada tahun 1832M dan
meninggal pada tahun 1925M. Beliau pernah memegang jawatan hakim di
institut fatwa dan pernah dipanggil oleh Syeikh al-Islam di Istanbul untuk
membantu dalam memfatwakan hukum berkaitan dengan permasalahan harian
dan isu fiqh semasa serta masalah yang berkaitan dengan adat atau Âuruf
kebiasaan yang timbul dengan berpandukan kepada syariat. Selepas itu, beliau
pulang ke Halab bagi meneruskan perkhidmatan beliau kepada agama dan
ummah.

Kecintaan keluarga ini terhadap ilmu pengetahuan diteruskan kepada keturunan


seterusnya, di mana menjadi kebiasaan bagi keluarga ini berhimpun pada setiap
hari selepas solat Maghrib. Dalam perbincangan ini, Muhamad (ayah) dan
Mustafa (anak) akan bersama-sama berbincang dan bertukar-tukar pendapat
mengenai masalah fiqhiyyah dan isu semasa. Kadangkala, perbincangan mereka
dihadiri oleh ulama lain bagi memberi sumbangan fikrah dan sama-sama
berganding bahu demi mencari keredaan Allah.

Syeikh Ahmad al-ZarqaÊ juga terkenal dengan kecerdasan akal fikirannya yang
tinggi sehingga mampu menghafal al-Quran dengan sebaiknya. Beliau juga
dikenali dengan ketinggian akhlak penuh dengan kewarakan dan tawaduk,
selaras dengan tuntutan agama dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Al-ZarqaÊ juga
turut meminati sejarah, sastera, tafsir, hadis, mantiq, fiqh dan lain-lain. Beliau
banyak bertemu dengan cendekiawan Islam untuk mempelajari dan
membahaskan ilmu yang berkaitan. Beliau juga banyak mempelajari pelbagai
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH  23

bidang ilmu dari bapanya. Antara ilmu yang dipelajarinya ialah kitab agung
Radd al-Muhtar Âala al-Dur al-Mukhtar oleh Ibn ÂAbidin, kitab Tabyin al-HaqaÊiq
Âala Kanz al-DaqaÊiq, al-Asybah wa al-NazaÊir oleh Ibn Nujaym dan lain-lain.
Beliau juga mempunyai ingatan yang mengagumkan dan sumbangannya
terhadap penulisan adalah sangat membanggakan.

Dari segi personalitinya, Syeikh Ahmad merupakan seorang yang tenang,


berfikiran terbuka dan sentiasa berlapang dada. Beliau tidak fanatik dengan
pendapatnya, jika terdapat kebenaran pendapat orang lain dan sentiasa
berbincang secara ilmiah walaupun dengan pelajarnya. Selain itu, beliau juga
tidak fanatik dengan mazhab, malah membuat tarjih, walaupun bukan dari
pegangan mazhabnya. Beliau juga seorang yang penyabar terutamanya dalam
menuntut ilmu pengetahuan dan menghadapi kerenah pelajar dan madÊunya
dalam menyelesaikan permasalahan mereka. Beliau sentiasa menjawab
persoalan yang timbul tanpa jemu dan tanpa mengira waktu. Syeikh Ahmad
merupakan ulama yang sangat gigih dalam menyebarkan ilmu. Karya beliau
telah banyak memberi sumbangan besar kepada sistem kehidupan umat Islam.

Syeikh Ahmad mempunyai kepakaran dalam bidang fiqh. Beliau diiktiraf


sebagai salah seorang yang pakar dalam bidang fiqh Hanafi. Namun, beliau juga
pakar dalam mazhab lain seperti mazhab Maliki, Hanbali dan Syafie. Selain itu,
beliau juga mempunyai kepakaran dalam ilmu kaedah fiqh sehingga lahirnya
kitab karya beliau iaitu Syarh al-QawaÊid al-Fiqhiyyah.

AKTIVITI 2.2

1. Namakan tiga tokoh ulama bagi ilmu kaedah fiqh.

2. Huraikan sumbangan tokoh ulama tersebut.

3. Bincangkan bersama rakan anda tentang mengapakah ulama


terdahulu begitu gigih dalam menimba ilmu pengetahuan.

2.3 KITAB RUJUKAN UNTUK ILMU KAEDAH


FIQH
Tahukah anda apakah rujukan utama dalam ilmu qawaÊid al-fiqh? Untuk
makluman anda, terdapat banyak rujukan utama dalam ilmu qawaÊid fiqhiyyah.
Antaranya adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH

Jadual 2.1: Beberapa Rujukan Utama Ilmu Qawa'id Fiqhiyyah

Rujukan Penulis Huraian


Usul al- Abu al- Imam al-Karkhi merupakan tokoh ilmuan pertama yang
Karkhi Hasan al- menyusun, menulis dan membukukan ilmu qawaÊid
Karkhi fiqhiyyah. Kitab ini merupakan rujukan paling awal
(340H) dalam ilmu qawaÊid fiqhiyyah. Ia berbentuk risalah
ringkas yang mengandungi 36 kaedah yang mana setiap
kaedah dimulakan dengan perkataan „asal‰.
TaÊsis al- Abu Zaid al- Beliau merupakan ulama tersohor dalam mazhab Hanafi
Nazar Dabusi dan merupakan tokoh pertama yang mempelopori ilmu
(340H) khilaf yang sekarang ini dikenali sebagai fiqh muqaran
(perbandingan). Kitab ini mengandungi 86 kaedah dan
kebanyakannya adalah qawaÊid al-mazhab.
QawaÊid al- Izzuddin bin Karya ini adalah karangan yang sangat unik dari segi isi
Ahkam Fi Abd al- kandungannya. Isi kandungannya menyerlahkan objektif
Masalih al- Salam utama syariat (‫ )مقاصد الشريعة‬iaitu menghasilkan
Anam (660H) kemaslahatan dan mengelak kemudaratan
(‫)جلب المصالح ودرء المفاسد‬. Di samping itu, kitab ini juga
memuatkan kaedah umum yang lain.
Al-Furuq Abul Abbas Kitab ini adalah antara produk yang paling bernilai
al-Qarafi dalam dunia fiqh Islam. Ini adalah kerana tidak wujud
(684H) karangan seumpama ini sebelumnya. Ia bukan hanya
mengandungi pelbagai kaedah, malah mengandungi
penerangan tentang perbezaan antara kaedah yang
mungkin dilihat serupa, namun sebenarnya mempunyai
perbezaan. Kaedah yang dimuatkan dalam kitab ini
dikeluarkan dan disusun ketika beliau membaca kitab
Al-ZakhaÊir. Jumlah kaedah yang terdapat dalam kitab
ini ialah 548 kaedah.
Al-Asybah Ibn al-Wakil Dalam ilmu kaedah fiqh, terdapat beberapa kitab yang
Wa al- al-SyafiÊi dikarang dengan meletakkan nama ÂAl-Asybah Wa al-
NazaÊir (716H) NazaÊirÊ. Antaranya ialah kitab yang dikarang oleh Ibn
Al-Wakil. Ia adalah kitab pertama yang menggunakan
nama tersebut. Beliau menulisnya ketika dalam musafir
di atas kapal. Namun, beliau wafat tanpa sempat
menyusunnya secara sempurna.
Al-QawaÊid Ibn Kitab ini adalah antara salah satu karya Ibn Taimiyyah.
al- Taimiyyah Beliau menyusun kitab ini mengikut bab fikah. Kitab ini
Nuraniyyah (726H) dimulakan dengan tajuk taharah (bersuci) dan diakhiri
al- dengan tajuk sumpah dan nazar. Di dalam setiap bab
Fiqhiyyah turut membahaskan kaedah dan dawabit al-fiqh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH  25

Al-QawaÊid Al-Maqriy Nama penuh bagi kitab ini ialah ÂAl-QawaÊid Fi Usul
(758H) Masail al-Khilaf. Nama ini sangat bertepatan dengan
kandungannya dan ia adalah antara kitab kaedah fiqh
yang paling luas perbincangannya dalam mazhab
Maliki. Namun, di sesetengah tempat, ia masih
memerlukan kepada penerangan untuk difahami.
Al-MajmuÊ Abu SaÊid Kitab ini adalah antara kitab kaedah fiqh yang sangat
al-Muzhab Al-Alaie bernilai dan dikarang pada kurun ke-8 Hijrah. Ia
Fi QawaÊid (761H) menghimpunkan antara kaedah fiqh dengan kaedah
al-Mazhab usul. Boleh dikatakan bahawa kitab ini merupakan inti
pati bagi segala karangan ulama sebelumnya dalam ilmu
kaedah fiqh dan kaedah usul.
Al-Asybah Tajuddin Ibn Dalam pendahuluan kitab ini, penulis telah menjelaskan
Wa al- al-Subki kepentingan dan kesukaran ilmu kaedah fiqh. Kemudian
NazaÊir (771H) kitab ini membahaskan lima kaedah fiqh yang asas
sebelum membincangkan kaedah yang lain. Keseluruhan
kaedah di dalam kitab ini adalah lebih kurang 60 kaedah.
Ia menjadi rujukan ulama selepasnya dalam penulisan
kaedah fiqh.
Al-Manthur Badruddin Al-Zarkasyi telah menyusun kaedah fiqh dalam kitab ini
Fi al- al-Zarkasyi mengikut huruf hijaÊiyyah. Ia dimulakan dengan huruf
QawaÊid (794H) „Alif‰ dan diakhiri dengan huruf „Ya‰. Maka, kaedah
yang dimulakan dengan huruf Alif akan diletakkan di
bawah bab "huruf Alif". Begitulah juga huruf lain kecuali
huruf „Tha‰ kerana tidak ada kaedah yang dimulakan
dengannya.
Taqrir al- Ibn Rajab al- Kitab ini adalah antara karangan yang paling bernilai
QawaÊid Hanbali dalam ilmu kaedah fiqh bagi mazhab Hanbali. Ia
Wa Tahrir (795H) sebenarnya keajaiban dunia kerana dikarang hanya
al-Fawaid dalam tempoh beberapa hari sahaja, sebagaimana yang
disebut oleh penulis dalam pendahuluan kitab ini.
Dengan kepakaran yang dimiliki oleh penulisnya, kitab
ini memuatkan 160 kaedah di dalamnya.
Al-Asybah Ibn al- Susunan kitab ini adalah mengikut bab fikah. Ia dikarang
Wa al- Mulaqqin secara tertib dan tersusun untuk memudahkan sesiapa
NazaÊir (804H) yang ingin merujuknya. Banyak karangan beliau
merujuk kepada kitab Al-Asybah Wa al-NazaÊir oleh Ibn
al-Subki.
Al-Asybah Jalaluddin Kitab Imam al-Suyuti ini boleh dikatakan sebagai inti
Wa al- al-Suyuti pati kepada semua kitab kaedah fiqh sebelum beliau. Ini
NazaÊir (911H) adalah kerana beliau merupakan tokoh yang hebat
dalam mengumpul fakta dan mengarang secara
tersusun. Tidak hairanlah karangan beliau ini
menjangkau 600 buah. Antara keistimewaan kitab ini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH

ialah beliau membawa dalil atau asal bagi kaedah fiqh


sama ada daripada hadis atau athar sahabat. Turut
dimuatkan adalah pengecualian kaedah dan contoh yang
banyak.
Al-Asybah Ibn Nujaym Dalam pendahuluan kitab ini, Ibn Nujaym menyebut
Wa al- (970H) bahawa beliau menulis kitab ini berpandukan kepada
NazaÊir karya Ibn al-Subki. Jika dibandingkan antara dua kitab
ini, sememangnya ada persamaannya. Perbezaannya
adalah Ibn Nujaym tidak memberi tumpuan kepada
kaedah usul. Kitab ini turut disyarah dan diperbahaskan
oleh beberapa ulama.
Syarh al- Ahmad Ibn Kitab ini memuatkan 99 kaedah fiqhiyyah yang dimulai
QawaÊid al- Muhammad dengan kaedah „al-umur bi maqasidiha‰ dan diakhiri
Fiqhiyyah al-ZarqaÊ dengan kaedah „man saÊa fi naqd ma tamma min
(1868M) jihatihi‰. Huraiannya adalah agak panjang dan disertai
dengan tatbiqat dan mustasnayat.

Sebagai rumusan, Jadual 2.1 tadi telah menyenaraikan sebahagian besar


daripada karya agung ulama Islam yang merupakan sumbangan besar mereka
dalam ilmu kaedah fiqh. Namun, terdapat banyak lagi karya bernilai dalam ilmu
kaedah fiqh yang tidak disebut dalam topik ini. Cuba anda cari di Internet.

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Senaraikan tiga karya ilmu kaedah fiqh berserta pengarangnya.

2. Cari bersama rakan sekelas anda tiga kitab yang masyhur dalam
ilmu kaedah fiqh. Sertakan huraian ringkas mengenai kandungan
kitab tersebut.

2.4 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID


FIQHIYYAH MENGIKUT MAZHAB
Akhir sekali, mari kita lihat kitab dan tokoh ilmu qawaÊid fiqhiyyah mengikut
empat mazhab Islam. Jadual 2.2 menyenaraikannya dengan lebih lanjut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH  27

Jadual 2.2: Kitab dan Tokoh Ilmu QawaÊid Fiqhiyyah Mengikut Mazhab

Mazhab Kitab Tokoh


Hanafi Usul al-Karkhi ÂUbaidullah ibn Hasan al-Karkhi (dari 260H
hingga 340H)
TaÊsis al-Nazar Al-Qadhi, ÂUbaidullah ibn ÂUmar al-Dabbusi
(430H)
Al-Ashbah wa al-NazaÊir Zainudddin ibn Ibrahim Ibn Nujaym (970H)
MajamiÊ al-HaqaÊiq Abu SaÊid al-Khadimi (1176H)
Al-Majallah al-Ahkam al- Lajnah Ulama Daulah ÂUthmaniyyah (1286H)
ÂAdliyyah
Al-FaraÊid al-Bahiyyah fi Ibn Hamzah al-Husaini (1305H)
al-QawaÊid al-FawaÊid al-
Fiqhiyyah
Maliki Anwar al-Buruq fi Anwar Al-Imam Syihabudin ÂAbd al-Abbas Ahmad
al-Furuq atau al-Anwar al-Sonhaji al-Qarafi (dari 260H hingga 340H)
wal-QawaÊid al-Sunniyyah
Al-QawaÊid Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-
Muqarri (758H)
Lidhah al-Masalik ila Ahmad ibn Yahya ibn Muhammad al-
QawaÊid al-Imam Malik Tilmisani al-Winsyarinsi (914H)
Al-IsÊaf bi al-Thalab As-Syaikh Abu al-Qasim ibn Muhammad al-
Mukhtasar Sharh al- Tiwani (995H)
Manhaj al-Muntakhab Âala
QawaÊid al-Mazhab
Syafie QawaÊid al-Ahkam fi ÂIzzuddin ÂAbd al-ÂAziz ibn ÂAbd al-Salam
Masalih al-ÂAnam (dari 577H hingga 660H)
Al-Asybah wan-NazaÊir Sadraddin Abi ÂAbdullah ibn Murahhil, Ibn
Wakil al-SyafiÊi (716H)
MajmuÊ al-Muzhab fi al- Salahuddin Abi SaÊid al-ÂAlaÊi al-SyafiÂi (761H)
QawaÊid al-Mazhab
Al-Asybah wa al-NazaÊir ÂAbdul-Wahhab ibn ÂAli Tajuddin al-Subki
(771H)
Al-Manthur fi Tartib al- Muhammad ibn Bahadur Badruddin az-
QawaÊid al-Fiqhiyyah aw Zarkashi (794H)
al-QawaÊid fi al-FuruÊ
Al-Asybah wa al-NazaÊir Sirajudddin ÂUmar ibn ÂAli al-Ansari atau Ibn
al-Mulaqqin (804H)
Al-QawaÊid Taqiyyuddin Abu Bakr ibn Muhammad ibn
ÂAbdul-MuÊmin al-Hisni (829H)
Al-Asybah wa al-NazaÊir Jalaluddin ÂAbdur Rahman ibn Abi Bakr ibn
Muhammad al-Suyuti (al-Asyuti) (804H)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH

Al-IstighnaÊ fi al-Furuq wa Badruddin Muhammad ibn Abi Bakr ibn


al-IstithnaÊ Sulaiman al-Bakri
Hambali Al-QawaÊid al- Taqiyyuddin Abu al-ÂAbbas Ahmad ibn ÂAbd
Nuuraniyyah al-Fiqhiyyah al-Halim ibn Taymiyyah (dari 661H hingga
728H)
Al-QawaÊid al-Fiqhiyyah Sharifuddin Ahmad ibn al-Hasan ibn Qadhi al-
Jabal al-Maqdisi (771H)
Taqrir al-QawaÊid wa ÂAbdurrahman Syihab ibn Ahmad ibn Abi
Tahrir al-FawaÊid (al- Rajab (Ibn Rajab) al-Hanbali (795H)
QawaÊid)
Al-QawaÊid al-Kulliyyah Jamaluddin Yusuf ibn Hasan ibn Ahmad ibn
wa al-Dawabit al- ÂAbdul-Hadi (dari 1309H hingga 1359H)
Fiqhiyyah (771H)
al-Ahkam al-SyarÂiyyah Ahmad ibn Abdullah al-Qari (dari 1309H
Âala Mazhab al-Imam hingga 1359H)
Ahmad Hanbal

SEMAK KENDIRI 2.2

1. Nyatakan tiga kitab serta pengarangnya bagi setiap mazhab.

2. Huraikan secara ringkas satu karya bagi setiap mazhab dan cari
persamaan dan perbezaan antara karya tersebut.

3. Cari bersama rakan anda kitab al-Asybah wa al-NazaÊir karya


Imam al-Suyuti dan bincangkan secara ilmiah huraian kitab
tersebut.

 Ilmu kaedah fiqh merupakan salah satu antara ilmu terpenting dalam
perundangan Islam bagi menyelesaikan pelbagai isu fiqhiyyah semasa.
Ramai ulama memperakui kepentingan ilmu kaedah fiqh dalam
perundangan Islam. Antaranya ialah al-Qarafi, Imam al-Suyuti dan al-ZarqaÊ.
Al-Qarafi melihat qawaÊid fiqhiyyah sebagai pemberi manfaat yang amat
besar terhadap fiqh. Imam al-Suyuti pula menegaskan bahawa ilmu kaedah
fiqh merupakan ilmu yang agung dan al-ZarqaÊ mengakui kepentingan dan
kemanfaatan qawaÊid fiqhiyyah terhadap fiqh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH  29

 Terdapat banyak tokoh ilmuan yang mempunyai kepakaran dalam bidang


ilmu qawaÊid fiqhiyyah. Antara yang terkenal ialah Imam al-Suyuti, Imam
'Izzudin bin 'Abd al-Salam dan al-Zarqa' Ahmad ibn Muhammad.

 Terdapat banyak kitab yang membahas dan membincangkan qawaÊid


fiqhiyyah. Antaranya ialah Usul Al-Karkhi oleh Abu Al-Hasan Al-Karkhi,
TaÊsis Al-Nazar oleh Abu Zaid Al-Dabusi dan QawaÊid Al-Ahkam Fi Masalih
Al-Anam oleh Izzuddin bin Abd al-Salam.

 Setiap mazhab ada karyanya yang tersendiri mengenai qawaÊid fiqhiyyah.


Setiap penulisan karya tersebut mempunyai kehebatan dan kreativitinya
yang tersendiri. Bagi mazhab Hanafi, antara kitab qawaÊid fiqhiyyahnya ialah
Usul al-Karkhi oleh ÂUbaidullah ibn Hasan al-Karkhi. Bagi mazhab Maliki
pula, antara kitabnya ialah Al-QawaÊid oleh Muhammad ibn Muhammad ibn
Ahmad al-Muqarri. Sementara itu bagi mazhab Syafi'i, antara kitabnya ialah
QawaÊid al-Ahkam fi Masalih al-ÂAnam oleh ÂIzzuddin ÂAbd al-ÂAziz ibn
ÂAbd al-Salam. Akhir sekali bagi mazhab Hambali, antara kitabnya ialah
Taqrir al-QawaÊid wa Tahrir al-FawaÊid (al-QawaÊid) oleh ÂAbdurrahman
Syihab ibn Ahmad ibn Abi Rajab (Ibn Rajab) al-Hanbali.

Kitab-kitab tersohor Mazhab Syafie


Mazhab Hambali Rujukan kitab
Mazhab Hanafi Tokoh-tokoh ulama
Mazhab Maliki

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali (2000). Kaedah-Kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Al-Nadwiyy ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik: Dar al-
Qalam.
Al-Ruki Muhammad. (1998). QawaÊid al-fiqh al-islami. Damsyik: Dar al-Qalam.
Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid
wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
30  TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH

Al-ZarqaÊ Ahmad bin Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik:


Dar al-Qalam.
Muhammad Soleh bin Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Asas
3 1: Setiap
Perkara
Dinilai
Berdasarkan
Niat
(َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫)اَْﻷُﻣﻮر ﺑِﻤ َﻘ‬
َ ُ ُْ
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud Kaedah Asas 1 (setiap perkara dinilai
berdasarkan niat atau al-umur bi maqasidiha) berserta contohnya;
2. Mengenal pasti sumber asal atau dalil Kaedah Asas 1;
3. Menjelaskan tiga pecahan daripada Kaedah Asas 1;
4. Menghuraikan konsep niat menurut perspektif Islam; dan
5. Merumuskan pandangan sarjana Islam berkaitan dengan Kaedah
Asas 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN
NIAT (َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫)اَْﻷُﻣﻮر ِﲟََﻘ‬
ُْ ُ

 PENGENALAN
Sebelum kita mempelajari topik ini dengan lebih lanjut, anda perlu mengetahui
bahawa terdapat lima kaedah asas qawaÊid fiqhiyyah yang dipersetujui oleh
majoriti ulama. QawaÊid fiqhiyyah tersebut adalah seperti yang dinyatakan
dalam Rajah 3.1. Kita akan mempelajari kesemua kaedah dalam Rajah 3.1 ini
bermula dengan Kaedah Asas 1.

Rajah 3.1: Lima kaedah asas qawaÊid fiqhiyyah

Tahukah anda bahawa Kaedah Asas 1 (setiap perkara dinilai berdasarkan niat)
merupakan salah satu antara kaedah asas dan utama yang digunakan oleh para
fuqaha dalam perundangan Islam? Kaedah ini juga disebut sebagai „al-qawaÊid
al-khams al-kubra‰ atau „al-qawaÊid al-asasiyyah‰.

Oleh itu, topik ketiga ini akan membincangkan pengertian dan penghuraian
kaedah, sumber asal atau dalil kaedah dan contoh dan aplikasi berkaitan dengan
kaedah serta fungsi kaedah ini. Anda juga akan mempelajari dalam topik ini
tentang faktor utama disyariatkan niat, beberapa perkara berkaitan dengan niat
dan pecahan kaedah ini. Akhir sekali, pandangan sarjana Islam berkaitan
kepentingan kaedah ini dalam perundangan Islam akan turut dihuraikan kepada
anda. Mari kita mulakan pembelajaran!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN  33
NIAT (َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫)اَْﻷُﻣﻮر ِﲟََﻘ‬
ُْ ُ

3.1 PENGERTIAN DAN HURAIAN KAEDAH


ASAS 1
Pertama sekali, mari kita pelajari apakah maksud kaedah pertama ini. Kaedah
pertama ini membawa pengertian bahawa setiap perkara yang dilakukan oleh
mukallaf itu bergantung pada niat atau tujuannya. Dengan kata lain, kaedah
tersebut menjelaskan bahawa setiap perkataan atau perbuatan yang dilakukan
oleh mukallaf akan dinilai berdasarkan niat atau tujuannya.

Dalam Islam, niat sangat penting dalam menentukan sama ada amalan seseorang
itu mendapat pahala atau dosa. Niat juga dapat memastikan status sesuatu
perkara itu sama ada halal atau haram, sah atau rosak atau batal, atau sah dari
satu sisi dan batal dari sisi lain. Begitu juga niat dalam amalan ibadah; niat boleh
menjadikannya sama ada wajib atau sunat dan seumpamanya.

Selain itu, sesuatu amalan yang berkaitan dengan syarak, tidak memberi apa-
apa kesan melainkan dengan disertai niat. Ittifaq ulama mengatakan sekiranya
seseorang itu mempunyai niat untuk melakukan kebaikan dan kebajikan tetapi
gagal melakukannya kerana terdapat kesulitan (masyaqqah), dia akan tetap
diberikan pahala oleh Allah. Dalam konteks lain, ittifaq ulama mengatakan,
sekiranya seseorang itu berniat untuk melakukan perkara yang tidak baik dan
melakukannya seperti dendam atau seumpamanya, maka tindakan tersebut
dianggap berdosa.

3.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH ASAS 1


Bolehkah anda berikan beberapa contoh bagi Kaedah Asas 1? Antara contoh
yang terbentuk daripada kaedah ini ialah:
(a) Seseorang memasuki masjid dengan bertujuan beristirahat, harus
hukumnya tetapi tidak mendapat ganjaran pahala. Namun, jika dia berniat
beriktikaf, dia akan mendapat ganjaran pahala;
(b) Seseorang yang memerah anggur dengan niat membuat cuka, harus
hukumnya. Jika dia berniat membuat arak, haram pula hukumnya;
(c) Seseorang yang mandi bertujuan menyejukkan badan, harus hukumnya.
Namun, sekiranya mandi itu bertujuan ibadat, dia akan mendapat pahala;
(d) Seseorang yang mengambil harta yang dijumpai (luqatah) mendapat dosa
sekiranya dia mempunyai niat untuk memilikinya. Sebaliknya, jika dia
mengambil barang tersebut dengan niat untuk mencari dan menyerahkan
kembali kepada pemiliknya, maka dia mendapat pahala; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN
NIAT (َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫)اَْﻷُﻣﻮر ِﲟََﻘ‬
ُْ ُ

(e) Sesiapa yang masuk tidur sedangkan dia berniat untuk bangun solat sunat
pada tengah malam, namun disebabkan terlalu mengantuk atau tidak
terjaga dan dia terjaga apabila sudah masuk waktu Subuh, maka dia akan
mendapat pahala dan ditulis apa yang diniatkan itu.

Begitu juga sekiranya tujuan pembedahan pemindahan organ dilakukan untuk


menyelamatkan nyawa, maka ia disyariatkan. Namun, sekiranya pembedahan
ini dilakukan bertujuan untuk merosakkan badan si mati, contohnya, ia
diharamkan sama sekali.

Hakikatnya, niat mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam kehidupan


umat Islam. Niat merupakan asas utama penerimaan amalan itu, sama ada
diterima atau ditolak oleh Allah s.w.t. Sekiranya amalan itu dilakukan secara
betul dari segi kaifiat, namun salah dari segi niatnya, maka ia tidak diterima oleh
Allah. Begitu juga sekiranya sesuatu amalan itu betul dari segi niatnya tetapi
salah dari segi kaifiatnya, ia juga menjadi sia-sia di sisi Allah. Justeru, kita perlu
memastikan amalan yang dilakukan menjadi amalan yang terbaik dan diterima
oleh Allah s.w.t. dengan cara memastikan niat itu ikhlas kerana Allah.

Sebagai kesimpulannya, terdapat amalan berserta niat yang tidak diterima Allah
iaitu niat yang baik untuk amalan yang jahat. Sebagai contoh:
(a) Mencuri untuk membantu si miskin (sebenarnya matlamat tidak
menghalalkan cara);
(b) Niat yang jahat untuk amalan yang baik seperti menderma untuk
mendapatkan perhatian orang ramai (riak); dan
(c) Niat yang jahat untuk amalan yang jahat, contohnya, minum arak dengan
niat untuk mabuk dan berhibur (maksiat).

Sebagai umat Islam, kita sudah pasti perlu mengamalkan amalan berserta niat
yang diterima Allah iaitu niat yang baik pada amalan yang baik (ibadah).
Bolehkah anda berikan beberapa contoh? Rajah 3.2 menunjukkan contoh bagi
kaedah ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN  35
NIAT (َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫)اَْﻷُﻣﻮر ِﲟََﻘ‬
ُْ ُ

Rajah 3.2: Menderma dengan niat yang ikhlas untuk membantu anak yatim merupakan
contoh bagaimana Kaedah Asas 1 dipraktikkan (niat yang baik pada amalan yang baik)
Sumber: http://masjid-annur.com

AKTIVITI 3.1

1. Huraikan dengan jelas kaedah al-Umur Bi Maqasidiha berserta


contoh.

2. Bincangkan bersama rakan anda aplikasi kaedah al-Umur Bi


Maqasidiha dalam isu fiqh kontemporari di Malaysia.

3.3 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH


ASAS 1
Asal atau dalil kaedah ini adalah didasarkan atau dirujuk kepada dalil al-Quran
dan hadis. Antaranya adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN
NIAT (َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫)اَْﻷُﻣﻮر ِﲟََﻘ‬
ُْ ُ

Jadual 3.1: Asas atau Dalil bagi Kaedah Asas 1

Sumber Asas atau Dalil


Al-Quran
∩∈∪ ...u™!$xuΖãm t⎦⎪Ïe$!$# ã&s! t⎦⎫ÅÁÎ=øƒèΧ ©!$# (#ρ߉ç6÷èu‹Ï9 ωÎ) (#ÿρâÉΔé& !$tΒuρ

Maksudnya: "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya


menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya, lagi tetap
teguh di atas tauhid..."
(Surah al-Bayyinah, 98:5)

$‹u Ρ÷ ‰
‘ 9#$ >
z #θu Or Š÷ Ì ƒã ∅Βt ρu 3 ξ
W _
§ xσΒ• $7Y ≈Ft .Ï !
« #$ β
È Œø *Î /Î ω
 )Î N
| θϑ
ß ?s β&r §
C øΖu 9Ï β
t $2
Ÿ $Βt ρu

∩⊇⊆∈∪ 4 $pκ÷]ÏΒ ⎯ÏμÏ?÷σçΡ ÍοtÅzFψ$# z>#uθrO ÷ŠÌム⎯tΒuρ $pκ÷]ÏΒ ⎯ÏμÏ?÷σçΡ

Maksudnya: "Dan (setiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati


melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu
masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang
demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan
bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki
balasan akhirat, kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu..."
(Surah Ali-ÂImran 3:145)

Hadis Daripada Umar Al-Khattab meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w.


bersabda:

، ‫ﺖ ِﻫ ْﺠَﺮﺗُﻪُ إِ َﱃ اﻟﻠﱠ ِﻪ َوإِ َﱃ َر ُﺳﻮﻟِِﻪ‬ ِ ِ


ْ َ‫ ﻓَ َﻤ ْﻦ َﻛﺎﻧ‬، ‫ َوإِﱠﳕَﺎ ﻟ ُﻜ ﱟﻞ ا ْﻣ ِﺮ ٍئ َﻣﺎ ﻧَـ َﻮى‬، ‫ﺎل ﺑِﺎﻟﻨﱢـﻴﱠﺎت‬ ْ ‫إِﱠﳕَﺎ اﻷ‬
ُ ‫َﻋ َﻤ‬
ِ ‫ وﻣﻦ َﻛﺎﻧَﺖ ِﻫﺠﺮﺗُﻪ إِ َﱃ دﻧْـﻴﺎ ﻳ‬، ‫ﻓَ ِﻬﺠﺮﺗُﻪ إِ َﱃ اﻟﻠﱠ ِﻪ وإِ َﱃ رﺳﻮﻟِِﻪ‬
، ‫ أَ ِو ْاﻣَﺮأ ٍَة ﻳَـﺘَـَﺰﱠو ُﺟ َﻬﺎ‬، ‫ﺼﻴﺒُـ َﻬﺎ‬ ُ َ ُ ُ َْ ْ ْ ََ َُ َ ُ َْ
ِ ِ ِ
َ ‫ﻓَ ِﻬ ْﺠَﺮﺗُﻪُ إ َﱃ َﻣﺎ َﻫ‬
. ‫ﺎﺟَﺮ إﻟَْﻴﻪ‬
Maksudnya: "Sesungguhnya, setiap pekerjaan itu diambil kira
berdasarkan niat dan sesungguhnya, bagi setiap orang apa yang
diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya,
maka hijrahnya itu kerana Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah
kerana dunia yang ingin diperolehnya, atau sesiapa yang berhijrah
kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu
berdasarkan apa yang dia hijrahkan."
(al-Bukhari, Kitab: BadÊ al-Wahy, Bab: al-Wahy, Bil. 1. Muslim, Kitab: al-
ÂImarah, Bil. 3530)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN  37
NIAT (َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫)اَْﻷُﻣﻮر ِﲟََﻘ‬
ُْ ُ

Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Ibn Majah:

‫ﻠﻰ ﻧِﻴﱠـﺎ ِِ ْﻢ‬


َ ‫ﺎس َﻋ‬
ُ ‫ﺚ اﻟﻨﱠـ‬
ُ ‫ﻳُﺒ َﻌ‬
Maksudnya: "Manusia akan dibangkitkan berdasarkan niatnya."

(Ibn Majah, Kitab: al-Zuhd, Bab: al-Niyyah, Bil. 4219)


Hadis daripada Anas yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi:
ِ ِ
ُ‫َﻻ َﻋ َﻤﻞَ ﻟ َﻤ ْﻦ َﻻ ﻧﻴﱠــﺔَ ﻟَــﻪ‬
Maksudnya: "Tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat."

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis dalam Jadual 3.1, dapat difahami bahawa
perkara yang menjadi ukuran kepada amalan seseorang adalah niat. Ia
merupakan pencetus dan pendorong kepada amalan seseorang. Berdasarkan
kepada niat, setiap amalan dapat dinilai sama ada baik, terpuji, buruk atau
tercela. Berdasarkan niat, seseorang itu juga akan menerima hasil daripada
tindakannya bersesuaian dengan tujuannya.

AKTIVITI 3.2

Sabda Rasulullah s.a.w.:

ْ َ‫ ﻓَ َﻤ ْﻦ َﻛﺎﻧ‬، ‫ َوإِﻧﱠ َﻤﺎ ﻟِ ُﻜ ﱟﻞ ْاﻣ ِﺮ ٍئ َﻣﺎ ﻧَـ َﻮى‬، ‫ﺎت‬


‫ﺖ‬ ِ ‫ﺎل ﺑِﺎﻟﻨﱢـﻴﱠ‬ُ ‫إِﻧﱠ َﻤﺎ اﻷَ ْﻋ َﻤ‬
...‫ ﻓَ ِﻬ ْﺠ َﺮﺗُﻪُ إِﻟَﻰ اﻟﻠﱠ ِﻪ َوإِﻟَﻰ َر ُﺳﻮﻟِ ِﻪ‬، ‫ِﻫ ْﺠ َﺮﺗُﻪُ إِﻟَﻰ اﻟﻠﱠ ِﻪ َوإِﻟَﻰ َر ُﺳﻮﻟِ ِﻪ‬
Maksudnya: "Sesungguhnya, setiap pekerjaan itu diambil kira berdasarkan
niat dan sesungguhnya, bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa
yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kerana Allah
dan Rasul-Nya."

Hadis ini menjelaskan tentang kepentingan niat dalam Islam.


Terangkan mengapa niat sangat ditekankan dalam Islam dan berikan
tiga kepentingan niat dalam Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN
NIAT (َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫)اَْﻷُﻣﻮر ِﲟََﻘ‬
ُْ ُ

3.4 CABANG ATAU PECAHAN KAEDAH


ASAS 1
Tahukah anda, daripada Kaedah Asas 1 (setiap perkara dinilai berdasarkan niat),
terdapat tiga lagi kaedah yang bernaung di bawahnya? Tiga kaedah tersebut
disenaraikan dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Tiga kaedah pecahan daripada Kaedah Asas 1 (setiap perkara dinilai
berdasarkan niat)

Mari kita pelajari ketiga-tiga cabang kaedah ini dalam bahagian yang seterusnya.

3.4.1 Sesuatu Lafaz Berdasarkan Niat Orang yang


Melafazkannya (Maqasid al-Lafz ‘ala Niyyat al-
ِ ِ‫اﻟﻼﻓ‬
‫ـﻆ ﻧـِﻴﱠﺔ‬ ‫ـﺎﺻـ ُﺪ اﻟـﻠﱠـﻔـْ ِﻆ َﻋـﻠَﻰ ﱠ‬
ِ ‫)ﻣـ َﻘ‬
Lafizi atau َ
Kaedah ini bermaksud sesuatu lafaz atau perkataan yang mempunyai pelbagai
maksud dari segi bahasa, syarak atau adat penggunaannya perlu ditentukan
realitinya oleh si penutur untuk mengelakkan kesamaran dan kekeliruan dalam
memahaminya.

Sebagai contoh, suami yang mengulang-ulang perkataan cerai kepada isterinya.


Pengulangan ini mungkin bermaksud menambah bilangan talak atau
menjelaskan lagi kehendaknya untuk mentalak isterinya, sedangkan isteri tidak
mendengar akibat masalah pendengaran. Oleh itu, talak tersebut perlu
ditentukan oleh si penuturnya iaitu suami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN  39
NIAT (َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫)اَْﻷُﻣﻮر ِﲟََﻘ‬
ُْ ُ

3.4.2 Niat dalam Sumpah Dapat Mengkhususkan


Lafaz Umum tetapi Tidak Mengumumkan
Lafaz Khusus (Al-Niyyah Fi al-Yamin Tukhasis
al-Lafz al-‘Am Wa La Tu’ammim al-Khas atau
ِ ‫ﻆ اﻟْـﻌـَ ِﺎم َوﻻَ ﺗـَُﻌ ﱢﻤ ُـﻢ اﻟـْ َﺨ‬
‫ـﺎص‬ ‫)اَﻟﻨﱢﻴـﱠﺔُ ﻓـِﻲ اﻟـْﻴَ ِﻤ ْـﻴ ِﻦ ﺗـُ َﺨـ ﱢ‬
ُ ‫ﺼـﺺ اﻟـﱠﻠـ ْﻔـ‬
Apakah maksud kaedah ini? Kaedah ini membawa maksud bahawa niat yang
dilakukan oleh seseorang dalam sumpah boleh mengkhususkan kepada lafaz
yang umum, namun tidak boleh mengumumkan lafaz yang khusus.

Sumpah yang mengkhususkan lafaz yang umum adalah seperti berikut:

Seseorang bersumpah dengan berkata, „Demi Allah, aku tidak akan


bercakap dengan seseorang, tetapi yang dimaksudkan adalah orang
tertentu iaitu Ahmad.‰ Maka, sumpahnya tersebut hanya berlaku pada
Ahmad, bukan dengan semua orang.

Bagaimana pula dengan sumpah yang mengumumkan lafaz yang khusus? Bagi
sumpah yang mengumumkan lafaz yang khusus adalah seperti berikut:

Seseorang itu bersumpah dengan berkata, „Demi Allah, aku tidak akan
minum air biar dahaga sekalipun.‰ Maka, tidak dianggap sumpah kalau
dia makan nasi atau seumpamanya sebab sumpahnya hanya khusus
kepada minum sahaja. Dalam sumpah ini, ia tidak boleh mengumumkan
lafaz khusus.

3.4.3 Amalan Fardu Tidak Terlaksana dengan Niat


Sunat (Al-Fard La Ya ta’ada Bi Niyyat al-Nafl
atau ‫ض ﻻَ ﻳَـﺘَﺄَدﱠى ﺑِﻨِﻴﱠ ِﺔ اﻟﻨﱠـ ْﻔﻞ‬
ُ ‫)اَﻟْ َﻔ ْﺮ‬
Kaedah ini menerangkan bahawa amalan fardhu tidak sah dengan niat sunat.
Amalan fardhu akan diterima dengan niat fardhunya dan ia tidak boleh ditukar
atau digantikan dengan niat amalan sunat, melainkan dalam beberapa perkara
yang telah dibincangkan oleh ulama.

Antara contoh bagi situasi ini ialah apabila seseorang yang berniat haji dan
umrah dengan niat amalan sunat, namun hakikatnya, dia masih mempunyai
tanggungjawab wajib, maka apa yang dia niatkan itu secara langsung bertukar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN
NIAT (َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫)اَْﻷُﻣﻮر ِﲟََﻘ‬
ُْ ُ

menjadi fardu tanpa perselisihan pendapat ulama. Contoh tersebut adalah


berdasarkan kepada kaedah pengecualian yang menyebut bahawa amalan fardu
terlaksana dengan niat sunat atau ‫ض ﻻَ ﻳَـﺘَﺄَ ﱠدى ﺑِﻨِﻴﱠ ِﺔ اﻟﻨﱠـ ْﻔﻞ‬
ُ ‫اَﻟْ َﻔْﺮ‬.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Kemukakan tiga kaedah pecahan yang bernaung di bawah kaedah


al-umur bi maqasidiha berserta contoh yang relevan.

2. Bincangkan bersama rakan anda kaedah pecahan berikut dan


aplikasinya di Malaysia:
(a) Lafaz berdasarkan niat orang yang melafazkannya;
(b) Niat dalam sumpah dapat mengkhususkan lafaz umum
tetapi tidak mengumumkan lafaz khusus; dan
(c) Amalan fardu tidak terlaksana dengan niat sunat.

3.5 KONSEP NIAT MENURUT PERSPEKTIF


ISLAM
Subtopik kelima ini akan memfokuskan tentang niat di mana anda akan
mempelajari tentang pengertian, hukum niat dalam ibadah, tempat niat, status
niat dan fungsi pensyariatan niat. Mari kita teruskan pembelajaran dengan
meneruskan pembacaan ke bahagian seterusnya.

3.5.1 Pengertian Niat


Apakah yang dimaksudkan dengan niat? Niat dari sudut etimologi adalah
„maksud dan keinginan hati untuk melakukan sesuatu‰.

Dari sudut terminologi syarak pula, maksud niat adalah berazam (bertekad)
untuk melaksanakan ibadah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Terdapat juga takrifan lain yang menghuraikan niat sebagai keinginan hati untuk
menjalankan ibadah baik yang wajib atau yang sunnah dan keinginan terhadap
sesuatu ketika itu atau untuk waktu yang akan datang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN  41
NIAT (َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫)اَْﻷُﻣﻮر ِﲟََﻘ‬
ُْ ُ

3.5.2 Hukum Niat dalam Ibadah


Apakah hukum niat dalam ibadah? Hukum niat dalam setiap ibadah adalah
wajib. Ini adalah berdasarkan firman Allah:

∩∈∪ t⎦⎪Ïe$!$# ã&s! t⎦⎫ÅÁÎ=øƒèΧ ©!$# (#ρ߉ç6÷èu‹Ï9 ωÎ) (#ÿρâÉΔé& !$tΒuρ

Maksudnya: "Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah


dengan ikhlas mentaati-Nya..."

(Surah al-Bayyinah 98: 5)

Makna ikhlas pada ayat (⎦⎫ÅÁÎ=øƒèΧ) tadi menunjukkan kepentingan niat dalam
sesuatu ibadah yang dilakukan. Ini adalah kerana segalanya akan dinilai
berdasarkan niat dan tujuannya.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

‫ َوإِﻧﱠ َﻤﺎ ﻟِ ُﻜ ﱟﻞ ا ْﻣ ِﺮ ٍئ َﻣﺎ ﻧَـ َﻮى‬، ‫ﺎت‬


ِ ‫ﺎل ﺑِﺎﻟﻨﱢـﻴﱠ‬
ُ ‫إِﻧﱠ َﻤﺎ اﻷَ ْﻋ َﻤ‬
Maksudnya: "Setiap amalan (harus) dengan niat dan setiap orang mendapatkan
(ganjaran) sesuai dengan niatnya."

(al-Bukhari, Kitab: BadÊ al-Wahy, Bab: al-Wahy, Bil. 1. Muslim, Kitab: al-ÂImarah,
Bil. 3530)

3.5.3 Tempat Niat


Tahukah anda di manakah tempat untuk kita berniat? Tempat niat adalah dalam
hati. Jika seseorang berniat untuk wuduk dalam hati, kemudian dia berwuduk,
maka sah wuduknya walaupun dia tidak melafazkan niat tersebut. Dalam niat
tidak diharuskan mengucapkannya dengan lisan, akan tetapi memadai dalam
hati. Namun, jika seseorang berniat dalam hati dan mengucapkannya dengan
lisan, maka itu adalah lebih sempurna. Ini adalah kerana niat adalah keikhlasan,
maka tempatnya adalah dalam hati. Jadual 3.2 memaparkan pendapat fuqaha
tentang lafaz niat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN
NIAT (َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫)اَْﻷُﻣﻮر ِﲟََﻘ‬
ُْ ُ

Jadual 3.2: Pendapat Fuqaha tentang Lafaz Niat

Mazhab Pendapat tentang Lafaz Niat


Hanafi Sebahagian mengatakan sunat, manakala sebahagian yang lain
mengatakannya makruh.
Maliki Boleh tetapi lebih utama ditinggalkan. Bahkan, sebahagian pengikutnya
yang lain menganggap bidaah kecuali bagi orang yang meragukan,
maka boleh melafazkan niat untuk menghilangkan keraguan.
Syafie Sunat melafazkannya.
Hambali Bagi orang yang tidak mampu menghadirkan niat dalam hati atau ragu-
ragu dalam niatnya, maka memadai baginya niat pada lisan.

3.5.4 Status Niat


Bagaimana pula dengan status niat? Para fuqaha berbeza pendapat dalam
menentukan status niat dalam ibadah sama ada ia merupakan syarat atau rukun.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa niat itu rukun ibadah. Sebahagian yang
lain pula berpendapat bahawa niat itu syarat ibadah. Namun, mereka bersepakat
mengatakan bahawa ibadah itu tidak sah, jika tanpa niat. Sebagai contoh,
seseorang yang berwuduk tanpa niat, maka wuduknya adalah batal.

3.5.5 Faktor atau Fungsi Pensyariatan Niat


Tahukah anda kenapa niat disyariatkan? Terdapat beberapa faktor yang
mensyariatkan niat. Antara faktor dan fungsi utama disyariatkan niat adalah
seperti yang diterangkan dalam Jadual 3.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN  43
NIAT (َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫)اَْﻷُﻣﻮر ِﲟََﻘ‬
ُْ ُ

Jadual 3.3: Faktor atau Fungsi Disyariatkan Niat

Fungsi Contoh
Membezakan antara  Menahan diri daripada makan. Kadangkala kerana
ibadah dengan adat berpuasa dan kadangkala dengan tujuan menguruskan
kebiasaan badan.
 Mengeluarkan harta sebagai sedekah atau rutin harian
biasa.
Membezakan status  Niat solat fardu atau niat solat sunat.
ibadah, sama ada  Dalam berwuduk, mandi, solat dan puasa, adakalanya
fardu atau wajib, ditunaikan dalam rangka menunaikan kewajiban (fardu)
sunat, qada atau atau sunat, sebagaimana tayammum; adakalanya pula
tunai ditunaikan untuk membersihkan dari hadas atau jinabah.
Maka, niat dalam hal ini dapat menentukan status antara
satu ibadah dengan ibadah yang lain.
Menentukan sah  Solat fardu niat solat sunat.
atau tidak perbuatan
ibadah tertentu

Sebagai rumusan, kita dapat simpulkan bahawa niat disyariatkan untuk


membezakan status atau kedudukan antara satu ibadah dengan ibadah yang
lain.

AKTIVITI 3.3

1. Nyatakan pengertian niat dari sudut etimologi dan terminologi.

2. Terangkan dengan jelas fungsi pensyariatan niat.

3. Terdapat pro dan kontra ulama dalam menentukan status niat


dalam ibadah. Apakah ia merupakan syarat atau rukun? Berikan
pendapat anda tentang perkara ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN
NIAT (َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫)اَْﻷُﻣﻮر ِﲟََﻘ‬
ُْ ُ

3.6 PANDANGAN ULAMA BERKAITAN


KAEDAH ASAS 1
Akhir sekali, mari kita pelajari apakah pandangan ulama terhadap Kaedah Asas
1. Menurut Syeikh ÂUmar Ibn Saleh, kaedah ini dianggap sebagai kaedah yang
paling asas dan penting antara kaedah fiqh yang lain. Ini adalah kerana
menurutnya, kaedah ini boleh diaplikasikan ke dalam pelbagai isu dan masalah
seperti ibadat, muamalat, munakahat dan sebagainya (Ibn Saleh, 2004).

Syeikh ÂAbdul ÂAziz Muhammad ÂAzzam pula menyebut dalam kitabnya


bahawa kaedah ini menjelaskan tentang kepentingan niat dalam melakukan
sesuatu perkara. Niat itu bukan terletak pada ucapan tetapi terletak pada hati
sanubari. Tegasnya, niat memainkan peranan yang cukup penting dalam
menentukan sesuatu perkara (Muhammad ÂAzzam, 2004).

Kesimpulannya, kaedah setiap perkara dinilai berdasarkan niat merupakan salah


satu kaedah fiqhiyyah yang boleh digunakan oleh ahli ulama pada hari ini dalam
menyelesaikan pelbagai masalah ummah yang tidak terdapat dalam nas al-
Quran dan hadis, sama ada menggunakan kaedah ijtihad, qiyas dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, ulama pada hari ini perlu bijak menggunakan fikiran
mereka dalam mengeluarkan hukum, di mana hukum yang dikeluarkan
mestilah bersumberkan al-Quran, hadis, qiyas dan ijmaÊ ulama. Ini adalah kerana
setiap masalah yang berlaku adalah berbeza mengikut peredaran zaman. Selain
itu, hukum yang dikeluarkan juga perlulah bersesuaian dan bertepatan dengan
keadaan pada zaman tersebut.

Dapat disimpulkan juga bahawa setiap perbuatan mukallaf itu akan dikira
berdasarkan niatnya. Jika niatnya ke arah kebaikan, maka dia akan mendapat
pahala. Namun, jika sebaliknya, dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah
s.w.t. Niat juga merupakan salah satu alat pengukur bagi perbuatan mukallaf
sama ada dari segi ibadah, muamalat, munakahat mahupun jenayah. Akhir kata,
sesuatu amal ibadat itu akan sempurna jika sesuatu perbuatan itu disertakan
dengan niat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN  45
NIAT (َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫)اَْﻷُﻣﻮر ِﲟََﻘ‬
ُْ ُ

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Kemukakan dua pandangan sarjana Islam berkaitan dengan


kaedah setiap perkara dinilai berdasarkan niat.

2. Pada pandangan anda, sejauh manakah kaedah setiap perkara


dinilai berdasarkan niat boleh diaplikasikan dalam isu fiqh semasa
pada hari ini. Berikan pandangan anda dan bandingkan jawapan
anda dengan rakan yang lain.

Ć Kaedah Asas 1 (setiap perkara dinilai berdasarkan niat) merupakan salah


satu antara kaedah asas dan utama yang digunakan oleh para fuqaha dan
ulama dalam perundangan Islam. Kaedah ini membawa pengertian bahawa
setiap perkara yang dilakukan oleh mukallaf itu bergantung pada niat atau
tujuannya.

Ć Antara contoh yang terbentuk daripada kaedah ini ialah:


‒ Seseorang yang memerah anggur dengan niat membuat cuka, harus
hukumnya. Jika dia berniat membuat arak, maka haram hukumnya.
‒ Seseorang yang mandi bertujuan menyejukkan badan, harus hukumnya.
Namun, sekiranya mandi itu bertujuan untuk ibadat, maka dia akan
mendapat pahala.

Ć Kaedah ini juga disebut sebagai „al-qawaÊid al-khams al-kubra‰ atau „al-
qawaÊid al-asasiyyah‰.

Ć Kaedah setiap perkara dinilai berdasarkan niat adalah bersumberkan kepada


dalil al-Quran dan Sunnah di mana terdapat banyak dalil yang berkaitan
dengan kaedah ini.

Ć Terdapat tiga pecahan atau cabang yang terbentuk daripada kaedah setiap
perkara dinilai berdasarkan niat iaitu lafaz berdasarkan niat orang yang
melafazkannya, niat dalam sumpah dapat mengkhususkan lafaz umum
tetapi tidak mengumumkan lafaz khusus dan amalan fardu tidak terlaksana
dengan niat sunat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN
NIAT (َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫)اَْﻷُﻣﻮر ِﲟََﻘ‬
ُْ ُ

Ć Kaedah setiap perkara dinilai berdasarkan niat adalah berkait rapat dengan
konsep niat. Niat dari sudut etimologi bererti maksud dan keinginan hati
untuk melakukan sesuatu. Dari sudut syarak, ia membawa maksud
keinginan hati untuk menjalankan ibadah baik yang wajib atau sunat dan
keinginan akan sesuatu ketika itu atau untuk waktu yang akan datang.
Hukum niat dalam setiap ibadah adalah wajib dan tempat untuk berniat
adalah dalam hati. Ia disyariatkan untuk membezakan status atau
kedudukan antara satu ibadah dengan ibadah yang lain.

Ć Menurut Syeikh ÂUmar Ibn Saleh, kaedah ini dianggap sebagai kaedah yang
paling asas dan penting antara kaedah fiqh yang lain. Kaedah ini
menurutnya, boleh diaplikasikan ke dalam pelbagai isu dan masalah seperti
ibadat, muamalat, munakahat dan sebagainya. Sementara itu, Syeikh ÂAbdul
ÂAziz Muhammad ÂAzzam pula menyatakan bahawa kaedah ini menjelaskan
tentang kepentingan niat dalam melakukan sesuatu perkara.

Ć Kesimpulannya, kaedah setiap perkara dinilai berdasarkan niat merupakan


salah satu kaedah fiqhiyyah yang boleh digunakan oleh ahli ulama pada hari
ini dalam menyelesaikan pelbagai masalah ummah yang tidak terdapat
dalam nas al-Quran dan hadis.

Al-fardhu ya taÊada bi niyyat al-nafl Maqasid al-lafz Âala niyyat al-lafaz


Al-niyyah fi al-yamin tukhasis al-lafz Mujmal
al-Âam wa la tuÊammim al-khas
Muqayyad
Al-qawaÊid al-asasiyyah
Niat
Al-qawaÊid al-khams al-kubra
Setiap perkara dinilai berdasarkan niat
Ittifaq
Kesulitan (masyaqqah)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN  47
NIAT (َ‫ﺎﺻ ِﺪﻫﺎ‬
ِ ‫)اَْﻷُﻣﻮر ِﲟََﻘ‬
ُْ ُ

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Al-Hasri Ahmad Muhammad, & Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-
qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah:
Universiti al-Azhar.
Al-Nadwiyy ÂAli Ahamd. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik: Dar al-
Qalam.
Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid
wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-ZarqaÊ Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik:
Dar al-Qalam.
Ibn Salih ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Universiti
Sharjah: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.
Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Asas
4 2: Keyakinan
Tidak Hilang
dengan
Keraguan
‫ﺸ ﱢ‬
(‫ـﻚ‬ ُ ‫)اَﻟْﻴَ ِﻘ ْـﻴ ُﻦ َﻻ ﻳُ َـﺰ‬
‫ال ﺑِﺎﻟ ﱠ‬
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud Kaedah Asas 2 (keyakinan tidak hilang dengan
keraguan atau al-yaqin la yuzal bi al-syak) berserta contoh;
2. Mengenal pasti keadaan yang mengecualikan Kaedah Asas 2;
3. Membezakan lima istilah yang berkait dengan Kaedah Asas 2;
4. Menerangkan sumber asal atau dalil Kaedah Asas 2;
5. Mengenal pasti tujuh pecahan daripada Kaedah Asas 2;
6. Menghuraikan peranan dan implikasi Kaedah Asas 2 dalam
perundangan Islam; dan
7. Merumuskan pandangan ulama berkaitan dengan Kaedah Asas 2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  49
‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

 PENGENALAN
Kita akan menyambung pembelajaran kita tentang kaedah seterusnya dalam
qawaÊid fiqhiyyah iaitu Kaedah Asas 2 (keyakinan tidak hilang dengan
keraguan). Kaedah ini merupakan salah satu antara kaedah asas dan utama. Ia
digunakan oleh para fuqaha dalam perundangan Islam. Tahukah anda bahawa
kaedah ini juga disebut sebagai „al-qawaÊid al-khams al-kubra‰?

Oleh itu, topik keempat ini akan membincangkan kepada anda pengertian dan
penghuraian kaedah, beberapa perbezaan istilah berkaitan dan sumber asal atau
dalil kaedah ini. Perbincangan seterusnya ialah mengenai contoh dan aplikasi
berkaitan dengan kaedah, beberapa kaedah pecahan dan pandangan para
sarjana Islam berkaitan kepentingan kaedah ini dalam perundangan Islam. Kita
juga akan melihat peranan kaedah dalam memutuskan sesuatu kes di
Mahkamah Syariah di Malaysia dan implikasi pemakaiannya. Ayuh, kita
teruskan pembelajaran kita!

4.1 PENGERTIAN DAN HURAIAN KAEDAH


ASAS 2
Pertama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan kaedah ini? Kaedah kedua ini
bermaksud sesuatu perkara yang sudah diyakini berlaku, apabila timbul
sebarang keraguan selepas itu, tidak akan menjejaskan keyakinan yang ada.
Dengan kata lain, apabila telah yakin sesuatu perkara kemudian dengan tiba-tiba
timbul syak tentang wujudnya sesuatu yang menghilangkannya, maka perkara
yang telah diyakini itulah yang diambil kira hinggalah sabit benar-benar ada
sebab yang menghilangkannya.

Oleh itu, keyakinan yang asal tidak boleh ditinggalkan hanya disebabkan oleh
keraguan atau syak. Ini adalah berdasarkan lafaz kaedah lain yang
menyokongnnya iaitu:

ٍ ْ ‫ﲔ ﻓَ َﻼ ﺗَـْﺒـﺮأُ إِﻻﱠ ﺑِﻴَ ِﻘ‬


"‫ﲔ‬ ٍ ْ ‫ت ﺑِﻴَ ِﻘ‬
ْ ‫"اَﻟ ﱢﺬ ﱠﻣﺔُ إِذَا ﻋُ ﱢﻤَﺮ‬
َ
Maksudnya: "Tanggungjawab apabila dibina atas keyakinan, ia tidak terlepas
kecuali dengan yakin."

Kaedah ini menjelaskan bahawa hukum yang berlandaskan keyakinan tidak


akan terjejas dengan adanya keraguan. Ini adalah kerana keraguan tidak akan
menjejaskan status hukum yang telah ada sebelumnya, melainkan terdapat
pembuktian dalil yang jelas membatalkan hukum tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
‫ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

4.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH ASAS 2


Bolehkah anda berikan beberapa contoh bagi Kaedah Asas 2? Antara contoh bagi
penggunaaan kaedah ini adalah seperti berikut:
(a) Aliya meyakini bahawa dia telah berwuduk tetapi setelah itu dia meragui
wuduknya sama ada sudah batal atau belum. Berdasarkan kaedah ini,
hukumnya masih dalam berwuduk kerana dia yakin pada peringkat
awalnya dan keraguan yang datang setelah itu tidak memberi apa-apa
kesan kepada status hukum tersebut;
(b) MuaÊz berhutang dengan Salman. Kemudian, MuÊaz mengatakan bahawa
dia telah membayar hutang tersebut, namun Salman tidak mengakuinya.
Dalam isu ini, MuÊaz tetap dikatakan masih berhutang sehinggalah dia
benar-benar mampu membuktikan bahawa dirinya telah membayar hutang
kepada Salman;
(c) Nabila syak dengan solatnya sama ada dia telah solat tiga rakaat atau
empat rakaat. Maka, yang diambil kira bilangan rakaat solatnya itu adalah
tiga rakaat kerana tiga itu adalah yakin, sedangkan empat itu adalah syak;
dan
(d) Yusof ingin menggunakan komputer rakannya Muhammad tetapi dia
meragui apakah Muhammad mengizinkannya atau tidak. Maka, ketika itu
status hukum adalah haram menggunakannya. Namun, sekiranya dia
menyangka Muhammad mengizinkannya, hukumnya adalah harus
baginya menggunakan komputer tersebut.

Sebagai kesimpulan, keyakinan mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dan


teratas antara tanggapan akal. Malah, keyakinan diterima sebagai dasar dalam
hukum fiqh. Ini adalah berdasarkan kaedah sebagaimana yang dijelaskan oleh
Mahmud al-Hariri dalam kitabnya al-Madkhal Âila al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-
Kulliyyah iaitu:

‫اﻷﺣﻜﺎم ﻻ ﲡﺐ إﻻ ﺑﻴﻘﲔ ﻻ ﺷﻚ ﻓﻴﻪ‬


Maksudnya: "Sesuatu hukum itu tidak diwajibkan melainkan dengan yakin yang
tidak syak padanya."

Seperti yang telah dinyatakan tadi, keyakinan tidak mungkin boleh dilupuskan
dengan perkara yang lebih lemah daripadanya iaitu syak. Namun, yakin hanya
boleh dilupuskan dengan perkara yang sama taraf dengannya atau yang lebih
kuat daripadanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  51
‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

4.3 PENGECUALIAN KAEDAH ASAS 2


Tahukah anda terdapat pengecualian bagi Kaedah Asas 2? Antara hukum furuÊ
yang terkecuali daripada Kaedah Asas 2 ini adalah:
(a) Perempuan istihadah yang tidak dapat membezakan antara darah
istihadah dengan darah haid, maka wajib bagi dirinya untuk mandi selepas
hari ke-15 dan memastikan dirinya bersih setiap kali hendak menunaikan
solat;
(b) Seseorang yang terkena najis pada badan atau pakaiannya, namun dia
tidak pasti di bahagian mana, maka, dia hendaklah membasuh seluruh
pakaian atau mandi seluruh badannya;
(c) Seekor kucing kencing dalam air yang mencapai dua kolah. Selepas itu,
seseorang mendapati air tersebut berubah tetapi dia tidak pasti sama ada
perubahan tersebut disebabkan oleh najis kencing kucing tersebut atau
benda lain. Maka, dalam situasi ini, air itu dikira najis;
(d) Individu yang telah bertayamum untuk menunaikan solat setelah dia yakin
tiada sumber air. Kemudian, dia terlihat sesuatu yang pada pandangannya
nampak seperti air tetapi dia tidak pasti apakah yang dilihatnya itu air
ataupun hanya sekadar fatamorgana. Maka, tayammumnya batal
(walaupun yang dilihat itu sebenarnya fatamorgana); dan
(e) Seorang pemburu melepaskan tombak yang mengenai sasaran binatang
buruan tetapi binatang tersebut melarikan diri ke kawasan yang curam.
Kemudian, pemburu itu menemui binatang buruan tadi mati dan dia
berasa syak sama ada binatang tersebut mati kerana tombaknya atau
terjatuh dari atas bukit. Maka, binatang tersebut tidak halal dimakan.

AKTIVITI 4.1

1. Huraikan dengan jelas kaedah keyakinan tidak hilang dengan


keraguan.

2. Bincangkan bersama rakan anda beberapa pengecualian hukum


furuÊ daripada kaedah keyakinan tidak hilang dengan keraguan.

3. Bincangkan secara berkumpulan contoh semasa yang berkaitan


dengan kaedah keyakinan tidak hilang dengan keraguan,
khususnya dalam ibadah harian anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
‫ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

4.4 PERBEZAAN ANTARA YAKIN, GHALABAH


AL-ZAN, ZAN, SYAK DAN WAHM
Dalam Kaedah Asas 2, terdapat lima istilah yang berkait rapat dengannya. Lima
istilah tersebut ialah yakin, ghalabah al-zan, zan, syak dan wahm. Ini adalah
berdasarkan pakatan para ulama seperti yang dinyatakan oleh Abu Hasan ÂAli
al-Nadwiyy. Menurutnya, mengikut majoriti ulama, terdapat lima tingkat
tanggapan akal iaitu yakin, ghalabah al-zan, zan, syak dan wahm. Tiga tingkat
teratas mampu memberi impak hukum (yakin, ghalabah al-zan dan zan),
manakala dua tingkat terbawah (syak dan wahm) adalah sebaliknya. Penjelasan
mengenai kelima-lima istilah ini mengikut keutamaan adalah seperti yang
dihuraikan dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1: Perbezaan antara Yakin, Ghalabah al-Zan, Zan, Syak dan Wahm

Tanggapan Akal Makna Berdasarkan Ulama


Yakin  Al-Jawhari: Suatu ilmu dan lenyapnya syak.
 Ibn Mansur: Ilmu dan membuang syak serta hakikat sesuatu
perkara.
 Abu al-BaqaÊ: Pegangan yang kukuh, mantap dan tetap serta
menepati kenyataan.
 Al-Raghib al-Asfahani: Tetapnya atau diamnya sesuatu
kefahaman berserta tetapnya hukum. Yakin merupakan sifat
yang lebih tinggi daripada maÊrifah; buktinya dikatakan ilmu al-
yaqin dan bukannya maÊrifah al-yaqin.
 Al-Suyuti: Beliau berpendapat bahawa yakin merupakan sesuatu
yang tetap dan pasti, dapat dibuktikan melalui penelitian dan
pembuktian yang kukuh dan berupaya mendukungnya.
 Ibn Nujaym: Dalam karyanya al-Asybah wa al-NazaÊir, beliau
berpendapat bahawa yakin adalah sesuatu yang pasti dengan
berdasarkan kepada kajian dan bukti (‫)اليقين ھو ما كان ثابتًا بالنﱠظر وال ﱠدليل‬.
 Sesuatu yang pasti berdasarkan kajian dan bukti iaitu sesuatu
yang menjadi tetap melalui penglihatan atau dengan adanya dalil.
Maknanya, kepercayaan adalah 100% tanpa sedikitpun syak.

Ghalabah al-zan  Menurut sebahagian ulama, ghalabah al-zan bermaksud


penjelasan dan ibarat tentang ketenangan zan.
 Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat maksudnya ialah
berada pada tingkat yang sama dengan yakin.
 Oleh itu, harus diasaskan hukum fiqh berdasarkan ghalabah al-
zan ketika tidak ada yakin dan selagi ia berasaskan penelitian
dan bukti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  53
‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

Zan  Al-Hamawiy dalam karyanya Syarh al-Asybah ialah seseorang


yang berada dalam situasi antara dua perkara yang dia mampu
membuat keputusan dan dapat mentarjihkan salah satu antara
keduanya.
 Dalam konteks lain, ia membawa maksud berat sangkaan atau
sangkaan yang lebih hampir kepada kebenaran, namun tidak
mencapai tahap keyakinan. Keraguan yang berada pada taraf
„al-zan‰ ini diterima dan mampu membentuk hukum fiqh.
 Berat sangka atau sangkaan yang lebih hampir kepada
kebenaran, namun tidak mencapai tahap yakin dan ghalabah al-
zan.
 Harus dibina hukum dan diterima. Maksudnya kepercayaannya
adalah antara 51% dan 99%.
Syak  Keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap sesuatu
perkara atau dimaksudkan sesuatu yang setara antara dua
perkara yang tidak dapat ditentukan.
 Keraguan tidak dapat ditarjihkan, mana satu yang lebih kuat.
 Tidak diterima dalam hukum fiqh.
 Kepercayaan adalah 50% antara percaya dan 50% tidak percaya;
sama banyak.
Wahm  Menurut al-Nadwiy dalam karyanya al-QawaÊid al-Fiqhiyyah,
wahm ialah keraguan yang dialami oleh seseorang yang mana
antara keduanya lebih mirip atau cenderung kepada yang lemah
atau tidak kukuh.
 Suatu bayangan atau lintasan pada hati diri seseorang yang
dikira sebagai sangkaan meleset atau salah.
 Tidak diterima dalam hukum fiqh.
 Kepercayaan adalah 49% ke bawah; sangkaan lemah dan
meleset.

Berdasarkan huraian dalam Jadual 4.1, kita boleh simpulkan bahawa yakin,
ghalabah al-zan dan zan diterima dalam hukum fiqh Islam, begitu juga dalam
keterangan dan pembuktian mengikut hukum syarak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
‫ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

AKTIVITI 4.2

1. Huraikan dengan jelas istilah „al-yaqin‰ seperti mana yang telah


dihuraikan oleh para ulama dalam penulisan mereka.

2. Bincangkan bersama rakan-rakan sekelas anda perbezaan antara al-


yaqin, al-syak, al-zan dan al-wahm.

3. Pada pandangan anda, apakah kesemua tanggapan akal tersebut


iaitu (yakin, ghalabah al-zan, zan, syak dan wahm) diterima pakai
sebagai pembinaan hukum dalam fiqh Islam. Bincangkan.

4.5 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH


ASAS 2
Sumber asal atau dalil bagi kaedah ini adalah didasarkan atau dirujuk kepada
dalil daripada al-Quran, hadis dan akal. Antaranya ialah seperti yang
diterangkan dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Sumber Asal atau Dalil bagi Kaedah Asas 2

Sumber Dalil
Al-Quran Firman Allah s.w.t.:

$yϑÎ/ 7Λ⎧Î=tæ ©!$# ¨βÎ) 4 $º↔ø‹x© Èd,ptø:$# z⎯ÏΒ ©Í_øóムŸω £⎯©à9$# ¨βÎ) 4 $‡Ζsß ωÎ) óΟèδçsYø.r& ßìÎ7−Gtƒ $tΒuρ

∩⊂∉∪ tβθè=yèøƒt
Maksudnya: "Dan kebanyakan mereka tidak menurut melainkan
sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya, sangkaan itu tidak
dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran
(iktiqad). Sesungguhnya, Allah Maha mengetahui akan apa yang
mereka lakukan."
(Surah Yunus, 10:36)
Hadis Nabi Sabda Rasulullah s.a.w.:

ْ َ‫إِ َذا َو َج َد أَ َح ُد ُك ْم فِي ب‬


‫طنِ ِه َش ْيئًا فَأ َ ْش َك َل َعلَ ْي ِه أَ َخ َر َج ِم ْنهُ َش ْي ٌء أَ ْم َال فَ َال يَ ْخ ُر َج ﱠن‬
‫صوْ تًا أَوْ يَ ِج َد ِري ًحا‬ َ ‫ْج ِد َحتﱠى يَ ْس َم َع‬ ِ ‫ِمنَ ْال َمس‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  55
‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

Maksudnya: "Apabila seseorang dari kamu merasakan sesuatu di


dalam perutnya, kemudian timbul keraguan, apakah telah keluar
sesuatu daripadanya atau tidak, maka, jangan keluar dari masjid
(dengan membatalkan solatnya), sehinggalah dia mendengar bunyinya
atau mencium baunya."
(Muslim, Kitab: al-ÂHaid, Bab: al-DalilÊala Anna Man Tayaqqana..., Bil.
541. Al-Tirmizi, Kitab: al-Taharah, Bil. 70.)
Sabda Rasulullah s.a.w.:

ِِ ‫ﻚ أَﺣ ُﺪ ُﻛﻢ ِﰲ‬


‫ﺻﻠﱠﻰ ﺛََﻼﺛًﺎ أ َْم أ َْرﺑَـ ًﻌﺎ ﻓَـ ْﻠﻴَﻄَْﺮِح اﻟﺸ ﱠ‬
‫ﱠﻚ‬ َ ْ َ ‫إِ َذا َﺷ ﱠ‬
َ ‫ﺻ َﻼﺗﻪ ﻓَـﻠَ ْﻢ ﻳَ ْﺪ ِر َﻛ ْﻢ‬
... ‫ﲔ ﻗَـْﺒ َﻞ أَ ْن ﻳُ َﺴﻠﱢ َﻢ‬ ِ ْ ‫اﺳﺘَـْﻴـ َﻘﻦ ﰒُﱠ ﻳَﺴ ُﺠ ُﺪ َﺳ ْﺠ َﺪﺗَـ‬ ِ
ْ َ ْ ‫َوﻟْﻴَ ْﱭ َﻋﻠَﻰ َﻣﺎ‬
Maksudnya: "Apabila seseorang kamu ragu-ragu ketika solatnya, dia
tidak ingat berapa rakaatkah yang sudah dilakukannya, tiga atau
empat, maka, hendaklah dia membuang keraguan dan tetapkanlah
dengan apa yang dia yakini, dengan mengira tiga rakaat sahaja.
Kemudian, dia dikehendaki sujud dua kali sebelum salam..."
(Muslim, Kitab: al-Masajid wa MawadiÊ al-Solah, Bab: al-Sahw fi al-
Solah, Bil. 888. Al-Tirmizi, Kitab: al-Solah, Bil. 362.)
Dalil Âaqli Berdasarkan logik, maka jelas sekali rasionalnya yakin itu lebih kuat
(akal) dari syak kerana pada keyakinan itu ada unsur kepastian. Maka,
dengan keyakinan yang pasti, kuat, kukuh dan mantap, tidak akan
hilang dan terjejas dengan syak yang lemah.

Berdasarkan ayat al-Quran, hadis dan dalil Âaqli tersebut, kita menyimpulkan
bahawa pada prinsipnya, yakin tidak akan diketepikan hukumnya dengan
semata-mata syak. Ini adalah kerana pada yakin itu wujudnya hukum qatÊiy.

4.6 PECAHAN ATAU CABANG KAEDAH


ASAS 2
Tahukah anda daripada Kaedah Asas 2 (keyakinan tidak hilang dengan
keraguan atau al-yaqin la yuzal bi al-syak) terbentuk tujuh lagi cabang kaedah?
Ketujuh-tujuh cabang ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
‫ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

Rajah 4.1: Tujuh kaedah pecahan daripada Kaedah Asas 2 (keyakinan tidak hilang
dengan keraguan)

Ketujuh-tujuh pecahan ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 4.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  57
‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

Jadual 4.3: Tujuh Pecahan Kaedah daripada Kaedah Asas 2 (al-Yaqin La Yuzal Bi al-
Syak)

Pecahan Huraian
Asal sesuatu  Kaedah ini bermaksud bahawa setiap perkara yang telah
masalah ialah memiliki status hukum yang pasti sebelumnya, tetap
kekal di atas dipertahankan sebagaimana keadaan hukumnya yang asal.
keadaannya yang Hukum tersebut tidak perlu diubah dan dipertikaikan, selagi
asal tidak ada dalil atau pembuktian yang kuat dan meyakinkan
yang mampu untuk mengubahnya.
َ‫)اَ ْألَصْ ُل بَـقَاء َما َكان‬
( َ‫عَل َى َما َكان‬  Contoh:
 Sesiapa yang mempunyai wuduk, kemudian syak yang dia
melakukan perkara yang membatalkan wuduk (tidur,
bersentuhan kulit, menyentuh faraj atau seumpamanya),
maka dia tetap dianggap masih mempunyai wuduk.
 Seseorang yang berbuka puasa dengan ketiadaan ijtihad
dan dia syak adakah telah terbenam matahari atau belum,
maka puasanya tidak sah kerana asal masih kekal siang.
 Seseorang yang makan sahur pada akhir malam dan dia syak
adakah telah terbit fajar (sudah masuk waktu subuh) atau
belum, maka sah puasanya kerana asal masih kekal malam.
Hukum asal  Kaedah ini pada dasarnya menyatakan bahawa manusia
seseorang adalah dilahirkan dalam keadaan bebas daripada tanggungjawab dan
bebas daripada tidak terikat dengan sesuatu hak pun. Menurut penjelasan yang
tanggungjawab dibuat oleh Ibn al-Barr dalam karyanya al-Tamhid,
tanggungjawab atau bebanan itu asalnya bebas dan tidak
َ َ‫)اَ ْألَصْ ُل ب‬
ُ‫ـرا َءة‬
ditetapkan. Untuk itu, bebas daripada bebanan merupakan
(‫ال ﱢذ ّمـَة‬ perkara yakin. Justeru, apabila berlaku pertentangan dan
perselisihan berkaitan dengan bebanan tersebut, maka
hendaklah ada tarjih atau pengukuhan dengan merujuk kepada
asal dan zahir selain merujuk kepada hujah syarak.
 Sebagai kesimpulan, seseorang itu mempunyai tanggungjawab
disebabkan wujudnya faktor atau elemen tertentu yang
terbentuk olehnya dan hak yang dimiliki atau perbuatan yang
telah dilakukannya.
 Contoh:
 Seorang penjenayah telah mencederakan seseorang dan
mengatakan, „Itulah satu kesan luka yang saya cederakan
pada tangan dia.‰ Namun, mangsa mengatakan, „Tidak.
Dia cederakan saya pada dua tempat di tangan saya.‰ Oleh
itu, pengakuan yang berhak diterima adalah kata-kata
penjenayah kerana asalnya, dia bebas daripada
tanggungjawab.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
‫ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

 Kanak-kanak adalah bebas daripada tanggungjawab dalam


melakukan kewajipan sehinggalah dia sampai usia baligh.
 Sesiapa yang mendakwa orang lain berhutang dengannya,
maka dia mesti membuktikan dakwaan itu apabila yang
didakwa menafikannya. Ini adalah kerana asalnya orang
yang didakwa tersebut bebas daripada tanggungjawab.
Hukum asal  Kaedah ini membawa maksud bahawa hukum asal bagi
dalam melakukan masalah yang berkaitan dengan hubungan seks atau
seks itu adalah persetubuhan dengan wanita adalah haram, sehinggalah ada
haram sebab tertentu yang jelas menghalalkannya iaitu sama ada
‫اع‬
ِ ‫ض‬َ ‫)اَ ْألَصْ ُل فِي ْاألَ ْب‬ melalui akad perkahwinan atau pertuanan dengan hamba.
(◌ِ ‫التﱠحْ ِري ْم‬  Contoh:
 Irfan meragui sah atau tidak akad nikahnya dengan Awfa
kerana Irfan merasa sangsi dengan salah satu daripada
syarat nikah tersebut. Maka, dia tidak boleh melakukan
jimaÊ dengan Awfa seperti pasangan suami isteri yang lain.
Ini adalah kerana hukum asal melakukan hubungan seks
adalah haram.
 Faiz ingin berkahwin dengan Nuha, namun dia tidak yakin
dengan status Nuha yang ingin dikahwininya itu sama ada
Nuha mahramnya atau tidak. Oleh itu, haram Faiz
menyetubuhinya kerana berdasarkan pengharaman asal.
Hukum asal  Kaedah ini adalah lebih jelas dengan lafaz kaedah berikut:
sesuatu itu adalah
‫األصل في الصفات أو األمور العارضة العدم‬
tiada
Maksudnya: "Hukum asal pada sifat atau perkara baru yang
(‫)اَ ْألَصْ ـ ُل ْالعـَ َد ُم‬ mendatang adalah tidak ada."
Ia membawa pengertian bahawa pada dasarnya, setiap
mukallaf itu dinilai sebelum melakukan sesuatu. Namun,
hukum yang lebih kuat dan kukuh daripada sesuatu itu asalnya
adalah tiada. Oleh itu, hendaklah dikembalikan kepada asalnya
yang tidak ada itu hinggalah sabit perkara baru yang boleh
menghilangkan yang asal itu atau yang bercanggah dengannya.
 Sebagai rumusan, apa yang dimaksudkan dengan sifat
mendatang itu ialah sesuatu sifat yang tidak ada pada asalnya
ataupun sesuatu sifat yang datang kemudian. Oleh itu, tatkala
dalam sesuatu perkara itu terdapat keraguan disebabkan
datang sifat baru yang tidak ada sebelumnya, maka status
hukumnya ditetapkan seperti mana asalnya atau sebelumnya.
 Contoh:
 Seseorang telah mendakwa bahawa barang yang dibelinya
ada kerosakan, sedangkan penjual menafikannya. Dalam
isu ini, diterima pengakuan penjual kerana pada asalnya,
kecacatan pada barang dijual tiada.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  59
‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

 Seseorang perempuan mendakwa telah disetubuhi


sedangkan pihak lelaki yang didakwa, menafikannya.
Hukum yang terpakai adalah penafian lelaki tersebut
kerana pada dasarnya, tidak berlaku persetubuhan,
sehinggalah ia dapat dibuktikan dengan jelas.
 Ahmad menggunakan motosikal Amir yang dikatakan
memberi izin kepadanya. Namun, Amir menafikan
dakwaan tersebut, maka pengakuan Amir (pemilik
motosikal) diterima kerana asalnya harta seseorang itu
haram digunakan tanpa izinnya.
Asal setiap yang  Kaedah ini membawa maksud bahawa apabila berlaku
berlaku diambil perselisihan dan percanggahan berkaitan dengan tarikh atau
kira masa yang masa berlakunya sesuatu peristiwa, maka yang lebih kuat atau
paling hampir kukuh adalah sesuatu peristiwa atau kejadian itu disandarkan
ٍ ‫)اَ ْألَصْ ُل فِ ْي ُك ﱢل َحا ِد‬
‫ث‬ atau dilihat dari sudut kiraan waktunya (waktu yang paling
hampir berlaku kejadian tersebut).
ِ ‫ْـرهُ بِأَ ْقـ َر‬
(‫ب زَ َم ٍن‬ َ ‫تَ ْق ِدي‬
 Kaedah tersebut terdapat dalam kitab mazhab Syafie.
 Bagi kitab mazhab Hanafi, lafaz kaedahnya adalah seperti
berikut:
‫األصل إضافة الحادث إلى أقرب أوقاته‬
Maksudnya: "Hukum asal adalah sandaran suatu peristiwa
kepada waktu yang lebih hampir dengannya."
 Contoh:
 Seorang lelaki menendang perut wanita mengandung,
kemudiannya wanita tersebut melahirkan anak dalam
keadaan hidup dan sihat dalam jangka masa tertentu.
Namun, tidak berapa lama kemudian, bayi itu meninggal
dunia. Lelaki yang menendang perut wanita tersebut tidak
dikenakan hukuman atau tanggungjawab kerana
kemungkinan bayi itu meninggal disebabkan oleh faktor
lain.
 Seseorang melihat ada mani pada kain yang dipakainya,
lalu dia tidak ingat bilakah dia bermimpi. Maka, wajiblah
dia mandi dan mengganti solat selepas tidurnya yang
terakhir.
 Seseorang solat dengan berwuduk dari kolah selama
beberapa hari, lalu hari berikutnya terdapat bangkai tikus
di dalamnya. Maka, dia tidak wajib mengganti solatnya
kecuali solat yang diyakini diwudukkan dari air yang najis.
 Sekumpulan doktor pakar jantung telah berjaya membuat
pembedahan ke atas salah seorang pesakit dan dia pun
sihat seperti biasa dalam jangka masa tertentu. Namun,
beberapa hari berikutnya, pesakit tersebut meninggal
dunia. Doktor pakar tersebut tidak dipertanggungjawabkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
‫ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

di atas kematiannya. Ini adalah kerana kemungkinan


kematiannya disebabkan oleh elemen lain dalam masa
terdekat.
Hukum asal pada  Kalimah al-haqiqah membawa maksud makna asli yang
sesuatu ucapan diberikan kepada sesuatu lafaz. Contohnya, penggunaan lafaz
itu dikira wasiat iaitu pemilikan harta selepas pewasiat meninggal dunia.
maknanya yang Sementara itu, al-majaz ialah istilah di sebalik pengertian al-
hakiki haqiqah iaitu lafaz yang digunakan pada bukan makna asli.
‫)اَ ْألَصْ ُل فِي ْال َكالَ ِم‬ Contohnya, penggunaan lafaz „nur‰ (cahaya) bagi ilmu
pengetahuan atau agama Islam.
(‫الحْ ـَقِ ْيقَة‬
 Berdasarkan kaedah tersebut, pengamalan sesuatu lafaz (sama
ada ia bertindak sebagai orang yang melaksanakan akad,
pewasiat atau pewakaf dan seumpamanya) hendaklah
berfungsi untuk mengertikan lafaz itu kepada maknanya yang
hakiki terlebih dahulu, melainkan jika terdapat sesuatu tanda
atau pengucap itu memaksudkan makna majazi.
 Sesuatu ucapan atau lafaz itu dapat diertikan atau ditafsirkan
menurut pengertiannya yang hakiki dan juga dapat ditafsirkan
atau diertikan secara majazi. Berdasarkan kaedah tersebut, erti
atau maksud yang hakiki itulah seharusnya diguna pakai dan
dipegang bagi memutuskan sesuatu ketetapan hukum.
 Contoh:
 Sekiranya seseorang menghibahkan hartanya kepada
anaknya (walad), maka cucunya tidak boleh menerima
harta tersebut kerana maksud lafaz sebenar adalah anak
dan bukan cucunya (walad al-walad).
 Seseorang bersumpah tidak akan membeli barang pada
tarikh 1 Rejab. Setelah itu, dia mewakilkan kepada orang
lain untuk membeli barangnya pada hari tersebut, maka dia
tidak dikenakan kaffarah sumpah.
 Seseorang bersumpah tidak akan makan lembu yang dibeli.
Ia dikira melanggar sumpahnya jika dia memakan daging
lembu yang dibelinya. Namun, tidak mengapa jika dia
meminum susunya kerana daging merupakan makna
hakiki sedangkan susu merupakan makna majazi.
 Apabila seseorang berkata, „Saya mewakafkan harta saya
kepada anak ustaz ÂAziz." Maka, anak dalam kalimah
tersebut adalah anak kandungnya (ustaz ÂAziz), bukan
anak pungut dan bukan juga cucunya.
 Sebagai rumusan, dalam mana-mana akad atau
seumpamanya, kita perlu memastikan bahawa ucapan yang
ingin disampaikan mempunyai makna dalam erti kata yang
sebenarnya dan bukannya erti kiasan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  61
‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

Hukum asal  Kaedah ini selaras dengan falsafah syariat Islam yang tidak
sesuatu itu adalah memberatkan dan membebankan umatnya. Ini adalah kerana
harus, segala ciptaan-Nya adalah baik dan bermanfaat untuk
sehinggalah ada kegunaan umat manusia seperti yang dijelaskan melalui
dalil yang firman-Nya dalam al-Quran:
menunjukkan
pengharamannya u∩⊄®∪ ... $YèŠÏϑy_Úö‘F{$#’Îû Ç$¨ΒΝä3s9š Yn=y{“Ï%©!$#θèδ
‫)اَ ْألَصْ ُل فِي ْاألَ ْشـيَا ِء‬
ِْ
‫اإلبـَا َحة َحتﱠى يَ ُد ﱠل‬ Maksudnya: "Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu
(‫ال ﱠدلِيْل َعلَى التﱠحْ ِري ِْم‬ segala yang ada di bumi."
(Surah al-Baqarah 2: 29)

∩∈∪... ãàM≈t6Íh‹©Ü9$# Νä3s9 ¨≅Ïmé&

Maksudnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang


lazat serta baik."
(Surah al-MaÊidah 5: 5)
 Sabda Rasulullah s.a.w.:
‫ال َحالَ ُل َما أَ َح ﱠل ﷲُ فِ ْي ِكتَابِ ِه َوالحْ ـ َ َرا ُم َما َح ﱠر َم ﷲُ فِ ْي ِكتَابِ ِه َو َما َسكَتَ َع ْنهُ فَھ َُو‬
.ُ‫ِم ﱠما َعفَا َع ْنه‬
Maksudnya: "Yang halal itu adalah apa yang dihalalkan oleh
Allah dalam kitabnya (al-Quran). Yang haram juga apa yang
diharamkan oleh Allah dalam kitabnya (al-Quran). Apa yang
didiamkan atau tidak disebutkan, ia perkara yang dimaafkan."
(Al-Tirmizi, Kitab: al-Libas, Bab Ma JaÊa Fi Lubs Al-FiraÊ, Bil.
1648)
 Ayat al-Quran dan hadis tersebut juga merupakan antara
sumber asal kaedah. Dalam konteks lain, kaedah tersebut
digunakan secara meluas oleh ulama mazhab Syafie. Manakala,
dalam mazhab Hanafi pula adalah sebaliknya seperti yang
dinyatakan dalam lafaz kaedah berikut:

ِ ْ ‫اَ ْألَصْ ُل فِي ْاألَ ْشـيَا ِء التﱠحْ ِري ِْم َحتﱠى يَ ُد ﱠل ال ﱠدلِيْل َعلَى‬
‫اإلبـَا َحة‬
Maksudnya: "Hukum asal sesuatu itu adalah haram,
sehinggalah ada dalil yang menunjukkan pengharusannya."
 Daripada dua kaedah tersebut, terdapat pertentangan dan
percanggahan, namun keduanya dapat dikompromikan iaitu
dengan cara meletakkan dan menggunakan konsep relevan
dengan skopnya. Sebagai contoh, kaedah pertama yang
digunakan oleh ulama mazhab Syafie adalah untuk urusan atau
masalah muamalah dan keduniaan, manakala kaedah kedua
yang dicetuskan oleh ulama mazhab Hanafi digunakan dalam
hal yang berkaitan dengan ibadah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
‫ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

 Sebagai rumusan, berdasarkan dalil dan kaedah tersebut, ia


menjelaskan bahawa segala sesuatu yang tidak ada ketegasan
dalil atau nas yang menunjukkan halal atau haram, maka status
hukumnya hendaklah dirujuk atau dikembalikan kepada
situasi asalnya. Dalam praktisnya, kaedah ini diadaptasikan
dalam penemuan binatang, tumbuhan atau seumpamanya yang
tidak dapat dipastikan status hukumnya dalam syariat, maka
semuanya itu hukumnya adalah halal sehinggalah ada
pembuktian ataupun tanda yang menunjukkan
pengharamannya (seperti beracun atau sifat binatang tersebut).
 Contoh:
 Binatang yang tidak jelas tentang haramnya, maka
hukumnya halal dimakan.
 Buah-buahan yang tidak pasti haramnya, maka hukumnya
halal dimakan.
 Sayur-sayuran dan seumpamanya yang tidak ada tanda
menunjukkan haram dimakan, maka hukumnya adalah
halal dimakan.

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Kemukakan tiga keadah pecahan yang terbentuk daripada kaedah


keyakinan tidak hilang dengan keraguan berserta satu contoh yang
relevan.

2. Terangkan bagaimana pecahan Kaedah Asas 2 boleh diaplikasikan


dalam isu fiqh semasa di Malaysia.

4.7 PERANAN KAEDAH FIQH DALAM


MEMUTUSKAN SESUATU KES DI
MAHKAMAH SYARIAH
Subtopik ketujuh ini akan membincangkan peranan kaedah fiqh dari sudut
sumber hukum dan hujah sokongan bagi memutuskan sesuatu kes di mahkamah
syariah. Mari kita lihat satu persatu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  63
‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

4.7.1 Kaedah Fiqh sebagai Sumber Hukum


Kaedah fiqh digunakan sebagai sumber hukum dalam memutuskan pelbagai kes
dan permasalahan di mahkamah syariah di mana hakim syarie telah mengguna
pakai kaedah fiqh dalam membuat keputusan dan penghakiman. Dengan kata
lain, dengan adanya kaedah fiqh, ia dapat membantu hakim dalam
menyelesaikan dan memutuskan permasalahan yang dihakimi.

4.7.2 Kaedah Fiqh sebagai Hujah Sokongan


Pemakaian kaedah fiqh oleh hakim mahkamah syariah sebagai hujah sokongan
dapat dilihat dalam undang-undang itu sendiri dan pemakaiannya di mahkamah
syariah. Sebagai contoh, kaedah:

َ ‫لى َما َك‬


‫ان‬ َ ‫اَ ْألَصْ ُل َبـ َقاء َما َك‬
َ ‫ان َع‬
Maksudnya: "Asal sesuatu itu kekal mengikut apa yang ada sebelumnya."

Dalam penghakiman, para hakim menggunakan kaedah ini untuk menentukan


status harta yang menjadi pertikaian. Antara contoh bagi kes yang berkaitan
dengan kaedah ini adalah seperti berikut:
(a) Kes Ibrahim bin Abu Bakar dengan Mohd Ali bin Mohd Sah dan lain-lain
di mana hakim menerapkan prinsip kepastian untuk menentukan sama
ada harta itu jatuh di bawah wasiat atau pusaka. Dalam kes ini, hakim telah
mengguna pakai kaedah "asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada
sebelumnya" untuk memutuskan bahawa harta tersebut adalah harta
pusaka untuk pembahagian menurut hukum faraid;
(b) Kes Noraini binti Mokhtar dengan Abd. Halim bin Sama. Mahkamah
rayuan memutuskan bahawa harta itu adalah harta sepencarian setelah
َ ‫ اَ ْألَصْ ُل بَـقَاء َما َكانَ عَل‬sebagai usaha bersama
mengguna pakai kaedah َ‫ى َما َكان‬
mereka, selagi tiada bukti yang menunjukkan sebaliknya. Mengenai
perbezaan hutang oleh beberapa pihak untuk memperoleh hak milik
sebanyak RM1,000, hakim melihat ia harus ditanggung oleh beberapa
pihak secara sama rata dengan merujuk kepada kaedah yang bermaksud
‰sebarang profit atau keuntungan ada kos atau liabilitinya‰;
(c) Kes Pegawai Pendakwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dengan
Adib Datuk Said Besar Sigoh. Tertuduh telah didakwa melakukan zina
tetapi dia didapati tidak bersalah oleh mahkamah kerana pihak pendakwa
gagal membuktikan kes tersebut. Mahkamah berpendapat ikrar yang telah
dibuat orang yang disabit bersalah zina tidak boleh digunakan untuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
‫ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

menghukum pihak tertuduh kerana kaedah fiqh ‫ األصل براءة الذمة‬yang


bermaksud „asalnya seseorang itu bebas daripada tanggungjawab‰.
Mahkamah juga menolak untuk menerima ikrar yang dibuat oleh tertuduh
kerana dibuat di luar mahkamah; dan
(d) Kes Pendakwa Syarie dengan Jaiman Masta atau Mastah dan Jamidah
Abdul Majid. Hakim bicara dalam penghakimannya mengatakan bahawa
pihak pendakwa telah gagal membuktikan melampaui keraguan yang
munasabah di mana keterangan saksi pendakwa tidak menyokong satu
sama lain. Hakim berpendapat bahawa hukumannya tidak boleh
berdasarkan sesuatu yang meragukan, sebagaimana kaedah ‫األصل براءة الذمة‬
yang memberi gambaran bahawa seseorang itu tidak bertanggungjawab ke
atas sesuatu perbuatan kecuali dibuktikan dengan jelas bahawa ia
melakukan perbuatan tersebut.

4.8 IMPLIKASI PENGGUNAAN KAEDAH FIQH


Apakah implikasi penggunaan kaedah fiqh? Antara implikasi penggunaan
kaedah fiqh dalam memutuskan sesuatu kes adalah seperti berikut:
(a) Menjadi sandaran hukum kepada hakim;
(b) Membantu hakim untuk mengenal pasti isu yang dipertikaikan;
(c) Membantu hakim memutuskan sesuatu isu yang dipertikaikan dengan
seadil-adilnya berdasarkan kaedah fiqh;
(d) Sebagai hujahan hakim kepada isu-isu yang tidak mempunyai sumber
hukum yang jelas seperti tuntutan harta sepencarian; dan
(e) Menjadi prinsip asas dalam memutuskan sesuatu kes jenayah syariah iaitu
seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  65
‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

AKTIVITI 4.3

1. Huraikan tentang kaedah dan satu dalil daripada al-Quran atau


Sunnah yang menyokong kaedah ini.

2. Nyatakan kaedah fiqh yang relevan dengan permasalahan berikut:


(a) Tirmizi melihat mani pada kainnya selepas solat Subuh.
(b) Amin memakai jam Fuad dan mendakwa dia
mengizinkannya tetapi dakwaan tersebut dinafikan oleh
Fuad.
(c) Makcik Jamilah menemui sejenis kulat dalam kebunnya dan
dia ingin memakannya. Namun, dia bimbang sama ada kulat
tersebut boleh dimakan atau tidak.

4.9 PANDANGAN ULAMA BERKAITAN


KAEDAH ASAS 2
Akhir sekali, sebagai penutup, mari kita pelajari pandangan ulama berkaitan
Kaedah Asas 2. Menurut al-Suyuti di dalam karyanya al-Asybah Wa al-NazaÊir,
beliau mengatakan bahawa kaedah ini memiliki kedudukan yang paling agung
dalam Islam. Sebahagian ulama pula menyatakan bahawa kaedah ini mencakupi
tiga perempat masalah fiqh atau mungkin lebih dari itu.

Bagi Imam al-Nawawiy di dalam kitabnya al-MajmuÊ Syarh al-Muhazzab, beliau


menyatakan bahawa kaedah ini merupakan kaedah yang membincangkan
hampir kesemua permasalahan fiqh melainkan beberapa masalah sahaja.

Bagi Imam Ibn Abd Al-Bar di dalam penulisan karyanya al-Tamhid, beliau
berpendapat bahawa ini adalah salah satu kaedah yang disepakati oleh ulama. Ia
juga merupakan kaedah dasar atau asas dalam permasalahan fiqh.

Kesimpulannya, Kaedah Asas 2 iaitu keyakinan tidak hilang dengan keraguan


merupakan salah satu daripada kaedah fiqh yang penting dan utama.
Kedudukannya amat signifikan dalam fiqh Islam yang mampu merungkaikan
pelbagai permasalahan fiqh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
‫ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Kemukakan pandangan ulama berkaitan dengan kaedah


keyakinan tidak hilang dengan keraguan.

2. Kemukakan tiga contoh penggunaan kaedah ini dalam muamalat


semasa di Malaysia.

3. Huraikan dengan jelas tiga kaedah cabang yang terbentuk


daripada kaedah keyakinan tidak hilang dengan keraguan berserta
contoh, setiap satu.

Ć Kaedah Asas 2 (keyakinan tidak hilang dengan keraguan) merupakan salah


satu antara kaedah asas dan utama yang digunakan oleh ulama, mujtahid
dan hakim dalam perundangan Islam.

Ć Kaedah ini bermaksud bahawa sesuatu perkara yang sudah diyakini berlaku,
apabila timbul sebarang keraguan selepas itu, tidak akan menjejaskan
keyakinan yang ada. Kaedah ini juga disebut sebagai „al-qawaÊid al-khams
al-kubra‰ atau „al-qawaÊid al-asasiyyah".

Ć Antara contoh aplikasi kaedah ini ialah:


‒ Seseorang yakin yang dia telah berwuduk tetapi setelah itu dia meragui
wuduknya sama ada sudah batal atau belum. Berdasarkan kaedah ini,
hukumnya masih dalam berwuduk kerana dia yakin pada peringkat
awalnya dan keraguan yang datang selepas itu, tidak memberi apa-apa
kesan kepada status hukum tersebut.
‒ Seseorang syak dengan bilangan rakaat solat Asarnya sama ada tiga
rakaat atau empat. Maka, yang diambil kira adalah tiga rakaat kerana tiga
rakaat itu adalah yakin, sedangkan empat rakaat adalah syak.

Ć Terdapat beberapa pengecualian dalam kaedah ini. Antaranya ialah


perempuan yang mengalami istihadah, tidak pasti najis terkena di bahagian
mana (badan dan pakaian) dan tidak pasti binatang buruan mati kerana
senjata sendiri atau sebab lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  67
‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

Ć Terdapat lima istilah yang boleh dikaitkan dengan kaedah ini. Istilah tersebut
ialah yaqin, ghalabah al-zan, zan, syak dan wahm.

Ć Yakin merujuk kepada kepercayaan 100% tanpa syak; ghalabah al-zan


merujuk kepada kepercayaan yang hampir sama dengan yakin; zan merujuk
kepada kepercayaan antara 51% hingga 99% dan perlu dibina daripada
hukum dan diterima; syak merujuk kepada antara 50% percaya dan 50%
tidak dan akhir sekali wahm yang merujuk kepada kepercayaan di bawah
50% iaitu lemah dan meleset.

Ć Terdapat tiga sumber utama kaedah al-yaqin la yuzal bi al-syak iaitu dalil al-
Quran, hadis dan dalil Âaqli.

Ć Terdapat tujuh pecahan atau cabang yang terbentuk daripada kaedah al-
yaqin la yuzal bi al-syak. Antara pecahan tersebut ialah asal masalah ialah
kekalnya suatu perkara di atas keadaannya yang asal, hukum asal seseorang
adalah bebas daripada tanggungjawab dan hukum asal dalam melakukan
seks adalah haram.

Ć Kaedah al-yaqin la yuzal bi al-syak dan kaedah pecahannya amat signifikan


dalam perundangan Islam dan banyak berperanan dalam menyelesaikan
permasalahan fiqh. Ia merupakan sumber hukum dan digunakan sebagai
hujah sokongan dalam perundangan Islam.

Ć Selain itu, kaedah ini dapat memberikan pelbagai implikasi terhadap


perundangan Islam. Antaranya ialah menjadi sandaran hukum kepada
hakim, membantu hakim mengenal pasti isu pertikaian dan membantu
hakim membuat keputusan dengan adil berdasarkan kaedah fiqh.

Ć Menurut pandangan ulama (sama ada ulama terdahulu mahupun semasa),


pengaplikasian kaedah keyakinan tidak hilang dengan keraguan dan kaedah
pecahannya dalam perundangan Islam adalah cukup meluas dan meliputi
pelbagai bidang fiqh seperti ibadat, munakahat, muamalat dan mal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
‫ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

Al-aslu al-Âadamu Al-wahm


Al-aslu baqaÊ ma kana Âala ma kana Al-yakin
Al-aslu baraÊah al-zimmah Al-zan
Al-aslu fi al-abdaÊ al-tahrim FuruÊ
Al-aslu fi al-asyyaÊ al-ibahah hatta Hibah
yadulla Al-dalil Âala al-tahrim
Keyakinan tidak hilang dengan
Al-aslu fi al-kalam al-haqiqah keraguan
Al-aslu fi kullli hadisin taqdirahu bi QatÊiy
aqrab zaman
Rajih
Al-haqiqah
Tarjih
Al-majaz
Walad
Al-qawaÊid al-khams al-kubra
Al-syak

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Al-Hasri Ahmad Muhammad, & Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-
qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah:
Universiti al-Azhar.
Al-Nadwiyy ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik: Dar al-
Qalam.
Al-Quran al-Karim.
Al-Sunnah al-Nabawiyyah.
Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid
wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-ZarqaÊ Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik:
Dar al-Qalam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  69
‫ـﲔ َﻻ ﻳَُـﺰ ُال ﺑِﺎﻟﺸ ﱢ‬
(‫ﱠـﻚ‬ ِ
ُ ْ ‫)اَﻟْﻴَﻘ‬

Ibn Salih ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Universiti
Sharjah: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.
Ibn-Mukhtar. (2011). Pemakaian kaedah-kaedah fiqh dalam memutuskan sesuatu
kes. Dicapai dari http://ibn-mukhtar.blogspot.com/2011/06/pemakaian-
kaedah-kaedah-fiqh-di-dalam.html
Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Asas
5 3: Kesukaran
Membawa
Kemudahan
(‫ﺐ اﻟﺘـ ْﱠﻴ ِﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ِ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَﺠ‬
ُ ْ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬
‫ﻠ‬
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud Kaedah Asas 3 (kesukaran membawa
kemudahan atau al-masyaqqah tajlib al-taysir), contoh dan sumber
asal atau dalilnya;
2. Membezakan tiga kategori dan empat kriteria masyaqqah yang
membawa kemudahan mengikut perspektif syarak;
3. Mengenal pasti tujuh faktor keringanan syarak;
4. Menjelaskan rukhsah syarak dari sudut amalan ibadah dan status
hukum;
5. Mengenal pasti pecahan daripada Kaedah Asas 3; dan
6. Menghuraikan peranan dan implikasi Kaedah Asas 3 dalam
memutuskan sesuatu hukum dan fatwa di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  71
ِ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَﺠﻠِﺐ اﻟﺘـﱠﻴ‬
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ْ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

 PENGENALAN
Islam merupakan „din al-Rahmah‰ iaitu agama yang penuh dengan rahmat
Allah. Toleransi dan keraiannya terhadap umat manusia cukup mengagumkan.
Sekiranya umat Islam memahami sedalamnya syariat Islam dengan penuh
penghayatan, pastinya mereka tidak akan merasa susah dan payah dalam
melaksanakan amalan dan ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka. Ini
adalah kerana perlaksanaan Islam adalah anjal dengan memberikan kemudahan
mengikut kemampuan dan keupayaan manusia tanpa mentaklifkan sesuatu
yang boleh membebankan mereka ke dalam kesusahan dan tidak memberi
sesuatu yang tidak bertepatan dengan naluri dan fitrah mereka. Inilah kehendak
dan rahmat Allah s.w.t. iaitu apabila hamba-Nya melakukan ibadah, mereka
tidak ditimpa sebarang kesusahan dan kepayahan.

Oleh itu, topik kelima ini akan membincangkan konsep kemudahan dalam
beribadat di mana ia berkait rapat dengan kaedah ketiga iaitu kaedah kesukaran
membawa kemudahan atau al-masyaqqah tajlib al-taysir. Kaedah ini merupakan
salah satu antara kaedah asas dan utama serta disebut sebagai „al-qawaÊid al-
khams al-kubra‰.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan pengertian dan penghuraian kaedah,
penjelasan istilah al-masyaqqah dan al-taysir, kategori, kriteria, faktor dan
rukhsah syarak dari sudut ibadah dan status hukum. Ini diikuti oleh penjelasan
tentang sumber asal atau dalil kaedah, contoh dan aplikasi kaedah serta kaedah
pecahan. Akhir sekali, peranan kaedah dalam memutuskan sesuatu hukum dan
fatwa terhadap isu fiqh semasa di Malaysia akan turut dijelaskan kepada anda.
Sudahkah anda bersedia? Ayuh kita mulakan!

5.1 PENGERTIAN DAN HURAIAN KAEDAH


ASAS 3
Pertama sekali, mari kita pelajari maksud al-masyaqqah dan al-taysir. Al-
masyaqqah (ُ‫شقﱠة‬
َ َ‫ )اَل ْمـ‬bererti kepayahan, kesukaran, kerumitan dan kesulitan.
Sementara al-taysir ( ْ‫ )اَلتﱠي ِْسير‬membawa maksud kemudahan. Apabila dua istilah
ini digabungkan, mereka menerbitkan satu kaedah fiqh yang bermaksud
kesukaran membawa kemudahan. Pengertian masyaqqah atau kesukaran di sini
berdasarkan pendapat fuqaha ialah kesulitan dalam menunaikan perintah Allah
s.w.t. (ibadah ketaatan kepada-Nya) yang boleh membawa bebanan dan
kemudaratan kepada manusia. Melalui kesukaran tersebut, maka ia terlepas
daripada tanggungjawab syarak. Taysir atau keringanan pula maksudnya
berlawanan dengan kesukaran di mana ia merujuk kepada sesuatu yang tidak
membebankan manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
ِ ‫اﻟﺘـﱠﻴ‬ ِ
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَ ْﺠﻠ‬
‫ﺐ‬ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

Oleh itu, dengan kata lain, bebanan yang menjadi kesusahan kepada umat
manusia itu hendaklah dihindarkan. Ini adalah kerana melalui prinsip Kaedah
Asas 3 ini, Islam memberi pengecualian kepada manusia apabila berhadapan
dengan situasi yang mendesak. Bentuk pengecualiannya adalah dengan
memberi kelonggaran atau keringanan hukum dengan membenarkan pemilihan
alternatif lain kepada setiap orang dalam menghadapi pelbagai rintangan dan
halangan. Berdasarkan kaedah ini, terbentuklah semua hukum rukhsah dalam
syariat Islam.

5.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH ASAS 3


Boleh anda senaraikan beberapa contoh bagi kaedah ini? Antara contoh yang
terbentuk daripada kaedah ini ialah:
(a) Doktor lelaki diberi kelonggaran boleh melihat aurat wanita ajnabi dengan
tujuan untuk menjalankan rawatan;
(b) Pensyarah atau guru lelaki diberi kelonggaran untuk melihat pelajar wanita
ajnabi dengan tujuan menyampaikan ilmu pengetahuan atau
seumpamanya;
(c) Disyariatkan talak (cerai) dan khuluk (tebus talak) untuk kemudahan
kepada pasangan yang tidak serasi; dan
(d) Disyariatkan fasakh disebabkan ada kecacatan atau keaiban pada pasangan
(seperti sakit mental, kaki dera, penagih dadah atau seumpamanya).

AKTIVITI 5.1

1. Huraikan dengan jelas kaedah al-masyaqqah tajlib al-taysir.

2. Bincangkan bersama rakan anda pengertian al-masyaqqah dan al-


taysir menurut terminologi fiqh.

3. Bincangkan secara berkumpulan contoh semasa yang berkaitan


dengan kaedah al-masyaqqah tajlib al-taysir, khususnya dalam
ibadah seharian bagi mukallaf.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  73
ِ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَﺠﻠِﺐ اﻟﺘـﱠﻴ‬
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ْ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

5.3 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH


ASAS 3
Asal atau dalil kaedah adalah didasarkan atau dirujuk kepada dalil al-Quran dan
hadis. Antaranya ialah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Sumber Asal atau Dalil Kaedah al-Masyaqqah Tajlib al-Taysir

Sumber Dalil
Al-Quran Firman Allah s.w.t.:

∩⊇∇∈∪ uô£ãèø9$# ãΝà6Î/ ߉ƒÌムŸωuρ tó¡ãŠø9$# ãΝà6Î/ ª!$# ߉ƒÌãƒ

Maksudnya: "Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan


Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran."
(Surah al-Baqarah 2:185)
Firman Allah s.w.t.:

8ltym ô⎯ÏΒ È⎦⎪Ïd‰9$# ’Îû ö/ä3ø‹n=tæ Ÿ≅yèy_ $tΒuρ

Maksudnya: "Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu


keberatan dan susah payah dalam perkara agama."
(Surah al-Hajj 22:78)
Firman Allah s.w.t.:

$yγyèó™ãρ ωÎ) $²¡øtΡ ª!$# ß#Ïk=s3ムŸω

Maksudnya: "Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan


kemampuannya."
(Surah al-Baqarah 2: 286)
Hadis Nabi Sabda Rasulullah s.a.w.:
‫ﺎﳊَ ْﻨﻴِﻔ ـﻴَِّﺔ اﻟ ﱠﺴ ْﻤ َﺤِـﺔ‬
ْ ِ‫ﺖ ﺑ‬ ِ
ُ ْ‫ﺑُﻌﺜ‬
Maksudnya: "Aku diutuskan untuk membawa syariat yang benar dan
bertoleransi."
(Ahmad, Baqi al-Ansar, Hadis Abi Umamah al-Bahiliy, Bil. 21260)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
ٌ‫إَنَّ ھ َذا الـ ِّد ي َْن يُسْ ـر‬
Maksudnya: "Agama itu mudah, tidak memberatkan."
(al-NasaÊi, Kitab: al-Iman wa syaraÊiÊuhu, Bab: al-Din Yusr, Bil. 4948.
Al-Bukhari, Kitab: al-Iman, Bil. 38)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
ِ ‫اﻟﺘـﱠﻴ‬ ِ
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَ ْﺠﻠ‬
‫ﺐ‬ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

Sabda Rasulullah s.a.w.:


‫َي ِّسر ُْوا َو َال ُت َع ِّس ُر ْوا‬
Maksudnya: "Mudahkanlah mereka dan jangan kamu menyulitkan."
(al-Bukhari, Kitab: al-Adab, Bab: Qawl al-Nabiy: Yassiru wa la
TuÊassiru, Bil. 5660. Muslim, Kitab: al-Jihad wa al-Sayr, Bil. 3264.)

AKTIVITI 5.2

1. Sebutkan satu sumber asal atau dalil bagi kaedah kesukaran


membawa kemudahan daripada al-Quran dan hadis Nabi.

2. Anda telah mempelajari beberapa sumber asal atau dalil bagi


kaedah kesukaran membawa kemudahan. Selain yang dinyatakan
dalam Jadual 5.1, cuba anda cari dalil lain daripada hadis sahih dan
ayat al-Quran yang turut sama membincangkan tentang perkara
dan kaedah tersebut.

5.4 KATEGORI MASYAQQAH MENGIKUT


PERSPEKTIF SYARAK
Apabila masyaqqah dijadikan sebagai dasar hukum dan kemudahan syarak,
maka ia mempunyai implikasi dalam penetapan hukum. Penentuan konsep
masyaqqah dan kriteria yang terdapat padanya merupakan perkara penting
untuk dikaji dan dianalisis. Secara umumnya, para ulama telah mengkategorikan
kriteria masyaqqah kepada tiga tahap seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1
berikut.

Rajah 5.1: Tiga kategori masyaqqah mengikut perspektif syarak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  75
ِ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَﺠﻠِﺐ اﻟﺘـﱠﻴ‬
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ْ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

Bahagian seterusnya akan membincangkan ketiga-tiga kategori ini dengan lebih


lanjut.

5.4.1 Kesukaran yang Sangat Berat (Al-Masyaqqah


Al-‘Azimah)
Menurut pandangan ulama, kesukaran yang sangat berat (al-masyaqqah al-
Âazimah) merupakan sesuatu masyaqqah dalam situasi yang mendesak atau
mengancam kepentingan secara „dharuriyyat khams‰ (darurat melibatkan
agama, nyawa, akal, nasab dan harta).

Kategori masyaqqah ini wajib diberi rukhsah untuk memelihara jiwa dan
menyelamatkan diri. Ini adalah kerana ia memberi implikasi dalam perlaksanaan
ibadah dan ketaatan kepada Allah s.w.t. Sebagai contoh, berpuasa di siang hari
pada bulan Ramadhan, pada asalnya adalah masyaqqah yang ringan. Namun,
apabila seseorang itu dalam keadaan sakit yang kritikal dan dia tidak berupaya
untuk berpuasa serta bimbang dengan keselamatan dirinya, maka Islam agama
yang penuh dengan rahmah dan Pencipta-Nya yang Maha Rahman memberi
rukhsah untuk berbuka bagi menghindarkan nyawanya atau dirinya terancam.

5.4.2 Kesukaran Tahap Pertengahan (Al-Masyaqqah


Al-Mutawassitah)
Tahukah anda bahawa masyaqqah ini perlu diberi penelitian dan kajian yang
terperinci untuk dikategorikan? Ini adalah kerana sekiranya masyaqqah tersebut
hampir dengan masyaqqah Âazimah, maka ia memperoleh rukhsah. Namun, jika
sekiranya ia hampir dengan masyaqqah khafifah, maka ia tidak memperoleh
rukhsah syarak tersebut.

Berikut adalah contoh bagi masyaqqah yang hampir dengan masyaqqah


Âazimah: Suatu lapangan terbang terbakar dan menjejaskan kesemua sistem
operasi penerbangannya sewaktu musim haji. Oleh itu, ia tidak berupaya untuk
beroperasi seperti biasa. Disebabkan masalah ini, jemaah haji pada musim
tersebut tidak dapat melaksanakan haji mereka. Maka, status hukum dalam
situasi sedemikian ialah tidak wajib bagi mereka melakukan ibadah haji.

Bagi masyaqqah yang hampir dengan masyaqqah khafifah, contohnya, seperti


berasa sedikit sakit atau pening apabila berasak-asak semasa melakukan ibadah
haji. Sakit yang ringan itu tidak akan mempengaruhi hukum dan tidak perlu
dianggap sebagai sesuatu yang menyukarkan. Ini adalah kerana menghasilkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
ِ ‫اﻟﺘـﱠﻴ‬ ِ
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَ ْﺠﻠ‬
‫ﺐ‬ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

kepentingan ibadah itu adalah lebih awla (utama) daripada menolak masyaqqah
yang kecil ini, di mana ia biasanya tidak dipedulikan dan diabaikan.

5.4.3 Kesukaran Tahap Ringan (Al-Masyaqqah Al-


Khafifah) atau Kesukaran Tahap Biasa (Al-
masyaqqah Al-‘adiyah)
Masyaqqah di peringkat ini tidak dianggap sesuatu yang perlu diberi rukhsah.
Ini adalah kerana ia tidak memberi kesan kepada keringanan hukum. Sebagai
contoh, sedikit kesakitan di jari tangan, kaki atau seumpamanya. Sakit yang
ringan ini tidak menjejaskan status hukum kerana kepentingan ibadah dan
kemuliaannya adalah lebih wajar diutamakan berbanding sakit ini.

5.5 KRITERIA MASYAQQAH YANG


MEMBAWA KEMUDAHAN
Tahukah anda terdapat empat kriteria masyaqqah yang memperoleh
kemudahan? Empat kriteria masyaqqah yang memperoleh kemudahan adalah
seperti berikut:
(a) Masyaqqah yang tidak ada pertembungan dengan nas syarak atau qatÊi;
(b) Masyaqqah yang melebihi batasan keupayaan ataupun di luar kemampuan
seseorang. Namun, jika sebaliknya iaitu kesukaran di tahap biasa
(masyaqqah Âadi) yang mana ia sememangnya perlu dihadapi, maka ia
tidak memberi apa-apa kesan hukum kepadanya. Sebagai contoh, usaha
atau kerja keras untuk memperoleh rezeki;
(c) Masyaqqah yang memberatkan mukallaf dalam melakukan ibadah; dan
(d) Tidak terdiri daripada masyaqqah yang sememangnya perlu ditanggung
oleh mukallaf seperti masyaqqah dalam berjihad fi sabilillah ataupun
masyaqqah yang dihadapi dalam menerima hukuman hudud seperti
hukuman sebatan bagi orang yang meminum arak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  77
ِ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَﺠﻠِﺐ اﻟﺘـﱠﻴ‬
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ْ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

5.6 FAKTOR KERINGANAN SYARAK


Apakah faktor keringanan syarak? Terdapat tujuh faktor keringanan yang
diberikan oleh syarak dalam ibadah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Tujuh faktor keringanan syarak

Tujuh faktor ini diterangkan dengan lebih lanjut melalui contohnya dalam Jadual
5.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
ِ ‫اﻟﺘـﱠﻴ‬ ِ
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَ ْﺠﻠ‬
‫ﺐ‬ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

Jadual 5.2: Contoh Keringanan Syarak

Faktor Keringanan
Contoh
Syarak
‫)اَل ﱠ‬
Musafir (‫سفَر‬ Qasar solat, solat jamak, berbuka puasa dan diharuskan
meninggalkan solat Jumaat.
Sakit (‫)اَل ْمـ َ َرض‬ Diharuskan meninggalkan solat Jumaat, meninggalkan puasa
(qada apabila sembuh) dan diharuskan tayamum ketika sukar
menggunakan atau mencari air.
Terpaksa atau Kelaparan atau kehausan yang mengancam nyawa, diharuskan
Dipaksa (‫)اَ ْ ِإل ْكـ َراه‬ makan atau minum benda haram, dipaksa (yang mengancam
nyawa) untuk mentalakkan isteri tetapi hatinya masih tetap
dalam ikatan perkahwinan dan dipaksa mensyirikkan Allah
tetapi hatinya masih tetap beriman.
Lupa (‫)اَلنﱢ ْسيَان‬ Tidak batal puasa sekiranya makan dan minum dalam keadaan
terlupa.
Kejahilan (‫)اَ ْل َجھْل‬ Dimaafkan kejahilannya, jika dia mengambil sesuatu yang haram
di sisi agama, namun dia tidak mengetahui hukumnya seperti
mengambil hak orang lain yang disangkakan hartanya.
Kesukaran Umum Segala najis yang sukar dihindarkan (dihilang dan dielakkan)
yang Tidak Dapat adalah dimaafkan seperti solat dengan najis yang sukar
Dihindarkan dielakkan seperti nanah bisul, percikan air becak di musim hujan
(‫ع ُموْ ُم ْالبَ ْل َوى‬
ُ ) dan terkena habuk yang dibawa angin kencang.

Kekurangan Kanak-kanak dan orang gila tidak dibebankan dengan


(‫)اَلنﱠ ْقص‬ tanggungjawab dan taklif syarak atau tanggungjawab terhadap
kaum wanita adalah lebih ringan berbanding kaum lelaki.

5.7 RUKHSAH SYARAK DARI SUDUT


AMALAN IBADAH
Menurut pendapat ulama, rukhsah itu ada tujuh jenis. Ketujuh-tujuh jenis ini
diterangkan dengan lebih lanjut menggunakan contoh seperti yang dinyatakan
dalam Jadual 5.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  79
ِ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَﺠﻠِﺐ اﻟﺘـﱠﻴ‬
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ْ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

Jadual 5.3: Tujuh Rukhsah Syarak dari Sudut Kedudukan Amalan Ibadah dan Contohnya

Jenis Contoh
Keringanan dengan  Digugurkan kewajipan solat Jumaat disebabkan ada
Menggugurkan halangan tertentu.
Kewajipan  Digugurkan kewajipan ibadah haji disebabkan keuzuran.
(‫)ت َْخفِيْف إِ ْسقَاط‬

Keringanan dengan  Qasar solat (mengurangkan solat Zohor atau Asar menjadi
Mengurangkan dua rakaat).
Bebanan
( ‫) ت َْخفِيْف تَ ْنقِيْص‬
Keringanan dengan  Menukarkan ibadah puasa kepada berbuka bagi orang yang
Gantian atau uzur.
Penukaran  Menggantikan kedudukan solat bagi orang sakit yang tidak
(‫)ت َْخفِيْف إِ ْبدَال‬ mampu berdiri kepada duduk, baring atau menggunakan
isyarat.
Keringanan dengan  Solat jamak takdim dalam musafir.
Mendahulukan  Mendahulukan pembayaran zakat sebelum cukup hawl
(‫)ت َْخفِيْف تَ ْق ِديْم‬ atau sebelum sampai waktunya.

Keringanan dengan  Solat jamak takhir dalam musafir.


Penangguhan  Menangguhkan ibadah puasa dalam musafir.
(‫)ت َْخفِيْف تَأْ ِخيْر‬  Mentakhirkan solat demi menyelamatkan mangsa
kebakaran, lemas, rogol dan seumpamanya.
Keringanan  Diharuskan makan bangkai kerana terdesak.
Mendapat  Diharuskan minum arak kerana terpaksa sebab terlalu
Pengecualian dahaga dan ketiadaan air lain untuk diminum.
daripada Hukum
Asal (‫)ت َْخفِيْف تَرْ ِخيْص‬  Diharuskan bekerja di bank yang ada riba kerana terdesak.
 Diharuskan bekerja di kilang arak kerana terdesak kerana
tiada pekerjaan selainnya tetapi dalam masa yang sama, dia
perlu berusaha untuk mencari pekerjaan lain yang relevan
dengan kehendak agama Islam.
Keringanan  Menukar atau mengubah formasi solat ketika dalam situasi
Mengubah atau ketakutan dan ketika menghadapi musuh.
Menukar
(‫) ت َْخفِيْف تَ ْغيِيْر‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
ِ ‫اﻟﺘـﱠﻴ‬ ِ
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَ ْﺠﻠ‬
‫ﺐ‬ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

5.8 RUKHSAH SYARAK DARI SUDUT STATUS


HUKUM
Para ulama mazhab Syafie membahagikan rukhsah kepada lima bahagian. Lima
bahagian ini dijelaskan secara contoh seperti yang dinyatakan dalam Jadual 5.4.

Jadual 5.4: Rukhsah Syarak dari Sudut Status Hukum dan Contohnya (Mazhab Syafie)

Jenis Contoh
Rukhsah Wajib  Memakan bangkai, meminum arak atau berbuka puasa ketika
(‫اجبَـة‬ َ ‫)ر ُْخ‬
ِ ‫صة َو‬ terdesak kerana kelaparan boleh membawa kemudaratan diri.
 Ia adalah rukhsah yang wajib dilakukan demi menyelamatkan
nyawa.
Rukhsah Sunat  Qasar solat dan berbuka puasa dalam musafir.
(‫صة َم ْن ُدوْ بَـة‬
َ ‫)ر ُْخ‬
Rukhsah Harus  Akad jual beli salam, sewaan rumah, kereta dan lain-lain serta
َ ‫)ر ُْخ‬
(‫صة ُمبَا َحـة‬ akad muamalat yang seumpamanya.
 Ini adalah rukhsah harus yang diberikan oleh syarak kerana
ianya merupakan keperluan.
Rukhsah  Qasar atau jamak solat, berbuka puasa dalam musafir bagi orang
Menyalahi yang tidak mengalami kesukaran.
Keutamaan  Melafazkan kekufuran ketika dipaksa dalam keadaan hati tetap
(‫صة ِخ َالفُ ْاألَوْ لَى‬
َ ‫)ر ُْخ‬ beriman.
Rukhsah  Qasar solat yang musafirnya kurang daripada dua marhalah.
Makruh
(‫صة َم ْكرُوْ ھَـة‬
َ ‫)ر ُْخ‬

5.9 CABANG ATAU PECAHAN KAEDAH


ASAS 3
Tahukah anda daripada kaedah asas kesukaran membawa kemudahan terbentuk
daripadanya dua kaedah lain? Dua kaedah tersebut adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 5.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  81
ِ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَﺠﻠِﺐ اﻟﺘـﱠﻴ‬
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ْ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

Rajah 5.3: Dua pecahan kaedah daripada Kaedah Asas 3 (kesukaran membawa
perubahan)

Bagaimanakah dua pecahan kaedah ini boleh diaplikasikan? Mari kita lihat
Jadual 5.5 untuk mempelajarinya dengan lebih lanjut.

Jadual 5.5: Dua Kaedah Cabang atau Pecahan daripada Kaedah al-Masyaqqah Tajlib al-
Taysir

Pecahan Maksud Contoh


Apabila Sesuatu Sesuatu perkara itu apabila sukar dan Apabila ketiadaan
Itu Sempit, menyempitkan manusia, maka hukumnya air untuk berwuduk,
Hukumnya menjadi luas. Dengan kata lain, segala maka hukumnya
Menjadi Luas sesuatu itu apabila sukar dilakukan, hukum menjadi luas dengan
ِ َ ‫)إِ َذا‬
َ ‫ﺎق ْاﻷ َْﻣ ُﺮ إﺗﱠ‬
(‫ﺴ َﻊ‬ َ ‫ﺿ‬ pelaksanaannya menjadi mudah dan mengharuskan
longgar. tayamum.
Menurut Syeikh ÂIzzuddin bin ÂAbd al-
Salam, kaedah ini bertepatan dengan syariat
Islam yang dibina berdasarkan prinsip
kemudahan dan bukannya menyukarkan.
Ini merupakan rahmat pensyariatan Islam
untuk membawa kebahagiaan kepada
umatnya atau manusia seluruhnya di dunia
dan akhirat dengan memberikan keringanan
sepanjang dalam situasi yang merumitkan
dan membebankan.
Dalam keadaan demikian, Islam
memperluaskan hukum bagi kesempitan
tersebut untuk menghilangkan masyaqqah
yang wujud. Selain itu, kaedah ini juga
berasal daripada fatwa dan pendapat imam
al-Syafie ketika beliau ditanya beberapa
soalan berkaitan permasalahan fiqh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
ِ ‫اﻟﺘـﱠﻴ‬ ِ
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَ ْﺠﻠ‬
‫ﺐ‬ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

Apabila Sesuatu Apabila sesuatu masyaqqah itu hilang, maka Seseorang tidak boleh
Itu Longgar atau hukum pelaksanaannya kembali pada sewenang-wenang
Luas, asalnya. Antara lain, maksudnya ialah status memilih tayamum
Hukumnya hukum itu luas ketika situasi darurat dan berbanding wuduk
Menjadi Sempit apabila situasi darurat itu hilang, maka dalam urusan bersuci,

َ ‫)إِ َذا اﺗﱠ َﺴ َﻊ ْاﻷ َْﻣ ُﺮ‬


hukumnya disempitkan kembali seperti melainkan ada sebab
(‫ﺎق‬
َ ‫ﺿ‬ mana hukum asalnya. Imam Ghazali di rukhsah seperti sakit
dalam karyanya IhyaÊ ÂUlum al-Din telah atau tiada air.
menggabungkan kedua-dua kaedah tersebut
dengan ungkapan:

َ ‫ُكلﱡ َما تَ َجا َو َز ع َْن َح ﱢد ِه ا ْن َع َك‬


ِ ‫س إِلَى‬
‫ض ﱢده‬

Maksudnya: "Setiap yang melampaui batas,


maka hukumnya dikembalikan kepada yang
berlawanannya."

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Kemukakan dua pecahan kaedah yang terbentuk daripada kaedah


kesukaran membawa kemudahan berserta contoh yang relevan.

2. Kaitkan dua pecahan kaedah tersebut dengan isu fiqh semasa di


Malaysia.

3. Senaraikan tiga kategori masyaqqah mengikut perspektif syarak


berserta contoh.

4. Berdasarkan pengetahuan anda, sebutkan tujuh faktor keringanan


syarak.

5.10 PERANAN KAEDAH ASAS 3 DALAM


MEMUTUSKAN SESUATU HUKUM DAN
FATWA DI MALAYSIA
Akhir sekali, mari kita pelajari peranan kaedah fiqh yang ketiga ini dari sudut
sumber hukum, hujah sokongan dan implikasinya dalam memutuskan sesuatu
hukum dan fatwa di Malaysia. Mari kita lihat peranannya satu persatu dalam
bahagian seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  83
ِ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَﺠﻠِﺐ اﻟﺘـﱠﻴ‬
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ْ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

5.10.1 Kaedah Fiqh sebagai Sumber Hukum


Kaedah kesukaran membawa kemudahan dan kaedah pecahannya merupakan
antara kaedah yang berperanan dalam menentukan dan menyelesaikan isu fiqh
semasa. Mufti dan ulama telah mengguna pakai kaedah fiqh ini dalam
memutuskan hukum dan fatwa. Malah, dengan adanya kaedah fiqh tersebut, ia
dapat membantu mufti dan ulama menyelesaikan berbagai-bagai permasalahan
yang timbul.

5.10.2 Kaedah Fiqh sebagai Hujah Sokongan


Penggunaan kaedah fiqh oleh mufti dan ulama sebagai hujah sokongan dalam
menentukan hukum dan fatwa dapat diteliti dalam perkara yang disenaraikan
berikut:

(a) Hukum Penggunaan Penandaan Berdakwat bagi Pesakit Kanser


Keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-90 yang telah bersidang pada 1 Mac
2010 membincangkan hukum penggunaan tanda berdakwat bagi pesakit
kanser. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan tanda dakwat
untuk rawatan pesakit kanser dengan menggunakan dakwat Holbein
Drawing Ink yang telah disahkan kandungannya tidak mengandungi najis
adalah diharuskan dan pesakit boleh berwuduk seperti biasa,
memandangkan dakwat tersebut hanya dimasukkan di bawah permukaan
kulit.

Antara hujah yang diguna pakai dalam isu ini adalah seperti berikut:
(i) Penandaan berdakwat bagi pesakit kanser adalah salah satu daripada
kaedah perubatan yang memberikan kemudahan kepada pesakit
kanser yang perlu mendapat rawatan di semua hospital seluruh
negeri di Malaysia. Kajian oleh Jabatan Kimia Malaysia ke atas
dakwat yang digunakan iaitu Holbein Drawing Ink adalah untuk
memastikan tiada kandungan najis atau sebarang kandungan alkohol
di dalamnya. Kajian tersebut mendapati bahawa lemak atau minyak
haiwan tidak dikesan dengan menggunakan "teknik FAME",
kromatografi gas (GC) dan hanya mengandungi terbitan sebatian
etanol (alkohol);
(ii) Dengan penggunaan kaedah penandaan berdakwat ini, pesakit tidak
perlu menjalani proses penandaan secara berulang kali
memandangkan kesan dakwat tersebut akan berkekalan selama
empat hingga lima bulan dan ia tidak menyebabkan dakwat tersebut

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
ِ ‫اﻟﺘـﱠﻴ‬ ِ
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَ ْﺠﻠ‬
‫ﺐ‬ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

terperangkap pada sel yang dipanggil fibroblast (sel perut) yang


berada di lapisan dermis kulit;
(iii) Islam meletakkan kaedah kesukaran membawa kemudahan untuk
memudahkan kesukaran itu diatasi dengan mengambil sesuatu yang
mudah atau senang. Kaedah ini meletakkan bebanan bagi perkara
yang susah, dapat dimudahkan bagi keringanan sesuatu urusan; dan
(iv) Dalam isu penyakit pula, maka rukhsah adalah lebih diutamakan
kepada pesakit sehingga diharuskan untuk bertayamum kerana
ditakuti akan menyebabkan penyakit merebak dan lambat sembuh.

(b) Hukum Pemindahan Organ


Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 23 dan 24 Jun 1970 telah
membincangkan pemindahan organ, secara khususnya tentang
pemindahan jantung dan mata. Persidangan ini telah memutuskan bahawa
pemindahan jantung dan mata orang yang telah meninggal dunia kepada
orang yang masih hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam dengan
beberapa pertimbangan yang telah dipersetujui seperti pemindahan organ
yang dilakukan bagi tujuan rawatan ialah pilihan terakhir bagi
menyelamatkan nyawa pesakit yang menghidap kegagalan organ
peringkat akhir.

Kaedah fiqh yang diguna pakai dalam hukum pemindahan organ ini
adalah berasaskan realiti bahawa pemindahan organ ini dilakukan dalam
keadaan terdesak. Ini kerana tidak ada pilihan lain bagi menyelamatkan
nyawa pesakit. Dengan kata lain, pemindahan organ dilakukan dalam
keadaan yang sangat mendesak dan mustahak. Keselamatan nyawa pesakit
adalah amat bergantung pada pemindahan organ tersebut.

Antara kaedah fiqh yang digunakan ialah kesukaran membawa


kemudahan. Pemindahan organ ialah ikhtiar yang diilhamkan oleh Allah
s.w.t. kepada manusia sebagai kemudahan bagi mengatasi kesukaran yang
dihadapi oleh pesakit kegagalan organ peringkat akhir. Ini bertepatan
dengan ayat al-Quran yang bermaksud:

„⁄Allah mengehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak


mengehendaki kamu menanggung kesukaran...‰
(Surah al-Baqarah 2: 185)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  85
ِ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَﺠﻠِﺐ اﻟﺘـﱠﻴ‬
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ْ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

(c) Hukum Pelaksanaan Ibadah bagi Pesakit yang Menggunakan Beg


Kolostomi
Keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-79 yang bersidang pada 6 hingga 8
September 2007 telah membincangkan hukum pelaksanaan ibadah bagi
pesakit yang menggunakan beg kolostomi. Muzakarah ini telah
memutuskan bahawa:
(i) Pesakit yang menggunakan beg kolostomi dikategorikan sebagai
mereka yang mengalami masalah darurat dan tidak dianggap sebagai
menanggung najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosong atau
membersihkan beg kolostomi setiap kali berwuduk atau menunaikan
solat; dan
(ii) Wuduk yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk
melaksanakan semua ibadah termasuk menunaikan solat fardu
sehingga wuduk tersebut terbatal.

Keterangan atau Hujah:


(i) Istilah „kolostomi‰ merujuk kepada keadaan sebahagian usus besar
(colon) di dalam abdomen yang dibuka dan pembukaannya
disalurkan ke bahagian dinding abdomen dan dilekatkan pada kulit.
Hujung usus ke bahagian dubur (rektum) tidak lagi dapat berfungsi
seperti biasa. Beg kolostomi dipasang pada abdomen yang ditebuk di
mana usus keluar daripada dinding abdomen tersebut. Pengeluaran
najis tidak akan dapat dikawal sama sekali oleh pesakit;
(ii) Kebanyakan pesakit kolostomi merasa was-was untuk menunaikan
amalan fardu ain terutamanya solat. Persoalan yang ditimbulkan
adalah bagaimana harus mereka menguruskan kolostomi mereka
semasa mengambil wuduk dan semasa menunaikan fardu solat.
Adakah mereka perlu mengosongkan pundi kolostomi mereka setiap
kali mengambil wuduk atau untuk menunaikan solat? Adakah
wuduk akan terbatal dengan sebab keluar najis tanpa boleh dikawal
ke dalam pundi kolostomi?;
(iii) Isu batal wuduk apabila keluar sesuatu menerusi salah satu daripada
dua kemaluan seperti yang dibahaskan oleh ulama adalah dalam
konteks orang yang sihat. Bagi yang berpenyakit atau mengalami
masalah keluar sesuatu di luar kawalan, Islam memberikan kaedah
penyucian dan pelaksanaan ibadah kerana mereka dianggap orang
yang dalam keuzuran;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
ِ ‫اﻟﺘـﱠﻴ‬ ِ
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَ ْﺠﻠ‬
‫ﺐ‬ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

(iv) Masalah kolostomi berbeza dengan masalah sulus al-bawl kerana


kebersihannya lebih terjamin. Oleh itu, dari sudut hukum, ia tidak
boleh diqiaskan kepada mereka yang mengalami sulus al-bawl;
(v) Memandangkan pengeluaran najis bagi mereka yang mengalami
masalah kolostomi tidak boleh dikawal, mereka dianggap berada
dalam keadaan darurat yang tidak terikat dengan taklif syarak dalam
beberapa aspek ibadah. Mereka juga tidak dianggap sebagai
menanggung najis dan boleh melaksanakan semua ibadat;
(vi) Pesakit kolostomi dibolehkan mengambil sekali wuduk untuk semua
ibadah yang hendak dilaksanakan sekiranya wuduk tersebut tidak
terbatal. Namun, sekiranya tiada kesukaran bagi mereka untuk
memperbaharui wuduk, ia adalah disunatkan; dan
(vii) Islam adalah agama yang memberi kemudahan berdasarkan dalil
daripada al-Quran dan hadis Nabi yang banyak membincangkan
perkara tersebut. Keharusan dalam permasalahan ini juga
berdasarkan kepada kaedah kesukaran membawa kemudahan dan
kaedah pecahannya iaitu apabila sesuatu itu sempit, hukumnya
menjadi luas. Oleh itu, pesakit tidak wajar disyaratkan untuk
mengosong atau membersihkan beg kolostomi setiap kali berwuduk
kerana ia akan menyukarkan mereka melakukan ibadah.

5.10.3 Implikasi Pemakaian Kaedah Fiqh


Apakah implikasi penggunaan kaedah fiqh di dalam memutuskan sesuatu kes?
Antara implikasi penggunaan kaedah fiqh dalam memutuskan sesuatu kes
adalah seperti berikut:
(a) Menjadi sandaran hukum kepada mufti dan ulama;
(b) Membantu mufti dan ulama untuk mengenal pasti isu yang dipertikaikan;
(c) Membantu mufti dan hakim memutuskan sesuatu isu yang dipertikaikan
dengan sebaik-baiknya berdasarkan kaedah fiqh;
(d) Sebagai hujahan mufti kepada isu yang tidak mempunyai sumber hukum
yang jelas; dan
(e) Menjadi prinsip asas dalam memutuskan sesuatu hukum bagi isu atau
permasalahan fiqh yang timbul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  87
ِ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَﺠﻠِﺐ اﻟﺘـﱠﻴ‬
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ْ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

AKTIVITI 5.3

1. Bolehkah seseorang membuat solat jamak semata-mata untuk


menonton perlawanan bola sepak?

2. Bolehkah seseorang membuat jamak takhir kerana hadir mesyuarat


penting yang memakan masa dua waktu solat? Bincangkan dua
perkara ini bersama rakan anda dalam kumpulan dan bentangkan
di dalam kelas nanti.

SEMAK KENDIRI 5.2

1. Kemukakan tiga contoh implimentasi kaedah ini dalam isu fiqh


kontemporari di Malaysia.

2. Berikan pendapat anda tentang implikasi utama yang akan timbul


sekiranya kaedah kesukaran membawa kemudahan tidak
diperundangkan dalam perundangan Islam.

Ć Kaedah al-masyyaqqah tajlib al-taysir membawa maksud kesukaran


membawa kemudahan. Melalui prinsip kaedah ini, Islam memberi
pengecualian kepada manusia apabila berhadapan dengan situasi yang
mendesak. Berdasarkan kaedah ini, terbentuklah semua hukum rukhsah
dalam syariat Islam.

Ć Kaedah ini juga disebut sebagai "al-qawaÊid al-khams al-kubra" atau "al-
qawaÊid al-asasiyyah".

Ć Antara contoh bagi kaedah ini ialah doktor lelaki diberi kelonggaran boleh
melihat aurat wanita ajnabi dengan tujuan untuk menjalankan rawatan,
disyariatkan talak (cerai) dan khuluk (tebus talak) untuk kemudahan kepada
pasangan yang tidak serasi dan lain-lain.

Ć Sumber asal atau dalil bagi kaedah ini ialah al-Quran dan hadis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
ِ ‫اﻟﺘـﱠﻴ‬ ِ
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَ ْﺠﻠ‬
‫ﺐ‬ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

Ć Terdapat tiga kategori masyaqqah mengikut perspektif syarak iaitu


kesukaran yang sangat berat (al-masyaqqah al-Âazimah), kesukaran tahap
pertengahan (al-masyaqqah al-mutawassitah) dan kesukaran tahap ringan
(al-masyaqqah al-khafifah).

Ć Terdapat empat kriteria masyaqqah iaitu:


 Masyaqqah yang tidak ada pertembungan dengan nas syarak atau qatÊi;
 Masyaqqah yang melebihi batasan keupayaan ataupun di luar
kemampuan seseorang;
 Masyaqqah yang memberatkan mukallaf dalam melakukan ibadah; dan
 Tidak terdiri daripada masyaqqah yang sememangnya perlu ditanggung
oleh mukallaf.

Ć Terdapat tujuh faktor keringanan yang diberikan oleh syarak apabila


seseorang mukallaf itu berhadapan dengan kesukaran yang sukar dielakkan.
Faktor tersebut adalah dalam musafir, sakit, dipaksa, terlupa, jahil, kesukaran
umum dan kekurangan.

Ć Terdapat tujuh rukhsah syarak dalam ibadah iaitu takhfif isqat, takhfif tanqis,
takhfif ibdal, takhfif taqdim, takhfif taÊkhir, takhfif tarkhis dan takhfif taghyir.

Ć Terdapat lima rukhsah syarak dalam status hukum iaitu rukhsah wajibah,
rukhsah mandubah, rukhsah mubahah, rukhsah khilaf awla dan rukhsah
makruhah.

Ć Terdapat dua pecahan atau cabang yang terbentuk daripada kaedah al-
masyyaqqah tajlib al-taysir iaitu apabila sesuatu itu sempit, hukumnya
menjadi luas dan apabila sesuatu itu longgar atau luas, hukumnya menjadi
sempit.

Ć Kaedah Asas 3 memainkan peranan dan implikasi yang penting dalam


memutuskan sesuatu hukum dan fatwa di Malaysia. Antaranya ialah
penentuan hukum bagi pelbagai keadaan perubatan.

Ć Antara implikasi bagi kaedah ini ialah menjadi sandaran hukum kepada para
mufti dan ulama serta membantu mufti dan ulama untuk mengenal pasti isu
yang dipertikaikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  89
ِ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَﺠﻠِﺐ اﻟﺘـﱠﻴ‬
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ْ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

ÂIza ÂittasaÊa al-amr dhaqa Rukhsah mubahah


ÂIza dhaqa al-amr ittasaÊa Rukhsah wajibah
Al-masyaqqah al-Âazimah Takhfif ibdal
Al-masyaqqah al-khafifah Takhfif isqat
Al-masyaqqah al-mutawassitah Takhfif taÊkhir
Al-masyyaqqah tajlib al-taysir Takhfif taghyir
Al-qawaÊid al-khams al-kubra Takhfif tanqis
Rukhsah khilaf awla Takhfif taqdim
Rukhsah makruhah Takhfif tarkhis
Rukhsah mandubah

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Al-Hasri Ahmad Muhammad, & Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-
qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah:
Universiti al-Azhar.
Al-Nadwiyy ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik: Dar al-
Qalam.
Al-QurÊan al-Karim.
Al-Sunnah al-Nabawiyyah.
Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid
wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-ZarqaÊ Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik:
Dar al-Qalam.
Ibn Salih ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Universiti
Sharjah: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
ِ ‫اﻟﺘـﱠﻴ‬ ِ
(‫ﺴ ْﻴـ َﺮ‬ ْ ُ ‫ﺸ ﱠﻘﺔُ ﺗَ ْﺠﻠ‬
‫ﺐ‬ َ َ‫)اَ ْﻟﻤـ‬

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2013). e-fatwa: Portal rasmi fatwa Malaysia.
Dicapai dari http://www.e-fatwa.gov.my/
Muhammad Soleh Amad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Asas 4:
6 Kemudaratan
Mesti
Dihilangkan
atau
Dihapuskan
(‫ال‬ ‫)اَﻟ ﱠ‬
ُ ‫ﻀ َﺮُر ﻳُـ َﺰ‬
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud Kaedah Asas 4 (kemudaratan mesti
dihilangkan atau dihapuskan) berserta contohnya;
2. Menjelaskan istilah yang berkaitan dengan Kaedah Asas 4;
3. Menerangkan sumber asal atau dalil Kaedah Asas 4;
4. Menghuraikan enam pecahan kaedah daripada Kaedah Asas 4; dan
5. Merumuskan bagaimana kaedah ini digunakan dalam isu perubatan
semasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN (‫ﱠﺮُر ﻳـَُﺰا ُل‬
َ‫)اَﻟﻀ‬

 PENGENALAN
Kaedah kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan (al-darar yuzal)
merupakan kaedah asas keempat yang utama digunakan oleh ulama dalam
perundangan Islam. Tahukah anda bahawa kaedah ini juga disebut sebagai „al-
qawaÊid al-khams al-kubra‰?

Aplikasi kaedah ini adalah cukup meluas dalam pelbagai isu fiqhiyyah. Ia
penting kerana mengandungi kebaikan yang menyeluruh kepada syariah
Islamiyyah. Oleh itu, topik keenam ini akan membincangkan pengertian dan
penghuraian kaedah, contoh, beberapa istilah yang berkaitan dengannya,
sumber asal atau dalil kaedah, beberapa kaedah pecahannya dan bagaimana
kaedah ini digunakan dalam situasi perubatan semasa. Mari kita teruskan
pembelajaran!

6.1 PENGERTIAN DAN HURAIAN KAEDAH


ASAS 4
Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah ini? Kaedah ini memberi pengertian
bahawa sebarang bentuk kemudaratan (seperti kesakitan, ancaman,
kemusnahan, kerugian, kecacatan, kesukaran, kacau-bilau dan hilang fungsi)
wajib dihilangkan dan dihapuskan sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang
lain, terhadap mana-mana individu atau orang awam dan seluruhnya.

Apabila telah berlaku sesuatu yang memudaratkan, sedang berlaku atau akan
berlaku di mana terdapat sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya, maka ia
hendaklah dihapuskan serta-merta. Justeru, sesiapa sahaja tidak boleh sama
sekali melakukan atau membuat kerosakan dan kemudaratan, sama ada
kemudaratan tersebut berkaitan dengan hak umum atau hak khusus. Ini adalah
kerana menurut pandangan Islam, kemudaratan ini wajib dihapuskan.

6.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH ASAS 4


Bolehkah anda berikan beberapa contoh bagi kaedah ini? Antara contoh yang
terbentuk daripada kaedah ini ialah:
(a) Disyariatkan hudud dan qisas untuk mengelakkan bahaya, ancaman atau
kacau-bilau dalam masyarakat, di samping untuk memelihara lima prinsip
umum atau dharuriyyat al-khams iaitu jiwa, agama, akal, keturunan dan
harta;
(b) Disyariatkan hukuman takzir untuk mencegah sebarang bentuk bahaya
demi menjaga kemaslahatan umum;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  93
(‫ال‬
ُ ‫ )اَﻟﻀَﱠﺮُر ﻳـَُﺰ‬DIHAPUSKAN

(c) Disyariatkan semua bentuk khiyar yang ditetapkan oleh syarak untuk
menghilangkan bahaya dan mengelakkan sesuatu yang tidak diingini
berlaku. Sebagai contoh, khiyar syarat dalam transaksi jual beli. Ia
bertujuan untuk mengelakkan penipuan dan kerugian berlaku bagi orang
yang tidak berpengalaman dalam urusan jual beli. Sementara itu, khiyar
rukyah pula dilaksanakan untuk menghindarkan kerugian ketika urusan
jual beli di mana pembeli menerima barang yang tidak sesuai dan tidak
mengikut spesifikasi awal yang diminta pada awal transaksi. Dalam khiyar
Âaib pula, pembeli mempunyai hak untuk membatalkan kontrak jual beli
kerana kecacatan barang yang dibelinya, kecuali sekiranya penjual
bersetuju untuk menggantikan barang yang cacat tersebut dengan barang
lain yang sempurna; dan
(d) Diharuskan memenjarakan atau mengenakan hukuman bagi pengamal
ajaran sesat atau individu yang berpotensi boleh menjejaskan atau
merosakkan akidah umat Islam. Ia diharuskan demi maslahah agama dan
umat Islam.

Sebagai kesimpulannya, Islam merupakan agama yang amat prihatin terhadap


lima kepentingan asas manusia iaitu agama, akal, diri, keturunan dan harta.
Justeru, Islam membuka seluasnya semua ruang yang boleh memberi kebaikan
dan kesejahteraan kepada manusia dengan menutup segala ruang yang boleh
menjejaskan kehidupan manusia. Lantaran itu, Islam mengharamkan semua
perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada lima perkara asas
tersebut. Ini adalah kerana sekiranya dibiarkan, ia akan menyebabkan mereka
yang terlibat akan mengalami kesusahan, kerumitan, kerugian dan pelbagai
bebanan dalam kehidupan dan seterusnya, akan turut mengancam dan boleh
mengundang bahaya kepada kehidupan manusia.

Oleh itu, ulama dan sarjana Islam telah menetapkan bahawa sesuatu yang boleh
memudaratkan umat Islam adalah wajib dihindar dan dihapuskan. Ini adalah
selaras dengan ungkapan al-Syatibi yang bermaksud bahawa sesungguhnya,
syariat itu diasaskan untuk membawa kemaslahatan kepada manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN (‫ﱠﺮُر ﻳـَُﺰا ُل‬
َ‫)اَﻟﻀ‬

AKTIVITI 6.1

1. Huraikan dengan jelas maksud kaedah kemudaratan mesti


dihilangkan atau dihapuskan.
2. Bincangkan dengan tutor anda kepentingan kaedah kemudaratan
mesti dihilangkan atau dihapuskan dalam perundangan Islam.
3. Bincangkan secara berkumpulan contoh semasa yang berkaitan
dengan kaedah kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan
khususnya dalam ibadah harian anda.

6.3 PENGERTIAN ISTILAH PENTING YANG


TERDAPAT DALAM KAEDAH ASAS 4
Tahukah anda terdapat beberapa istilah penting yang berkait rapat dengan
kaedah ini? Terdapat enam istilah yang berkait rapat dengan Kaedah Asas 4.
Istilah tersebut diterangkan dalam Jadual 6.1.

Jadual 6.1: Istilah Penting dalam Kaedah Asas 4

Istilah Huraian
Darurat Ia merujuk kepada situasi seseorang yang amat memerlukannya.
(‫)ﺿﺮورة‬ Sekiranya perkara tersebut tidak diperoleh atau dihindari akan
menyebabkan dia terdedah kepada bahaya. Dalam konteks ini, ia merujuk
kepada ketika tiada alternatif lain setelah usaha dilakukan dan implikasi
buruk atau kemudaratan secara yakin akan berlaku terhadap salah satu al-
daruriyyat al-khams ( agama, nyawa, akal, harta dan keturunan).
Hajat Ia bermaksud sesuatu yang membawa ke arah kemudahan untuk
(‫)ﺣﺎﺟﺔ‬ mencapai apa yang dimaksudkan dan bukan untuk menghindarkan
bahaya seperti dalam keadaan darurat.
ÂAmmah Merujuk kepada sesuatu keperluan yang meliputi seluruh umat manusia
(‫)ﻋﺎﻣﺔ‬ atau dengan kata lain, keperluan umum.

Khassah Bermaksud keperluan sesuatu golongan tertentu yang bukan berbentuk


(‫)ﺧﺎﺻﺔ‬ individu.

Mafsadah Merujuk kepada sesuatu yang mendatangkan kerosakan, kebinasaan,


(‫)ﻣﻔﺴﺪة‬ keburukan dan seumpamanya.

Maslahah Bermaksud sesuatu yang mendapat manfaat, faedah dan kebaikan serta
(‫)ﻣﺼﻠﺤﺔ‬ yang memberi kesan positif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  95
(‫ال‬
ُ ‫ )اَﻟﻀَﱠﺮُر ﻳـَُﺰ‬DIHAPUSKAN

6.4 KATEGORI MAQASID SYARIAH


Dalam subtopik 6.2 tadi ada disebutkan tentang al-Syatibi. Kita teruskan
pembelajaran kita dengan mempelajari maqasid syariah menurut pandangan al-
Syatibi. Menurutnya, maqasid syariah secara dasarnya terdiri daripada tiga
kategori seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Tiga hierarki maqasid syariah

Hierarki dalam Rajah 6.1 menerangkan bahawa terdapat tiga tahap keperluan
manusia yang amat penting untuk dipenuhi secara seimbang bagi kesejahteraan
kehidupan mereka. Huraian lanjut mengenai ketiga-tiga tahap keperluan ini
adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 6.2 berikut.

Jadual 6.2: Tiga Tahap Keperluan Manusia

Tahap Huraian
Perkara Dalamnya terangkum daruriyyat al-khams (lima keperluan utama)
Penting iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, termasuklah juga
(Daruriyyat) maruah yang amat diperlukan oleh setiap manusia. Seandainya salah
satu keperluan tersebut tidak dipenuhi dengan sebaiknya maka ia
akan memberi kesan yang boleh mengancam kehidupan manusia.
Sebarang perkara dan tindakan yang mencabul kelima-lima perkara
asas tersebut boleh membawa kepada kerosakan. Pengabaiannya juga
boleh membawa kepada kehancuran dan keruntuhan kehidupan
manusia. Contohnya seperti Islam yang mengharamkan apa jua
tindakan yang boleh mengancam nyawa, akal seseorang sama ada
pada diri sendiri ataupun orang lain.
Keperluan Ia merupakan satu keperluan oleh manusia bagi mengelakkan
(Hajiyyat) kesusahan dalam kehidupan mereka. Contohnya seperti
mendedahkan aurat sekadar perlu kepada doktor untuk tujuan
perubatan ataupun seseorang itu berbuka puasa pada bulan Ramadan
dengan sebab sakit atau musafir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN (‫ﱠﺮُر ﻳـَُﺰا ُل‬
َ‫)اَﻟﻀ‬

Pelengkap Ini merupakan keperluan oleh manusia untuk menjamin kelancaran


(Tahsiniyyah) kehidupan mereka. Contohnya, menjaga adab dalam bersosial,
berpolitik dan seumpamanya.

Berdasarkan penjelasan dalam Jadual 6.2 tadi, kita dapat rumuskan bahawa
kesejahteraan kehidupan manusia boleh dicapai, sekiranya lima perkara asas
tersebut dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya. Oleh kerana itulah, ulama telah
mengambil beberapa kaedah hukum untuk menjaganya. Antaranya ialah dengan
menggunakan kaedah kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan dan
kaedah cabangan darinya sebagai salah satu mekanisme untuk membantu dan
menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul.

6.5 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH


ASAS 4
Asal atau dalil kaedah didasarkan atau dirujuk kepada dalil al-Quran dan hadis.
Antaranya ialah seperti yang disenaraikan dalam Jadual 6.3.

Jadual 6.3: Dalil Kaedah Asas 4

Sumber Dalil
Al-Quran
∩∉∪Ÿ 4 £⎯Íκön=tã (#θà)ÍhŠŸÒçGÏ9 £⎯èδρ•‘!$ŸÒè? ωuρ

Maksudnya: "Dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti


mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan
kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu)."
(Surah al-Talaq, 65:6)

∩∉⊆∪ t⎦⎪ωšøßϑø9$# =Ïtä† Ÿω ª!$#uρ

Maksudnya: "Allah tidak suka kepada orang yang melakukan


kerosakan."
(Surah al-Baqarah 2:23)
Hadis
‫ﺿَﺮَر َوﻻَ ِﺿَﺮ َار‬
َ َ‫ﻻ‬
Maksudnya: "Tidak membahayakan diri sendiri dan tidak membahayakan
orang lain."
(Ibn Majah, Kitab: al-Ahkam, Bab: Man bana fi haqqihi, Bil. 2332. Malik,
Kitab: al-Aqdiyah, Bil. 1234. Ahmad, Bab: Wa min musnad bani
Hasyim, Bil. 2719 )

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  97
(‫ال‬
ُ ‫ )اَﻟﻀَﱠﺮُر ﻳـَُﺰ‬DIHAPUSKAN

AKTIVITI 6.2

1. Huraikan dengan jelas pengertian istilah „Êammah‰ dan „khassah‰


serta berikan satu contoh yang sesuai.
2. Bincangkan bersama rakan sekelas anda perbezaan antara darurat
dengan hajat.
3. Kemukakan tiga dalil daripada al-Quran yang membincangkan
perkara darurat.

6.6 CABANG ATAU PECAHAN KAEDAH ASAS 4


Tahukah anda, daripada kaedah asas kemudaratan mesti dihilangkan (al-darar
yuzal) terbentuk daripadanya enam kaedah lain? Enam kaedah tersebut adalah
seperti yang disenaraikan dalam Jadual 6.4.

Jadual 6.4: Enam Kaedah Pecahan daripada Kaedah Asas (4) Al-Darar Yuzal

Kemudaratan mesti Dihilangkan atau Dihapuskan (‫ال‬


ُ ‫ﻳُـ َﺰ‬ ‫)اَﻟﻀ َﱠﺮُر‬
ِ ‫اﻟﻤـ ْﺤﻈُﻮر‬
Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang (‫ات‬ ‫ات ﺗُﺒِْﻴ ُﺢ‬ ‫)اَﻟ ﱠ‬
ُ ‫ﻀ ُﺮْوَر‬
1. َ ْ َْ
2. Apa yang diharuskan dalam keadaan darurat dikira mengikut kadar keperluannya
sahaja (‫ﺑَِﻘـ َﺪ ِرَﻫﺎ‬ ‫) َﻣﺎ أُﺑِْﻴ ُﺢ ﻟِﻠ ﱠ‬
‫ﻀ ُﺮْوَرِة ﻳُـ َﻘـ ﱠﺪ ُر‬
3. Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan mendatangkan kemudaratan yang
lain (‫ﱠﺮِر‬ ِ
َ ‫ﺑﺎﻟﻀ‬ ‫ال‬
ُ ‫)اَﻟﻀ َﱠﺮُر َﻻ ﻳُـ َﺰ‬
4. Apabila bertentangan antara dua kemudaratan, hendaklah dihindarkan yang lebih
berat dan dilaksanakan yang lebih ringan
(‫ﺧ ﱢﻔ ِﻬ َﻤﺎ‬
َ َ‫ا‬ ِ ‫ﺿﺮًرا ﺑِ ْﺎرﺗِ َﻜـ ـ‬
‫ـﺎب‬ ِ ِ ِ
َ ‫)إِ َذا ﺗَـ َﻌ َﺎر‬
َ َ ‫ض ُﻣ ْﻔﺴـ ـ َﺪﺗَﺎن ُرْوﻋ َﻲ اَ ْﻋﻈَ ُﻤ ُﻬ َﻤﺎ‬
5. Menolak kerosakan itu diutamakan atau didahulukan daripada mengambil
ِ ِ‫ﺼﺎﻟ‬
manfaat atau kemaslahatan (‫ﺢ‬ َ َ‫اﻟﻤـ‬
ْ ِ ‫ﱠم َﻋﻠَﻰ َﺟﻠ‬
‫ْﺐ‬ ِ
ُ ‫اﻟﻤـََﻔﺎﺳﺪ ُﻣ َﻘﺪ‬
ْ ُ‫) َد ْرء‬
6. Keperluan atau hajat menempati kedudukan darurat sama ada yang bersifat
umum atau khusus (‫ﺻ ًﺔ‬
‫َﺧﺎ ﱠ‬ ْ َ‫ﻀ ُﺮْوَرِة َﻋﺎ ﱠﻣﺔً ﻛ ـ ـ ـﺎَﻧ‬
‫ﺖ اَ ْو‬ َ ‫ـﺎﺟﺔُ ﺗَـ ْﻨ ِﺰ ُل َﻣ ْﻨ ِﺰﻟَﺔَ اﻟ‬
َ ‫اﻟﺤـ ـ ـ‬
َ )

Kita akan mempelajari keenam-enam pecahan kaedah ini dengan lebih lanjut
dalam bahagian seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN (‫ﱠﺮُر ﻳـَُﺰا ُل‬
َ‫)اَﻟﻀ‬

6.6.1 Kaedah Pecahan 1: Keadaan Darurat


Mengharuskan Perkara yang Dilarang
(Al-Darurah Tubih al-Mahzurat)
Kaedah ini bermaksud, apabila seseorang itu berhadapan dengan keadaan yang
mendatangkan mudarat kepada dirinya, maka diharuskan ketika itu untuk
melakukan perkara yang haram. Namun, keharusan itu hanyalah sekadar untuk
melepaskan keadaannya yang dalam keadaan darurat dan dia tidak boleh
mengambil kesempatan untuk berlebih-lebihan serta tidak cenderung untuk
melakukannya melainkan kerana keadaan pada waktu itu sangat memaksanya
untuk berbuat demikian.

Antara contoh bagi pecahan kaedah ini adalah seperti berikut:


(a) Seseorang yang berada dalam keadaan yang tersangat lapar atau dahaga
kerana tidak memperoleh makanan atau minuman yang halal untuk
dimakan atau diminum bagi tempoh yang agak lama; dengan kata lain,
kebuluran yang boleh membawa maut. Pada waktu itu, dia dibolehkan
makan atau minum makanan atau minuman yang haram setelah dia
berusaha sedaya upayanya mencari makanan dan minuman yang halal.
Keharusan tersebut diharuskan oleh syarak kerana disebabkan oleh
keadaannya pada waktu itu yang sangat terdesak dan terpaksa. Semuanya
adalah demi kemaslahatan dirinya yang terancam agar dapat
menyelamatkan nyawanya; dan
(b) Seseorang yang diancam nyawanya supaya dia murtad, maka harus
baginya menuturkan kalimah kufur asalkan hatinya tetap beriman. Ini
berlaku kepada ÂAmmar bin Yasir yang telah memilih rukhsah dengan
melafazkan kalimah kufur dalam keadaan darurat. Namun, hatinya tetap
teguh dalam keimanan. Perbuatan ÂAmmar itu adalah dibenarkan dan
diakui Allah s.w.t. dalam firman-Nya pada surah al-Nahl, ayat 106.

6.6.2 Kaedah Pecahan 2: Apa yang Diharuskan dalam


Keadaan Darurat Dikira Mengikut Kadar
Keperluannya Sahaja (Ma Ubih li al-Darurah
Yuqaddar Bi Qadariha)
Tahukah anda bahawa kaedah pecahan kedua ini sebenarnya mengkhususkan
kepada kaedah yang pertama? Ini bermakna, keharusan perkara haram itu ada
tempohnya dan bukannya untuk selamanya. Oleh itu, apabila terkeluar daripada
situasi darurat tersebut, maka keharusannya terhapus dan ia kembali haram.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  99
(‫ال‬
ُ ‫ )اَﻟﻀَﱠﺮُر ﻳـَُﺰ‬DIHAPUSKAN

Sebagai rumusan, harus bagi seseorang mengambil yang haram kerana keadaan
yang terpaksa, namun setelah keadaan kembali normal, maka hukum keharusan
tadi akan kembali kepada status asalnya iaitu haram. Oleh itu, wajar syarak
memberi batasan dalam mempergunakan rukhsah dalam darurat tersebut di
samping memberikan kita sempadan agar tidak sewenangnya memanfaatkan
kaedah ini. Ia adalah bersifat sekadar menyelamatkan diri daripada bahaya dan
tidak lebih daripada itu.

Antara contoh bagi pecahan kaedah ini adalah:


(a) Keharusan bedah siasat terhadap mayat. Tindakan ini hendaklah diukur
berdasarkan kadar keperluan atau darurat sahaja. Berdasarkan kaedah,
pembedahan tersebut dilakukan bertujuan untuk mengesan unsur jenayah,
mengesan penyakit atau mengeluarkan bayi yang masih hidup daripada
perut ibunya yang telah meninggal dunia. Begitu juga diharuskan
membedah perut mayat kerana hendak mengeluarkan harta bernilai.
Sebaliknya, sekiranya membedah mayat tanpa sebarang sebab syarak atau
berlebihan daripada kadar keperluan, maka ia adalah haram;
(b) Sekiranya tiada doktor wanita, maka diharuskan untuk pesakit wanita
menggunakan khidmat doktor lelaki untuk mendapatkan rawatan.
Namun, doktor lelaki tersebut hanya dibolehkan melihat dan menyentuh
tempat yang sakit sahaja, sekiranya perlu; dan
(c) Dibenarkan memelihara anjing untuk tujuan perburuan dan tidak boleh
memeliharanya dalam jumlah yang banyak, melebihi daripada keperluan
tersebut.

6.6.3 Kaedah Pecahan 3: Kemudaratan Tidak Boleh


Dihilangkan dengan Mendatangkan
Kemudaratan yang Lain (Al-Darar La Yuzal Bi
Al-Darar)
Kaedah pecahan ketiga ini membawa maksud, biarpun kemudaratan itu mesti
dihilangkan, namun bukanlah dengan cara menimbulkan bahaya seperti itu juga,
apatah lagi dengan cara mewujudkan kemudaratan yang lebih besar.

Justeru, kaedah ini menegaskan bahawa kemudaratan tidak boleh sama sekali
dihilangkan dengan kemudaratan juga. Ini adalah kerana sekiranya berlaku
sedemikian, ia akan menambahkan masalah yang lebih besar. Ini adalah
bertentangan dengan syariat Islam kerana Islam sentiasa mencari jalan untuk
menolak sebarang kemudaratan terhadap manusia dan Islam juga merupakan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN (‫ﱠﺮُر ﻳـَُﺰا ُل‬
َ‫)اَﻟﻀ‬

agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan


terhadap umatnya.

Boleh anda fikirkan apakah contoh yang boleh dikaitkan dengan kaedah pecahan
ketiga ini? Antara contoh yang terbentuk daripada kaedah al-darar la yuzal bi al-
darar ialah:
(a) Tidak boleh bagi seseorang yang sedang dalam kelaparan atau kehausan
mengambil makanan atau minuman orang lain yang juga akan mati
kelaparan apabila makanannya atau minumannya diambil atau dicuri;
(b) Tidak boleh doktor mengubati pesakitnya yang memerlukan tambahan
darah dengan mengambil darah pesakit lain, di mana apabila diambil darah
pesakit ini akan menyebabkan sakitnya menjadi bertambah parah; dan
(c) Tidak boleh seseorang merosakkan diri orang lain untuk menghindarkan
dirinya daripada bahaya atau merosakkan kehidupan orang lain demi
menyelamatkan kehidupannya.

6.6.4 Kaedah Pecahan 4: Apabila Bertentangan


antara Dua Kemudaratan, Hendaklah
Dihindarkan yang Lebih Berat dan Dilaksanakan
yang Lebih Ringan (Iza Ta’arad Mufsidatani
Ru’iya A’zamuhuma Dararan Birtikabi
Akhaffihima)
Kaedah ini bermaksud sekiranya terdapat dua kemudaratan atau perkara yang
membahayakan dalam satu masa secara serentak, penyelesaiannya adalah
kemudaratan yang lebih berat atau besar itu hendaklah dihilangkan dengan
melakukan yang lebih ringan atau kecil mudaratnya. Dengan kata lain, apabila
datang pada satu masa secara serentak dua mafsadah atau lebih, hendaklah
diperhatikan dan diteliti mana yang lebih besar bahayanya. Oleh itu, kita perlu
meninggalkan dan menghindarkan mafsadah atau mudarat yang lebih besar dan
melaksanakan yang lebih ringan mudaratnya. Ini adalah kerana itu merupakan
penyelesaian yang terbaik di sisi agama Islam.

Berikut adalah tiga contoh yang memberikan gambaran lanjut bagaimana


kaedah pecahan keempat ini boleh dilaksanakan:
(a) Doktor diharuskan membedah perut wanita mengandung yang mati, jika
cara tersebut dapat menyelamatkan bayi di dalam kandungannya. Ini
adalah kerana kemudaratan membedah mayat adalah lebih ringan
berbanding membiarkan bayi tersebut turut sama mati;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  101
(‫ال‬
ُ ‫ )اَﻟﻀَﱠﺮُر ﻳـَُﺰ‬DIHAPUSKAN

(b) Harus menenggelamkan orang yang terbakar tubuhnya, sekiranya


perbuatan tersebut adalah lebih rendah risikonya dan dapat
menyelamatkan nyawanya; dan
(c) Diharuskan doktor membedah penderma organ untuk diberikan kepada
pesakit kritikal yang memerlukan organ di mana dengan cara ini ia dapat
menyelamatkan nyawa penerima organ tersebut. Kemudaratan atau
kesakitan yang ditanggung oleh penderma hasil pembedahan tersebut
dianggap lebih ringan berbanding membiarkan pesakit kritikal tersebut
mati begitu sahaja.

6.6.5 Kaedah Pecahan 5: Menolak Kerosakan Itu


Diutamakan atau Didahulukan daripada
Mengambil Manfaat atau Kemaslahatan (Dar’u
Al-Mafasid Muqaddam ‘Ala Jalb Al-Masalih)
Kaedah ini membawa maksud bahawa menolak mafsadah (keburukan) adalah
lebih diutamakan daripada mengambil maslahah (kebaikan). Dengan kata lain,
jika keduanya bertembung, maka kita perlu mendahulukan perkara yang
menolak mafsadah.

Oleh itu, usaha pencegahan mafsadah adalah lebih diutamakan daripada usaha
untuk memperoleh manfaat. Ini adalah kerana dikhuatiri mafsadah tersebut
akan merebak dan menyebabkan kewujudan mudarat yang lebih besar.

Dalam perkara ini, syarak memberi penekanan yang tegas terhadap perkara
yang dilarang melebihi perkara yang diperintah seperti yang disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w.:

ِ َ‫إ َذا أَﻣﺮﺗُ ُﻜﻢ ﺑِﺄَﻣ ٍﺮ ﻓَﺄْﺗـُﻮا ِﻣْﻨﻪ ﻣﺎ اﺳﺘَﻄَﻌﺘُﻢ و إِ َذا ﻧَـﻬﻴﺘُ ُﻜﻢ ﻋﻦ َﺷﻲ ٍء ﻓ‬
ُ‫ﺎﺟﺘَﻨﺒُـ ْﻮﻩ‬
ْ ْ ْ َ ْ َْ َ ْ ْ ْ َ ُ ْ ْ ْ َْ
Maksudnya: "Apabila aku perintah melakukan sesuatu, maka hendaklah kamu
kerjakannya seberapa yang kamu mampu dan apabila aku larang kamu daripada
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu jauhinya."

(Al-Bukhari, kitab: al-IÊtisam bi al-kitab wa al-sunnah. Bab: al-ÂIqtidaÊ bi al-sunan


Rasulillah. Bil 6744. Muslim, kitab: al-hajj. Bil. 2380)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN (‫ﱠﺮُر ﻳـَُﺰا ُل‬
َ‫)اَﻟﻀ‬

Justeru, dimaafkan meninggalkan sejumlah kewajipan lantaran adanya


masyaqqah (kesukaran atau keuzuran) seperti berdiri ketika solat. Namun, perlu
diingat bahawa tiada kompromi sama sekali terhadap perkara yang dilarang,
apatah lagi terhadap perkara yang merupakan dosa besar.

Antara contoh bagi pecahan kaedah ini adalah:


(a) Tidak diragukan bahawa ada kebaikan dalam poligami, namun jika tidak
diamalkan dengan baik, ia harus dihindari. Ini adalah untuk menjaga
maslahah perkahwinan tersebut;
(b) Berkumur dan istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung) adalah
perkara sunat (maslahah) dalam wuduk. Namun, jika kita berpuasa,
perbuatan ini tidak digalakkan kerana jika kita berlebih-lebih
melakukannya, dikhuatiri boleh membatalkan (mafsadah) puasa akibat
tertelan air tersebut;
(c) Menghentikan solat seketika, jika berlaku kecemasan seperti menolong
orang yang lemas, membantu mangsa banjir kilat atau mangsa ragut dan
seumpamanya; dan
(d) Berdusta hukumnya adalah haram. Namun, ia diberi keharusan sekiranya
untuk mendamaikan dua pihak yang bertelagah demi kebaikan hubungan
kedua-dua pihak tersebut.

6.6.6 Kaedah Pecahan 6: Keperluan atau Hajat


Menempati Kedudukan Darurat Sama Ada yang
Bersifat Umum atau Khusus (Al-Hajah Tanzilu
Manzilat Al-Darurah ‘Ammah Kanat Aw
Khassah)
Akhir sekali, mari kita lihat kaedah pecahan keenam. Masihkah anda ingat
Jadual 6.1? Kaedah ini merujuk kepada kedudukan istilah penting dalam kaedah
asas keempat ini. Berdasarkan kaedah tersebut, kita boleh katakan bahawa
keperluan manusia sama ada yang bersifat umum (semua orang) atau yang
bersifat khusus (satu golongan atau perseorangan) boleh beralih ke tempat
darurat kerana syarak mempertimbangkan keperluan manusia terhadapnya. Jika
sekiranya hajat ini tidak diletakkan pada kedudukan darurat, ia boleh
menyebabkan manusia terbeban dan menghadapi kesukaran dalam menjalani
kehidupan. Ini adalah bertentangan dengan syariat Islam kerana Islam
merupakan agama yang penuh dengan toleransi, prihatin terhadap seluruh
umatnya. Selain itu, kedatangan Islam itu sendiri adalah untuk menolak atau
membendung kesukaran dan membawa kemudahan kepada manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  103
(‫ال‬
ُ ‫ )اَﻟﻀَﱠﺮُر ﻳـَُﺰ‬DIHAPUSKAN

Sebagai rumusan, kaedah ini melihat kemudahan tidak hanya terbatas oleh
kerana faktor darurat sahaja. Kemudahan itu juga diberikan ke atas faktor ada
hajat, sebagaimana keringanan itu diharuskan dalam situasi darurat.

Berikut adalah antara contoh bagi kaedah pecahan keenam:

(a) Diharuskan transaksi tempahan (al-salam), sewaan (al-ijarah), upahan (al-


jiÊalah). Biarpun kesemua transaksi ini menyalahi qiyas dalam fiqh Islam,
namun kerana keperluan majoriti masyarakat, maka ia ditempatkan pada
kedudukan darurat. Syarak telah memberi rukhsah (keringanan) dalam
perkara ini, meskipun pada dasarnya transaksi seperti ini tidak sah kerana
pada dasarnya, maksud transaksi tersebut adalah seperti berikut:
(i) Tempahan: Jual beli barang yang tidak ada ketika transaksi;
(ii) Sewaan: Ketika melakukan akad, ia belum mempunyai faedah atau
manfaat; dan
(iii) Upahan: Pengupahan yang masih ada perkara yang tidak diketahui
ketika melakukan akad.

(b) Lelaki boleh memakai pakaian sutera disebabkan kerana sakit kulit, namun
dalam keadaan biasa adalah diharamkan; dan

(c) Diharuskan melihat kepada bakal isteri untuk tujuan perkahwinan.

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Kemukakan tiga keadah pecahan yang terbentuk daripada kaedah


kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan serta berikan satu
contoh yang relevan bagi setiap kaedah tersebut.

2. Bincangkan secara berkumpulan kaedah hajat menempati


kedudukan darurat sama ada yang bersifat umum ataupun khusus
dan kaitkannya dengan muamalat Islam semasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN (‫ﱠﺮُر ﻳـَُﺰا ُل‬
َ‫)اَﻟﻀ‬

6.7 ISU FIQH PERUBATAN SEMASA:


KAITANNYA DENGAN KAEDAH ASAS 4
Akhir sekali, sebagai penutup, mari kita lihat tiga situasi perubatan semasa yang
boleh dikaitkan dengan aplikasi kaedah asas keempat ini. Tiga situasi tersebut
adalah pemisahan rawatan bagi pesakit yang mati otaknya, suntikan imunisasi
rubela dan hukum eutanasia.

6.7.1 Pemisahan Rawatan Pesakit Mati Otak (Brain


Death)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Elwal Agama Islam
Malaysia kali ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989 telah
membincangkan tentang pemisahan rawatan bagi pesakit yang mengalami
masalah otak mati atau brain death. Muzakarah telah memutuskan bahawa
memisahkan rawatan antara pesakit yang mengalami otak mati dengan pesakit
yang masih mempunyai peluang untuk pulih di unit rawatan rapi adalah tidak
bercanggah dengan Islam.

Ini adalah berdasarkan keterangan atau hujah yang diguna pakai dengan
merujuk kepada kaedah fiqhiyyah ‫ات‬ ِ ‫ات ﺗُﺒِ ْﻴﺢ اﻟﻤـ ْﺤﻈُﻮر‬
ُ ‫ﱠﺮْوَر‬
َ ْ َْ ُ ُ ‫ اَﻟﻀ‬atau kemudaratan
mengharuskan perkara yang dilarang. Ini adalah kerana melakukan sesuatu
yang boleh menyebabkan kematian seseorang adalah diharamkan oleh Islam.

Oleh itu, bersesuaian dengan kaedah yang bermaksud „darurat dikira mengikut
keadaannya‰ maka jika boleh, setiap pesakit tersebut janganlah terus diasingkan
kerana keharusan hukum diberikan, sekiranya berlaku keadaan yang terdesak.
Usaha perubatan hendaklah dilakukan dengan penuh tanggungjawab supaya
rawatan terhadap pesakit ini tidak diabaikan.

6.7.2 Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela)


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia kali ke-21 yang bersidang pada 12 September 1988 telah
membincangkan tentang pelalian rubela (imunisasi rubela). Muzakarah telah
memutuskan bahawa vaksin rubela yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia pada masa ini tidak bersifat najis dan hukumnya harus digunakan
untuk suntikan di dalam badan bagi mencegah penyakit rubela.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  105
(‫ال‬
ُ ‫ )اَﻟﻀَﱠﺮُر ﻳـَُﺰ‬DIHAPUSKAN

Antara keterangan atau hujah bagi hukum ini adalah merujuk kepada kaedah
fiqh ‫ت‬ِ ‫ات تُبِ ْي ُح ال ْمـَحْ ظُوْ َرا‬ ‫ اَل ﱠ‬atau kemudaratan mengharuskan perkara yang
ُ ‫ضرُوْ َر‬
dilarang. Penggunaan suntikan rubela adalah atas asas hajat kerana hendak
menghindarkan perkara bahaya iaitu penyakit rubela, maka diharuskan oleh
syarak. Ini adalah berdasarkan kepada prinsip al-dharuriyat al-khams (menolak
kemudaratan terhadap agama, jiwa, akal, keturunan dan harta), maka suntikan
ini adalah perlu dan diutamakan.

6.7.3 Hukum Eutanasia (Mercy Killing)


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia kali ke-97 yang bersidang pada 15 hingga 17 Disember 2011 telah
membincangkan mengenai hukum eutanasia atau mercy killing. Berikut adalah
keputusan muzakarah tersebut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan,


hujah dan pandangan yang dikemukakan, muzakarah berpandangan bahawa
menghentikan hayat hidup seseorang sebelum dia disahkan mati dengan
menggunakan apa-apa cara dan bersandarkan kepada apa-apa alasan adalah
haram dan dilarang oleh Islam. Sehubungan itu, muzakarah memutuskan
bahawa perbuatan mempercepatkan kematian melalui amalan eutanasia
(sama ada euthanasia secara sukarela, non-voluntary atau involuntary) atau
mercy killing adalah haram menurut Islam kerana ia menyamai perbuatan
membunuh dan ia juga bertentangan dengan etika perubatan di Malaysia.

Keputusan ini adalah selaras dengan firman Allah s.w.t. dalam surah an-NisaÊ,
ayat 92:

Maksudnya: „Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh
seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja...‰

Hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh an-NasaÊie turut menyokong


perkara ini:

Maksudnya: „Sesungguhnya, Rasulullah s.a.w. bersabda, ÊJanganlah kamu


mengharapkan kematian. Jika seseorang itu baik, boleh jadi ia menambahkan
kebaikan dan jika seseorang itu berbuat dosa, boleh jadi dia bertaubat (dan
mengharap reda Allah).ʉ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN (‫ﱠﺮُر ﻳـَُﺰا ُل‬
َ‫)اَﻟﻀ‬

Muzakarah juga menegaskan bahawa tugas doktor ialah menolong pesakit


dalam perkara kebaikan. Oleh itu, membantu mempercepatkan kematian tidak
termasuk dalam perkara kebaikan tetapi tergolong dalam perkara yang dilarang
dan berdosa.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan di mana pakar perubatan telah


mengesahkan bahawa jantung dan/atau otak pesakit telah berhenti berfungsi
secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada lagi harapan untuk hidup dan
hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan, maka muzakarah
memutuskan bahawa tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan
pernafasan tersebut adalah dibenarkan oleh Islam kerana pesakit telah disahkan
mati oleh pakar perubatan dan sebarang rawatan tidak lagi diperlukan dan tidak
lagi berkesan.

Begitu juga, dalam kes di mana pakar perubatan telah mengesahkan bahawa
pesakit tiada harapan untuk sembuh dan pesakit telah dibenarkan pulang, maka
tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan
(conventional treatment) sahaja yang perlu diteruskan adalah dibenarkan oleh
Islam. Ini adalah kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam amalan
eutanasia yang diharamkan.

Walau bagaimanapun, jika rawatan atau alat bantuan sokongan tersebut


digunakan untuk tujuan lain seperti alat bantuan mengeluarkan bendalir untuk
memudahkan pernafasan, maka tindakan mencabut atau memberhentikannya
adalah tidak dibenarkan.

Dalam kes di mana pakar perubatan terpaksa berhadapan dengan situasi di


mana pesakit perlu berdepan dengan dua pilihan, sama ada meneruskan
rawatan walaupun berkemungkinan memberi kesan sampingan yang boleh
menyebabkan kematian atau terus berada dalam keadaan kesakitan yang
berterusan, muzakarah bersetuju memutuskan bahawa adalah harus bagi pakar
perubatan memberikan rawatan atau ubat-ubatan kepada pesakit (seperti ubat
penahan sakit), walaupun berkemungkinan memberi kesan kepada nyawa
pesakit.

Sehubungan itu, selaras dengan kaedah fiqh ‫اﻟﻀﺮورات ﺗﺒﻴﺢ اﶈﻈﻮرات‬ atau "dalam
keadaan darurat, setiap perkara yang ditegah adalah dibolehkan", amalan
eutanasia secara tidak langsung (euthanasia indirect) atau ubat kesan berganda
(double-effect medication) boleh dilaksanakan menurut pandangan syarak bagi
memastikan kesengsaraan yang dihadapi pesakit dapat dikawal dan
pelaksanaannya tidak langsung bertujuan untuk mempercepatkan kematian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  107
(‫ال‬
ُ ‫ )اَﻟﻀَﱠﺮُر ﻳـَُﺰ‬DIHAPUSKAN

Muzakarah juga memutuskan bahawa dalam kaedah perubatan, mati otak


adalah dianggap sebagai kematian dan apabila kematian tersebut disahkan oleh
pakar, maka akan sabit semua hukum berkaitan kematian yang ditetapkan oleh
syarak. Oleh itu, adalah harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan
(contohnya, penggunaan mesin ventilator) dengan persetujuan waris terdekat
selepas disahkan oleh dua orang pakar perubatan yang tidak terlibat dalam
urusan pendermaan organ.

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Kemukakan pandangan ulama berkaitan dengan kaedah


kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan.

2. Kemukakan tiga contoh perlaksanaan kaedah ini dalam fatwa


semasa di Malaysia.

3. Jelaskan hukum dan berikan kaedah fiqh yang bersesuian bagi


permasalahan berikut.
(a) Merawat yang bukan mahram dan melihat auratnya;
(b) Mengubati penyakit dari sumber yang haram dalam
keadaan terdesak yang mana ketika itu tidak ada sebarang
ubat yang halal ditemui; dan
(c) Pembedahan kosmetik untuk merawat kecacatan anggota
badan seperti pembedahan menghilangkan sumbing di
mulut.

Ć Kaedah kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan merupakan kaedah


asas keempat yang digunakan oleh ulama, mujtahid, hakim dan mufti dalam
perundangan Islam. Ia membawa maksud bahawa sebarang bentuk
kemudaratan wajib dihilangkan dan dihapuskan sama ada terhadap dirinya
sendiri atau orang lain, terhadap mana-mana individu atau orang awam dan
seluruhnya.

Ć Kaedah ini juga disebut sebagai „al-qawaÊid al-khams al-kubra‰ atau „al-
qawaÊid al-asasiyyah‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
DIHAPUSKAN (‫ﱠﺮُر ﻳـَُﺰا ُل‬
َ‫)اَﻟﻀ‬

Ć Antara contoh penggunaan kaedah ini ialah disyariatkan hudud dan qisas
untuk mengelakkan ancaman bahaya, disyariatkan semua bentuk khiyar
yang ditetapkan oleh syarak untuk menghilangkan bahaya dan diharuskan
memenjarakan atau dikenakan hukuman bagi orang yang membawa ajaran
sesat.

Ć Terdapat enam istilah yang berkait rapat dengan kaedah ini. Enam istilah
tersebut adalah darurat, hajat, 'ammah, khassah, mafsadah dan maslahah.

Ć Terdapat banyak dalil atau asal bagi kaedah kemudaratan mesti dihilangkan
atau dihapuskan dari al-Quran dan hadis. Antaranya dari surah al-Talaq,
ayat 6 dan surah al-Baqarah, ayat 23.

Ć Terdapat enam kaedah pecahan atau cabang yang terbentuk daripada kaedah
al-darar yuzal. Antaranya ialah al-darurah tubih al-mahzurat, ma ubih li al-
darurah yuqaddar bi qadariha dan al-darar la yuzal bi al-darar dan lain-lain
lagi.

Ć Kaedah al-darar yuzal dan kaedah pecahannya amat penting dalam


perundangan Islam dan banyak berperanan dalam menyelesaikan
permasalahan fiqh. Antaranya dalam isu perubatan semasa seperti pesakit
yang mengalami masalah kematian otak, pelalian rubela dan hukum
eutanasia.

Al-darar la yuzal bi al-darar Al-qawaÊid al-khams al-kubra


Al-darar yuzal BayÊ al-salam
Al-darurat tubih al-mahzurat DarÊu al-mafasid muqaddam Âala jalb
al-masaalih
Al-hajah tanzilu manzilat al-darurah
Âammah kanat aw khassah Ma ubih li al-darurah tuqaddar bi
qadariha
Al-ijarah
Al-jiÊalah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  109
(‫ال‬
ُ ‫ )اَﻟﻀَﱠﺮُر ﻳـَُﺰ‬DIHAPUSKAN

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009). Al-
madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta: Amzah.
Al-Hasri Ahmad Muhammad, & Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-
qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah:
Universiti al-Azhar.
Al-Nadwiyy ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik: Dar al-
Qalam.
Al-Quran al-Karim.
Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid
wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-ZarqaÊ Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik:
Dar al-Qalam.
Ibn Majah Abu Abdullah Muhammad Yazid Majah al-RabiÊi al-Qazwini. (1683).
Sunan ibn majah. al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-TawziÊ.
Ibn Salih ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Universiti
Sharjah: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2013). e-fatwa: Portal rasmi fatwa Malaysia.
Dicapai dari http://www.e-fatwa.gov.my/
Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Asas 5:
7 Adat sebagai
Sumber
Rujukan
Hukum
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﻣ َﺤ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟ َْﻌ‬
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud Kaedah Asas 5 (adat sebagai sumber rujukan
hukum) berserta contoh penggunaannya;
2. Menjelaskan maksud adat dan uruf dari sudut pandangan ulama;
3. Mengenal pasti dalil atau sumber bagi Kaedah Asas 5;
4. Mengenal pasti enam kategori adat atau uruf dalam syariat Islam;
5. Menjelaskan lima syarat harus untuk beramal dengan adat dan uruf;
6. Mengenal pasti tiga pecahan kaedah daripada Kaedah Asas 5; dan
7. Menyatakan bagaimana kaedah ini dipraktikkan dalam sistem
muamalat di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  111
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟْ َﻌ‬

 PENGENALAN
Adat sebagai sumber rujukan hukum (al-Âadah muhakkamah) adalah merupakan
kaedah fiqh asas yang kelima daripada kaedah fiqhiyyah yang asas atau utama
yang mana ia juga disebut sebagai „kaedah kubra‰. Kaedah ini amat signifikan
dalam proses penetapan hukum dalam kehidupan manusia yang bersumberkan
kepada uruf dan adat.

Ulama mengiktiraf kaedah ini apabila dalam keadaan ketiadaan nas atau dalil.
Dengan kata lain, sesuatu uruf atau adat tidak boleh diterima sebagai hukum,
sekiranya perkara itu mempunyai dalil atau nas tertentu. Begitu juga, sekiranya
adat dan uruf itu bercanggah dengan nas atau dalil, maka ia akan ditolak kerana
bertentangan dengan kaedah syarak.

Aplikasi kaedah ini adalah cukup meluas oleh ulama dalam pelbagai isu
fiqhiyyah seperti tradisi, muamalat dan penghakiman. Oleh itu, topik ketujuh ini
akan membincangkan pengertian dan penghuraian kaedah, contoh penggunaan
kaedah, sumber asal atau dalil kaedah, kategorinya dan syarat untuk
mengamalkan adat dan uruf. Tidak ketinggalan, kita juga akan mempelajari tiga
pecahan kaedah dan melihat bagaimana kaedah ini dipraktikkan dalam sistem
muamalat di Malaysia.

7.1 PENGERTIAN DAN HURAIAN KAEDAH


ASAS 5
Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah adat sebagai sumber rujukan
hukum? Kaedah ini membawa maksud bahawa sesuatu adat yang diiktiraf oleh
syariat Islam boleh diterima sebagai salah satu sumber hukum. Sebarang bentuk
tradisi atau budaya yang baik dan menjadi sebahagian daripada kehidupan
masyarakat Islam adalah wajar diterima pakai atau diteruskan. Ia tidak perlu
disingkirkan selagi mana ia tidak bercanggah atau bertentangan dengan nas
syarak ataupun nilai murni. Fuqaha menegaskan bahawa apabila syariah
mengiktiraf adat atau uruf sebagai salah satu sumber hukum, bermakna syariah
berusaha untuk menjaga kemaslahatan masyarakat.

Islam merupakan agama yang fleksibel dan amat meraikan apa sahaja yang
mendatangkan manfaat dan memberi keselesaan kepada manusia. Justeru, Islam
tidak menghalang umatnya mengamalkan sebarang bentuk adat yang baik yang
telah dihayati oleh masyarakat sekian lamanya dan menjadi rutin harian dalam
kehidupan mereka. Islam dengan penuh pertimbangan dan kasih sayang
menghargai adat resam yang baik bagi umat Islam yang terdiri daripada
berbilang bangsa, kaum dan negara di seluruh dunia. Ini adalah kerana Islam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟْ َﻌ‬

melihat perbezaan adat dan uruf adalah suatu perkara yang wajar diraikan demi
kebahagiaan dan kebaikan umatnya.

7.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH


Sekarang, mari kita lihat beberapa contoh penggunaan kaedah ini dalam
kehidupan masyarakat Islam:
(a) Adat penentuan kadar mahar atau mas kahwin yang merupakan
pemberian wajib daripada suami kepada isteri sebagai simbol penghargaan
dalam perkahwinan yang suci. Islam tidak membataskan mahar kepada
harta tertentu atau jumlah tertentu sama ada minimum atau maksimum.
Ini adalah kerana dalam Islam, sesuatu yang bernilai dan memenuhi syarat
yang digariskan dan mengikut panduan syariat, maka ia diharuskan.
Malah, semua urusan mahar ini diserahkan kepada masyarakat untuk
menentukannya, menurut adat tradisi mereka. Di samping itu, mahar juga
perlu berasaskan kepada aspek kemampuan dan keredaan antara dua
pihak, seperti mana yang digariskan dalam agama Islam;
(b) Adat pemberian hantaran perkahwinan atau dengan kata lain, hadiah
perkahwinan. Ini juga diharuskan, sekiranya ia menjadi amalan tradisi
dalam perkahwinan sesuatu bangsa seperti masyarakat Melayu di
Malaysia. Namun, dalam keharusan ini menurut Islam, ia tidak boleh
sehingga membebankan mana-mana pihak kerana itu sudah melanggar
syariat. Apabila adat bertentangan dengan Islam, maka ia tidak boleh
diterima pakai sama sekali. Pemberian hantaran perkahwinan ini tidak ada
nas syarak yang menjelaskan tentang hukum beramal dengan amalan
tersebut;
(c) Adat pemakaian dalam masyarakat. Sebagai contoh, memakai baju Melayu
atau baju kurung bagi masyarakat Melayu. Begitu juga bagi masyarakat
Arab yang berpakaian abaya atau jubah dan seumpamanya;
(d) Adat "main kutu" yang merupakan amalan bagi kebanyakan masyarakat
setempat di Malaysia. Dalam amalan ini, satu kumpulan dibentuk dan
diketuai oleh seorang ketua di mana setiap bulan, semua ahli akan
menyumbangkan wang mengikut jumlah yang telah dipersetujui. Satu
undian akan dibuat untuk menentukan giliran siapa yang akan mendapat
wang terkumpul tersebut. Oleh itu, setiap seorang daripada ahli kumpulan
ini akan menerima wang terkumpul mengikut giliran masing-masing.
Amalan diamalkan bertujuan untuk saling membantu antara satu sama lain
dalam mengatasi masalah kewangan dan untuk mengumpul modal.
Permainan kutu ini boleh dikatakan sebagai akad wadiah yang diguna
pakai oleh ahli berkenaan iaitu semasa menyerahkan wang kutu kepada
ketua kumpulan yang dilantik; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  113
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟْ َﻌ‬

(e) Sistem pawah (pawah haiwan atau tanah) yang merupakan adat
sebahagian penduduk di beberapa kawasan di Malaysia. Sistem pawah ini
adalah merupakan satu bentuk upah yang telah dipersetujui dan dicapai
oleh pihak pengusaha dan pemilik modal semasa akad dilakukan. Dalam
sistem ini, para pengusaha mengusahakan tanah atau ternakan milik orang
lain (pemilik modal) dan mereka diberikan bayaran dalam bentuk upah.

AKTIVITI 7.1

1. Huraikan dengan jelas maksud kaedah adat sebagai sumber


rujukan hukum.

2. Terangkan kenapa Islam menerima adat yang baik dalam sesuatu


masyarakat sebagai salah satu sumber rujukan hukum.

3. Senaraikan beberapa contoh adat Melayu yang diamalkan dan


tidak bercanggah dengan syariat Islam.

7.3 PENGERTIAN ADAT DAN URUF


MENURUT ULAMA
Apabila membincangkan pengertian adat dan uruf, terdapat perselisihan antara
ulama dalam menafsirkannya. Perbezaan ini boleh dilihat dalam Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Pengertian Adat dan Uruf Menurut Ulama

ADAT
Mahmud al- Merupakan sesuatu yang menjadi amalan kebiasaan orang ramai atau
Hariri segolongan dalam kalangan mereka.
Merujuk kepada sesuatu perkara yang berulang-ulang menurut
Al-Suyuti kebiasaan segolongan orang mengikut cara tertentu dan dapat diterima
oleh akal manusia.
Bermaksud sesuatu perkataan atau perbuatan yang dilakukan
Al-Jurjani berterusan oleh manusia atau secara berulang-ulang yang mana ia boleh
diterima secara logikal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟْ َﻌ‬

URUF
Ia merangkumi perkataan dan perbuatan yang merupakan perkara rutin
Mahmud al-
dalam diri manusia yang boleh diterima akal dan diterima oleh tabiat
Hariri
semula jadi yang sejahtera.
Abd al- Bermaksud sesuatu perkara yang berulang-ulang, menurut kebiasaan
Wahab al- segolongan orang mengikut cara tertentu dan dapat diterima oleh akal
Khallaf manusia.
Merupakan sesuatu yang telah diketahui umum dan menjadi rutin
Al-Jurjani
mereka sama ada dalam ucapan atau perbuatan.
Membawa maksud sesuatu perkataan ataupun perbuatan yang telah
Al-Zuhaily
menjadi kebiasaan dan dikenali oleh masyarakat secara umum.

Berdasarkan pengertian yang dinyatakan oleh para ulama dalam Jadual 7.1,
dapat difahami dan disimpulkan bahawa secara umumnya adat dan uruf tidak
ada perbezaannya. Dengan kata lain, kedua-duanya merupakan perkataan yang
agak sinonim atau mempunyai pengertian yang sama, walaupun terdapat sedikit
perbezaan istilah antara keduanya. Persamaan ini merupakan pandangan
majoriti ulama.

Walau bagaimanapun, terdapat juga sebahagian ulama yang membezakan


antara keduanya. Mereka berpendapat bahawa adat itu lebih umum daripada
uruf. Ini adalah kerana kadangkala, adat hanya berlaku pada individu atau
sesetengah individu sahaja, sedangkan uruf itu berlaku kepada semua orang.
Lantaran itu, mereka berpendapat bahawa setiap uruf merupakan adat,
sebaliknya bukan semua adat dikira sebagai uruf. Ini merupakan pandangan
minoriti ulama terhadap isu ini.

7.4 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH


ASAS 5
Tahukah anda asal atau dalil bagi kaedah ini? Asal atau dalil bagi kaedah ini
adalah bersumberkan kepada dalil al-Quran dan hadis seperti yang disenaraikan
dalam Jadual 7.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  115
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟْ َﻌ‬

Jadual 7.2: Sumber Asal atau Dalil Kaedah Asas 5

Sumber Dalil
Al-Quran
š⎥⎫Î=Îγ≈pgø:$# Ç⎯tã óÚÌôãr&uρ Å∃óãèø9$$Î/ óßΔù&uρ

Maksudnya: "Dan suruhlah dengan perkara yang baik serta


berpalinglah dari orang bodoh."
(Surah al-ÂAraf, 7:1992)

Å∃ρã÷èyϑø9$$Î/ £⎯èδρçÅ°$tãuρ 4

Maksudnya: "Dan bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik."


(Surah an-NisaÊ, 4:19)
Sunnah ِ ‫ﻣﺎ رءاﻩ اْﳌﺴﻠِﻤﻮ َن ﺣﺴﻨًﺎ ﻓَـﻬﻮ ِﻋْﻨ َﺪ‬
‫اﷲ َﺣ َﺴ ٌﻦ‬ َُ َ َ ْ ُ ْ ُ ُ ََ َ
Maksudnya: "Apa yang dipandang baik oleh orang Islam, maka ia
adalah baik di sisi Allah."
(Ahmad, Musnad al-Mukthirin min al-Sahabah, Hadis ‘Abdullah Ibn
Mas’ud, Bil. 3418. Al- Thabrani, Kitab Al-Kabir dari Ibn Mas’ud)

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Huraikan dengan jelas maksud istilah adat dan uruf berserta


contoh yang relevan.

2. Kemukakan tiga dalil yang menjadi dasar kepada kaedah adat


sebagai sumber rujukan hukum.

7.5 KATEGORI ADAT ATAU URUF DALAM


SYARIAT ISLAM
Sekarang, mari kita pelajari kategori bagi adat atau uruf dalam syariat Islam.
ÂAbd Karim Zaidan dalam karyanya Al-Wajiz Fi Usul Al-Fiqh menyebut bahawa
menurut majoriti fuqaha, adat juga dikenali sebagai uruf.

Terdapat enam klasifikasi uruf yang telah dibincangkan oleh para fuqaha dalam
karya mereka seperti mana yang diterangkan dalam Jadual 7.3 berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟْ َﻌ‬

Jadual 7.3: Enam Kategori Adat atau Uruf dalam Syariat Islam

Jenis Uruf Definisi


Uruf Qawli Merujuk kepada kebiasaan istilah, perkataan atau ucapan yang
digunakan orang ramai yang menyalahi penggunaannya dari sudut
(‫)ﻋﺮف ﻗﻮﱄ‬
bahasa, namun difahami oleh semua orang. Contohnya, „al-walad‰;
menurut masyarakat Arab, ia dimaksudkan untuk anak lelaki sahaja,
walaupun dari sudut etimologinya, ia merangkumi anak lelaki dan
perempuan.
Uruf Amali Ini merujuk kepada perkara yang kebiasaan dilakukan oleh orang ramai.
Contohnya, apabila tuan rumah menghidangkan makanan kepada
(‫)ﻋﺮف ﻋﻤﻠﻲ‬
tetamu. Makanan yang dihidangkan dianggap telah diberi keizinan
untuk diambil oleh tetamu.

Uruf Am Merujuk kepada sesuatu tradisi yang dihayati oleh semua orang dari
pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat di seluruh negeri atau uruf
(‫)ﻋﺮف ﻋﺎم‬ itu telah meluas penggunaannya di seluruh negara Islam. Contohnya,
perkataan nazar yang dikenali oleh semua umat dan negara Islam.
Uruf Khas Ia merujuk kepada sesuatu yang menjadi kebiasaan kepada sebahagian
masyarakat atau sesetengah negeri. Contohnya, di Malaysia, jika
(‫)ﻋﺮف ﺧﺎص‬
seseorang memasuki rumah orang lain tanpa menanggalkan kasut,
perbuatan ini dikira tidak menghormati tuan rumah atau dianggap tidak
beradab. Walau bagaimanapun, di negara Arab, penerimaan terhadap
perbuatan ini adalah berbeza.
Uruf Sahih Bermaksud adat yang tidak bertentangan dengan nas syarak.
Contohnya, pemberian barangan oleh seorang lelaki kepada tunangnya,
(‫)ﻋﺮف ﺻﺤﻴﺢ‬
ketika majlis pertunangan dikira sebagai hadiah dan bukannya
sebahagian daripada mas kahwin.
Uruf Fasid Ia merupakan adat yang bercanggah dengan nas syarak. Contohnya,
adat berjudi, bermuamalat dengan riba atau menghidangkan arak
(‫)ﻋﺮف ﻓﺎﺳﺪ‬
sebagai tanda hormat kepada tetamu.

7.6 KEHUJAHAN ADAT MENURUT


PANDANGAN ULAMA
Jumhur ulama berpendapat bahawa adat dan uruf merupakan salah satu
daripada hujah syarak dan boleh menjadi sumber rujukan dalam perundangan
Islam. Ini terbukti melalui ungkapan dan fatwa yang dikeluarkan oleh mereka.

Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam karyanya IÊlam al-MuwaqqiÊin Âan


Rabb al-Âalamin menyebut bahawa perubahan fatwa dan perbezaan fatwa itu
adalah menurut perubahan dan peredaran zaman, tempat, situasi dan adat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  117
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟْ َﻌ‬

Manakala al-Syeikh Syihab al-Din al-Qarafi dalam kitabnya Al-Ihkam Fi Tamyiz


al-Fatawa Âan al-Ihkam wa Tasarrufat al-Qadi wa al-Imam menyatakan bahawa
setiap sesuatu dalam syariat itu adalah mengikut adat di mana hukumnya boleh
berubah mengikut perubahan adat. Namun, ia mesti relevan dengan kehendak
adat tersebut.

Bagi Imam Najm al-Din al-Tufi, beliau mengatakan (dalam risalahnya) bahawa
prinsip syarak yang menjaga hak mukallaf kadangkala difahami melalui hukum
adat.

Seterusnya, menurut Syeikh Bisri dalam bukunya Tarjamah al-FaraÊid al-


Bahiyyah menukilkan bahawa adat diterima sebagai penetapan hukum syarak
yang tidak mempunyai nas. Apabila ketiadaan nas yang bertentangan dengan
hukumnya yang asal atau terdapat nas tetapi secara umum sahaja, maka adat
pada ketika itu boleh diterima pakai sebagai asas penetapan hukum.

Begitu juga dengan pandangan yang dikemukakan oleh ÂUthman Syibir dalam
kitabnya Al-QawaÊid al-Kulliyyah wa al-Dawabit al-Fiqhiyyah fi al-Syariah al-
Islamiyyah. Beliau mengatakan bahawa nafkah isteri tidak ditentukan oleh nas
syarak tetapi penetapan itu hendaklah ditentukan berdasarkan adat setempat di
mana mereka tinggal.

Berdasarkan beberapa pandangan yang telah dikemukakan oleh ulama, kita


boleh simpulkan bahawa adat dan uruf boleh dijadikan sebagai hujah dan ia
memainkan peranan yang penting dalam penetapan hukum syarak. Namun,
pada masa yang sama, ia bukanlah merupakan dalil atau sumber hukum yang
berdiri dengan sendiri; ia perlu dirujuk kepada dalil syarak yang muktabar.

Justeru, dalam mengukuhkan lagi hujah ini, ÂAbd al-Karim Zaydan dalam
karyanya Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh menyatakan bahawa dalil uruf sebenarnya
kembali kepada dalil syarak yang lebih kuat seperti ijmak, masalih mursalah dan
sad al-zaraÊi.

Apabila syariat mengambil kira adat dan uruf, maka itu merupakan keringanan
dan rahmat dari Allah s.w.t. kepada hamba-Nya. Dan apabila Allah mengizinkan
kita membina hukum berdasarkan adat dan uruf, maka keizinan Allah itulah
sumbernya yang hakiki ‒ adat itu tidak lebih dari kaedah fiqh diambil faedah
darinya ketika pelaksanaan hukum. Perlu diingat bahawa adat dan uruf tersebut
tidaklah sampai kepada tahap sumber atau dalil yang utama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟْ َﻌ‬

7.7 SYARAT KEHARUSAN BERAMAL DENGAN


ADAT DAN URUF
Bagaimanakah kita dapat menentukan bahawa sesuatu adat atau uruf itu boleh
diikuti atau tidak? Terdapat lima garis panduan yang boleh dijadikan panduan
untuk kita dalam melihat sesuatu adat atau uruf. Lima garis panduan tersebut
telah digariskan oleh para ulama sebagai panduan keharusan untuk kita beramal
dengan adat dan uruf. Sesuatu adat dan uruf perlu mematuhi:
(a) Pertama: Adat dan uruf itu tidak bertentangan dengan hukum dan nas
syarak;
(b) Kedua: Adat dan uruf itu telah diamalkan oleh masyarakat secara meluas,
menyeluruh dan berterusan;
(c) Ketiga: Adat atau uruf ini tidak dinafikan oleh majoriti ulama;
(d) Keempat: Adat dan uruf itu mestilah diamalkan pada masa hukum syarak
dibentuk ke atasnya dan bukannya adat atau uruf yang sudah lama
ditinggalkan. Namun, boleh diterima pakai, sekiranya ia kembali aktif dan
dijadikan amalan kebiasaan seperti sedia kala; dan
(e) Kelima: Adat atau uruf ini mestilah sesuatu yang diamal secara konsisten
dan menyeluruh oleh majoriti masyarakat sesebuah negara. Ini merujuk
kepada amalan yang mesti diguna pakai menurut pandangan masyarakat
atau sekurang-kurangnya ia adalah adat untuk sebahagian negara
walaupun tidak seluruh negara.

7.8 CABANG ATAU PECAHAN KAEDAH


ASAS 5
Tahukah anda daripada kaedah asas adat dijadikan sebagai rujukan hukum
terbentuk tiga lagi kaedah pecahan? Tiga pecahan kaedah tersebut adalah seperti
yang dinyatakan dalam Rajah 7.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  119
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟْ َﻌ‬

Rajah 7.1: Tiga pecahan kaedah daripada Kaedah Asas 5

Ketiga-tiga kaedah ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian
seterusnya.

7.8.1 Kaedah Pecahan 1: Tidak Dinafikan Berlakunya


Perubahan Hukum Disebabkan Perubahan
Zaman (La Yunkaru Taghayyur al-Ahkam Bi
Taghayyur al-Azman)
Kaedah ini membawa maksud perubahan zaman memberi implikasi yang cukup
besar kepada pembinaan sesuatu hukum syarak. Hukum perlu dibina
berasaskan keperluan zaman semasa iaitu dengan merujuk kepada adat dan uruf
ketika itu. Maka, hukum ijtihad yang dibina itu mestilah relevan dengan adat
dan uruf mereka.

Salah satu keistimewaan Islam adalah terletak pada ajarannya yang memberi
ruang yang cukup luas untuk menerima dan mengadaptasi budaya setempat.
Namun, tidak semua tradisi itu dijadikan hukum kerana bukan semua unsur
budaya itu sesuai dengan ajaran Islam; dengan kata lain, tidak mengikut syariat.
Maka, yang tidak besesuaian itu akan disesuaikan mengikut syariat.

Ulama bersepakat mengatakan bahawa terdapat perubahan hukum ekoran


perubahan zaman dan terdapat juga perubahan hukum ekoran perubahan adat.
Ini adalah kerana Islam melihat kepada kepentingan, keperluan semasa dan
kemaslahatan umat manusia itu sendiri. Ini bagi menjamin kehidupan mereka
dalam penuh keselesaan dan tidak memberi tekanan atau membebankan
mereka. Ini juga terbukti melalui fakta sejarah bagaimana sikap Rasulullah s.a.w.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟْ َﻌ‬

yang meraikan dan mengiktiraf adat baik yang dihayati dalam kalangan orang
Arab di zaman jahiliah, sehinggalah adat tersebut diteruskan dan diterima pakai
dalam agama Islam.

Antara contohnya adalah seperti berikut:


(a) Berlaku pada zaman Imam Syafie di mana beliau telah mengubah
sebahagian keputusan hukumnya yang telah ditetapkan di Baghdad (Iraq)
setelah beliau berada di Mesir. Perkara tersebut berlaku lantaran beliau
melihat adat di Mesir yang sangat berbeza dengan adat di Baghdad,
sehingga Imam Syafie mempunyai dua qawl (pendapat atau fatwa) iaitu
qawl jadid (pendapat yang baru) dan qawl qadim (pendapat yang lama);
(b) Pada zaman Abu Hanifah dan anak muridnya (Abu Yusuf) yang berbeza
pendapat dalam menetapkan sesuatu hukum, lantaran berbezanya adat
dan uruf. Bagi Imam Abu Hanifah, beliau hanya mensyaratkan keadilan
yang zahir ke atas saksi dalam kes yang bukan hudud dan qisas. Namun,
pada zaman Abu Yusuf pula, majoriti manusia pada zamannya banyak
melakukan maksiat dan bercakap bohong. Lalu, Abu Yusuf mensyaratkan
bahawa setiap saksi pada kes bukan hudud dan qisas hendaklah disucikan
dirinya dan bertaubat. Ini adalah disebabkan oleh perubahan yang berlaku
pada kebanyakan orang pada zaman tersebut;
(c) Hukum atau peruntukan undang-undang dalam soal usia perkahwinan
sesuatu bangsa, negara atau seumpamanya. Ini adalah kerana
perkembangan budaya dan peruntukan undang-undang masing-masing
adalah berbeza mengikut kesesuaian dan kebiasaan yang berlaku. Sebagai
contoh, Rasulullah s.a.w. telah mengahwini Saidatina Aisyah r.a. ketika
beliau berusia sembilan tahun. Namun, perkara tersebut mungkin tidak
berlaku kepada zaman sekarang kerana perubahan zaman, suasana dan
transformasi sosial atau seumpamanya yang telah menolak keadaan ini. Di
Malaysia (berdasarkan undang-undang), lelaki hanya boleh berkahwin
setelah berusia 18 tahun dan bagi perempuan, mereka perlu berusia 16
tahun. Sekiranya ingin berkahwin sebelum mencapai usia tersebut, maka
mereka perlu mendapat keizinan daripada pihak mahkamah. Di Indonesia
pula (berdasarkan Undang-Undang No. 1, tahun 1974), lelaki hanya boleh
berkahwin setelah berusia 19 tahun dan perempuan berusia 16 tahun; dan
(d) Memandangkan zaman sekarang keruntuhan rumah tangga sering berlaku
dalam kalangan pasangan muda, maka setiap pasangan yang ingin
berkahwin diwajibkan mengambil kursus perkahwinan serta pemeriksaan
tahap kesihatan. Ini adalah untuk menjamin dan memastikan setiap
pasangan itu memahami konsep perkahwinan, menurut perspektif Islam
dan bebas daripada semua penyakit kritikal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  121
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟْ َﻌ‬

7.8.2 Kaedah Pecahan 2: Sesuatu yang Biasa


Diamalkan oleh Orang Ramai, Merupakan
Hujah yang Wajib Beramal dengannya (Isti’mal
al-Nas Hujjah Yajib al-‘Amal Biha)
Kaedah ini membawa maksud sesuatu amalan kebiasaan bagi sesebuah
masyarakat yang telah disepakati dan tidak bertentangan dengan nas syarak
adalah merupakan hujah yang wajib diikuti.

Sumber asal kaedah ini adalah ketika Rasulullah s.a.w. menghukum sahabat
yang bernama al-BarraÊ bin ÂAzib, berdasarkan adat kebiasaan mereka. Menurut
hadis yang diriwayatkan daripada Haram bin Muhayyisah daripada bapanya:

ِ ِ ِ ِ
ُ‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲ‬ َ ‫ﻀﻰ َر ُﺳ ْﻮ ُل اﷲ‬ َ ‫ ﻓَـ َﻘ‬.ُ‫ﺖ َﺣﺎﺋ َﻂ َر ُﺟ ٍﻞ ﻓَﺎﻓْ َﺴ َﺪﺗْﻪ‬ ْ َ‫أَ ﱠن ﻧَﺎﻗَﺔَ ﻟﻠﺒَـﱠﺮاء ﺑ ِﻦ َﻋﺎ ِزب َد َﺧﻠ‬
.‫ﱠﻬﺎ ِر َو َﻋﻠَﻰ أ َْﻫ ِﻞ اﳌـََﻮ ِاﺷﻲ ِﺣ ْﻔﻈُ َﻬﺎ ﺑِﺎﻟﻠﱠْﻴ ِﻞ‬َ ‫ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ َﻋﻠَﻰ أ َْﻫ ِﻞ ْاﻷ َْﻣ َﻮ ِال ِﺣ ْﻔﻈُﻪُ ﺑِﺎﻟﻨـ‬
ْ
Maksudnya: „Sesungguhnya unta betina al-BarraÊ bin ÂAzib telah memasuki
pagar seorang lelaki serta merosakkannya. Maka, Rasulullah s.a.w.
menghukumkannya berdasarkan kebiasaan bahawa sepatutnya pemilik harta
menjaga harta mereka di siang hari dan pemilik ternakan menjaga ternakan
mereka di malam hari.‰

(Abu Dawud, kitab: al-BuyuÊ, Bab: al-Mawasyi Tufsid ZarÊa al-Qawm, Bil. 3098.
Malik, Kitab: al-Aqdiyah, Bil. 1239)

Berikut adalah antara contoh bagi penggunaan kaedah ini:


(a) Transaksi jual beli dengan cara al-muÊatah (hulur menghulur) tanpa
menggunakan lafaz ijab dan kabul di mana lafaz tersebut adalah rukun
dalam jual beli. Di Malaysia, sudah menjadi kebiasaan masyarakat ketika
menjual dan membeli dengan cara hanya menyerahkan wang dan
mengambil barang belian tanpa ada lafaz ijab dan kabul. Maka, adat ini
dibolehkan kerana sudah menjadi amalan kebiasaan kita dalam melakukan
transaksi jual beli;
(b) Diharuskan wakaf harta alih (seperti al-Quran, kitab dan buku ilmiah) di
mana mengikut asalnya, waqaf harta alih ini tidak sah. Namun, melihat
kepada amalan kebiasaan dan keperluan yang tinggi oleh masyarakat,
maka ia dibenarkan oleh syarak kerana menghormati adat dan untuk
memudahkan mereka; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟْ َﻌ‬

(c) Dibenarkan memberi upah kepada penjahit, pelukis dan seumpamanya,


sebagai merujuk kepada adat kebiasaan dalam masyarakat.

7.8.3 Kaedah Pecahan 3: Ketentuan Berdasarkan


Uruf seperti Ketentuan Berdasarkan Nas (Al-
Ta’yin Bi al-‘Urf Ka al-Ta’yin Bin Nas)
Kaedah ini menjelaskan bahawa adat dan uruf itu diberi kuasa seperti kuasa nas,
namun hanya ketika ketiadaan nas atau nas berbentuk umum. Justeru, uruf dan
adat kebiasaannya akan mengambil tempat kedudukan nas.

Sebagai rumusan, sesuatu penetapan hukum yang berdasarkan uruf dan adat
kebiasaan yang menepati syarat sebagai dasar hukum adalah sama statusnya
dengan penetapan hukum yang didasarkan kepada nas. Kaedah ini banyak
digunakan dalam budaya muamalat setempat bagi masyarakat terdahulu dan
semasa di mana ianya merupakan antara perkara yang banyak mendapat
perhatian para ulama untuk dibincangkan.

Antara contoh yang terbentuk daripada kaedah ini adalah:


(a) Di Malaysia, sewa rumah yang dikenakan terhadap penyewa tidak
termasuk bayaran bil air dan elektrik. Penyewa perlu membayar bil
tersebut mengikut penggunaannya. Peraturan dan perjanjian tersebut
mempunyai kuasa yang sama dengan hukum yang ditetapkan melalui nas;
(b) Dalam konteks Malaysia, harta sepencarian adalah satu amalan adat
masyarakat Melayu yang unik kerana ia tidak wujud di negara Arab atau
di Timur Tengah. Ia adalah harta perkongsian bersama antara suami
dengan isteri yang diperoleh semasa tempoh perkahwinan berlangsung.
Selain itu, ia juga merupakan satu adat yang berlaku apabila berlakunya
penceraian antara pasangan tersebut. Tiada satu dalil pun yang
menjelaskan mengenai isu ini, namun sebenarnya ia menepati syarak
seperti mana firman Allah s.w.t. dalam ayat-Nya yang bermaksud, „Orang
lelaki beroleh bahagian daripada usahanya dan orang perempuan beroleh
bahagian daripada usahanya juga.‰ Maka, ketetapan undang-undang bagi
hak harta sepencarian ini mempunyai kuasa yang sama dengan hukum
yang ditetapkan melalui nas; dan
(c) Semua perkara yang tidak ditetapkan melalui nas syarak (sama ada urusan
berdasarkan timbangan atau sukatan dalam jual beli, penggunaan mata
wang yang tersendiri bagi tujuan pembayaran dan seumpamanya), perlu
dirujuk berdasarkan adat kebiasaan masyarakat setempat. Ini adalah
kerana syarak telah memperakui autoritinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  123
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟْ َﻌ‬

SEMAK KENDIRI 7.2

1. Kemukakan tiga kaedah pecahan yang terbentuk daripada kaedah


adat sebagai sumber rujukan hukum dan kaitkannya dengan isu fiqh
muamalat semasa di Malaysia.

2. Bezakan uruf sahih dan uruf fasid serta berikan contoh yang
relevan.

3. Terangkan lima syarat keharusan beramal dengan adat seperti mana


yang telah dibincangkan oleh ulama dalam karya mereka.

7.9 MUAMALAT YANG BERASASKAN


BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
DAN KAITANNYA DENGAN KAEDAH
ASAS 5
Akhir sekali, mari kita lihat muamalat yang berasaskan budaya masyarakat di
Malaysia dan kaitannya dengan kaedah asas kelima ini. Anda tentu sedar
bahawa terdapat banyak muamalat yang menjadi budaya dan amalan bagi
masyarakat setempat di Malaysia adalah berasaskan kaedah adat sebagai sumber
rujukan hukum. Antaranya adalah seperti:
(a) Kontrak tempahan (bayÊ al-salam);
(b) Kontrak jual janji (bayÊ al-wafaÊ);
(c) Kontrak jual beli berdeposit (bayÊ al-Âurbun);
(d) Kontral sewaan (al-ijarah);
(e) BayÊ al-Âinah dalam perkhidmatan kad kredit;
(f) Kontrak al-ujr dalam perkhidmatan kad debit;
(g) Transaksi menggunakan Internet; dan
(h) Transaksi menggunakan telefon bimbit.

Sebagai rumusan, syariat Islam adalah syariat yang dinamik dan fleksibel
kepada kehendak serta perubahan manusia dan masa. Syariat Islam tidak pernah
mengetepikan adat atau uruf yang baik, malah amat menghormatinya dan
meraikannya demi mengelakkan bebanan atau kesukaran dan untuk menjaga
kepentingan mereka.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
124  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟْ َﻌ‬

Mengikut al-Qardawi, adalah suatu yang penting mengetahui perubahan zaman,


tempat, tradisi dan keadaan masyarakat. Signifikannya keadaan tersebut ialah
fuqaha yang mengeluarkan fatwa atau membina hukum harus melihat dan
memahami realiti masyarakat kerana etika atau norma atau nilai budaya
sesebuah masyarakat adalah tidak sama.

Justeru, dalam merealisasikan kemaslahatan ummah, pengambilkiraan nilai


budaya semasa dan setempat amat penting, lantaran ianya amat bersesuaian
dengan semangat ruh syariah itu sendiri.

AKTIVITI 7.2

1. Kemukakan pandangan ulama berkaitan dengan adat atau uruf


sebagai hujah syarak dalam perundangan Islam.

2. Kemukakan tiga contoh implimentasi kaedah ini dalam fatwa


semasa di Malaysia.

3. Jelaskan hukum dan selesaikan isu berikut:


(a) Dalam masyarakat Melayu, mengadakan majlis tahlil apabila
kematian seseorang menjadi adat, sedangkan Rasulullah
s.a.w. tidak pernah melakukannya;
(b) Dalam masyarakat Melayu di kebanyakan tempat,
persandingan di hari perkahwinan itu sudah menjadi adat;
dan
(c) Memakai kain sarung ketika bersolat dalam masyarakat
Melayu sudah menjadi adat kebiasaan bagi kaum lelaki.

Ć Kaedah adat sebagai sumber rujukan hukum (al-Âadah muhakkamah)


merupakan kaedah asas kelima dalam perundangan Islam. Kaedah ini juga
disebut sebagai „al-qawaÊid al-khams al-kubra‰ atau „al-qawaÊid al-
asasiyyah.‰

Ć Kaedah ini membawa maksud bahawa sesuatu adat yang diiktiraf oleh
syariat Islam boleh diterima sebagai salah satu sumber hukum. Sebarang
bentuk tradisi atau budaya yang baik dan menjadi sebahagian daripada
kehidupan masyarakat Islam adalah wajar diterima pakai atau diteruskan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  125
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟْ َﻌ‬

Ć Antara contoh aplikasi kaedah ini adalah adat penentuan mahar atau mas
kahwin, adat pemberian hantaran perkahwinan dan adat memakai baju
tradisional yang tidak mendedahkan aurat.

Ć Secara umumnya, pandangan ulama terhadap adat dan uruf tidak banyak
berbeza. Majoriti ulama berpendapat bahawa biarpun terdapat sedikit
perbezaan istilah, namun ada persamaan antara adat dan uruf.

Ć Majoriti ulama fiqh berpendapat uruf dan adat adalah merupakan salah satu
daripada hujah syarak dan ia dianggap sebagai sumber perundangan Islam.

Ć Sumber dalil atau asal bagi kaedah ini adalah daripada al-Quran dan hadis.

Ć Terdapat enam kategori uruf yang dibincangkan oleh para ulama iaitu uruf
amali (perbuatan), uruf qawli (perkataan), uruf am (yang tersebar luas atau
dikenali secara umumnya), uruf khas (hanya dikenali dalam kalangan
penduduk atau sesebuah negeri tertentu atau segolongan masyarakat
tertentu), uruf sahih (yang tidak bercanggah dengan nas atau hukum syarak)
dan uruf fasid (yang bertentangan dengan nas syarak).

Ć Terdapat lima syarat tertentu yang mesti dipatuhi untuk beramal dengan
adat dan uruf. Antaranya adalah tidak bertentangan dengan hukum dan nas
syarak dan tidak dinafikan oleh majoriti ulama.

Ć Terdapat tiga kaedah pecahan atau cabang yang terbentuk daripada kaedah
adat sebagai sumber rujukan hukum. Tiga pecahan tersebut ialah tidak
dinafikan berlakunya perubahan hukum disebabkan perubahan zaman, sesuatu
yang biasa diamalkan oleh orang ramai, merupakan hujah yang wajib beramal
dengannya dan ketentuan berdasarkan uruf seperti ketentuan berdasarkan nas.

Ć Kaedah adat sebagai sumber rujukan hukum dan kaedah pecahannya amat
penting dalam perundangan Islam dan banyak berperanan dalam
menyelesaikan permasalahan fiqh terutamanya dalam isu muamalat semasa
seperti kontrak bay' al-salam (tempahan), kontrak al-ijarah (sewaan), kontrak
bay' al-wafa (jual janji), transaksi melalui Internet dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟْ َﻌ‬

Al-Âadah muhakkamah Sewaan (al-ijarah)


Al-qawaÊid al-khams al-kubra Tempahan (bayÊ al-salam)
Al-taÊyin bi al-Âurf ka al-taÊyin bi al-nas Uruf am
Al-ujr Uruf amali
BayÊ al-Âinah Uruf fasid
IstiÊmal al-nas hujjah yajib al-Âamal Uruf khas
biha
Uruf qawli
Jual beli berdeposit (bayÊ al-Âurbun)
Uruf sahih
Jual janji (bayÊ al-wafaÊ)
La yunkaru taghayyur al-ahkam bi
taghayyur al-azman

ÂAbd al-Karim Zaydan. (1993). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Kaherah. Dar al-TawziÊ
wa al-Nasyr al-Islami.
ÂAbd al-Wahab Khallaf. (1970). Masodir al-tasyriÊ al-islami fi la nasso fihi.
Kuwait. Dar al-Qalam.
Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009). Al-
madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta: Amzah.
Abu Dawud Sulaiman al-Asy'ath Ishaq ibn Basyir al-Azdi al-Sijistani. (t.t.). Sunan
Abu Dawud. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-Hariri Ibrahim Muhammad Mahmud. (1998). Al-madkhal ila al-qawaÊid al-
fiqhiyyah al-kulliyyah. ÂAmman: Dar ÂAqar.
Al-Hasri Ahmad Muhammad, & Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-
qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah:
Universiti al-Azhar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  127
(ٌ‫ـﺎدةُ ُﳏَ ﱠﻜ َﻤﺔ‬
َ ‫)اَﻟْ َﻌ‬

Al-Jurjani ÊAli Muhammad al-Syarif. (1983). Kitab al-taÊrifat. Beirut: Dar al-Kutub
al-ÂIlmiyyah.
Al-Nadwiyy ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq: Dar al-
Qalam.
Al-QurÊan al-Karim.
Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid
wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-Tabrani Sulaiman Ahmad Ayyub Muthair al-Lakhmi al-Yamani at-Thabrani.
(t.t.). MuÊjam alăkabir. Damascus: Dar al-Kutub al-Zahiriyyah.
Al-ZarqaÊ Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq:
Dar al-Qalam.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah Muhammad Abi Bakr. (1991). ÊIlam al-muwaqqiÊin Âan
rabb al-Âalamin. Beirut: Dar al-Kutub al-ÂIlmiyyah.
Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Umum
8 1: Ijtihad Tidak
Boleh
Dibatalkan
dengan Ijtihad
(‫ﺎد ﻻَ ﻳُـ ْﻨـ َﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬﺎد‬
ُ ‫)اَ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬ‬
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud Kaedah Umum 1 (ijtihad tidak boleh
dibatalkan dengan ijtihad);
2. Menerangkan sumber asal atau dalil kaedah ijtihad tidak boleh
dibatalkan dengan ijtihad; dan
3. Menjelaskan bagaimana Kaedah Umum 1 digunakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN  129
IJTIHAD (‫ﺎد ﻻَ ﻳُـ ْﻨـ َﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬﺎد‬
ُ ‫)اَ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬ‬

 PENGENALAN
Tahukah anda bahawa Kaedah Umum 1 (ijtihad tidak boleh dibatalkan dengan
ijtihad) merupakan salah satu daripada kaedah kulliyyah (umum)? Walaupun
kaedah ini tidak tergolong dalam lima kaedah asas yang telah anda pelajari
dalam topik-topik yang lepas, namun anda perlu mempelajarinya kerana kaedah
ini penting dalam membuat keputusan dan pengurusan. Oleh itu, topik kelapan
ini akan membincangkan pengertian dan penghuraian kaedah, sumber asal serta
contoh aplikasi bagi kaedah ini.

8.1 PENGERTIAN DAN HURAIAN KAEDAH


UMUM 1
Apakah maksud kaedah ini? Kaedah ini menjelaskan bahawa sesuatu ijtihad
tidak boleh dibatalkan dengan ijtihad yang lain. Ini adalah kerana sesuatu ijtihad
dengan ijtihad yang lain adalah sama dari segi statusnya, dengan anggapan
bahawa tiada ijtihad yang lebih baik berbanding ijtihad yang lain. Sekiranya
hakim membuat keputusan berdasarkan satu ijtihad, keputusan ini tidak harus
dibatalkan olehnya atau oleh sebarang hakim yang lain berdasarkan ijtihad
masing-masing, selagi ijtihad asal itu telah dilaksanakan dengan sewajarnya.

Ini bermakna, hukum yang diputuskan berdasarkan ijtihad hakim, akan kekal
walaupun kemudiannya, dalam kes yang hampir sama, hakim tersebut
memberikan keputusan yang berbeza. Hakim adalah mujtahid iaitu orang yang
layak melaksanakan ijtihad. Kaedah ini akan terpakai secara umum kepada
keputusan yang dibuat secara ijtihad oleh pemerintah, ulama, mufti dan
sebagainya. Namun, perlu diingat bahawa kaedah ini hanya terpakai kepada
ijtihad yang dibuat dengan mengikut mekanisme dan disiplin ilmu yang betul.

Oleh itu, untuk memahami kaedah ini, amat penting bagi kita memahami konsep
ijtihad dan terma yang berkaitan dengannya. Pertama sekali, kita perlu faham
apakah yang dimaksudkan dengan ijtihad. Tahukah anda apakah erti ijtihad?

Ijtihad dari segi bahasa bermakna bersungguh-sungguh dalam sesuatu urusan


atau perkara yang kompleks dan susah. Oleh itu, ijtihad tidak digunakan untuk
menyelesaikan perkara yang mudah atau ringan. Ia secara khusus dipakai atau
digunakan untuk merujuk kepada perkara yang kompleks dan susah sahaja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN
IJTIHAD (‫ﺎد ﻻَ ﻳُـ ْﻨـ َﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬﺎد‬
ُ ‫)اَ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬ‬

Bagaimana pula maksud ijtihad dari segi istilah? Dari segi istilah pula,
Muhammad Abu Zahra dalam kitabnya Usul Fiqh mendefinisikan ijtihad
sebagai usaha yang optimum daripada faqih atau ahli fiqh untuk menetap,
mengeluarkan atau istinbat sesuatu hukum tentang sesuatu perkara melalui dalil
yang spesifik. Bagi Imam al-Ghazali Rahimahullah pula, beliau mentakrifkan
ijtihad sebagai usaha dan kesungguhan seorang mujtahid untuk mencari ilmu
berkenaan hukum syarak. Ini bermakna, ijtihad hendaklah dibuat oleh ahli fiqh
yang mujtahid dan bukannya oleh sebarangan orang. Perkataan ijtihad ini
digunakan secara spesifik untuk merujuk kepada proses mencari ilmu berkenaan
hukum syarak, terutama pada permasalahan baru yang timbul.

Pada zaman moden dan serba canggih ini, terdapat banyak isu kontemporari
berkaitan fiqh yang tidak ada hukum yang jelas dari segi syarak. Misalnya, isu
suami menceraikan atau merujuk isteri melalui e-mel atau sistem pesanan
ringkas (sms), isu pengklonan, pemindahan organ dan sebagainya. Oleh itu,
bolehlah dirumuskan bahawa ijtihad merupakan mekanisme bagi mujtahid
mengeluarkan hukum fiqh bagi isu baru yang tidak jelas kedudukannya
mengikut hukum syarak yang sedia ada. Perlu diingat bahawa orang awam
secara umumnya tidak boleh membuat ijtihad kerana ia memerlukan ilmu dan
pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fiqh. Dengan kata lain, hanya mereka yang
mempunyai pengetahuan tentang ilmu agama Islam yang mendalam sahaja yang
layak untuk membuat ijtihad.

Perkara seterusnya yang perlu difahami ialah siapakah mujtahid yang layak
membuat ijtihad dan apakah ciri-cirinya? Perkara ini telah dibincangkan dengan
panjang lebar dalam kitab usul fiqh. Sesetengah buku meletakkan 13 syarat bagi
mujtahid, selain daripada syarat umum mukallaf iaitu Islam, berakal sempurna
dan baligh. Antara syarat spesifik tersebut ialah mujtahid perlu arif tentang:
(a) Al-Quran;
(b) Sunnah;
(c) Bahasa Arab;
(d) Ulum al-Quran;
(e) Ulum al-hadith;
(f) Usul al-fiqh;
(g) QawaÊid fiqh; dan
(h) Balaghah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN  131
IJTIHAD (‫ﺎد ﻻَ ﻳُـ ْﻨـ َﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬﺎد‬
ُ ‫)اَ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬ‬

Ijtihad merupakan mekanisme yang penting dalam syariat Islam. Ijtihad para
sahabat dan alim ulama selepas kewafatan Baginda Rasullullah s.a.w. telah
sepakat membentuk ijmak dalam membincangkan sesuatu isu; ia menjadi
sumber syariat Islam yang ketiga selepas al-Quran dan Sunnah.

Begitu juga sumber syariah yang lain seperti qiyas, istihsan, istislah dan
sebagainya. Kesemua ini adalah berteraskan ijtihad. Mufti juga perlu
menggunakan ijtihadnya sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa. Begitu juga ahli
lain dalam jawatankuasa fatwa, masing-masing membuat ijtihad yang akhirnya
secara kolektif menghasilkan fatwa, sama ada pada peringkat negeri mahupun
kebangsaan.

Selain itu, kita perlu sedar dan faham bahawa bukan semua perkara boleh
dikeluarkan hukum melalui ijtihad. Perlu diingat bahawa hanya perkara
ijtihadiyyat sahaja yang boleh dibuat ijtihad. Jadi, apakah yang dimaksudkan
dengan perkara ijtihadiyyat?

Tahukah anda bahawa perkara ijtihadiyyat telah dibincangkan panjang lebar


dalam kitab usul fiqh? Perkara ijtihadiyyat ini merujuk kepada perkara yang
tiada nas qatÊie (al-Quran dan Sunnah), ijmak dan al-qiyas al-jaliyy. Oleh itu,
hukum berkenaan perkara ijtihadiyyat boleh dibuat melalui ijtihad.

Sebagai contoh, terdapat nas al-Quran dan Sunnah yang jelas dan spesifik
mengenai kewajipan menutup aurat. Namun, terdapat juga ayat al-Quran yang
menyebut tentang perkara ini secara umum dan tidak spesifik. Antaranya surah
al-AÊaraf, 7:26:

Maksudnya: "Wahai anak Adam! Sesungguhnya, Kami telah menurunkan


kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian
perhiasan, dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.
Demikian itu adalah dari tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya
kepada hamba-Nya) supaya mereka mengenang-Nya (dan bersyukur)."

Oleh itu, adalah tidak wajar bagi mereka yang bukan mujtahid secara sembrono
merujuk kepada nas lain mengenai perkara tersebut dan membuat kesimpulan
sendiri bahawa menutup aurat adalah tidak wajib dan apa yang penting ialah
takwa dengan hanya merujuk kepada ayat surah al-AÊaraf ini. Perlu diingat
bahawa setiap ijtihad perlu bersandarkan kepada hujah yang kuat dan bernas.
Maka, dalam contoh ini, tafsiran hukum yang dibuat adalah tidak sah dan tiada
kredibiliti kerana dilakukan oleh mereka yang tidak memenuhi kriteria sebagai
mujtahid. Selain itu, hujah golongan ini biasanya disandarkan kepada hujah
akademik dan logik akal sahaja tanpa berasaskan kepada proses istinbat hukum
menurut syarak, usul fiqh dan kaedah fiqh. Kesan daripada „ijtihad‰ mereka ini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN
IJTIHAD (‫ﺎد ﻻَ ﻳُـ ْﻨـ َﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬﺎد‬
ُ ‫)اَ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬ‬

adalah sesuatu yang membimbangkan, jika ia dapat diterima oleh sebilangan


besar khalayak awam yang tidak arif tentang hukum syarak dan proses ijtihad.

Mari kita lihat satu lagi contoh berkaitan isu ini iaitu perbandingan hasil ijtihad
yang boleh diguna pakai dan kredibiliti tentang hukum zakat pendapatan.
Terdapat banyak nas al-Quran dan Sunnah mengenai kewajipan mengeluarkan
zakat harta. Walaupun begitu, bagaimana pula dengan zakat pendapatan?
Adakah wang gaji bulanan yang diterima juga perlu dikeluarkan zakatnya?
Berdasarkan ijtihad, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan fatwa kebanyakan
ulama mutakhir termasuklah daripada Prof Yusuf al-Qaradhawi telah
memutuskan bahawa zakat pendapatan adalah wajib dikeluarkan bagi mereka
yang memenuhi syarat zakat mengikut kaedah dan cara kiraan tertentu.

8.2 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH


UMUM 1
Apakah sumber asal atau dalil bagi kaedah ini? Sumber kaedah ijtihad tidak
boleh dibatalkan dengan ijtihad. Ini adalah daripada ijmak para sahabat yang
berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar r.a. di mana beliau telah memutuskan
satu kes berdasarkan ijtihadnya. Pada zaman Saidina Umar r.a. pula, beliau telah
memberi keputusan yang berbeza berdasarkan ijtihadnya pada kes yang sama,
tanpa membatalkan keputusan ijtihad Saidina Abu Bakar r.a.

Berlaku juga pada pemerintahan Saidina Umar r.a., ketika beliau telah
memutuskan satu pertikaian mengenai faraÊid (berkenaan permasalahan yang
tidak disebut dalam al-Quran) berdasarkan ijtihadnya. Kemudian, apabila beliau
mengadili satu lagi kes seumpamanya, beliau telah menggunakan ijtihadnya dan
memberikan keputusan yang berbeza. Apabila perkara ini dipersoalkan kepada
beliau, Saidina Umar r.a. menjawab, „Yang lepas akan kekal dengan keputusan
yang lepas, dan kini akan kekal dengan keputusan yang baru.‰ Oleh itu, para
sahabat yang memahami semangat dan ruh syariah ketika itu telah memperakui
dan mempersetujui perkara ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN  133
IJTIHAD (‫ﺎد ﻻَ ﻳُـ ْﻨـ َﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬﺎد‬
ُ ‫)اَ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬ‬

8.3 CONTOH APLIKASI KAEDAH UMUM 1


Tahukah anda bagaimana caranya untuk mengaplikasikan kaedah ini? Berikut
adalah antara contoh yang terbentuk daripada kaedah ini:
(a) Tahukah anda bahawa Imam Syafie mempunyai dua versi pendapat? Dua
versi pendapat tersebut adalah pendapat lama (qawl qodim) dan pendapat
baru (qawl jadid). Qawl qodim adalah merupakan pendapat lamanya
ketika beliau berada di Baghdad, manakala qawl jadid merupakan
pendapat barunya setelah berhijrah ke Mesir. Kedua-dua qawl ini
merupakan rujukan dan sebahagian daripada fatwa Mazhab Syafie. Malah,
qawl qodim masih lagi terpakai kecuali pada perkara yang secara nyata
dimansuhkan;
(b) Jika seseorang berijtihad mengenai arah kiblat untuk menunaikan solat,
kemudian dia membuat ijtihad kedua mengenai arah kiblat tadi (sedikit
berbeza dengan hasil ijtihad pertama), maka dia perlu bersolat mengikut
kiblat hasil ijtihad kedua. Berdasarkan kaedah ini, beliau tidak perlu
mengulangi solat yang telah dibuat berdasarkan ijtihad pertama tadi;
(c) Sekiranya hakim memutuskan sesuatu perkara berdasarkan ijtihad dalam
sesuatu kes, kemudian dia menukar ijtihadnya dalam kes yang kedua,
maka keputusan ijtihad dalam kes pertama tidak boleh terbatal oleh ijtihad
pada kes kedua, sekalipun hujahan ijtihad kedua lebih kuat. Ini adalah
berdasarkan kepada kaedah umum ini yang menyatakan bahawa ijtihad
yang terkemudian tidak membatalkan ijtihad terdahulu; dan
(d) Kaedah ini turut diguna pakai di mahkamah syariah di Malaysia di mana
seseorang hakim tidak terikat dengan keputusan hakim yang lain,
sekalipun di peringkat mahkamah yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun,
pada peringkat rayuan, hakim akan meneliti sama ada proses ijtihad oleh
hakim bicara telah dibuat dengan betul dan sama ada rayuan peringanan
hukuman boleh dipertimbangkan atau tidak.

Sebagai kesimpulan, aplikasi kaedah ini sebenarnya memerlukan kemahiran dan


pengetahuan fiqhiyyah yang tinggi. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini,
mujtahid perlu arif dalam hampir kesemua bidang fiqh. Selain itu, dia juga perlu
memikirkan dan mengambil kira banyak syarat dan pengecualian yang perlu
dibuat dalam membuat sebarang keputusan.

Secara umum, kaedah ini menegaskan bahawa ijtihad yang terkemudian tidak
membatalkan ijtihad terdahulu, sama ada ijtihad itu datang daripada mujtahid
yang sama ataupun daripada mujtahid yang berbeza. Hukum ijtihad yang
pertama dan yang telah lepas adalah bersifat kekal, walaupun ada ijtihad kedua
dengan hujah yang lebih kuat. Walau bagaimanapun, hukum ijtihad kedua ini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN
IJTIHAD (‫ﺎد ﻻَ ﻳُـ ْﻨـ َﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬﺎد‬
ُ ‫)اَ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬ‬

akan terpakai kepada permasalahan yang akan datang. Ini bermakna, setelah ada
ijtihad kedua, ijtihad pertama tidak boleh diguna pakai lagi. Namun, terdapat
pengecualian dalam hal ini memandangkan maslahah pada setiap permasalahan
mungkin berubah atau berbeza.

Oleh itu, dapat difahami di sini bahawa aplikasi kaedah ini perlu dilihat secara
menyeluruh, dalam konteks yang lebih besar. Ia perlu sentiasa disemak dengan
merujuk kepada kaedah fiqh yang lain, maqasid atau objektif syariah yang lima,
maslahah atau kepentingan umum dan sebagainya.

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Senaraikan takrif ijtihad menurut tokoh ulama. Secara


berkumpulan, bincangkan takrifan tersebut dan buat kesimpulan
mengenai maksud ijtihad yang kamu faham.

2. Senaraikan ciri-ciri mujtahid.

3. Huraikan permasalahan yang berlaku semasa zaman para sahabat


yang menjadi dalil sandaran atau asas kepada kaedah ini.

4. Cuba anda cari dua contoh semasa yang berkaitan dengan kaedah
ini.

AKTIVITI 8.1

Terangkan bagaimana kaedah ini boleh diaplikasikan dalam konteks


pengurusan.

Ć Secara umumnya, kaedah ini menjelaskan bahawa sesuatu ijtihad tidak boleh
dibatalkan dengan ijtihad yang lain. Ini adalah kerana sesuatu ijtihad dengan
ijtihad yang lain adalah sama dari segi statusnya, dengan anggapan bahawa
tiada ijtihad yang lebih baik berbanding ijtihad yang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN  135
IJTIHAD (‫ﺎد ﻻَ ﻳُـ ْﻨـ َﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬﺎد‬
ُ ‫)اَ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬ‬

Ć Kaedah ini adalah kaedah yang perlu difahami dan dipelajari. Ia juga penting
dalam pengurusan, jika dilihat dalam konteks yang lebih besar.

Ć Ijtihad ditakrifkan sebagai usaha dan kesungguhan mujtahid untuk mencari


ilmu berkenaan hukum syarak. Hanya mujtahid yang mempunyai
pengetahuan tentang ilmu agama Islam yang mendalam sahaja yang layak
untuk membuat ijtihad.

Ć Ijtihad tidak boleh dilakukan secara semberono oleh mereka yang tidak
berkelayakan.

Ć Sumber asal atau dalil bagi kaedah ini ialah daripada ijmak para sahabat
yang berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar r.a.

Ć Memahami proses ijtihad dan kaedah ini dengan menyeluruh dapat


membantu seseorang untuk membuat sebarang keputusan dengan lebih baik.

Ć Antara contoh aplikasi kaedah ini ialah dalam menentukan arah kiblat untuk
menunaikan solat dan dalam amalan mahkamah syariah di Malaysia.

Al-qiyas al-jaliy Mujtahid


Ijtihad QatÊie
Maqasid Qawl jadid
Maslahah Qawl qodim

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009). Al-
madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta: Amzah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN
IJTIHAD (‫ﺎد ﻻَ ﻳُـ ْﻨـ َﻘﺾ ﺑِﺎ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬﺎد‬
ُ ‫)اَ ِﻹ ْﺟﺘِ َﻬ‬

Al-Hasri Ahmad Muhammad, & Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-
qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah:
Universiti al-Azhar.
Al-Nadwiyy ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq: Dar al-
Qalam.
Al-QurÊan al-Karim.
Al-Sunnah al-Nabawiyyah.
Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid
wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-ZarqaÊ Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq:
Dar al-Qalam.
Ibn Salih ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Universiti
Sharjah: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2013). e-fatwa: Portal rasmi fatwa Malaysia.
Dicapai dari http://www.e-fatwa.gov.my/
Muhammad Abu Zahra. (1958). Ushul fiqh. Damaskus: Daar al- Fikr.
Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Umum
9 2: Jika
Bercampur
antara Halal
dengan Haram,
Dikira sebagai
Haram
‫ْﺤﻼَ ُل‬ ِ ِ
َ َ َ َ ْ ‫)إ‬
‫ﻟ‬ ‫ا‬ ‫ﻊ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﺘ‬ ‫ﺟ‬ ‫ا‬ ‫ا‬‫ذ‬َ
(‫ْﺤ َﺮام‬
‫ﻟ‬ ‫ا‬ ‫ﺐ‬ ‫ﱢ‬
َ َ ‫ْﺤ َﺮ ُام ﻏُﻠ‬ َ ‫َواﻟ‬
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan maksud Kaedah Umum 2 (jika bercampur antara
halal dengan haram, dikira sebagai haram) berserta contohnya;
2. Mengenal pasti keadaan yang dikecualikan daripada kaedah ini;
3. Menerangkan sumber asal atau dalil bagi Kaedah Umum 2; dan
4. Menjelaskan bagaimana Kaedah Umum 2 ini diaplikasikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫اﳊََﺮام‬
ْ ‫ﺐ‬َ ‫اﳊََﺮ ُام ﻏُﻠﱢ‬ ْ ‫)إِ َذا اِ ْﺟﺘَ َﻤ َﻊ‬
ْ ‫اﳊَﻼَ ُل َو‬

 PENGENALAN
Topik 9 akan memperkenalkan kepada anda kaedah umum kedua yang dikenali
sebagai kaedah jika bercampur antara halal dengan haram, dikira sebagai haram.
Kaedah ini merupakan kaedah yang kecil, namun ia perlu dipelajari kerana
aplikasinya adalah cukup meluas dalam pelbagai isu terutamanya berkaitan
dengan muamalat.

Secara umumnya, kaedah ini membawa maksud apabila berkumpul halal dan
haram, maka keutamaannya ialah menganggapnya sebagai haram kerana itu
adalah yang terbaik dan afdal. Sikap berhati-hati dalam perlaksanaan kaedah ini
adalah penting bagi menjaga maslahah umat agar tidak terjebak atau terlibat
dengan perkara haram.

Oleh itu, percampuran antara yang halal dengan yang haram perlu dilihat dan
dikaji dengan teliti agar sesuatu muamalat itu menepati kehendak syarak. Di
sinilah kepentingan kaedah ini boleh dilihat dalam menyelesaikan isu muamalat
semasa yang timbul, terutamanya terhadap isu pada masa kini.

Justeru, topik kesembilan ini akan membincangkan tentang pengertian dan


penghuraian kaedah, contoh, pengecualian kaedah, sumber asal atau dalil
kaedah dan bagaimana kaedah ini diaplikasikan pada masa kini.

9.1 PENGERTIAN DAN HURAIAN KAEDAH


UMUM 2
Sebelum kita mempelajari kaedah ini dengan lebih mendalam, mari kita pelajari
terlebih dahulu tentang konsep „bercampur‰ yang disebut dalam kaedah ini.
Bercampur atau berhimpun dalam konteks ini merujuk kepada sama ada ia
adalah campuran atau sebatian. Kepastian tentang perkara ini (campuran atau
sebatian) akan mempengaruhi hukum pada isu yang berkaitan. Ini adalah kerana
kedua-dua konsep ini adalah berbeza di mana campuran adalah bahan yang
bergabung, namun masih boleh diasingkan secara manual, manakala sebatian
merujuk kepada bahan yang bercampur dan tidak mampu dipisahkan secara
manual. Rajah 9.1 menunjukkan contoh bagi campuran dan sebatian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN  139
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫اﳊََﺮام‬
ْ ‫ﺐ‬َ ‫اﳊََﺮ ُام ﻏُﻠﱢ‬ ْ ‫)إِ َذا اِ ْﺟﺘَ َﻤ َﻊ‬
ْ ‫اﳊَﻼَ ُل َو‬

Rajah 9.1: Baju kapas dengan tali leher sutera merupakan contoh bagi campuran,
manakala air (H2O) merupakan contoh bagi sebatian
Sumber: http://launch.it & www.forbes.com

Kaedah ini memberi pengertian bahawa apabila bercampur halal dan haram,
maka keutamaan yang dikira adalah haram. Antara lain, ia bermaksud bahawa
apabila bercampur perkara yang berunsur halal dan haram dalam sesuatu
perkara, maka hukumnya menjadi haram. Dalam konteks tersebut, kita
hendaklah mengutamakan yang haram kerana ia menepati seluruh kehendak
syarak. Namun, apabila berlaku percampuran antara halal dengan haram, kita
tidak boleh menerimanya dengan mudah sebagai halal. Ini adalah kerana
mengikut pendapat fuqaha, keseluruhan perkara tersebut masih belum menepati
hukum syarak untuk dikategorikan sebagai halal.

Seharusnya umat Islam perlu bersifat lebih teliti dan berhati-hati dalam
mengeluarkan status hukum terhadap sesuatu perkara atau permasalahan yang
timbul berkaitan perkara halal dan haram. Dalam karya al-Suyuti yang bertajuk
al-Asybah Wa al-NazaÊir, beliau ada menyebut bahawa menurut pendapat yang
sahih, jika berlaku pertentangan antara dua dalil di mana yang satu
menunjukkan haram dan yang lainnya menunjukkan halal, maka pengharaman
itu lebih diutamakan kerana tindakan meninggalkan yang mubah (harus atau
halal) demi menghindari yang haram itu lebih baik daripada sebaliknya.

Dalam situasi ini, kita perlu lihat dari sudut percampuran atau sebatian sesuatu
perkara seperti mana yang dijelaskan di awal perbincangan. Sekiranya
percampuran halal dan haram itu boleh dielak atau diasingkan, maka ia tidak
mengapa. Namun, apabila berlaku sebaliknya iaitu perkara haram dan halal itu
dalam bentuk sebatian yang sememangnya tidak berupaya untuk
mengasingkannya, maka hukumnya menjadi haram.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫اﳊََﺮام‬
ْ ‫ﺐ‬َ ‫اﳊََﺮ ُام ﻏُﻠﱢ‬ ْ ‫)إِ َذا اِ ْﺟﺘَ َﻤ َﻊ‬
ْ ‫اﳊَﻼَ ُل َو‬

9.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH UMUM 2


Apakah contoh bagi kaedah ini? Berikut adalah antara contoh yang terbentuk
daripada kaedah ini:
(a) Binatang hasil kacukan halal dan haram (seperti khinzir dan lembu), maka
haram dimakan oleh umat Islam;
(b) Ayam penyembelihan atau jualan yang bercampur proses atau kaedahnya
antara halal (patuh syariat) dengan haram (tidak patuh syariat), maka
hukumnya adalah haram dimakan oleh umat Islam;
(c) Makanan atau minuman halal yang diadun atau disediakan dengan bahan
haram (seperti alkohol), maka hukumnya haram dimakan atau diminum
oleh umat Islam;
(d) Wang yang bercampur antara sumber yang halal dengan haram, sekiranya
tidak dapat dipastikan atau dibezakan jumlah yang halal dengan yang
haram, maka kesemuanya menjadi haram;
(e) Apabila berlaku kesamaran (diragui telah bercampur) antara susu kambing
dengan susu keldai, hukumnya tidak halal diminum; dan
(f) Pemburu memanah kijang atau landak yang berada di atas bukit atau
gunung lalu jatuh. Maka, ia haram dimakan kerana berkemungkinan
binatang tersebut mati akibat terjatuh.

9.3 CONTOH PENGECUALIAN DARIPADA


KAEDAH UMUM 2
Tahukah anda terdapat pengecualian bagi kaedah ini? Berikut adalah antara
contoh keadaan yang dikecualikan daripada kaedah ini:
(a) Diharuskan mengusung atau membawa naskhah al-Quran bersama
barangan lain yang kuantitinya lebih banyak daripada al-Quran;
(b) Diharuskan membawa tafsir al-Quran oleh orang yang berhadas dengan
syarat tafsir al-Quran tersebut melebihi atau sama jumlahnya dengan ayat
al-Quran. Jika sebaliknya, maka ia adalah haram. Ini merupakan pendapat
yang dikemukakan oleh para ulama mazhab Syafie;
(c) Sehelai baju kapas yang ditenun atau disulam tenunannya dengan benang
sutera, tidak haram dipakai oleh lelaki Muslim, jika nisbah tenunan sutera
tersebut adalah lebih kecil berbanding kapas. Ini adalah pandangan fuqaha
daripada mazhab Syafie;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN  141
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫اﳊََﺮام‬
ْ ‫ﺐ‬َ ‫اﳊََﺮ ُام ﻏُﻠﱢ‬ ْ ‫)إِ َذا اِ ْﺟﺘَ َﻤ َﻊ‬
ْ ‫اﳊَﻼَ ُل َو‬

(d) Walaupun binatang tenusu seperti lembu dan kambing memakan rumput
dari sumber yang haram, namun susu dan dagingnya tidak menjadi haram.
Hukumnya adalah makruh dan meninggalkannya adalah lebih baik bagi
orang yang warak, sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam
karyanya Syarh al-Muhazzab;
(e) Sekiranya pemburu memanah burung di udara lalu jatuh dan mati,
hukumnya halal dimakan dan dimaafkan. Ini adalah kerana sifat tabii
burung bila mati ia akan jatuh ke tanah; dan
(f) Sekiranya tidak dapat dipastikan antara wanita yang halal dikahwini
dengan wanita yang haram dikahwini dalam daerah yang luas dan ramai
wanita di daerah tersebut, maka hukumnya harus bagi lelaki mengahwini
wanita dari kalangan mereka kerana ini rukhsah dalam fiqh Islam. Namun,
harus diingat, pada hari ini sudah ada ujian DNA bagi memastikan nasab
keturunan. Oleh itu, tidak timbul lagi isu kesukaran dalam menentukan
perkara ini, melainkan wujud unsur tidak telus dalam proses ujian
tersebut.

AKTIVITI 9.1

1. Huraikan dengan jelas maksud kaedah jika bercampur antara


halal dengan haram, dikira sebagai haram.

2. Jelaskan kepentingan kaedah ini dalam menyelesaikan isu fiqh


kontemporari yang berkaitan.

3. Berikan dua contoh sistem muamalat semasa yang berkaitan


dengan kaedah jika bercampur antara halal dengan haram, dikira
sebagai haram.

9.4 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH


UMUM 2
Sekarang, mari kita pelajari pula sumber asal atau dalil bagi kaedah ini. Dalil
bagi kaedah ini adalah berdasarkan hadis berikut:

ِ
‫اﻟﺤﻼَل‬
َ ‫ْﺤ َﺮ ُام‬ َ ‫ْﺤ َﺮ ُام إِﻻﱠ ﻏُﻠﱢ‬
َ ‫ﺐ اﻟ‬ َ ‫ْﺤﻼَ ُل َواﻟ‬
َ ‫َﻣﺎ ا ْﺟﺘَ َﻤ َﻊ اﻟ‬
Maksudnya: "Tidaklah berhimpun yang halal dan haram, melainkan
dimenangkan yang haram terhadap yang halal."

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫اﳊََﺮام‬
ْ ‫ﺐ‬َ ‫اﳊََﺮ ُام ﻏُﻠﱢ‬ ْ ‫)إِ َذا اِ ْﺟﺘَ َﻤ َﻊ‬
ْ ‫اﳊَﻼَ ُل َو‬

Hadis tadi merupakan hadis mawquf daripada Ibn MasÊud sebagai mana yang
dipindahkan daripada al-Bayhaqi. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Jabir al-
JaÊfari yang merupakan rijal daÊif.

Dalil kedua yang menyebut tentang kaedah ini adalah seperti berikut:

ِ ‫ﺎت اِﺳﺘَْﺒـﺮأَ ﻟِ ِﺪﻳْﻨِ ِﻪ و ِﻋﺮ‬


ِ ‫ﺸﺒـ َﻬ‬ ِ
‫ﺿﻪَ َوَﻣ ْﻦ َوﻗَ َﻊ‬ ْ َ َ ْ ُ ‫ﻓَ َﻤ ْﻦ اﺗﱠـ َﻘﻰ اﻟ ﱡ‬
‫ْﺤ َﺮ ِام‬ ِ ِ ‫ﻓِﻰ اﻟ ﱡ‬
َ ‫ﺸﺒُـ َﻬﺎت َوﻗَ َﻊ ﻓﻰ اﻟ‬
Maksudnya: "Sesiapa yang menjauhi perkara syubhah, sesunggahnya dia telah
membersihkan agamanya dan kehormatan dirinya dan barang siapa yang
terdedah dan melakukan perkara syubhah akan terdedah kepada haram."

Hadis tersebut adalah riwayat Muslim dalam kitab al-Musaqah dan dalam bab
Akhz Al-Halal Wa Tark Al-Syubuhat, bilangan 2996. Ia juga diriwayatkan oleh
al-Bukhari dalam kitabnya al-Iman, bilangan 50. Begitu juga terdapat dalam
riwayat daripada imam lain yang muktabar.

AKTIVITI 9.2

Cuba anda cari dalil lain dari al-Quran dan hadis berkaitan perkara
halal, haram dan syubhah. Sediakan jawapan anda dalam bentuk jadual.

9.5 APLIKASI SEMASA KAEDAH UMUM 2


Akhir sekali, mari kita lihat bagaimana kaedah ini diaplikasikan dalam
kehidupan semasa, terutamanya dalam sistem muamalat. Berikut adalah antara
aplikasi semasa bagi kaedah jika bercampur antara halal dengan haram, dikira
sebagai haram:

(a) Fatwa Negeri Selangor Kali ke-2/2011 yang bersidang pada 12 April 2011
bersamaan 8 Jamadil Awal 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa
pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputra
(ASB) dan seumpamanya, tidak halal kerana masih belum menepati hukum
syarak dengan alasan ASB dan ASN secara jelas terlibat dalam aktiviti
pelaburan yang bercampur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah di
mana sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN  143
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫اﳊََﺮام‬
ْ ‫ﺐ‬َ ‫اﳊََﺮ ُام ﻏُﻠﱢ‬ ْ ‫)إِ َذا اِ ْﺟﺘَ َﻤ َﻊ‬
ْ ‫اﳊَﻼَ ُل َو‬

konvensional. Ini berdasarkan Kaedah Umum 2 (jika bercampur antara


halal dengan haram, dikira sebagai haram) dan hadis berikut:

ِ
‫اﻟﺤﻼَل‬
َ ‫ْﺤ َﺮ ُام‬ َ ‫ْﺤ َﺮ ُام إِﻻﱠ ﻏُﻠﱢ‬
َ ‫ﺐ اﻟ‬ َ ‫ْﺤﻼَ ُل َواﻟ‬
َ ‫َﻣﺎ ا ْﺟﺘَ َﻤ َﻊ اﻟ‬
Menurut Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, ASB dan ASN
diklasifikasikan sebagai dana unit amanah yang tidak patuh syariah kerana
ia terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah dan sumbangannya kepada
perkara tidak patuh syariah adalah besar dan tidak bertepatan dengan
kehendak syarak serta mempunyai kadar yang berubah-ubah. Ini
menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen
yang diperoleh.

(b) Menurut Majlis Fatwa Kuwait Finance House, MajmaÊ Fiqh Islami dan
beberapa ulama kontemporari yang tersohor, mereka berpendapat bahawa
saham bercampur antara aktiviti halal dengan haram hukumnya adalah
haram. Alasan yang digunakan oleh mereka adalah merujuk kepada dalil
dan hujah yang berkaitan dengan Kaedah Umum 2 iaitu jika bercampur
antara halal dengan haram, dikira sebagai haram dan kaedah ‰menolak
mafsadah lebih utama daripada mencapai maslahah‰. Kaedah ‰menolak
mafsadah lebih utama daripada mencapai maslahah" menunjukkan
bahawa apabila berlaku pertembungan antara mafsadah dan maslahah,
maka kita perlu mengutamakan menolak mafsadah kerana syarak lebih
mengutamakan soal al-manhiyyat (larangan) daripada al-maÊmurat
(suruhan).

Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, terdapat juga pandangan


sebahagian ulama semasa yang mengharuskannya. Namun, perlu
diingatkan bahawa pilihan yang terbaik adalah tidak melibatkan mana-
mana saham, perniagaan dan aktiviti muamalat yang bercampur antara
halal dengan haram. Ini adalah kerana meninggalkannya adalah lebih baik
dan dapat menyambung atau mewarisi sifat warak para ulama yang benar-
benar ihtiyat (berhati-hati) dalam setiap aktiviti mereka dalam kehidupan
seharian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫اﳊََﺮام‬
ْ ‫ﺐ‬َ ‫اﳊََﺮ ُام ﻏُﻠﱢ‬ ْ ‫)إِ َذا اِ ْﺟﺘَ َﻤ َﻊ‬
ْ ‫اﳊَﻼَ ُل َو‬

SEMAK KENDIRI 9.1

Nyatakan fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa berdasarkan


kepada kaedah „jika bercampur antara halal dengan haram, dikira
sebagai haram‰ dengan terperinci serta berikan hujah yang
menyokongnya.

Ć Kaedah Umum 2 (jika bercampur antara halal dengan haram, dikira sebagai
haram) merupakan salah satu kaedah asas dalam sistem muamalat Islam.
Kaedah ini menekankan unsur halal dan haram dalam aktiviti seharian umat
Islam.

Ć Kaedah ini secara umumnya membawa maksud apabila bercampur antara


halal dan haram, maka keutamaannya ialah mendahulukan yang haram
kerana itu adalah yang terbaik. Oleh itu, kaedah ini menekankan sifat teliti
dan memandang berat mengenai kegiatan yang hendak dilaksanakan.

Ć Antara contoh bagi kaedah ini ialah haram memakan binatang kacukan hasil
haram dan halal (seperti khinzir dan lembu), haram memakan makanan yang
diadun dengan bahan yang tidak halal (seperti alkohol) dan haram
menggunakan wang yang bercampur sumber haram dan halal (seperti jualan
arak).

Ć Namun, terdapat pengecualian bagi kaedah ini. Antara contohnya ialah


dalam hal membawa al-Quran (harus mengusungnya bersama barang lain
yang banyak, harus membawanya jika tafsirnya adalah lebih banyak dari
ayatnya) dan pemakaian kain sutera bagi lelaki (tidak haram jika banyak
dicampur dengan kain kapas).

Ć Sumber asal atau dalil bagi kaedah ini adalah hadis.

Ć Kaedah ini menjadi asas perbincangan semasa menilai dan memutuskan


status hukum bagi isu yang muncul berkaitan percampuran halal dan haram
dalam aktiviti yang dilaksanakan. Antara aplikasi kaedah ini adalah dalam
penentuan status pelaburan ASN dan ASB, dan status saham bercampur.
Ketiga-tiga jenis pelaburan ini dianggap tidak halal kerana masih belum
menepati hukum syarak dan bercampur antara memenuhi syariah dan tidak
memenuhinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN  145
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫اﳊََﺮام‬
ْ ‫ﺐ‬َ ‫اﳊََﺮ ُام ﻏُﻠﱢ‬ ْ ‫)إِ َذا اِ ْﺟﺘَ َﻤ َﻊ‬
ْ ‫اﳊَﻼَ ُل َو‬

Ć Kaedah ini sangat penting difahami dan diamalkan oleh setiap umat Islam.
Islam menyarankan umatnya supaya utamakan sumber yang halal serta baik
(halalan tayyiban) tanpa sebarang rasa syak dan syubhah.

Al-maÊmurat (suruhan) Maslahah


Al-manhiyyat (larangan) Syubhah
Ihtiyat (berhati-hati) Warak
Mafsadah

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009). Al-
madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta: Amzah.
Al-Hasri Ahmad Muhammad, & Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-
qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah:
Universiti al-Azhar.
Al-Nadwiyy ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq: Dar al-
Qalam.
Al-QurÊan al-Karim.
Al-Sunnah al-Nabawiyyah.
Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid
wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-ZarqaÊ Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq:
Dar al-Qalam.
Ibn Salih ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Universiti
Sharjah: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫اﳊََﺮام‬
ْ ‫ﺐ‬َ ‫اﳊََﺮ ُام ﻏُﻠﱢ‬ ْ ‫)إِ َذا اِ ْﺟﺘَ َﻤ َﻊ‬
ْ ‫اﳊَﻼَ ُل َو‬

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2013). e-fatwa: Portal rasmi fatwa Malaysia.
Dicapai dari http://www.e-fatwa.gov.my/
Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Umum
10 3: Urusan
Pemerintah
Berkenaan
Rakyat
Hendaklah
Berlandaskan
Maslahah
‫ف ا ِﻹ َﻣ ِﺎم َﻋﻠَﻰ‬ ُ ‫ﺼ ﱡﺮ‬
َ َ‫)ﺗ‬
(‫ﺼﻠَ َﺤ ِﺔ‬ ‫ْﻤ‬
‫ﻟ‬ ‫ﺎ‬ِ
‫ﺑ‬ ‫ط‬ٌ ‫ﻮ‬ ‫ـ‬‫ﻨ‬ ‫ﻣ‬ ِ
‫ﺔ‬ ‫ﻴ‬
‫ﱠ‬ ِ ‫اﻟ ﱠﺮ‬
‫ﻋ‬
ْ َ ْ َُ
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan maksud Kaedah Umum 3 (urusan pemerintah
berkenaan rakyat hendaklah berlandaskan maslahah) dan
kepentingannya;
2. Menyatakan contoh bagi Kaedah Umum 3; dan
3. Mengenal pasti sumber asal atau dalil bagi Kaedah Umum 3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN RAKYAT
HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAH (‫ﺼﻠَ َﺤ ِﺔ‬ ِِ
ْ ‫ف ا ِﻹ َﻣ ِﺎم َﻋﻠَﻰ اﻟﱠﺮﻋﻴﱠﺔ َﻣﻨُـ ْﻮ ٌط ﺑِﺎﻟ َْﻤ‬
ُ ‫ﺼﱡﺮ‬
َ َ‫)ﺗ‬

 PENGENALAN
Kaedah Umum 3 (urusan pemerintah berkenaan rakyat hendaklah berlandaskan
maslahah) merupakan salah satu kaedah kecil yang perlu anda pelajari dalam
ilmu fiqhiyyah. Ini adalah kerana aplikasinya cukup meluas dalam pelbagai isu
berkaitan pengurusan di semua peringkat. Malah, ia juga tidak terhad kepada
isu fiqhiyyah sahaja.

Umumnya, kaedah ini membawa maksud setiap pemimpin atau pengurus


hendaklah memastikan segala dasar dan tindakan yang dibuat adalah selari
dengan maslahah, kepentingan rakyat atau orang yang dipimpinnya. Maslahah
ini pula perlu selaras dengan kehendak syarak.

Apakah kepentingan kaedah ini? Kaedah ini penting dalam pengajian siyasah
syarÊiyyah (politik Islam) dan tadbir urus yang baik (good governance). Oleh itu,
topik kesepuluh ini akan membincangkan pengertian dan penghuraian kaedah,
contoh, sumber asal atau dalil kaedah dan bagaimana kaedah ini boleh
diaplikasikan.

10.1 PENGERTIAN DAN HURAIAN KAEDAH


UMUM 3
Apakah yang boleh anda katakan untuk menerangkan maksud kaedah ini?
Merujuk kembali kepada maksud yang diterangkan dalam bahagian pengenalan,
kaedah ini membawa pengertian bahawa segala tindakan pemerintah dan dasar
yang dibuat oleh pemimpin atau pengurus hendaklah berdasarkan kepada
maslahah atau kepentingan umum. Selain itu, seorang pemimpin atau pengurus
tidak boleh menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan faedah bagi diri,
keluarga mahupun kroninya. Begitu juga kedudukan yang ada tidak boleh
digunakan untuk mengambil hak rakyat yang dipimpin atau menzalimi mereka
dengan tindakan atau dasar yang dibuat, sama ada secara sengaja atau tidak
sengaja.

Oleh itu, syariat Islam telah meletakkan kewajipan yang besar terhadap
pemimpin supaya bersikap teliti dan berhemat dalam membuat keputusan yang
akan memberi kesan kepada orang yang dipimpinnya. Pemimpin yang warak
dan soleh akan sentiasa menyemak dasar dan tindakan yang telah dibuat bagi
memastikan kepentingan umum dipenuhi pada setiap masa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN RAKYAT  149
HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAH (‫ﺼﻠَ َﺤ ِﺔ‬ ِِ
ْ ‫ف ا ِﻹ َﻣ ِﺎم َﻋﻠَﻰ اﻟﱠﺮﻋﻴﱠﺔ َﻣﻨُـ ْﻮ ٌط ﺑِﺎﻟ َْﻤ‬
ُ ‫ﺼﱡﺮ‬
َ َ‫)ﺗ‬

Sekiranya terdapat sebarang perkara yang bertentangan dengan maslahah, ia


merupakan darar (mudarat) yang perlu dihapuskan atau diselesaikan dengan
segera; seperti yang telah dibincangkan dalam Topik 6 yang lepas.

Bagi menyokong pelaksanaan kaedah ini, Islam telah memperkenalkan konsep


syura (surah al-Shura, 42:38 dan surah Ali-Imran, 3:159) dalam pentadbiran.
Selain itu, Islam juga menekankan pemilihan pemimpin yang berkelayakan dari
segi iman, ilmu yang luas, pengalaman, kebijaksanaan dan ketakwaan yang
tinggi. Berdasarkan kaedah ini, pemimpin hendaklah melihat kepada maslahah
atau kepentingan umum pada setiap masa.

Kita perlu faham bahawa maslahah ini hendaklah diukur dengan berpandukan
syariat dan objektif Islam dalam memelihara lima prinsip umum atau
dharuriyyat al-khams iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Mari kita
ambil pembinaan kilang arak sebagai contoh. Walaupun kilang ini dapat
menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai dan boleh menyumbang
pendapatan dari segi ekonomi, ia tidak boleh dilihat sebagai kepentingan umum.
Ini kerana pembinaan kilang ini adalah bercanggah dengan syarak. Kerosakan
langsung atau tidak langsung yang dibawa dalam masyarakat sama ada dalam
jangka masa pendek atau panjang adalah tidak berbaloi dengan faedah yang
(dikatakan) dapat dikecapi.

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar r.a., Rasullullah s.a.w. bersabda:

...‫أﻻ ﻛﻠﻜﻢ راع وﻛﻠﻜﻢ ﻣﺴﺌﻮل ﻋﻦ رﻋﻴﺘﻪ‬


Maksudnya: "Ketahuilah! Setiap seorang kamu adalah pemimpin dan setiap
pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpin."

(Shahih Muslim, No. 3408)

Hadis ini telah menjelaskan bahawa tanggungjawab menjaga ‰rakyat‰ (orang


yang dipimpin) adalah tanggungjawab setiap individu mukallaf, tidak hanya
terhad kepada pemerintah negara. Ini bermakna, Kaedah Umum 3 merupakan
tuntutan ke atas setiap individu yang mempunyai tanggungan yang
dipertanggungjawabkan tanpa mengira kedudukannya seperti:
(a) Raja yang memimpin rakyat adalah pemimpin. Dia akan ditanya tentang
tanggungjawabnya terhadap rakyat yang dipimpinnya;
(b) Suami adalah pemimpin kepada anggota keluarganya. Dia akan ditanya
tentang tanggungjawabnya terhadap mereka;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN RAKYAT
HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAH (‫ﺼﻠَ َﺤ ِﺔ‬ ِِ
ْ ‫ف ا ِﻹ َﻣ ِﺎم َﻋﻠَﻰ اﻟﱠﺮﻋﻴﱠﺔ َﻣﻨُـ ْﻮ ٌط ﺑِﺎﻟ َْﻤ‬
ُ ‫ﺼﱡﺮ‬
َ َ‫)ﺗ‬

(c) Isteri juga merupakan pemimpin bagi rumah tangga serta anak suaminya.
Dia akan ditanya tentang tanggungjawabnya terhadap apa yang
dipimpinnya; dan
(d) Budak suruhan juga adalah pemimpin atas harta tuannya. Dia akan ditanya
mengenai tanggungjawabnya terhadap harta tersebut.

Untuk menjadi pemimpin yang berjaya, kita harus bersifat lebih teliti dan
berhemat dalam menjalankan amanah, sama ada terhadap kerja mahupun
keluarga. Sekiranya setiap orang mengaplikasikan kaedah ini dalam kehidupan,
insya Allah, dunia akan menjadi tempat yang lebih baik di mana kadar jenayah
dan masalah sosial serta sebarang bentuk penyelewengan akan berkurangan. Ini
adalah kerana tiada kes bapa yang memperkosa darah dagingnya sendiri, tiada
kes ibu yang membuang dan meninggalkan bayi atau anaknya di merata-rata
tempat, tiada kes pemimpin yang menindas rakyat, tiada kes pegawai yang
menyalahgunakan kuasa, dan sebagainya. Oleh itu, kaedah ini seharusnya
dipelajari, difahami dan diaplikasikan oleh setiap Muslim untuk membentuk
negara yang aman dan damai.

10.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH UMUM 3


Bolehkah anda berikan contoh bagaimana kaedah ini boleh diaplikasikan?
Antara contoh yang terbentuk daripada kaedah ini adalah:
(a) Berdasarkan kemaslahatan umum, pemimpin hendaklah melantik
seseorang yang soleh dan berkelayakan sebagai imam masjid untuk
mengimamkan solat. Tidak harus bagi pemimpin melantik seorang yang
fasiq atau kurang berkelayakan menjadi imam masjid di sesuatu kawasan.
Ini adalah untuk mengelakkan perkara makruh di mana pihak makmum
pula yang perlu membetulkan solat imam;
(b) Pihak yang berkuasa perlu melantik individu yang berkelayakan dari
sudut akademik, pengalaman, personaliti, reputasi dan sebagainya untuk
mengisi jawatan penting dalam masyarakat seperti imam, ketua kampung,
pembesar daerah, termasuk juga jawatan dalam sektor pengurusan dan
pentadbiran. Kaedah Umum 3 ini menegah pihak berwajib melantik
seseorang yang kurang atau tidak berkelayakan semata-mata kerana
pertalian keluarga dan sebagainya, sedangkan terdapat ramai lagi calon
lain yang lebih berkelayakan. Ini adalah kerana kelayakan ini adalah
berkait rapat dengan kemampuan penjawat untuk menilai maslahah
umum dalam urusan pentadbiran kelak;
(c) Pemimpin tidak boleh memaaf dan melepaskan pesalah qisas begitu
sahaja. Ini adalah kerana ia bertentangan dengan maslahah umum. Jika ada
maslahah untuk pelaksanaan hukuman qisas, pemimpin wajib

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN RAKYAT  151
HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAH (‫ﺼﻠَ َﺤ ِﺔ‬ ِِ
ْ ‫ف ا ِﻹ َﻣ ِﺎم َﻋﻠَﻰ اﻟﱠﺮﻋﻴﱠﺔ َﻣﻨُـ ْﻮ ٌط ﺑِﺎﻟ َْﻤ‬
ُ ‫ﺼﱡﺮ‬
َ َ‫)ﺗ‬

melaksanakannya. Namun, jika maslahah untuk mengenakan diyat lebih


berkesan berbanding qisas, dia boleh mengenakan diyat sahaja;
(d) Pemimpin perlu memutuskan hukuman berdasarkan kepada kemaslahatan
umum dalam menentukan hukuman takzir yang wajar kepada penjenayah
(sama ada hukuman mati, dipenjara, dijamin atau ditebus). Sebagai contoh,
seorang pemimpin harus menetapkan hukuman mati kepada perogol, jika
ini akan membawa kebaikan kepada masyarakat umum;
(e) Pemimpin tidak harus menggugurkan syarat kafaah (sekufu) dalam
perkahwinan, sekalipun perkara tersebut dipersetujui oleh kaum wanita.
Ini adalah kerana hak kafaah itu adalah hak umat Islam amnya dan ia
bertujuan untuk menjaga kemaslahatan umum;
(f) Harus bagi pemerintah mengambil tanah rakyat untuk tujuan
pembangunan dengan memberikan pampasan yang mencukupi. Ini adalah
kerana pembangunan ini (seperti pembinaan sekolah, lapangan terbang
dan sebagainya) akan memberikan kemaslahatan kepada masyarakat
umum; dan
(g) Harus bagi pemerintah memberhentikan mana-mana pegawainya yang
bermasalah dengan syarat pemerintah tersebut mempunyai justifikasi yang
baik terhadap tindakannya tersebut. Namun, hukumnya adalah haram jika
dibuat tanpa sebarang justifikasi. Ini adalah kerana masyarakat
memerlukan jaminan kerja dan ia turut berkait rapat dengan peningkatan
motivasi dan produktiviti kerja.

Sebagai rumusan, kaedah ini merupakan salah satu bukti kesyumulan Islam; ia
membuktikan bahawa Islam itu ideal dan sesuai dengan fitrah manusia. Kaedah
ini juga merupakan asas kepada kaedah tadbir urus yang baik (good
governance). Kaedah fiqh ini sesuai dan perlu diaplikasikan dalam seluruh
masyarakat pada setiap masa dan tidak terhad kepada urusan ibadah sahaja.
Tambahan pula, Islam mengiktiraf segala urusan harian yang dibuat dengan cara
yang betul, sedaya upaya cuba mematuhi syariat sebagai satu ibadah yang akan
diberikan ganjaran oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya, Allah s.w.t. Maha
Mengetahui segala apa yang kita kerjakan serta niat yang ada di dalam hati.
Sebagai seorang Islam, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh
melaksanakan Islam dalam kehidupan harian. Mudah-mudahan segala amalan
kita akan diterima oleh Allah s.w.t. dan diberikan ganjaran pahala.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN RAKYAT
HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAH (‫ﺼﻠَ َﺤ ِﺔ‬ ِِ
ْ ‫ف ا ِﻹ َﻣ ِﺎم َﻋﻠَﻰ اﻟﱠﺮﻋﻴﱠﺔ َﻣﻨُـ ْﻮ ٌط ﺑِﺎﻟ َْﻤ‬
ُ ‫ﺼﱡﺮ‬
َ َ‫)ﺗ‬

SEMAK KENDIRI 10.1

1. Huraikan dengan jelas maksud kaedah „urusan pemerintah


berkenaan rakyat hendaklah berlandaskan maslahah‰.

2. Jelaskan kepentingan kaedah ini.

3. Bincangkan secara berkumpulan contoh semasa yang berkaitan


dengan kaedah ini.

10.3 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH


UMUM 3
Akhir sekali, mari kita pelajari sumber asal atau dalil bagi kaedah ini. Kaedah ini
turut dirujuk oleh Imam Syafie sebagai:

‫ﻣﻨﺰﻟﺔ اﻹﻣﺎم ﻣﻦ اﻟﺮﻋﻴﺔ ﻣﻨﺰﻟﺔ اﻟﻮﻟﻲ ﻣﻦ اﻟﻴﺘﻴﻢ‬


Maksudnya: "Kedudukan pemerintah terhadap rakyat seperti kedudukan wali
(penjaga) terhadap anak yatim jagaannya."

Imam as-Suyuti menyatakan bahawa kaedah ini berasal daripada kata-kata


Saidina Umar al-Khattab (qaul sahabi) yang diriwayatkan oleh SaÊid bin Mansur
dalam kitab sunannya yang bermaksud:

Diriwayatkan kepada kami oleh Abu al-Ahwas bin Abi Ishaq daripada al-
Barrak bin ÂAazib bahawa Saidina Umar r.a. berkata:

„Sesungguhnya, aku menganggap kedudukanku terhadap harta Allah


s.w.t. seperti kedudukan wali terhadap anak yatim. Jika aku dalam
kesempitan dan perlu kepada harta itu, akan ku ambil sedikit daripadanya,
jika aku ada lebihan harta, akan ku kembalikan harta yang ku ambil, dan
jika aku dalam kesenangan, aku akan menahan diri daripada
menggunakan harta itu.‰

Kata-kata Saidina Umar r.a. menerangkan lebih lanjut tentang sikap amanah
dalam pengurusan harta anak yatim, begitu juga tahap amanah yang dituntut
dalam pengurusan pemerintah ke atas rakyatnya. Tuntutan amanah ini bukan
sahaja dipikul oleh pemerintah, tetapi juga oleh setiap individu mukallaf
terhadap tanggungannya seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN RAKYAT  153
HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAH (‫ﺼﻠَ َﺤ ِﺔ‬ ِِ
ْ ‫ف ا ِﻹ َﻣ ِﺎم َﻋﻠَﻰ اﻟﱠﺮﻋﻴﱠﺔ َﻣﻨُـ ْﻮ ٌط ﺑِﺎﻟ َْﻤ‬
ُ ‫ﺼﱡﺮ‬
َ َ‫)ﺗ‬

AKTIVITI 10.1

1. Bincangkan dan buat kajian bersama rakan sekelas anda mengenai


kedudukan wali dalam pengurusan anak yatim untuk lebih
memahami tahap amanah yang dituntut dalam isu ini.

2. Cari dalil dari al-Quran dan hadis berkaitan isu amanah dan anak
yatim.

3. Apakah pendapat anda tentang inisiatif pemerintah (seperti


kawalan harga ayam, pemberian BR1M dan sebagainya) pada
masa kini? Kaitkan pendapat anda dengan merujuk kepada
Kaedah Umum 3.

4. Secara berkumpulan, bandingkan Kaedah Umum 3 dengan tadbir


urus yang baik (good governance).

Ć Kaedah Umum 3 (urusan pemerintah berkenaan rakyat hendaklah


berlandaskan maslahah) memberi maksud bahawa segala tindakan
pemerintah dan dasar yang dibuat oleh pemimpin atau pengurus hendaklah
berdasarkan kepada maslahah atau kepentingan umum.

Ć Pemimpin atau pengurus tidak boleh menggunakan kedudukannya untuk


mendapat faedah bagi diri, keluarga mahupun kroninya.

Ć Oleh itu, Islam menekankan tentang pemilihan pemimpin yang berkelayakan


dari segi iman, ilmu yang luas, pengalaman dan kebijaksanaan serta
ketakwaan yang tinggi.

Ć Kaedah ini adalah penting dalam pengajian siyasah syarÊiyyah (politik dalam
Islam) dan tadbir urus yang baik.

Ć Antara contoh bagi kaedah ini ialah pemimpin perlu melantik seseorang
yang soleh dan berkelayakan sebagai imam masjid untuk mengimami solat,
tidak harus menggugurkan syarat kafaah (sekufu) dalam perkahwinan,
mengambil tanah rakyat untuk tujuan pembangunan dengan memberikan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN RAKYAT
HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAH (‫ﺼﻠَ َﺤ ِﺔ‬ ِِ
ْ ‫ف ا ِﻹ َﻣ ِﺎم َﻋﻠَﻰ اﻟﱠﺮﻋﻴﱠﺔ َﻣﻨُـ ْﻮ ٌط ﺑِﺎﻟ َْﻤ‬
ُ ‫ﺼﱡﺮ‬
َ َ‫)ﺗ‬

pampasan yang mencukupi dan memberhentikan mana-mana pegawainya


yang tidak amanah.

Ć Walaupun kaedah ini dianggap sebagai kaedah kecil, ia mempunyai peranan


yang sangat besar dalam mendidik dan membentuk masyarakat di semua
peringkat.

Ć Kaedah ini menekankan amalan dan sikap amanah dalam melaksanakan


tanggungjawab. Terdapat banyak dalil dari al-Quran dan hadis yang
berkaitan dengan kaedah ini.

Kepentingan umum (maslahah) Tadbir urus yang baik (good


governance)
Pemimpin
Siyasah syarÊiyyah (politik Islam)

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009). Al-
madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta: Amzah.
Al-Hasri Ahmad Muhammad, & Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-
qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah:
Universiti al-Azhar.
Al-Nadwiyy ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq: Dar al-
Qalam.
Al-Quran al-Karim.
Al-Sunnah al-Nabawiyyah.
Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid
wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-ZarqaÊ Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq:
Dar al-Qalam.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN RAKYAT  155
HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAH (‫ﺼﻠَ َﺤ ِﺔ‬ ِِ
ْ ‫ف ا ِﻹ َﻣ ِﺎم َﻋﻠَﻰ اﻟﱠﺮﻋﻴﱠﺔ َﻣﻨُـ ْﻮ ٌط ﺑِﺎﻟ َْﻤ‬
ُ ‫ﺼﱡﺮ‬
َ َ‫)ﺗ‬

Ibn Salih ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Universiti
Sharjah: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2013). e-fatwa: Portal rasmi fatwa Malaysia.
Dicapai dari http://www.e-fatwa.gov.my/
Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Umum
11 4: Mengambil
Kira Sesuatu
Pernyataan
adalah Lebih
Baik daripada
Mengabaikannya
‫)إِ ْﻋ َﻤﺎْ ُل اﻟْ َﻜﻼَِم أ َْوﻟَﻰ‬
(‫ِﻣ ْﻦ إِ ْﻫ َﻤﺎﻟِ ِﻪ‬
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan maksud Kaedah Umum 4 (mengambil kira sesuatu
pernyataan adalah lebih baik daripada mengabaikannya);
2. Menyatakan contoh bagi Kaedah Umum 4; dan
3. Mempraktikkan Kaedah Umum 4 dengan baik terhadap
permasalahan semasa yang bersesuaian dengan kaedah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 KAEDAH UMUM 4: MENGAMBIL KIRA SESUATU PERNYATAAN  157
ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGABAIKANNYA (‫)إِ ْﻋ َﻤﺎْ ُل اﻟْ َﻜﻼَِم أ َْوَﱃ ِﻣ ْﻦ إِ ْﳘَﺎﻟِِﻪ‬

 PENGENALAN
Kaedah Umum 4 (mengambil kira sesuatu pernyataan adalah lebih baik
daripada mengabaikannya) merupakan salah satu kaedah umum yang perlu
anda pelajari kerana aplikasi dan isu yang berkaitan dengannya adalah meluas
dan pelbagai.

Secara umumnya, kaedah ini membawa maksud bahawa kita perlu mengambil
kira makna dan maklumat tentang sesuatu ungkapan atau pernyataan
berbanding meninggalkan atau mengabaikannya. Dengan kata lain, apabila
sesuatu pernyataan itu jelas maksudnya, maka ia tidak perlu lagi ditafsirkan.

Walau bagaimanapun sekiranya maksud tersurat tidak dapat diterapkan, maka


kita perlu mengguna pakai maksud yang tersirat pula. Seterusnya, jika kedua-
duanya tidak dapat difahami sama ada secara tersirat mahupun tersurat, maka
pernyataan tersebut boleh diabaikan. Kaedah ini penting dalam menyelesaikan
isu-isu semasa yang timbul dalam perkara yang berkaitan.

Oleh itu, topik terakhir ini akan membincangkan berkaitan dengan pengertian
dan penghuraian kaedah, contoh dan bagaimana anda boleh mengaplikasikan
kaedah ini dalam kehidupan.

11.1 PENGERTIAN DAN HURAIAN KAEDAH


UMUM 4
Apakah yang anda faham tentang kaedah ini? Kaedah Umum 4 (sesuatu
pernyataan lebih baik daripada mengabaikannya) ini memberi pengertian
bahawa apabila sesuatu pernyataan dilontarkan, dikemukakan atau diutarakan
oleh seseorang mukallaf, maka maksud pernyataannya itu perlu dipelihara
sebaik mungkin dari dinafikan hak pernyataannya di samping melihat
kesimpulan yang boleh membenarkan maksud pernyataan tersebut. Oleh itu,
pembinaan hukum syarak ke atas pernyataan sebegini adalah wajib.

Namun, sekiranya sukar menterjemahkan makna hakiki yang dikemukakan oleh


sesuatu pernyataan dari segi linguistiknya, maka ia perlu diterjemahkan
menurut makna majazi (metafora) selagi mana mampu difahamai maksudnya.
Sekiranya tidak berupaya untuk menterjemahkan maksudnya biarpun melalui
majazinya, maka pernyataan tersebut boleh diabaikan. Ini adalah berdasarkan
ayat berikut:

‫إِ ْﻋ َﻤﺎْ ُل اﻟْ َﻜﻼَِم أ َْوَﱃ ِﻣ ْﻦ إِ ْﳘَﺎﻟِِﻪ َﻣﺎ َﱂْ ﻳَـﺘَـ َﻌ ﱠﺬ ْر‬
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
158  TOPIK 11 KAEDAH UMUM 4: MENGAMBIL KIRA SESUATU PERNYATAAN ADALAH
LEBIH BAIK DARIPADA MENGABAIKANNYA (‫)إِ ْﻋ َﻤﺎْ ُل اﻟْ َﻜﻼَِم أ َْوَﱃ ِﻣ ْﻦ إِ ْﳘَﺎﻟِِﻪ‬

Maksudnya: "Mengamalkan sesuatu kalam adalah lebih utama daripada


mengabaikannya, selagi mana tidak ada keuzuran (sesuatu yang merumitkan,
menyukarkan dan yang menghalang)."

Kesimpulannya, pernyataan yang jelas maksudnya harus diamalkan bersesuaian


dengan maksudnya.

11.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH UMUM 4


Apakah contoh bagi aplikasi kaedah ini? Antara contoh aplikasi kaedah ini
adalah:
(a) Seseorang mewakafkan harta kepada anaknya, namun anaknya telah tiada
dan yang tinggal hanyalah cucunya. Dalam situasi ini, apakah kita boleh
mengabaikan wakafnya atau kita katakan wakafnya tidak sah? Kita boleh
katakan bahawa wakaf tersebut tidak batal, selagi mana ia boleh
dipraktikkan dengan mengatakan bahawa wakaf itu adalah milik cucunya
juga kerana cucunya itu adalah anaknya (lahir daripada nasabnya juga).
Berdasarkan kaedah ini dan juga persetujuan oleh para ulama, maka
jawapan kepada situasi ini adalah pendapat yang terakhir. Ini adalah
kerana ini lebih praktikal untuk diambil kira dalam menyelesaikan isu ini;
(b) Seseorang mewasiatkan satu daripada dua kedai miliknya, satu kedainya
penuh sarat dengan beras dan satu lagi kedainya penuh berisi dengan arak.
Berdasarkan kaedah ini, wasiat yang sah dan yang boleh diamalkan adalah
kedai yang berisi beras kerana ia tidak bercanggah dengan kehendak
syarak;
(c) Seseorang lelaki berhadapan dengan isteri dan kucingnya, lalu dia
mengungkapkan ayat berikut, "Saya ceraikan salah satu daripada
keduanya." Dalam situasi ini, talak tersebut jatuh ke atas isterinya;
(d) Seseorang mewasiatkan dua pasang kasut, salah satu daripadanya
diperbuat daripada kulit khinzir dan yang lainnya diperbuat daripada kulit
lembu. Oleh itu, wasiat yang sah adalah kasutnya yang diperbuat daripada
lembu dan bukannya khinzir;
(e) Mengambil kira maklumat dan ungkapan orang-orang tua dalam bentuk
petua, tips dan sebagainya adalah lebih baik daripada mengabaikannya. Ini
adalah kerana pada umumnya, petua ini terhasil daripada pengajaran dan
pengalaman lalu; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 KAEDAH UMUM 4: MENGAMBIL KIRA SESUATU PERNYATAAN  159
ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGABAIKANNYA (‫)إِ ْﻋ َﻤﺎْ ُل اﻟْ َﻜﻼَِم أ َْوَﱃ ِﻣ ْﻦ إِ ْﳘَﺎﻟِِﻪ‬

(f) Mengambil kira teori, pendapat, komentar dan sebagainya adalah lebih
baik untuk pembangunan diri atau institusi berbanding membiar dan
mengabaikannya sahaja.
Sebagai rumusan, Kaedah Umum 4 ini mempunyai fungsi yang sangat besar
dalam menyelesaikan masalah fiqh Islam. Ia menjadi asas perbincangan semasa
bagi memutuskan status hukum bagi sesuatu pernyataan yang diungkapkan,
sama ada ia boleh diamalkan mengikut syarak atau diabaikan. Oleh itu, kaedah
ini sangat penting difahami dan diamalkan oleh setiap umat Islam.

AKTIVITI 11.1

1. Huraikan dengan jelas Kaedah Umum 4 (mengambil kira sesuatu


pernyataan adalah lebih baik daripada mengabaikannya). Sertakan
dua contoh yang berkaitan.

2. Bincangkan dengan tutor anda mengenai kedudukan dan


kepentingan Kaedah Umum 4 dalam menyelesaikan isu fiqh
kontemporari yang berkaitan.

SEMAK KENDIRI 11.1

1. Secara berpasangan, terangkan kepada rakan anda apa yang anda


faham tentang kaedah mengambil kira sesuatu pernyataan adalah
lebih baik daripada mengabaikannya. Setelah selesai, rakan anda
perlu menerangkan kaedah tersebut kepada anda pula. Bandingkan
kefahaman anda dan rakan anda.

2. Senaraikan dua contoh klasik dan dua contoh kontemporari yang


mempunyai kaitan dengan kaedah mengamalkan sesuatu kalam
lebih utama daripada mengabaikannya.

Ć Kaedah Umum 4 membawa maksud bahawa kita perlu mengambil kira


makna dan maklumat tentang sesuatu ungkapan atau pernyataan
berbanding meninggalkan atau mengabaikannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 11 KAEDAH UMUM 4: MENGAMBIL KIRA SESUATU PERNYATAAN ADALAH
LEBIH BAIK DARIPADA MENGABAIKANNYA (‫)إِ ْﻋ َﻤﺎْ ُل اﻟْ َﻜﻼَِم أ َْوَﱃ ِﻣ ْﻦ إِ ْﳘَﺎﻟِِﻪ‬

Ć Dengan kata lain, apabila sesuatu pernyataan itu jelas maksudnya, maka ia
tidak perlu lagi ditafsirkan dan harus diamalkan, bersesuaian dengan
maksudnya.
Ć Sekiranya maksud tersurat tidak dapat diterapkan, maka kita perlu
mengguna pakai maksud yang tersirat pula. Namun, jika keduanya tidak
dapat difahami, sama ada secara tersirat mahupun tersurat, maka pernyataan
tersebut boleh diabaikan.

Ć Antara contoh bagi kaedah ini ialah apabila seorang lelaki berhadapan
dengan isteri dan kucingnya lalu dia mengungkapkan, "Saya ceraikan salah
satu daripada keduanya." Dalam situasi ini, jatuh talak tersebut ke atas
isterinya. Selain itu, mengambil kira maklumat dan ungkapan daripada
orang-orang tua dalam bentuk petua, tips dan sebagainya juga merupakan
satu contoh bagi kaedah ini.

Hakiki Pernyataan
Majazi (metafora)

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009). Al-
madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta: Amzah.
Al-Hasri Ahmad Muhammad, & Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-
qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah:
Universiti al-Azhar.
Al-Nadwiyy ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq: Dar al-
Qalam.
Al-Quran al-Karim.
Al-Sunnah al-Nabawiyyah.
Al-Suyuti Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid
wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 11 KAEDAH UMUM 4: MENGAMBIL KIRA SESUATU PERNYATAAN  161
ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGABAIKANNYA (‫)إِ ْﻋ َﻤﺎْ ُل اﻟْ َﻜﻼَِم أ َْوَﱃ ِﻣ ْﻦ إِ ْﳘَﺎﻟِِﻪ‬

Al-ZarqaÊ Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyiq:


Dar al-Qalam.
Ibn Salih ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Universiti
Sharjah: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.
Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur:
Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myVLE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi)
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai