Anda di halaman 1dari 21

WAJ3105 LITERASI NOMBOR TAJUK 2 OPERASI DAN PENGIRAAN

SINOPSIS Dalam tajuk ini, pelajar akan membina teknik-teknik untuk membuat pengiraan ment al dan penganggaran di samping meneroka kaedah kertas dan pensil dalam pengiraan nombor bulat melibatkan empat operasi asas. Pengiraan mental dan penganggaran m emerlukan pemahaman yang mantap tentang nombor, penguasaan fakta asas, celik nom bor dan keupayaan menaakul matematik. Tajuk ini juga membincangkan tentang penggunaan kalkulator dan komputer sebagai alat pengiraan dalam matematik. Penggunaan kalkulator dan komputer dapat membant u pelajar menjalani pembelajaran yang lebih berkualiti dengan menyelesaikan masa lah matematik yang lebih mencabar.

HASIL PEMBELAJARAN: Mengira menggunakan kaedah : pensil dan kertas, kalkulator,k omputer, pengiraan mental, dan bahan manipulatif. Menyenaraikan dan menerangkan kesesuaian menggunakan kalkulator dan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah. 29

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

KERANGKA TAJUK Operasi dan Pengiraan

Kaedah Pensil Kertas Mengajar Operasi Tambah, Tolak, Darab & Bahagi Kalkulator d an Komputer kesesuaiannya Penggunaan Bahan Manipulatif Pengiraan Mental dan Penganggaran 2.1 KAEDAH PENSIL KERTAS Model boleh digunakan bagi menjelaskan algoritma untuk operasi penambahan, penol akan, pendaraban dan pembahagian. Model digunakan untuk menggambarkan prosedur b agi setiap operasi. Kemudian, kita applikasikan prosedur tersebut untuk mengemba ngkan algoritma setiap operasi menggunakan pensil dan kertas. Akhirnya, gunakan penaakulan matematik untuk membuktikan algoritma tersebut. 2.2 MENGAJAR OPERASI TAMBAH DAN TOLAK Pelajar sekolah rendah perlu menguasai kemahiran mengira nombor bulat selepas me mahami konsep asas nombor. Empat operasi asas untuk mengira ialah tambah, tolak, darab dan bahagi. Dalam tajuk ini kita akan tumpukan kepada dua operasi asas, i aitu tambah dan tolak yang telah mula diperkenalkan semasa pra sekolah dan Tahun Satu. Walaubagaimanapun, operasi tambah dan tolak akan terus diajar setiap tahu n dengan melibatkan nilai digit yang lebih besar. 2.2.1 Membina Algoritma untuk Operasi Penambahan 30

WAJ3105 LITERASI NOMBOR Dalam bahagian ini, kita akan lihat algoritma untuk oper asi tambah dan tolak melibatkan nombor bulat. Tumpuan kita menggunakan model dan logik untuk memahami prosedur pengiraan dalam mencari hasil tambah dan tolak. Terdapat lebih daripad a satu algoritma untuk menambah dan menolak nombor bulat. Kebanyakan algoritma u ntuk menambah dan menolak nombor bulat mengambilkira nilai tempat, ciriciri dan mencari persamaan untuk mencerakinkan pengiraan kepada yang lebih mudah serta me nggunakannya untuk mencari jumlah ataupun hasiltolak yang dikehendaki. Bagaimana anda menyelesaikan pengiraan di bawah yang melibatkan operasi tolak de ngan menggunakan kaedah kertas-dan-pensil? 2,004 - 1,278 Penggunaan model dalam pengiraan dapat menunjukkan sesuatu algorit ma dengan jelas. Sebagai contoh, pergerakan dalam penggunaan blok asas sepuluh s eperti Blok Dienes untuk mencari jumlah dua nombor dapat dihubungkaitkan dengan langkahlangkah dalam algoritma untuk penambahan. Dari sini kita akan membina alg oritma menggunakan kaedah kertas dan pensil. Akhirnya kita akan menggunakan ciri - ciri operasi dalam Nombor Bulat untuk membuktikan langkah- langkah dalam algor itma tambah adalah logik. Ra Pu Sa Rajah 1 Blok Dienes dengan Nilai Tempat Contoh 1 menunjukkan bagaimana Blok Dienes boleh digunakan untuk menerangkan alg oritma operasi tambah. Nombor- nombor 369 dan 244 diwakilkan menggunakan 31

WAJ3105 LITERASI NOMBOR blok ini dan seterusnya dicantumkan untuk menunjukkan op erasi tambah dilakukan dengan mengambilkira konsep nilai tempat. Contoh 1 Menggu nakan Model- Blok Dienes untuk operasi tambah. Kedua- dua nombor diwakilkan meng gunakan blok asas sepuluh: Menggunakan model ini, cari jumlahnya dan tuliskan pe rsamaan untuk merekod proses penambahan itu. Penyelesaian: Ra Pu Sa Hasil tambah ini dalam bentuk persamaan seperti berikut: 369 + 244 613 32

WAJ3105 LITERASI NOMBOR Guna blok asas sepuluh untuk menunjukkan proses penambahan 374 + 128. Tuliskan s atu persamaan yang berkaitan. Sekarang mari kita lihat cara lain untuk penambahan menggunakan kaedah kertas da n pensil yang berkait terus dengan penggunaan dalam contoh 1. Kita akan mengguna kan soalan yang sama, 369 + 244 ditambah menggunakan Expanded Algorithm di mana semua nombor yang mempunyai nilai tempat yang sama ditambah dan kemudian dikumpu l semula mengikut mengikut nilai tempat. Penambahan Berkembang (Expanded Additio n) 369 + 244 300 + 60 200 + 40 500 + 100 + + + 9 4 13 = 369 + 244 500 100 13 613 atau 613 2.2.2 Membina Algoritma untuk Operasi Penolakan Model boleh digunakan bagi menje laskan algoritma untuk operasi tolak sebagaimana yang telah digunakan dalam algo ritma penambahan. Mula-mula, gunakan model untuk menggambarkan prosedur untuk op erasi tolak. Kemudian, kita aplikasikan prosedur tersebut untuk mengembangkan al goritma tolak menggunakan pensil dan kertas. Akhirnya, gunakan penaakulan matematik untuk membuktikan algoritma penolakan. Co ntoh 2 Cari hasiltolak dengan menggunakan blok asas-sepuluh bagi 245 18 dan tuli s persamaan untuk mencatat penolakan tersebut. 33

WAJ3105 LITERASI NOMBOR Ra Pu Sa Untuk mencukupkan sa bagi menolak 8, tukarkan 1 puluh untuk 10 sa. Kemudian ambi l 8 sa daripada 15 sa dan tinggalkan 7 sa: Selanjutnya, tolak 1 puluh dari 3 pul uh yang tinggal dan sekarang kita ada 2 puluh. Oleh kerana tiada nilai ratus yan g perlu ditolak,maka hasiltolaknya ialah 227, dan ini direkodkan. 245 18 227 Rekodkan sebagai satu persamaan 245 18 = 227 34

WAJ3105 LITERASI NOMBOR Sekarang kita lihat expanded subtraction, mulakan penolakkan dengan sa teruskan menolak dengan mengumpul semula, iaitu daripada kanan ke kiri. dan Penolakan Berkembang (Expanded Subtraction) 538 176 200 + 40 + 10 5 8 2 seterusnya 200 + 200 + 30 40 + 10 20 + 10 5 8 7 = 227 2.3 MENGAJAR OPERASI DARAB DAN BAHAGI Dalam bahagian ini, kita akan melihat algoritma untuk pendaraban dan pembahagian nombor bulat. Kita mula dengan menggunakan model-model untuk membantu menjelask an algoritma berkaitan dan kemudian menggunakan ciri- ciri nombor bulat untuk me mbuktikan algoritma itu. 2.3.1 Membina Algoritma untuk Pendaraban Seperti algoritma penambahan dan penolakan, penggunaan model akan memberikan asa s fizikal untuk menerangkan algoritma untuk pendaraban. Model yang digunakan ial ah blok asas-sepuluh dan model gambar untuk mewakilkan pendaraban dalam mencari luas segiempat tepat. Menggunakan proses yang dicadangkan oleh model, kita akan bina algoritma kertas-dan-pensil untuk pendaraban. Akhirnya, kita gunakan penaak ulan matematik bersama dengan ciri- ciri untuk membuktikan algoritma pendaraban. 35

WAJ3105 LITERASI NOMBOR Contoh 3 Cari hasildarab 215 x 74 Kaedah Pendaraban Grid (Grid Method of Multiplication) 215 X 70 4 200 14 000 800 14 800 10 700 40 + 740 5 350 20 + = 15 910 370 atau x 74 20 40 800 350 700 14 0 00 15 910 Algoritma pertama berdasarkan model itu memerlukan kita mencerakinkan nombor mengikut nilai tempat dan darabkan setiap digit mengikut nilai tempat unt uk mendapatkan hasildarab separa. Dalam algoritma ini, yang disebut expanded alg orithm semua hasil darab separa ditambah untuk mencari jumlah hasil darab. Manak ala algoritma yang kedua, yang dikenali sebagai standard algorithm, melibatkan h anya dua hasildarab separa. Pilih sama ada expanded atau standard algorithm untuk mencari hasil darab 345 x 6 Adakah anda dapat menyelesaikan semua latihan? Bagus! Berehat sebentar sebelum m eneruskan operasi seterusnya. 36

WAJ3105 LITERASI NOMBOR 2.3.2 Membina Algorithma untuk Pembahagian Contoh 4 Kaedah Penolakan ad hoc untu k Pembahagian 574 7 574 50 30 2 82 350 224 210 14 14 0 7 2 30 atau 50 82 7)574 350 224 210 14 14 0 Gunakan algoritma tak piawai untuk melakukan pengiraan. 367 + 85 658 274 176 x 8 3 1872 12 2.4 2.4.1 KALKULATOR DAN KOMPUTER Kalkulator Bahagian ini akan membincangkan mengapa dan bagaimana kalkulator asas dapat 37

WAJ3105 LITERASI NOMBOR digunakan sebagai bahan bantu belajar (BBB) di sekolah r endah. Penggunaan kalkulator yang lebih canggih seperti kalkulator saintifik dan kalkulator grafik lebih sesuai digunakan di sekolah menengah. Kalkulator asas adalah satu bahan bantu belajar berasaskan teknologi yang boleh menarik dan memotivasikan pelajar sekolah rendah. Ianya lebih murah berbanding B BB yang lain dan hanya memerlukan beberapa kemahiran asas untuk menggunakannya. Di samping itu, kemahiran pengunaan kalkulator akan menjadi semakin penting dan lebih ditekankan apabila pelajar naik ke peringkat persekolahan yang lebih tingg i. Ianya juga menghasilkan output yang maksimum dengan input yang minimum iaitu pelajar dapat meningkatkan kemahiran matematik hanya dengan menekan beberapa but ang kalkulator. Kaklulator juga mempunyai pelbagai peranan. Ianya boleh digunakan untuk sebilang an besar topik matematik untuk setiap tahap. Dengan penggunaan kalkulator pelaja r berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam tentang konsep dan kemahiran matematik topik - topik yang berkaitan. Apakah Kalkulator? Kalkulator ialah satu alat elektronik yang menggunakan teknol ogi moden untuk mendapatkan jawapan yang pantas dan tepat kepada empat operasi a sas matematik termasuk operasi untuk pelbagai fungsi trigonometri, logaritma dan statistik. Kalkulator yang pertama dicipta oleh seorang Perancis bernama Colmur pada tahun 1820. Pada tahun 1875, seorang Amerika bernama Boldwin pula telah mencipta kalku lator yang digunakan untuk menyelesaikan masalah menggunakan empat operasi asas matematik. Berikutan itu, kalkulator dan lebih canggih dan berteknologi tinggi t elah dan masih dicipta dari masa ke semasa. Kalkulator asas patut digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah. Adakah anda bersetuju d engan pernyataan ini? 38

WAJ3105 LITERASI NOMBOR Ciri- Ciri Kalkulator Asas Butang fungsi merujuk kepada butang operasi (iaitu, c ontohnya, butang , , , , % , ). Untuk kalkulator yang lebih canggih, butang yang sama mempunyai lebih dari satu fungsi mungkin berkongsi fungsi dengan cos x atau fungsi yang lain. Fungsi pemalar membantu pelajar menambah, menolak, mendarab dan memba hagi dengan cara pantas Fungsi grafik Fungsi saintifik Fungsi saintifik Fungsi asas Fungsi asas Kalkulator Saintifik Kalkulator Grafik Cuba anda lakukan pengiraan ini. Masukkan satu nombor 3-digit ke dalam kalkulato r, contohnya 678. Ulangi tiga digit tersebut untuk membentuk satu nombor 6-digit , contohnya 678 678. Bahagikan nombor 6-digit itu dengan 7, dengan 11 dan dengan 13 secara berturut-turut. Apakah hasil pengiraan yang anda dapat? Jelaskan meng apa ia terjadi sedemikian rupa. 39

WAJ3105 LITERASI NOMBOR 2.4.2 Komputer Penggunaan komputer di dalam bilik darjah membawa satu reformasi dan perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dari segi teknik dan st rategi. Bahagian ini membincangkan penggunaan komputer dalam kelas matematik di sekolah. Pengajaran Berbantukan Komputer di mana guru hanya menjadi fasilltator dengan menyediakan isi kandungan tajuk yang hendak diajar bentuk modul. Pelajar belajar dengan merujuk kepada modul. Komputer menjadi media pengantara guru dan pengajar. Kebanyakan modul adalah dalam bentuk pakej pembelajaran formal, latiha n murid, bahan pembelajaran individu, penyelesaian masalah serta pemainan berasa skan komputer. Pengurusan Pengajaran Berbantukan Komputer pula adalah apabila se bilangan besar guru di sekolah kini menggunakan teknologi dan komputer untuk men gumpul data dan seterusnya membuat analisis untuk menilai (a) k e b e r ke sa n a n p e n g a ja r a n , (b) penggunaan bahan pembelajaran, (c) proses pengajaran dan pembelajaran, dan (d) interaksi pelajar di dalam bilik darjah. Da ripada penilaian ini nanti guru dan mengubahsuai dan memperbaiki rancangan penga jaran hariannya untuk pengajaran akan datang. Akhir sekali, Penilaian Berbantuka n Komputer di mana guru juga boleh menilai kesan hasil pembelajaran dengan mengg unakan teknologi dan komputer. Terdapat dua jenis penilaian seperti ini : (i) Pe lajar menjawab soalan yang diutarakan melalui komputer. Jawapan ini boleh disema k oleh guru atau murid sendiri. Pelajar menjawab pelbagai bentuk soalan dalam ba nk item yang disimpan dalam komputer. Jawapan akan terus disemak melalui kompute r dan pelajar akan mengetahui prestasinya serta merta. Contoh Borang Penilaian P erisian (Courseware) Seorang guru perlu menilai perisian yang digunakan sebagai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Secara amnya perisian tersebut boleh dinilai berdasarkan dua aspek: (a) ciri-ciri pengajaran, dan (b) ciri-ciri teknikal. (ii) 40

WAJ3105 LITERASI NOMBOR Ciri-ciri pengajaran merangkumi pengalaman dan kualiti p engajaran. Pengalaman pengajaran yang dimaksudkan termasuklah (a) motivasi, (b) objektif p e n g a j a r a n y a n g jelas (c) contoh-contoh yang sesuai pembela jaran (d) untuk membimbing menggalakkan penguasaan kemahiran melalui latihan (e) menilai pelajar. Kualiti memberikan maklumbalas berinformatif , dan (f) boleh pengajaran pula merujuk kepada (a) ke t e p a t a n isi kandungan, (b) kesesuaia n dari segi tahap dan kebolehan pelajar membaca, (c) arahan yang jelas (d) menye diakan pelbagai aktiviti pembelajaran, (e) memberikan maklumbalas yang bersesuai an, dan (f) bahan sokongan pembelajaran yang lengkap. Aspek teknikal yang perlu diambilkira termasuklah penggunaan dan pelaksanaan med ia pengajaran yang berkesan. Antara ciri-ciri yang diambil kira ialah : (a) warn a, (b) suara, (c) grafik, (d) animasi, (e) kepantasan, (f) format mukasurat dan (g) interaktiviti. Aspek pelaksanaan dilihat dari segi (a) kebolehan pelajar men gakses kendiri perisian dan (d) pengendalaian perisian yang lancar. . Pilih tiga perisian yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah anda. Berdasarkan ciri-ciri perisian yang dibincangkan di atas, bina satu borang penilaian perisian untuk menentukan kesesuaian perisian tersebut 2.5.3 Penggunaan Kalkulator dan Komputer Dalam Pendidikan Matematik Penggunaan kalkulator dalam pengajaran dan pembelajaran matematik telah menimbulkan kontroversi di kalangan warga pendidikan. Antara isu yang ditimbulka n ialah, pelajar: menjadi tidak cekap atau mahir mengira tidak dapat mengamalkan pengiraan mental ataupun anggaran tidak menghafal fakta asas matematik Walaubag aimanapun pengunaan kalkulator bahan sokongan pembelajaran pada situasi yang ses uai boleh membantu pelajar untuk lebih memahami nombor dan operasi 41

WAJ3105 LITERASI NOMBOR pengiraan. Antara kelebihan penggunaan kalkulator yang t elah dikenalpasti ialah: meningkatkan minat pelajar dan pencapaian matematik. me nunjukkan kesan positif terhadap kemahiran mengira dan perkembangan konsep matem atik. meningkatkan kemahiran pengiraan mental pelajar Dengan menggunakan kalkulator, cari jawapan bagi yang berikut, 11 11, 111 111 da n 1,111 1,111 Seterusnya teka jawapan bagi 11,111 11,111 : Terangkan pola yang anda lihat. Ada kah pengunaan kalkulator membantu anda? . Dengan merujuk kepada kajian dalam dan luar negara, senaraikan kebaikan dan keburukan menggunakan kalkulator dalam kel as matematik bagi pelajar sekolah rendah. (rujuk kajian 5 tahun kebelakang) Terdapat pelbagai perisian matematik yang membantu pengajaran dan pembelajaran m atematik. Beberapa kajian mendapati perisian seperti Geometric Sketch Pad (GSP), Cabri dan Geogebra membantu pelajar mengukuhkan konsep geometri dan menganalisi s masalah dan situasi yang berkaitan dengan bentuk dan ruang. Perisian yang terd apat dalam komputer itu sendiri juga boleh membantu dalam pengajaran dan pembela jaran matematik di dalam bilik darjah. Satu contoh yang baik ialah program micro soft excel. Program ini banyak membantu dalam tajuk pengumpulan dan persembahan data. Internet juga boleh digunakan untuk membuat kajian dan mengumpul data. Sel ain itu, kini terdapat manipulatif berbentuk virtual yang boleh digunakan secara interaktif oleh pelajar-pelajar. Pelbagai laman web boleh diakses untuk membant u guru dan pelajar mencari bahan dan maklumat berkaitan matematik. Namun, guru h arus berhati-hati dalam menilai maklumat yang sesuai dan wajar dalam pengajarann ya. 42

WAJ3105 LITERASI NOMBOR Secara berkumpulan, teroka kelebihan Excel dalam pengajaran dan pembelajaran mat ematik sekolah rendah. Seterusnya, dengan merujuk kepada internet, pilih 3 laman web yang menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Bin cangkan kesesuaian penggunaannya dalam konteks negara kita. 2.5 PENGIRAAN MENTAL DAN PENGANGGARAN Dalam banyak urusan kehidupan harian, pengiraan tepat adalah tidak diperlukan. S ebagai contoh, dalam urusan jual beli, kita tidak boleh sentiasa menerima hasil pengiraan kalkulator secara membuta kerana kesilapan menekan kekunci kalkulator adalah tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian, kebolehan untuk menganggar reas onableness sesuatu hasil pengiraan adalah sangat berguna untuk membuat keputusan yang bijak dalam situasi jual beli. Sehubungan itu, kebolehan untuk mengira seca ra mental adalah sangat berguna untuk membuat anggaran yang cepat. Bayangkan anda sedang berada di depan kaunter juruwang di sebuah pasaraya. Berik ut adalah senarai barang dan harga yang telah anda beli: Barang Serbuk Cuci Breeze Minyak Masak Natural Telur Ayam Milo Harga RM23.90 RM26.90 RM12.50 RM13.20 Barang Ikan Siakap Kerang Biskut Jacobs Bawang Putih Harga RM18.45 RM 3.50 RM 9.90 RM 4.30 43

WAJ3105 LITERASI NOMBOR Setelah juruwang memasukkan harga semua barang dalam mes in wang, anda melihat skrin mesin itu memaparkan RM143.45. Gunakan anggaran secara mental untuk membuat keputusan samada anda akan terus membayar sejumlah wang it u atau tidak. Jelaskan justifikasi untuk keputusan anda.. 2.5.1 Teknik Pengiraan Mental Hukum tukar tertib (commutative), hukum sekutuan (associative) dan hukum taburan (distributive) membolehkan nombor disusun dan dicerakinkan supaya mudah dikira secara mental. Begitu juga, teknik membilang secara menaik dan membilang secara menurun adalah kaedah yang cekap untuk menambah jika nilai yang ditambah (addend s) ialah 1, 2, 3, 10, 20, 30, 100, 200, 300 dan selanjutnya. Contohnya dalam pen giraan 45 + 30, mulakan dengan 45 dan bilang secara menaik sebanyak 10 untuk men dapatkan hasiltambah: 45, 55, 65 75. Teknik membilang secara menurun merupakan k aedah yang cekap apabila ditolak 1, 2, atau; 10, 20 atau 30 dan selanjutnya. Mis alnya 87 2, mulakan dengan nombor yang lebih besar, 871 dan lakukan proses membi lang secara menurun: 871, 870, 869. Cari nilai yang tepat untuk setiap ungkapan berikut dengan membilang secara mena ik atau menurun. Jelaskan proses yang digunakan dalam setiap kes. a) 286 + 30 b) 18200 + 2300 c) 962 3 Kombinasi sesetengah nombor membuatkan penambahan mudah dilakukan contohnya 25 a nd 175, juga mudah untuk didarab, contohnya 28 x 10. Nombor 44

WAJ3105 LITERASI NOMBOR yang mudah untuk dikira secara mental dinamakan nombor s erasi (compatible). Teknik ini memerlukan pemilihan pasangan nombor yang serasi (compatible) untuk dioperasikan dan melibatkan fakta asas.Kebanyakan orang boleh menambah dan menol ak secara mental nombor - nombor gandaan 10 atau 100, contohnya 70 + 20 = 90, da n boleh mendarab gandaan 10 dan 100, contohnya, 34 x 100 = 3400. Misalnya, pendaraban (2 x 8) x (5 x 7) lebih mudah jika (2 x 5) x (8 x 7) kerana 2 x 5 = 1 0, seterusnya 8 x 7 = 56 dan 10 x 56 = 560. Cari nombor yang serasi (compatible) untuk mencari jawapan yang tepat bagi ungkapan- ungkapan berikut: a) (25 x 9) x (11 x 4) b) (5 x 15) x (20 x 3) Adakah anda dapat menyelesaikan kesemua latihan? Tahniah! Berehat sebentar... 2.5.2 Prosedur Untuk Penganggaran Teknik pengiraan mental atau congak dan pengganggaran adalah komponen penting da lam matematik. Misalnya seorang ahli biologi yang mengkaji tentang penguin ingin menganggar populasi penguin. Maka, teknik pengiraan mental dan pengganggaran ni lai tempat diperlukan untuk kajian masalah ini. Terdapat empat teknik penganggaran yang akan kita perhatikan. Ini memerlukan kepada pemahaman numerasi dan pengetahuan tentang fakta-fakta asas. Seperti juga teknik- teknik u ntuk pengiraan mental yang diterangkan dalam 2.7.1, ini juga melibatkan membuat 45

WAJ3105 LITERASI NOMBOR keputusan samada anggaran itu boleh diterima untuk situa si yang berkaitan dan teknik mana yang harus digunakan untuk dapatkan anggaran i tu. Semua teknik penganggaran nombor melibatkan penukaran nombor dengan yang paling hampir dan mudah untuk dikira secara mental. Perkaitan dengan keadaan seb enar menentukan sama ada jawapan yang tepat atau anggaran sahaja yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Anggarkan jawapan bagi ungkapan- ungkapan berikut: a. b. c. 478 + 223 8 x 26 578 + 603 + 614 + 582 d. 36563 - 8180 2.6 PENGGUNAAN BAHAN MANIPULATIF Secara umum, pengajaran dan pembelajaran matematik amat bergantung kepada bahan manipulatif untuk melakukan pengiraan secara berkesan. Salah satu jenis bahan manipulatif yang sangat berguna untuk melakukan pengiraan ialah bahan asas 10. Contoh bahan asas 10 yang biasa digunakan ialah Blok Dienes seperti yang ditunjukkan dalam contoh 1 dan 2. Selain daripada itu, rod Cuisenaire, Cip berwa rna, Ikatan Straw dan Abakus juga merupakan bahan manipulatif yang biasa digunak an dalam pengiraan asas matematik. Rajah berikut menunjukkan bahan manipulatif y ang biasa digunakan dalam bilik darjah matematik 46

WAJ3105 LITERASI NOMBOR Blok Dienes Bar Matematik Cip Berwarna Rod Cuisenaire Ikatan Straw Abakus Pilihsatu bahan manipulatif dan rancangkan penggunaannya sebagai bahan bantu men gajar untuk satu operasi asas matematik sekolah rendah Terdapat juga bahan manipulatif maya yang boleh diperolehi menerusi internet sep erti National Library of Virtual Manipulatives di URL www.mattimath.com 47

WAJ3105 LITERASI NOMBOR Cooke, H. (2000). Primary Mathematics. London, UK: Paul Chapman. Dewan Bahasa da n Pustaka. (2007). Istilah matematik untuk sekolah-sekolah Malaysia. Kuala Lumpu r: Author. Groves, S. (2006). Exploring number and space. Study guide. Geelong, Victoria, Australia: Deakin University. Haylock, D. (2006). Mathematics explaine d for primary teachers. 3 rd ed. London, UK: SAGE. Jabatan Matematik. (2011). Li terasi Nombor. Modul Pembelajaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kota Bh aru: Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Reys, R., Lindquist, M. M., Lam bdin, D. V. & Smith, N. L. (2009). Helping children learn mathematics. 9th ed. H oboken, NJ: John Wiley. Sobel, M. A. & Maletsky, E. M. (1991). Teaching mathemat ics. A sourcebook of aids, activities, and strategies. 2nd ed. Needham Height, M A: Allyn and Bacon. 48

Anda mungkin juga menyukai