Anda di halaman 1dari 4

B.

SEJARAH

Baba adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di antara kalangan kaum Cina yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Mereka memanggil diri mereka sebagai baba atau peranakan. Kebudayaan mereka berasal daripada warisan tradisi Cina tetapi mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman-zaman silam adalah punca utama mengapa generasigenerasi seterusnya memanggil mereka sebagai Baba. Dari segi anutan,

kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam atau Kristian. Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan tradisional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada

penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada faktor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruhan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina. Budaya baba merupakan hasil dari pertemuan di antara budaya cina dan budaya tempatan . Proses ini sudah lama berlaku. kebanyakan pendatang cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu,

kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien, dan mereka yang berasal dari keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun

kebanyakannya tidak pandai bercakap loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal dari keturunan Konfu, Kheh (Hakka) dan lain-lain. Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura diperkembang dan dipermajukan ramai juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke keduadua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu. Pada masa penjajahan Inggerish, orang Baba dikenali juga sebagai Straits Chinese, iaitu Orang Orang Cina Negeri-Negeri Selat. Sebenarnya bukan semua orang Cina di Negeri-Negeri selat itu Baba kerana gelaran ini termasuk mereka yang dilahirkan di Negeri-Negeri Selat dan yang telah menjadi warganegara Inggerish. Dalam abad kesembilan belas, peniaga-peniaga dari kalangan Baba merupakan ahli-ahli perniagaan yang penting di Negeri-Negeri Selat dan para pemimpim Baba juga dianggap oleh pihak penjajah sebagai pemimpin-pemimpin kaum Cina pada masa itu. Semasa kebanyakan daripada orang Cina masih menumpukan taat setia mereka kepada Negeri Cina, Orang Baba telah memberikan tumpuan orientasi politik mereka kepada Tanah Melayu. Malangnya kerajaan pada ketika itu dikuasai oleh Inggerish , maka kesetiaan Baba, khususnya pemimpin-pemimpin Straight Chinese British Associatian yang merupakan sebuah persatuan Cina Negeri-Negeri Selat, memberikan taat setia mereka kepada kerajaan Inggerish sehingga menjelang kemerdekaan. Namun demikian, ada

juga di kalangan orang Baba yang turut berjuang bersama-sama pemimpin-pemimpin Melayu untuk mencapai kemerdekaan.

C. ORGANISASI SOSIAL

Baba ialah istilah yang dipanggil kepada lelaki Cina yang mengamalkan cara hidup campuran budaya Cina dengan budaya Melayu. Untuk golongan wanita, istilah yang digunakannya ialah Nyonya. Dalam konteks budaya mereka sebagai model pembauran budaya antara budaya tempatan dengan budaya luar itu, istilah Baba lebih menonjol. Istilah Nyonya jarang-jarang digunakan. Kaum tersebut lebih kerap dipanggil dengan gelaran Baba. Sebagaimana selalu disebut oleh ahli antropologi dan sosiologi, budaya itu sentiasa berubah. Hal yang sama berlaku ke atas kaum Baba. Kedudukan mereka sebagai kelompok marginal (minoriti) dan tersempit di antara masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina, menyebabkan mereka kehilangan keistimewaan dan peluang ekonomi dan politik. Akhirnya mereka sedikit demi sedikit terasimilasi semula ke dalam masyarakat Cina. Akibatnya, kaum Baba tidak lagi boleh ditemui dengan mudah oleh pelancong yang melancong ke Melaka. Keadaan etnik di bandar Melaka lebih kurang sama dengan bandar-bandar lain seperti Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban. Boleh dikatakan kaum Baba telah tersorok daripada pandangan. Ringkasnya, sudah hilang. Ahli antropologi dan sosiologi juga kebelakangan ini mula menanggapi bahawa budaya bukan sesuatu yang bersifat konkrit dan kaku. Ia lebih merupakan binaan sosial berdasarkan unsur-unsur tertentu seperti keturunan, warna kulit, kepercayaan, bahasa dan tabiat. Unsur-unsur itu pula tidak semestinya terjelma tetapi sudah memadai seandainya anggotanya membayangkannya ada kerana dalam budaya sentiasa ada lapisan sebenar dan lapisan yang diimpikan. Kaum Baba yang dikatakan telah hilang dari pandangan mungkin benar pada paras sebenar tetapi pada paras ideal, ia masih wujud. Kewujudan itulah yang dieksploitasikan oleh sektor pelancongan sekarang.

Anda mungkin juga menyukai