Anda di halaman 1dari 41

RUMAH & ISTANA

MELAYU
CWT4232: TEKNOLOGI TRADISIONAL DALAM WARISAN
DR. MOHD FIRDAUS CHE YAACOB
PENSYARAH KANAN, FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN
Rumah Melayu Tradisional
 Kebanyakkan rumah Melayu tradisional diperbuat daripada dedaun
rumbia/nipah serta kayu.
 Rekabentuk ruang dalaman yang flexible terbuka luas tanpa dinding
pemisah/ sekatan atau bilangan yang minima.
 Rekabentuk dipengaruhi budaya serantau & luar seperti Bugis, Riau,
Jawa, Aceh, Minangkabau, Siam, Cina dan Barat.
 Rekabentuk didefinisikan sebagai satu kemahiran dan kreativiti
masyarakat dalam bidang seni bina serta mencerminkan cara hidup,
adat dan budi bahasa orang Melayu.
 Rekabentuk juga mempamerkan kebijaksanaan secara memaksimakan
penggunaan ruang mengikut peredaran masa
 Rekabentuk diselaraskan bagi menyesuaikan dengan cuaca,
menggalakkan pengudaraan dan meningkatkan keselesaan.
 Rekabentuk-binaan bahan tempatan, bertiang & berdinding kayu atau
anyaman buluh dan beratap.
Rumah Melayu Tradisional
 Rumah Melayu Tradisional terbahagi kepada dua iaitu jenis
bumbung dan jenis struktur

JENIS BUMBUNG
 Rumah Melaka
 Rumah Selangor
 Rumah Negeri Sembilan
 Rumah Perak
 Rumah Pahang
 Rumah Kelantan
 Rumah Terengganu
JENIS STRUKTUR
 J

TIANG ENAM
Rumah Bujang
Serambi

TIANG DUA BELAS


Rumah Tengah
Rumah Ibu

TIANG ENAM BELAS


Rumah Ibu
JENIS BUMBUNG PANJANG
RUMAH MELAKA, MELAKA

 Rumah ini memiliki struktur bertiang 12 yang memiliki


Ruang serambi, rumah ibu, selang, dapur dan pelantar.
 Pelannya menyamai rumah kutai di Negeri Perak
namun memiliki perbezaan pada serambi hadapan,
yang mana pada bahagianya digunakan untuk berehat,
mengambil angin, melayani tetamu & meninjau aktiviti
luar rumah.
 Pada bahagian tengah dinding rumah Melaka diperbuat
daripada kayu manakala bahagian dapur dindingnya
diperbuat daripada pelupuh.
 Bentuk Bumbung memiliki pembukaan pada tebar layar untuk
pengudaraan ke dalam rumah.
 Tebar layar bumbung biasanya bermotifkan bunga dan papan pemuka
berkerawang ringkas.
 Rumah ini juga mempunyai kayu jerejak pada serambi yang diukir ringkas
serta Rumah Melaka turut mempunyai Rumah Ibu.
 Rumah ibu mempunyai bumbung dan lantai yang tinggi, serta ruang
terbuka yang luas tanpa bilik.
 Rumah ini turut memiliki ruang Selang yang menghubungkan rumah Ibu
dengan Dapur. Ruang selang ini lantainya di rendahkan serta mempunyai
dinding.
 Rumah dapur merupakan ruang meletakkan peralatan memasak dan ruang
makan untuk seisi keluarga.
Pembaharuan Ke Atas Rumah Melaka

 Rumah ini telah dilakukan pembaharuan dari segi


struktur tiangnya menggunakan simen konkrit atau
batu. Hal ini kerana penggunaan kayu memudahkan
proses pereputan terjadi lalu merosakkan tiang.
 Tangganya diperbuat menggunakan mozek yang
bercorak bunga mahupun alam semula jadi.
 Ruang serambi sudah tidak digunakan untuk
menyambut tetamu kerana ianya digantikan dengan
ruang tamu.
Contoh Dinding Pelupuh

Contoh Tebar Layar


Tampak Kanan Tampak Kiri
Tampak Hadapan Tampak Belakang
Tebar Layar Serambi Dapur
Rumah ini mempunyai tebar layar yang membolehkan pengudaraan ke atas
atap. Tebar layar dihiasi ukiran mudah dan ia mempunyai papan pemuka
yang bermotif bunga melitupi di keseluruhan tepi atap.
Perspektif Penuh

Perspektif dari hadapan


RUMAH MINANGKABAU, NEGERI SEMBILAN

 Rekabentuk bumbung panjang bercirikan atap Gonjong.


 Rumah Minangkabau ini mempunyai Bumbung bertingkat menggunakan
daun rumbia dan memiliki Serambi hadapan dan anjung tangga utama
sebelum ke rumah ibu.
 Ukiran
kayu di Rumah Minangkabau ini bermotifkan silang dan bunga
geometri
 Rumah ini memiliki Rumah ibu yang terluas & tertinggi yang mana ianaya
memiliki bilik, tangga dan loteng.
 Rumah Ibu dihubungkan ke bahagian dapur melalui Selang yang tidak
berdinding serta sebagai ruang bersembang bagi kaum wanita.
 Rumah ini memiliki 3 Pintu masuk utama iaitu diruang Anjung tangga,
Selang dan dapur.
PEMBAHARUAN TERHADAP RUMAH MINANGKABAU

 Rumah Minangkabau kini lebih menggunakan inovasi atap genting


berbanding atap rumbia kerana mampu untuk melindungi
penghuninya daripada hujan dan panas dan tidak cepat rosak.
 Dinding pelupuh sudah digantikan dengan papan daripada kayu jati
mahupun chengal kerana bagi mengelakkan rebut yang kuat.
Tampak
Kanan

Tampak
Kiri
Tampak Hadapan

Tampak Belakang
RUMAH KUTAI, PERAK

 Rumah Kutai ini memiliki Rekabentuk yang lebih ringkas berbanding rumah Melayu lain.
 Rumah Kutai yang masih wujud pada masa ini terdapat di Kg. Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Kg. Kota
Lama Kanan dan Kg Bota Kanan, Parit.
 Struktur binaan rumah Kutai ini diperbuat daripada kayu manakala atapnya daripada daun rumbia/nipah
dan dinding pelupuh daripada anyaman rotan/buluh.
 Kedudukan Bumbung yang agak tinggi untuk ruang udara yang lebih baik.
 Dinding rumah Kutai dari lantai hingga ke paras rabung tidak memiliki lubang angin kerana dinding
pelupuh itu sendiri tidak menyekat angin untuk pengudaraan yang baik.
 Rekabentuk rumah Kutai ini ringkas untuk kediaman orang kebanyakan berbanding rekaan bumbung
limas dan bumbung Perak yang lebih kompleks.
 Rumah Kutai ini memiliki ruang Rumah Ibu, Selang, Dapur dan Pelantar.
 Rumah Ibu rumah Kutai ini memiliki satu bilik kerana pengaruh senibina Rumah Bugis dan Rumah Aceh.
 Rumah ini memiliki 3 Pintu masuk utama: Di Rumah Ibu, di Selang, di Pelantar Dapur.
Pembaharuan Rumah Kutai
 Oleh kerana faktor cuaca di negara ini hujan dan panas telah menyebabkan
permukaan dinding pelupuh menjadi lembap hingga membuatkannya tertanggal
lalu digantikan dengan kepingan papan kayu yang disusun secara bertindih.
 Lantai jeria iaitu susunan bilah buluh @ batang pinang juga mengalami kerosakkan
seperti retak, berlubang serta reput telah digantikan dengan lantai papan yang
lebih kukuh diperbuat daripada kayu jati.
Istana Melayu

I
1. Istana Sri Akar, (Istana Tg Putri) KB 1886
2. Istana Balai Besar KB 1845
3. Istana Jahar KB 1885
4. Istana Tg Long, Besut 1878
5. Istana Tg Nik, Losong, KT 1881
6. Istana Ampang Tinggi, Seremban 1865-70
7. Istana Lama Seri Menanti, NS 1902-08
8. Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak 1926
Istana Jahar, KB, Kelantan
 Istana Jahar yang terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar dan
merupakan sebuah istana yang menarik di bandar Kota Bharu.
 Istana Jahar ini telah mula dibina dalam masa pemerintahan
Sultan Muhammad II (1837-1886) setelah pembukaan bandar Kota Bharu dan
pembinaan Istana Balai Besar.
 Tujuan pembinaan Istana Jahar oleh Sultan Muhammad II ini adalah untuk
dikurniakan kepada cucundanya yang bernama Long Kundur Bendahara.
 Istana Jahar diambil nama sejenis pokok yang banyak tumbuh di negeri
Kelantan pada masa itu iaitu pokok jahar. Pokoknya berbunga kuning lemak
ketam sebesar bunga melor. Daunnya sebesar ibu jari dan berbentuk seakan-
akan empat bersegi bujur.
 Rekabentuk bangunan Istana Jahar ini adalah merupakan gabungan antara dua
pengaruh iaitu timur dan barat.
 Pengaruh daripada barat jelas diperlihatkan melalui bentuk bumbungnya
dibahagian hadapan (anjung).
• Bentuk-bentuk tiang yang menyokong istana ini berbentuk ‘cylinder’
berbeza dengan tiang rumah Melayu yang biasanya berbentuk bulat atau
empat persegi sahaja.
• Pengaruh timur yang diketengahkan melalui seni ukiran yang berada di
anjung atas serta bumbung istana dan memiliki bentuk empat persegi
panjang dan mempunyai dua tingkat.
• Setiap tingkat mempunyai keluasan yang sama dan dihubungkan melalui
dua buah tangga berpusing yang terletak di sudut bahagian belakang Istana
Jahar.
• Dahulunya diluar istana memiliki 2 tangga dibahagian kiri dan kanan istana
yang menghubungkan ruang anjung dengan ruang serambi
• Pada bahagian bawah istana ini memiliki tiga ruang iaitu ruang surung,
ruang serambi dan ruang tengah.
Pembaharuan Istana Jahar
 Dahulunya, istana ini memiliki tebar laya.r pada bahagian
bumbung namun telah diubahsuai kepada bentuk oktagon dan
mementingkan tradisional Melayu Kelantan
 Tiang dahulunya menggunakan kayu sebagai bahan binaannya
namun sekarang ianya telah diinovasikan kepada penggunaan
simen sebagai bahan binaan baharunya serta masih
mengekalkan bentuk silinder pada bahagian tiang istan.a
 Tangga pada bahagian kiri dan kanan istana telah dirombak
kerana mengalami kerosakkan pereputan lalu bagi
menyelamatkan rekabentuk bangunan istana.
Ruang
serambi

Tangga dalam Istana


Jahar

Bentuk kerawang Istana Jahar


ISTANA TENGKU LONG, BESUT,
TERENGGANU
• Istana Tengku Long merupakan sebuah istana yang pada asalnya dibina 30.48 meter di
pinggir Sungai Besut, di Kampung Raja, Besut.
• Istana ini dibina pada tahun 1904 M serta memiliki keluasan 27.43 meter x 21.34 meter
terdiri daripada kayu cengal yang keras dan dinding dihiasi oleh ukiran yang halus
buatannya.
• Istana ini merupakan lambang cinta Tengku Long kepada isterinya, Tengku Wook salah
seorang kerabat Diraja Terengganu.
• Hiasan berukir di sekeliling bilik peribadi Raja adalah di antara yang paling halus buatan
termasuklah hiasan berpetak dengan empat lapisan ukiran daun serta dahan iaitu suatu
hasil pertukangan yang amat luar biasa disebut sebagai ‘silap empat lapis’.
 Istana ini juga mengandungi kepingan berukir yang menggabungkan tulisan khat
dengan rekaan daun yang disebut sebagai ‘Ayat Nasrun’.
 Selain itu terdapat juga reka corak yang digunakan pada dinding bangunan yang
diilhamkan dari daun atau dahan pohon serta tumbuhan tempatan.
 Istana ini memiliki 13 ruang keseluruhannya seperti balairung, bilik diraja, ruang
surung, ruang santap, ruang khas serta lain-lain lagi.
 Istana ini digunakan untuk menjalankan tugas rasmi dan meraikan kunjungan tetamu
kehormat yang naik melalui tangga besar yang menghubungkan bahagian surung
dengan halaman luar istananya.
 Dinding istana yang penuh dengan ukiran bagi menambahkan lagi seri dan pengedaran
udara yang baik.
 Siling diperbuat daripada papan cengal yang menarik yang bertujuan untuk menyekat
bahang panas daripada bumbung.
 Ruang santapan mempunyai keluasan yang hampir sama dengan ruang surung dan
digunakan sebagai ruang tempat santapan bersama keluarga.
 Aras lantainya adalah sama dengan ruang surung serta dihubungkan dengan bahagian
tengah serambi, ruang khas dan untuk ke surung ini terpaksa merentasi sepuluh buah
pintu.
Pembaharuan Istana Tengku Long

 Istana Tengku Long melakukan penambahan ukiran bagi


menambahkan keindahannya. Antara motif ukiran terdiri daripada
motif awan larat, flora, geometri dan kaligrafi.
 Dahulunya bahagian dinding di ruang serambi menggunakan
dinding pelupuh namun sekarang telah diadaptasi menggunakan
kayu chengal sebagai bahan binaan dindingnya.
Tampak kanan Istana Tengku Long

Tampak kiri Istana Tengku Long


Pelan Istana Tengku
Long
KESIMPULAN
 Secara tuntasnya, dapatlah dikatakan bahawa kesemua senibina
rumah Melayu tradisional serta istana Diraja masih dikekalkan
identitinya agar menjadi lambang jati diri masyarakat Melayu di
Malaysia.
 Selain itu, pemeliharaan senibina ini haruslah dilakukan supaya
tidak musnah disebabkan arus kemodenan pada masa kini.
 Natijahnya, Langkah-langkah secara efektif perlu diambil dalam
usaha untuk menyelamatkan senibina tradisional Melayu supaya
khazanah negara diwarisi oleh generasi muda pada masa akan
dating.
SEKIAN, TERIMA
KASIH.

Anda mungkin juga menyukai