Anda di halaman 1dari 25

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM 3106)

DEGUPAN JANTUNG
Disediakan oleh : Hayatun Syamila binti Mohd Mansor PISMP PSV Ambilan Januari 2011

PENGENALAN
Jantung ialah organ berongga yang berfungsi mengepam darah ke seluruh badan melalui saluran darah dengan denyutan sekata yang beritma (berulangulang)

SEL PENGUNCUPAN
Penguncupan jantung - sistolik Pengenduran jantung - diastolik

Tekanan darah sistolik


tekanan darah tertinggi yg disukat semasa penguncupan ventrikel

Tekanan darah diastolik


tekanan darah minimum pada akhir pengenduran ventrikel.

Tekanan darah diukur dlm unit mm Hg (milimeter merkuri). Tekanan darah normal ialah 120/80mm Hg

SISTEM KONDUKSI
Jantung mempunyai satu rentak penguncupan secara tetap. Sekiranya sistem saraf pada jantung diancam, jantung masih berterusan menghasilkan ransangan saraf menyebabkan ia menguncup secara serentak. Biasanya keadaan rentak automatik berlaku khususnya pada bahagian tisu yang dikenali sebagai nodus sinus-atrial (nodus SA) dan tisu jantung.

NODUS SINUS-ATRIAL( NODUS SA)


Sekumpulan sel khusus pada dinding atrium kanan berdekatan dengan bukaan vena kava superior. Bertindak sebagai perentak jantung. Fungsi : memulakan ransangan (impuls)

NODUS ATRIO-VENTRIKULAR (NODUS AV)


Sekumpulan sel khusus yang terletak di dalam septum atrium berdekatan dengan injap Atrioventrikular. Dirangsang oleh impuls yang datang daripada miokardium atrium Berupaya untuk memulakan impuls pengecutan jantung tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding nodus SA.

BERKAS ATRIOVENTRIKULAR (BERKAS AV/HIS)


Sekumpulan serat khusus yang berasal daripada nodus AV. Berkas AV ini melintasi cecincin fibrous yang memisahkan atrium& ventrikel, kemudiannya membahagi kepada cabangan berkas kiri & kanan pada bahagian atas septum ventrikel.

Ia seterusnya berpecah kepada fiber purkinje di dalam miokardium ventrikel. Struktur-struktur ini menyampaikan impuls daripada nodus AV ke bahagian apeks miokardium yang mana akan mencetuskan pengecutan jantung.

Berkas His

Serat Purkinje

SISTEM KONDUKSI JANTUNG


Nodus SA (perentak) Bergerak melalui atrium menerusi laluan internodal

Tersebar ke Nodus AV
Bergerak melalui berkas AV (Berkas His) Disampaikan ke seluruh ventrikel melalui serat purkinje

Rakaman aktiviti elektrik jantung Memberi maklumat tentang: - Kehadiran penyakit jantung iskemia. Berguna untuk pesakit yang pernah mengalami serangan jantung atau sedang menderita sakit dada. - Penyakit struktur jantung seperti pembesaran ruang-ruang jantung atau penebalan otot2 jantung. - Keabnormalan ritma degupan jantung sama ada laju atau perlahan.

ELEKTROKARDIOGRAM (ECG)

CONTOH ECG

KITARAN KARDIAK
Turutan setiap degupan jantung.
Sistol atrium - pengecutan kedua-dua atrium.

KITARAN KARDIAK

Sistol ventrikel - pengecutan kedua-dua ventrikel

Diastol kardiak sepenuhnya pengenduran keseluruhan otot jantung.

Sistol atrium berlaku injap atrioventrikular terbuka darah dipam masuk ke dalam ventrikel. Sistol ventrikel bermula injap atrioventrikular tertutup & injap sabit terbuka darah dipam ke dalam aorta & arteri pulmonari. Darah dipam keluar daripada jantung diastol kardiak berlaku (darah dalam aorta mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak akan berlaku kerana penutupan injap sabit) Bunyi jantung yang kita dengar adalah disebabkan oleh penutupan injap atrioventrikular (bunyi pertama) & penutupan injap sabit (bunyi kedua)

BUNYI PERTAMA
Injap atrio ventrikular tertutup. Berlaku pengecutan pada atrium. Bunyi panjang dan tidak jelas. Bunyi kedengaran seperti lub.

BUNYI KEDUA
Injap aortik dan pulmonari tertutup setelah berlaku pengecutan pada ventrikel. Bunyi pendek dan tajam. Kedengaran seperti dap.

RAJAH ATURAN KITARAN KARDIAK


Superior Vena Cava
Pulmonary Artery

Pulmonary Vein
Bicuspid Valve Pulmonary Valve Tricuspid Valve

Aortic Valve

Interior Vena Cava

Ventrikel kanan mengepam darah tidak beroksigen ke peparu melalui arteri pulmonari. Selepas darah menyerap oksigen dari peparu, ia mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali peparu.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai