Anda di halaman 1dari 38

For

JILID
TREND SALE
1721
$000,000
TERKINI
Jenis Ruang : Ruang
Istirehat CONTEMPORARY
Gabungan

JAVANESE
Single Family Property
Kontemporari Dan
Year Built: 0000
Seni Etnik Jawa
4 Total Bedroom(s)
Tampil Kelainan
2 Total Bath(s)
Dengan Ruang
Approx. 0000 sq. ft.

STYLE
Istirehat Terbuka
Forced Air Heat
Hiasan-Hiasan
Air Conditioning
Menarik
2 Car Garage
Composition Roof
Disediakan oleh :
Corner Lot
Akid Walin Binti
Approx. 1.2 acre(s)
Faizal
Vaulted Ceilings
(D20171078029)
Hardwood Floors
Nurul Sahkilah Binti
Slate Entry
Zainal
Fenced Backyard
(D20171077970)
Sunken Family Room
Nama Pensyarah :
Landscaped Garden
Puan Nor Azizah
Fabulous City Views
Binti Ahmad

5432 Any Street West, Townsville, State 54321

DEKOKITA
COM PAN Y

Please call to arrange a private viewing DEKOKITA, XXX-XXX-XXXX www.yourwebsitehere.com


Nama: Akid WalidNBinti Faizal
Umur: 23 Tahun
Asal: Kelantan
Pengajian: ISMP Ekonomi
Rumah Tangga di Universiti
Pendidikan Sultan Idris
Hobi: Menonton Drama dan
Program Realiti
Motto: Hardwork and Persistence

Nama: Nurul Sahkilah Binti Zainal


Umur: 23 Tahun
Asal: Batu Pahat Johor
Pengajian: ISMP Ekonomi Rumah
Tangga di Universiti Pendidikan
Sultan Idris
Hobi: Berniaga
Motto: Semua Benda Dalam Dunia Ini
Adalah Fake Kecuali Family
Isi Kandungan

1.0 Penghargaan 1

2.0 Pendahuluan 2-4

3.0 Hasil Kajian 5-30

4.0 Kesimpulan 31

5.0 Lampiran 32-34

6.0 Rujukan 35

1
Di kesempatan ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah

menolong dan memberikan kerjasama yang tidak ternilai untuk kami siapkan Folio Ruang

Kediaman ini.

Terlebih dahulu, kami ingin mnegucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan. Kami juga

ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kursus kami iaitu Puan Nor Azizah Binti

Ahmad. Beliau telah banyak memberikan panduan, bimbingan dan nasihat yang membantu

kami sepanjang menyiapkan folio ini.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami yang telah banyak

memberika dorongan dan sokongan kepada kami. Terima kasih juga buat rakan-rakan

seperjuangan kami yang juga turut membantu kami dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, kami ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sedia menolong kami

dalam tugasan ini. Kami tidak akan lupa akan pertolongan yang telah diberikan.

1
Pemilihan konsep atau tema hiasan dalaman rumah merupakan salah satu perkara yang
perlu diberi perhatian dengan teliti sebelum memulakan mana-mana proses pengubahsuaian.
Pemahaman yang mendalam tentang konsep berbeza akan memudahkan kita untuk membuat
pilihan dalam merancang konsep kediaman yang diimpikan. Oleh itu, pemahaman yang
mendalam memberi kita peluang untuk memahami kehendak dan matlamat reka bentuk
kediaman ataupun hiasan dalaman impian kita.

Dewasa kini, ramai masyarakat kita yang keliru dengan konsep moden dan
kontemporari dalam merancang hiasan dalaman kediaman masing-masing. Sebelum kami
menceritakan lebih jauh konsep hiasan dalaman yang kami pilih untuk ruang istirehat, kami
akan menceritakan terlebih dahulu perbezaan konsep moden dan kontemporari. Pemahaman
tentang sesuatu konsep merupakan perkara yang penting supaya kita tidak tersalah memilih
konsep hiasan dalaman yang diimpikan. Oleh itu, pemahaman yang mendalam menjadi asas
kepada perancangan hiasan dalaman supaya pengubahsuain yang dilakukan memberi impak
yang selesa, menarik dan cantik.

Konsep moden merujuk kepada tempoh masa tertentu iaitu antara awal hingga
pertengahan abad ke-20. Waktu itu merupakan kemuncak bagi seni dan reka bentuk Bauhaus
dari Jerman. Hal ini mewujudkan gaya yang berbeza dan memberi tumpuan kepada bentuk
yang simple dan praktikaliti. Selepas moden, datang pula era mid-century (tahun 50-an ke 60-
an). Walau bagaimanapun, dalam dunia seni reka hiasan dalaman istilah “modern design”
sering merangkumi kedua-duanya sekali.

Namun begitu, berbeza dengan konsep kontemporari yang tidak merujuk kepada
tempoh masa yang tertentu, ia sentiasa berubah-ubah untuk mencerminkan gaya reka bentuk
popular masa kini. Hal ini menjamin kualiti dari modenisme, minimalism dan gaya global yang
lain tanpa memberi tumpuan yang lebih kepada satu-satu konsep yang khusus. Kontemporari
akan sentiasa berubah dengan mengikut definisi gaya terkini yang sedang menjadi trend. Hal
ini menjadikan konsep kontemporari lebih sukar untuk didefinisikan. Jelaslah disini

2
menunjukan bahawa kontemporari berbeza dengan konsep moden yang mempunyai nilai
estetik dimana ia menekankan garis segar, warna-warna neutral yang hangat serta
keseimbangan.

Oleh hal yang demikian kami telah memilih konsep Contemporary Javanese Stlye
untuk ruang istirehat. Kami lebih memilih konsep kontemporari berbanding dengan konsep
moden kerana konsep tersebut mencerminkan gaya yang terkini. Sekiranya kami memilih
konsep moden kami terikat dengan tempoh masa yang tertentu untuk menghasilkan hiasan
dalaman yang menunjukan gaya Javanese untuk ruang istirehat. Hal ini akan memberi impak
kepada pencetusan idea yang terhad dalam mereka hiasan untuk ruang istirehat iaitu idea kami
akan lebih tertumpu kepada tempoh masa yang tertentu sahaja sekiranya kami menggunakan
konsep moden dalam hal ini. Oleh itu, saya dan rakan saya telah bersepakat memilih konsep
kontemporari untuk ruang istirehat kerana kami ingin menonjolkan gaya hiasan dalaman yang
terkini iaitu berkonsepkan Jawa.

Kita sudah sedia maklum dengan kesenian dan keunikan apabila menyentuh perkara
yang berkaitan dengan konsep Jawa. Kesenian dan keunikan ini biasanya ditonjolkan melalui
tema ukiran kayu yang diterapkan pada reka bentuk rumah ataupun hiasan dalaman rumah.
Konsep “Contemporary Javanese Style” membangunkan ruang istirehat dengan berteraskan
model rumah moden gaya seni bina Jawa. Hal ini merupakan salah satu cara mempertahankan
budaya tempatan Indonesia. Oleh itu, kesenian yang diterapkan dalam reka bentuk hiasan
dalaman memainkan peranan penting dalam konsep pengayaan Jawa.

Selain itu, suasana tradisional yang dibawa ke kawasan ruang istirehat akan
membangkitkan sisi indah masa lalu. Objek-objek yang mempunyai nilai sejarah dan perhiasan
klasik menjadi unsur penting dalam menonjolkan pengayaan kontemporari Jawa. Hal ini akan
memberi kesan kedamaian, keselesaan dan ketenangan. Oleh itu, tidak hairanlah masyarakat
kini gemarkan gaya Jawa dalam seni reka bentuk hiasan dalaman.

“Contemporary Javanese Style” mengetengahkan material yang berasaskan kayu pada


elemen rumah. Misalnya, rangka atap, lantai, pintu mahupun pada perabot. Bagi ruang istirehat
penggunaan perabot yang berasaskan kayu adalah lebih sesuai untuk menonjolkan konsep
Jawa. Sebagai contoh, penggunaan meja, rak television dan sebagainya. Selain daripada itu,

3
warna yang digunakan pada unsur kayu umumnya menggunakan warna alami khas kayu
sehingga mampu memberikan kesan hangat pada kawasan ruang istirehat. Oleh itu,
penggunaan elemen yang berasaskan kayu merupakan ciri-ciri konsep Jawa.

Di samping itu, warna juga memainkan peranan penting dalam membangkitkan unsur
Jawa. Warna yang sering digunakan dalam konsep Jawa sebagai interior rumah atau sesuatu
kawasan ialah gradasi warna coklat. Warna ini boleh diaplikasikan pada dinding, pelapis sofa
atau komponen dekorasi. Pemilihan tema ini bersesuaian kerana tema ini hanya diterapkan di
satu ruangan khusus. Hal ini demikian kerana untuk memastikan unsur Jawa semakin kukuh
dan melengkapi ruang dengan ukiran kayu yang menawan. Oleh itu, pemilihan warna penting
untuk memastikan konsep hiasan dalaman kelihatan menyerlah.

Selain unsur kayu, bahan alami lain seperti bambu atau rotan kerap diaplikasikan pada
furnitur ruang istirehat yang berkonsepkan Jawa. Sebagai contoh, kerusi, meja ataupun hiasan
dekorasi. Bagi menciptakan kesan kontemporari secara maksimum, penggunaan unsur rotan
dengan warna monokrom seperti hitam. Warna hitam pada rotan akan memberikan kesan yang
elegan dan stylish. Hal ini membuatkan kesan kontemporari kelihatan lebih jelas. Oleh itu,
mengaplikasikan konsep Jawa pada sesuatu ruang akan membuatkan rumah kelihatan lebih
unik dan berkarakter.

Secara konklusinya, pemilihan konsep Contemporary Javanese Style untuk ruang


istirehat adalah satu konsep yang semakin hari semakin digunakan oleh masyarakat. Hal ini
demikian kerana konsep ini memberi kesan ketenangan, keselesaan dan keunikan. Oleh itu,
konsep ini sangat sesuai digunakan untuk ruang istirehat di dalam rumah.

4
Pemilihan konsep atau tema merupakan salah satu perkara yang perlu diberi perhatian
yang teliti sebelum melakukan pengubahsuaian ruang. Setiap pemilihan atau pengubahsuaian
memerlukan pemahaman yang mendalam dan melakukan kajian tentang tema yang ingin
dipilih. Hal ini demikian kerana, bagi melicinkan proses pengubahsuaian dan mengelakkan
kekeliruan sepanjang proses tersebut dilakukan. Untuk tugasan kali ini, kami telah memilih
tema Javanese Contemporary Style.

Javanese Contemporary Style adalah tema yang dimana Javanese sahaja akan
menonjolkan unsur-unsur corak-corak ukiran yang unik namun punyai maksud tersendiri.
Menurut sumber rujukan yang kami temui, orang-orang jawa gemar akan warna-warna gelap
dan tua, benda-benda kesenian dan kerajinan dengan hiasan-hiasan yang khusus dengan
bentuk-bentuk yang rumit. Keunikan seperti ini yang kami inginkan dalam menghidupkan
suasana kontemporari yang minimal. Menurut satu lagi sumber rujukan yang kami dapati dari
Majalah Impiana, kontemporari meminjam kualiti dari modernism, minimalism dan gaya-gaya
global yang lain tanpa memberi tumpuan yang lebih kepada satu-satu konsep yang khusus.

Berdasarkan, sumber-sumber rujukan yang kami temui kami cuba menemui titik akhir
untuk tema yang dapat diolah bersama dengan apa yang dimaksudkan dengan
kontemporari.Memandangkan tema Javanese kebiasaannya mempunyai nilai yang sarat
dengan keunikan, kesenian dan warnanya yang dapat menggagalkan maksud
kontemporari.Namun kami bersependapat untuk mengekalkan ketiga-tiga ciri itu namun kami
meminimumkan dari segi bentuk coraknya dan membawa imej moden untuk tidak lari dari ciri-
ciri kontemporari.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keselesaan setiap ruang
kediaman. Antaranya adalah keselamatan, pengudaraan, pencahayaan, skema warna, lantai dan
penutup serta akhir sekali alatan dan kelengkapan.

5
Pemilihan tempat kediaman atau pengubahsuaian ruangan kediaman perlulah memberi
keutamaan kepada keselematan penghuni atau seluruh ahli keluarga di dalam rumah. Dengan
itu, penghuni dan ahli keluarga akan berasa lebih selamat dan selesa. Keadaan selamat ditempat
kediaman atau ruangan kediaman dengan memasang loceng keselamatan, alat pengesan asap,
jeriji besi, mengadakan peraturan-
peraturan tertentu, membersihkan
tempat kediaman, melabelkan ubat-
ubat dan bahan beracun serta
mematuhi peraturan ketika
menggunakan alatan elektrik.
Namun, apa yang telah dinyatakan
sebentar tadi adalah secara
umumnya. Antara perkara yang
penting dalam pengurusan tempat
kediaman atau ruang kediaman adalah dari aspek peralatan elektrik dan peralatan tajam
haruslah digunakan dengan cara yang betul dan disimpan di tempat yang selamat. Seterusnya
jenis lantai iaitu lantai yang hendak digunakan atau dipilih mestilah sesuai dengan fungsi ruang
supaya sebarang kemalangan dapat dielakkan. Bukan itu sahaja alat pemadam api seperti yang
ditunjukkan di dalam gambar di sebelah juga perlu disediakan dan susun atur alatan dan
kelengkapan mestilah tidak menghalang laluan dan pergerakan. Sudah tentunya ruang istirehat
kami, kami akan mengaplikasikan dan mengamalkan peraturan-peraturan ini supaya
keselamatan kesemua penghuni rumah terjamin.

6
Sistem pengudaraan bagi sesebuah

rumah kediaman atau sesuatu ruang amat


penting bagi menjamin keselesaan dan
kesihatan keluarga. Sekiranya
pengudaraan yang tidak baik berlaku
akan menyebabkan suasana yang panas
lembab dan tidak selesa. Secara amnya,
pengudaraan dapat diperolehi melalui
tingkap, kekisi dan pintu. Kini, sistem
pengudaraan telah ditambah baik pulih
dan sesuai dengan peredaran zaman dan
arus teknologi dengan penggunaan
seperti kipas penyaman udara dan
penapis udara.

Contoh gambar sistem pengudaraan


teknologi kini.

7
bagi Ruang Istirehat

Mendapat ilham untuk menggunakan pintu


gelongsor (Sliding Door) yang diperbuat
daripada kayu untuk mengekalkan konsep
Jawa.

Untuk ruang istirehat kami, kami


tertarik dengan keunikan ruang tamu
rumah orang Jawa yang terbuka.
Bezanya ruang istirehat kami, kami
memilih untuk menggunakan 80 peratus
udara semula jadi dan 20 peratus
daripada bantuan teknologi iaitu ruangan
ini akan dipasang pintu gelongsuran
(Sliding Door) yang besar dan tingkap-
tingkap kaca yang besar. Dimana di
sebelah siang kami akan membukanya
untuk membiarkan udara daripada luar
masuk dan pada waktu malamnya kami
akan menggunakan penghawa dingin.

8
Ruang kediaman seharusnya mempunyai pencahayaan yang sesuai dan cukup untuk
membolehkan pemilik rumah ataupun ahli rumah mampu melihat dengan jelas dan bergerak
dengan selamat. Sumber pencahayaan ruangan kediaman boleh bergantung kepada sumber
cahaya daripada matahari dan cahaya lampu. Pada waktu siang, sudah tentunya bergantung
kepada cahaya matahari. Iaitu cahaya tersebut akan masuk ke ruangan kediaman melalui
tingkap, pintu dan kekisi manakala pada waktu malam cahaya matahari akan diganti dengan
cahaya daripada lampu. Terdapat tiga jenis pencahayaan lampu iaitu pencahayaan am,
pencahayaan langsung dan tidak langsung.

Pencahayaan am boleh menerangi seluruh ruang tanpa


sebarang halangan.

Pencahayaan langsung pula ialah cahaya yang terus


memancar kepada satu arah atau sasaran sahaja.

9
Pencahayaan tidak langsung pula dihasilkan daripada
pembalikkan cahaya ke dinding atau siling.

Pemilihan lampu dan pencahayaan merangkumi pelbagai faktor. Antaranya gaya,


rekaan moden atau klasik, material digunakan seperti logam, kaca, kristal atau kepelbagaian
bentuk bertepatan bagi ruang pilihan.

Terdapat beberapa panduan dalam membuat pemilihan pencahayaan sesebuah ruangan


kediaman. Pertama sekalinya, sumber lampu utama di ruang tamu atau ruang istirehat
seharusnya terang. Disarankan untuk menggunakan lampu LED dengan voltan bersesuaian
demi keselesaan. Seterusnya, bagi lampu jenis Chandelier, perkara yang perlu diambil kira
adalah ketinggian siling sebelum ia digantung iaitu sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan
kaki di atas lantai. Bagi ruangan meja kerja pula, lampu hendaklah diletakkan pada sudut yang
tepat untuk mengelakkan bayang-bayang di ruang berkenaan. Selain itu, penggunaan lampu di
atas meja sisi bukan sahaja sebagai dekorasi semata-mata, bahkan ianya bertindak sebgai
pencahayaan tambahan ketika membaca. Tambahan itu, ketika membuat pemilihan lampu,
pastikan ianya bertepatan dengan tema keseluruhan reka bentuk rumah atau ruangan dan
perabot.

10
uang istirehat adalah ruang yang menjadi fokus utama di setiap kediaman untuk berkumpul
dan meluangkan masa bersama keluarga. Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti menonton
filem sambil menikmati makanan ringan dan sebagainya yang sudah semestinya memerlukan
pencahayaan yang sesuai untuk menciptakan suasana ceria dan selesa.

Berdasarkan beberapa rujukan


yang telah kami rujuki, kami merumuskan
terdapat beberapa jenis lampu yang
menarik perhatian ramai orang untuk
mencuba iaitu kipas siling berlampu.
Kipas siling berlampu kini didatangkan
bersama set lampu yang dapat menerangi
ruang tamu agar fungsinya lebih efektif.
Meskipun tidak digalakkan untuk
dijadikan sumber pencahayaan yang
utama, tetapi ia boleh dipertimbangkan
sekiranya pemilik ruangan itu lebih selesa
dengan cahaya samar-samar dan tidak
terlalu terang ketika menonton filem.

11
Seterusnya lampu jenis
Downlight atau Chandelier Lampu jenis
ini biasanya dipasang pada permukaan
siling. Lampu ini sering menjadi pilihan
ramai malah turut popular terutamanya
dipasang di ruang istirehat. Tambahan
lagi, dengan kemasan plaster
ceiling yang semestinya menarik
Contoh gambar lampu jenis Chandelier perhatian kerana teknik pemasangan
mentol lampu nampak lebih kemas dan
tidak serabut serta menganggu
.
pandangan. Bergantung juga kepada
inner baffle yang digunakan, lampu jenis
Downlight mampu menghasilkan
pantulan cahaya dengan menerangi
keseluruhan ruang ataupun dihalakan ke
bawah atau sisi terus kepada objek
berdimensi seperti lukisan berbingkai,
kabinet pameran atau ruang letak
televisyen.

Contoh gambar lampu jenis Downlight

12
Seterusnya adalah lampu berdiri
iaitu bagi ruang istirehat yang luas, pastinya
pencahayaan diperlukan lebih spesifik
terutamanya di ruang membaca. Lampu
berdiri dan lampu meja adalah pilihan yang
terbaik. Lampu jenis ini mampu
menghasilkan pencahayaan bagi
persekitaran lebih selesa tanpa
menggunakan tenaga eletrik yang
berlebihan.
Selain daripada lampu berdiri, lampu
meja juga boleh diganti dengan lampu
berdiri. Tahap pengcahayaan antara dua
lampu ini adalah sama sahaja. Namun, yang
membezakan kedua-dua lampu ini adalah
ketinggiannya sahaja dan kedudukan
mereka.

13
bagi Ruang Istirehat

agi mewujudkan suasana dan mencapai tema yang diinginkan kami serta mengambil

berat akan faktor seperti keselamatan dan tentunya untuk keselesaan semua ahli rumah kami
memilih untuk mewujudkan suasana yang hangat dan selesa. Dimana kami akan menggunakan
warna pengcahayaan yang berwarna oren atau jingga. Dalam pada masa yang sama, kami ingin
menonjolkan ciri-ciri Kontemporari Jawa yang unik tampak elegan. Justeru pemilihan lampu
yang dibuat adalah dengan pemasangan lampu Downlight dan Chandelier. Untuk lampu LED
jenis Downlight kami akan memilih desain yang biasa supaya tidak menenggelamkan hiasan
Chandelier kami. Chandelier kami pula, kami menonjolkan keunikan hiasan rumah orang Jawa
kebanyakkan banyak menggunakan unsur-unsur ukiran kayu dan sebagainya. Justeru untuk
menampakkan elemen-elemen seperti itu kami memilih Chandelier yang mempunyai corak-
corak sebegitu dan unsur-unsur yang menampakkan lampu tersebut diperbuat daripada kayu
sama ada penggunaan seperti kayu rotan dan sebagainya atau kayu-kayan jenis lain namun
masih memfokuskan ukiran pada lampu.

14
Contoh-contoh gambar lampu yang
menjadi inspirasi kepada lampu ruangan
bilik istirehat kami. Dalam pemilihan jenis
lampu kami tidak mengabaikan keperluan
kami yang mementingkan keselesaan dan
keselamatan. Kami memilih Chandelier
kerana lampunya mampu menerangi
kesemua ruang itu dan mampu
menghidupkan suasana yang ekslusif.
Penggunaan lampu seperti Downlight
dikira sebagai penambahan cahaya untuk
mengelakkan sebarang kemalangan
berlaku.
Bagi lampu sampingan, kami lebih gemar
untuk memilih lampu meja. Hal ini
demikian kerana kami lebih selesa lampu
berada di atas meja bagi mengelakkan
kanak-kanak terlanggar atau sebagainya
dan tampak lebih stabil sekiranya ianya
berada di atas meja.

15
kema warna adalah pilihan warna yang digunakan dalam reka bentuk

untuk pelbagai media. Kami yakin, setiap individu mempunyai warna kegemaran

masing-masing dan mengidamkan warna yang diminati diaplikasikan pada

ruangan rumah masing-masing. Sebarang pilihan warna tidak salah, namun

pilihan yang dibuat mestilah bijak dalam membuat padanan warna.

Secara amnya, skema warna mempunyai tujuh jenis skema warna di dalam dunia

reka bentuk iaitu Monokromotik, Complementary, Analog, Split complementary,

Triadic Complementary, Tetradic (Double Complementary).

Bagi ruangan istirehat kami, kami bersepakat untuk menggunakan skema warna

Tetradic (Double Complementary). Skema warna ini adalah perpaduan antara dua

warna Complementary yang digunakan bersama. Kombinasi ini, menghasilkan

warna yang sangat kontras iaitu di antara warna sejuk dan warna hangat.

16
PALET WARNA

KONSEP KONTEMPORARI JAWA


Kami menawarkan sehingga

24 WARNA

17
bagi Ruang Istirehat

arna-warna yang biasa digunakan untuk

tema kontemporari adalah warna yang neutral. Warna-


warna neutral tersebut adalah warna neutral sejati seperti
hitam, putih dan kelabu yang di di sesuaikan dengan
Gambar 1
dengan warna perak metalik. Sebalik itu, warna-warna
lembut yang boleh diaplikasikan adalah seperti warna
putih krim, kelabu, taupe dan coklat. Kontemporari juga
disarankan untuk menggunakan warna-warna seperti biru
terang, hijau zamrud atau jingga tua, ungu dan kuning.
Disesuaikan dengan warna-warna tema Jawa lebih kepada
warna-warna tua dan gelap. Warna Jawa lebih
memfokuskan warna seperti putih dan coklat, coklat jingga Gambar 2

atau coklat-coklat kehitaman. Justeru, kami lebih Warna-warna pada Gambar 1 dan 2

bersependapat untuk memfokuskan warna seperti kelabu, adalah warna teras utama yang akan

hijau zamrud, putih atau putih krim serta coklat bagi digunakan.

menambahkan lagi unsur neutral. Tambahan itu, bagi


mengekalkan konsep ruang istirehat yang kondusif dan
selesa serta hangat kami memilih untuk memasukkan
elemen jingga atau coklat kejinggaan.

18
emilihan warna yang variasi untuk sesuatu ruang

agak berisiko tinggi. Namun begitu, sekiranya


pemilihan gabungan warna yang variasi mampu
mewujudkan suasana yang harmoni tidak salah
untuk kita mencuba. Oleh hal demikian, kami
berdua memilih warna kontemporari yang neutral
untuk digabungkan dengan warna-warna Jawa yang
selalunya lebih kepada warna gelap. Kami membuat
kajian sedikit mengenai warna-warna yang sesuai
dan mampu diharmonikan bersama dengan Antara contoh-contoh gambar ruang
berdasarkan rujukan daripada skema warna Tetradic istirehat Rumah Jawa menggunakan
(Double Complementary). Kami juga tidak gabungan warna hangat dan sejuk.
mengabaikan tuntutan warna-warna trending untuk
tahun ini serta warna-warna yang menarik. Bukan
itu sahaja, pemilihan aspek warna ini juga diambil
berat dari segi kemampuan warna tersebut dalam
memainkan peranan masing-masing dalam
menghidupkan suasana ruang istirehat yang selesa
dan menarik.

19
antai atau penutup lantai iaitu antara bahagian penting dalam setiap reka bentuk.

Terima kasih kepada elemen ini, kerana ianya bukan sahaja membantu mendapatkan imej
terakhir di dalam bilik, tetapi juga mengisi ruang dengan suasana keselesaan dan
kemudahan. Sehingga kini, penutup lantai dibentangkan dalam pelbagai warna, mereka
diperbuat daripada pelbagai bahan, dan banyak corak dan warna. Ia menjadi pelengkap
setelah penggabungan produk dengan perabot lain dan berupaya mencipta gaya yang luar
biasa dalam reka bentuk ruangan rumah.

20
bagi Ruang Istirehat

ami menegaskan dua jenis penutup lantai ini


i ruangan kediaman mahupun bukan
adalah berbeza. Laminate Floor mempunyai
kediaman, lantai mempunyai pelbagai permukaan yang keras yang kelihatan seperti lantai
peranan atau fungsi. Ianya bukan sahaja kayu dan ianya dibuat daripada kayu yang dikitar
melindungi ruangan kediaman dari udara semula. Berbeza dengan lapik lantai Vinyl yang
sejuk, kelembapan dan bunyi bising malah walaupun turut kelihatan seperti kayu yang keras atau
berperanan memberi ruangan kediaman yang jubin namun ianya diperbuat daripada bahan sintetik.
ekstetika. Pada masa yang sama, setiap lantai
erbalik semula kepada ciri-ciri lantai pilihan kami
dan penutup lantai mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri. Merujuk kepada beberapa rujukan untuk ruangan istirehat kami. Semestinya pemilihan

kami, kami mengkonklusikan beberapa jenis lantai atau lapik lantai adalah pelengkap kepada gaya

penutup lantai yang popular kebelakangan ini ruangan, namun harus dititikberatkan juga jenis dan

iaitu Laminate Floor, kaca, jubin, porselin dan material yang hendak digunakan mestilah bersesuaian

juga Vinyl. Disini juga, kami ingin dengan fungsi ruangan tersebut. Maka, kami

menjelaskan Laminate Floor adalah berbeza sependapat untuk menggunakan untuk menggunakan

dengan lantai Vinyl. Seringkali, kedua-dua lantai jenis Vinyl. Dalam merealisasikan tema

jenis lantai ini dianggap penutup lantai yang Kontemporari Jawa kami yang mementingkan warna

sama. dan keunikan serta neutral kami memilih untuk


menggunakan lapik lantai ini sebagai lantai ruangan
istirehat kami.

21
elain itu, kami juga mempunyai alasan lain untuk

menggunakan lapik lantai jenis ini. Untuk pengetahuan


semua, lapik lantai jenis Vinyl ini adalah jenis yang tahan
air atau kalis air. Selain itu, ianya juga tahan lasak, dan bila
berjalan tidak menimbulkan bunyi. Bukan itu sahaja, lapik
lantai jenis ini tidak sejuk bila dipijak. Ciri-ciri yang ada
pada lapik lantai ini memenuhi kriteria yang kami inginkan
untuk ruangan istirehat yang hangat serta selesa. Tidak lupa Gambar contoh-contoh warna

juga, lapik lantai ini tampil mewah dan mampu Vinyl

menyerlahkan lagi tema pilihan kami.

22
latan dan kelengkapan berkemampuan tinggi dalam menceriakan ruang dan memberi

keselesaan kepada ahli keluarga. Alatan dan kelengkapan tempat kediaman boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu perabot, peralatan elektrik dan hiasan tambahan.
Pemilihan alatan dan kelengkapan haruslah besesuaian dengan fungsi dan saiz ruang
berkenaan. Pemilihan alatan dan kelengkapan yang sesuai dan betul dapat menceriakan
ruang, memberi keselesaan kepada ruang, menjimatkan masa dan tenaga dan meningkatkan
kualiti hidup ahli keluarga. Tambahan itu, pemilihan alatan dan kelengkapan mestilah sesuai
dengan fungsi dan ruang, berkualiti supaya tidak berlaku kemalangan, mempunyai skema
warna yang sepadan supaya ruang kediaman kelihatan harmoni, mengakur dengan bilangan
ahli keluarga supaya mendapat keselesaan yang maksimum serta lantai dan penutup lantai.
.

23
bagi Ruang Istirehat

eperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat tiga kumpulan alatan dan peralatan

ruang kediaman iaitu perabot, peralatan elektrik serta hiasan tambahan. Pertama
sekalinya, kami akan menerangkan serba ringkas contoh-contoh perabot dan perabot
pilihan kami dan diikuti dengan kumpulan yang lain. Perabot adalah seperti meja,
kerusi, almari, sofa dan Wardrobe.

Sofa yang diperbuat daripada kayu


dan punyai reka bentuk sofa yang
tampak antik serta berwarna hijau
Emerald.
Meja turut diperbuat daripada
kayu berkualiti tinggi dan punyai
ukiran yang tidak terlalu padat.

Kerusi solo yang diperbuat


daripada kayu serta punyai rekaan
yang unik
Meja Sisi untuk meletakkan
lampu meja dan punyai warna
Metallic untuk menampilkan unsur
yang elegan.

24
Meja dinding bersama cermin yang
diperbuat daripada kayu Mohandi.
Penggunaan kayu Mohandi, mampu
bertahan teguh walaupun berpuluh tahun.
Selain daripda keunikaannya ukirannya,
penghuni rumah juga dapat menggunakan
cermin itu untuk memeriksa diri sebelum
menyambut tetamu.

Meja sudut dinding boleh jadi sebagai


pemenuh ruang ataupun digunakan untuk
meletak hiasan atau pun barangan seperti
kunci-kunci dan lampu meja.

eterusnya, peralatan elektrik seperti radio, televisyen, mesin basuh, peti sejuk,

kipas dan alat hawa dingin. Bagi ruangan kami, kami memfokuskan masa dengan keluarga
yang berkualiti dan mampu memberi keselesaan dan keseronokan apabila berkumpul. Kami
juga cenderung untuk menyediakan satu set home theatre di ruangan istirehat kami. Selain itu,
peralatan seperti kipas, penghawa dingin serta lampu-lampu menjadi pilihan kami untuk
digunakan terutamanya pada waktu malam. Secara keseluruhannya, penggunaan peralatan
elektrik bagi ruangan kediaman kami lebih banyak digunakan pada waktu malam berbanding
siang. Hal ini demikian kerana, memandangkan kami mewujudkan ruang istirehat yang terbuka

25
buat siang hari dan terdedah kepada cahaya serta pengudaraan yang semula jadi maka
penggunaan seperti lampu dan kipas atau penghawa dingin agak kurang disini.

Set Home Theater yang disediakan dan diperkemaskan dengan perabot yang diperbuat
daripada kayu Kamper yang tahan anai-anai dan kukuh seperti kayu Jati.

Lampu meja yang mendapat sentuhan


Alat penghawa dingin siling seni Jawa dan nilai Kontemporari.

26
Lampu yang dianyam daripada Pokok Buluh

Ruang Istirehat tema ini juga boleh menggunakan lampu jenis


Chandelier yang diperbuat daripada kayu.

27
khir sekali adalah kumpulan hiasan tambahan. Hiasan tambahan adalah seperti cermin, tikar,

gambar, gubahan bunga, alas meja, kusyen bergerak, tumbuhan berpasu serta jam. Bagi tema
kami hiasan tambahan ini merupakan pelengkap yang terakhir dalam merealisasikan tema
Kontemporari Jawa kami ini. Hiasan tambahan ini memerlukan penelitian semasa memilih
hiasan agar tidak lari dengan konsep kami yang agak mudah tergelincir sekiranya tidak
difahami dengan betul. Disini, kami cuba menonjolkan sisi unik dan seninya Jawa dan elemen-
elemen kontemporari agar tampak harmoni dan seimbang.

iasan tambahan kami, kami lebih memfokuskan kepada perincian sesuatu hiasan tambahan

seperti hiasan di atas meja, jam di dinding, sarung sofa, gubahan bunga, hiasan-hiasan di
dinding serta tumbuhan berpasu.

Sarung bantal sofa yang menggabungkan warna hijau Emerald yang


bercorak, warna kelabu serta kuning.

28
Hiasan di atas meja.

Pokok pisang dijadikan sebagai pokok hiasan di


sudut dinding.

29
Menggunakan jam dinding yang mempunyai
ukiran halus.

Gubahan Bunga Harum Sunda Malam sebagai


penyeri ruang tengah meja ruang istirehat

30
ecara kesimpulannya, reka bentuk hiasan dalaman konsep Contemporary Javanese

Style merupakan satu konsep yang mengetengahkan keunikan Jawa melalui pemilihan warna,
penggunaan ukiran kayu, penggunaan perabot dan elemen-elemen lain. Seperti yang kita sedia
maklum, apa-apa jua konsep yang berkaitan dengan Jawa, ianya amat mementingkan
pembangunan kebudayaan melalui ukira kayu. Hal ini menunjukkan bahawa konsep ini akan
menimbulkan kesan yang unik. Kombinasi tradisional dan moden membawa satu konsep
lengkap yang dapat memenuhi citarasa seseorang. Oleh itu, konsep kontemporari merupakan
satu konsep yang sesuai digunakan pada masa kini kerana konsep ini tidak terikat dengan
sesuatu tahun.

elain itu, konsep ini memberikan kesan yang pelbagai pada ruang istirehat seperti

kesan keunikan, keselesaan, kedamaian dan lain-lain. Kesan-kesan ini perlu dititikberatkan
kerana keluarga memerlukan suasana yang damai untuk berehat setelah seharian penat bekerja.
Keluarga boleh menghabiskan masa diruang istirehat untuk memenangkan fikiran. Oleh itu,
ruangan ini perlu dihias dengan kemas dengan perincian yang sempurna di bahagian dinding,
susunan perabot dan lain-lain.

leh hal yang demikian, pemilihan konsep mestilah selari dengan tujuan serta ruangan

yang hendak dihias. Perincian yang sempurna dan kemas dalam melakukan hiasan dalaman
sesuatu ruang mestilah menitikberatkan beberapa elemen seperti pengudaraan, pencahayaan,
susun atur peralatan dan lain-lain. Pengendalian yang sempurna akan menyerlahkan pesona
elegan dan bertepatan dengan konsep yang diinginkan.

31
Carta Gant

BIL PERKARA MAC 2020 APRIL 2020 MAY 2020 JUN


2020
26 27 28 29 30 1 2 3 8 29 1 2 3 4 5 6 26

1 Mendengar Taklimat Pensyarah /

2 Pemilihan Tema /

3 Mengenalpasti Isi Kajian /

4 Mencari Maklumat Bahan Kajian /

5 Membuat Penulisan Folio /

6 Semakan Akhir Folio Kajian /

7 Mencari Bahan Penghasilan / / /


Produk
8 Menghasilkan Produk / / / / /

9 Pengujian Produk / /

10 Menghantar Folio Tugasan /

11 Menghantar Produk /

32
33
34
 Kalindo Land Group. (2019). Hiasan Rumah Adat Joglo. Diperoleh daripada
https://keramikserasi.blogspot.com/2019/07/penting-22-hiasan-rumah-adat-
joglo.html
 Shabrina Alfari. (2020). Rumah Adat Jawa Timur. Diperoleh daripada
https://www.bramblefurniture.com/journal/rumah-adat-jawa-timur-joglo/
 Putri Eliviana. (2019). Rumah Joglo Mulai dari Desain Sampai Keunikannya.
Diperoleh daripada

https://blog.elevenia.co.id/rumah-joglo-mulai-dari-desain-sampai-keunikannya/
 Amalina. (2018). Ingin Kediaman Sejuk dan Isi Rumah Lebih Sihat. Diperoleh
daripada

https://www.impiana.my/ingin-kediaman-sejuk-dan-isi-rumah-lebih-sihat-
ikuti-tip-dikongsi-pensyarah-ini/
 Hwan Wan Ang. (2018). 5 Tip Gaya KOntemporari. Diperoleh daripada

https://www.tenagajaya.com/5-tip-gaya-moden-kontemporari
 Indra. (2011). Standar Pencahayaan Ruang. Diperoleh daripada
https://indra95.wordpress.com/2011/10/26/standar-pencahayaan-ruang/
 Prima9. (2012). Keselesaan Tempat Kediaman. Diperoleh daripada
https://prima9.wordpress.com/nota/4-2-keselesaan-tempat-kediaman-3/
 Ms. Decorespro. (2019). Pencahayaan di Ruang Tamu. Diperoleh daripada
https://ms.decorexpro.com/osveshchenie/v-gostinoj/

35

Anda mungkin juga menyukai