Anda di halaman 1dari 2

TIP & MASALAH KETIKA MEMBAKAR KEK (Majalah Saji)

Apa anda perlu lakukan jika kek tidak naik sekata:


1. Tepung yang dibancuh tidak sekata dengan bahan lain
2. Suhu dlm ketuhar juga tidak panas sekata memnjadikan kek tidak dibakar secara
menyeluruh
3. Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
4. Bancuhan melebihi tahap yang seharusnya tidak boleh melebihi setengah
daripada ukuran loyang pembakar
5. Pastikan bekas loyang pembakar anda sesuai dengan isi bancuhan
Mengapa kek menjadi bantat dan tidak ringan:
6. Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
7. Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
8. Sewaktu memukul tepung, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
9. Mentega yang dicampurkan dalam adunan tidak boleh terlalu panas, kerana
bebuih adunan akan rosak.
10. Suhu ketuhar pula tidak boleh terlalu rendah.
Mengapa permukaan atas kek tidak naik dan jatuh pada bahagian tengah:
11. Suhu ketuhar terlalu tinggi
12. kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
13. Penutup ketuhar yang selalu ditutup buka.
Jika bancuhan mentega tidak sebati dan bergentel:
14. Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
15. Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum
betul betul gebu dipukul.

16. Mentega dan gula tidak betul betul sebati atau gebu dan terlalu cepat
mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
Kenapa kek anda terlalu berat:
17. Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
18. Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang
terlalu laju.
19. Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
Kek anda merekah?:
20. Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu
cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan
bahagian tengah kek akan merekah.
21. Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
Bahan kek buah mendap:
22. Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
23. Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum mencampurkan
ke dalam adunan.
24. Adunan kek dipukul terlalu kuat
25. Adunan terlalu basah dan cair.
26. Suhu ketuhar yang terlalu tinggi boleh menyebabkan adunan akan cepat
mencair sebelum ia sempat mencengkam kededukan buah dalam adunan.

27. Sebaiknya buah buahan kering yang hendak dimasukkan dalam adunan
hendaklah dikeringkan dalam ketuhar. Kemudian gaulkan dengan sedikit tepung,
masukkan dalam tapisan dan tapis baki tepung yang tidak melekat pada buah tadi.
Tip tambahan:
28. Campurkan satu atau dua sudu besar Wilton Meringue Powder bagi
mendapatkan kek yang gebu dan kembang.
29. Sapukan loyang pembakar dengan lemak sayuran (shortening) dan taburkan
sedikit tepung sebelum menuangkan bancuhan untuk dibakar.
30. Bancuhan kek tidak boleh melepasi setengah daripada loyang pembakar.
31. Kek yang hendak disapu dengan aising hendaklah dimasukkan dalam peti sejuk
semalaman. lebih baik jika dimasukkan dalam tupperware dan ditutup, kemudian
barulah dimasukkan dalam peti sejuk.
32. Sebelum menyapukan aising, permukaan kek hendaklah dipotong dan
dibersihkan.
33. Jangan biarkan pisau penyapu terkena permukaan kek. Oleh itu sebaiknya
diletakkan aising yang banyak sebelum disapu rata.
34. Bagi mengelakkan kek anda berlubang, selepas bancuhan dipukul, kelar
bancuhan dengan pisau untuk mengeluarkan angin yang terperangkap dalam
bancuhan.
35. Bagi mengelakkan kek anda melekat pada pinggan hidang, sebaiknya taburkan
gula ising sebelum menyusun kek diatasnya.
36. Kek sebaiknya disejukkan dulu sebelum dipotong. Hasilnya ia tidak akan
menggerutu selepas dipotong.
37. Untuk mendapatkan rasa yang sedap untuk kek coklat anda, campurkan sedikit
Nescafe bagi mendapatkan rasa mocha.
38. Basahkan pisau sebelum memotong kek.
39. Jika permukaan kek terlalu cepat hangus, ambilkan bekas dan tuangkan air
suam. Letakkan pada rak bahagian atas dan biarkan loyang dibawah rak.
Kepanasan dibahagian atas boleh diperangkap oleh air suam.

40. Bila kek yang sudah masak dibakar selalunya akan merekah. Oleh itu sewaktu
membancuh, campurkan dengan sedikit gelatin (1 sudu kecil) sewaktu
mencampurkan tepung. Gelatin tidak akan menukar rasa kek anda.
41. Dengan menabur sedikit tepung jagung diatas permukaan kek, ia membantu
memudahkan proses menyapukan aising.
42. Selain mentega, telur dan susu juga hendaklah diletakkan pada suhu bilik
sebelum ianya digunakan.
43. Loyang pembakar kek yang dikeluarkan dari ketuhar sebaiknya diletakkan
diatas kain basah bagi mengelakkan kek melekat.
44.Bagi mengekalkan kek anda basah dan lembut, letakkan setengah potong epal
dalam kotak kek

Anda mungkin juga menyukai