Anda di halaman 1dari 3

Kek Span Coklat

Resepi:Noraini Zakaria

Bahan:
200g tepung kek/tepung superfine
180g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40g serbuk coklat
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila

Cara:
1.Panaskan oven.Griskan acuan.Alas dasar acuan dg baking paper.

2.Pukul telur,gula,ovallet,tepung s'fine,BP sehingga kembang dan gebu selama


5 minit.

3.Perlahankan mixer,masukkan susu cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan


lagi memukul selama 5 minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.

4.Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 45 mint atau hingga masak.


5.Bila kek sudah masak,telangkupkan selama 5 minit.

Bahan Kek Span:


120g gula kastor*
10g ovalette*
4 biji telur gred A*
130g tepung kek/superfine*
1 sudu teh serbuk penaik*
40ml air
60g minyak masak atau mentega cair
1 sudu teh esen vanila

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 170c.Siapkan acuan bulat 9'',griskan dg mentega
dan alas dasar acuan dg baking paper,tepi acuan ditaburi sedikit tepung.
2.Satukan bahan bertanda* dalam mangkuk sederhana besar.Menggunakan
pemukul elektrik putar sehingga kembang dan gebu.Masukkan esen vanila
& air.
Putar lagi sehingga sebati dan masukkan minyak.Gaulkan hingga sebati.
3.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45minit.Bila dah masak,
telangkupkan selama 5 minit agar kek tidak mendap.Terbalikkan semula &
lorekkan tepinya dg pisau & keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.Kek dibahagi 3.

Bahan Krim dan hiasan:


500g krim putar
1 st esen vanila
sedikit blueberry
80g coklat masakan

**pukul krim putar sehingga gebu/kaku bersama esen vanila**


**letakkan 1 lapisan kek sapu dg krim putar dan beri hirisan blueberry,
buat cara seperti ini sebanyak 2x dan terakhir di atas diberi hirisan coklat**
**simpan kek dalam peti sejuk selama 3 jam baru potong**
**saya menyimpan kek semalaman baru potong..rasanya pasti lebih enak**

Selamat mencuba.

Bahan:
4 biji telur
120g gula kastor
1/4 st esen vanila
110g tepung kek/tepung superfine
70g mentega cair/minyak masak

Cara:
1.Pukul telur,gula,esen vanila sehingga kembang.

2.Masukkan tepung dan gaul rata.

3.Masukkan mentega cair/minyak masak.Gaul rata.

4.Tuang ke dlm acuan 8" inci yang digris dasarnya dg marjerin dan dilapik
dg baking paper.

5.Bakar selama 45 minit pada suhu 170'C.

6.Setelah kek masak,keluarkan dr ketuhar dan terus telangkupkan selama


5 minit.Kemudian terbalikkan semula.

7.Biarkan kek sejuk sepenuhnya.

Bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A

130g tepung kek}


1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

40g air
60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas serap minyak.
Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
2.Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul
dg
kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga
kembang
selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan
tinggi
selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.
Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan
kek.
Biarkan ia sejuk.

Anda mungkin juga menyukai