Anda di halaman 1dari 17

Kek Buah Kukus Yang Sedap 

Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:
300 gm gula kaster - guna 280 gm sahaja
60 ml air panas
250 gm mentega
500 gm mixed fruit - boleh cuci dan tos, jika suka

Bahan B:
350 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 sudu kecil cream of tartar - ganti dengan 1 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil serbuk buah pala 

Bahan C:
3 biji telur grade A
1 sudu kecil esen vanilla 

Cara cara:
Ayak tepung dengan soda, cream of tartar dan campurkan serbuk buah
pala. Masukkan gula ke dalam kuali yang permukaan bawahnya tebal. Dengan
menggunakan api sederhana, masak gula hingga mencair dan berwarna perang.
Jangan mengacaunya, hanya goyangkan periuk ke kiri ke kanan sehingga gula
mencair sekata dan berubah warna keperangan. Jangan sampai hangus. Bila gula
telah mencair kesemuanya, tuang air panas dari tepi kuali supaya tidak terpercik.
Kacau hingga gula larut, masukkan butter. 

Biarkan butter mencair, baru dimasukkan mixed fruit yang telah dicuci dan ditos tadi.
Biarkan sekejap atas api. Tutup api dan bila suam, masukkan jus lemon ganti cream
of tar tar. Kemudian masukkan tepung gandum dan rempah dan digaul secara kaup
balik. Pukul telur bersama esen vanilla hingga berbuih dan tuang ke dalam  adunan
sedikit demi sedikit.

Oleh kerana adunan kelihatan sedikit likat, saya masukkan 2 sudu besar air panas
ke dalam adunan.Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci, tutup loyang dengan
aluminium foil yang dilenser sedikit mentega supaya kek yang naik tidak melekat di
aluminium foil. Penutup periuk pengukus dibalut dengan dengan tuala dapur supaya
wap air tidak menitis masuk.

Kukus selama 2 jam atau sehingga masak. Jika ingin menambah air pengukus,
tambah air panas.Selepas masak, biarkan kek di dalam pengukus sehingga sejuk
supaya buah tidak jatuh atau mendap ke bawah. Potong kek setelah ianya benar
benar sejuk. Lebih baik jika dibiarkan di luar semalaman sebelum dipotong dengan
menggunakan pisau yang tajam. 
Lebih baik menggunakan loyang yang besar dan tinggi sedikit. Jika mahu kek yang
nipis, boleh guna loyang saiz 9 inci. 
Kek Oren Gebu dan Lembab
Oleh:Azie Kitchen

Bahan bahan:
150 gram mentega
120 gram gula kaster - guna 115 grm shj
160 gram tepung gandum - ayak
1 sudu kecil baking powder - ayak
3 biji telur
2 sudu besar jus Sunquick - guna jus oren
Sedikit parutan kulit oren - opsyenal

Cara cara:
Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit berselang
seli dengan jus oren. Akhir sekali masukkan parutan kulit oren. Kacau sebati.

Tuang ke dalam acuan loyang 7"x7" yang telah dilenser mentega/lapik dengan
baking paper atau acuan cawan kertas 3/4 penuh. Saya bakar 2 adunan
menggunakan loyang 8"x8" kerana suka kek yang lebih tebal.

Bakar dalam acuan yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama
25 hingga 30 minit atau sehingga masak. Hiaskan dengan krim aising oren atau
yang disukai. Untuk saya kali ini, saya membakar selama 1 jam.

Buttercream Oren
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 sudu besar butter - lembutkan
1 3/4 cawan gula icing- ayak
1-2 sudu besar jus oren
1/2 sudu kecil extract vanilla
1/2 sudu kecil extract oren
2 sudu kecil Parutan kulit oren

Putar butter sehingga kembang. Perlahan lahan masukkan gula dan putar hingga
ringan dan kembang. Masukkan 1-2 sudu besar jus oren, vanilla, oren extract dan
parutan kulit lemon.

Jika ianya terlebih lembut, sejukkan seketika sehingga mencapai tahap yang kita
perlukan dan sedia untuk digunakan.
Roti Jala
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh
dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak
putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa
pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah
dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open
house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru
dimasak. Cubalah.
Kek Pisang Lembap dan Gebu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A ayak:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbanat

Bahan B kisar: 
4 biji pisang Jepun - 600 gram
1 cawan minyak
½ cawan gula kaster
½ cawan gula perang
3 biji telur

Cara cara:
Tuang bahan A ke dalam B sedikit demi sedikit sambil dikacau rata secara kaup
balik supaya tepung tidak berketul. 

Tuang adunan ke dalam loyang saiz 10''x7'' yang telah dialaskan dengan baking
paper. 

Susun pisang yang dihiris mengikut yang disukai.

Bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga masak atau sehingga ianya
tidak melekat pada lidi. Nota: boleh juga dikukus selama 45 minit. 

Angkat dan sejukkan sebelum dipotong. 

Nota: 
Kek pisang ini moist dan gebu. Jika menpunyai lebihan, boleh disimpan dalam bekas
kedap udara dan dimasukkan dalam freezer. Sebelum dimakan, keluarkan dari
freezer dan biarkan pada suhu bilik dan kemudian dipanaskan dalam microvave
oven. Hasilnya kek akan kekal enak dan tahan lama. 
Puding Roti Dengan Sos
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:
7-8 keping roti
2 sudu besar mentega - cairkan
3 sudu besar kismis

Bahan B:
500 ml susu segar @ 2 cawan
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu kecil serbuk cinnamon

Untuk Sos Kastard


1 tin susu cair
¼ tin air - guna tin susu cair tadi
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara cara:
Satukan bahan-bahan B. Koyakkan roti dan masukkan ke dalam bahan B. Biarkan
terendam dan meresap seketika.  

Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke
dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis
diatas adunan. 

Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.

Untuk membuat kuah@sos kastad, campurkan semua bahan ke dalam periuk


dan kacau hingga agak pekat mengikut kepekatan ikut selera masing-masing. 

Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum
dipotong dan dituang sos kastad.
Best Moist Chocolate Cake Ever
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan : 
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur saiz A
1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk 
1 cawan Mazola vege oil 
1 1/2 sudu kecil vanilla extract
1 cawan air mendidih - boleh letak 1 sudu kecil coffee/nescafe

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 150C untuk membakar secara perlahan (slow
baking). Boleh juga jika dibakar pada suhu 180C untuk bakar seperti biasa.
Lenser loyang 9 x 12 dengan butter dan tabur dengan sedikit tepung. Atau lapik
loyang kek dengan kertas kalis minyak.  Saya guna 10 x 10.
Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar
pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Perlahankan kelajuan,
masukkan air mendidih sambil terus diputar. Naikkan pada kelajuan sederhana dan
teruskan memutar hingga sebati. 
Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak
sepenuhnya. Jika cup cake, dalam 22 - 23 minit dan pastikan menggunakan cawan
kertas cup cake.
Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih,
maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah
melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji
lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya. Jangan terlebih bakar untuk
mengelakkan kek menjadi kering.

Chocolate Ganache
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
12 oz cooking chocolate
1 cawan whipping cream
1 sudu besar esen vanilla

Cara cara:
Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih. Angkat dan tuangkan ke
dalam bekas yang mengandungi cooking chocolate yang telah dihiris hiris nipis.
Biarkan seketika sehingga ianya cair.Kacau rata sehingga ia benar benar sebati.
Masukkan sedikit esen vanilla dan kavau lagi. Sedia untuk digunakan sebagai
frosting di atas kek yang telah disejukkan. Hias mengikut kesukaan masing masing.
Brownies Laura In The Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ cawan unsalted butter - suhu bilik
10 oz/283 gm semisweet chocolate - cairkan
1 cawan gula kaster
¼ sudu kecil garam
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
2 ½  sudu besar serbuk koko
½  sudu kecil serbuk espresso segera
1 cawan snickers - cincang - tak letak pun

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 175C. Letakkan baking paper dalam loyang berukuran
8x8". Lebihkan keluar sedikit dari loyang.

Menggunakan mixer, putar mentega dan gula sebelum dimasukkan telur dan diputar
sehingga bergaul rata. 

Satukan tepung gandum, serbuk koko, serbuk espresso dan diayak. Masukkan
coklat yang dicair. Kacau rata. Kemudian masukkan bahan tepung yang diayak dan
digaul hingga sebati. Kemudian masukkan snickers dan gaul rata.

Masukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar selama 35-40 minit. Setelah
masak, biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan. Selamat
mencuba...

Kek Marble Lembab


Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gram butter jenama Anchor
2 cawan tepung naik sendiri
220 gram gula kaster
4 biji telur gred A - saya guna saiz sederhana
1 sudu besar ovellate
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar susu segar
1 sudu besar choc emulco
1 sudu besar serbuk koko
Sedikit pewarna pink

Cara cara:
Putar butter dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan ovallate putar
lagi.

Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang. Masukkan
tepung sikit demi sedikit, selang seli dengan susu segar, putar sampai adunan
semua sebati.

Bahagikan  kepada dua bahagian. Masukkan satu bahagian dengan pewarna pink.
Boleh juga jika ingin menggunakan warna hijau atau apa apa warna yang disukai.
Manakala untuk bahagian coklat, masukkan emulco dan serbuk koko, kacau sebati.

Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilenser butter secara berselang seli
antara warna pink dan warna coklat. 

Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven. Bila masak,
boleh terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya. 

Chocolate Chips Muffin


Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
125 gm tepung gandum - ayak dgn baking powder
7 gm baking powder
75 gm minyak masak
75 gm susu segar
75 gm gula castor
1 biji telur B
1/2 sudu teh vanila
Sedikit chocolate chips - tabur

Cara cara:
Kacau sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau sebati dengan menggunakan
spatula sehingga tidak bergentel.
Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur chocolate chips di
atasnya.
Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.

Cotton Soft Japanese Cheesecake


Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan

Bahan A:
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 susu kecil garam
60 gm tepung kek/tepung superfine
20 gm tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:

140 gm gula (granulated sugar)


6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon

Cara-cara
Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair,
sejukkan adunan cream cheese tu tadi.

Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke
dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.

Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Lepas tu,
tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan
kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan
bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.

Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).
Kek Gula Hangus
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
125 gm butter
5 biji telur 
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara cara:
Cairkan butter dan biarkan sejuk. Goreng gula hingga hancur dan masukkan 1
cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.

Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.

Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan
gula hangus ke dalam adunan telur. Kacau hingga sebati dan tapiskan.

Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking
paper. Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg
lebih banyak)

Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 minit atau
sehingga masak.

Apple Cream Tart 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

Crust:
½ cawan/110 gm butter
1/3 cawan/70 gm gula
½ sudu kecil vanilla
1 cawan/125 gm tepung gandum (tambah lagi 1 sudu besar)

Cream filling:
1 biji telur
½ sudu kecil vanilla
8 oz/225 gm cream cheese, softened
¼ cawan/55 gm gula

Topping:
3 biji epal - kupas dan hiris nipis
¼ cawan/55 g gula
½ sudu kecil cinnamon
¼ cawan/30 g slivered almonds or chopped walnuts

Cara cara:
Panaskan oven pada 200°C.

Untuk kulit:
Putar butter dan gula hingga kembang. Masukkan vanila.

Masukkan tepung untuk menghasilkan doh. Tekan atas acuan tart spring form 8
inci/20 dengan ketebalan sebanyak 1 inci/2.5 cm.

Bakar selama 15 minit sehingga sedikit keperangan. Keluarkan dari oven.

Sementara crust sedang dibakar, satukan semua bahan untuk cream filling dan
putar sehingga sebati.

Sediakan topping dengan menggaul rata hirisan epal dengan cinnamon, gula dan
kekacang tadi.

Keluarkan kulit tart dari oven. Ratakan bancuhan cream. Susun hirisan epal di
atasnya dan taburkan dengan kekacang. 

Bakar sehingga epal menjadi lembut dan berwarna keperangan lebih kurang dalam
40 minit.

Boleh lah dipotong dan dihidangkan sebagai hidangan dessert.

Ayam Panggang Blackpepper


Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - potong 2
2 biji ubi kentang - belah 2
1 batang karot
2 inci halia
6 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram Maggi
Sedikit madu
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa atau secukupnya
Lada hitam secukupnya - tumbuk kasar
Sedikit minyak zaitun - renjis

Cara cara:
Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. Masukkan 1 sudu besar Maggi Cukup
Rasa. Lumur pada ayam.  

Tuangkan sos tiram Maggi dan lumur rata. Tuang pula madu, dan lumur rata rata
termasuk di celah celah bawah kulit ayam.

Akhir sekali tabur serbuk lada hitam secukupnya. Taburkan sekali lagi dalam 1 sudu
besar Maggi Cukup Rasa atau secukupnya. 

Biarkan dalam 15-30 minit. Masukkan ayam ke dalam loyang bersesuaian. Susun
ubi kentang dan karot. Renjis dengan minyak zaitun sebelum dibakar dan ketika
sedang dibakar. Bakar pada suhu 180C sehingga ayam masak. 

Saya bakar lama dalam 45 minit dengan diterbalikkan dan direnjis minyak dari masa
ke semasa. Kuah dari baki membakar ayam, bolehlah disudukan dan hidang
sebagai kuah pencicah ayam panggang.
Resepi macaroni cheese bakar

bahan-bahan

 1 cawan macaroni
 1 kiub pati ayam
 1 cawan setengah sos prego traditional
 lada hitam
 setengah labu bawang holland
 1 ulas bawang putih
 daging burger@ cincang
 sosej
 cendawan butang 
 lobak merah
 sedikit minyak dan butter
 1 sb gula
 sedikit garam
 cheddar cheese

sos putih :

 1 cawan susu segar


 1sb tepung gandum
 2sb butter
 sedikit garam

cara-cara

1. rebus macaroni dengan kiub ayam.campur sedikit minyak supaya macaroni x


melekat
2. untuk sos putih,masak semua bahan2 sos putih sehingga menjadi creamy
dan ketepikan
3. panaskan sedikit minyak dan butter dan tumis semua bawang.bila bawang
dah layu masukan daging burger
4. sambil kacau sambil pecahkan daging burger dan masukkan sosej,lobak
merah,cendawan.jangam lupa perisakan dengan lada hitam dan garam
5. masukan 1 cawan setengah sos prego
6. gaul rata dan letak 1sb gula
7. masukkan kedalam bekas untuk dibakar dan tuangkan sos putih kat atas
8. then letakkan cheedar cheese  dan bakar pada suhu  170c sehingga 20-25
min
9. ciap..makan panas2 sedap wei..
Kerapu Stim

Bahan2
Satu cawan air panas + kiub pati ayam
Sos tiram – 1 sudu
Sos ikan – 2 sudu
Gula perang – 6 sudu
Batang ketumbar – hiris
Limau nipis – 1 biji (perah)
Bawang putih – 5 ulas (tumbuk halus)
Cili padi – 3 biji (hiris)

Sumbat ikan
Bawang putih – 5 ulas (hiris)
Serai – 4 batang
Daun ketumbar

Hiasan akhir
Limau nipis – 1 biji (hiris untuk hiasan)
Bawang putih – 5 ulas (cincang dan goreng)
Resepi Cucur Udang Krup Krap Rizalman

Bahan-bahan
Tepung beras – 4 cawan
Tepung gandum – 2 cawan
Air ais – 4 cawan

Bawang merah
Daun bawang
Isi udang
Filamen ketam
Jagung
Telur – 2 biji
Garam secukup rasa

Cara2
Masukkan semua bahan dan kacau sebati. Goreng dalam minyak yang banyak.

Bubur Jagung Rizalman

Bahan-bahan
1 jagung tin (kernel)
1 jagung tin (cream)
Daun pandan
Santan – 2 cawan
Susu cair – 1 cawan
Garam
Gula putih
Susu tepung – 1 cawan (dibancuh)
Sagu halus
Lasagna
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Keping lasagna secukupnya

Kuah merah (sama spt membuat kuah spaghetti bolognese):


1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit cili kisar, jika suka pedas
Daging cincang
1 botol sos prego
Sedikit black pepper
Mushroom (atau apa apa yg suka)
Italian herbs
Fresh or dry parsley
Garam dan serbuk perasa

Masuk olive oil. Tumis bawang besar, bawang putih.  Masuk cili kering sikit
dan daging cincang.  Bila daging agak masak, masukkan sos prego, sedikit black
pepper, mushroom, perasa Italian herbs dan garam.  Sesuaikan rasa dan
kepekatannya.

Kuah putih
4 sudu besar Majerin
6 sudu besar tepung gandum
500 ml susu full cream  (apa apa susu pun boleh)
2/3 grated cheddar cheese (optional)

Panaskan majerin, bila cair masukkan tepung gandum, kacau sebati hingga tepung
keperangan.  Masukkan susu.  Masuk garam, black pepper dan grated cheddar
cheese (tak letak pun tak apa, tak ada beza rasa with or without cheese).  Kacau
sampai pekat.  Kuah jangan terlalu pekat, biar cair sikit supaya tak kering bila
dibakar

Cara cara
Keping lasagna tu rendam dg air panas. Bila dah lembut atur dalam dulang acuan.
Bubuh sos merah, sos bubuh putih, tabur cheese parut dan mozarela secara
berselang seli.  

Susun kepingan lagi dan seterusnya. Lapisan atas sekali mestilah kuah putih
sebelum ditabur dengan cheese.

Bakar setengah jam dalam oven 180 degree dalam 30 minit. selepas dikeluarkan


dari oven, biarkan dalam 10 - 15 minit sebelum dihidangkan.

Anda mungkin juga menyukai