Anda di halaman 1dari 6

[MURID DAN ALAM BELAJAR] 2 PISMP MATEMATIK 2

2

2.0 TUGASAN INDIVIDU


Teori pembelajaran berusaha untuk menjelaskan cara manusia belajar dan
memberikan cadangan cara menyelesaikan masalah. Teori pembelajaran bukannya
penyelesai masalah, tetapi sebenarnya menjuruskan kita kepada pilihan-pilihan
penyelesaian masalah. Teori pembelajaran kognitif melihat pembelajaran sebagai
perubahan proses mental yang berlaku secara aktif. Menurut para pengkaji, teori
pembelajaran kognitif berasaskan prinsip-prinsip seperti otak manusia aktif berfikir untuk
memahami persekitarannya, pembelajaran dan perkembangan bergantung pada
pengalaman individu dan banyak lagi. Pembelajaran menurut pandangan psikologi kognitif
ialah perubahan dalam struktur mental yang membolehkan pelbagai tingkah laku
ditunjukkan. Perubahan dalam tingkah laku yang dimaksudkan boleh berlaku pada masa-
masa lain.


Manakala konstruktivisme pula ialah teori pembelajaran yang melihat pelajar
sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan. Pelajar
membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan
pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima bulat-bulat
pengetahuan yang disampaikan. Teori pembelajaran konstruktivisme mempunyai asas teori
kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan
mengorganisasi pengetahuan.


Seorang guru haruslah merancang aktiviti pengajaran yang mengandungi salah satu
daripada apa yang terdapat pada teori ini sama ada teori kognitif atau teori konstruktivisme
seperti model, pendekatan, strategi, serta kaedah dan teknik. Seorang guru bagi subjek
Bahasa Melayu bagi pelajar Tahun 2 yang ingin mengajar anak muridnya membezakan
benda atau mengenal objek-objek yang bertindih. Guru tersebut memberikan sebuah
gambarajah yang terdapat pelbagai bentuk atau objek yang bertindih. Guru tersebut
meminta murid-muridnya menyatakan objek yang dilihat dan melukis gambar atau objek
tersebut secara berasingan. Aktiviti ini menguji kebolehan murid dalam mengesan dan
menentukan imej seperti bentuk, huruf atau nombor dari latar belakang sesuatu rajah.
Aktiviti yang dilakukan oleh guru ini memerlukan muridnya melakukan proses pengamatan
[MURID DAN ALAM BELAJAR] 2 PISMP MATEMATIK 2

3

dalam mengenalpasti imej-imej yang terdapat dalam gambar tersebut. Pengamatan ialah
suatu kemahiran yang boleh dikembangkan dan dipelajari. Kemahiran ini amat berkait rapat
dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak. Proses pengamatan ini memerlukan
murid menggambarkan atau membayangkan dalam hati atau fikiran.


Hal ini bertepatan dengan teori yang telah dipeloporkan oleh Kohler berkaitan
dengan teori celik akalnya (Teori Gestalt). Di dalam teori pengamatan tersebut, beliau
menghasilkan teori ini berdasarkan bagaimana manusia melihat dunia. Menurut hukum
pragnanz, manusia melihat dunia sebagai satu keseluruhan. Begitu juga seperti situasi tadi,
guru tersebut menunjukkan gambarajah yang bertindih tersebut secara keseluruhan dan
meminta pelajarnya mengamati imej-imej yang bertindih dan melukisnya secara berasingan.
Ini memerlukan pelajar berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan masalah ini. Kita dapat
lihat, teori pengamatan amat sesuai diplikasikan dalam situasi ini dalam meningkatkan
tahap pemikiran murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Seterusnya, seorang guru bagi subjek Sains yang ingin mengajar anak muridnya
berkaitan dengan haiwan dan juga habitatnya. Guru tersebut memberikan beberapa contoh
kepada murid-muridnya dan meminta anak muridnya menjawab habitat bagi setiap haiwan
yang ditunjukkan oleh guru tersebut. Kemudian, guru tersebut akan menerangkan konsep
sebenar berkaitan dengan haiwan dan habitat mereka. Penerangan berkaitan dengan
konsep ini amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru memainkan
peranan yang amat penting dalam menerangkan konsep apa yang diajar dalam konteks
situasi di atas, guru tersebut haruslah menerangkan konsep haiwan dan habitatnya selepas
mengemukakan beberapa contoh haiwan. Hal ini amat penting bagi memastikan pelajar
memperoleh dan menerima pengetahuan baru.


Aktiviti ini menunjukkan berlakunya proses penerimaan maklumat sepertimana yang
telah dipelopor oleh David Ausubel di dalam teori penerimaan. Menurut Ausubel,
pembelajaran akan berlaku apabila maklumat baru mempunyai kaitan dengan maklumat
atau pengalaman sedia ada dalam struktur kognitif. Teori Ausubel memberikan penekanan
kepada penyampaian pelajaran secara teransang oleh guru. Sepertimana dalam situasi di
atas, guru tersebut memberikan contoh terlebih dahulu dan pelajar akan berfikir dan cuba
membandingkan habitat bagi setiap haiwan dalam contoh tersebut. Cara ini berkait rapat
dengan pendekatan induktif yang bermula daripada spesifik kepada umum, iaitu dimulakan
[MURID DAN ALAM BELAJAR] 2 PISMP MATEMATIK 2

4

dengan sesuatu contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Teori penerimaan amat
sesuai diaplikasikan dalam situasi sebegini dan dibantu dengan pendekatan induktif yang
membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan bermakna.


Selain itu, kita dapat lihat lagi pengaplikasian teori kognitif ini dalam subjek Sains
lagi. Seorang guru yang ingin mengajar murid-muridnya berkaitan dengan warna-warna
spektrum dan meminta murid-muridnya menghafal warna tersebut dalam masa yang
ditetapkan. Pada permulaannya, guru tersebut akan memperkenalkan maksud sebenar
spektrum kepada murid-muridnya dan menyenaraikan ketujuh-tujuh warna yang terdapat
pada spektrum tersebut. Warna-warna yang terdapat pada spektrum tersebut ialah merah,
jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu. Bagi memudahkan anak muridnya mengingat
kesemua warna tersebut dengan mudah dan pantas, guru tersebut telah menggunakan
teknik mengingat yang sesuai. Sebagai contoh, guru tersebut menggunakan teknik akrostik
dalam membantu murid-muridnya mengingat warna-warna spektrum tersebut. Mengikut
teknik ini, guru telah membuat cerita daripada warna-warna spektrum tersebut iaitu yang
berbunyi Michael Jackson keluar hutan bawa ibu unta. Teknik akrostik adalah siri
perkataan ataupun rangkap yang memuatkan huruf-huruf pertama yang dapat membentuk
semula perkaitan ataupun frasa awal. Kita perlu mengambil huruf awal suatu kata. Bukan itu
sahaja, kita juga dapat lihat teknik akronim digunakan dalam subjek Sains dalam membantu
murid untuk mengingat pengelasan haiwan iaitu reptilia, ikan, mamalia, burung, amfibia
menjadi RIMBA. Dengan menggunakan kedua-dua kaedah tersebut, guru dapat
membentuk suatu cerita yang mudah untuk pelajar ingati. Ini dapat membuatkan pemikiran
murid-murid lebih kreatif untuk memproses maklumat yang telah mereka perolehi.


Dalam situasi ini, kita dapat lihat bahawa model pemprosesan maklumat sesuai
diaplikasikan oleh guru dalam situasi sebegini. Model pemprosesan maklumat menganggap
ingatan manusia sama seperti komputer. Seorang pelajar dilihat sebagai pemproses
maklumat dan maklumat pula merupakan input yang diperoleh pelajar daripada persekitaran
pembelajaran. Maklumat yang dimaksudkan dalam contoh situasi di atas ialah warna-warna
spektrum dan juga pengelasan haiwan seperti di atas.


Tambahan lagi, kita juga dapat lihat pengaplikasian teori kognitif dalam subjek
Sejarah. Seorang guru yang yang ingin mengajar anak muridnya berkaitan dengan sejarah.
Bagi memudahkan pelajar menghayati topik sejarah yang dipelajari sebagai contoh topik
[MURID DAN ALAM BELAJAR] 2 PISMP MATEMATIK 2

5

Negara Mencapai Kemerdekaan, guru tersebut boleh menggunakan bahan seperti filem.
Filem yang ditayangkan oleh guru tersebut berupaya membawa murid-muridnya menyelami
sejarah masa silam serta peristiwa-peristiwa yang berlaku sama ada sebelum merdeka
ataupun selepas merdeka di dalam negara atau luar negara. Guru-guru juga boleh
menayangkan filem-filem lama yang memaparkan tentang penderitaan dan kesengsaraan
akibat peperangan seperti filem-filem yang menunjukkan Perang Dunia Kedua dan
pengeboman Hiroshima dan Nagasaki boleh membantu murid-murid memahami dan
menghayati dengan lebih mendalam mengenai sejarah. Filem-filem ini dapat membantu
pelajar memahami fakta-fakta yang terdapat dalam subjek Sejarah tersebut di samping
dapat menghilangkan kebosanan pelajar terhadap subjek ini di dalam kelas. Minda dan
pemikiran murid-murid akan lebih terbuka dan tidak hanya berpandukan pada satu sumber
semata-mata.


Berdasarkan situasi ini, kita dapat lihat bahawa strategi berasaskan sumber atau
bahan digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran di atas. Strategi berasaskan
sumber atau bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti buku, bahan
lukisan, dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Dalam konteks situasi di atas, filem
merupakan bahan yang digunakan dalam meningkatkan kefahaman murid dalam subjek
Sejarah. Banyak kajian yang telah dijalankan mengenai penggunaan filem dalam pendidikan
dalam usaha membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
bilik darjah. Hasil kajian menunjukkan bahawa filem boleh digunakan untuk mencapai
berbagai-bagai objektif pengajaran serta membantu meningkatkan pengetahuan fakta dan
pemahaman dalam diri murid itu sendiri.


Kita juga dapat mengaplikasikan teori kognitif ini dalam pengajaran dan
pembelajaran subjek Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Guru boleh menggunakan teknik
bercerita sebagai satu proses pengajaran dan penyampaian ilmu. Sebagai contoh, guru
tersebut meminta murid-muridnya membuat satu karangan berkaitan dengan tragedi di jalan
raya. Guru tersebut akan memulakan perenggan awal bagi karangan tersebut, kemudian
meminta setiap muridnya menyambung karangan tersebut dalam masa yang ditetapkan
sehingga menjadi sebuah karangan yang lengkap. Kaedah bercerita yang dilaksanakan oleh
guru ini dapat dijadikan sebagai alat untuk menggalakkan muridnya meneroka keunikan diri
mereka dan mengasah ketajaman serta kepantasan mereka berfikir dalam masa yang
ditetapkan. Secara tidak langsung, ia juga dapat meningkatkan tahap kebolehan mereka
berkomunikasi melalui pemikiran dan perasaan serta meluahkannya dalam bentuk oral yang
[MURID DAN ALAM BELAJAR] 2 PISMP MATEMATIK 2

6

teratur. Guru tersebut juga boleh bertanya kepada murid-muridnya apakah yang mereka fikir
akan berlaku selepas sesuatu kejadian dalam cerita tersebut. Dengan cara ini, kanak-kanak
dengan daya imginasi mereka akan dilatih memberikan pendapat dan guru perlu menerima
cadangan kanak-kanak tersebut tanpa prejudis. Hal ini akan mematangkan lagi tahap
kognitif mereka dalam menyelesaikan masalah.


Kita dapat lihat bahawa strategi berpusatkan pelajar digunakan dalam situasi di
atas. Murid-murid mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa-apa yang diajar dan
bagaimana ia dapat dipelajari. Penglibatan murid amat diperlukan dan tumpuan pengajaran
diberikan kepada murid-murid tersebut. Sepertimana dalam situasi di atas, murid
mempunyai kebebasan untuk meluahkan idea masing-masing dalam menyambung
karangan yang diberikan tersebut. Selain itu, teknik bercerita juga sesuai digunakan dan
bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid, selain melatih murid dengan
pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa, terutamanya kemahiran lisan. Pendekatan
tematik juga digunakan supaya murid memahami konsep karangan yang ingin diajar
sepertimana situasi di atas, karangan tersebut berkaitan dengan tragedi di jalan raya.
Keadaan ini akan menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
memudahkan penyampaian ilmu dijalankan dengan berkesan.


Selain daripada situasi di atas, kita juga dapat lihat teori kognitif dan konstruktivisme
ini banyak diaplikasikan di dalam subjek Matematik di sekolah rendah. Sebagai contoh,
seorang guru memberikan tugasan penyelesaian masalah berkaitan dengan kehidupan
seharian yang memerlukan pemikiran yang tinggi oleh setiap muridnya. Kemudian, guru
tersebut memilih beberapa pelajar yang bagus dalam subjek tersebut untuk dijadikan
sebagai mentor kepada rakan sekelasnya yang kurang menguasai subjek Matematik. Murid
yang dipilih sebagai mentor akan memberi tunjuk ajar kepada ahli kumpulannya untuk
mencuba menyelesaikan masalah Matematik yang diberikan dengan bantuan guru. Tugasan
berkumpulan ini akan mewujudkan satu perbincangan di dalam suatu kumpulan tersebut
dalam menemukan langkah penyelesaian yang sesuai. Perbincangan antara mentor dan
ahli bagi setiap kumpulan akan menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi
kandungan, kemahiran, sikap, dan proses-proses pembelajaran.


Kita dapat lihat bahawa teori konstruktivisme yang mana telah dipeloporkan oleh
Lev Vygotsky telah diaplikasikan dalam pengajaran guru Matematik tersebut. Teknik
[MURID DAN ALAM BELAJAR] 2 PISMP MATEMATIK 2

7

scaffolding telah digunakan dalam situasi di atas di mana guru tersebut hanya memberikan
bimbingan dan sokongan kepada anak muridnya untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan. Kemudian, pelajar yang mahir dalam subjek berkenaan akan mengambil alih
tugas guru tersebut dan membantu rakan sekelasnya menguasai pembelajaran. Bukan itu
sahaja, model pengajaran sosial juga turut digunakan dalam situasi ini apabila guru
tersebut membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan yang pelbagai tahap
pemikiran kognitif mereka. Model ini bertujuan untuk membantu murid-murid tersebut
menajamkan pemikiran mereka melalui interaksi dengan orang lain dan bekerjasama secara
proaktif di dalam kumpulan. Cara sebegini lebih berpusatkan pelajar di mana murid-murid
digalakkan untuk melibatkan diri dalam membantu mereka memahami bagaimana untuk
belajar. Strategi ini dapat memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis
mereka. Melalui kaedah perbincangan di antara ahli kumpulan, ini membuatkan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dengan adanya pertukaran idea semasa
mereka. Secara tidak langsung, objektif pengajaran dapat dicapai dengan mudah.


Kesimpulannya, dalam memastikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku dengan lebih berkesan, seseorang guru haruslah mengaplikasikan teori, model,
strategi, kaedah, dan teknik pengajaran yang sesuai di dalam bilik darjah. Segala
perancangan pengajaran haruslah diteliti dengan rapi. Hal ini kerana, pengajaran dan
pembelajaran yang baik lagi berkesan tidak akan berlaku tanpa perancangan yang rapi.
Teori kognitif dan konstruktivisme merupakan di antara teori yang banyak menyumbang
kepada strategi pengajaran kebanyakan guru di sekolah rendah mahupun sekolah rendah.
Pelbagai model dan strategi yang terlibat dalam teori ini seperti model pemprosesan
maklumat, model sosial, pendekatan induktif, pemusatan guru dan pelajar, strategi
berpusatkan bahan serta aktiviti dan lain-lain lagi di mana kesemua memainkan peranan
penting dalam memastikan objektif pengajaran tercapai. Semua insan yang bergelar guru
haruslah berfikir secara kreatif dan menguasai setiap satu cabang dalam mana-mana teori
agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna.

Anda mungkin juga menyukai