Anda di halaman 1dari 3

PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN (F) BUKIT KEPAYANG

28330 TRIANG
PAHANG.

Rujukan:
Tarikh : 14 Mei 2023

Dato’ Sabariah binti Hj. Saidin, DIMP,SMP


Exco Kebajikan Masyarakat,
Pembangunan Wanita & Keluarga
Negeri Pahang.

Yang Berhormat,

MEMOHON SUMBANGAN PEMBELIAN SET PA SISTEM UNTUK KEGUNAAN


SEKOLAH.

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami memohon jasa baik Yang Berhormat
agar dapat menyumbang dana bagi membeli set PA Sistem yang baru.
3. Sebagai makluman pihak tuan, set PA Sistem tersebut amatlah diperlukan bagi
melaksanakan segala aktiviti sekolah seperti majlis rasmi, mesyuarat, kuiz,
pertandingan akademik, perhimpunan sekolah, aktiviti PIBG dan sukan sekolah. Set
PA sistem yang sedia ada telah rosak kerana sudah uzur.
4. Sehubungan dengan itu, saya mewakili pihak sekolah memohon jasa baik Yang
Berhormat sekiranya dapat menghulurkan sumbangan bernilai RM 3000 (Ringgit
Malaysia Tiga Ribu Sahaja) bagi membeli set PA Sistem seperti yang dinyatakan.
5. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,harap Maklum.

Yang benar,

____________________
KERTAS CADANGAN MEMBELI ALAT PEMBESAR SUARA

1.0 Tujuan
Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk mendapatkan
peruntukan kewangan daripada pihak adun.

2.0 Matlamat
Sistem pembesar suara merupakan sebuah alat yang sangat penting
dalam membantu guru mengendalikan beberapa majlis yang
menggunakan alat pembesar suara. Ini kerana suara guru tidak
akan didengari dengan jelas apabila sesuatu majlis dijalankan.
Gangguan bising menambahkan lagi masalah untuk audien mendengar
apa yang disampaikan. Alat pembesar suara ini juga dapat
membantu guru-guru di sini dalam menjalankan tugas yang telah
diamanahkan. Matlamat utama pembelian ini adalah untuk membantu
guru-guru dalam menjayakan beberapa program yang akan
dilaksanakan. Dengan adanya alat pembesar suara ini, tugas guru
akan menjadi lebih mudah dalam melaksanakan tanggungjawab
mereka.

3.0 Objektif
3.1 Membantu tugas guru dalam menjayakan beberapa program yang
dirancang.
3.2 Memudahkan guru-guru dan orang lain dalam member ucapan di
dalam majlis yang dirancang.
3.3 Meringankan masalah guru yang tidak mempunyai suara yang
lantang.

4.0 Latar belakang


Alat Pembesar Suara amat penting bagi Program Bina Insan kerana alat
ini akan diletakkan di surau manakala pembesar suara akan di pasang
pada bangunan sekolah menghadap kelas bagi program-program
kerohanian.
5.0 Anggaran kos
NO ITEM KUANTITI HARGA (RM)

1 Pembesar suara BGB 2 1100


450 watt
2 Pembesar suara corong 2 500

3 BAG Amplifier 1 1000

4 Wireless microphone 1 400

JUMLAH 3000.00

6.0 Penutup
Kelulusan peruntukan ini akan memudahkan guru-guru
menjalankan tugas dengan baik. Murid-murid juga akan memperolehi
pembelajaran yang lebih baik dengan adanya bahan bantu mengajar
yang banyak. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
efisien lagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________ _______________

Anda mungkin juga menyukai