Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG CAIRO, MANTIN

KERTAS KERJA PROJEK

BANTU MULA

SJKT LADANG CAIRO,MANTIN

PROJEK GURU PELATIH

PISMP AMBILAN JUN 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

1.0 Pengenalan
Projek individu adalah antara projek yang perlu dilaksanakan oleh guru pelatih sepanjang
internship di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan oleh unit praktikum institut pendidikan guru
masing-masing. Projek yang dijalankan ini merupakan usaha sama antara guru pelatih dengan
pihak sekolah tempat para guru pelatih mengajar. Projek ini merupakan sumbangan guru-guru
pelatih kepada sekolah sebagai tanda terima kasih atas layanan baik serta kerjasama yang
diberikan sepanjang berada di sekolah. Bantu mula atau pertolongan cemas adalah bantuan
rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau
kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit secara tiba-tiba. Setiap orang harus tahu
cara memberi pertolongan cemas atau bantu mula. Bantuan yang diberikan mungkin
melibatkan pengubahsuaian bahan-bahan yang ada pada masa itu. Diharapkan program
sebegini dapat memperkukuhkan lagi hubungan sekolah dengan institut pendidikan guru yang
diwakili oleh para guru pelatih.

2.0 Matlamat Program

Matlamat Program ini ialah untuk memberi ilmu tentang bantuan mula kepada para murid
terutamanya belajar di tahap 2. Projek ini juga bertujuan bagi mendidik murid untuk
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran tertentu semasa kecemasan. Ia juga lebih
memantapkan kemahiran yang diperolehi.

3.0 Objektif Program

Melalui Projek Bantuan Mula ini, para guru pelatih dapat :


3.1 Meningkatkan kemahiran dalam bantu mula.
3.2 Mewujudkan kerjasama yang lebih intim dalam kalangan guru- guru pelatih dan guru
sekolah serta murid pengakap.
3.3 Meningkatkan kemahiran bantuan mula kepada murid dan juga guru.

4.0 Sasaran
4.1 25 murid sekolah 10 orang guru pengakap sekolah.

5.0 Tempat.
5.1 Bilik Darjah Tahun 3.

6.0 Tarikh/Hari:
22 Feb 2017

7.0 Masa :
2.00 pm hingga 4.00 pm ( waktu kokurikulum)
8.0 Anggaran Kos Perbelanjaan.

BIL PERKARA HARGA BILANGAN ANGGRAN


PERBELANJAAN
1 Kain anduh RM 3.50 1 RM. 3.50
Ubat Antiseptik RM 5.00 1 RM. 5.00
Bandage RM. 5.00 1 RM. 5.00
JUMLAH RM. 13.50 3 RM. 13.50

9.0 Ahli Jawatankuasa

Penasihat : En. Appunni PJK


Pengerusi : Pn. A. Kavitha
Setiausaha : Mayure a/p Balakrishnan
Bendahari : Mayure a/p Balakrishnan
AhliJawatanKuasa:
AJK Alatan : Pn. Paruvathy
AJK Dokumentasi : En. Sharvin
AJK Persiapan Tempat : Pn. Sugunthala
AJK Jemputan : Pn. Megala

10.0 Penutup
Diharapkan Projek ini dapat dijayakan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan memberi
banyak manfaat kepada semua yang terlibat. Semoga segala pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman yang ditimba semasa projek ini dilaksanakan dapat meningkatkan kemahiran
mengurus dan mentadbir sesuatu organisasi dengan baik dan berkesan sekali gus dapat
mengaplikasikan kemahiran sebegini dalam kehidupan masing-masing bagi membantu
menyelamatkan nyawa.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :


.. ..
(MAYURE A/P BALAKRISHNAN) (APPUNNI A/P VELAYADHAM)
Setiausaha, Guru Besar,

Projek Bantu Mula SJKT Ladang Cairo, Mantin.

SJKT Ladang Cairo, Mantin

Anda mungkin juga menyukai