Anda di halaman 1dari 1

Pembelajaran abad ke 21 banyak mengubah corak pengajaran dan pembelajaran kita selama

ini. Perubahan positif ini adalah bagi memastikan apa yang kita lakukan adalah seiring dengan
perkembangan teknologi dan kemajuan dunia zaman sekarang. Dengan kewujudan pelbagai
teknologi terkini, maka sudah pasti adalah tidak relevan lagi amalan pengajaran pada abad terdahulu
terus diamalkan pada masa sekarang.

Sebagai seorang guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah, mempunyai kekuatan dan
juga beberapa kelemahan. Antara kekuatan yang ada pada diri saya ialah saya sangat peka terhadap
perbezaan cara belajar dan keperluan murid. Sebagai contoh, saya menyediakan lembaran kerja
mengikut tahap pencapaian murid.

Kedua pula ialah saya sentiasa menekankan nilai murni dalam Pdpc saya. Dengan ini, saya
boleh memupuk nilai murni dalam diri murid-murid saya. Jika seseorang guru memupuk nilai murni
kepada murid dari bangku sekolah, pastinya mereka akan mengamalkan nilai murni tersebut pada
bila-bila sahaja. Saya bertanggungjawab terhadap murid dalam menyelesaikan masalah mereka
sepanjang mereka berada di kawasan sekolah. Sebagai contoh, jika mereka menghadapi masalah
sesama rakan mereka ,saya membantu untuk menyelesaikan masalah mereka dengan secepat
mungkin.

Kemudian, saya juga memilih kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sangat sesuai kepada murid. Setiap jam yang diperuntukkan itu, saya menggunakan sepenuhnya
demi murid supaya mereka dapat mencapai apa yang saya ajar. Sebagai contoh, mengadakan
kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu, iaitu siapa yang dapat
menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang sesuatu berkaitan dengan kemahiran, markah akan
dikira dan dihimpun dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain yang
terlibat.

Walaupun saya mempunyai kekuatan dalam pengurusan bilik darjah malah, saya juga
mempunyai kelemahan. Kelemahan yang ada pada diri saya ialah saya tidak dapat memberi tumpuan
kepada keseluruhan murid kerana jumlah murid yag ramai menyebabkan saya sukar untuk memberi
perhatian kepada setiap murid.

Antara cadangan untuk mengatasi kelemahan saya ialah, saya akan menguruskan masa
saya semasa pdpc dijalankan. Saya cuba untuk menjalankan aktiviti pdpc dengan sempurna dan
tepati masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti.

Secara ringkasnya, saya akan berusaha sedaya upaya untuk mengatasai kelemahan yang ada pada
diri saya. Pastinya, satu hari nanti saya akan menjadi guru yang proaktif dan efisien.

Anda mungkin juga menyukai