Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

NAMA : MAYURE A/P BALAKRISHNAN


UNIT : PJK SJKT AMBILAN JUN 2013

Pada 26 April 2016, saya dan rakan-rakan sekelas saya telah pergi ke SJKT CONVENT
SEREMBAN 2, untuk mengendalikan program BINA INSAN GURU. Saya telah berada di
sekolah itu pada pukul 7.10 pagi. Pertamanya, kami mengenalkan diri kepada Guru Besar
sekolah itu iaitu Pn. Ilaveeni. Pada masa sama, kami telah membincang beberapa perkara
berkaitan dengan Program Kesihatan Sekolah dengan beliau. Selepas itu, kami telah
melakukan tugas masing- masing. Bagi program ini pula, saya telah dilantik sebagai AJK
Dokumentasi bersama dengan rakan sekelas saya iaitiu Ramah a/p Simanjalam. Sebelum sesi
penggambaran dimulakan, saya telah membantu AJK- AJK lain seperti AJK Perasmian dan AJK
Senamrobik.
Setelah selesai, saya telah mula untuk melakukan tugas saya sebagai AJK
Dokumentasi. Pada mulanya, guru bertugas mengucap terlebih dahulu dan meminta guru besar
untuk merasmikan Program Kesihatan dengan memotong buah tembikai. Selepas itu, guru
besar telah memberi ucapan tentang program tersebut. Selepas itu, murid - murid mengambil
tempat di Dataran Perhimpunan. AJK Senamrobik telah mengadakan regangan untuk memupuk
kepentingan senamana kepada setiap orang.
Kelebihan yang terdapat pada diri saya adalah yang pertama selaku AJK dokumentasi,
saya telah mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit saya. Walaupun saya tidak
mempunyai kamera digital, tetapi dapat saya menggunakan telefon bimbit saya untuk
mengambil gambar. Gambar- gambar adalah salah satu bukti yang kukuh untuk menunjukkan
semua orang melakukan tugas masing- masing yang telah diamanahkan. Keduanya pula ialah,
saya dapat mengambil setiap gerak geri rakan sekelas saya. Saya tidak berasa bosan dalam
melakukan tugas saya sebagai AJK Dokumentasi.

Kelemahan yang terdapat pada diri saya ialah saya tidak dapat tempah kamera di IPG.
Ini kerana program ini diadakan secara tiba-tiba. Jadi, saya tidak dapat surat kelulusan untuk
menghantar ke unit teknopen untuk memohon kamera.
Cara penambahbaikkan

adalah, saya harus berusaha untuk mendapatkan surat

kelulusan program lebih awal bagi memudahakan proses tempahan dapat dijalankan. Dengan
proses yang teratur, saya dapat mengambil gambar dengan baik sekali kerana dapat
menggunakan kamera yang canggih.

Gambar- gambar juga akan berkelihatan cerah dan

terang.
Kesimpulannya, dengan mengadakan program ini, saya telah mendapat banyak faedah
yang tidak dapat dinilai. Salah satunya adalah saya dapat pelajari cara mengendalikan sesuatu
program dan gimik yang telah digunakan untuk perasmian Program Kesihatan Sekolah.
Program- program sebegini wajar diadakan dan harus dipupuk kepada setiap insan supaya
untuk kehidupan yang bahagia tanpa sebarang masalah kesihatan. Ia amat membantu untuk
menjadikan setiap orang yang berkualiti dari segi Jasmani, emosi,rohani dan intelek.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai