Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN 2 TAMAN SELAYANG

68100 BATU CAVES


SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
STUDIO LAYAR HIJAU
TECH-ARCHIVE
SK 2 TAMAN SELAYANG

ANJURAN UNIT BESTARI


DENGAN KERJASAMA PSS SK 2 TAMAN SELAYANG
RASIONAL
Berdasarkan keperluan semasa dunia pendidikan pasca Covid-19, platform dan pembelajaran
digital telah menjadi satu sumber pembelajaran dan maklumat yang bukan sahaja penting,
malah wajib untuk diterokai dan dikuasai oleh semua pihak dalam dunia pendidikan.
Peralihan ini bukan sahaja melibatkan penyediaan sumber pembelajaran utk mata pelajaran
di sekolah, malahan aktiviti-aktivit kokurikulum dan ko -akademik juga telah beralih kepada
penggunaan platform digital sebagai wadah pertandingan.

Bertitik tolak dari keperluan ini, kertas kerja ini akan menjadi langkah pertama dalam
perlaksanaan menyediakan satu ruang studio rakaman yang mempunyai kelengkapan
rakaman yang akan dapat membantu guru-guru menyediakan sumber pembelajaran, dan
membantu membentuk bakat murid untuk terlibat aktif dalam bidang kurikulum dan
kokurikulm, dan belajar menjadi penyedia kandungan yang bertanggungjawab dan beretika
untuk masa akan datang.

KELEMAHAN
1. Penggunaan kamera tanpa kelengkapan yang sepatutnya selama ini telah
menghadkan kualiti video kandungan yang disediakan oleh guru-guru dan
murid-murid, terutama apabila menyertai pertandingan di peringkat daerah,
negeri, dan kebangsaan.
2. Kebergantungan dalam perlaksanaan proses rakaman terhadap alat peribadi
guru dan orang persendirian menyebabkan hasil yang diperoleh tidak
memuaskan.
3. Respon pelajar terhadap Pdpc atas talian yang kurang memberangsangkan
menjadi penanda aras keperluan studio.
OBJEKTIF
1. Langkah awal dalam melengkapkan alatan dalam perancangan untuk
mewujudkan Studio Layar Hijau Tech-Archive pertama SK 2 Taman Selayang
dengan kerjasama PSS SK 2 Taman Selayang.
2. Memberi peluang kepada guru dan murid untuk meneroka penggunaan alat
rakaman dan platform digital dalam medium baru yang lebih berkesan.
3. Guru dan murid dapat adaptasi kaedah/modul pembelajaran alaf 21 dengan
lebih berkesan.
4. Studio ini akan menjadi tempat utama bagi penghasilan kandungan bagi
saluran Youtube SK 2 Taman Selayang dan TVPSS Tech-Archive dan juga
kegunaan bagi aktiviti kokurikulum Kelab Bestari PSS Tech-Achitect.
5. Kegunaan utama studio ini juga sebagai tempat utama melatih Duta Digital
Cilik SK 2Taman Selayang

SASARAN
Kesediaan unit yang bakal dibeli akan mampu menjadi pemangkin minat murid dan guru
untuk belajar meneroka bidang baru penyediaan kandungan dalam perlaksanaan proses
rakaman dan dokumentasi dalam PdPc dan dokumentasi sekolah.

PERALATAN DIPERLUKAN
Senarai seperti di Lampiran A

PENDAPATAN

Komisyen Jualan Surat Khabar PSS RM 1500.00

Diluluskan oleh,
Disediakan oleh,

....................................................
.................................................... ( WAN PIDURA BINTI WAN ALI)
( SABRINA AYU BINTI ABDULLAH) Guru Besar
Guru Penyelaras Bestari SK 2 TAMAN SELAYANG
SK 2 Taman Selayang
LAMPIRAN A
Jumlah peruntukan diperlukan seperti berikut:

PERALATAN PEMBINAAN STUDIO MINI

BIL PERALAT ANGGAR KUANTI


AN AN KOS TI
(RM)
1 Green Screen Backdrop 100.00 1

2 PHOTO STUDIO KIT SET BACKDROP STAND 120.00 1

3 Lighting Studio E27 Single Lighting Kit + Stand + Bulb 220.00 2

4 FANTECH PROFESIONAL MIC MCX01 LEVIOSA 170.00 1

5 TABLE MICROPHONE HOLDER MIC STAND 60.00 1

6. LOGITECH C922 PRO STREAM WEBCAM 390.00 1

5 FOTO 2 IN 1 WIRELESS MICROPHONE 190.00 1


RECORDING SMART NOISE CANCELLING MINI

6 PAPAN TANDA PERASMIAN DAN NAMA STUDIO 120.00 1


TECH-ARCHIVE

7. WIRING CABLE LAN INTERNET UNTUK LIVE- 130.00 1


STREAMING

JUMLAH 1500.00 10

GAMBARAN VISI STUDIO LAYAR HIJAU TECH-ARCHIVE SK2TS

Anda mungkin juga menyukai