Anda di halaman 1dari 5

SK ASSUNTA CONVENT,

25050 KUANTAN PAHANG

KERTAS KERJA
STUDIO DAHLIA SARI
PUSAT SUMBER CEMPAKA SARI
SK ASSUNTA CONVENT

DISEDIAKAN OLEH:

NOR ZAMIHA BINTI JUSOH @ ALIAS


GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA
SK ASSUNTA CONVENT

KERTAS KERJA
BILIK STUDIO DAHLIA SARI
SK ASSUNTA CONVENT KUANTAN PAHANG

1.0 PENDAHULUAN

Berdasarkan perancangan jangka masa panjang SK Assunta Convent untuk mempunyai studio
rakaman dan dokumentasi, kertas kerja ini akan menjadi langkah pertama dalam perlaksanaan
kelengkapan rakaman dan dokumentasi sekolah untuk masa akan datang. Kesan PdPR yang
dilaksanakan telah membuka mata betapa pentingnya sekolah untuk mempnyai studio dalam
melaksanakan projek ini untuk kebaikan semua. Selain itu, aktiviti dan juga pertandingan bagi
sekolah banyak menggunakan medium atas talian. Jadi pembinaan studio yang lengkap dapat
membantu murid untuk menyertai aktiviti dan pertandingan atas talian.

2.0 RASIONAL

 Penggunaan kamera tanpa kelengkapan yang sepatutnya selama ini telah menghadkan
dokumentasi sekolah kepada proses mengambil gambar sahaja.
 Kebergantungan dalam perlaksanaan proses rakaman terhadap alat peribadi guru dan orang
persendirian menyebabkan hasil yang diperoleh tidak memuaskan.
 Respon pelajar terhadap aktiviti atau pertandingan atas talian yang kurang memberangsangkan
menjadi penanda aras keperluan studio.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif yang diharapkan dari projek ini ialah;


 Langkah awal dalam melengkapkan alat dalam perancangan mempunyai studio rakaman dan
dokumentasi pertama SK Assunta Convent.
 Memberi peluang kepada guru dan murid untuk meneroka penggunaan alat rakaman dan
dokumentasi dalam medium baru yang lebih berkesan.
 Guru dan murid dapat adaptasi kaedah/modul pembelajaran alaf 21 dengan lebih berkesan.
 Kesediaan unit yang bakal dibeli akan mampu menjadi pemangkin minat murid dan guru untuk
belajar meneroka bidang baru dalam perlaksanaan proses rakaman dan dokumentasi dalam Pdpc
dan dokumentasi sekolah serta memudahkan proses rakaman bagi aktiviti serta pertandingan atas
talian.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Seluruh warga sekolah
5.0 TARIKH PERLAKSANAAN
Jun-Ogos 2022

6.0 TEMPAT
Studio Dahlia Sari.

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM


Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah (PSS), dan dibantu
oleh semua guru.

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN PERALATAN STUDIO

NO. JENIS PERBELANJAAN HARGA/UNIT BILANGAN JUMLAH (RM)


(RM)
1 Onsmo Starter Studio Double RM296.53 1 RM296.53
Fluorobox kit
2 2x2m Portable Backdrop RM134.00 1 RM134.00
Background Stand kit + Green
Cloth
3 Behringer UM2 Audiophile 2x2 RM180 1 RM180
USB Audio Interface with
XENYX Mic Preamplifier
4 Director Video Scene Clapper RM20.06 1 RM20.06
Board
5 Dimmable Bi-color 2set LED RM490.00 1 RM490.00
Video Light Kit with U Bracket
3200K-5600K
6 BOYA BY-M1000 Large RM367.77 1 RM367.77
Diaphragm Condenser
Microphone 3 Polar Pattern
Low Cut Filter
7 Godox100x150cm Photography RM112 1 RM112
Lighting Reflector
8 Sony a6400 with 16-50mm kit RM3659 1 RM3659
lens
9 ZomeiQ111 Professional RM155 1 RM155
Tripod
10 Ducame Sony Camera Bag RM50 1 RM50
11 AIPO AS-25 Dry Cabinet RM236 1 RM236
12 4K 3D HDMISplitter& HDMI RM57.22 1 RM57.22
Cable
13 USB Female to HDMI RM32.99 1 RM32.99
14 BOYA BY-WM4 Pro K2 RM508.90 1 RM508.90
Wireless Microphone
15 3.5mm audio cable to RCA RM26.46 1 RM26.46
16 Micro HDMI to HDMI Cable RM37.23 2 RM74.46
17 Panamax high quality audio RM32.98 1 RM32.98
cable
18 Mini HDMI to HDMI Cable RM23.06 1 RM23.06
19 CliptechUSB Hub RM26.32 1 RM26.32
20 Sony NP FW50 2pcs battery + RM81.90 1 RM81.90
dual charger
21 Energizer Rechargeable Battery RM53.50 2 RM107
AAA
22 Chair + 1 Table RM210 1 RM210
23 Modern Chair Rm 65.90 3 RM197.70
24 Stand Mirror RM150 1 RM150
25 Lenovo Desktop RM2500 1 RM 2500
26 1.5 MIDEA Aircond + RM 1500 1 RM 1500
Installation
27 Green Carpet RM 250 1 RM 250
28 Green Jersey Cloth RM 5 20m RM 100
29 50cm x 50cm Acoustic Foam RM 8.23 30 RM 246.90
(Yellow)
30 32’ Russel Taylor TV RM 399 1 RM 399
JUMLAH RM 12 225.25

9.0 JAWATANKUASA PERLAKSANA

Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi
Puan Siti Hajar bt Hashim Guru Besar
Naib Pengerusi
Puan Noor Akmar bt Mohd Noor PK Pentadbiran
Puan Norzlina bt Mohd Khir PK Hal Ehwal Murid
En Masri b Mahmoodin PK Kokurikulum
Pn Noorjahan bt Sultan PK Petang
Penyelaras Program
Puan Nor Zamiha bt Jusoh @ Alias Guru Perpustakaan dan Media
Cik Nurul Nadzirah Binti Muhamad Zain Guru Penyelaras Bilik Studio
En Nor Azizi b Abdullah Guru ICT
AJK Kerja
Semua AJK Kerja Program SK Assunta Convent

10.0 PENUTUP

Kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan peruntukan sekolah amat terhad. Justeru, dengan
sukacitanya pihak pengurusan sekolah SK Assunta Convent memohon ihsan dan sumbangan daripada
pihak tuan/puan bagi menjayakan projek kami demi kebaikan anak didik kita pewaris pimpinan negara.

Disediakan oleh: Diluluskan oleh:

______________________ _________________
Pn NOR ZAMIHA BT JUSOH @ ALIAS PN SITI HAJAR BINTI HASHIM
Guru Guru Perpustakaan dan Media Guru Besar
SK Assunta Convet SK Assunta Convent Kuantan
Pahang Kuantan Pahang

Anda mungkin juga menyukai