Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

SUMBANGAN BILIK TAYANG


SMK PALONG TIMUR

1. PENGENALAN

Di dalam menjadikan SMK Palong Timur sebuah sekolah yang mempunyai


kemudahan yang terkini, maka sebuah Bilik Tayang yang serba lengkap
perlulah ditubuhkan. Dengan adanya bilik tayang ini, guru – guru dapat
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan peralatan elektronik.

Dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta


kemudahan yang lengkap, akan menarik minat pelajar dan seterusnya
meningkatkan lagi prestasi SMK Palong Timur di dalam peperiksaan. Dengan
adanya kemudahan ini, banyak lagi aktiviti dapat dilaksanakan seperti kelas
interaktif dan juga bilik mesyuarat dapat dilaksanakan.

Justeru penubuhan sebuah bilik tayang ini amat penting dan perlu diberi
sokongan untuk menjamin kualiti pendidikan anak didik di SMK Palong Timur
dan seterusnya menjamin kecemerlangan pelajarnya pada masa akan datang
yang lebih mencabar

2. OBJEKTIF

2.1 Menambahkan kemudahan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di luar bilik


darjah.
2.2 Membolehkan pelajar menonton video – video pelajaran dengan selesa.
2.3 Melengkapkan lagi prasarana sekolah dengan menyediakan bilik tayang
yang berkualiti
2.4 Boleh digunakan untuk mesyuarat guru yang memerlukan tayangan slide
2.5 Sesi Latihan Dalam Perkhidmatan juga boleh dilaksanakan dengan
jayanya

3. RASIONAL DAN MATLAMAT

Memastikan prasarana sekolah yang lebih lengkap dengan pelajar dan


guru dapat memanfaatkan sesi pengajaran dan pembelajaran di luar bilik
darjah. Sesi pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan lebih baik
dan teratur serta selesa. Meningkatkan kualiti pengurusan bilik khas dengan
lebih sistematik sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

4. BAHAN – BAHAN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menambahbaik Bilik


Tayang SMK PalongTimur.

ANGGARAN
BIL PERKARA KUANTITI CATATAN
HARGA
1. Komputer 2 RM 3,000
2. LCD Projektor 1 RM 500
3. Skrin LCD
(100 x 72 Inchi bersama 1 RM500
remote control)
4. Penghawa Dingin (2hp) 2 RM4,000
RM 8000

5. SUMBER KEWANGAN

Memohon sumbangan daripada

YB Dato’ Seri Santara,


Ahli Parlimen Segamat

Sebanyak RM8000 (Ringgit Malaysia : Lapan Ribu Sahaja)

6. SENARAI AJK PENAJA BILIK TAYANG

Pengerusi : Tn Hj Muzaffar Shah Bin Ghazali


Pengetua SMK PalongTimur
Timb. Pengerusi : En. Razali Binti Deraman
GPK (Pentadbiran) SMK PalongTimur
NaibPengerusi : Cik Norrizah Binti Mohd Shariff
En. Azmi Bin Abdul Rahim
En. Shafee Bin Abd Hamid
Setiausaha : Pn. Maria Binti Isa
Bendahari : Tn. Hj. Baharudin Bin Moh
AJK : En. Zakaria Chek Bin Abd Kadir
En Mohd Sarhan Ahzam Bin Abd Aziz
Pn. Nor Akemal Binti Mamat

7. PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta
dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam
melahirkan murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi
akademik, akhlak dan sahsiah. Disamping itu juga ianya diharap dapat
member semangat dan menarik minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih menarik lagi. Semoga apa jua sumbangan
dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan daripada Ilahi. Segala
perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan
pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan diberkati.

Disediakanoleh: Disemakoleh:

…………………… ………………………………
(MARIA BINTI ISA) (RAZALI BIN DERAMAN)
Setiausaha Penaja Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Bilik Tayang SMK Palong Timur
SMK Palong Timur

Disahkan oleh:

Anda mungkin juga menyukai