Anda di halaman 1dari 4

.

GLOBALISASI TEKNOLOGI

Guru menghadapi cabaran menyesuaikan diri dalam perkembangan era globalisasi


terutamanya dalam penggunaan alatan yang semakin canggih dalam sesi pengajaran. Bertitik
tolak daripada itu, guru-guru pada masa kini perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan
yang setaraf dengan perkembangan era globalisasi yang dihadapi. Dahulu, teknologi dalam
bidang pendidikan tidak berkembang pesat seperti hari ini. Oleh itu, kebanyakkan guru-guru
tidak berpeluang untuk mendedahkan diri kepada teknologi dalam bidang pendidikan. Hal ini
menyebabkan sebahagian guru tidak mahir dalam menggunakan teknologi pada hari ini untuk
pengajaran. Mereka juga menganggap penggunaan ICT yang semakin canggih pada hari ini
merupakan sesuatu yang komplex dan tidak mudah untuk dipelajari. Sebagai contoh, kajian oleh
Nor Zaira, Zolkefli dan Mohd Kasri (2016) terhadap guru-guru di sekolah-sekolah Malaysia
mendapati bahawa tahap kemahiran ICT guru berada di tahap yang rendah. Guru-guru
merasakan adalah sangat sukar dan buang masa mempelajari kemahiran ICT terutamanya bagi
guru-guru yang sudah berusia. Hal ini haruslah dibendung kerana guru seharusnya mengikut
perkembangan semasa dan mengajar teknologi ini kepada pelajar. Sebagai contoh, guru perlu
memahirkan diri bagi melaksanakan pembelajaran maya ataupun lebih dikenali sebagai Frog
Virtual Learning Enviroment (VLE) di bilik darjah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog atau Frog Virtual Learning Environment (VLE)
adalah satu inovasi baru yang digunakan untuk mewujudkan persekitaran yang efisyen untuk
guru, ibu bapa dan pelajar. Perlaksaan frog VLE disasarkan secara berperingkat-peringkat. Pada
2014 kumpulan sasaran pertama adalah guru, pada tahun 2015 kumpulan sasaran bagi
perlaksanaan Frog VLE adalah pelajar. Manakala pada tahun 2016, kumpulan sasaran
perlaksanaan Frog VLE ini adalah dikalangan ibu bapa. Dengan Frog VLE, guru mampu
memudahkan proses PdP mereka. Mereka dapat menyampaikan pengajaran dengan pendekatan
yang lebih menyeronokkan, memberi tugasan kepada pelajar serta berhubung dengan mereka
secara dalam talian.
Walau bagaimanapun, terdapat cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan Frog VLE.
Antara cabaran yang dihadapi oleh guru dalam perlaksaan persekitaran pembelajaran Maya Frog
VLE di bilik darjah adalah kekangan infrastruktur, kekangan masa, inisiatif guru, efikasi kendiri
guru serta integriti dan sikap guru terhadap Frog VLE (Haslina, Siti Munira dan zarina, 2016).
Dari segi kekangan infrastruktur ia dilihat sebagai cabaran utama dalam melaksanakan PdP
kerana memerlukan peralatan dan perkakasan yang lengkap seperti komputer yang mencukupi
dan akses kepada internet yang berkelajuan tinggi. Guru juga memerlukan masa bagi
mempelajari dan mengaplikasi Frog VLE di dalam bilik darjah. Walaupun telah diberi latihan
dalaman di peringkat sekolah, namun ianya masih belum mencukupi terutamanya bagi guru yang
kurang berkemahiran. Mereka memerlukan masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri
mereka dengan pendekatan baharu ini. Pandangan ini turut disokong oleh Norazilawati, Noraini,
Nik Azmah dan Rosnidar (2013). Norazilawati (2013) pula menyatakan isu pelaksanaan
merupakan satu kekangan kepada pengaplikasian Frog VLE terutamanya di sekolah luar bandar.
Didapati isu berkaitan aspek teknikal, penyebaran maklumat tentang Frog VLE, latihan guru, dan
pemantauan tidak berlaku dengan sempurna di kawasan luar bandar. Dalam kajian beliau tentang
sikap guru terhadap pelaksanaan Frog VLE mendapati guru menyambut baik hasrat KPM dalam
pelaksanaan Frog VLE. Namun ianya bertukar menjadi pandangan negatif apabila guru ingin
mengaplikasikannya apabila terdapat halangan seperti capaian internet yang rendah yang
membantutkan usaha guru untuk menggunakannya. Guru beranggapan ianya membuang masa
sedangkan guru mempunyai bebanan kerja lain yang lebih penting untuk disiapkan.

Mohd Aizuddin (2013) pula dalam kajian beliau tentang peningkatan profesionalisme guru dalam
penggunaan Frog VLE mendapati, guru yang menguasai penggunaan Frog VLE akan lebih mudah
mengendalikan aktiviti pdp. Maklumat atau isi kandungan pelajaran dapat disampaikan kepada
pelajar dengan cepat dan lebih sistematik. Ini secara tidak langsung meningkatkan
profesionalisme seseorang guru. Namun faktor seperti kurangnya kemudahan di sekolah seperti
tiada bilik akses/komputer, ditambah pula dengan capaian internet yang tidak stabil sedikit
sebanyak mematahkan semangat guru untuk mengaplikasi Frog VLE. Siti Aminah (2013) dalam
tinjauan awal beliau terhadap penggunaan Frog VLE mendapati masih ramai guru yang kurang
kemahiran ICT. Perkara ini bertambah serius apabila ada golongan pentadbir sendiri yang buta
IT dan tidak menyokong guru mengaplikasikan Frog VLE di sekolah. Tanpa sokongan pentadbir
mana mungkin sesuatu program itu akan berjaya, tambahan pula seperti Frog VLE yang
memerlukan persiapan dari segi infrastruktur yang lengkap untuk mengendalikannya.

LANGKAH - LANGKAH

Pihak kerajaan harus menyediakan pelbagai kursus yang berfokus kepada cara-cara
penggunaan teknologi yang berkaitan dengan pengajaran seseorang guru dalam kelas kerana
masih terdapat guru-guru yang kurang mahir dalam kemahiran ICT khasnya guru-guru yang
berusia. Oleh itu, guru-guru ini seharusnya diusahakan oleh pihak sekolah dan pihak kementerian
untuk meningkatkan kemahiran ICT mereka (Nor Zaira, Zolkefli, Mohd Kasri, 2016). Dengan
mendedahkan guru kepada teknologi yang semakin canggih, proses pengajaran akan menjadi
lebih mudah dan menarik kepada pelajar. Selain itu, mereka juga dapat melengkapi diri sendiri
dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang terkini berkaitan dengan opsyen masing-masing dengan
melalui internet. Ini secara tidak langsung, dapat membantu para guru dalam meningkatkan
kualiti pengajaran dalam kelas. Murid-murid juga dapat didedahkan kepada isu-isu dan
maklumat yang terkini melalui pengajaran daripada guru.

Penggunaan ICT terutama dalam perlaksanaan Frog VLE sememangnya tidak lagi asing dalam
kalangan guru, namun ia masih boleh lagi dikatakan berada di peringkat pengenalan dan agak
kurang membantu dalam proses PdP. Pelaksanaan Frog VLE ini masih mempunyai kelemahan
yang perlu diatasi supaya dapat membantu dalam kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran.
semua pihak yang berkepentingan seperti pihak pentadbir, guru, pelajar, dan ibu bapa diseru
berganding bahu untuk membangun dan meningkatkan penggunaan persekitaran pembelajaran
maya secara menyeluruh dalam pelaksanaan Frog VLE di Malaysia
Rujukan

Hasliza Hashim, Siti Munira Mohd Nasri dan Zarina Mustapa. (2016). Cabaran yang dihadapi
oleh guru dalam perlaksanaan persekitaran pembelajaran Maya Frog di bilik darjah. Asia Pacific
Journal of Educators and Education, Vol. 31, 115–129.

Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Nik Azmah Nik Yusuf, & Rosnidar Mansor. (2013).
Aplikasi persekitaran pengajaran maya (FROF VLE) dalam kalangan Guru Sains. Jurnal
Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 3(2), 63–76.

Siti Aminah Khasiman. (2013). Tinjauan awal penggunaan frog VLE di sekolah. Retrieved 7
December 2014 from http://sekolahpenandaaras.wordpress.com

Nor Zaira Razali, Zolkefli Bahador, Mohd Kasri Saidon. (2016). Faktor-faktor yang
mempengaruhi penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di sekolah menengah. Proceeding
of ICECRS, 1 (2016) 1023-1032 ISSN. 2548-6160 International Seminar on Generating
Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, http://ojs.umsida.ac.id/index.php/icecrs Article

Mohd Khairul Aizuddin Bin Abu Bakar (2013). Peningkatan profesionalisma dalam penggunaan
frog vle. Daripada http://www.slideshare.net/aizuddinbakar/.

Anda mungkin juga menyukai