Anda di halaman 1dari 6

Persepsi Guru Sekolah Rendah Terhadap

Penggunaan VLE Frog dalam Pelaksanaan PdPc


Rajeswari A/P Thillaivanam1 & Mohd Jasmy Abd Rahman2

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia


1 rajeswariii@hotmail.com
2 mjas@edu.ukm.my

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi guru sekolah rendah terhadap penggunaan VLE Frog dalam
pelaksanaan PdPc. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penerimaan guru terhadap
penggunaan VLE Frog dalam PdPc dan untuk mengenalpasti tahap pelaksanaan tugasan melalui VLE
Frog. Metodologi kertas konsep ini berdasarkan kajian di perpustakaan iaitu melalui pengumpulan
maklumat-maklumat dan bahan-bahan berkaitan faktor dan isu yang mempengaruhi serta cadangan untuk
meningkatkan persepsi guru di sekolah rendah terhadap penggunaan VLE Frog dalam pelaksanaan PdPc.
Dapatan kajian ini diharap dapat membantu golongan guru sekolah rendah dalam usaha mempelbagaikan
kaedah pengajaran yang mungkin dapat mengatasi masalah pelajar seperti pelajar tidak berminat untuk
belajar, prestasi merosot, dan pelajar tidak belajar secara aktif sewaktu PdPc dijalankan di dalam bilik
darjah dan membantu meningkatkan tahap persepsi positif guru terhadap penggunaan VLE Frog dalam
PdPc.
Kata kunci: Persepsi guru, VLE Frog, PdPc, alat bantu mengajar

ABSTRACT
The purpose of this study is to examine the perception of primary school teachers on the use of VLE Fro g
in the implementation of teaching and learning process. This study aims to identify the acceptance level
of teachers towards the use of VLE Frog in the teaching and learning process. In addition, this research
is also to identify the level of implementation of assignments through VLE Frog. The methodology of this
conceptual paper is through literature review of various scholarly articles and journals related to the
factors and issues revolving around the topic of this study. The findings of this study are expected to help
primary school teachers in the effort of diversifying the teaching methods that may be able to overcome
the problems of students such as students who are not interested in learning, declining academic
performance, and students not actively being involved during the teaching and learning process in the
classroom, and also to help improve the perception of teachers towards the use of VLE Frog in the
teaching and learning process.
Keywords: Teacher’s perception, VLE Frog, teaching and learning process, teaching tool, e-learning

Pengenalan

Sistem Pendidikan di Malaysia berkembang pesat selaras dengan perkembangan era globalisasi peringkat
antarabangsa. Sejak kemunculan teknologi internet, ianya telah mengubah corak hidup komuniti dan
masyarakat di seluruh dunia dalam pelbagai bidang seperti pendidikan,ekonomi, politik, sosial dan
sebagainya. Penggunaan internet terus berkembang dari masa ke semasa (Noraini, 2010). Antara bidang
yang turut berkembang dalam era internet ini ialah pembelajaran maya (virtual learning).
Virtual Learning Environment (VLE) adalah satu inovasi baharu yang digunakan untuk mewujudkan
persekitaran yang efisyen untuk guru, ibu bapa dan pelajar khususnya. Frog VLE merupakan satu projek
yang dilaksanakan bersama .1BestariNet. 1BestariNet ialah capaian internet yang dibekalkan oleh YTL
Yes. Network dan ianya merupakan satu projek usahasama di antara pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dengan syarikat telekomunikasi YTL. Di bawah projek berkenaan, sebanyak 10 000
buah sekolah rendah dan menengah telah dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi tanpa

282
wayar 4G yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi, dan pentadbiran dilaksanakan
menerusi Persekitaran Pembelajaran Maya Frog atau Frog Virtual Learning Environment (VLE Frog).
Pada tahun 2014, kumpulan sasaran pertama bagi pelaksanaan Frog VLE ini adalah guru. Tidak
dapat dinafikan kursus berkaitan penggunaan VLE Frog yang dikendalikan untuk membimbing para guru
pada ketika ini amat terhad sedangkan pelaksanaannya melibatkan semua guru di bawah KPM. Oleh itu,
tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
pelaksanaan Frog VLE dalam PdP di bilik darjah.
Penggunaan Internet dalam bidang pendidikan juga telah berkembang selari dengan kemajuan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication Technology (ICT). Pelbagai
kaedah dalam pendidikan telah diperkenalkan oleh pihak-pihak tertentu hasil daripada ledakan teknologi
internet dan perkembangan komunikasi bagi memberi manfaat kepada pendidik.Pengajaran dan
pembelajaran maya merupakan salah satu bidang yang berkembang dalam era internet ini. Kemajuan
teknologi telah memberi cabaran baharu dan perlu dimanfaatkan untuk meningkatkan martabat profesion
keguruan. (Nor Zaira Razali et al. 2016).Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)
yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah meletakkan matlamat
memanfaatkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kementerian telah berusaha untuk
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kecekapan cara penyampaian pendidikan. Sejak internet
diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia, banyak perubahan telah berlaku. Ia telah mengubah
corak kehidupan komuniti dan masyarakat di seluruh dunia dalam penggunaannya di bidang pendidikan.
Penggunaan internet terus berkembang dari semasa ke semasa (Noraini et al. 2010). Pembelajaran maya
yang merupakan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berasaskan internet adalah bidang yang
turut berkembang dalam era ICT ini. Setiap pelajar perlu mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti
dan integrasi dunia teknologi masa kini (KPM 2012). Bagi merealisasikan inisiatif tersebut,
VLE Frog dilancarkan pada Mac 2012 dan dilaksanakan bersama dengan rangkaian 1BestariNet
mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Kemudahan ini
dibangunkan secara berperingkat mulai Disember 2011 dan semua sekolah kerajaan dijangka menerima
akses internet dan VLE Frog pada pertengahan tahun 2013. VLE Frog adalah satu kaedah penyelesaian
bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran
dijalankan melalui VLE Frog yang boleh diakses di sekolah, atau di mana-mana sahaja melalui capaian
internet. Dibawah 1 BestariNet, sekolah dilengkapi dengan kemudahan ICT yang membolehkan
pengajaran, pembelajaran kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di internet menerusi VLE
Frog yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet (Ila
Husna 2015).

Penyataan masalah
Di Malaysia, pembelajaran maya bagi murid sekolah rendah adalah satu konsep pembelajaran yang baru
tetapi di negara lain contohnya seperti di United Kingdom, Ireland, Amerika Syarikat, Hong Kong dan
Singapura ia sudah lama bertapak dan diamalkan Siti (Aminah Khasiman, 2013).Melalui Projek
1Bestarinet iaitu antara usaha sama YTL Communication dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah menambahbaik sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan persekitaran pembelajaran maya
(VLE Frog) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Maka melalui Gelombang 2 ini, Kementerian
Pendidikan Malaysia (2001) telah memberi fokus kepada sekolah-sekolah kawasan luar bandar dan
pedalaman, sekolah kurang guru dan sekolah kurang murid dengan melaksanakan inovasi ICT secara
berterusan. Ini bagi memastikan jurang berbezaan kapasiti keperluan ICT dalam pembelajaran di sekolah
kawasan luar bandar dapat dikecilkan dan hal ini secara tidak langsung melancarkan proses pembelajaran
VLE Frog di sekolah-sekolah tersebut di seluruh Malaysia. Menurut Mok (2008), guru seharusnya
mempunyai sifat dan kualiti peribadi,profesional dan sosial yang baik dan murni. Hanya guru yang
mempunyai tatasusila yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna,
khasnya dalam melaksanakan perancangan penyampaian pengajaran dengan berkesan. Beliau juga
menyatakan bahawa seseorang guru perlu mempunyai kualiti profesional yang tinggi seperti ingin tahu,
pengetahuan iktisas, suka membaca, kemahiran bertutur, daya ingatan dan daya usaha yang tinggi.
Menurut Johari dan Fazliana (2011) mendapati bahawa ramai guru yang mengalami masalah dalam
penggunaan aktiviti berbantukan teknologi dalam proses PdP di bilik darjah.
Selain itu, berdasarkan Laporan 2013 Ketua Audit menunjukkan bahawa, pelaksanaan pembelajaran
maya menggunakan VLE Frog di sekolah-sekolah di Malaysia kurang daripada 5%. UNESCO (2013)
pula mendapati bahawa, 80% guru menggunakan ICT kurang dari satu jam seminggu dan ini juga terhad
kepada pemprosesan perkataan sahaja. Perkara ini dilihat oleh pengkaji sebagai kurangnya minat guru

283
untuk menggunakan aplikasi yang melibatkan internet kerana mereka terpaksa memilih dan menilai
bahan yang bersesuaian untuk dikongsikan bersama pelajar. Menurut dapatan oleh Hoy, Bayne dan
Wood (2000), pendidik harus dinamik, bersikap proaktif serta responsif terhadap sebarang perkembangan
pendidikan semasa. Oleh yang demikian, dalam kajian ini, penyelidik memberi fokus terhadap persepsi
guru terhadap penggunaan VLE Frog dalam PdPc.

Tujuan Kajian
Melalui kajian perpustakaan yang telah dijalankan, didapati bahawa tahap penggunaan VLE Frog dalam
proses pengajaran dan pemudahcaraan ( PdPc) di sekolah rendah masih berada di tahap yang tidak
memberangsangkan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi guru sekolah rendah terhadap
penggunaan VLE Frog dalam pelaksanaan PdPc, faktor-faktor yang menyumbang kepada persepsi
tersebut boleh dikenal pasti dan cadangan penambahbaikan dapat disarankan supaya persepsi positif
dapat ditingkatkan.

Objektif kajian

i. Apakah persepsi guru sekolah rendah terhadap keberkesanan penggunaan VLE Frog sebagai
salah satu alat penambahbaikan & bantuan dalam meningkatkan keberkesanan proses PdPc?
ii. Adakah guru memanfaatkan penggunaan Frog VLE dalam proses PdPc?
iii. Adakah guru menghadapi masalah atau kekangan semasa mengaplikasikan VLE Frog dalam
proses PdPc?

Metodologi kajian
Metodologi kertas konsep ini adalah berdasarkan kajian di perpustakaan iaitu melalui pengumpulan
maklumat-maklumat dan bahan-bahan berkaitan faktor dan isu yang mempengaruhi serta cadangan untuk
meningkatkan persepsi guru di sekolah menengah terhadap penggunaan VLE Frog dalam pelaksanaan
PdPc.

Perbincangan
VLE Frog merupakan satu inovasi pendidikan masa kini di dalam negara di mana ia merupakan
penambahbaikan dalam sistem pendidikan yang telah sedia ada. Semua pihak memainkan peranan yang
penting terutamanya guru bagi merealisasikan program VLE Frog ini. Setiap guru perlu mempunyai
inisiatif dalam usaha mereka untuk menguasai pengetahunan berkaitan dengan penggunaan VLE Frog.
Berdasarkan hasil dapatan kajian-kajian lalu, didapati penggunaan VLE Frog dalam kalangan guru
sekolah menengah masih di tahap yang sangat rendah dalam jangka masa 6 tahun pelaksanaannya.
Terdapat beberapa kekangan yang menyebabkan permasalahan ini. Pertama, pengetahuan yang kurang
menyebabkan guru tidak berminat menggunakan VLE Frog. Oleh yang demikian, latihan secara
berterusan harus diberikan kepada guru agar dapat meningkatkan minat guru dalam menggunakan VLE
Frog. Selain itu, isu kesuntukan masa dan bebanan tugas guru yang terlalu banyak di sekolah menjadi
faktor yang menyebabkan kelemahan pelaksanaannya. Bagi mengatasi masalah ini, kajian lepas
mencadangkan agar guru membuat pembahagian masa dan perancangan mengajar secara sistematik.
Seterusnya, kekurangan kemudahan teknologi dan kekurangan akses internet di sekolah menengah
menyumbang kepada faktor yang menyebabkan penggunaaan VLE Frog masih berada di tahap yang
sangat rendah. Kekangan ini boleh diatasi dengan membuat perbincangan dengan kerajaan dan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi meningkatkan dana sekolah untuk menambah bilangan komputer di
sekolah dan menyediakan capaian internet dalam kawasan sekolah.
Selain itu,Cabaran dari segi kemudahan infrastruktur yang tidak mencukupi ini turut disokong
oleh Bayrei (2008) dan Dnyaneshwar (2011). Menurut mereka, proses pengintegrasian teknologi
maklumat dalam PdP memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer,
peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan
komputer yang mencukupi dan lancar.
Tambahan lagi, para pelajar dan guru mungkin menghadapi beberapa masalah teknikal di sekolah, di
antaranya seperti kegagalan elektrik, capaian internet, serta masalah dalam kelajuan sambungan internet.
Walaupun telah dilengkapi dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G, ia masih belum mencukupi
untuk membekalkan capaian internet yang terbaik bagi setiap sekolah di seluruh negara. Oleh itu,

284
masalah ini masih lagi berlaku melainkan guru menggunakan internet peribadi seperti internet broadband
dan hot spot.
Berdasarkan hasil daripada temu bual yang dijalankan, beberapa orang responden menyatakan
bahawa salah satu cabaran lagi dalam penggunaan VLE Frog dalam proses PdP adalah efikasi kendiri
atau kepercayaan diri yang rendah. Efikasi kendiri merupakan keyakinan seseorang terhadap
kebolehannya untuk melaksanakan sesuatu tingkah laku yang dikehendaki dengan jayanya
(Bandura,1977, dipetik daripada Fadhilah, 2013).
Dapatan kajian lalu, juga menyatakan bahawa kekurangan kemahiran mengawal kelas menjadi
punca guru kurang berminat untuk menggunakan VLE Frog. Hal ini kerana, apabila guru membawa
murid ke bilik komputer untuk menggunakan VLE Frog, suasana di dalam makmal komputer bertukar
menjadi kelam kabut dan bising yang akhirnya menyebabkan objektif guru tidak tercapai. Akhir sekali,
kurangnya minat guru untuk menggunakan aplikasi yang melibatkan internet menyebabkan mereka
terpaksa memilih dan menilai bahan yang bersesuaian untuk dikongsikan bersama pelajar.

Cadangan kajian
Berdasarkan dapatan melalui pengumpulan maklumat-maklumat dan bahan-bahan kajian lepas,
maka beberapa cadangan yang diperolehi boleh dijadikan landasan kepada penyelidikan akan datang.
Memandangkan tiga kumpulan sasaran utama bagi Frog VLE ini adalah guru, pelajar dan ibu bapa,
rancangan pelaksanaan aktiviti yang melibatkan pihak yang berkepentingan dalam kalangan komuniti
sekolah perlu diselaraskan. Pihak pentadbir sekolah boleh memohon jasa baik pihak PPD dan JPN untuk
mengadakan satu progam peningkatan kemahiran yang mana program ini akan menjadi satu platform
bagi guru, pelajar dan ibu bapa agar dapat saling berinteraksi serta mendapatkan maklumat yang terkini
mengenai pelaksanaan inovasi VLE Frog ini.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Norazilawati et al. 2013, pengkaji mencadangkan agar
pentadbir sekolah jelas tentang matlamat pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya di sekolah
masing-masing.Apabila barisan pentadbiran sedar akan kepentingan melaksanakan PdPc seperti yang
disarankan oleh pihak kementerian, maka mereka akan bersikap lebih proaktif dalam menyediakan
prasarana yang mencukupi dan membekalkan latihan yang optimum kepada para guru agar memiliki
kepakaran seperti yang diharapkan. Selain itu, satu bentuk pelan pelaksanaan yang melibatkan kerjasama
dan interaksi semua warga, aktiviti, dan ibu bapa perlu dibangunkan.
Hal ini amat penting bagi mendapatkan sokongan luar dalam membiasakan murid dengan kaedah
pembelajaran secara maya baik di sekolah mahupun di rumah. Seterusnya, perancangan program
peningkatan kemahiran diperlukan untuk memastikan semua guru baik guru muda atau senior aktif dalam
pelaksanaan VLE Frog, bukan hanya berfokus kepada guru yang berminat dan berkemahiran sahaja. Di
samping itu, bagi memastikan pelaksanaannya secara berterusan, satu jadual pemantauan perlu dijalankan
agar prestasi guru sentiasa meningkat. Bukan itu sahaja, dalam memastikan semua pengguna VLE Frog
dapat menggunakan pembelajaran maya secara optimum, maklumbalas berhubung pelaksanaan patut
dikumpulkan dan dinilai bagi tujuan penambahbaikan.
Hasil dari dapatan kajian Haliza et al. (2016) pula mencadangkan agar pemantauan dilakukan
secara berterusan daripada pihak pentadbir dan satu rangka pelan pelaksanaan VLE Frog yang jelas perlu
diberikan kepada semua warga sekolah, termasuk ibu bapa agar semua kumpulan sokongan dalam
membantu menggerakkan pelaksanaan budaya VLE Frog di sekolah. Selain itu, pihak yang terlibat dalam
pembangunan kurikulum pendidikan juga disarankan agar menyemak semula bebanan silibus
pembelajaran supaya guru dapat melaksanakan VLE Frog di dalam bilik darjah secara optimum
mengikut silibus yang ditetapkan. Pihak guru juga perlu optimis, proaktif dan bermotivasi untuk
menggunakan VLE Frog dengan membuat perancangan pengajaran yang lebih awal supaya dapat
memaksimu mkan penggunaan VLE Frog dalam PdPc.

Kesimpulan

Penggunaan VLE Frog dapat menyediakan suasana pembelajaran yang berinteraktif sejajar
dengan perkembangan dunia pendidikan semasa..Kajian ini telah membincangkan tentang kekangan
yang menjadi faktor kelemahan penggunaan VLE Frog dalam Pdpc dan tahap persepsi guru terhadap
penggunaan VLE Frog dalam PdPc. Penggunaan VLE Frog dapat menyediakan suasana pembelajaran
yang interaktif, sejajar dengan perkembangan dunia pendidikan semasa. Melalui VLE Frog, guru dapat
mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar.

285
Berdasarkan dapatan kajian ini, kesimpulan yang boleh diambil ialah jika tahap persepsi positif
guru terhadap penggunaan VLE Frog semakin tinggi, maka secara tidak langsung akan dapat
meningkatkan lagi penggunaan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran. Transformasi pendidikan
melalui pembelajaran persekitaran maya di sekolah-sekolah menjadi penanda aras kepada kemajuan
sistem pendidikan negara. Melalui teknologi maklumat juga dibuktikan mempunyai potensi terhadap
guru dalam menyediakan pelajar ke arah kehidupan abad ke-21. Penyelidik berpendapat bahawa, VLE
Frog ini perlu diteruskan kerana ia berpotensi memodenkan sistem pendidikan Malaysia.
Walaupun terdapat kekangan yang timbul dalam penggunaan VLE Frog ini, masalah tersebut
dapat diatasi dan ditangani oleh semua pihak dari semasa ke semasa. Oleh itu, pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia perlu terus mencari resolusi terbaik dalam menyelesaikan masalah yang
memperlahankan momentum proses pelaksanaan VLE Frog dalam sistem pendidikan di Malaysia ini.

Rujukan
Chan Meng Shen, Norziha Megat Mohd. Zainuddin, Nuraean Maarop, Suraya Yaacob, Nor Zairah Ab.
Rahima & Wan Azlan Wan Hassan. 2017. Design of Frog Virtual Learning Environment (Frog
VLE) Aesthetics Model for Malaysia Primary Schools. Open International Journal of
Informatics 5 (1): 24-31.
Hasliza Hashim, Siti Munira Mohd Nasri & Zarina Mustafa. 2016. Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru
Dalam Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog Di Bilik Darjah. Asia Pacific
Journal of Educators and Education, Vol. 31, 115–129, 2
Hasliza Binti Hashim, Siti Munira Binti Mohd Nasri & Zarina Binti Mustafa. 2016. Cabaran yang
Dihadapi oleh Guru dalam Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya VLE Frog di Bilik
Darjah. Asia Pacific Journal of Educators and Education 31: 115–129.
Hasliza Hashim, Siti Munira Mohd Nasri And Zarina Mustafa. 2016 . Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru
Dalam Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran ,School Of Educational Studies, Universiti
Sains Malaysia.
Hoy, C., Bayne-Jardine & Wood. 2000. Improving Quality in Education. London: Falmer Press.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. 1BestariNet. Dicapai pada 20 November, 2015 daripada
http://1Bestari.net/.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010: Perancangan Bersepadu
Kecemerlangan Pendidikan.
Mahizer Hamzah & Mohd Azli Yeop. 2016. Frog VLE (Persekitaran Pembelajaran Maya) dalam
Pengajaran dan Pembelajaran: Penerimaan dan Kaedah Pelaksanaannya. Journal of Research,
Policy & Practice of Teachers & Teacher Education 6(2): 66-77.
Mei Lick Cheok, Su Luan Wong, Ahmad Fauzi Ayub & Rosnaini Mahmud. 2017. Teachers’
Perceptions of E-Learning in Malaysian Secondary Schools. Malaysian Online Journal of
Educational Technology 5(2): 20-33.
Mohd Izham Mohd Hamzah & Sufean Hussin. 2015. Pengurusan Perubahan Terancang dalam
pembestarian sekolah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mohd Izham Mohd hamzah & Mohammed Sanni Ibrahim. 2012 Pengurusan Perubahan Makro Dalam
Pendidikan. Bangi : penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Jasmy Abd Rahman & Norazani Md Zain,2017.IT Dalam Pendidikan Abad ke 21.
Bangi.Fakulti Pendidikan UKM.
Mohd. Jasmy Abd Rahman et al.2016.Media Sosial : Pembelajaran Abad 21. Selangor, Malaysia. Fakulti
Pendidikan UKM.
Mohd. Jasmy Abd Rahman & Md. Yusoff Daud.2015.Promosi dan Pasaran Teknologi Maklumat :
Pengupayaan Abad Ke 21.Selangor,Malaysia. Fakulti Pendidikan UKM.
Muhammet Demirbilek Suleyman Demirel.2009.Exploring The Status Of ICT Use In Adult
National Audit Department. 2014. Auditor General’s Report for the Year 2013: Series 3. National Audit
Department: Malaysia.
Nor Zaira Razali,Zolkefli Bahador Dan Mohd Kasri Saidon (2016).Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Penggunaan Vle Frog Dalam Kalangan Guru Di Sekolah Menengah.Pusat Pengajian
Pendidikan Dan Bahasa Moden,Universiti Utara Malaysia.
Noraini Mohd Noh, Mohd Arif Ismail & Jamil Ahmad. 2010. Tahap Penerimaan Inovasi Eduwebtv
dalam Kalangan Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 3(5): 118-128.

286
Norazilawati Binti Abdullah, Noraini Binti Mohamed Noh, Nik Azmah Binit Nik Yusuff & Rosnidar
Binti Mansor. 2013. Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya (Frog Vle) dalam Kalangan Guru
Sains. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia 3(2): 63-76.
Rosemaliza Kamalludeen, Azwani Hassan, Nur Sakinah Ahmad Nasaruddin.2016. Student Usage
Patterns Of Vle-Frog. Journal of Personalized Learning 2(1):86-94.
Sumarni Lapammu,Zamri Mahamod (2018).Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Kesediaan Pelajar Tingkatan
4terhadap Penggunaan Pembelajaran Persekitaran Maya Vle Frog Dalam Pembelajaran Bahasa
Melayu.Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ummu Salma Mohiddin & Fariza Khalid. 2014. Tahap Pengetahuan Guru Sekolah Rendah dalam
Penggunaan VLE-Frog untuk Pengajaran & Pembelajaran. The 4 th International Conference on
Learners Diversity Conference Proceedings: 780-788.

287

Anda mungkin juga menyukai