Anda di halaman 1dari 2

FORUM 4 :

Terangkan apa yang dimaksudkan dengan permasalahan kajian. Berikan satu contoh topik dan
daripada topik penyelidikan tersebut, buatkan satu permasalahan kajian.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian merupakan isu yang timbul, menarik perhatian atau menjadi penggerak
serta dorongan untuk melakukan kajian. Menurut pandangan Noraini Idris (2010) dalam karya
Penyelidikan dalam Pendidikan mengatakan bahawa permasalahan kajian merujuk kepada faktor
pertimbangan utama sama ada kajian akan atau perlu dilakukan atau tidak. Membolehkan
pembaca memahami penyelidikan yang dicadangkan. Antara sumber masalah kajian ialah minat
dan pengalaman pengkaji, teori yang dipraktis, replikasi kajian lepas dan hasil – hasil kajian
lepas yang bercanggahan. Hal ini kerana setiap kajian mempunyai kepentingan yang tersendiri
berkaitan dengan perkara yang hendak dikaji dan dipersembahkan dalam bentuk penulisan
ilmiah.

TOPIK
Tahap penggunaan frog vle dalam kalangan guru di sebuah sekolah kawasan Barat Daya, Pulau
Pinang.

PENYATAAN PERMASALAHAN

Walaupun kerajaan telah berbelanja besar untuk memperkenalkan projek 1Bestarinet melalui program
Frog VLE yang merupakan satu projek daripada Syarikat YTL Communications Sdn. Bhd dan
diperkenalkan pada tahun 2011, tahap penggunaannya dalam kalangan guru sekolah rendah adalah
rendah. Frog VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran
dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.

Selain itu, beberapa kajian lepas yang dijalankan mendapati bahawa guru kurang menggunakan
VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kurangnya pengetahuan. Ini mungkin kerana
penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu isu baru dalam bidang
pendidikan. Masalah yang utama dihadapi guru yang kurang atau tidak menggunakan komputer untuk
membantu pengajaran dan pembelajaran mereka adalah kekangan masa untuk menghabiskan silibus.
Perkara ini dilihat oleh pengkaji akan menjadi isu kepada kurangnya minat guru untuk menggunakan
aplikasi yang melibatkan internet kerana mereka terpaksa memilih dan menilai bahan yang bersesuaian
untuk dikongsikan bersama pelajar.

Oleh itu, guru di sekolah sewajarnya bersikap kreatif dan inovatif dalam mempelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dengan mengaplikasikan penggunaan komputer dalam
pembelajaran seharian. Tuntasnya, dalam kajian tindakan ini, penyelidik memberi fokus terhadap aspek
pengetahuan dan kemahiran dalam usaha membantu guru menguasai VLE Frog dengan mudah.
Berdasarkan fenomena- fenomena dan dapatan-dapatan tersebut, pengkaji berhasrat mengenalpasti
tentang tahap pengetahuan guru-guru sekolah terhadap penggunaan aplikasi VLE Frog dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai