Anda di halaman 1dari 4

BORANG KAJIAN TINDAKAN 2018

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN DENGAN


UNIVERSITI AWAM (SKK-UA)

TAJUK:
KEBERKESANAN PENGGUNAAN KONSEP PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA
FROG (FROG VLE) DI KALANGAN MURID MASALAH PENGLIHATAN SK
PENDIDIKAN KHAS PRINCESS ELIZABETH

* Tajuk boleh berubah mengikut kesesuaian

NAMA PENGKAJI MOHD ILHAM BIN ABD RAHMAN


SKPK PRINCESS ELIZABETH, LORONG 5
ALAMAT SEKOLAH JALAN NONG CHIK, 80100 JOHOR
BAHRU, JOHOR

JALINAN UNIVERSITI AWAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRAK:

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran maya atau virtual learning ke atas
murid masalah penglihatan yang sedang diaplikasikan di SKPK Princess Elizabeth, Johor serta seluruh
sekolah-sekolah di Malaysia. Artikel ini akan mengupas berkenaan dengan definisi ‘virtual learning
environment’ atau persekitaran pembelajaran maya, komponen asas di dalam persekitaran
pembelajaran maya, konsep pembelajaran persekitaran maya serta perbandingan antara pembelajaran
tradisional dan pembelajaran maya. Pengkaji juga melalui teknik temu bual dan pemerhatian ke atas
murid masalah penglihatan yang terdiri daripada 15 murid akan melihat kesesuaian aplikasi ini ke atas
mereka, faedah dan kebaikan yang diperolehi dengan menggunakan aplikasi ini serta cabaran dan
halangan dalam penggunaan aplikasi ini. Kajian ini turut menyentuh cadangan yang boleh
dipertimbangkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dalam usaha untuk membangunkan dasar
menyeluruh sekolah bagi tujuan pelaksanaan Frog VLE. Ini juga bakal membuka minda orang ramai
mengenai cara pembelajaran maya di dalam mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Kajian ini akan menerangkan tentang keberkesanan aplikasi Frog VLE ini
dan langkah-langkah menambah baik aplikasi ini supaya kaedah pembelajaran ini dapat diperluaskan
di kalangan murid-murid masalah penglihatan seluruh Malaysia.

1
ISU KRITIKAL ATAU MASALAH YANG MEMERLUKAN TINDAKAN:
Aplikasi Frog VLE ini tidak mesra pengguna kepada murid-murid masalah penglihatan terutamanya
murid buta. Perisian pembaca skrin seperti JAWS dan NVDA tidak dapat membaca sepenuhnya
kandungan yang berada di dalam aplikasi Frog VLE walaupun kandungannya sangat bermanfaat
kepada murid yang dapat melihat.

TINJAUAN AWAL :
Kajian tinjauan yang dipilih adalah di sebuah sekolah iaitu SKPK Princess Elizabeth. Seramai 15 orang
murid dari kelas tahun 4, 5 dan 6 yang terdiri dari murid Melayu, Cina dan India. Sekolah ini juga telah
menetapkan misi dan visi untuk meningkatkan kecemerlangan dan antaranya adalah peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Salah satu usaha yang dijalankan untuk peningkatan kualiti ini adalah
dengan melihat keberkesanan aplikasi laman web interaktif iaitu FROG VLE di kalangan murid buta
tahap 2 SKPK Princess Elizabeth. Pengkaji telah meminta murid untuk membina dashboard mereka
sendiri di dalam aplikasi FROG VLE. Pengkaji juga telah memberi latihan ke dalam laman web
interaktif FROG VLE ini untuk menghubungkan guru dan murid secara maya. Di sini, guru
menyediakan nota serta soalan dan murid menjalankan latihan secara maya atau online pada bila-bila
masa. Di samping itu, murid boleh berinteraksi dengan guru secara langsung di dalam aplikasi ini.
Namun begitu aplikasi ini sukar diakses oleh murid buta. Guru perlu memberi bantuan kepada murid
buta untuk mengakses laman web ini. Perisian pembaca skrin tidak dapat membaca sepenuhnya
perkataan atau teks yang terdapat ada lamaninteraktif ini Jika boleh diakses oleh murid buta ini, ianya
memberi satu era baru dalam meningkatkan percambahan minda murid yang tidak terhad kepada
bacaan buku braille semata-mata dalam menjana ilmu pengetahuan bagi menjana daya intektual
mereka.

Bagi mengenal pasti masalah ini, pengkaji telah melakukan beberapa langkah pemerhatian seperti
berikut:
a) Menganalisis markah Quizzes pada Frog Vle
b) Temu bual dengan murid-murid
c) Memerhati jawapan latihan dalam latihan murid secara online
d) Ujian Pra

2
PERANCANGAN DAN PEMILIHAN KAEDAH INTERVENSI:
Maklumat yang diperolehi ini jelas menunjukkan murid yang dipilih menyertai Kajian Tindakan ini
amat tidak mampu untuk menjawab soalan yang diberikan walaupun soalan yang diberikan adalah dari
tahap kesukaran yang mudah dan sederhana. Kelemahan aplikasi atau laman web interaktif ini tidak
boleh dibiarkan dan perlu diberi penambahbaikan yang sewajarnya.

PERLAKSANAAN INTERVENSI (TINDAKAN):


Beberapa langkah boleh dipertimbangkan oleh kepimpinan sekolah dalam usaha untuk membangunkan
dasar menyeluruh sekolah bagi tujuan pelaksanaan VLE di kalangan murid buta.
1. Pentadbir sekolah perlu jelas tentang matlamat pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya.
Matlamat tersebut mestilah praktikal yang boleh dicapai dan boleh mengatasi masalah
berhubung pembelajaran dan pengajaran.
2. Perisian pembaca skrin sedia ada perlu ditambah baik supaya boleh membaca isi kandungan di
dalam laman web interaktif Frog VLE.
3. Program peningkatan perisian ini perlu tertumpu kepada suara yang jelas dan mudah difahami
oleh murid buta.
4. Kerjasama dengan pihak luar yang boleh membantu membina aplikasi yang boleh membantu
murid buta mengakses laman web interaktif ini.
5. Laman web interaktif ini perlu ditambah baik oleh pihak YTL dan Kementerian Pendidikan
supaya mesra kepada perisian pembaca skrin.
6. Menilai semula pelan berdasarkan maklumbalas dan memperbaiki strategi pelaksanaan.

PENILAIAN KEBERKESANAN:

REFLEKSI:
Keberkesanan tindakan ini bergantung kepada tindakan secara menyeluruh langkah intervensi yang
telah dirancang. Pengkaji amat percaya jika laman pembelajaran interaktif ini tidak dinaik taraf supaya
mesra OKU , maka semakin ramai murid buta yang tidak berminat menggunakan laman pembelajaran
maya ini. Ini juga akan menyebabkan golongan ini semakin terpinggir dari pengajaran menggunakan
ICT ini kerana mereka tidak dapat berinteraksi dengan laman web interaktif ini.

3
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN:

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa kaedah pembelajaran maya ini akan
lebih bermakna sekiranya boleh diakses oleh murid buta. Ini disebabkan murid buta juga
sebenarnya amat berkebolehan menggunakan ICT dalam pembelajaran sama seperti murid
normal. Kajian seterusnya juga boleh memfokuskan kepada penerapan pelbagai kaedah
intervensi untuk menarik minat murid menggunakan Frog VLE tidak kira untuk apa jua mata
pelajaran sekalipun. Pengalaman kali ini akan membantu pengkaji dalam meminimumkan lagi
kelemahan yang wujud semasa kajian akan datang untuk sampel yang lebih besar.

RUJUKAN:

FrogAsia (2012). Gambaran Keseluruhan Frog VLE, Manual Pengguna (Guru, Frog
VLE Overview (User: Staff), Malaysia: FrogAsia Training

1BestariNet, YTL Communications Sdn. Bhd. (2012). Frog VLE. Dicapai pada 4 Nov,
2012, dari http://www.frogasia.com/v2/

FrogTrade Ltd, Dean Clough, Halifax. (2011). Frog Learning Platform, The UKs Most
Advanced Learning Platform. Dicapai pada 10 Nov, 2012, dari
http://www.frogteacher.com/

Rheingold, H. (2004), Virtual Learning Enviroment (VLE). Dicapai pada 10 Nov, 2012,
dari http://www.thefeature.com/articleid=100499&ref=2337881

Mohammad Azmi bin Muda.(2013). Pelaksanaan VLE SK. Selayang. Daripada


http://www.iab.edu.my/kict2013/.

Anda mungkin juga menyukai