Pengenalan
Kajian ini dilaksanakan sebagai sebuah instrument bagi mendapatkan
penyelesaian kepada isu penggunaan Frog VLE yang sangat minimum di SMK Raja
Jumaat, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sekolah ini adalah merupakan sekolah
Gred A luar Bandar. Ia mempunyai kekuatan guru seramai 83 orang termasuk
Pengetua. Murid-muridnya adalah seramai 1200 orang.
Masalah Kajian
Berdasarkan temubual awal bersama Jawatan Kuasa ICT sekolah, pihak
JPN, PPD dan Pusat Kegiatan Guru telah beberapa kali memberi teguran tentang
penggunaan Frog VLE yang rendah di sekolah ini. Ia turut di sokong oleh surat
teguran yang bertarikh 15/09/2016, Rujukan: J. Pel. Pk(ICT)(09/001)Jld.5(44) yang
menegur dan mengarahkan pihak sekolah meningkatkan penggunaan Frog VLE dan
mengaksesnya secara berterusan.
Objektif Kajian
Melalui kajian tindakan ini, pihak Jawatan Kuasa ICT SK Ulu Ribu berharap
untuk mencapai objektif berikut:
1. Menentusahkan faktor-faktor yang menyumbang kepada penggunaan
Frog VLE yang rendah.
2. Mengumpul data penggunaan harian Frog VLE secara purata bagi semua
responden terlibat.
3. Menghasil, mencadang, membantu perlaksanaan dan membuat
pemantauan program/kaedah intervensi bagi menyelesaikan isu
penggunaan Frog VLE yang rendah di sekolah ini.
KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN PENGGUNAAN Frog VLE DI SMK RAJA JUMAAT
Persoalan Kajian
Kajian ini diharap agar dapat merungkai persoalan-persoalan berikut:
1. Apakah faktor-faktor penyumbang kepada kekurangan penggunaan Frog
VLE?
2. Apakah kaedah-kaedah dan program yang sedang dilaksanakan untuk
meningkatkan penggunaan Frog VLE dan kelemahannya?
3. Apakah kaedah intervensi yang sesuai untuk dilaksanakan di Sekolah Ulu
Ribu agar perlaksanaannya mencapai keputusan yang baik?
Kepentingan Kajian
Kajian ini diharap dapat meningkatkan keyakinan pentadbir sekolah dan
seterusnya mencapai sasaran dan hasrat sekolah, PPD Kuala Kangsar serta JPN
Perak agar penggunaan Frog VLE di sekolah ini berada di paras yang memuaskan.
Capaian internet sekolah ini dijana oleh modem Streamix dengan kapasiti
2mbps dan dibayar melalui PKG Kati, Kuala Kangsar, Perak. Pusat akses sekolah
ini tidak dapat digunaka
Kajian Literatur
Kajian secara mendalam yang dijalankan oleh Tuan Haji Abdul Aziz
Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir, Papar, Sabah telah
menyumbang kepada sebahagian input bagi perlaksanaan Kajian Tindakan ini.
Beliau menegaskan akan betapa pentingnya ilmu ICT dan peranan semua pihak
dalam menjayakannya.
Seterusnya, pengggunaan Frog VLE yang rendah ini dapat dibuktikan melalui
rekod penggunaan notebook yang minimum serta rekod penggunaan yang disahkan
oleh pihak Pusat Kegiatan Guru.
Methodologi
3.1. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif.
Temubual berfokus dijalankan kepada kumpulan responden sasaran
manakala satu borang soal selidik diedarkan kepada warga sekolah
dan komuniti berhampiran tentang pengetahuan mereka mengenai
Frog VLE dan penggunaannya.
3.2. Kumpulan Sasaran : 13 orang Guru, 23 orang murid tahap 2
Borang Kaji Selidik : 100 orang warga sekolah dan penduduk Kg. Ribu
KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN PENGGUNAAN Frog VLE DI SMK RAJA JUMAAT
3.3. Persempelan:
3.3.1. Mengumpul data
Seramai 52 orang murid, 13 orang guru, 2 kakitangan
pentadbiran, 4 orang pekerja swasta, 10 orang anggota PIBG dan 19
orang warga Kg. Ribu telah diberikan borang soal selidik tentang Frog
VLE. Seterusnya, seramai 13 orang guru dan 23 responden murid
ditemubual bagi mendapatkan maklum balas lebih spesifik berkenaan
kajian. Proses berjalan selama 1 minggu. Temubual dibuat sesuai
dengan masa senggang guru-guru agar tidak mengganggu MMI.
3.3.2. Pemerhatian
Sebuah bilik digunakan sebagai alternatif kepada pusat akses
dan diletakkan notebook bagi penggunaan responden. PdP dijalankan
oleh guru-guru seperti biasa disamping menjurus penggunaan Frog
VLE. Pemerhatian ditumpukan kepada kualiti capaian, kebolehgunaan
alatan, pengetahuan sedia ada murid dan penyampaian guru.
3.3.3. Keesahan kualiti Capaian Data Internet.
Pihak sekolah telah menghubungi pihak TM yang merupakan
pembekal talian dan meminta mereka memastikan kelajuan paket dan
kualiti internet jangka panjang. Pada hari pemeriksaan halaju internet
mencapai 1mbps namun tidak stabil untuk masa yang panjang.
DAPATAN KAJIAN
4.1. Teknik Menganalisis Data
4.1.1. Data soal selidik dikumpulkan dan dikelaskan mengikut
kelompok responden dan jawapan yang diberikan. Respon dikategori
kan secara pukal sebagai negatif atau positif.
Jumlah 71 29
Melalui data yang terkumpul, kajian ini mendapati bahawa responden mempunyai
kadar pendedahan yang baik terhadap aplikasi FROG VLE. Namun mereka tidak
mempunyai minat yang mendalam terhadap kemudahan tersebut. Gangguan talian
merupakan penyumbang terbesar kepada masalah kurangnya penggunaan FROG
VLE. Penggunaan FROG VLE juga didapati tidak dilaksanakan secara berterusan di
dalam kelas tetapi sebaliknya, guru-guru memilih untuk menggunakannya pada
kekerapan sekali dalam seminggu kerana masalah talian tidak stabil. Apabila banyak
notebook mengakses aplikasi secara serentak, talian akan menjadi lemah dan
sering mengakibatkan internet terputus dan mengganggu kelancaran PdP.
KESIMPULAN
Perlaksanaan Program Grab The Gold Star itu diharap akan menjadi
pemangkin kejayaan memastikan penggunaan secara maksimum dan berterusan
FROG VLE di SK Ulu Ribu. Adalah diharapkan, dengan pemasangan pencawang
baru dengan capaian talian yes.my, diharapkan penggunaan FROG VLE akan
semakin rancak dan berterusan di sekolah ini.
KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN PENGGUNAAN Frog VLE DI SMK RAJA JUMAAT
RUJUKAN / LAMPIRAN
LAMPIRAN 1 : SOAL SELIDIK FROG VLE
Forum
Kuiz
Kalendar
Laman
Google Drive
Dashboard Saya
Tugasan
YESmail
Dashboard Sekolah
Ya.
Tidak.
FROG VLE membuktikan kepada saya bahawa internet boleh dimanfaatkan untuk tujuan
pembelajaran.
Adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas?
Berapa banyakkah masa dalam seminggu anda/anak anda habiskan untuk FROG VLE?
Sila pilih 1 jawapan daripada pilihan-pilihan berikut.
Nyatakan didalam ruangan disediakan pendapat dan pengetahuan anda tentang FROG VLE.