Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Tajuk

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PELAKSANAAN PERSEKITARAN


PEMBELAJARAN MAYA FROG DI BILIK DARJAH

2.0 Nama Pengarang

Hasliza Hashim, Siti Munira Mohd Nasri dan Zarina Mustafa

3.0 Pengenalan

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya ataupun lebih dikenali sebagai “Frog Virtual
Learning Environment” (VLE) di bilik darjah. Penyelidikan berpendekatan kualitatif ini
menggunakan teknik “in-depth interview” untuk mengumpul data. Bagi sesi “in-depth interview”
ini, protokol temu bual yang telah diadaptasikan dari “Levels of Use Interview Schedule” (LoU-IS)
dari Loucks, Newlove dan Hall (1975) yang dipetik dari Zarina (2012) telah digunakan bagi
mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk dapatan kajian. Dengan menggunakan
persampelan bertujuan, lapan orang guru sekolah menengah telah ditemu bual menggunakan
protokol temu bual “Levels of Use Interview Schedule” (LoU-IS) yang telah diubahsuai untuk
mendapatkan maklumat berkaitan dengan cabaran yang mereka hadapi dalam penggunaan Frog
VLE. Mereka dipilih berdasarkan lingkungan umur, latar belakang pendidikan, pengalaman
mengajar, dan tahap kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mereka.

Hasil penyelidikan menunjukkan antara cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan
Frog VLE ini adalah kekangan infrastruktur, kekangan masa, inisiatif guru, efikasi kendiri guru,
serta integriti dan sikap guru terhadap Frog VLE. Kependekan VLE adalah “Virtual Learning
Environment” manakala LoU-IS merupakan “Levels of Use Interview Schedule”.
4.0 Ulasan Menyeluruh

Penyelidikan tersebut menunjukkan antara cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
pelaksanaan Frog VLE ini adalah kekangan infrastruktur, kekangan masa, efikasi kendiri guru,
inisiatif guru serta integriti dan sikap guru terhadap Frog VLE. Hasil daripada temu bual mendapati
bahawa di antara cabaran yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan Frog VLE dalam PdP
adalah kekangan dari aspek infrastruktur. Senario kekurangan atau kelemahan dari aspek
infrastruktur ini merupakan fenomena yang sering dialami dalam mengaplikasikan penggunaan
TMK dalam proses PdP. Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh guru adalah kekangan masa, yakni
yang melibatkan aspek masa yang tidak mencukupi. Para responden beranggapan pembelajaran
melalui Frog VLE hanya membuang masa sedangkan mereka mempunyai beban tugas lain yang
lebih penting untuk diberikan perhatian. Ini disebabkan terdapat halangan seperti capaian internet
rendah yang memakan masa lalu membantutkan usaha guru untuk menggunakannya.

Cabaran yang ketiga adalah efikasi kendiri guru atau kebolehan mereka untuk bekerja secara
berkesan dengan TMK merupakan perkara faktor penting dalam menentukan corak penggunaan
TMK. Responden berpendapat seorang guru yang mempunyai keyakinan diri yang rendah
terhadap penggunaan Frog VLE akan menyebabkan mereka kurang berminat untuk
mengaplikasikannya dalam PdP. Guru yang mempunyai tahap efikasi yang rendah juga kurang
berminat untuk belajar dan meneroka tentang penggunaan Frog VLE. Ini adalah kerana mereka
mempunyai perasaan resah atau computer anxiety serta akan sentiasa teragak-agak untuk
menggunakan inovasi teknologi tersebut dalam PdP. Oleh itu, kata putus untuk menggunakan
Frog VLE di bilik darjah.

Tambahan pula, cabaran untuk mengintegrasikan TMK dalam PdP pada semua peringkat
persekolahan kini semakin mendesak kerana penggunaan pelbagai sistem dalam talian semakin
rancak digunakan di sekolah, termasuklah Frog VLE. Masih terdapat guru yang kurang
mengintegrasikan TMK dalam PdP. Terdapat juga guru yang masih belum mahir dalam
mengakses portal, menyediakan bahan pengajaran dan memproses maklumat melalui laman
web. Mereka juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengendali dan memanipulasi sesuatu alat.
Selain dari itu, kelancaran penyampaian isi pengajaran juga akan terganggu dan menjadi tidak
berkesan. Ini akan menyebabkan masalah dalam usaha untuk menjadikan Frog VLE sebagai
satu pengantar pengajaran yang melibatkan semua guru dan pelajar.

Akhirnya, menurut responden, dalam pelaksanaan Frog VLE, kualiti profesional dan nilai
sosial yang baik itu penting. Kualiti PdP serta nilai sosial seseorang guru itu boleh dinilai melalui
bahan yang dimuat turun dan dikongsi dalam dashboard atau lamannya. Melalui aplikasi Frog
VLE, cabaran yang perlu dilalui oleh guru adalah mereka perlu lebih sabar dalam
mengendalikannya kerana pengaplikasian Frog VLE bergantung kepada kelajuan internet.

5.0 Pendapat Pengulas

Isu utama yang diutarakan oleh penulis dalam penyelidikan ini adalah cabaran yang dihadapi
oleh guru dalam pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog di bilik darjah. Isu ini agak
menarik, sebab penggunaan inovasi Frog VLE ini tidak lagi asing dalam kalangan guru, namun
ia masih boleh lagi dikatakan berada di peringkat pengenalan dan agak kurang membantu dalam
proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Selain itu, saya berpendapat isu yang diutarakan
oleh penulis ini relevan bagi saya sebagai seorang pendidik. Hal ini kerana, guru merupakan
tulang belakang dalam usaha melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran
tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya saing. Untuk menjadi seorang guru yang proaktif, guru perlu
bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menempuh sebarang kebarangkalian perubahan. Guru
juga perlu menyesuaikan diri mereka dengan pendekatan serta kaedah penyampaian ilmu yang
berkesan serta mesra pelajar, sesuai dengan kaedah semasa. Frog VLE ini adalah satu daripada
pendekatan yang baharu diperkenalkan, sesuai dengan peredaran perubahan kurikulum ke arah
era TMK. Penyelidikan ini akan memberi gambaran tentang cabaran yang dihadapi oleh guru
terhadap pelaksanaan Frog VLE dalam proses PdP yang sangat berhubung rapat dengan
profesion kita.

Saya setuju dan percaya dengan hasil dapatan kajian artikel ini, hasil kajian menunjukkan
antara cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan Frog VLE ini adalah kekangan
infrastruktur, kekangan masa, inisiatif guru, efikasi kendiri guru, serta integriti dan sikap guru
terhadap Frog VLE. Semua dapatan kajian ini menyakinkan saya. Sebab melalui permerhatian
dan pengalaman saya dari PBS dan praktikum di sekolah-sekolah yang berlainan, saya
mendapati sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sesetengah sekolah tidak
cekap dan tidak semua pelajar mempunyai komputer meja ataupun komputer riba yang
dilengkapi dengan kemudahan internet di rumah. Tambahan pula, berlakunya
ketidakseimbangan dalam pengagihan komputer di antara sekolah bandar dengan sekolah di luar
Bandar serta komputer yang tidak mencukupi mengikut jumlah pelajar bagi setiap kelas dan
akses kepada internet yang berkelajuan rendah. Saya juga mendapati guru-guru di sekolah
dibebani pelbagai tugas lain yang perlu diselesaikan.
Pandangan ini turut disokong oleh kajian lepas Norazilawati, Noraini, Azmah dan Rosnidar,
(2013), mereka mendapati bahawa terdapat empat masalah dan kelemahan utama yang
dikenalpasti. Antaranya ialah capaian Internet terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus dan
bebanan kerja guru yang banyak. Beliau juga menyatakan isu pelaksanaan merupakan satu
kekangan kepada pengaplikasian Frog VLE terutamanya di sekolah luar bandar. Antara isu
tersebut ialah aspek teknikal, penyebaran maklumat tentang Frog VLE, latihan guru, dan
pemantauan tidak berlaku dengan sempurna di kawasan ini. Dari segi kelengkapan peralatan,
didapati kebanyakan sekolah luar bandar menghadapi masalah berkaitan capaian Internet.
Perkara ini telah menimbulkan satu dilema dalam kalangan pentadbir sekolah berkenaan dan
guru selaku pelaksana. Dalam kajian beliau tentang sikap terhadap pelaksanaan Frog VLE
didapati guru menyambut baik hasrat KPM dalam pelaksanaan Frog VLE, tetapi ianya bertukar
menjadi pandangan negatif apabila guru ingin mengaplikasikannya, terdapat halangan seperti
capaian Internet yang rendah yang membantutkan usaha guru untuk menggunakannya. Guru
mula beranggapan bahawa ia membuang masa sedangkan guru mempunyai bebanan kerja lain
yang lebih penting untuk disiapkan.

Kesahan bermaksud persetujuan antara dua percubaan untuk mengukur trait yang sama
secara maksimum dengan kaedah yang berlainan (Campbell D. & Fiske D., 1959). Kesahan
digunakan untuk mengukur ketepatan sesuatu ukuran yang digunakan dalam kajian. Manakala
kebolehpercayaan pula ialah satu konsep yang merujuk kepada ketekalan dan kestabilan sesuatu
ukuran atau alat ukur atau kajian atau soal selidik merentasi masa terhadap sesuatu gagasan.
Kebolehpercayaan bertujuan untuk mengetahui sama ada ukuran itu memberikan jawapan yang
sama apabila ia digunakan untuk mengukur konsep yang sama kepada populasi atau sampel
atau responden yang sama (Sabitha Marican, 2005). Saya mendapati penyelidik tidak mengambil
langkah untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Hal ini kerana, penyelidik
hanya menggunakan satu kaedah untuk mengukur trait yang sama iaitu teknik “in-depth interview”
untuk mengumpul data sahaja.

Selain daripada itu, artikel ini dapat memberi kesan terhadap cara saya berfikir tentang
perkara yang dibangkitkan dalam artikel tersebut. Sebernanya konsep yang digunakan dalam
mengaplikasikan VLE ini adalah sama dengan penggunaan laman sosial lain seperti blogspot
dan laman facebook. Menurut Siti Ezaleila dan Azizah (2011), rakyat Malaysia meluangkan
purata masa hampir 20 jam seminggu di laman sosial untuk tujuan komunikasi, perkongsian
maklumat serta hiburan. Mereka juga bersetuju bahawa laman sosial merupakan satu platform
tambahan kepada interaksi luar talian yang biasa digunakan dan diyakini mampu menggantikan
komunikasi lain dalam masa terdekat. Menurut Rossafri dan Shabariah (2011), kaedah
pembelajaran menggunakan laman sosial iaitu facebook dapat meningkatkan motivasi dan
kefahaman pelajar. Berdasarkan kajian tersebut, sepatutnya tidak wujud masalah yang besar
kepada pelajar dari segi kemahiran untuk menggunakan platform pembelajaran maya yang
disediakan oleh pihak kementerian ini. Penggunaan Frog VLE dalam pendidikan merupakan
medium untuk memberi kelainan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Tambahan pula,
penggunaan Frog VLE merupakan satu hasrat yang ingin dilaksanakan dalam Negara kita seperti
dalam anjakan yang ke-7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM),
iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Oleh itu, penggunaan Frog VLE
adalah salah satu cara untuk menyahut anjakan tersebut.

Di samping itu, Frog VLE adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk mengangkat
sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. saya boleh memberi tugasan serta
mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung
dengan rakan-rakan pendidik lain. Rancang masa saya dengan lebih baik dengan kalendar yang
membolehkan saya untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara. Ini pun telah
disokong oleh Utusan Online. Melalui VLE, guru bukan sahaja boleh menyediakan tugasan
kepada murid malah menyemak tugasan serta memberi ujian menerusi dalam talian. Hal ini dapat
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku secara berterusan walaupun
pelajar-pelajar dan guru-guru tidak berada di sekolah (Utusan Online, 2015). Oleh itu, maklumat
yang saya perolehi melalui pembacaan artikel ini dapat mencerahkan amalan pembelajaran dan
pengajaran saya sebagai guru di sekolah.

6.0 Penutup

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang diperkenalkan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM), telah meletakkan matlamat memanfaatkan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran. Sejajar dengan itu, kementerian berusaha untuk memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kecekapan cara penyampaian pendidikan. Sejak Internet diperkenalkan dalam
sistem pendidikan di Malaysia, banyak perubahan telah berlaku. Ianya telah mengubah corak
kehidupan komuniti dan masyarakat di seluruh dunia dalam penggunaannya di bidang pendidikan.
Penggunaan Internet terus berkembang dari semasa ke semasa. Pembelajaran maya yang
merupakan proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan Internet adalah bidang yang turut
berkembang dalam era ICT ini. Setiap pelajar perlu mempunyai akses kepada pendidikan
berkualiti dan integrasi dunia teknologi masa kini (KPM, 2012). Bagi merealisasikan inisiatif
tersebut, KPM telah bekerjasama dengan pihak YTL Communications dan memperkenalkan
projek 1BestariNet. Di bawah projek berkenaan, sebanyak 10 000 buah sekolah rendah dan
menengah telah dilengkapkan dengan akses Internet berkelajuan tinggi tanpa wayar 4G yang
membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi, dan pentadbiran dilaksanakan menerusi
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog atau Frog Virtual Learning Environment (Frog VLE).

Kesimpulanya, matlamat pembangunan program Frog VLE adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan individual dan dapat bersaing dalam
ekonomi global yang berasaskan pengetahuan, kemahiran dan aspirasi. Seperti yang kita ketahui
dalam anjakan ke – 7 (PPPM 2013-2025) menyenaraikan enam ciri utama yang diperlukan oleh
setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global dan ini termasuklah kemahiran
berfikir. Saya harap penggunaan Frog VLE dapat memberi kesan yang baik terhadap elemen
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pelajar. Oleh itu, semua pihak yang berkepentingan seperti pihak
pentadbir, guru, pelajar, dan ibu bapa diseru berganding bahu untuk membangun dan
meningkatkan penggunaan persekitaran pembelajaran maya secara menyeluruh dalam
pelaksanaan Frog VLE di Malaysia.
Rujukan

Campbell, D., & Fiske, D. (1959). “Convergent and Discriminant Validation” in Psychological Bulletin,
Vol. 56, h. 81-105.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). 1BestariNet. Dicapai pada 20 Mac, 2018 daripada
http://1Bestari.net/.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.

Loucks, S., Newlove, B., & Hall, G. (1975). Measuring the level of use of the innovation: A manual
for trainers, interviewers, and raters (Report No. 3013). Austin.TX: University of Texas
Research and Development Center for Teaching Education.

Norazilawati Abdullah, Noraini Mohamed Noh, Nik Azmah Nik Yusuff & Rosnidar Mansoroleh.
(2013). Aplikasi persekitaran pengajaran maya (frog vle) dalam kalangan guru sains.
Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 3(2), 63-76.

Rossafri Mohamad & Shabariah Mohamad Shariff. (2011). Kesan penggunaan laman sosial ke atas
kaedah perbincangan di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(1), 75-80.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya, Selangor: Pearson
Prentice Hall.

Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. (2011). Media baharu yang baharu: Trend penggunaan
jaringan sosial dalam kalangan pengguna di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia,
13(2), 93-110.

Utusan Online. (2015). Dicapai pada 21 Mac, 2018 daripada


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jerebu-guru-disaran-guna-vle-teruskan-pdp-
1.149202.

Zarina Mustafa. (2012). Teachers' encountered challenges in the adoption of task-based language
teaching in Malaysian classrooms. The International Journal of Arts and Sciences, 5(3),
269–279.

Anda mungkin juga menyukai