Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKTIF

MINGGU 3

PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENGGUNAKAN SISTEM


TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN MEDIA PENGAJARAN

1. Isu Yang Difokuskan

Pada minggu ini saya telah meneroka ilmu berkaitan dengan penggunaan
teknologi didalam pendidikan. Saya dapati banyak platform, aplikasi dan laman web
yang boleh digunapakai untuk melaksanakan PDPR yang efektif.
Walaubagaimanapun, terdapat satu masalah yang tidak dapat dielakkan
terutamanya bagi kawasan luar bandar iaitu masalah capaian internet.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan

Isu yang difokuskan adalah berkaitan dengan masalah penggunaan internet


yang sangat perlahan memandangkan semua orang menggunakan internet pada
waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada ketika ini, penggunaan internet
sangat memberi kesan terhadap pembinaan bahan bantu mengajar.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas)

Mengikut pengalaman saya, murid dilihat seronok dan gembira sewaktu


berada dalam sesi PDPR. Jika guru mewujudkan bahan bantu mengajar yang
interaktif adalah akan menjadi lebih menarik minat murid dalam meneruskan sesi
pembelajaran.

4. Cadangan Tindakan Susulan

Saya akan cuba untuk mempelbagaikan bahan bantu mengajar


menggunakan teknologi pendidikan dan media pengajaran. Antara platform yang
akan saya guna ialah Kahoot!, WordWall dan Quizziz. Ini adalah kerana laman web
ini tidak memerlukan data yang banyak dan merupakan di antara platform paling
mudah untuk diterokai oleh pelajar.
5. Tempoh Masa dan Tindakan Susulan

Dalam tempoh masa 1 minggu, saya akan cuba untuk meneroka


kepelbagaian bahan bantu mengajar sewaktu PDPR. Saya juga akan sentiasa cuba
untuk memastikan penggunaan internet tidak menjadi masalah kepada saya dalam
menyiapkan bahan bantu mengajar sewaktu PDPR.

6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Kepelbagaian pembinaan bahan bantu mengajar secara menggunakan


teknologi pendidikan dan media pengajaran ini akan membantu murid dalam
memahami sesi pengajaran pada masa akan datang sewaktu PDPR nanti. Ini
kerana, guru tidak berdepan dengan murid secara langsung seperti didalam kelas.
Oleh itu, hal ini menjadi kekangan sama ada murid tidak faham dan objektif
pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebu ttidak tercapai sekiranya murid tidak
memahami. Oleh itu, guru terpaksa mempelbagaikan sumber bahan bantu mengajar
kerana inilah satu-satunya perkara bagi memastikan murid itu dapat memahami apa
yang diajarkan oleh guru pada hari tersebut.

7. Kesimpulan / Refleksi dan Halangan (jika ada)

Langkah yang dicadangkan bagi mengatasi masalah ini dapat memberi


kesan proaktif dan positif dalam kalangan murid dan juga guru. Diharapakan dengan
penerokaan guru dalam bidang teknologi pendidikan dan media pengajaran dapat
membantu murid dalam memahami sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa
akan datang memandangkan PDPR ini merupakan medium pengajaran pada masa
kini semenjak negara ini dilanda oleh wabak pandemik Covid-19. Oleh itu, pelbagai
inisiatif oleh guru yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan bagi memastikan
tahap pembelajaran murid tidak merosot dan juga murid tidak ketinggalan dalam
akademik.

Anda mungkin juga menyukai