Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKTIF

MINGGU 7

PENGGUNAAN GOOGLE MEET MENGIKUT MASA YANG TEPAT WAKTU PDPR

1. Isu Yang Difokuskan

Pada minggu ini, isu yang difokuskan adalah berkenaan dari segi
penggunaan masa pada waktu PdP yang dilaksanakan secara atas talian menerusi
Google Meet.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan

Masalah ini timbul kemungkinan faktor utama yang yang menyebabkan


perkara ini berlaku adalah masalah teknikal dan juga penggunaan aplikasi tertentu
ketika PdP dilakasanakan. Penggunaan masa yang ditetapkan akan terganggu
sekiranya masalah ‘line’ yang menyebabkan masa PdP melebihi had dan tidak
seperti yang dirancang didalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Selain itu,
aktivit yang padat dan panjang ketika PdP saya pada minggu ini membuatkan masa
melebihi yang telah ditetapkan didalam RPH. Ini akan menyebabkan mengambil
masa guru lain dan murid juga akan mudah menjadi bosan.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas)

Hal ini dapat dilihat dengan jelas sewaktu di sekolah juga iaitu melibatkan
murid-murid yang tidak dapat menyiapakan tugasan dan aktiviti didalam kelas seperti
yang telah ditetapkan oleh guru. Hal ini bukan berlaku didalam bilik darjah sahaja,
malah turut berlaku secara atas talian juga.

4. Cadangan Tindakan Susulan

Saya akan cuba untuk menyingkatkan masa dengan menggabungkan aktiviti


didalam satu langkah tetapi masih lagi dalam objektif yang sama. Saya juga akan
cuba membina satu inisiatif seperti memberi kerja secara luar talian jika berlaku
masalah teknikal seperti ‘line’ yang tiba-tiba tidak memberi kerjasama.
5. Tempoh Masa dan Tindakan Susulan

Dalam tempoh masa 1 minggu, saya akan cuba merancang aktiviti yang bersesuaian
dengan masa yang diberi sewaktu melaksanakan Google Meet. Saya juga akan
sentiasa mengingatkan murid jika talian tiba-tiba menghadapi masalah teknikal atau
apa sahaja, murid-murid diminta untuk merujuk WhatsApp Group untuk
melaksanakan tugasan secara luar talian

6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Ini adalah bertujuan untuk menjadikan masa yang singkat itu efektif dan
objektif PdP pada hari tersebut dapat dilaksanakan dengan baik dan tercapai. Jadi,
langkah-langkah ini diambil berdasarakan situasi yang sesuai ketika PdP
dilaksanakan.

7. Kesimpulan / Refleksi dan Halangan (jika ada)

Langkah yang dicadangkan adalah perlu dilaksanakan sebaiknya supaya murid


dapat mengikuti kelas secara atas talian dengan proaktif. Perkara ini juga akan
memberi motivasi kepada murid untuk meneruskan pembelajaran dengan lebih
berkesan dan tidak bosan sekiranya waktu PdP tersebut terlebih masa.

Anda mungkin juga menyukai