Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PERMOHONAN BAIK PULIH DAN


PEMBINAAN LONGKANG BAHARU
SEPANJANG PINTU MASUK SEKOLAH
SERTA MENURAP TAR.

SEK KEB FELDA JENGKA 24

1
PENDAHULUAN

Pelajar-pelajar sekolah amat memerlukan persekitaran sekolah yang ceria, kondusif dan selamat
bagi merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu pengetahuan.
Salah satu keselamatan yang diambil berat adalah saliran longkang yang sempurna dan cekap
yang dapat menyalurkan kuantiti air hujan yang berlebihan supaya tidak berlakunya limpahan air
serta berselut di hadapan pintu masuk sekolah . Pelajar juga akan berasa selamat untuk datang ke
dan pulang dari sekolah. Melonjakkan imej perkhidmatan yang merangkumi juga imej fizikal
sekolah”

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan cadangan bagi membaik
pulih saliran longkang di laluan bermula pintu pagar utama.

1.2 Membina longkang yang baharu bagi alternative air hujan yang melimpah masuk
ke dalam laluan utama pintu pagar yang selalu mengakibatkan laluan tersebut
berlumpur.

1.3 Menurap jalan bertar di hadapan laluan utama masuk ke sekolah yang selalu
berselut selepas hujan berlaku.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Saliran longkang sedia ada yang dibina semenjak sekolah ini dibuka telah rosak
akibat daripada tanah dilereng bukit yang mana tanah di tepinya telah diteraskan.
Oleh yang demikian air tersebut tiada saliran untuk mengalir dan telah memasuki
ke dalam pintu utama sekolah. Keadaan ini mengakibatkan selut merah bertakung
di hadapan pintu utama masuk. Oleh itu satu kerja baik pulih perlu dilakukan
untuk menyalurkan aliran air dan air hujan.

2.2 Keadaan tanah yang tidak rata di hadapan pintu masuk juga menjejaskan
pemandangan masuk ke dalam sekolah. Jalan yang berlubang dan berbatu perlu
ditar agar lalauan masuk kelihatan menarik dan rata.

2
3.1 ANGGARAN KOS

3.1 Anggaran terhadap cadangan tersebut adalah seperti di bawah.

Anggaran Kos Membaik pulih longkang, Membina Longkang Baharu


Dan Penurapan Jalan Bertar.

Anggaran Kos
Bil. Item / Perkara
(RM)

1. Membaik pulih longkang RM 1000.00

2. Membina longkang baharu RM 3000.00

3. Menurap tar RM 6000.00

ANGGARAN JUMLAH KOS KESELURUHAN RM 10,000.00

Perbelanjaan termasuklah, antaranya:


1. Menyewa Backho
2. Membeli longkang baharu
3. Membeli bahan simen, pasir, bata dan lain-lain
4. Upah pekerja.

ANGGARAN KESELURUHAN IALAH RM 10,000.00


( SEPULUH RIBU RINGGIT MALAYSIA )

4.0 SUMBER KEWANGAN

4.1 Peruntukan Jabatan Kerja Raya Jerantut ( JKR Jerantut )

3
5.0 PERTIMBANGAN

5.1 Oleh hal yang demikian, jawatankuasa PIBG dan Pihak Sekolah memohon daripada
pihak Jabatan Kerja Raya Jerantut agar dapat memberi sumbangan ke atas program
ini supaya semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan selamat dan selesa.

5.2 Dengan kelulusan ini, diharap persekitaran Sekolah Sek Keb FELDA Jengka 24
lebih cantik dengan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan
dan ceria.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh Disahkan oleh

_____________________________ ___________________________

( AHMAD HELMI BIN KASSIM ) ( RAZAK BIN DAUD )


Setiausaha PIBG YDP PIBG
Sek Keb FELDA Jengka 24 Sek Keb FELDA Jengka 24
26400 Bandar Jengka 26400 Bandar Jengka
Pahang. Pahang.

Anda mungkin juga menyukai