Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Manusia adalah makhluk Allah S.W.T yang teristimewa yang memiliki tabiat dan
mentaliti yang mempengaruhi amalan dan tingkah lakunya, maka keperibadian
inilah yang menjadi perbicaraan dan perbincangan yang utama dalam akhlak.
Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa akhlak merupakan nadi utama
dalam pembangunan manusia. Setiap tamadun umat manusia dari dahulu
sehingga kini ianya terbina dari asas akhlak ataupun dikenali sebagai tamadun
kemanusiaan, iaitu asas yang membina tamadun tersebut di luar kuasa
kebendaan. Walau bagaimanapun, Islam mempunyai persepsinya yang tersendiri
dan memiliki asas akhlaknya dan asas tamadunnya yang tersendiri.
MAKSUD AKHLAK
Dari sudut bahasa :Ianya membawa maksud tabiat dan perangai.
Manakala dari sudut istilah ulamak :
Sepertimana yang ditakrifkan oleh AlGhazali : "Akhlak adalah suatu ibarat mengenai unsur yang konkrit di dalam diri
yang dengannya melahirkan tingkah laku secara spontan."
Oleh itu, akhlak boleh disimpulkan dengan makna ianya sebagai suatu
himpunan ma'ani dan sifat-sifat yang bertapak kukuh di dalam diri, dan ianya
menjadi neraca bagi manusia dalam baik buruk sesuatu amalan dan perbuatan
tersebut.
KEPENTINGAN AKHLAK
1. Akhlak mencorak tingkah laku.
Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan
kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia
sebenarnya adalah cernaan daripada apa yang tersemat di dalam dirinya.
Sebagaimana menurut Al-Ghazali : "Setiap yang ada di dalam hati akan
menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakkannya
adalah berlandaskan kepadanya".
Maka dengan ini sehinggalah apabila
akhlak menjadi sebati di dalam diri ia akan melahirkan tindakan spontan,
bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya.
2.

Neraca akhlak mempengaruhi pertimbangan.

Neraca akhlak yang sebati di dalam diri manusia akan mempengaruhi


pertimbangannya dalam menilai sesuatu perbuatan. Oleh itu, kesahihan dalam
pertimbangan ini bergantung kepada sejauh mana kesahihan neraca yang
dipegangnya.
3. Akhlak mencerminkan keimanan.

Akhlak adalah cermin keimanan seseorang. Dengan erti kata lain, iman yang
sempurna akan memprodukkan akhlak yang mulia atau dengan perumpamaan
yang mudah, ibarat pohon yang semata-mata bergantung kepada keelokan
akarnya.
Sabda Rasulullah S.A.W :

Maksudnya : "Di kalangan mu'minin yang paling sempurna imannya ialah yang
terbaik akhlaknya.(1)
4. Akhlak sebagai simbol tamadun manusia.
Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana penghayatannya
dan kemurnian sumber peradabannya. Akhlak adalah sebagai mercu tanda,
berjaya atau tidaknya sesuatu umat dalam melakukan proses kemajuan dan
pembangunan. Tanpa akhlak nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan
biarpun kejayaan material yang dicapai sangat menakjubkan. Faktor
membelakangkan akhlak jugalah yang menyebabkan sesuatu umat tersebut
tidak mencapai ketamadunan yang sebenarnya. Contohnya kepercayaan Hindu
yang membelakangkan etika akhlak mengakibatkan umatnya tiada bertamadun
seperti berlakunya perhambaan diri kepada hawa nafsu. (2) Begitu juga
tamadun barat yang berasaskan oleh ideologi kapitalis dan lain-lain, jatuh satu
persatu kerana mengkesampingkan nilai-nilai akhlak.
5. Akhlak adalah mangkin perubahan
Aspek keluhuran akhlak dan kerohanian perlulah diambil berat serta diberi
pemfokusan yang utama dalam melakukan setiap agenda perubahan kepada
masyarakat. Ini adalah kerana sebagai mangkin perubahan, sebagaimana yang
telah diulas oleh Imam As Syahid Hassan Al-Banna sebagai "tongkat perubahan".
Ini kerana krisis yang dihadapi oleh dunia adalah merupakan krisis kejiwaan dan
kerohanian sebelum ianya menjadi krisis ekonomi dan politik.(3)
Begitulah pentingnya akhlak dalam membantu proses perubahan walaupun di
saat- saat kritikal seperti dalam medan peperangan. Sejarah Islam telah
membuktikan bahawa keruntuhan akhlak dan moral akan menggagalkan usaha
perubahan. Seolah-olah akhlaklah yang menjadi sebagai persiapan dan
persediaan dalam menempuh situasi genting perubahan ini. Kita melihat apa
yang telah berlaku di Turki ketika kejatuhan Khalifah Uthmaniah, di antara faktor
kelembapannya dan kejatuhannya adalah disebabkan keruntuhan nilai akhlak di
kalangan pemerintah dan tentera-tenteranya.(4)
Secara kesimpulannya, dapatlah kita nyatakan bahawa akhlaklah merupakan
sumber kekuatan yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang mulia.
Ini kerana seseorang insan itu bukan dilihat berdasarkan tubuh badan atau
anggota tetapi ianya dilihat dari segi perlakuan akhlaknya.(5)

2.0 DEFINISI AKHLAK

Menurut Bahasa berasal dari kata khuluq yang artinya patut, pantas,
perangai,pekerti dan tabiat.
Menurut istilah ialah sesuatu yang menetap (kokoh) dalam hati yang dari
padanya keluar perbuatan atas kemauan sendiri (yang bersifat spontan) dari
kebaikan maupun keburukan.

3. AKHLAK DALAM ISLAM


Falsafah:

Manusia tidak boleh dipisahkan dari akhlak walaupun sedikit dalam hidupnya

Setiap perilaku seseorang samada baik atau jahat, sedar atau tidak.

Definasi :-

Akhlak (dalam bahasa arab) bermaksud: ciptaan yang dibayangkan oleh al Quran:
Yang menciptakan tiap-tiap suatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakannya
kejadian manusia berasal dari tanah. (Surah Sajadah;7)

1
2

Keindahan kejadian manusia terbahagi kepada dua iaitu


Lahiriah @ Fizikal (Jasmani )
Batin ( Nafsani)
Kedua-duanya perlu dijaga Namun Islam meletakkan keindahan ke
sebagai asas dan matlamat dalam usaha pembentukan kesempurnaan dari
sepanjang usia hidup di dunia

Anda mungkin juga menyukai